ZAKRI ALI |
- " Berita Gempar Hari Ini. Negara Bakal Kehilangan Pendapatan Belasan Bilion Setahun. Adakah Rakyat Bakal Terbeban Lagi ??? "
- Akhirnya UMNO Mengaku Punca Tanah Rizab Melayu Terhakis Di Pulau Pinang !
- Sudah-sudahlah tu Syahrizat, usah dikejar jawatan naib presiden Umno tuuu...!,,
- VIDEO - LIWAT 2 : 5 HAKIM RAGU2 PULA
- Adakah mengkritik Umno kini akan dilabelkan sebagai menghasut? The Malaysian Insider
- 1MDB Hantar Imam Ke Mekah Antara Hujah Paling Bodoh Di PWTC
- VIDEO - Rempah,rempah,rempah naik meluat!
- Mashitah Patut Ditahan & Disiasat Di Bawah Akta Hasutan
- Rakyat disuruh berjimat tapi pemimpin negara sapu harta negara sampai kiamat.
- Najib Mencontohi Nabi..
- Kekalkan Akta Hasutan: Ini Kata Dr. Agus Agus:
- Ucapan dasar Najib kering dengan idea pembaharuan MSO
- Lim: Pemimpin Umno yang beli dan jual tanah Melayu di Pulau Pinang
- Pemimpin UMNO "Suka Berlakon Dan Menipu Rakyat" Kata Pemimpin UMNO..
- Gara-Gara Ucapannya, Perwakilan Umno Bakal Dipecat?
- KATA-KATA HIKMAH AHLI TASAWUF
- Tan Sri Zainuddin Maidin: "Perwakilan Umno lihat Najib pemimpin lemah, tidak berpendirian"
- Apakah Dr Mashitah ingin lihat artis-artis kita terus hanyut?
- Berita Gempar Yang Disembunyikan Oleh TV3, RTM, Utusan Dan Berita Harian
- DAP Buat Laporan Polis Terrhadap Mashitah
- Shisha diharam di Singapura ??
Posted: 28 Nov 2014 11:00 PM PST Petronas mempertimbang untuk mengurangkan antara 15 dan 20 peratus daripada RM60 bilion perbelanjaan modalnya bagi projek baru tahun depan berikutan kejatuhan harga minyak sekarang ini. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Shamsul Azhar Abbad berkata kumpulan akan menyalurkan sebahagian besar pendapatan ke dalam perbelanjaan modal, dan ini bermakna kumpulan perlu lebih berdisiplin dalam pengurusan modal, termasuk dasar dividen yang ketat. "Jika harga minyak global kekal antara US$70 dan US$75 setong pada tahun depan, kami merancang untuk mengurangkan dividen dan cukai untuk kerajaan kepada RM17 bilion, manakala royalti minyak dan gas dikurangkan kepada RM9 bilion. "Sekiranya kami menjangka untuk mengekalkan dividen pada tahap sekarang atau lebih tinggi, ia akan mempunyai kesan yang signifikan ke atas pertumbuhan kami," katanya kepada taklimat media mengenai prestasi kewangan kumpulan itu pada suku ketiga semalam. Bagaimanapun, kumpulan akan mengekalkan sumbangan dividen sebanyak RM29 bilion kepada kerajaan, termasuk, cukai sebanyak RM26 bilion dan royalti berjumlah RM13 bilion untuk 2014. Shamsul Azhar berkata untuk mengekalkan pertumbuhan, kumpulan perlu membangunkan lagi rizab tempatannya dan mencari peluang-peluang lain di peringkat antarabangsa, yang memerlukan sejumlah besar perbelanjaan modal. Katanya, syarikat itu lebih selesa jika harga minyak dunia dikekalkan pada paras US$70 dan US$80 setong tahun depan. Keuntungan sebelum cukai Petronas untuk sembilan bulan berakhir 30 September 2014 tinggi sedikit kepada RM78 bilion daripada RM76.7 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas. Pendapatan naik kepada RM249.78 bilion untuk tempoh di bawah kajian berbanding RM232.51 bilion sebelum ini. Bagi suku ketiga, bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai adalah 12 peratus lebih rendah pada RM22.8 bilion berdasarkan pendapatan yang berkurangan pada RM80.37 bilion. M Kini | ||
Akhirnya UMNO Mengaku Punca Tanah Rizab Melayu Terhakis Di Pulau Pinang ! Posted: 28 Nov 2014 10:30 PM PST | ||
Sudah-sudahlah tu Syahrizat, usah dikejar jawatan naib presiden Umno tuuu...!,, Posted: 28 Nov 2014 10:00 PM PST KUALA LUMPUR: Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihat melupakan jawatan Naib Presiden UMNO dan kembali bermuhasabah diri. Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Shahrizat juga diharap tidak terlalu mengejar jawatan dan berundur segera daripada jawatan yang dipegangnya kini dengan cara terhormat. "Shahrizat harus muhasabah diri, janganlah terlalu dilihat kejar jawatan. Macam tidak wajar apabila dia menuntut kerusi Naib Presiden UMNO untuk Wanita. "Macam dia sendiri, ada liabiliti...jadi jalan terbaik adalah berundur, habis cerita," katanya ketika ditemui semasa Persidangan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras mengulas permintaan Shahrizat semasa ucapan dasar Ketua Pergerakan Perhimpunan Agung Wanita 2014 yang mahu satu kerusi naib presiden dan satu kerusi naib ketua bahagian diperuntukkan untuk Wanita. Kata Shahrizat, hasil mesyuarat perwakilan Wanita bahagian tahun ini, 171 bahagian dan 12,483 cawangan menyokong usul berkenaan. Wanita UMNO dianggotai 1.3 juta orang, hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 3.47 juta anggota parti. Ujar Najib, beliau akan berunding dengan semua pihak mengenai perkara tersebut dan berhasrat untuk mencari jalan terbaik untuk memperkasakan agenda parti. Tegas Syed Ali, penampilan Shahrizat juga dilihat akan lebih 'bersih' jika tidak lagi menuntut jawatan berkenaan diberikan kepada pergerakan Wanita. "Cukup-cukuplah Shahrizat membuat cadangan yang memberi bayangan untuk dia sendiri nikmati. Ini bukan sekali dua atau sehari dua saya memberi 'amaran' sebegini, sudah bertahun-tahun pun. "Apa yang dia nampak untuk kepentingan dirinya saya sendiri tidak tahu, namun Wanita akan lebih maju dan 'makmur' jika dia sendiri tidak ada di dalam pergerakan perkenaan," jelasnya. KedahLanie | ||
VIDEO - LIWAT 2 : 5 HAKIM RAGU2 PULA Posted: 28 Nov 2014 09:26 PM PST Kes Kajang bukan main cepat keputusan diambil untuk elak Anwar tanding kerusi DUN Kajang kala BN/UMNO anggap bahaya dan demikian juga pandangan Dr Mahathir.Bila kes Liwat 2 kes rayuan, hingga sekarang semua orang hampir lupa dan dalam sejarah keputusan tiada dan rupanya sulit untuk 5 hakim memutuskan kes kala banyak sangat keraguan2 yang diperkatakan tidak diterima mahkamah sebelum ini. Jelas kes Liwat pertama yang memang kantoi kesan saksi dipaksa dan kedua ini begitu terang lagi bersuluh yang mahkamah dalam keadaan serbasalah, sama ada menurut keputusan atasan atau mengikut lunas2 keadilan. Peguam Shafiee kala berhujah, nampak sangat putar belit seperti duduk di tandas bisa hadir DNA di dubur dan kemudian kemungkinan DNA dr Osman dan segala macam dan ini menjadi bicara yang penuh kelakar/jadi lawak, disamping hujah Shafiee pula dibantah oleh hakim kesan merujuk google yang tidak boleh diterima pakai di mahkamah. Nah, hingga sekarang rakyat sudah lupa kes itu dan biasanya kalau ada keraguan2 maka hakim selalu memutuskan kes dibuang saja sebab kesan keraguan-keraguan itu tadi. Memang budak kecil juga akan ketawakan kasus ini kesan hingga sekarang 5 hakim gagal memutuskan meski sudah berbulan lamanya. Jelas, sudah terang bersuluh lagi dan akhirnya kantoi! ISMAILY BUNGSU Sabah HUKUMAN MENUDUH TANPA EMPAT ORANG SAKSI AL QURAN-SURAH AL-NUR AYAT 4 "Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan jangan lah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ." | ||
Adakah mengkritik Umno kini akan dilabelkan sebagai menghasut? The Malaysian Insider Posted: 28 Nov 2014 08:21 PM PST Mereka yang berpendirian keras dalam Umno menang dan mereka mahu setiap rakyat Malaysia tahu perkara ini. Ini mesej hari pertama perhimpunan Umno, dan kumpulan konservatif parti itu membuktikan betapa berpengaruhnya mereka kerana berjaya mendapatkan presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak, untuk melawan kenyataannya sendiri. Dan ini memberi kesan serius kepada rakyat di jalanan, kata penganalisis politik Prof James Chin, kerana ia memberi isyarat tindakan akan diambil terhadap mereka yang memberi pendapat yang berlainan. Tekanan akar umbi Menurut Ketua Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, jika Najib tidak membatalkan rancangannya untuk memansuhkan Akta Hasutan, akan berlaku serangan terhadapnya. Perwakilan ke perhimpunan tahun ini, yang pada dasarnya adalah jurucakap untuk ahli biasa parti itu, akan berhujah Akta Hasutan perlu dikekalkan. Zainal Abidin berkata, hampir semua daripada lebih 20,000 cawangan parti itu membincangkan Akta Hasutan. Konsensusnya adalah ia perlu dikekalkan. Persetujuan ini kemudian dibawa ke peringkat bahagian, kepada jawatankuasa negeri mereka dan akhirnya menjadi kenyataan dalam perbahasan pada perhimpunan agung kali ini. "Oleh itu, apabila Najib berkata akan mengekalkan akta itu, semua orang mengubah ucapan mereka mengucapkan terima kasih kepada beliau dan bukannya mendesak beliau. Jika tidak, perbahasan akan menjadi lebih panas," kata Zainal Abidin. "Pemikiran kami ialah akta ini berjaya mengekalkan kedamaian di Malaysia selama 57 tahun. Kecuali tragedi 1969, kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Jadi mengapa membuangnya?" kata Zainal Abidin. Hampir semua perwakilan yang bercakap semalam melahirkan variasi dari keyakinan ini. "Akta Hasutan melindungi kita selama ini. Tindakan boleh diambil terhadap mereka yang tidak suka Melayu atau Islam," kata perwakilan Umno Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin. "Kita membuat kesilapan apabila memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti," kata perwakilan Umno Melaka Mustafa Musa. "Pihak yang mendapat manfaat daripada Akta Hasutan adalah pembangkang," kata Mustafa. Zainal Abidin kelihatan sudah letih untuk meredakan kebimbangan keputusan Najib yang akan mencetuskan gelombang baru penindasan terhadap mereka yang mengkritik Putrajaya dan Umno. "Najib menyatakan dengan jelas, ia tidak akan digunakan sebagai alat politik." Antara kritikan dan benci Namun hakikat ramai antara mereka yang didakwa di bawah Akta Hasutan adalah ahli-ahli politik dari Pakatan Rakyat dan individu yang mengkritik dasar kerajaan adalah sesuatu yang terlepas perhatian para perwakilan. Sebelum Najib membuat pengumuman semalam, klip video pendek ditayangkan kepada para perwakilan daripada siaran-siaran dalam media sosial yang kononnya menghasut. Mereka termasuk penghinaan terhadap Raja-raja Melayu, lukisan merosakkan simbol-simbol Islam dan mesej Ramadan terkenal dari blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee. Apa yang tiada adalah muka pemimpin PR seperti Khalid Samad, N Surendren atau Tian Chua, ahli akademik seperti Profesor Azmi Sharom atau pendakwah seperti Wan Ji Wan Hussin. Kesemua mereka didakwa di bawah akta itu kerana menyatakan pendapat mereka mengenai keputusan yang dibuat Putrajaya. Perwakilan tidak menjelaskan perbezaan antara kritikan terhadap dasar dan undang-undang, sebagai contoh pada batas-batas kuasa raja dan ucapan kebencian. Sebaliknya, ahli Umno lebih suka jika kedua-dua dirangkumkan sekali dan dikira sebagai perkara yang sama. Seorang perwakilan, Datuk Jamelah A Bakar bahkan mencadangkan agar apa-apa penghinaan terhadap pemimpin Umno dianggap sebagai menghasut. "Kita perlu memburu orang-orang yang melarikan diri ke negara lain dan menarik balik kewarganegaraan mereka," kata perwakilan Wanita Umno itu. Chin, dari Monash University berkata keputusan Najib mencerminkan trend yang membimbangkan dalam Umno yang boleh membawa kesan buruk kepada negara secara keseluruhannya. "Ucapan Najib mempunyai unsur haluan kanan yang kuat. Dia cuba untuk membina jalan tengah untuk parti. Tetapi semua orang menolak untuk bersamanya. Jadi sekarang beliau sedang mengikuti apa yang Umno mahu." Janji awal Najib untuk memansuhkan akta itu keras ditentang golongan konservatif parti seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamed. "Dia mahu menunjukkan dia tidak begitu lemah sebagaimana yang didakwa. Tetapi dengan ini, ia bermakna dia sudah mengaku kalah untuk mengambil pendekatan yang sederhana." Chin juga merasakan ia mudah bagi Umno untuk mengaburkan garis pemisah antara kritikan terhadap mereka dan ucapan benci. "Dengan mengekalkan akta ini, mereka sendiri mengatakan jika anda mengkritik kita, walaupun sedikit, kita akan mencari anda." – 28 November, 2014. | ||
1MDB Hantar Imam Ke Mekah Antara Hujah Paling Bodoh Di PWTC Posted: 28 Nov 2014 05:30 PM PST Seorang perwakilan tampil menyelar pemimpin Pakatan Rakyat yang terus mengkritik syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Wakil Kelantan, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, Pakatan juga tidak menghargai sumbangan 1MDB yang didakwanya menghantar lebih 1,000 orang imam untuk menunaikan ibadah haji sejak ia ditubuhkan. "Ia mampu menghantar 1,000 orang imam masjid dan surau untuk menunaikan ibadah haji. "Kenapa semua ini tak dipersetujui pembangkang?" tanya Ikmal sewaktu membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno petang ini. Menurutnya, Pakatan Rakyat tidak wajar berterusan mengkritik badan "pelaburan strategik" itu kerana ia bukanlah menggunakan wang kerajaan untuk membiayai keseluruhan operasinya. Dakwa Ikmal, 1MDB hanya menggunakan RM1 juta dari kerajaan sebagai dana sokongan permulaan dan jaminan bon sebanyak RM5.8 bilion dari kerajaan. "Adilkah syarikat seperti ini didesak dan ditekan seolah-olah mereka menggunakan wang kerajaan semata-mata," katanya. Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa hutang 1MDB yang ditanggung kerajaan berjumlah RM20 bilion. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli turut mempersoalkan kerahsiaan operasi 1MDB yang dakwanya turut mempunyai operasi di pusat bebas cukai Kepulauan Cayman. - mkini | ||
VIDEO - Rempah,rempah,rempah naik meluat! Posted: 28 Nov 2014 05:00 PM PST | ||
Mashitah Patut Ditahan & Disiasat Di Bawah Akta Hasutan Posted: 28 Nov 2014 04:30 PM PST DAP buat laporan polis terhadap Mashitah DAP membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Umno Baling Datuk Mashitah Ibrahim berhubung kenyataannya yang masyarakat Cina didakwa membakar al-Quran semasa upacara sembahyang. "Kami merasakan bahawa kenyataan ini tidak bertanggungjawab," kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching. Katanya, hanya terdapat satu kejadian itu dilaporkan di Kedah, tetapi Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menjelaskan pada 24 November bahawa pelakunya adalah seorang lelaki Melayu yang mengalami sakit mental. Menteri besar juga mendedahkan bahawa al-Quran tidak terbakar tetapi dikoyak. Teo berkata Mashitah perlu disiasat di bawah Seksyen 298 (A) dan 505 Kanun Keseksaan. Seksyen 298 (A) berhubung kesalahan yang boleh memudaratkan keadaan harmoni dan perpaduan, manakala Seksyen 505 mengenai kenyataan yang mendatangkan khianat awam. Mashitah telah membuat kenyataan itu semasa perhimpunan agung Wanita Umno ketika menggesa ahli sayap itu mempertahankan Islam. Teo berkata, walaupun jika laporan membakar Quran oleh masyarakat Cina itu benar, rakyat akan menentangnya dan mengambil tindakan yang sewajarnya. "Malah jika lelaki atau perempuan Cina atau bukan Islam yang membakar al-Quran, kita semua akan mengutuk perbuatan sedemikian," katanya. Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mengiringi Teo membuat laporan di balai polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Setiausaha Politik penasihat DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud dan ahli parti itu, Syefura Othman. Bercakap kepada pemberita, Dyana berkata kenyataan Mashitah itu adalah "tidak wajar" dan boleh mencetuskan ketegangan kaum. -mk ULASAN GB Sepatutnya, Mashitah Ibrahim menjadi orang pertama yang perlu ditahan di bawah Akta Hasutan setelah ianya dikekalkan oleh Najib kerana mengeluarkan kenyataan yang benar-benar bersifat "menghasut". Semua orang tahu bahawa kes bakar (koyak?) Al-Quran di Pulau Pinang itu adalah angkara seorang Melayu yang tidak siuman. Tiba-tiba Mashitah menuduh ia dilakukan orang Cina di dalam upacara sembahyangnya. Polis perlu adil dan saksama di dalam menjalankan siasatan dan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas Mashitah. Jangan pilih kasih dan pilih bulu. Kelab Greenboc | ||
Rakyat disuruh berjimat tapi pemimpin negara sapu harta negara sampai kiamat. Posted: 28 Nov 2014 03:54 PM PST Raunas Dhom Ekonomi negara dah hampir kiamat akibat kegilaan para pembesar UBN mengumpul harta kekayaan. Semasa berucap di PAU para perwakilan UMNO menyentuh nasib orang Melayu sehingga kedengaran mereka mengalahkan para pejuang tanahair menuntut kemerdekaan dari penjajah dulu dan perkataan memperjuangkan Islam juga keluar berapi-apii dari mulut mereka yang nampaknya mampu menewaskan jihad Briged Izuddin Al Qasam. Semakin kuat UMNO berjuang untuk Melayu semakin hilang tanah rezab Melayu, kian terhapus tulisan Jawi yang menjadi tulisan utama orang Melayu dulu, makin terhakis keistimewaan hak-hak bangsa Melayu, kian terhapus budaya Melayu dan makin lupus jati diri orang Melayu. Inilah perjuangan UMNO yang lahir dari didikan British dan kini sedang dibimbing oleh APCO-CIA. Kata Hang Tuah tak Melayu hilang di dunia rupanya bertukar menjadi tak Melayu kekal selamanya. Selain soal Melayu turut disentuh soal Islam. Betul ke Islam kamu jika Hudud ditolak, Al Quraan sekadar dilagukan di dalam musabaqah Al Quraan dan Hadis dihina sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang kebal undang-undang dan Islam diinjak-injak atau dipergunakan demi kepentingan kuasa dan kaya pemerintah? Jika UBN memperjuangkan Islam kenapa ISIS dihentam dan SIS dibiarkan berkembang? Semua wayang UBN itu perlu dilakunkan di atas sebab kekuasaan dan kekayaan para pemimpin dan kroni mereka. Merekalah perompak, penyamun, pencuri dan lanun sebenar negara yang kebal undang-undangnya dan bebal dengan otak udangnya. Islam UBN mewajibkan bayaran cukai dan mengasnafkan mereka di dalam zakat. Malah duit Tabung Haji pun mereka kebas. Mereka pelesit yang menghisap darah rakyat dengan seribu satu cara dan menipu kita semua di atas nama pembaikan dan pemodenan. GST, PTPTN, TOL, kenaikan harga petrol dan diesel, kenaikan tarif eletrik, bayaran mahal untuk line internet yang perlahan dan untuk siaran ASTRO yang duk ulang cerita yang sama. Bagi pihak buruh tiada pembelaan bahkan bermacam-macam syarat dan bayaran dikenakan terutamanya ke atas buruh industri oil and gas. NIOSH, CIDB, dan BOSET adalah insuran keselamatan yang melindungi para pekerja tetapi apabila berlaku kemalangan seringkali para pekerja tidak mendapat pampasan yang sepatutnya. Ini kerana majikan mahu menjaga rekod ISO mereka. Begitulah jua dengan JPJ, SPAD dan berbagai badan penguatkuasa yang dilihat sebagai pelindung pengguna sedangkan perlindungan sewajarnya tidak diperolehi oleh pengguna. Sebaliknya rompakan berlesen semata-mata oleh pemerintah bagi mengkayakan kroni mereka. Mereka juga mengekalkan Akta Hasutan kerana akta itu merupakan talian hayat untuk terus berkuasa. Mereka bertopengkan kebajikan sedangkan hakikatnya mereka banjingan. Ketahuilah sesungguhnya Rasulullah Saw telah berpesan.... "Pemimpin mana saja yang menipu rakyatnya, maka tempatnya di neraka". ( Shahih. Diriwayatkan dengan lafadh ini oleh Ahmad (5/25), dan yang semisal dengannya oleh Ath-Thabarani dalam Al-Kabiir (20/506, 513, 514, 515, 516, 517, 518, 519, 524, 533, dan 534); dari hadits Ma'qil bin Yasaar, dimana asal hadits tersebut dalam Ash-Shahihain). | ||
Posted: 28 Nov 2014 08:00 AM PST Pengerusi Biro Pendidikan Tinggi Pemuda Umno Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya bagaimanapun berkata hasrat Presiden Umno itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan tindakannya itu telah mendahulukan kepentingan suara majoriti. "Soalnya sekarang ini, cadangan Perdana Menteri itu adalah pandangan peribadi beliau, setelah mendengar suara rakyat, suara majoriti dan ketetapan dalam Parlimen, maka sudah tentu kena dahulukan suara majoriti. "Dalam konteks negara kita, pembangkang atau kerajaan, mempromosikan demokrasi, hak bersuara, hak memberikan pendapat dan pandangan, suara majoriti itu perlu didahulukan," katanya kepada Sinar Online pada Persidangan Agung Umno 2014, di PWTC, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas keputusan kerajaan yang mahu mengekalkan Akta Hasutan 1948 yang diumumkan Najib dalam ucapan dasar beliau pada Perhimpunan Agung Umno 2014, semalam. Akta Hasutan bukan sahaja dikekalkan malah beberapa penambahbaikan akan dilakukan termasuk memasukkan dua perkara baharu. Antaranya ialah melindungi kesucian Islam dan larangan menghina agama lain serta mengenakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia. Mengulas lanjut, beliau turut membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Najib sebagai seorang yang mungkir janji. Beliau berkata lagi, tindakan Najib juga tidak menyalahi Sunnah Nabi Muhammad SAW di mana baginda sendiri meraikan pendapat umum ketika berdepan dengan suasana peperangan. "Nabi bagi cadangan berperang dalam peperangan Uhud di dalam bandar Madinah, oleh kerana majoriti sahabat Nabi tidak bersetuju. "Mereka (sahabat) mahu berperang di luar bandar Madinah, jadi Nabi meraikan majoriti dan mengetepikan pendapat peribadi baginda. "Ini menunjukkan bahawa kerajaan mengamalkan dasar terbuka dan sentiasa berusaha untuk berubah setelah menerima nasihat dan teguran," katanya lagi. | ||
Kekalkan Akta Hasutan: Ini Kata Dr. Agus Agus: Posted: 28 Nov 2014 07:30 AM PST Baguskah Akta Hasutan dikekalkan? MOHAMMAD AGUS YUSOFF DALAM ucapannya di perhimpunan agung Umno hari ini, Perdana Menteri menyatakan akan mengekalkan Akta Hasutan dan memperkukuhkannya dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu: (i) Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina; (ii) Memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap mereka yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Saya menyokong keputusan Perdana Menteri tersebut kerana tiga sebab. Pertama, sebagai sebuah negara yang masyarakatnya majmuk, kita perlukan undang-undang pencegahan untuk mengurus keharmonian negara. Kedua, untuk mengurus ancaman separatis yang mahu memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Dan ketiga, untuk mengurus ancaman ekstremis agama dan perkauman yang boleh mengancam ketenteraman dan keselamatan negara. Tetapi, sokongan saya adalah dengan catatan berikut. Pertama, definisi 'hasutan' perlu lebih jelas supaya orang yang kita tahan dan dakwa adalah betul-betul mereka yang melakukan kesalahan menghasut. Ingatlah, kritikan dan teguran itu bukanlah perbuatan menghasut. Kedua, jangan jadikan Akta ini sebagai alat kawalan kerajaan untuk mendiamkan perbezaan pandangan. Ketiga, jangan adanya pendakwaan terpilih. Akta ini perlulah dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa menyekat hak politik rakyat untuk berpartipsasi dalam politik. Perlu dinyatakan, dari tahun 2008 hingga 2014 sahaja sebanyak 274 kes yang didakwa di bawah Akta ini yang tidak hanya tertumpu kepada kesalahan menghasut, tetapi juga kepada ahli-ahli politik dan juga ahli akademik. Di akhir analisis, dilihat dari pelbagai perspektif, akta ini ada baik buruknya, tetapi sebagai sebuah negara yang sentiasa panas dengan ancaman yang boleh mengganggu keselamatan negara, saya memilih untuk menyokong akta ini dikekalkan dan diperkukuhkan dengan catatan tiga perkara yang saya nyatakan perlu diberi perhatian. Terima kasih PM. Mohammad Agus Yusoff Posted by mountdweller Kekalkan Akta Hasutan: Ini Kata Dr. Agus Agus: Baguskah Akta Hasutan dikekalkan? MOHAMMAD AGUS YUSOFF DALAM ucapannya di perhimpunan agung Umno hari ini, Perdana Menteri menyatakan akan mengekalkan Akta Hasutan dan memperkukuhkannya dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu: (i) Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina; (ii) Memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap mereka yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia. Saya menyokong keputusan Perdana Menteri tersebut kerana tiga sebab. Pertama, sebagai sebuah negara yang masyarakatnya majmuk, kita perlukan undang-undang pencegahan untuk mengurus keharmonian negara. Kedua, untuk mengurus ancaman separatis yang mahu memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Dan ketiga, untuk mengurus ancaman ekstremis agama dan perkauman yang boleh mengancam ketenteraman dan keselamatan negara. Tetapi, sokongan saya adalah dengan catatan berikut. Pertama, definisi 'hasutan' perlu lebih jelas supaya orang yang kita tahan dan dakwa adalah betul-betul mereka yang melakukan kesalahan menghasut. Ingatlah, kritikan dan teguran itu bukanlah perbuatan menghasut. Kedua, jangan jadikan Akta ini sebagai alat kawalan kerajaan untuk mendiamkan perbezaan pandangan. Ketiga, jangan adanya pendakwaan terpilih. Akta ini perlulah dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa menyekat hak politik rakyat untuk berpartipsasi dalam politik. Perlu dinyatakan, dari tahun 2008 hingga 2014 sahaja sebanyak 274 kes yang didakwa di bawah Akta ini yang tidak hanya tertumpu kepada kesalahan menghasut, tetapi juga kepada ahli-ahli politik dan juga ahli akademik. Di akhir analisis, dilihat dari pelbagai perspektif, akta ini ada baik buruknya, tetapi sebagai sebuah negara yang sentiasa panas dengan ancaman yang boleh mengganggu keselamatan negara, saya memilih untuk menyokong akta ini dikekalkan dan diperkukuhkan dengan catatan tiga perkara yang saya nyatakan perlu diberi perhatian. Terima kasih PM. Mohammad Agus Yusoff Posted by mountdweller a Make Money at : http://bit.ly/copy_win | ||
Ucapan dasar Najib kering dengan idea pembaharuan MSO Posted: 28 Nov 2014 03:59 PM PST Pagi ini saya bangkit dan menjenguk mentari dengan rasa penuh "berharap" moga ada sesuatu yang boleh direnungi dan diambil sebagai satu pengajaran daripada ucapan dasar Najib Razak yang dibentangkan pada perhimpunan agung Umno (PAU) ke ke 69 pagi ini. Ucapan dasar ini juga merupakan kali ke enam oleh Najib sebaik beliau menjadi Presiden Umno dan dinantikan dengan doa ia makin matang dan berkualiti.
Saya kira akan ada beberapa pembaharuan atau aspirasi merangsangkan yang diunjurkan oleh Najib baik untuk masa depan Umno yang kian defisit kepercayaan, ataupun dalam usaha memartabatkan bangsa Melayu, bahasa Melayu dan juga agama Islam yang menjadi tunjang diperjuangkan parti itu. Tidak ada. Apa yang ada ialah perulangan seruan Najib yang dibumbui kebimbangan Umno akan lemah dan seterusnya hancur kemudian kehilangan kuasa, dengan membuat seruan agar ahli Umno melakukan perubahan secara drastik dan bangkit memperkasakan parti. Ucapan Najib adalah pertukaran ayat dan baris daripada ucapan-ucapan beliau sebelum ini. Perkataan yang dipopularkan kali ini ialah "solidariti". Najib tidak menggunakan istilah ukhwah. Manakala perulangan dan gesaan ini menunjukkan pelawaan dan saranan Najib, yang dibumbui ketakutannya selama ini belum tercapai. Bahawa Umno masih lemah dan tidak berganjak daripada budaya klise yang dianutinya kini. Najib memanggil untuk bersolidariti berkali-kali ini bermakna keadaan Umno dan BN dalam keadaan parah. Dalam komuniti Malaysia khasnya dalam kalangan Melayu, mengharpakan ada pembelaan tegas dalam soal agama, bahasa, budaya, ekonomi, dan sebagainya daripada Najib, namun tidak dilakukan apa-apa olehnya. Ketipisan mengenai bahasa Melayu yang sering dipersoalkan oleh ahli dan pencinta bahasa, tidak disentuh langsung oleh Najib. Apakah kerana dibumbui ketakutan yang maha hebat maka soal-soal seperti bahasa dan budaya itu tidak ternampak lagi oleh Najib? Kesemarakan terhadap Islam yang berlaku di negera ini, bila mana banyak program-program Islam diadakan, sehingga ke Putrajaya, kononnya untuk membendung kegiatan sekularisme dan liberalisme disebabkan tidak ada ketegasan beragama, Najib tidak pun memberi signal yang Umno mahu mendaulatkan Islam dengan membuka ruang perwakilan memberi input membincang untuk memertabatkan kedudukan Islam. Misalnya dengan cuba berikhtiar bagi melaksanakan perundangan Islam sepenuhnya atau membuka forum kepada perhimpunan membincangkan Hukum Hudud. Begigu juga ketika generasi muda mengharapkan berlaku perubahan drastik dan penuh berimpaktif dalam Umno, Najib juga gagal memberi harapan dan melakukan perubahan baru yang diharapkan. Misalnya desakan atau keinginan agar orang muda diberi ruang memimpin Umno tidak direspons dengan menyeluruh dan konkrit oleh Najib. Tidak ada ketegasan dari Najib sebagai presiden serta membentangkan bagaimana bentuk untuk memberi jaminan kehendak generasi itu akan dipenuhi. Apa dilakukan Najib sekadar mengatakan beliau tahu aspirasi anak muda. Kesimpulan ucapan Najib walaupun cuba dipersembahan dengan penuh semangat dan simpatis dengan nada pidato yang entah-entah, ianya gagal diterima dengan baik dan diberi tindakan balas oleh perwakilan. Perwakilan bahkan merasakan mereka disumbat perkara yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Mengajak perwakilan berdiri melaung "Hidup Umno", "Hidup Melayu" adalah slogan klise yang sudah mati, tanpa ada roh lagi. Sebaliknya dari konteks pemerhati luar yang menanti transformasi yang dibawa Najib beberapa tahun lalu terutamanya dalam memberi kepuasan mengikut kehendak kontenporari awam sebagai satu anjakan politik, Najib seperti berundur ke belakang dan sekaligus daya kepimpinan dan keberaniannya tercabar apabila beliau akur dengan tuntutan ahli Umno agar mempertankan Akta Hasutan 1948 yang bertentangan dengan suara di luar. Najib mengumumkan yang Akta Hasutan 1948 dikekal dalam gelodak di luar sana melakukan kempen untuk menghapuskannya bagi mendapat kebebasan mutlak? Ketiga-tiga sayap Umno, Pemuda, Wanita dan Puteri dengan dirohi oleh Timbalan Presiden, Muhyiddin Yassin mendesak Najib mengekalkan Akta Hasutan 1948 atas alasan untuk memperkukuhkan beberapa aspek atau mempertahankan perkara yang signifiken dengan kewujudan akta berkenaan. Sebelum ini Najib bercadang untuk memansuhkan akta berkenaan selepas beberapa akta yang dianggap lapok dan usang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad dan Akta Mesen Cetak dan lain-lain dimansuhkan. Mulanya pemansuhan itu dilihat keterbukaan dan transformasi dilakukan Najib dan disambut baik. Bagaimana dengan pengakuan Najib hari ini akan mengekalkan Akta Hasutan 1948 (yang kini sedang "mentankedarah" mangsanya), disamping memperkukuhkan lagi dengan memasukan kuasa kononnya untuk menjaga kesucian Islam dan mencegah usaha memisahkan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia menjadikan tindakan Najib itu persis surut ke belakang atau Najib menelan semula liur yang dikatakan hendak diludah. Kalaupun ucapan dasar Najib kali ini yang boleh diberi pujian, Najib tidak menyerang pemimpin Pakatan Rakyat seperti sebelum ini. Beliau hanya menyinis PKR dan Pas sekali sahaja, manakala DAP langsung tidak disentuh. | ||
Lim: Pemimpin Umno yang beli dan jual tanah Melayu di Pulau Pinang Posted: 28 Nov 2014 06:15 AM PST Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberitahu hadirin Melayu di satu majlis di Bayan Baru semalam bahawa pemimpin Umno Pulau Pinang yang membeli dan menjual tanah mereka. Lim berkata Umno telah memfitnah DAP dan kerajaan Pulau Pinang, dengan berkata parti itu telah membeli tanah di Balik Pulau, pada apa harga sekalipun, untuk "menghalau orang Melayu". Katanya, pemimpin dari Umno yang mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah mereka untuk mendapat keuntungan. Lim menegaskan demikian ketika berucap kepada hadirin di majlis itu untuk meraikan penjaja Melayu Bukit Gedung yang memenangi anugerah peringkat kebangsaan tahun ini bagi kebersihan, keselamatan dan kesihatan. Lim menuduh Umno berbohong kerana DAP tidak pernah membeli walau seinci pun tanah di Balik Pulau. DAP hanya membeli sebuah bangunan di Rangoon Road di George Town untuk dijadikan ibupejabat parti itu di Pulau Pinang, katanya. Lim berkata demikian sebagai menjawab perwakilan Wanita Umno, Rohaya Abu Ismail yang mengecam DAP dan kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa "menindas orang Melayu" di negeri ini, terutama dalam soal tanah dan rumah. Rohaya mendakwa DAP mempunyai "agenda tersembunyi" untuk menghalau orang Melayu dari Balik Pulau. Lim kemudian memberikan satu contoh kes di Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah telah dibeli pada 31 Januari 2012 pada harga RM8.6 juta. Plot itu telah dibeli dari lebih 31 pemilik tanah oleh Maison Height Sdn Bhd, katanya. Tiga bulan kemudian, katanya, pada 16 Mei, plot tanah yang sama, telah dijual pada harga RM13.5 juta, dengan keuntungan sebanyak RM5 juta, kepada pihak ketiga. Lim mendedahkan bahawa Maison Height dimiliki ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar. Katanya, kedua-dua pemimpin Umno itu perlu dikecam kerana mengaut keuntungan daripada penjualan tanah Melayu di Balik Pulau. "Sebaliknya, saya telah dipersalahkan walaupun saya tak dapat satu sen pun," katanya. Mimpi Senja | ||
Pemimpin UMNO "Suka Berlakon Dan Menipu Rakyat" Kata Pemimpin UMNO.. Posted: 28 Nov 2014 05:30 AM PST Lebih keras lagi apabila beliau menyifatkan para pemimpin parti "suka berlakon" sehingga membawa kepada kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu. Tegasnya, rakyat dan pengundi hari ini sudah bijak menilai ciri kepimpinan dan tidak suka pemimpin yang berlakon dan menipu rakyat. Sehubungan itu beliau mencadangkan, para pemimpin melihat karisma yang ada pada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi. "Jokowi walaupun tiada rupa, pakaian biasa-biasa, namun keaslian yang ditonjolkan menarik minat dan mendapat sokongan daripada rakyat Indonesia. Beliau hanya bermula sebagai gabenor dan menjadi Presiden dalam waktu yang singkat. "Pemimpin kita pula, jika ada pilihan raya kecil baru nak turun, berlakon menjadi penoreh getah, nelayan atau penjual ikan di pasar. Keaslian dalam pimpinan itu tidak ada," katanya semasa membahas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agong UMNO 2014. Sebaliknya Zaidi mendakwa, Pakatan Rakyat (PR) dilihat kuat hanya kerana berusaha menunjukkan perbuatan yang tidak betul dalam kerajaan Barisan Nasional sedangkan ujanya, "Di dalam perjuangan PR tidak pernah menjanjikan apa-apa seperti yang dibuat oleh BN." "Siapa lagi yang hendak kita harapkan untuk memperjuangkan orang Melayu. Hanya UMNO sahaja kita boleh harapkan. Lihat DAP, suruh menyanyi lagu negaraku di pangung wayang pon dipertikai. Bagaimana nak suruh mereka perjuangkan negara," ujarnya lapor Free Malaysia Today | ||
Gara-Gara Ucapannya, Perwakilan Umno Bakal Dipecat? Posted: 28 Nov 2014 04:45 AM PST Sebagai doktor perubatan, Dr. Mohammad Nawar Ariffin dapat merasakan UMNO sekarang berada dalam keadaan sakit. Bagaimanapun, wakil dari Kedah itu berkata, walau di peringkat kronik sekali pun, UMNO masih ada peluang untuk diubati dan sembuh seperti sedia kala. "Ada ubatnya untuk sembuhkan kesakitan yang dihadapi. Ubat itu ialah semua jentera UMNO dari tiga sayap kena menghayati matlamat dan perjuangan parti kemudian terjemahkan di peringkat akar umbi. "Setiap penyakit ada ubat dan penawarnya, begitu juga UMNO. Parti ini boleh sembuh dengan suntikan semangat yang ditunjukkan oleh semua jentera," katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyokong ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Dr. Mohammad Nawar berkata, beliau sedih dan kecewa dengan sikap lupa diri segelintir golongan profesional yang tidak berterima kasih kepada UMNO. Katanya, mereka bergelar profesional dan bergaji puluhan ribu sebulan adalah hasil daripada perjuangan UMNO, tetapi apabila sudah berjaya, cepat lupa diri. "Saya anak petani… ayah dan ibu saya bertungkus lumus membesarkan saya di bawah pemerintahan UMNO sehingga saya berjaya mendapat gelaran doktor pakar, tetapi saya tidak pernah walau sekali benci UMNO. "Malah, saya terapkan rasa kasih sayang parti keramat UMNO ini dalam diri anak-anak saya, walaupun mereka masih kecil," katanya. ~malaysia gazzette | ||
Posted: 28 Nov 2014 04:00 AM PST I ) ILMU DAN HIKMAH 1. Saidina Ali Karamallahu Wajhah Ilmu yang tidak bermanfaat umpama ubat yang tidak menyembuhkan. 2. Saidina Ali Karamallahu Wajhah Duduklah bersama dengan orang yang berakhlak mulia nescaya akan bertambah mulialah akhlakmu dan duduklah bersama para ulama, nescaya ilmumu akan bertambah. 3. Imam Ghazali Sesiapa yang memiliki ilmu lalu memanfaatkannya dan memberi manfaat pada orang lain samalah seperti mentari yang menerangi dirinya dan orang lain,sedangkan ia ( mentari ) itu terus bersinar. 4. Luqman al-hakim Diam itu merupakan hikmah,namun tidak ramai yang mempraktikkannya. II ) MASA 1. Saidina Ali Karamullahu Wajhah Kehidupanmu adalah nafas-nafas ( detik-detik ) yang tertentu, apabila berlalu satu detik daripadanya nescaya telah berkuranglah satu juzuk ( daripada umurmu). 2. Saidina Ali Karramullahu Wajhah Janganlah engkau menangguhkan untuk melakukan sesuatu kebaikan hingga keesokkan hari, kerana mungkin keesokkan hari yang mendatang kamu telah mati. 3. Saidina Ali Karramullahu Wajhah Hari ini ( di dunia ) adalah masa untuk beramal dan tidak ada hisab padanya, manakalah hari esok pula ( di akhirat ) adalah waktu perhitungan dan tidak ada peluang untuk beramal. 4. Saidina Abbas Sebaik-baik perkara kebajikan adalah disegerakan. 5. Imam Hasan al-Basri Sesungguhnya kamu wahai manusia ibarat bilangan, apabila berlalu bagimu satu hari bererti telah berlalu sebahagian daripada kamu. III) IBADAT DAN AMALAN 1. Saidina Ali Karramallahu Wajhah Apabila Ketaatan itu berkurangan,nescaya kejahatan itu akan bertambah. 2. Saidina Ali Karramullahu Wajhah Memandang remeh sesuatu maksiat ( dosa ) adalah lebih bahaya daripada melakukannya ( maksiat tersebut ) 3. Imam Syafie Kamu inginkan kejayaan,namun kamu tidak menurut jalan-jalannya>Sesungguhnya kapal itu tidak belajar di atas daratan. 4. Imam Syafie Sifat tawaddu' akan mewariskan sifat kasih sayang, dan sikap merasa cukup senang pula akan mewariskan kerehatan. 5. Umar Abd Aziz Berfikir pada nikmat Allah SWT merupakan sebesar-besar ibadah, sekiranya manusia berfikir pada keagungan Allah SWT nescaya ia tidak akan melakukan maksiat. IV) TASAUF DAN AKHLAK 1. Saidina Ali Karramullahu Wajhah Sesiapa yang menghiasi dirinya dengan sikap insaf, nescaya ia akan sampai kepada martabat orang yang mulia. 2. Imam al-Ghazali Bagaimana bayang lurus sedangkan pokoknya bengkok. 3. Seorang bijaksana Pada ketenangan ada keselamatan, dan pada kegopohan ada penyesalan. 4. Seorang bijaksana Akhlak yang buruk itu merosakkan amalan seperti cuka yang merosakkan madu. 5. Seorang bijaksana Syukur itu pengikut perkara yang ada dan pemburu perkara yang tiada. V) AKHIRAT DAN KEMATIAN 1. Saidina Ali Karramullahu Wajhah Taqwa adalah takut kepada Allah SWT, beramal dengan al-Quran, merasa cukup sedikit, bersedia untuk ke akhirat. 2. Saidina Umar Dunia perkara yang halalnya akan dihisab, perkara haramnya akan di azab, orang yang mengejarnya umpama anjing. 3. Saidina Ibnu Abbas Tiada kerehatan bagi orang yang beriman melainkan bertemu dengan Allah SWT. 4. Luqman al-Hakim Wahai anakku! Juallah duniamu untuk mendapatkan akhirat nescaya kamu akan mendapat keuntungan kedua-duanya sekali. 5. Imam Hasan al-basri Kami lihat orang yang dikurniakan habuan dunia dengan amalan akhirat dan kami tidak pernah melihat orang yang dikurniakan ganjaran akhirat dengan amalan dunia. VI) PERINGATAN DAN NASIHAT 1. Saidina Ali Karramullahu Wajhah Sesiapa yang meletakkan dirinya ( berada ) di tempat-tempat tohmahan maka janganlah ia mencela orang yang buruk sangka terhadapnya. 2. Saidina Ibnu Abbas r .a Terlaknat orang yang memuliakan kekayaan dan menghina kefakiran. 3. Saidina Ibnu Abbas r .a Aku menjadi hina ketika meminta dan menjadi mulia ketika dipinta ( memberi ). 4. Berkata Umar Abd Aziz Apabila kamu merasakan kamu mampu menzalimi manusia, maka ingatlah kekuasaan Allah SWT terhadapmu. 5. Seorang bijaksana Kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan, dan orang yang memulakannya itulah yang lebih baik. Kejahatan itu akan dibalas dengan kejahatan dan orang yang memulakan itu adalah lebih zalim. memburumarifahilah Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2014/11/kata-kata-hikmah-ahli-tasawuf.html#ixzz3KMA7j417 | ||
Tan Sri Zainuddin Maidin: "Perwakilan Umno lihat Najib pemimpin lemah, tidak berpendirian" Posted: 28 Nov 2014 03:15 AM PST Keputusan Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dengan beberapa langkah penambahbaikan hanya memperlihatkan presiden Umno itu lemah dan tidak berprinsip, kata Tan Sri Zainuddin Maidin. Bekas menteri penerangan itu berkata, sokongan gegak gempita perwakilan semasa Najib membuat pengumuman berkenaan adalah reaksi bercampur-campur yang melihatkan penafasan semula terakhir perdana menteri itu. "Jika Datuk Seri Najib seorang smart politician maka beliau dapat membaca tepukan gempita seluruh perwakilan menyambut pengumumannya mengekalkan Akta Hasutan 1948 adalah sebenarnya penolakan seluruh Umno terhadap kepimpinannya yang liberal dan lemah. "Tempikan itu bukanlah sokongan tetapi ledakan perasaan terpendam yang bercampur marah, protes, penolakan dan kehilangan keyakinan. "Suatu revolusi senyap sedang berkembang seperti api dalam sekam. Pernafasan semula Najib kali ini adalah pernafasan terakhir," kata bekas menteri penerangan itu dalam kiriman terbaru di blognya, Zamkata. Najib semasa menyampaikan ucapan dasar semalam berkata Akta Hasutan akan diperkukuh dengan menambah peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mengambil tindakan terhadap sesiapa yang menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Katanya, Akta Hasutan akan terus dikekalkan selepas dipertimbangkan dan mendapat nasihat semua pihak walaupun pernah berjanji sebelum ini untuk memansuhkan akta penjajah tersebut. Zainuddin berkata reaksi positif yang ditunjukkan perwakilan semasa pengumuman Najib semalam bukanlah menunjukkan tanda keyakinan dan pemulihan sokongan kepada pemimpin itu sebaliknya reaksi sokongan yang tidak lagi mantap kepadanya. Katanya, perwakilan Umno masih sangsi sama ada Najib dapat mengotakan janjinya untuk terus melaksanakan akta berkenaan. "Jika beliau tidak membuat pengumuman itu bererti seluruh ahli Umno akan membenamkan beliau dan masa depan Umno pasti hancur. | ||
Apakah Dr Mashitah ingin lihat artis-artis kita terus hanyut? Posted: 28 Nov 2014 02:30 AM PST MELAKA: Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka mengecam kenyataan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mempersoalkan tindakan artis-artis Malaysia yang ramai berhijrah mendekatkan diri kepada Allah. Ketua Penerangannya, Mahani Othman Basir berkata kenyataan Mashitah tersebut sebenarnya mengguris hati dan perasan artis-artis yang berhijrah. (Foto: Aishah dan Abby Abadi dalam satu program di My Harakah Bazaar.) Ini, ujarnya kerana seolah-olah Umno dan Mashitah tidak setuju dengan tindakan mereka yang memakai tudung, memakai kopiah dan menyampaikan tazkirah dan ceramah dalam program-program yang melibatkan orang ramai. "Kita sepatutnya menyokong dan memberi galakan kepada mereka kerana tindakan mereka berhijrah adalah sangat baik dan dialu-alukan. Dulunya mereka tidak menutup aurat, lalai, memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan, bila berubah kita pula tidak suka kepada mereka. "Artis-artis kita yang berhijrah bukannya setakat berubah dari segi pakaian dan tingkah laku tetapi mereka juga menghadiri kelas-kelas agama, usrah dan program-program pendidikan agama bagi mendalami Islam," ujar Mahani. Mahani berkata apa salahnya mereka menyampaikan tazkirah dan ucapan dalam program ceramah dan forum asalkan tidak mengelirukan orang ramai. Menurutnya, mereka bukannya menjatuh hukum atau memberi fatwa sebaliknya hanya berkongsi pengalaman dan pandangan dalam ruang lingkup ilmu dan pandangan mereka khususnya berkaitan dunia hiburan. "Tindakan berhijrah sepatutnya dialu-alukan. Apakah Mashitah ingin terus melihat artis-artis kita terus hanyut dengan dunia lalai dan hedonisme mereka yang tidak terkawal?" soal Mahani. Beliau berkata Mashitah mesti memohon maaf kepada semua artis-artis yang berhijrah dan mesti memberikan sokongan kepada semua artis yang telah dan akan berhijrah menjadi hamba Allah yang lebih baik. Menurutnya, tindakan Mashitah mengecam artis-artis yang berhijrah itu sebenarnya didorong oleh sentimen politik. Ini, katanya kerana ramai artis yang berhijrah menyatakan sokongan terbuka kepada PAS dan PR malah ramai yang membantu pada Pilihanraya Umum ke-13 lalu. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN | ||
Berita Gempar Yang Disembunyikan Oleh TV3, RTM, Utusan Dan Berita Harian Posted: 28 Nov 2014 01:45 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berubah fikiran setelah berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan sebelum ini, kata bekas anggota kabinet Tan Sri Zainuddin Maidin. Zainuddin Maidin yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu berkata, pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat esok. "Bagaimanapun Najib Razak tidak akan mengembalikan ISA ( Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang dihapuskannya, yang disifatkan oleh mantan ketua hakim negara Tun Abd Hamid Mohamad sebagai perbuatan bodoh," katanya. Menulis dalam blognya hari ini, Zainuddin berkata, Najib Razak membuat keputusan itu berikutan bantahan dan tekanan yang semakin kuat dan keras daripada dalam Umno menjelang perhimpunan agung parti itu esok. Ia, katanya, dibuat dengan mengambil kira hasrat Umno bahagian-bahagian di seluruh negara yang kini nekad untuk menentang hasrat itu. Malah, tambahnya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam ucapannya kepada perwakilan Pemuda memberi amaran Malaysia akan hancur tanpa akta itu dan ia disokong kuat Wanita Umno.~malaysiakini | ||
DAP Buat Laporan Polis Terrhadap Mashitah Posted: 28 Nov 2014 01:05 AM PST DAP membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Umno Baling Datuk Mashitah Ibrahim berhubung kenyataannya yang masyarakat Cina didakwa membakar al-Quran semasa upacara sembahyang. "Kami merasakan bahawa kenyataan ini tidak bertanggungjawab," kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching. Katanya, hanya terdapat satu kejadian itu dilaporkan di Kedah, tetapi Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menjelaskan pada 24 November bahawa pelakunya adalah seorang lelaki Melayu yang mengalami sakit mental. Menteri besar juga mendedahkan bahawa al-Quran tidak terbakar tetapi dikoyak. Teo berkata Mashitah perlu disiasat di bawah Seksyen 298 (A) dan 505 Kanun Keseksaan. Seksyen 298 (A) berhubung kesalahan yang boleh memudaratkan keadaan harmoni dan perpaduan, manakala Seksyen 505 mengenai kenyataan yang mendatangkan khianat awam. Mashitah telah membuat kenyataan itu semasa perhimpunan agung Wanita Umno ketika menggesa ahli sayap itu mempertahankan Islam. Teo berkata, walaupun jika laporan membakar Quran oleh masyarakat Cina itu benar, rakyat akan menentangnya dan mengambil tindakan yang sewajarnya. "Malah jika lelaki atau perempuan Cina atau bukan Islam yang membakar al-Quran, kita semua akan mengutuk perbuatan sedemikian," katanya. Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mengiringi Teo membuat laporan di balai polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Setiausaha Politik penasihat DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud dan ahli parti itu, Syefura Othman. Bercakap kepada pemberita, Dyana berkata kenyataan Mashitah itu adalah "tidak wajar" dan boleh mencetuskan ketegangan kaum. - mkini | ||
Shisha diharam di Singapura ?? Posted: 27 Nov 2014 11:30 PM PST SINGAPURA 28 Nov. - Singapura mengharamkan pengedaran dan penjualan shisha berkuat kuasa hari ini, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan. Pengharaman tersebut adalah mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau di bawah Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan). Bagaimanapun, sebagai langkah peralihan, lesen pengimport tembakau dan peruncit yang mengimport dan menjual tembakau shisha akan diberi kebenaran meneruskan import dan jualan tembakau shisha sehingga 31 Julai 2016. Kementerian itu berkata, ia bagi memberi masa yang secukup untuk mereka menghabiskan stok serta menstrukturkan semula perniagaan, sekali gus meninggalkan perniagaan shisha. Sesiapa yang melanggar larangan itu, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksium S$10,000 (RM25,763) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali dan atas kesalahan susulan, denda maksimum adalah $S20,000 (RM51,561) atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA Mimpi Senja |
You are subscribed to email updates from ZAKRI ALI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan