ZAKRI ALI |
- Anwar akan 'paksa' TG Hj Hadi hadir mesyuarat Pakatan Rakyat?
- UIA dikunci, bergelap untuk halang himpunan - By canang
- VIDEO - Siti Nurhaliza - Lelaki (Tribute untuk Tok Guru Nik Aziz)
- Tembelang Peguam Umno Terbongkar Lagi..
- NFC: Kami bukan tak nak bayar tapi ...
- VIDEO - Perbicaraan Liwat 2: Satu Tinjauan Semula
- ‘We are exhausted,’ CJ says as prosecution bids for rebuttal
- VIDEO - Kenapa Panel LIMA HAKIM Menangguhkan Keputusan Kes Fitnah DSAI ??
- VIDEO : Ucapan YB DS Anwar Ibrahim Setelah Panel Lima Hakim Menangguhkan Keputusan Penghakiman
- Kes Mat Sabu: Saksi tak tahu siapa Agong pada tahun 1950...???
- JPJ KAJI SEMULA OPERASI NOMBOR PLAT DAN LAMPU STROBE.
- DSAI Mampu Menang...cuma?
- PERJUMPAAN UMNO HANYA BERPANTUN DAN BERSELOKA SENDA......
- Ir Bushro dedah amalan tidak sihat Umno Selangor sinarharian
- Umno.. kamulah bapak segala iblis dan syaitan
- JPJ DIARAH BAYAR GANTI RU GI RM76,835 KEPADA PENIAGA - By canang
- Azmin Suruh Tanya Mahathir Siapa Noh Omar Sebenarnya..
- FOTO Persiapan Mega Perkahwinan TMJ
- DBKL Terlibat Dalam Skandal Pecah Amanah - RM138.5j Lesap !!! - Kepala hotak Nurul Asyikin
- Prof. Hassan Hasbullah Dituduh Plagiat Tesis Akademik ??
- Kartunis Zunar Nafi Isterinya Ditangkap
- Yang Ini Siapa Nak Jawab ??
- TERKINI - Lee Chong Wei Positif Guna Dadah Terlarang
- Wifi Telah Dipulih Semula....
Anwar akan 'paksa' TG Hj Hadi hadir mesyuarat Pakatan Rakyat? Posted: 08 Nov 2014 11:15 PM PST Apa pun, aku harap TG Presiden PAS tolong la jawab isu ni, biar kami ahli PAS peringkat bawah ni ada jawapan yang rasional sebab apa TG Presiden PAS kerap ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat. Sinarharian melaporkan: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa beliau sendiri akan memastikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR akan datang. Aku harap sungguh Anwar ada kaedah untuk pastikan Presiden PAS TG Hj Hadi hadir dalam mesyuarat-mesyuarat Pakatan Rakyat selepas ni.Macam yang aku update dalam status facebook aku, sebagai seorang ahli PAS aku sesungguhnya sangat-sangat malu bila presiden parti yang aku jadi ahli ditempelah dan dipermain-mainkan sebab kerap tak hadir mesyuarat. Bertambah malu lagi bila Setiausaha Agung PAS bagi alasan bangang untuk mempertahankan Presiden PAS sampai keluar alasan Presiden PAS tak hadir mesyuarat tu perkara remeh. Aku sebenarnya tak salahkan Cikgu Mustafa Ali dengan alasan bangang tu pasainya aku pun sebenarnya takdak hujjah atau alasan yang rasional yang boleh aku bagi untuk mempertahankan Presiden PAS kalau ada member yang bangkitkan pasai isu ponteng mesyuarat tu. Dalam artikel Sinarharian yang bertajuk "Anwar akan pastikan Hadi datang mesyuarat" juga dilaporkan: "Mungkin selepas ini kita akan beri notis (peringatan) yang baik, mesyuarat seterusnya kita akan pastikan tarikhnya lebih sesuai buatnya, saya pasti dia boleh hadirinya.Aku rasa lebih elok kalau Presiden PAS dibagi tanggungjawab untuk tetapkan tarikh mesyuarat-mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan datang, lagi elok kalau surat panggil mesyuarat pun TG Presiden PAS yang tandatangan. Mungkin dengan cara tu takdak sebab dah untuk Presiden PAS untuk ponteng lagi mesyuarat Pakatan Rakyat tu. Apa pun, aku harap TG Presiden PAS tolong la jawab isu ni, biar kami ahjli PAS peringkat bawah ni ada jawapan untuk dijawab bila ada kawan bangkitkan isu yang sangat memalukan ni, malu sebab kami tak boleh bagi jawapan yang rasional sebab apa TG Presiden PAS kerap ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat. Lagi satu, walaupun aku dah share dalam facebook tapi aku sebenarnya tertanya-tanya betul ka TG Presiden PAS tak pernah hadir mesyuarat Pakatan Rakyat sejak 20 bulan lepas macam tuduhan imej yang aku tampal kat bawah ni? Aku harap sangat tuduhan tu palsu dan TG Presiden PAS nafikan tuduhan tu dengan bukti sekali.
| |||
UIA dikunci, bergelap untuk halang himpunan - By canang Posted: 08 Nov 2014 10:30 PM PST Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bertindak memadamkan lampu dan mengunci pintu pagar utamanya untuk menghentikan satu perhimpunan mahasiswa di kampus berkenaan pada malam tadi. Akibatnya, beratus-ratus pelajar terpaksa berhimpun di luar kampus di bawah pengawasan pihak keselamatan kampus dan polis. Menurut presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol, UIA memaklumkan bahawa tindakan itu dibuat bagi menghalang Fahmi dan profesor undang-undang Abdul Aziz Bari daripada berucap. Menurut Fahmi, arahan itu dikeluarkan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA, Datuk Dr Mizan Hitam kerana perhimpunan tersebut menampikan beliau dan juga Aziz Bari. Sementara itu, dalam satu kiriman emel kepada Malaysiakini, Aziz memberitahu bahawa beliau dihalang masuk ke kampus di Gombak, Selangor itu atas alasan "keselamatan". "Mizan Hitam beritahu kami, Fahmi Zainol dan Abdul Aziz Bari tidak dibenarkan masuk kampus," kata Fahmi yang merupakan penganjur bersama program itu ketika dihubungi. "Saya tiba di kampus sekitar jam 9.30 malam dan tidak dibenar masuk oleh pihak keselamatan yang memetik alasan keselamatan. "Saya dikelilingi pihak keselamatan, termasuklah polis dan terpaksa beredar," katanya. | |||
VIDEO - Siti Nurhaliza - Lelaki (Tribute untuk Tok Guru Nik Aziz) Posted: 08 Nov 2014 10:00 PM PST | |||
Tembelang Peguam Umno Terbongkar Lagi.. Posted: 08 Nov 2014 09:15 PM PST Saya mangsanya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, yang mendakwa ketua pihak pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempolitikkan rayuan liwatnya di Mahkamah Persekutuan mahkamah. Ketua Pembangkang itu berkata, Shafee memberi "kuliah politik" dalam keterangannya kepada mahkamah dan bukannya menyanggah hujah pihak pembelaan secara berfakta. Beliau turut meletakkan kesalahan kepada Shafee kerana meletakkan beban bukti kepada pihak pembelaan sedangkan sepatutnya menjadi tugas pendakwaan membuktikan mengatasi keraguan munasabah tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan. Saya mangsa dalam sandiwara ini," kata Anwar ketika ditemui media selepas selesai sidang Mahkamah Persekutuan hari ini.Shafee dalam keterangannya di mahkamah hari ini berkata, Saiful merupakan mangsa jenayah seks. Anwar Ibrahim berkata jika beliau bersara dari arena politik, dia kemungkinan akan dibebaskan. Ini katanya, satu petanda yang tuduhan dan pendakwaan tersebut bermotifkan politik. Ketua Umum PKR itu hari ini turut menyelar Shafee yang dalam keterangan kepada mahkamah berkata, Anwar perlu membuat ujian DNA di luar negara bagi membuktikan beliau bukan "Lelaki Y" – pemilik bukti DNA yang dijumpai dalam dubur Saiful."Saya bukan pendakwa. Mahkamah Persekutuan menangguhkan persidangan sehingga Khamis dan akan dimulakan dengan pihak pembelaan menggulung hujah pada hari itu. ~malaysian insider | |||
NFC: Kami bukan tak nak bayar tapi ... Posted: 08 Nov 2014 08:30 PM PST "Keupayaan untuk membayar komitmen kami tidak akan goyah jika perniagaan itu tidak terganggu seperti yang dibuktikan oleh pembayaran balik kami pada 2012 dan 2013." Syarikat National Feedlot Corporation (NFC) kecewa dengan "serangan" dari parti Pakatan Rakyat yang didakwa menyebabkan operasinya terganggu dan seterusnya menjejaskan keuntungan. Satu kenyataan NFC hari ini mendakwa, "serangan" itu termasuk "penipuan, putar belit, gambaran salah" ke atas NFC, selain pendedahan maklumat sulit perbankannya. "Melainkan jika dana dikembalikan, NFC kesal ia tidak dapat menjana pendapatan untuk membayar balik seterusnya ansuran pinjaman 2014," kata ketua perunding komunikasi NFC Ghazalie Abdullah dalam satu kenyataan hari ini. Menurut NFC, tindakan Ketua Audit Negara membekukan sumber kewangan syarikat itu menyebabkan ia gagal untuk terus beroperasi. "Keupayaan untuk membayar komitmen kami tidak akan goyah jika perniagaan itu tidak terganggu seperti yang dibuktikan oleh pembayaran balik kami pada 2012 dan 2013. NFC mengulas laporan Malaysiakinipada 5 November Kerajaan Persekutuan akan membatalkan kontrak dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Kerajaan turut mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka kerana ingkar dalam membuat pembayaran. Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen berkata NFC gagal mememenuhi kemajuan pembayaran semula kepada kerajaan, pinjaman sebanyak RM250 juta bagi organisasi itu bagi 2014, PEN BURUK ONLINE. | |||
VIDEO - Perbicaraan Liwat 2: Satu Tinjauan Semula Posted: 08 Nov 2014 07:45 PM PST Tiada kecederaan pada dubur Mohd Saiful PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada sebarang koyakkan atau luka pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, yang didakwa diliwat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Peguam bela, Ram Karpal Singh dalam hujahannya semalam berkata, semasa keterangan Mohd Saiful mendakwa dia telah diliwat lima minit namun memberitahu pegawai penyiasat serta doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) insiden itu berlaku selama 30 minit. "Bagaimana tiada sebarang luka pada rektumnya sedangkan dia mendakwa telah diliwat secara rakus dan laju pada masa itu?" soalnya. Menurutnya keterangan Mohd Saiful telah menimbulkan keraguan jelas. Beliau berkata, Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam laporannya juga mendapati dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan normal. -SH BERITA 2 Peguam: Doktor sahkan tiada tembusan di dubur Saiful, mana datang air mani? PUTRAJAYA 30 OKT: Ram Karpal mempersoal mana datangnya air mani yang dikatakan ditemui dari dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan sedangkan doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid mendapati dubur pengadu dalam keadaan normal dan tiada tembusan berlaku. "Bagaimana kamu temui air mani dalam rektum apabila tiada terdapat bukti tembusan (penetration)," kata peguambela itu. Katanya, perkara itu hanya boleh ditemui jika sampel berbeza digunakan. Ram juga berkata, doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) tidak menemui sebarang tanda koyakan atau luka daripada Saiful akibat mempertahankan diri. Kata Ram, ini menunjukkan terdapat keraguan terhadap tembusan faktum pada Saiful. Justeru, katanya, hakim perbicaraan dan hakim mahkamah rayuan terkhilaf dengan menjangkakan sampel yang betul ditemui. Ram selanjutnya berhujah, laporan pro forma di hospital menunjukkan Saiful melawan tetapi tiada luka akibat mempertahankan diri. "Empat doktor, termasuk tiga daripada HKL, menyatakan tiada tanda-tanda kecederaan. "Saiful berkata beliau diperlakukan secara kasar, menyebabkan kesakitan luar biasa tetapi tiada kecederaan," kata Ram. Ram sebelum itu berkata, Saiful mendakwa kejadian liwat itu berlaku lima minit (ketika memberi keterangan) tetapi memberitahu Supt Jude Pireira dan doktor HKL bahawa ia berlaku selama 30 minit. "Jika begitu (tempoh) lebih lama, akan terdapat tanda-tanda kecederaan. "Ia menimbulkan keraguan jelas pada testimoni Saiful," katanya. -KD BERITA 3 Tuduhan liwat ke atas Anwar satu konspirasi - Surendran PUTRAJAYA: Para peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa pertuduhan liwat terhadap anak guam mereka adalah satu konspirasi. Peguam Anwar, N. Surendran memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang Anwar telah didakwa meliwat, mengadakan pertemuan dengan beberapa orang, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum insiden liwat yang didakwa itu. Beliau berkata pertemuan berlangsung antara 24 Jun, 2008, dua hari sebelum insiden, dan 28 Jun 2008, apabila Mohd Saiful akhirnya membuat laporan polis. Surendran berkata Mohd Saiful telah mengaku semasa pemeriksaan balas bahawa dia telah bertemu dengan Najib, yang pada waktu itu Timbalan Perdana Menteri, di kediaman Najib dan pada 24 Jun 2008 dan bahawa pada hari yang sama, beliau juga telah bertemu pegawai khas Najib, Khairil Anas Yusof di rumahnya (Khairil Anas). "Selepas itu beliau telah bertemu pegawai kanan polis Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof di Hotel Melia di Jalan Imbi pada 25 Jun. Mohd Saiful juga telah menghubungi Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hasan sebelum membuat laporan," kata Surendran. Beliau memberitahu mahkamah bahawa Mohd Saiful juga pernah bertemu bapa saudaranya dikenali sebagai "Tuah" sebelum bertemu Senator Mohd Ezam Mohd Noor dan orang yang terakhir dia bertemu adalah bekas pelari pecut Datuk Mumtaz Begum Abdul Jaafar. Surendran menegaskan ia adalah kemungkinan bahawa insiden yang didakwa berlaku direka-reka Mohd Saiful dan orang-orang yang ditemui beliau antara 24 Jun hingga Jun 28. "Kewujudan rancangan yang diatur melibatkan Najib dan lain-lain telah dibangkitkan oleh Anwar dalam satu kenyataan dari kandang tertuduh tetapi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal memberikan pertimbangan ini dalam keputusan mereka," katanya. Surendran bersetuju bahawa malah melalui satu kenyataan dari kandang tertuduh juga kurang pertimbangannya berbanding keterangan bersumpah, mahkamah sepatutnya memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas aduan oleh perayu (Anwar). Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim mendengar rayuan itu, mengingatkan Surendran supaya menunjukkan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyokong hujahnya berkaitan dengan kenyataan dari kandang tertuduh. "Anda seharusnya menurut apa yang peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram (dalam pasukan pembelaan Anwar) telah lakukan, apabila dia mengemukakannya, dia menunjukkan undang-undang kes," katanya. Sebelum itu, dalam isu alibi, Sri Ram berhujah bahawa sebelum perbicaraan itu, Anwar telah memberikan notis mengenai alibi itu kepada pihak pendakwaan namun memutuskan untuk tidak meneruskannya apabila Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan gagal untuk memberikannya pertimbangan apabila anak guamnya mengeluarkan kenyataan dari kandang tertuduh. Anwar menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian dalam kenyataan dari kandang tertuduh, namun pihak pendakwaan menggunakan kenyataan itu terhadap perayu apabila merayu keputusan Mahkamah Tinggi, yang melepaskan Anwar selepas kes pembelaan. "Notis alibi ini tidak diteruskan namun ia tidak boleh digunakan ke atas perayu. Mahkamah tertinggi perlu campur tangan apabila dengan jelas wujud arah yang salah," kata Sri Ram. Beliau memberitahu mahkamah tertinggi itu bahawa pemilik kndominium, hanya dikenali sebagai Hasanuddin, disoal siasat hampir 30 jam dan ia telah dirakamkan melalui video. Ahli perniagaan itu mempunyai dua unit berdekatan satu sama lain di kondominium Desa Damansara, di mana alibi Anwar adalah beliau bukan berada di unit lain semasa insiden yang didakwa itu berlaku. Sri Ram juga berkata walaupun Anwar berada di kondominium itu semasa tarikh dan masa yang didakwa itu, namun ia tidak bermakna insiden yang didakwa itu telah berlaku. -BERNAMA BERITA 4 Tiada kesan air mani pada seluar dalam Saiful Peguambela Ram Karpal Singh berkata, tiada kesan air mani pada seluar dalam yang dipakai Mohd Saiful Bukhari Azlan selepas insiden beliau mendakwa diliwat. Tambah beliau, kesan air mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak diguna beliau (Saiful) semasa insiden berlaku. "Jika kesan air mani ditemui pada seluar dalam sebelum itu, ia patut sama dengan kesan pada seluar yang digunakannya pada hari insiden," tambahnya. Pada masa sama beliau mempertikai keputusan ahli kimia kerajaan yang bertindak berat sebelah apabila tidak menjawab soalan yang ditanya peguam bela. -FMT BERITA 5 Kewibawaan Saiful terus dipertikai Putrajaya: Pihak pembelaan di dalam kes rayuan liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertikaikan kewibawaan bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram di dalam hujah semula di Mahkamah Persekutuan di sini, semalam, membangkitkan isu permaidani yang ditemui di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara iaitu tempat kejadian liwat didakwa berlaku. "Sebelum ini Mohd Saiful Bukhari mendakwa liwat berlaku di atas permaidani itu dan gel pelincir ada tertumpah ketika kejadian iaitu di unit satu. "Bagaimanapun, permaidani itu ditemui pasukan forensik di unit hadapan tempat kejadian iaitu unit 11-5-2. Pendakwaan mengatakan ia dipindahkan dari unit dua ke unit satu. Saya tidak percaya permaidani terbang. Tidak ada bukti mengatakan ia dipindahkan atau bukti di atas permaidani itu sendiri," katanya. Gopal melalui hujahnya mengetepikan dakwaan pendakwaan melalui peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengatakan Anwar mengawal Mohd Saiful Bukhari menggunakan teknik tertentu. "Mohd Saiful Bukhari memang menganggap Anwar sebagai idolanya sedangkan sebelum ini dia membencinya. Ini dapat dilihat melalui akaun Friendster miliknya yang memaparkan Mohd Saiful Bukhari sebagai penyokong kuat Barisan Nasional. "Mohd Najwan Halimi iaitu rakan Mohd Saiful sebelum ini pernah dipanggil memberi keterangan. Dia mengakui rakannya itu tidak boleh dipercayai. "Malah, Mohd Najwan sendiri ada menghantar e-mel kepada Anwar untuk memberi amaran berhubung Mohd Saiful Bukhari," katanya. Terdahulu, peguam Sangeet Kaur Deo dalam hujahnya berkata, tidak ada bukti menyatakan DNA Anwar yang ditemui di dalam rektum Mohd Saiful Bukhari. "Tidak ada bukti menyatakan Anwar menggunakan tuala 'good morning', berus gigi dan botol air iaitu ketiga-tiga barang yang didakwa mempunyai profil DNA lelaki Y," katanya. -HM ULASAN GB Yang penting ialah "tiada saksi selain Saiful Bukhari sendiri terhadap kejadian liwat tersebut." Kedua tiada pengesahan dari mana-mana doktor menyatakan Saifu diliwat, malah 4 (1 Pusrawi dan 3 dari HKL) orang doktor mengesahkan dubur pengadu dalam keadaan normal dan tiada tembusan berlaku. Ketiga, satu-satunya bahan bukti Saiful ialah sampel DNA. Terdapat kehadiran 18 alel. Pendakwa menuduh alel 18 mungkin kepunyaan Dr.Osman, jika benar, ia mengesahkan bahawa DNA itu memang telah tercemar. Apabila ia tercemar, ia sepatutnya telah ditolak sebagai bahan bukti. Sementelah lagi sampel itu juga tidak ditempatkan di peti dingin beku, tetapi di laci seorang pegawai polis. Keempat, bahan bukti kedua ialah seluar dalam. Tetapi seluar dalam Saiful yang digunakan pada hari insiden dibasuh namun kesan mani ditemui pada seluar dalam lain, yang tidak digunakannya pada hari itu! Hancus... Kelima, bahan bukti terakhir ialah permaidani, insiden berlaku pada unit 11-5-1 di atas permaidani tetapi permaidani ditemui di unit yang lain (11-5-2). Hancus lagi... Jadi dengan ketiadaan saksi, bahan bukti yang semuanya meragukan apa lagi yang tinggal untuk menjadi sandaran tuduhan liwat? Ya yang tinggal kini hanya "dubur" Saiful sendiri.... ia perlu dipertontonkan di dalam mahkamah?... Kelab Greenboc. KOMEN: HUKUMAN MENUDUH TANPA EMPAT ORANG SAKSI AL QURAN-SURAH AL-NUR AYAT 4 "Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan jangan lah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ." | |||
‘We are exhausted,’ CJ says as prosecution bids for rebuttal Posted: 08 Nov 2014 07:00 PM PST PUTRAJAYA, Nov 7 — An appeal hearing initially scheduled for two days but is now in its eighth day of hearing has left a Federal Court panel "exhausted" and unwilling to entertain a request by the prosecution to revisit matters already heard. But Chief Justice Tun Arifin Zakaria was unreceptive towards the attempt, asking whether the defence had raised any issue that merited the prosecution's rebuttal. "We are exhausted," Arifin told Shafee. This prompted the private lawyer to wade through a bundle of documents to locate his point of contention, which centred on the state of mind of Anwar's accuser, Saiful Bukhari Azlan, at the time of the alleged sodomy. The defence previously asserted that a photograph of him appearing relax at a tea party the day after the alleged sodomy was inconsistent with that of a victim of sexual assault. Arifin was unmoved and later adjourned the hearing to an unspecified date. "In view of the submissions... we will need some time (to consider)," he said. The Federal Court is hearing today Anwar's challenge of the Court of Appeal's decision to overturn a lower court's decision to acquit him of the charge. The case was originally allotted two days of hearing — October 28 and 29 — but has stretched on for eight days now and with no clear end in sight. The High Court had in 2012 acquitted Anwar of the 2008 charge but the appellate court ruled on March 7 this year that the trial judge had erred when rejecting the DNA evidence produced in the case. If Anwar fails to reverse his five-year imprisonment sentence and conviction in the Federal Court, he would lose his seat as the law bars anyone fined RM2,000 or imprisoned for one year from serving as a lawmaker. Today's hearing is presided over by a five-member panel led by Chief Justice Tun Arifin Zakaria. Others include Court of Appeal president Tan Sri Md Raus Sharif and Federal Court judges Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar and Datuk Ramly Ali. Anwar is represented by a 14-man defence team led by Datuk Seri Gopal Sri Ram. Others include lawyers R.Sivarasa, Latheefa Koya, N. Surendran and Gobind Singh Deo.
Yahoo Mail. | |||
VIDEO - Kenapa Panel LIMA HAKIM Menangguhkan Keputusan Kes Fitnah DSAI ?? Posted: 08 Nov 2014 06:30 PM PST WAJAH 5 HAKIM YG MENANGGUH KEPUTUSAN KES LIWAT 11 ANWAR IBRAHIM SEHINGGA KE SUATU WAKTU YG TIDAK DIKETAHUI ..... APA YG KORANG SEMUA DAPAT FIKIRKAN. .....????? LUAHAN HATI RAKYAT. ..... | |||
VIDEO : Ucapan YB DS Anwar Ibrahim Setelah Panel Lima Hakim Menangguhkan Keputusan Penghakiman Posted: 08 Nov 2014 05:42 PM PST | |||
Kes Mat Sabu: Saksi tak tahu siapa Agong pada tahun 1950...??? Posted: 08 Nov 2014 05:00 PM PST BUTTERWORTH: Saksi pendakwa yang kelapan iaitu Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Utara, ASP Jafri Md Zain mengakui semasa pemeriksaan balas bahawa laporan polis pihak pengadu berhubung kes Mat Indera tetap mempunyai nilai walaupun laporan polis mengandungi fakta-fakta yang tidak betul dan tidak masuk akal. Pada perbicaraan kelmarin, saksi pendakwa itu disoal bertalu-talu oleh peguambela Mohamad Sabu, Mohamed Hanipa Maidin berhubung siasatan beliau berkenaan laporan polis yang dibuat oleh pengadu iaitu mantan pesara polis iaitu Visvanathan. Di dalam laporan polis itu beliau menyatakan Mat Sabu menyokong komunis dan menderhaka Yang di-Pertuan Agong. Hanipa menyoal pegawai penyiasat itu bagaimanakah laporan polis pengadu boleh dikatakan mempunyai nilai dalam keadaan dakwaan pengadu menderhaka kepada Agong adalah tidak masuk akal kerana pada tahun 1950 iaitu kejadian tragedi Bukit Kepong institusi Yang di-Pertuan Agong belum wujud lagi. Begitu juga Hanipa membangkitkan dakwaan pengadu kononnya menyokong komunis adalah suatu yang secara jelas tidak betul kerana Mat Sabu tidak pernah sama sekali menyebut perkara tersebut di dalam mana-mana ucapannya. ASP Jafri yang berkhidmat selama 19 tahun dengan PDRM adalah saksi kelapan pendakwa. Beliau dan beberapa petugas PDRM telah pergi ke Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al-Fahmi Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011 untuk merakam tujuh keping gambar. Mat Sabu didakwa di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Seksyen Butterworth di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. Selepas keterangan pegawai penyiasat itu perbicaraan tersebut kini ditangguhkan kepada 14 Disember 2014 depan di Mahkamah Kuala Terengganu ekoran waris kepada salah seorang polis pada kejadian Bukit Kepong, Jaafar Hasan dalam keadaan uzur dan tinggal di Terengganu. Berikut adalah antara lain soalan Hanipa ke atas saksi pendakwa tersebut. Soalan: Adakah kamu ada ambil statement daripada pengadu kes ini iaitu encik Visvanathan? Jawapan: Tiada Soalan: Berapa pegawai penyiasat dalam kes ini? Jawapan: Saya seorang. Soalan: Jika kamu seorang siapa pula yang ambil keterangan pengadu di bawah seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah? Jawapan: Ada pegawai penyiasat lain. Soalan: Maknanya bukan seoranglah..ada pegawai penyiasat lainlah? Jawapan: Saya tak setuju. Soalan: Kamu ada baca laporan polis pengadu. Jawapan: Ada. Soalan: Cuba lihat laporan polis..setuju tak dia ada kata ucapan Mohamad Sabu tentang Bukit Kepong menghina atau derhaka Yang di-Pertuan Agong? Jawapan: Ya, betul. Soalan: Saya nak tanya kamu pada hari kejadian Bukit Kepong tahun 1950 sebelum merdeka siapa Yang di-Pertuan Agong. Jawapan: Saya tak tahu. Soalan: Sebagai Pegawai Penyiasatan kamu rasa laporan polis itu ada nilai bila dia kata Mohamad Sabu hina Agong. Bila pada waktu itu Agong pun belum ada? Jawapan: Bagi saya ada nilai. Soalan: Kamu lihat dalam laporan polis pengadu kata Mohamad Sabu sokong komunis dalam siasatan kamu, adakah dakwaan pengadu itu betul? Jawapan: Ya, berdasarkan trankrip ucapan Mohamad Sabu memang dia sokong komunis. Soalan: Kamu benar-benar pasti...ingat ya kamu dalam bersumpah ini adalah kamu masih nak kekalkan keterangan kamu? Jawapan: Ya. Soalan: Baiklah itu pilihan kamu, sekarang cuba lihat transkrip eksibit P7. Tunjukkan pada mahkamah di mana yang dikatakan Mohamad Sabu sokong komunis. Jawapan: (Saksi tunjuk transkrip) Tiada Tuan Hakim. Soalan: Adakah sekarang kamu masih nak katakan laporan polis pemgadu masih ada nilai? Jawapan: Saya tak boleh jawab Tuan Hakim. Soalan: Kamu setuju bukan Mohamad Sabu seorang saja yang kata mereka yang lawan penjajah British adalah pejuang kemerdekaan? Jawapan: Ya. Soalan: Maknanya ada perbezaan pendapat siapa yang dikatakan pejuang kemerdekaan seperti boleh dilihat dalam buku Pengukir Nama Johor yang disemak oleh pakar sejarah Ramlah Adam dan kata pengantar oleh Datuk Ghani Othman mantan Menteri Besar Johor? Jawapan: Ya. Soalan: Kamu setuju tak ada apa warta atau keputusan kabinet ke dalam kes Bukit Kepong ni hanya ada satu saja versi yang harus dipakai tentang siapa yang dikatakan pejuang kemerdekaan? Jawapan: Saya tak mahu jawab. Soalan: Oleh kerana kamu sendiri setuju ada pelbagai pendapat atau versi tentang siapa yang dikatakan pejuang kemerdekaan maknanya apa yang Mohamad Sabu kata bukan satu fitnah? Jawapan: Saya tak setuju kerana apa yang dia kata tak sama dengan pendapat yang satu lagi. Soalan: Bukan kamu sendiri dah mengaku ada lebih satu pendapat...tak apalah itu sahaja soalan saya Tuan Hakim. - HARAKAHDAILY | |||
JPJ KAJI SEMULA OPERASI NOMBOR PLAT DAN LAMPU STROBE. Posted: 08 Nov 2014 04:15 PM PST KEMAMAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menilai semula keberkesanan operasi khas yang dilancarkan sejak 1 November lepas bagi membanteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi di seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, penilaian terperinci sama ada operasi berkenaan diteruskan atau dihentikan akan diputuskan selepas operasi sebulan itu berakhir 30 November ini. Dalam tempoh seminggu operasi itu, sebanyak 5,515 saman telah dikeluarkan terhadap tiga kesalahan itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya operasi bersepadu itu bukan untuk mencari kesalahan pengguna dan penguatkuasaan semata-mata malah ia lebih kepada mendidik pemandu mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya. Operasi itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Darat Awam (SPAD). Ismail berkata, JPJ meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan kadar kemalangan maut. Beliau berkata, pihaknya menjangka sebanyak 10,716 nyawa akan melayang di atas jalan raya akibat kemalangan menjelang 2020. "Jadi kita meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik agar jumlah kematian itu dapat dikurangkan kepada angka 5,358 orang setahun dalam tempoh yang sama," katanya. - Bernama. Apakah pula kaitan nombor plat dan kemalangan? POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT | |||
Posted: 08 Nov 2014 03:30 PM PST DSAI merasakan beliau mampu untuk menang kes Liwat 2 ini,kerana banyak hujah hujah dari pihak pembelaan yang dapat menimbulkan keraguan yang munasabah.Beliau berkata demikian dihadapan penyokong penyokong nya dihadapan mahkamah petang semalamNamun begitu beliau tidak menolak akan berlaku nya campurtangan "tangan tangan ghaib "yang akan menyebabkan beliau dipenjarakan. Beliau turut mengecam tindakan Peguam Pendakwa Tan Sri Shafie yang membuat kenyataan bahawa beliau mahu memakukan paku terakhir untuk keranda DSAI,kerana ini menunjukkan ketidak professional an beliau sebagai peguam yang sepatut nya tidak bersifat bias. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang sudi hadir. Beliau juga turut berharap agar pihak UM tidak akan mengambil tindakan kepada lapan pelajar (UM8) yang menganjurkan ceramah beliau tempohari. | |||
PERJUMPAAN UMNO HANYA BERPANTUN DAN BERSELOKA SENDA...... Posted: 08 Nov 2014 03:00 PM PST | |||
Ir Bushro dedah amalan tidak sihat Umno Selangor sinarharian Posted: 08 Nov 2014 08:00 AM PST
SHAH ALAM - Setelah 33 tahun bersama Umno, bekas Adun Paya Jaras, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor meluahkan rasa kurang senangnya terhadap corak dan amalan politik yang dimainkan Umno Selangor. Beliau menegaskan, praktis taburan duit yang berlebihan menjadikan pimpinan merebut jawatan bukan untuk berkhidmat kepada rakyat sebaliknya kerana habuan dan imbuhan yang diperoleh. "Mereka mahukan jawatan kerana agenda peribadi untuk tukar kereta, tambah itu ini. Bila pucuk pimpinan terlalu manjakan mereka dengan memberi imbuhan berlebih-lebihan, jika tak dapat merajuk dan memberontak. "Mereka berebut nak duit dan bernafsu besar dan sepatutnya seorang pemimpin harus tampil mengambil tanggungjawab berkhidmat kepada masyarakat," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Muhammad Bushro berkata, teguran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad itu sangat baik namun rombakan 100 peratus tidak boleh dilakukan kerana Umno tertakluk kepada perlembagaan. "Saranan saya kepada perdana menteri selaku Presiden Umno perlu tegas buat keputusan kali ini, bukan hanya bercakap retorik tanpa bertindak. Beliau perlu menamakan atau mencari seorang pemimpin sama ada di peringkat ketua bahagian mahupun ahli biasa yang mempunyai pengalaman dan boleh diterima semua. "Sebaiknya Umno Selangor ini diperkukuh dengan gandingan muka baru dan lama yang diyakini rakyat agar impian memenangi pilihan raya akan datang terlaksana," katanya. Dalam pada itu katanya, parti tidak sepatutnya bertindak menuding jari menyalahkan sesama sendiri sebaliknya duduk berbincang bersama dan pilih pemimpin gantian yang berupaya memacu Umno Selangor ke peringkat yang lebih baik di mata pengundi. "Saya berpendapat pimpinan yang ada sekarang sudah tepu hal demikian, membuatkan mereka gagal mencipta pembaharuan dan transformasi kepada parti agar diterima rakyat. "Usah terlalu mengharapkan duit dan peruntukan semata-mata untuk memenangi hati rakyat. Tidak boleh begitu kerana kita telah janji kepada rakyat jadi ia memerlukan pengorbanan," katanya. | |||
Umno.. kamulah bapak segala iblis dan syaitan Posted: 08 Nov 2014 07:30 AM PST Dia dipecat dari jawatannya sebagai TPM oleh Firaun Melayu! Selama 16 tahun Anwar digambarkan dan maruahnya dijaja sebagai orang yang bersalah. Tidak cukup dengan itu, Anwar Ibrahim dan keluarganya diaibkan tanpa batas oleh Bani Syaitan bertopeng manusia bernama Umno! Malah semua penyembah Bani Syaitan dengan sokongan persundalan berita akhbar arus perdana turut menfitnahnya. Apa saja perlakuan Anwar, salah pada pandangan mereka. 1998 kamu tuduh Anwar peliwat, malangnya pembuktian hambar! Kamu gagal ! 2008 kamu ulangi pertuduhan yang sama pada bontot yang berbeda dan kamu jaja fitnah tanpa usul periksa. Kamu pengkhianat ! Umno.. kamu lah bapak kepada segala iblis dan syaitan yang telah melebur-musnahkan kemurnian budaya Melayu dan kesejahteraan hidup rakyat. Umno.. kamu jugalah bapak kepada segala iblis dan syaitan yang telah menjejaskan penghormatan masyarakat asing terhadap kesucian Islam. Kamu adalah fasiq yang nyata ! Sedarlah wahai Umno, rakyat tidak alpa malah akan terus bangkit menjejak setiap kerakusan dan persundalan yang kamu budayakan berdekad lamanya. Kerajaan Rakyat | |||
JPJ DIARAH BAYAR GANTI RU GI RM76,835 KEPADA PENIAGA - By canang Posted: 08 Nov 2014 06:45 AM PST Kuala Lumpur – Seorang peniaga hari ini menang dalam samannya terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung pembelian sebuah kereta curi dalam lelongan awam jabatan itu, enam tahun lepas. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rozana Ali Yusoff memerintahkan JPJ membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM76,835 kepada Mohd Iskandar Idris, selaku plaintif. Dalam penghakimannya, beliau berkata JPJ gagal menguruskan penjualan secara tender hingga menyusahkan plaintif. Iskandar, 32, memfailkan saman terhadap Adenan Md Isa, Penolong Pengarah JPJ Selangor, Ketua Pengarah JPJ dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga. Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan 12 September 2012 menerusi Tetuan Hakimi & Partners, Mohd Iskandar berkata pada 31 Oktober 2008 beliau membeli sebuah kereta Perodua Kancil pada harga RM1,250 dalam satu lelongan awam yang dijalankan JPJ di Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam. Beliau mendakwa diberitahu oleh JPJ kereta itu adalah sah untuk dimiliki dan hak milik boleh ditukar kepada namanya tanpa sebarang masalah. Namun pada 14 Sept 2009, plaintif ditahan polis atas alasan memiliki kereta curi dan digari di khalayak ramai ketika berniaga menjual minuman di sebuah pasar Ramadan. Beliau kemudiaan dibawa ke Balai Polis Seapark, Petaling Jaya, untuk soal siasat. Dalam saman itu, Iskandar mendakwa beliau terkejut apabila diberitahu polis kenderaan yang dibeli adalah kenderaan curi walhal beliau membelinya dalam lelongan awam yang dijalankan JPJ. Beliau dibebaskan dengan jaminan polis setelah polis berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan sebelum kenderaan itu disita. Iskandar berkata beliau sempat mendapatkan semula kereta itu tetapi ia sudah dileraikan semasa dalam penyimpanan dan perlu dibaiki. Plaintif menuntut RM12,335 untuk ganti rugi khas, kos, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.sumber | |||
Azmin Suruh Tanya Mahathir Siapa Noh Omar Sebenarnya.. Posted: 08 Nov 2014 06:00 AM PST Mohamed Azmin Ali hari ini enggan mengulas dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang mendakwanya "cuba tunjuk pandai" mencari jalan pendamaian berhubung kemelut fatwa Sisters in Islam (SIS). Menteri besar Selangor itu sebaliknya berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dirujuk untuk mengenali siapakah sebenarnya Noh. "Siapa? Noh Omar? Dia ada lagi? "Saya ingat tanya Dr Mahathir siapa Noh Omar ni?" katanya menjawab ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya. Noh semalam mendakwa Azmin cuba berlagak pandai apabila mencadangkan satu pertemuan diadakan di antara Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan SIS berhubung fatwa sesat oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu. Katanya, adalah tidak wajar pertemuan itu diadakan kerana SIS sudah pun mengemukakan semakan kehakiman berhubung status mereka di mahkamah. "Sekiranya menteri besar mahu mufti jumpa SIS, beliau kena nasihatkan NGO itu supaya menarik balik kes tersebut. "Tetapi Azmin hendak tunjuk pandai sedangkan Mufti lebih arif mengenai perkara ini. Mufti tidak mahu jumpa sebab perkara ini dalam pengetahuan mahkamah," katanya dipetik dari akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Noh pada Rabu meminta Dr Mahathir menjelaskan sejak zaman bila orang ramai mula mengaitkan Umno sebagai parti rasuah. Beliau turut menggesa Dr Mahathir memberi komen secara spesifik berhubung kritikannya kepada Umno Selangor yang didesak untuk dibubarkan. "Dia suruh siapa berundur? Umno Selangor itu siapa? Saya hendak komen macam mana kalau tidak ada spesifik. Hendak undur apa? Yang duduk di Umno Selangor itu semua ketua bahagian. Ketua bahagian yang dipilih oleh orang Umno, oleh perhimpunan. "Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah. Majoriti saya meningkat lagi. Siapa yang dimaksudkan secara spesifik?" katanya kepada The Malaysian Insider. - tmi | |||
FOTO Persiapan Mega Perkahwinan TMJ Posted: 08 Nov 2014 05:15 AM PST Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menyatakan Tunku Mahkota Johor dan Cik Puan Khaleeda bakal menaiki kereta tanpa bumbung dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor bermula pada jam 8 malam pada hari tersebut. Selain berhimpun di sepanjang laluan sejauh tiga kilometer ini, rakyat Johor juga boleh menyaksikan istiadat perkahwinan pasangan Diraja itu menerusi skrin besar yang akan dipasang di Dataran Bandaraya. " Rakyat boleh berhimpun di sepanjang jalan dari Istana Bukit Serene ke Istana Besar Johor sekiranya mereka mahu melihat dengan lebih dekat pasangan Tunku Ismail dan Cik Khaleeda pada 8 November ini, " katanya yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Tunku Mahkota Johor merupakan putera sulung Sultan Johor , Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah. | |||
DBKL Terlibat Dalam Skandal Pecah Amanah - RM138.5j Lesap !!! - Kepala hotak Nurul Asyikin Posted: 08 Nov 2014 04:30 AM PST PAC pun mendedahkan yang DBKL neh haprak. Terlibat dalam kes pecah amanah rupa2nya. Tak cukup dengan membuli rakyat marhaen dan tindas peniaga kecil. Sekarang terbabit dengan skandal ketirisan juga. DBKL memang fak! Baca ; Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis hari ini susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai ketirisan yang berlaku dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sentul, Lim mendakwa wujud unsur jenayah pecah amanah dan penipuan yang menyebabkan DBKL kehilangan RM138.5 juta dalam tempoh 10 tahun. "Saya minta polis menyiasat skandal DBKL itu di bawah Seksyen 409 (pecah amanah oleh penjawat awam) dan Seksyen 420 (penipuan) Kanun Keseksaan atau akta-akta jenayah yang lain," kata Lim dalam laporan polis yang dibuatnya pagi ini. Lim juga menggesa supaya pihak polis menyerahkan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tindakan selanjutnya. "Selepas siasatan tersebut dibuat, saya berharap pihak polis akan menyerahkan laporan itu kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya selepas selesai membuat laporan polis. Lim menyifatkan jumlah kerugian besar tersebut tidak munasabah, serta mendesak Datuk Bandar terdahulu hingga sekarang menjelaskan isu kerugian tersebut. "Saya menggesa Datuk Bandar sejak 2004 hingga yang sekarang ini menjelaskan isu kehilangan ini," katanya. Sejak 2004, seramai lima datuk bandar sudah bertukar, Datuk Ruslin Hasan (2004), )Datuk Abdul Hakim Borhan (2006), Tan Sri Ahmad Fuad Ismail (2008) dan terkini Tan Sri Ahmad Phesal. Bagaimanapun, Lim melahirkan kekecewaan terhadap layanan pihak polis serta bagaimana tiada pegawai penyiasat ingin mengambil laporan beliau. "Tiada pegawai penyiasat yang mahu mengambil laporan saya, mereka (polis) tanya saya siapa suspek kes tersebut. "Saya ke sini untuk buat laporan polis, pegawai penyiasat yang sepatutnya mencari suspek tersebut, bukan saya," kata beliau. PAC pada hujung bulan Oktober lalu mendedahkan, DBKL tidak mempunyai unit audit dalamannya sendiri sejak awal penubuhan entiti itu. Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia menyumbang kepada kelemahan dalam pengurusan dan kutipan hasil, menyebabkan DBKL kehilangan nilai kutipan kira-kira RM128 juta dalam tempoh 10 tahun. Lim juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Wilayah Datuk Tengku Adnan bin Tengku Mansor, serta menggesa beliau mengambil serius dalam isu kerugian dialami DBKL tersebut. -TMI- http://sozcyili.blogspot.com Gambar Anwar Ibrahim dan Mahathir duduk berhampiran ketika solat Jumaat Tranungkite Pertemuan dua insan yang bersama-sama bergerak untuk memajukan UMNO akhir menjadi pertembungan yang maha darsyat sehingga hari ini di suatu Jumaat. Gambar ini menjadi satu nostagia klasik!! Make money by Copying: http://bit.ly/copy_win Gambar Anwar Ibrahim dan Mahathir duduk berhampiran ketika solat Jumaat Tranungkite Pertemuan dua insan yang bersama-sama bergerak untuk memajukan UMNO akhir menjadi pertembungan yang maha darsyat sehingga hari ini di suatu Jumaat. Gambar ini menjadi satu nostagia klasik!! Make money by Copying: http://bit.ly/copy_win | |||
Prof. Hassan Hasbullah Dituduh Plagiat Tesis Akademik ?? Posted: 08 Nov 2014 04:00 AM PST Kuala Lumpur – Seorang pensyarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengaku membuat laporan polis berhubung 'karya plagiat' dalam tesis Phd yang sediakan oleh Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) UMK, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah. Beliau turut menjelaskan laporan polis yang dibuat itu setelah melakukan kajian dan yakin dengan dakwaan tersebut. "Hasil kajian dan penyelidikan, saya yakin seratus peratus tesis yang dilakukan oleh beliau (Prof Abu Hassan) itu merupakan hasil 'ciplak' daripada karya orang lain. "Atas sebab itu saya membuat laporan polis berhubung salah laku tersebut" pensyarah yang enggan mendedahkan identitinya itu ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi. Menurutnya laporan polis itu dibuat pada 1 November lalu di Balai Polis Bachok, Kelantan. Di dalam laporanya itu, beliau menjelaskan menemui bukti yang menunjukkan tesis Prof Dr Abu Hassan tidak sah untuk penilaian akademik kerana telah 'diciplak' dari sebuah buku yang ditulis olehViola Shafik bertajuk 'Arab Cinema History And Cultural Identity'. Menurutnya lagi Prof Dr Abu HAssan sebelum dilantik sebagai dekan di UMK, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya. Portal SuaraTV sebelum ini mendedahkan mengenai salah laku yang dilakukan oleh seorang profesor dan penganalisis politik terkenal dari UMK yang berdepan dengan tuduhan plagiat ketika menyiapkan tesis kedoktoran di sebuah universti di luar negara. Sehingga kini SuaraTV gagal menghubungi Prof Dr Abu Hassan bagi mendapatkan maklumbalas berhubung perkara ini dan akan terus mencuba berhubung dengan beliau untuk pengesahan. | |||
Kartunis Zunar Nafi Isterinya Ditangkap Posted: 08 Nov 2014 03:30 AM PST Dua wanita dan seorang lelaki ditahan di pekarangan Istana Kehakiman di sini pada Khamis, dipercayai kerana menjual buku yang mengandungi sindiran kepada institusi kehakiman dan pemimpin negara. Berdasarkan laporan awal, salah seorang daripada mereka dikatakan isteri kepada kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau dikenali sebagai Zunar. Wanita berkenaan ditahan bersama seorang lagi wanita dan seorang lelaki yang dipercayai membantunya mempamer dan menjual buku tersebut sejak perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung pada Selasa lepas. Ketiga-tiga mereka ditahan anggota polis berpakaian preman kira-kira 6.50 petang dengan buku, kad serta komik yang dijual turut dirampas. Mereka kemudiannya dibawa dengan sebuah van polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah di sini untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga individu berkenaan yang seorang daripadanya adalah isteri kepada kartunis Zunar. "Dua daripada mereka berusia 41 tahun, manakala seorang lagi wanita berumur 29 tahun dan kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 2 (3) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984," katanya. Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri pernah mengenakan Perintah Larangan terhadap sebuah buku dan dua komik sindiran politik tulisan Zunar, mengikut akta sama. Bagaimanapun, Zunar menerusi laman Facebooknya menjelaskan, individu yang ditahan itu bukan isterinya, sebaliknya ketiga-tiga mereka adalah pembantunya yang dikenali sebagai Rizaldy, Raja Norita dan Norliza Mohd Kassim. "Mereka ditangkap kerana jual buku kartun terbaharu saya, Komplot Penjarakan Anwar," katanya, lapor mStar. Kelab Greenboc | |||
Posted: 08 Nov 2014 03:15 AM PST | |||
TERKINI - Lee Chong Wei Positif Guna Dadah Terlarang Posted: 08 Nov 2014 02:45 AM PST Sampel B pemain badminton Nombor satu dunia, Lee Chong Wei telah disahkan positif dexamethasone. Badminton Association of Malaysia (BAM) akan membuat kenyataan rasmi di sebuah sidang mendia pada jam 2 petang di Ibu pejabat BAM di Bukit Kiara, hari ini. Chong Wei, telah dipilih untuk melalui ujian doping secara rawak ketika kejohanan dunia di Copenhagen pada 30 Ogos lepas. Ujian sampel B, atau ujian kedua doping test telah dilakukan setelah Chong Wei gagal melepasi ujian doping yang pertama. Dia bakal menghadapi larangan bermain selama dua tahun tetapi dia akan mendapat peluang untuk membuat rayuan kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pada tarikh yang akan diumumkan tidak lama lagi. Dexamethasone bukan dadah untuk meningkatkan prestasi tetapi sejenis ubat steroid dengan kesan-kesan anti-radang yang biasanya digunakan untuk membantu pemulihan seseorang atlet. | |||
Posted: 08 Nov 2014 02:26 AM PST |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan