Ahad, 28 Disember 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Enggan isytihar Darurat Kelantan : Apa muslihat disebaliknya?

Posted: 28 Dec 2014 01:50 AM PST

Beritanya di sini 

Berita penuh di sini



Walau begitu jelas keadaan di Kelantan sangat kritikal, namun Kelantan tidak berani diisytihar darurat dengan alasan masing-masing.....ini semua adalah politikal game yang tersembunyi disebaliknya.... 





Betulkah apa yang mereka kata kat atas tu? Sila bincangkan. Bio aku jadi moderator kali ini! Depa nak lihat Kelantan jadi padang jarak padang terkukur baru nak isytihar darurat kerrr?

INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT?

Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans.

 Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat. Ini pandangan saya:

 + Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan.

 + Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir.

 + Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan.

 + Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans.

 + Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir.

 Kesimpulan: Menggunakan alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat.

  Afyan Mat Rawi, IFP. 27/12/20149

DISCLAIMER: Ini hanya pandangan peribadi penulis, yg bukan pakar insurans. Penulis hanya seorang ejen takaful cabuk yg baru 11 tahun dalam bidang perkhidmatan kewangan dan takaful, serta sebagai Pengurus Agensi di Takaful IKHLAS. Penulis juga pernah terlibat beberapa kali dalam misi banjir bersama AMAL Gombak.

sikit info insurans banjir utk kereta

Secara amnya, polisi insurans kereta komprehensif memberikan pampasan bagi musibah seperti kerosakan atau kehilangan kenderaan akibat kemalangan, kebakaran mahupun kecurian. Akan tetapi, kerosakan akibat banjir atau apa-apa rentetan daripada banjir dianggap sebagai bencana alam dan kerosakan kenderaan akibatnya disenaraikan sebagai risiko yang TIDAK dilindungi oleh polisi insurans kenderaan. Antara kerosakan atau kehilangan akibat banjir yang tidak dilindungi ialah:

 kerosakan terhadap kenderaan yang ditenggelami banjir:

 kehilangan kenderaan akibat hanyut semasa banjir , kebakaran dan letupan kenderaan akibat dimasuki air banjir.

kemalangan terhadap kenderaan dengan objek yang dihanyutkan air banjir seperti batang pokok.

 Selain banjir, bencana alam lain yang tidak dilindungi termasuklah:

 gempa bumi dan situasi rentetan daripadanya seperti ombak besar/tsunami, tanah runtuh (dan rentetannya seperti letupan gas atau kebakaran akibat gangguan elektrik berikutan tanah runtuh), dan ribut petir (dan rentetannya seperti kerosakan akibat kenderaan dipanah petir semasa ribut).

 Walau bagaimanapun, pemilik kenderaan boleh membeli perlindungan tambahan terhadap kerosakan atau kehilangan akibat banjir dengan membeli perlindungan tambahan semasa membeli polisi insurans kenderaan mereka. Perlindungan ini juga terpakai untuk risiko bencana alam yang lain seperti gempa bumi, tanah runtuh dan ribut petir.

 Perlindungan tambahan ini dikenakan caj premium tambahan sebanyak 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan. 

 Sebagai contoh, sekiranya kenderaan diinsuranskan sebanyak RM50,000, pemilik kenderaan akan dikenakan premium tambahan sebanyak RM250. Pemilik kenderaan juga boleh membuat pengiraan anggaran jumlah premium untuk perlindungan tambahan bagi banjir dengan menggunakan kalkulator premium yang terdapat di laman sesawang ini.~  Sumber: infoinsurans

Tiada ulasan: