Rabu, 3 Disember 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


FITNAH YG BERLELUASA ~ Pak Daeng Sanusi sudah hilang kelayakan jadi Pengerusi Badan Disiplin PAS

Posted: 03 Dec 2014 08:00 AM PST

Bekas Naib Presiden PAS, Dr Daeng Sanusi Mariok pernah secara berfalsafah berkata:

"Saya teringat pepatah Arab, kalau bercakap itu ibarat suasa atau perak, maka berdiam diri itu umpama emas. Kita juga disaran agama agar tidak bercakap sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan kita," 

Demikian tutur Pak Daeng yang sangat berhati-hati sekali, sambil mengakui apa yang berlaku dalam parti tidak boleh dipandang ringan. 

Itu adalah suatu ketika dulu ....Hari ini ceritanya sudah lain, bukan emas, bukan perak atau suasa yang meluncur keluar dari mulutnya....tetapi fitnah beracun .
Dalam suasana PAS Pusat sedang dalam perbincangan dengan PasMa sebagaimana yg dipersetuji oleh MSU dan JKPP sewaktu retreat mereka yang lalu, tiba-tiba seorang yang baru dilantik sebagai Pengerusi Badan Disiplin PAS mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah.

Apakah Pak Daeng pernah berbicara dengan Husam, Cikgu Rahim atau Phahrolrazi sebelum mengeluarkan kenyataan yang melulu ini? Mustahil sebagai pemimpin veteran parti tidak mengenali mereka. 

Dan dari manakah sumber maklumat Pak Daeng?

Sesungguhnya Pak Daeng Sanusi sudah hilang integriti sebagai seorang Pengerusi Badan Disiplin PAS. 

Ayat-ayat fitnah Pak Daeng Sanusi ....ini hanya sebahagian dulu..

"Siapa dia Cikgu Rahim (Wan Abd Rahim)..orang bukan sikit-sikit perasaan dalam PAS. Walaupun dia ketua kawasan (PAS) Kota Bharu tetapi masa depannya tidak ada di dalam PAS.

"Saya tahu masalah dia. Memang masalah betul. Bukan sikit-sikit masalah".

"Husam Musa juga terlibat dengan PasMa, walaupun dia nafikan bahawa PasMa ditubuhkan bukan di rumah dia. Tak apa lah, tapi saya faham begitu. Dia (Husam) macam penggerak belakang PasMa/ Husam juga terpinggir dalam PAS kerana nampaknya tak berapa ada masa depan dia dalam PAS kerana dia telah melakukan banyak kesilapan-kesilapan dalam PAS".

"Termasuk Phahrolrazi, Presiden PasMa. Siapa dia Phahrolrazi? Yang merebut jawatan Menteri Besar dengan ustaz Azizan ketika Allahyarham sakit itu, siapa dia ? Bukan dia ke ?".

 "Pada saya, PasMa ini, Insya Allah tak panjang usianya dan pada saya orang yang menubuhkan dan mendokong PasMa ini (adalah) orang yang bermasalah dalam PAS dan dilihat mungkin tidak ada masa depan dalam PAS".

 "Maka, dia nak juga jadi orang kuat, orang terkenal, maka ditubuhkan NGO lain, mudah-mudahan dia boleh jadi terkenal juga".~ Mohamad Nazir Zakaria

Apa kena dengan Nik Amar ?

Posted: 03 Dec 2014 01:00 AM PST


Ini nak panggil spesis apa? Korang sendiri fikirkanlah. Tidak wala' dengan keputusan muktamar yang baru lalu yang telah meluluskan usul memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Tiba-tiba dia cakap sebaliknya di siniOrang ini begitu yakin dengan keikhlasan Umno. Sudah bertahun-tahun PAS bertungkus lumus melawan Umno, tetapi orang ini masih lagi tidak dapat mengenal hati budi dan kerja laknat Umno selama ini.

Bukan hanya dia seorang sahaja yg demikian rupa. Itulah spesis UG yang PAS perlu hadapi ...

Muktamar lulus usul desak mansuh Akta Hasutan

Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-60 yang berlangsung di Parit Haji Salleh Ros di sini hari ini meluluskan usul memansuhkan Akta Hasutan 1948.

 Usul bersama dari PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat itu dibacakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof dan diluluskan secara sebulat suara.

 Gesaan pemansuhan akta itu dibuat antara lain kerana ianya bercanggah dengan prinsip keadilan Islam dan sejagat.

 Akta yang diwujudkan sejak zaman penjajah itu juga disifatkan sebagi lapuk tidak lagi releven dalam suasana 57 tahun negara mencapai kemerdekaan.

 Akta itu juga menurut usul tersebut, membolehkan seorang rakyat ditahan secara semberono tanpa perlu bukti dan kesan terhadap ucapan atau kenyataan yang dikeluarkan.

 "(Melaui akta ini) kerajaan BN telah menodai nilai kebebasan pandangan dan pendapat sehingga segenap lapisan masyarakat tidak terlepas dari akta hasutan," kata Mujahid ketika membaca ucul tersebut.

 Apatah lagi ujar beliau, akta ini bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Jabatan Peguam Negara dan hukumannya pula adalah berat. ~1 HARAKAH ~2 MALAYSIAKINI

Sungguh jijik dan meloyakan!

Posted: 02 Dec 2014 09:22 PM PST

Dua Komen dari seorang pembaca : 

 Hamzah Mohammad · University of Malaya ~ Podah! Jangan PAS UG spt Umno mau memperbodohkan rakyat. Yang benar2 menyelamatkan Krjn PR di Sgor adalah 2 Adun PAS bernama Saari Sungib dan Hasnul Burhanuddin yg sekarang telah digantung dari keahlian oleh PAS setlh dituduh menjadi barua PKR. Selain itu, Exco2 dari PAS UG telah meluluskan 2.6 juta untuk 6 kktgn TSKI dan juga 6 expat untuk Air S'gor dgn gaji £25K s.b seorg. Patutnya PAS diberi 2 Exco saja dan ini pun kpd Saari dan Hasnul.

 Hamzah Mohammad · University of Malaya ~ Tak de jaminan Puak UG di dalam PAS tidak akan mencuba lagi tuk mnubuhkn UG di S'gor. Mgkin Iskandar sedar DAP mengesyakki UG akan cuba sekali lagi dgn mnyalahguna kuasa Timb Speaker sewaktu Speaker tidak hadir dan krn itu mahu jwtn Tim Speaker 11. Kenyataan Iskandar ini agaknya untuk menangkis syak DAP itu.

 Aku sendiri pun benar-benar berasa loya tekak aku bila membaca artikel berikut. Tak tahu malukah Iskandar Samad dan 3 rakan sewaktunya tuh?

PAS S'gor: Kami tersentap tapi tak dendam

 PAS Selangor mengakui parti itu tersentap dengan tekanan dan tohmahan sewaktu krisis menteri besar negeri itu tetapi tidak akan berdendam dan akan terus komited bersama Pakatan Rakyat.

 Walaupun krisis itu telah berlalu, Pesuruhjaya PAS Iskandar Samad mahu Pakatan Rakyat memandang ke hadapan bagi memastikan gabungan pembangkang itu terus kukuh dan Selangor akan terus dipertahankan.

 "Walaupun terpaksa menghadapi tekanan dan tohmahan PAS telah memilih untuk kekal di dalam kerajaan ketika krisis tersebut semata-mata untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional tidak dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri melalui pintu belakang.

 "Jika PAS tidak melakukannya maka belum tentu kerajaan di Selangor hari ini adalah Kerajaan Pakatan Rakyat.

 "Sama ada pengorbanan PAS itu dihargai atau sebaliknya ada tidak penting. Sejarah akan menilai segala tindakan kita. Yang penting Selangor terus diterajui oleh Pakatan Rakyat," katanya.

 Iskandar berkata pihaknya akan terus komited bersama Pakatan atas dasar hormat menghormati hak dan merai perbezaan pandangan supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan setiap parti yang menanggotainya.

 Exco Selangor dan ADUN Cempaka itu berkata demikian dalam satu kenyataan sempena sambutan ulangtahun parti Islam itu ke-63. ~ SUMBER

Tiada ulasan: