Isnin, 10 November 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


KJ - Bintang Yang Sedang Disembelih.....??

Posted: 10 Nov 2014 11:15 PM PST


Ramai melihat sinar politik KJ akan malap sebaik sahaja Pak Lah digulingkan. Namun, politikus muda ini tidak pernah gentar atau mengalah.

Walaupun tanpa sebarang jawatan Kabinet, politikus muda ini tetap meneruskan kerja beliau sebagai seorang Ketua Pemuda. Tidak membuang masa untuk mengejar jawatan Kabinet seperti sesetengah politikus lain.

Akhirnya, ketenangan dan kesabaran itu berbaloi, KJ menjadi Menteri Belia dan Sukan paling muda yang pernah dilantik ke jawatan tersebut.

Jika kita membaca tulisan-tulisan pojok dalam beberapa blog pro-UMNO, kita akan dapat melihat ramai yang mempertikaikan perlantikan KJ sebagai Menteri Belia dan Sukan. Sangat berkuasa kata mereka.

Bukanlah tradisi UMNO, seorang Menteri Belia dan Sukan ini adalah juga merupakan seorang Ketua Pemuda. Walhal, bukanlah satu rahsia bahawa Menteri Belia dan Sukan ini adalah portfolio yang paling "Junior" sekali dalam Kabinet. Jadi, mengapa agaknya kader-kader maya pro-UMNO ini begitu bimbang sekali dengan perlantikan KJ ini?

Politikus muda lulusan University of Oxford dalam jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi ini merupakan seorang politikus muda yang bijak membaca sifir politik. 
Khairy terjun ke dalam dunia politik UMNO ketika masyarakat umum sedang melihat UMNO ini bukanlah mempunyai daya penarik. Ramai generasi muda ketika itu sama ada sibuk mencari keuntungan material ataupun yang cenderung kepada politik pula akan memilih untuk bersama dengan idea-idea dan aliran politik anti-establishment seperti Reformasi. Tetapi KJ memilih untuk bersama UMNO.

Dan ternyata keputusan KJ itu tidak pernah tersilap. Itu adalah kelebihan yang ada pada beliau, bijak membuat perhitungan politik. 
Memasuki UMNO dalam keadaan parti itu sedang berada di dalam keadaan yang hiruk-pikuk, dengan pelbagai bakat dan kebijakan yang ada pada dirinya telah meletakkan KJ sebagai politikus muda yang paling terkedepan dalam UMNO. Malah, jika kita membandingkan antara KJ dan Naib-Naib Presiden UMNO yang lain ketika ini pun kita akan dapat melihat KJ lebih menonjol. Bukan sahaja di dalam partinya sendiri tetapi juga di khalayak umum. Keputusan pada ketika itu telah memberikan manfaat besar kepada masa depan politiknya.

KJ tampil mengisi ruang kekosongan itu di dalam UMNO dan politik tanahair. KJ tidak membawa cogankata tetapi beliau membawa sikap dan idea yang agresif, progressif dan pragmatic. KJ pantas membentuk dirinya sebagai seorang politikus muda yang mempunyai asset yang lengkap. 
Mesra media sosial, petah berbicara, kefahaman politik yang mengkagumkan dan idea-idea segar serta menjadi "media darling" seterusnya menenggelamkan tokoh politikus muda Pembangkang seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua.

Tidak siapa dapat menafikan KJ adalah merupakan Ketua Pemuda yang terhebat ketika ini di antara semua Ketua Pemuda parti-parti politik. 
Dengan kedudukan sebagai Menteri Belia dan Sukan, KJ sedang memanfaatkan peluang ini dengan melakukan "engagement" dengan kelompok muda yang berminat dengan isu semasa dan politik Negara.

KJ berani tampil dengan komentar terhadap pelbagai isu yang kritikal dan sensitif. Pandangan dan komentarnya pula sentiasa segar. 
Tidak begitu jumud atau longlai sekalipun berhadapan dengan asakan aliran pemikiran ortodoks sama ada di dalam partinya mahupun kepada kumpulan yang rapat dengan UMNO. Sentiasa KJ cekap untuk memastikan lontaran idea beliau senada dengan aspirasi jutaan rakyat Malaysia terutama kelompok muda. Sesekali beliau tampil dengan sudut pandang yang berbeda daripada tuan politiknya - Perdana Menteri. Inilah yang membezakan KJ dengan mereka yang lain.

KJ juga begitu pintar apabila menghantar anaknya untuk menempuhi alam persekolahan di sekolah kebangsaan seperti anak-anak Malaysia yang lainnya. Mungkin perkara ini adalah normal bagi kita, orang kebanyakan. 
Tetapi bagi pembesar-pembesar negara, ramai yang secara diam-diam menghantar anak mereka bersekolah di sekolah swasta dan sekolah antarabangsa tetapi tidak KJ. Ini juga merupakan satu "mileage politic" yang baik untuknya.

UMNO tidak perlu takut untuk melakukan pembaharuan. KJ sedang merintis jalan baharu buat UMNO. KJ sangat memahami sifir politik tanahair telah jauh berubah pasca tsunami politik 2008. Wajah politik Negara telah pun berubah dengan begitu drastic. 
Jika beliau memilih untuk berada di dalam kelompok moderat, itu adalah satu strategi taktikal untuk memastikan beliau akan terus kekal relevan malah juga akan membawa UMNO kekal relevan kepada politik Malaysia. Malah, KJ juga amat tepat apabila mengatakan kelompok muda Negara hari ini tidak peduli dengan parti politik dan cerita sarkasnya. Tetapi, kelompok muda lebih memikirkan soal bagaimana parti-parti politik mampu menyelesaikan permasalahan mereka.

PM telah meletakkan KJ sebagai seorang bintang masa depan untuk membawa idea kesederhanaan. Ya, KJ memang satu aparat lengkap yang akan memberikan manfaat kepada masa depan politik Perdana Menteri itu sendiri. 
Mana ada lagi sosok dalam UMNO yang berani untuk berbalah dengan kumpulan ekstremis sama ada yang berhaluan kanan ataupun kiri.

Ada juga yang akan melihat usaha KJ sekarang ini adalah satu sandiwara politik untuk mengejar kerusi Perdana Menteri. Ia mungkin benar, tetapi keputusan KJ untuk mengamalkan politik sederhana dan progresif ini adalah merupakan satu keputusan tepat dan radikal, meninggalkan politik retorik dan kontemporari dalam UMNO zaman berzaman. 
KJ akan terus dikritik oleh mereka-mereka yang merasa tercabar dengan pembaharuan yang sedang dibawanya.

Ketika ini nampaknya KJ sedang bergelut dengan kader-kader upahan beberapa kelompok di dalam UMNO yang sedang galak mewajahkan KJ sebagai parasit yang bakal membawa bencana kepada parti mereka. 
Usaha terancang untuk menyembelih KJ bermula dengan kegagalan mencapai sasaran emas di dua temasya sukan bertaraf antarabangsa.

Melarat hingga kepada isu keadaan padang di Stadium Nasional dan juga isu doping atlit negara. Jika diperhalusi kita akan dapat melihat bagaimana kader-kader ini mula menggerakkan propaganda dengan membandingkan KJ dengan mantan Menteri Belia dan Sukan. 
KJ dikatakan individu pintar tetapi tidak mampu menguruskan KBS sedangkan di zaman Mantan menteri yang tidak sebijak KJ pun negara tidak gagal dalam mencapai sasaran emas.

Mengapa kita perlu mengorbankan KJ? Untuk memenuhi hasad segelintir pemimpin termasuk pemimpin yang sudah lama bersara itu. 
Adakah pemimpin pencen itu takut cengkamannya terhadap UMNO menjadi longgar? Atau pemimpin pencen ini sebenarnya bukan memikirkan masa depan negara tetapi sebenarnya sibuk mencatur masa depan legasi politiknya sendiri.

Jika kita ingin mengatakan KJ sebagai sosok yang terlibat dengan amalan politik songsang semasa pemerintahan Pak Lah dulu, saya mempunyai persoalan, berapa ramaikah politikus dalam Negara ini yang tidak mengamalkan permainan politik kotor. 
Sama ada parti komponen Barisan Nasional mahupun komponen Pembangkang. Selagi mana ia adalah pertembungan kuasa, pasti ada individu yang akan mengamalkan permainan kotor.

Untuk mewajahkan semula politik Malaysia adalah satu cabaran yang getir. Suara yang mempunyai tapak sokongan yang sedikit menonjol adalah mereka-mereka yang begitu ekstrim dengan idea politik konservatif dan kuno. 
Kerana ramai politikus moderat yang memilih untuk tidak mencabar aliran ortodoks ini asalkan Negara ini masih dapat berjalan dengan baik ekoran bimbang akan merencatkan karier politik peribadi.

Malaysia telah kehilangan seorang tokoh politik progresif yang segar iaitu Datuk Saifuddin Abdullah. UMNO telah mengorbankannya kerana fikrah moderat yang diwakilinya. 
Adalah malang bagi UMNO dan Negara ini sekiranya seorang lagi politikus moderat muda seperti KJ ini juga dicantas. Negara ini sedang menuju kepada wajah politik baru, politik sederhana-politik idea. KJ, Datuk Saifuddin Abdullah, Nurul Izzah Anwar, Mujahid Yusuf Rawa dan Liew Chin Tong adalah merupakan sosok pemimpin moderat yang perlu sentiasa wujud dalam iklim politik tanahair.

KJ tidak perlu takut dengan kelompok-kelompok "haters". Munculnya pelbagai kritikan dan asakan untuk menjatuhkan KJ bererti KJ sedang berada di landasan tepat dengan pegangan idea politik matang yang mencabar idea kontemporari selama ini. Kita tidak mungkin dapat menutup mulut-mulut tempayan berpuaka ini.
Hakikatnya, mereka inilah yang takut untuk berubah kerana sudah begitu selesa dengan amalan politik fraksi kuno dan juga mereka ini tidak mempunyai denyut nadi seorang rakyat biasa.

Saya tetap merasakan KJ akan bergelar Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dalam beberapa dekad yang akan datang sekiranya Malaysia masih diperintah oleh UMNO. 
Teruslah bekerja dengan pramatik, progresif dan moderat. Kekalkan gaya stylista seorang politikus moderat muda. Kepada haters sekalian - Ini KHAIRY lah!!!

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

edyesdotcom

Tuesday, November 11, 2014

KJ - Bintang Yang Sedang Disembelih

Tulisan Umum
11 November 2014

KJ - Bintang Yang Sedang Disembelih

Ramai melihat sinar politik KJ akan malap sebaik sahaja Pak Lah digulingkan. Namun, politikus muda ini tidak pernah gentar atau mengalah. 

Walaupun tanpa sebarang jawatan Kabinet, politikus muda ini tetap meneruskan kerja beliau sebagai seorang Ketua Pemuda. Tidak membuang masa untuk mengejar jawatan Kabinet seperti sesetengah politikus lain. 

Akhirnya, ketenangan dan kesabaran itu berbaloi, KJ menjadi Menteri Belia dan Sukan paling muda yang pernah dilantik ke jawatan tersebut.

Jika kita membaca tulisan-tulisan pojok dalam beberapa blog pro-UMNO, kita akan dapat melihat ramai yang mempertikaikan perlantikan KJ sebagai Menteri Belia dan Sukan. Sangat berkuasa kata mereka. 

Bukanlah tradisi UMNO, seorang Menteri Belia dan Sukan ini adalah juga merupakan seorang Ketua Pemuda. Walhal, bukanlah satu rahsia bahawa Menteri Belia dan Sukan ini adalah portfolio yang paling "Junior" sekali dalam Kabinet. Jadi, mengapa agaknya kader-kader maya pro-UMNO ini begitu bimbang sekali dengan perlantikan KJ ini?

Politikus muda lulusan University of Oxford dalam jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi ini merupakan seorang politikus muda yang bijak membaca sifir politik. Khairy terjun ke dalam dunia politik UMNO ketika masyarakat umum sedang melihat UMNO ini bukanlah mempunyai daya penarik. Ramai generasi muda ketika itu sama ada sibuk mencari keuntungan material ataupun yang cenderung kepada politik pula akan memilih untuk bersama dengan idea-idea dan aliran politik anti-establishment seperti Reformasi. Tetapi KJ memilih untuk bersama UMNO. 

Dan ternyata keputusan KJ itu tidak pernah tersilap. Itu adalah kelebihan yang ada pada beliau, bijak membuat perhitungan politik. Memasuki UMNO dalam keadaan parti itu sedang berada di dalam keadaan yang hiruk-pikuk, dengan pelbagai bakat dan kebijakan yang ada pada dirinya telah meletakkan KJ sebagai politikus muda yang paling terkedepan dalam UMNO. Malah, jika kita membandingkan antara KJ dan Naib-Naib Presiden UMNO yang lain ketika ini pun kita akan dapat melihat KJ lebih menonjol. Bukan sahaja di dalam partinya sendiri tetapi juga di khalayak umum. Keputusan pada ketika itu telah memberikan manfaat besar kepada masa depan politiknya.

KJ tampil mengisi ruang kekosongan itu di dalam UMNO dan politik tanahair. KJ tidak membawa cogankata tetapi beliau membawa sikap dan idea yang agresif, progressif dan pragmatic. KJ pantas membentuk dirinya sebagai seorang politikus muda yang mempunyai asset yang lengkap. Mesra media sosial, petah berbicara, kefahaman politik yang mengkagumkan dan idea-idea segar serta menjadi "media darling" seterusnya menenggelamkan tokoh politikus muda Pembangkang seperti Rafizi Ramli dan Tony Pua.

Tidak siapa dapat menafikan KJ adalah merupakan Ketua Pemuda yang terhebat ketika ini di antara semua Ketua Pemuda parti-parti politik. Dengan kedudukan sebagai Menteri Belia dan Sukan, KJ sedang memanfaatkan peluang ini dengan melakukan "engagement" dengan kelompok muda yang berminat dengan isu semasa dan politik Negara.

KJ berani tampil dengan komentar terhadap pelbagai isu yang kritikal dan sensitif. Pandangan dan komentarnya pula sentiasa segar. Tidak begitu jumud atau longlai sekalipun berhadapan dengan asakan aliran pemikiran ortodoks sama ada di dalam partinya mahupun kepada kumpulan yang rapat dengan UMNO. Sentiasa KJ cekap untuk memastikan lontaran idea beliau senada dengan aspirasi jutaan rakyat Malaysia terutama kelompok muda. Sesekali beliau tampil dengan sudut pandang yang berbeda daripada tuan politiknya - Perdana Menteri. Inilah yang membezakan KJ dengan mereka yang lain.

KJ juga begitu pintar apabila menghantar anaknya untuk menempuhi alam persekolahan di sekolah kebangsaan seperti anak-anak Malaysia yang lainnya. Mungkin perkara ini adalah normal bagi kita, orang kebanyakan. Tetapi bagi pembesar-pembesar negara, ramai yang secara diam-diam menghantar anak mereka bersekolah di sekolah swasta dan sekolah antarabangsa tetapi tidak KJ. Ini juga merupakan satu "mileage politic" yang baik untuknya.

UMNO tidak perlu takut untuk melakukan pembaharuan. KJ sedang merintis jalan baharu buat UMNO. KJ sangat memahami sifir politik tanahair telah jauh berubah pasca tsunami politik 2008. Wajah politik Negara telah pun berubah dengan begitu drastic. Jika beliau memilih untuk berada di dalam kelompok moderat, itu adalah satu strategi taktikal untuk memastikan beliau akan terus kekal relevan malah juga akan membawa UMNO kekal relevan kepada politik Malaysia. Malah, KJ juga amat tepat apabila mengatakan kelompok muda Negara hari ini tidak peduli dengan parti politik dan cerita sarkasnya. Tetapi, kelompok muda lebih memikirkan soal bagaimana parti-parti politik mampu menyelesaikan permasalahan mereka.

PM telah meletakkan KJ sebagai seorang bintang masa depan untuk membawa idea kesederhanaan. Ya, KJ memang satu aparat lengkap yang akan memberikan manfaat kepada masa depan politik Perdana Menteri itu sendiri. Mana ada lagi sosok dalam UMNO yang berani untuk berbalah dengan kumpulan ekstremis sama ada yang berhaluan kanan ataupun kiri.

Ada juga yang akan melihat usaha KJ sekarang ini adalah satu sandiwara politik untuk mengejar kerusi Perdana Menteri. Ia mungkin benar, tetapi keputusan KJ untuk mengamalkan politik sederhana dan progresif ini adalah merupakan satu keputusan tepat dan radikal, meninggalkan politik retorik dan kontemporari dalam UMNO zaman berzaman. KJ akan terus dikritik oleh mereka-mereka yang merasa tercabar dengan pembaharuan yang sedang dibawanya.

Ketika ini nampaknya KJ sedang bergelut dengan kader-kader upahan beberapa kelompok di dalam UMNO yang sedang galak mewajahkan KJ sebagai parasit yang bakal membawa bencana kepada parti mereka. Usaha terancang untuk menyembelih KJ bermula dengan kegagalan mencapai sasaran emas di dua temasya sukan bertaraf antarabangsa. 

Melarat hingga kepada isu keadaan padang di Stadium Nasional dan juga isu doping atlit negara. Jika diperhalusi kita akan dapat melihat bagaimana kader-kader ini mula menggerakkan propaganda dengan membandingkan KJ dengan mantan Menteri Belia dan Sukan. KJ dikatakan individu pintar tetapi tidak mampu menguruskan KBS sedangkan di zaman Mantan menteri yang tidak sebijak KJ pun negara tidak gagal dalam mencapai sasaran emas. 

Mengapa kita perlu mengorbankan KJ? Untuk memenuhi hasad segelintir pemimpin termasuk pemimpin yang sudah lama bersara itu. Adakah pemimpin pencen itu takut cengkamannya terhadap UMNO menjadi longgar? Atau pemimpin pencen ini sebenarnya bukan memikirkan masa depan negara tetapi sebenarnya sibuk mencatur masa depan legasi politiknya sendiri. 

Jika kita ingin mengatakan KJ sebagai sosok yang terlibat dengan amalan politik songsang semasa pemerintahan Pak Lah dulu, saya mempunyai persoalan, berapa ramaikah politikus dalam Negara ini yang tidak mengamalkan permainan politik kotor. Sama ada parti komponen Barisan Nasional mahupun komponen Pembangkang. Selagi mana ia adalah pertembungan kuasa, pasti ada individu yang akan mengamalkan permainan kotor.

Untuk mewajahkan semula politik Malaysia adalah satu cabaran yang getir. Suara yang mempunyai tapak sokongan yang sedikit menonjol adalah mereka-mereka yang begitu ekstrim dengan idea politik konservatif dan kuno. Kerana ramai politikus moderat yang memilih untuk tidak mencabar aliran ortodoks ini asalkan Negara ini masih dapat berjalan dengan baik ekoran bimbang akan merencatkan karier politik peribadi. 

Malaysia telah kehilangan seorang tokoh politik progresif yang segar iaitu Datuk Saifuddin Abdullah. UMNO telah mengorbankannya kerana fikrah moderat yang diwakilinya. Adalah malang bagi UMNO dan Negara ini sekiranya seorang lagi politikus moderat muda seperti KJ ini juga dicantas. Negara ini sedang menuju kepada wajah politik baru, politik sederhana-politik idea. KJ, Datuk Saifuddin Abdullah, Nurul Izzah Anwar, Mujahid Yusuf Rawa dan Liew Chin Tong adalah merupakan sosok pemimpin moderat yang perlu sentiasa wujud dalam iklim politik tanahair.

KJ tidak perlu takut dengan kelompok-kelompok "haters". Munculnya pelbagai kritikan dan asakan untuk menjatuhkan KJ bererti KJ sedang berada di landasan tepat dengan pegangan idea politik matang yang mencabar idea kontemporari selama ini. Kita tidak mungkin dapat menutup mulut-mulut tempayan berpuaka ini. Hakikatnya, mereka inilah yang takut untuk berubah kerana sudah begitu selesa dengan amalan politik fraksi kuno dan juga mereka ini tidak mempunyai denyut nadi seorang rakyat biasa. 

Saya tetap merasakan KJ akan bergelar Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dalam beberapa dekad yang akan datang sekiranya Malaysia masih diperintah oleh UMNO. Teruslah bekerja dengan pramatik, progresif dan moderat. Kekalkan gaya stylista seorang politikus moderat muda. Kepada haters sekalian - Ini KHAIRY lah!!!

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
- See more at: http://edyesdotcom.blogspot.com/2014/11/kj-bintang-yang-sedang-disembelih.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+edyesdotcom+%28edyesdotcom%29#sthash.NLMIxHjg.dpuf

Operasi JPJ : Untuk Penuhkan Kantung Kerajaan ?,

Posted: 10 Nov 2014 10:30 PM PST

 

Kesalahan Remeh Usaha Untuk "Menjerut Rakyat" Dengan Mengenakan Saman ! 

Operasi JPJ: Kaedah penuhkan kantung kerajaan? 

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyambut baik usaha Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawabnya dengan menggiatkan operasi menyeluruh di seluruh negara. 

Ketua Penerangannya, Mohd Syamsul Alauddin berkata kesungguhan tersebut disokong dan disambut baik oleh Pemuda PAS oleh kerana ia adalah bertepatan dengan misi serta matlamat jabatan kerajaan tersebut. 

"Namun begitu, kami menyatakan kekesalan di atas operasi yang tertumpu kepada kesalahan-kesalahan remeh seperti mengubahsuai nombor plat serta memasang lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp'," ujarnya dalam satu kenyataan. 

Tambah beliau, pihaknya mengakui ia adalah satu kesalahan mengikut peraturan yang ditetapkan namun ia bukanlah penyumbang utama terhadap permasalahan yang sebenar. 

Justeru, katanya Pemuda PAS sangat lucu dengan kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang seolah-olah mengaitkan kesalahan berkaitan pengubahsuaian nombor plat dengan kadar kematian di jalan raya. 

Beliau berkata, ia adalah satu tanggapan yang menyimpang kerana tidak ada kena mengena kadar kemalangan jalanraya dengan faktor remeh tersebut. 

"Pihak kami mempersoalkan apakah tindakan bersepadu dengan memfokuskan kesalahan remeh itu adalah usaha untuk 'menjerut rakyat' dengan mengenakan saman bagi memenuhkan kantung kerajaan," katanya lagi. 

Sehubungan itu, ujarnya sangatlah tidak wajar mengenakan saman kepada rakyat dengan kesalahan kecil itu sedangkan banyak lagi kesalahan besar yang dilakukan terlepas begitu sahaja. 

Jika itu adalah tujuannya, tambah beliau maka ia adalah satu tindakan yang tidak wajar apabila kesalahan tersebut bukanlah satu kesalahan yang besar sebaliknya ianya hanya berkisarkan tentang etika pengguna kenderaan semata-mata. 

Katanya lagi, Pemuda PAS berpandangan, JPJ seharusnya menumpukan kepada kesalahan-kesalahan yang lebih berat termasuklah lebihan muatan oleh pemandu lori yang sangat memberi risiko kepada pengguna jalanraya yang lain. 

"Kami juga tidaklah membantah jika JPJ bertindak keras kepada kesalahan-kesalahan yang besar termasuklah memandu laju yang sememangnya antara penyumbang kepada kadar kemalangan jalanraya.

"Bertindak matanglah dalam mengenakan tindakan, fikirkanlah dengan rasional terhadap apa jua penguatkuasaan dengan memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan keuntungan kepada kerajaan," ujarnya.


IdaMan.
Operasi JPJ : Untuk Penuhkan Kantung Kerajaan ?, Kesalahan Remeh Usaha Untuk "Menjerut Rakyat" Dengan Mengenakan Saman ! Operasi JPJ: Kaedah penuhkan kantung kerajaan? [gambar fail] [hd]- Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyambut baik usaha Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawabnya dengan menggiatkan operasi menyeluruh di seluruh negara. Ketua Penerangannya, Mohd Syamsul Alauddin berkata kesungguhan tersebut disokong dan disambut baik oleh Pemuda PAS oleh kerana ia adalah bertepatan dengan misi serta matlamat jabatan kerajaan tersebut. "Namun begitu, kami menyatakan kekesalan di atas operasi yang tertumpu kepada kesalahan-kesalahan remeh seperti mengubahsuai nombor plat serta memasang lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp'," ujarnya dalam satu kenyataan. Tambah beliau, pihaknya mengakui ia adalah satu kesalahan mengikut peraturan yang ditetapkan namun ia bukanlah penyumbang utama terhadap permasalahan yang sebenar. Justeru, katanya Pemuda PAS sangat lucu dengan kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad yang seolah-olah mengaitkan kesalahan berkaitan pengubahsuaian nombor plat dengan kadar kematian di jalan raya. Beliau berkata, ia adalah satu tanggapan yang menyimpang kerana tidak ada kena mengena kadar kemalangan jalanraya dengan faktor remeh tersebut. "Pihak kami mempersoalkan apakah tindakan bersepadu dengan memfokuskan kesalahan remeh itu adalah usaha untuk 'menjerut rakyat' dengan mengenakan saman bagi memenuhkan kantung kerajaan," katanya lagi. Sehubungan itu, ujarnya sangatlah tidak wajar mengenakan saman kepada rakyat dengan kesalahan kecil itu sedangkan banyak lagi kesalahan besar yang dilakukan terlepas begitu sahaja. Jika itu adalah tujuannya, tambah beliau maka ia adalah satu tindakan yang tidak wajar apabila kesalahan tersebut bukanlah satu kesalahan yang besar sebaliknya ianya hanya berkisarkan tentang etika pengguna kenderaan semata-mata. Katanya lagi, Pemuda PAS berpandangan, JPJ seharusnya menumpukan kepada kesalahan-kesalahan yang lebih berat termasuklah lebihan muatan oleh pemandu lori yang sangat memberi risiko kepada pengguna jalanraya yang lain. "Kami juga tidaklah membantah jika JPJ bertindak keras kepada kesalahan-kesalahan yang besar termasuklah memandu laju yang sememangnya antara penyumbang kepada kadar kemalangan jalanraya. "Bertindak matanglah dalam mengenakan tindakan, fikirkanlah dengan rasional terhadap apa jua penguatkuasaan dengan memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan keuntungan kepada kerajaan," ujarnya.

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

Menteri Besar Pahang Bakal Dipecat.. Ini Buktinya?

Posted: 10 Nov 2014 10:00 PM PST

 
Adalah sesuatu melucukan apabila istilah 'ditawan' yang digunakan oleh Mingguan Malaysia berhubung kebanjiran warga a­sing khususnya warga Bangladesh di Cameron Highlands menjadi perdebatan kelompok yang cuba muncul sebagai 'pembela' kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Ramai yang memberi reaksi termasuklah menuduh Utusan Malaysia sendiri tidak boleh dikritik apabila akhbar ini bertindak menegur sikap Adnan, tetapi lebih aneh bukan isu yang diketengahkan menjadi perdebatan tetapi soal istilah.

Bagaimanapun biarlah mereka terus keliru dengan istilah tersebut, kita tidak harus membuang masa untuk memberi penjelasan, apa yang lebih penting ialah persoalan pokok mengenai nasib Came­ron Highlands.

Masalah yang berlaku bukan soal istilah tetapi soal pokok iaitu kebanjiran warga asing yang melimpah ruah di tanah tinggi itu atas alasan ia diperlukan oleh sektor pertanian? Kenapakah tidak bercakap soal kemusnahan alam sekitar yang me­landa Cameron Highlands?

Kalau betul sayang sangat kepada pentadbiran kerajaan negeri dan sentiasa yakin kewibawaan Menteri Besar Pahang maka kemu­kakan cadangan bagaimana hendak menangani masalah yang berlaku dan bukannya seolah-olah kembali 'menyerang' media.

Kelompok ini perlu faham Came­ron Highlands bukanlah satu-satunya kawasan yang menjadi mangsa kerakusan manusia meneroka ta­nah secara haram, ada beberapa lagi kawasan di negeri itu turut terlibat. Perkara ini seharusnya mendapat perhatian dan diselesaikan segera.

Malang sekali bagi negeri Pahang kerana mempunyai segelintir pemimpin yang masih lagi mengamalkan sindrom penafian dan lebih suka bercakap soal remeh temeh sedangkan isu utama mahu dipejamkan mata sahaja. 

Oleh itu adalah lebih baik mereka mereka memberi tumpuan kepada 22 isu dan syor yang dikemukakan serta dibentangkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai isu Cameron Highlands daripada menghabiskan masa mempertahankan per­kara lain. Jadilah 'pembela' yang memastikan kerajaan negeri memandangkan serius dan melaksa­nakan semua syor SPRM itu.

Seperkara lagi, dalam keghairahan menjadi 'pembela tidak bertempat', ada yang mengaitkan Utusan Malaysia membawa suara pembangkang apabila mengkritik Adnan, tetapi apakah seorang pe­mimpin UMNO berhak menghina Utusan Malaysia dengan menuduh akhbar ini mencari berita sensasi bagi melariskan jualan akhbar?

Apakah kenyataan itu tidak boleh dikategorikan sebagai emosional? Apakah emosional itu ha­nya dibenarkan apabila seseorang pemimpin tersebut menunjukkan isyarat lucah di hadapan orang ramai seperti mana berlaku dalam pilihan raya kecil Sanggang tidak lama dahulu?

Utusan Malaysia tidak kisah dikritik kerana sepanjang masa menjadi mangsa kritikan bukan sahaja oleh pemimpin pembangkang tetapi juga pemimpin kerajaan tetapi biarlah ia berasaskan kepada fakta yang dibentangkan.

Sepatutnya yang perlu ditum­pu dan diberi perhatian ialah mengenai sesuatu kejadian yang didedahkan bukannya soal istilah yang digunakan apatah lagi kalau ia dalam kategori metafora. 
 
Justeru kalaupun hendak menjadi 'pem­bela' sekali pun fahamilah dahulu isu yang diketengahkan dan betapa serius masalah yang dipaparkan.

Kenapakah pendedahan Ming­guan Malaysia dan Utusan Malaysia sebelum ini seperti penyelewengan diesel bersubsidi, jenayah di Kuala Sepetang, ke­giatan mesin judi haram dan penyeludupan rokok dan arak tidak dilayan secara emosional oleh menteri, menteri besar, ketua menteri atau pegawai kanan yang terlibat? 
 
Kenapakah apabila menyentuh sahaja isu di Pahang ia dianggap usaha untuk memburuk-burukkan Adnan?

Pendedahan yang dibuat bertujuan mencari penyelesaian bukannya mahu menjatuhkan sesiapa, tetapi biasalah penyokong orang politik tidak akan selesa jika idola mereka dikritik kerana bimbang 'dahan yang dipaut' akan patah, biarpun dahan itu sepatutnya sudah lama ditebang.  ~utusan
 
 
Addin

Anda sudah bersedia untuk GST?

Posted: 10 Nov 2014 09:35 PM PST

10 SEBAB AKU SOKONG PASMA DAN TIADA SEBAB MAHU SOKONG "TASKI"

Posted: 10 Nov 2014 08:30 PM PST

 

APABILA aku banyak memuji PasMa di dalam blog dan FB aku, ada pihak yang menuduh aku mencampuri urusan PAS.

Ternyata mereka jauh tersasar kerana bagi aku PAS tetap aku sokong sepenuh hati sejak berpuluh tahun dulu bahkan sebelum aku sertai KEADILAN lagi aku amat menyenangi perjuangan PAS.

Mana mungkin aku mahu rosakkan PAS dengan hanya menyokong PasMa? Tidak masuk akal samasekali. Aku sokong PasMa atas beberapa prinsip dan faktor;

1. PasMa adalah pertubuhan NGO yang sah dan berdaftar.

2. PasMa dipimpin oleh ahli PAS yang juga orang lama dan terkenal di dalam PAS.

3. PasMa komited menentang Umno/Bn dan menentang sesiapa atau pihak dari PR yang ingin bersubahat dengan parti zalim ini.

4. PasMa mendukung komitmen PAS di dalam Muktamarnya yang mahu mantapkan kerjasama dengan PR.

5. PasMa bukan parti politik yang boleh dicop sebagai parti dalam parti, sama juga dengan SAMM atau Jingga 13 iaitu pertubuhan yang dipimpin oleh ahli-ahli KEADILAN tetapi bukan dari sayap parti namun komited menentang Umno/Bn.

6. Pemimpin PasMa tidak pernah dipecat mahupun dibuktikan berlawanan dengan dasar Islam sebagai dasar perjuangan PAS.

7. Dasar dan prinsip perjuangan PasMa tidak melanggar mana-mana prinsip di dalam PAS mahupun PR.

8. Hubungan pemimpin PasMa dengan pemimpin PR amat baik di samping mereka juga tetap menjunjung dasar dan prinsip PAS.

9. Sikap tegas dan berani serta terbuka pemimpin PasMa di dalam mengkritik mana-mana pihak hatta pimpinan parti mereka sendiri merupakan satu cara yang diwajibkan di dalam Islam, iaitu menegur mana yang salah dan bersedia pula untuk ditegur.

10. Objektif PasMa yang mahu menjadi benteng seandainya ada pihak-pihak di dalam PAS yang bercita-cita untuk sebantal dengan Umno iaitu golongan "JebUG" (Jebon UG) yang semakin ketara sekarang ini.


Berbeza dengan mereka yang menyokong TSKI dulu. TSKI ketika itu telah dipecat, bukan ahli KEADILAN lagi, tetapi tetap disokong penuh oleh beberapa Adun di Selangor. Kononnya sokongan itu untuk selamatkan Selangor dari Umno/Bn atau untuk mengelakkan dari berlakunya pembubaran Dun.

Awalnya memang lojik, tetapi apabila 30 Adun setuju menyokong Azizah, ertinya tiada lagi majoriti selain dari PR di Dun Selangor, maka alasan untuk terus menyokong TSKI itu sudah tidak releven.

Jika mahu disebut bijak, jauh lebih bijak mereka yang menyokong PasMa kerana pemimpin PasMa bukan Bebas tetapi ahli PAS. Bebas mereka sokong tidak salah, menyokong ahli sendiri satu salah besar?

Us Nasa yang terang-terang menjadi "batman" Najib ke hulu ke hilir mereka tutup mata, tetapi PasMa mereka intip setiap hari?

Sehubungan itu, salahkah aku sokong PasMa yang mana pemimpin mereka ahli PAS? Apakah aku tidak salah jika aku menyokong TSKI yang tiada parti dan katanya bakal menubuhkan NGO baru bernama TASKI?

Jadi, jangan hipokrit kerana sikap itu tidak menggambarkan ciri-ciri Islam. Cukup-cukuplah berdendam. Jangan kerana terlalu kepingin untuk bersama Umno maka sanggup aniaya rakan seperjuangan sendiri.


Dicatat oleh WFAUZDIN NS

Get your own Poll! Selasa, 11 November 2014 10 SEBAB AKU SOKONG PASMA DAN TIADA SEBAB MAHU SOKONG "TASKI" APABILA aku banyak memuji PasMa di dalam blog dan FB aku, ada pihak yang menuduh aku mencampuri urusan PAS. Ternyata mereka jauh tersasar kerana bagi aku PAS tetap aku sokong sepenuh hati sejak berpuluh tahun dulu bahkan sebelum aku sertai KEADILAN lagi aku amat menyenangi perjuangan PAS. Mana mungkin aku mahu rosakkan PAS dengan hanya menyokong PasMa? Tidak masuk akal samasekali. Aku sokong PasMa atas beberapa prinsip dan faktor; 1. PasMa adalah pertubuhan NGO yang sah dan berdaftar. 2. PasMa dipimpin oleh ahli PAS yang juga orang lama dan terkenal di dalam PAS. 3. PasMa komited menentang Umno/Bn dan menentang sesiapa atau pihak dari PR yang ingin bersubahat dengan parti zalim ini. 4. PasMa mendukung komitmen PAS di dalam Muktamarnya yang mahu mantapkan kerjasama dengan PR. 5. PasMa bukan parti politik yang boleh dicop sebagai parti dalam parti, sama juga dengan SAMM atau Jingga 13 iaitu pertubuhan yang dipimpin oleh ahli-ahli KEADILAN tetapi bukan dari sayap parti namun komited menentang Umno/Bn. 6. Pemimpin PasMa tidak pernah dipecat mahupun dibuktikan berlawanan dengan dasar Islam sebagai dasar perjuangan PAS. 7. Dasar dan prinsip perjuangan PasMa tidak melanggar mana-mana prinsip di dalam PAS mahupun PR. 8. Hubungan pemimpin PasMa dengan pemimpin PR amat baik di samping mereka juga tetap menjunjung dasar dan prinsip PAS. 9. Sikap tegas dan berani serta terbuka pemimpin PasMa di dalam mengkritik mana-mana pihak hatta pimpinan parti mereka sendiri merupakan satu cara yang diwajibkan di dalam Islam, iaitu menegur mana yang salah dan bersedia pula untuk ditegur. 10. Objektif PasMa yang mahu menjadi benteng seandainya ada pihak-pihak di dalam PAS yang bercita-cita untuk sebantal dengan Umno iaitu golongan "JebUG" (Jebon UG) yang semakin ketara sekarang ini. Berbeza dengan mereka yang menyokong TSKI dulu. TSKI ketika itu telah dipecat, bukan ahli KEADILAN lagi, tetapi tetap disokong penuh oleh beberapa Adun di Selangor. Kononnya sokongan itu untuk selamatkan Selangor dari Umno/Bn atau untuk mengelakkan dari berlakunya pembubaran Dun. Awalnya memang lojik, tetapi apabila 30 Adun setuju menyokong Azizah, ertinya tiada lagi majoriti selain dari PR di Dun Selangor, maka alasan untuk terus menyokong TSKI itu sudah tidak releven. Jika mahu disebut bijak, jauh lebih bijak mereka yang menyokong PasMa kerana pemimpin PasMa bukan Bebas tetapi ahli PAS. Bebas mereka sokong tidak salah, menyokong ahli sendiri satu salah besar? Us Nasa yang terang-terang menjadi "batman" Najib ke hulu ke hilir mereka tutup mata, tetapi PasMa mereka intip setiap hari? Sehubungan itu, salahkah aku sokong PasMa yang mana pemimpin mereka ahli PAS? Apakah aku tidak salah jika aku menyokong TSKI yang tiada parti dan katanya bakal menubuhkan NGO baru bernama TASKI? Jadi, jangan hipokrit kerana sikap itu tidak menggambarkan ciri-ciri Islam. Cukup-cukuplah berdendam. Jangan kerana terlalu kepingin untuk bersama Umno maka sanggup aniaya rakan seperjuangan sendiri. Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 2:25 PG Make Money at : http://bit.ly/best_tips Make Money at : http://bit.ly/best_tips Make Money at : http://bit.ly/best_tips

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

REZAB MELAYU TINGGAL 1.6 JUTA HEKTAR DARIPADA 12.9 JUTA HEKTAR ???

Posted: 10 Nov 2014 07:45 PM PST

 

 Mazlan Aliman


Dukacita, usul yang dikemukakan oleh YB Dato' Mahfuz Umar, Ahli Parlimen Pokok Sena sekitar jam 11.10 pagi ini ditolak oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
 
Jumlah keluasan Tanah Rezab Melayu yang direkodkan pada tahun 2009 telah menyusut hingga tinggal 1.6 juta hektar daripada jumlah keseluruhan 12.9 juta hektar(tidak termasuk Melaka dan Pulau Pinang). Ia semakin kritikal akibat kegagalan kerajaan dlm mengawal selia khususnya pembangunan tidak terkawal yang menyebabkan terhakisnya Tanah Rezab Melayu.
 
Kerajaan melalui Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Tanah Rezab Melayu sepatutnya mempunyai mekanisme mempertahankan dengan apa jua cara mempertahankan Tana Rezab Melayu, bukannya menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil tanah rakyat dengan sesuka hati. 
 
Projek RAPID di Pengerang yang membabitkan 7 buah kampung melayu, Iskandar Malaysia dan Forest City di Gelang Patah adalah contoh ketara nasib Tanah Rezab Melayu yang dikorbankan. Peruntukkan perlembagaan tanah ganti pun tidak dilaksanakan.
 
 Pembangunan tidak terkawal menyebabkan satu demi satu kampung tradisi di bandar lenyap. Yang paling akhir ialah Kampung Chubadak Tambahan. Selepas ini Kampung Puah Seberang dan lain2. 

Akhirnya, tanah orang melayu bertukar milik kepada kapitalis dari bangsa lain. Kerajaan yang majoritinya berketuakan orang melayu bukan menjadi penyelamat kepada bangsanya sendiri; tapi berkompromi dengan kapitalis merampas dan menghalau orang melayu dari kediaman yang mereka duduki beratus tahun lamanya.


PAS mencadangkan supaya satu Lembaga Amanah Tanah Rezab Melayu diwujudkan dan diberikan kuasa menurut Undang2 Persekutuan untuk mentadbir, mengurus dan membangunkan Tanah Rezab Melayu. Ini bertepatan dengan perkara 89(5) Perlembagaan Persekutuan di mana ianya sangat perlu untuk menjamin pengekalan saiz dan keluasan Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.
 


 PAS juga mencadangkan agar Kerajaan merangka polisi khusus dengan mewujudkan Undang2 Khas yang dapat mengawal selia dan melindungi kampung tradisi/warisan dan kebajikan peneroka bandar.

Kampung tradisi dan warisan perlu dipelihara, di susun semula dengan lebih teratur dan mesti diwartakan di sisi Undang Undang.


Mengikut pengamatan PAS, jika usaha ini tidak dilakukan dengan segera, 15-20 tahun akan datang, akan lenyap baki kampung tradisi di bandar diatas keghairahan kapitalis dengan dokongan Kerajaan sendiri. Bahkan, pemimpin melayu yang mempunyai kuasa telah menjadi broker dan barua yang mendapat komisyen dari kapitalis.
 
 

Air mata rakyat Marhaen tiada siapa peduli. Kampung halaman tergadai, rumah ranap menyembah bumi; pemimpin yang berteriak siang malam dengan slogan 'hidup melayu', mereka sendawa kekenyangan!


Alangkah sedihnya usul yang begini penting di tolak hanya dengan alasan tanah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, walhal Kerajaan Pusat melalui Majlis Tanah Negara yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri bersama Menteri Besar/Ketua Menteri mempunyai bidang kuasa tertentu. 
 
Peruntukan Perlembagaan mengenai Akta Kanun Tanah Negara, Akta Pengambilan Tanah ternyata tidak dijadikan asas oleh Timbalan Speaker.
 
Di mana letaknya slogan ' Rakyat di dahulukan?'
 
 



MAZLAN ALIMAN
 

Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah,
Peneroka Bandar dan Halehwal Orang Asal



Gaya Peneroka

Malaysia Judges Delay Verdict in Anwar Sodomy Case - By EILEEN NG Associated Press

Posted: 10 Nov 2014 07:00 PM PST



Anwar Ibrahim, Wan Azizah


Malaysia's top court on Friday delayed giving a verdict in opposition leader Anwar Ibrahim's appeal against his sodomy conviction, the country's most sensitive trial.

Chief Justice Arifin Zakaria said the verdict, which will have far reaching implications for Malaysia's politics, would be announced at a later, unspecified date.

Anwar was sentenced to five years in prison in March on charges of sodomizing a male aide in 2008, after Malaysia's appeals court overturned an earlier acquittal.

Critics and human rights activists say the case against Anwar is the latest in a long-running campaign by Malaysia's government to silence its most potent threat. The U.S. and other Western governments have expressed concern over his treatment.

The trial, which lasted eight days, heard submissions from both sides, and the court said it needed more time to consider the case.

"The prosecution should have conducted it professionally, but here, you have so much venom and maliciousness," Anwar said as he left the courtroom.

Sodomy, even consensual, is a crime in Muslim-majority Malaysia and is punishable by up to 20 years in prison.

If he loses the appeal, Anwar would also be banned from running for office for five years from the day he is released from jail.

Anwar was previously imprisoned for six years after being ousted as deputy prime minister in 1998 on earlier charges of sodomizing his former family driver and abusing his power. He was freed in 2004, after the top Federal Court quashed that sodomy conviction.

Prosecutor Mohamad Shafee Abdullah said Anwar had been given a fair trial. ???



"This is not a politically motivated case. This is a case involving a politician. When they are in trouble, they always scream conspiracy," Shafee said. "We are not a banana republic where the courts are being controlled by the government."

Prime Minister Najib Razak's party has ruled Malaysia since independence in 1957, but faces declining support.

A guilty verdict could weaken the opposition and trigger tensions over its leadership. It could also create a wave of public anger, like it did in 1998, that could galvanize the opposition alliance.

Anwar led the three-party alliance to unprecedented gains in 2008 elections and made further inroads in 2013 polls. Najib's National Front coalition won with a slimmer majority and lost the popular vote for the first time.

Takde budi bahasa betul minah JKM ni.

Posted: 10 Nov 2014 06:15 PM PST


I jarang nak pergi jabatan kerajaan sebab darah cepat mendidih dengan sikap tidak amanah dalam menjalankan tugas dia orang!!!!

Takde budi bahasa betul minah JKM ni. Macam mana nak jaga kebajikan masyarakat kalau perangai macam haram jadah? Cuba kalau nenek tu nenek dia? Eh menyirap pulak admin tengok dia niTakde budi bahasa betul minah JKM ni. Macam mana nak jaga kebajikan masyarakat kalau perangai macam haram jadah? 

Cuba kalau nenek tu nenek dia? 

Eh menyirap pulak admin tengok dia ni....fozi

Takde budi bahasa betul minah JKM ni. Macam mana nak jaga kebajikan masyarakat kalau perangai macam haram jadah? Cuba kalau nenek tu nenek dia? Eh menyirap pulak admin tengok dia ni

VIDEO - Dewan kecoh, Noh dan Mujahid bertegang urat

Posted: 10 Nov 2014 05:30 PM PST

[VIDEO] Noh Udang Cari Publisiti, Bangkit Isu Parti Dalam Parlimen


 


Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Datuk Seri Noh Omar mempertikaikan tindakan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad bertemu dengan wakil NGO Sisters In Islam (SIS) Khamis lalu.

Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2015, Noh (BN-Tanjung Karang) pada mulanya mempertikaikan kenyataan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berhubung isu berkenaan.

Kemudian, Noh mempertikaikan tindakan Mujahid (PAS-Parit Buntar) dan Khalid (PAS-Shah Alam) yang disifatkan sebagai "tak pandai tapi nak memandai-mandai" dalam isu SIS.

"Dia tak pandai tapi nak memandai-mandai, contohnya Sepang, Shah Alam, Parti Buntar. Isu apa? Isu SIS," kata Noh yag juga pengerusi BN Selangor.

"Bagaimana dia boleh memberi kenyataan yang membela SIS. Kalau betul nak bela SIS kena adil. Ini tidak. Hanya jumpa dengan SIS. Mereka sepatutnya berjumpa dengan mufti juga," katanya lagi.

Kenyataan tersebut menyebabkan Mujahid yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat bangun dan berkata "minggu depan kita nak jumpa Majlis Fatwa."

Selepas itu, Noh sekali lagi mempertikaikan tindakan Mujahid dan Khalid dengan mengatakan bahawa mereka tidak takut dan tidak patuh dengan arahan 'bos' serta Majlis Syura PAS.

"Masalah PAS ini tak takut bos, Majlis Syura. Sanggah Presiden. Ini masalah PAS ini," kata Noh.

Tian Chua (PKR-Batu) kemudian bangun dan membidas kenyataan Noh itu dengan menyifatkan kenyataan Noh itu sebagai "sangkaan jahat".

Bincang luar dewan

"Ini sangkaan jahat," kata Tian yang juga naib presiden PKR.

Kemudian, Mujahid sekali lagi bangun dan mempertikaikan tindakan Noh yang membangkitkan isu parti dalam Dewan Rakyat.

"Bawa isu parti dalam dewan apahal? Kenapa bincang (mengenai) bertentangan Majlis Syura dan sebagainya. Tak patut. Kalau nak cakap bab politik, cakap di luar dewan.

"Saya tak boleh kalau bercakap tentang parti saya. Saya minta dia tarik balik.

"Nak cakap, cakap soal legislatif la. Ini bercakap mengenai Majlis Syura itu ini," katanya yang juga pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS.

Selain Mujahid, beberapa lagi wakil rakyat Pakatan bangun dan mempertikaikan kenyataan Noh.

Bagaimanapun keadaan kecoh itu diredakan apabila Speker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta semua wakil rakyat duduk.

"Semua tolong duduk," kata Pandikar Amin. -mk 



 Kelab Greenboc

TRIAL OF ANWAR IBRAHIM By KIM QUEK

Posted: 10 Nov 2014 04:45 PM PST

Ojay Khoo's photo. A Detail Summary of Anwar Trial proceeding by Kim Quek.....SUMMARY OF THE RIDICULOUS 
SUMMARY OF THE RIDICULOUS TRIAL OF ANWAR IBRAHIM
  QUOTE:

"This trial should NOT even have started, when ALL THE FOUR doctors (in two hospitals) have unanimously found NO physical evidence of penetration.

It is a marvel in modern times that such a farcical trial has stretched for six long years, much to the pain of Anwar, his family, and the nation.

Looking back at the many unjust twists and turns that Anwar has suffered in the past six years, the Malaysian law-enforcement authorities and the judiciary have certainly done injustice to Anwar."
- Kim Quek

The historic eight-day hearing of the final appeal of Anwar Ibrahim at the Federal Court against his sodomy conviction has unexpectedly brightened the prospects of an acquittal.

In contrast with the Court of Appeal which rushed through the entire process of hearing, deliberation, judgment and sentencing (of the five-year jail term), all in two days, apparently to fulfil a political target, the current court allowed full opportunity to both prosecution and defence to air all their arguments, stretching the hearing to a record eight days.

During these lengthy submissions, an even clearer picture has emerged that this is decidedly a case heavily tilted against of the defence.

This is a case of one man's words against another's, with no eyewitnesses.

So, CORROBORATIVE evidence becomes vital. And the only important corroborative evidence of the prosecution is the DNA EVIDENCE.

The defence had already strongly established that such DNA evidence was flawed at the High Court and, again, at the Court of Appeal.

 Ojay Khoo's photo.

And now, it had further strengthened its case by highlighting and emphasising the main flaws.

1. Central to the DNA issue is the IRREFUTABLE evidence of sample tampering, compounded by the highly implausible finding of pristine samples and the unexplained presence of third party DNA.

2. Investigating officer Jude Pereira had broken the only tamper-proof seal without justification, and he further kept the DNA samples for 42 hours in his steel cabinet AGAINST REGULATIONS, thus fatally damaging the integrity of the chain of custody of these samples, as well as exposing them to inevitable contamination.

3. Despite a lapse of 56 hours before the samples were extracted from complainant Saiful Bukhari Azlan's rectum and another 42 hours in non-freezing condition before reaching the chemist, the latter's DNA analysis report miraculously indicated no degradation in the samples.

Such a highly implausible phenomenon strongly indicates that THE SAMPLES ANALYSED BY THE CHEMISTS WERE NOT THE SAME AS THOSE RETRIEVED FROM SAIFUL.

4. Further, there was the presence of third party DNA in the samples, which the government chemists had hidden in their reports, but was uncovered by the defence's expert witness. The prosecution has given no credible explanation to the presence of such third party DNA.

5. Worsening the crisis of confidence in the integrity of these DNA findings is the defence's latest revelation that Pereira (left) had in fact been found to be an unreliable witness by none other than lead prosecutor Shafee Abdullah himself in an earlier human rights hearing conducted by Suhakam and chaired by Shafee.

 Ojay Khoo's photo.

To these damaging submissions by the defence, the prosecution has given no credible rebuttal.

So, what we have is an unreliable investigation officer WHO HAD TAMPERED WITH THE SAMPLES BEFORE DELIVERING THE SAME TO THE CHEMIST, which samples were later found to be in conditions that were totally INCOMPATIBLE WITH THEIR HISTORY.

Can such a doubt-ridden DNA test report be relied upon as the principal corroborative evidence to convict an accused in any court of law where there is no direct evidence?

The answer is emphstically NO.

6. In an attempt to lend credibility to the story of sodomy, lead prosecutor Shafee went at length to suggest a long-standing intimate relationship between Saiful and Anwar, claiming the latter had given the former a very expensive Brioni suit and generous allowances.

But significantly, the scenario constructed by Shafee was completely inferred from the words uttered by Saiful in his narration of the alleged incident - there was no supporting evidence other than Saiful's words.

The question is - are Saiful's words good enough for conviction?

Despite Shafee's claim of Saiful being a completely truthful witness, evidence highlighted by the defence indicate otherwise.

7. Saiful claimed that he was given the Brioni suit by Anwar, but the suit produced in courtm showed NO label.
Is it credible that the very high-end Brioni product carries no label?

8. Saiful said he was sodomised in condo unit 1-11-5, on a carpet.

But the police had seized the carpet from unit 2-11-5; there was NO carpet in unit 1-2-11-5, and there is NO connecting door between the two units.

9. Saiful said that in the alleged sodomy act, he applied K-Y jelly, which had spilled over the carpet.
But police investigation had found neither evidence of jelly nor any other forensic evidence on the carpet.

10. Saiful said he had always idolised Anwar, but evidence indicated that he was in fact pro-Barisan Nasional and anti-Anwar from his posting on his Friendster account, and his pal Najwan Haliman had testified that Saiful was not to be trusted.

11. Saiful attributed his long delay to seek medical examination and make police report to his fear for his safety.

But such claim flies in the face of the fact that two days before the alleged incident, he met with then-deputy prime minister Najib Abdul Razak at his residence, had a secret meeting with senior police officer Rodwan Yusof who featured prominently in the fabrication of DNA evidence against Anwar in his 1999 sodomy trial, and had a telephone conversation with then-inspector-general of police Musa Hassan.

Did such high-level liaison tally up with Saiful's claim of being a timid victim of sodomy, frightened to make a report to the authorities?

Wasn't it obvious that there was much more to Saiful's long delay to make a report than his claim of fear?

12. Shafee's portrayal of Saiful as an innocent and helpless victim also could not be borne out by the latter's affair with a female member of the prosecution team Farah Azlina Latif during the trial, from whom Saiful had presumably extracted unauthorised information.

Farah was later removed from the team due to this scandal, but neither the High Court nor the Court of Appeal had taken note of the negative impact the defence had submitted over this incident.

With so many yawning gaps between evidence and fact in Saiful's testimony and in prosecutor's characterisation of him, it is clear that Saiful is no innocent victim as made out to be, and that his words certainly cannot be accepted as truthful evidence without corroboration.

And lead prosecutor Shafee's construction of a weak employee sexually harassed by an oppressive employer, based completely on Saiful's words, is certainly unacceptable.

Will Federal Court deliver justice?

Then how can any court convict the accused based on the words of an unreliable complainant, whose only corroborative evidence (the sodomy tests) has proven to be thoroughly flawed?

Indeed, this trial should not even have started, when all the four doctors (in two hospitals) have unanimously found no physical evidence of penetration.

It is a marvel in modern times that such a farcical trial has stretched for six long years, much to the pain of Anwar, his family, and the nation.

Looking back at the many unjust twists and turns that Anwar has suffered in the past six years, the Malaysian law-enforcement authorities and the judiciary have certainly done injustice to Anwar.

At this finality of the trial, without high expectations, the public was hence pleasantly surprised and heartened when the current court showed meticulous attention to details submitted by both sides and allowed full laxity of time for presentation of facts and law, which is in complete contrast to the earlier hearing by the Court of Appeal which had rushed to a verdict in unreasonable time apparently to meet a political dateline.

The public now has high expectations that the panel of five judges headed by


-Chief Justice Arifin Zakaria, and comprising
-Raus Sharif,
-Hamid Embong,
-Suriyadi Halim Omar and
- Ramly Ali

will give full consideration to the submissions from both protagonists and make their judgments conscientiously in accordance with law, without fear or favour, and free of political influence.

-- KIM QUEK is the author of the banned book 'The March to Putrajaya

PAC terkejut lebih banyak kementerian bakal dipanggil kerana laporan audit

Posted: 10 Nov 2014 04:00 PM PST



Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan panggil 13 kementerian dan 2 agensi berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, kata pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2014.
 
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara akan panggil 13 kementerian dan 2 agensi berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, kata pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed terkejut kerana lebih banyak kementerian bakal dipanggil jawatankuasanya berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2013 siri 3 yang baru didedahkan hari ini.

Beliau berkata, PAC akan memanggil 13 kementerian dan dua agensi berdasarkan kepada laporan tersebut dan prosiding dijangka bermula pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

"Kita pun rasa terkejut, kali ini isu banyak di mana kita dapati ia cukup serius untuk dipanggil," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

"Pertambahan mungkin kerana kebanyakan audit dibuat serentak dengan pembentangan bajet di Parlimen."

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, di antara kementerian yang akan dipanggil segera adalah Kementerian Pendidikan berhubung program 1Bestarinet dan Kementerian Kesihatan bagi pembinaan hospital di Shah Alam.

Laporan Audit Negara mendapati projek 1Bestarinet yang bernilai ‎RM663 juta mempunyai tahap penggunaan yang sangat rendah.

Laporan itu men‎yatakan penyambungan Internet ke 4,176 tapak pengguna lewat disiapkan, antara 12 ke 439 hari dari tempoh pelaksanaan yang ditetapkan. Tambahan, tiada lanjutan masa dilakukan dan kontraktor tidak dikenakan denda lewat sejumlah RM2.4 juta.

Jazlan berkata bagi prosiding kategori program, PAC bakal memanggil Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KKWPK).

"Ia berkenaan dengan program 1 Azam ‎di mana laporan audit mendapati terdapat beberapa isu mengenai pemilihan peserta tidak melalui sistem e-kasih, juga justifikasi pemilihan bagi 22 pembekal barangan bernilai RM8 juta tidak dapat dipastikan," katanya.

1 Azam merupakan program di bawah seliaan KKWPK yang menyediakan peluang menjana pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah.

Selain itu sebuah jawatankuasa khas turut ditubuhkan bertujuan menjalankan siasatan mengenai isu yang timbul sepertimana dilaporkan dalam Laporan Audit Negara.

"Jawatankuasa ini akan bertindak menyiasat apa yang dilaporkan dalam Laporan Audit Negara sebelum ia dibentangkan di Parlimen," katanya.

Beliau berkata prestasi pengurusan kewangan kementerian tidak ditegur dalam audit negara termasuk di peringkat negeri.

Tambahnya, surat teguran pengesahan penyata kewangan 2013 dikenakan terhadap Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Finas, Lembaga Pembangunan Seni Visual, Lembaga Wakaf Hindu Penang, Perbadanan Aset Keretapi, dan Perbadanan Perusahan Kecil dan Sederhana. – 10 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pac-terkejut-lebih-banyak-kementerian-bakal-dipanggil-kerana-laporan-audit#sthash.szXVo3Fp.dpuf
 
 
KedahLanie.

Apa Cerita Raja Azmi Selepas Setahun Kahwin ?

Posted: 10 Nov 2014 03:30 PM PST


Raja Azmi (kanan) akhirnya pasrah, masalah rumah tangganya dengan Eddie terpaksa dibawa ke mahkamah.

Raja Azmi fail cerai selepas setahun berkahwin dengan Eddy

Desas-desus keretakan rumah tangga  Raja Azmi Raja Sulaiman dengan suaminya, Mohd Eddie Ghazali sampai ke kemuncak apabila produser filem itu memfailkan permohonan cerai.

Peguam Raja Azmi iaitu Nailah Ramli berkata, permohonan berkenaan dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada pagi Isnin.

Sehubungan itu pihak mahkamah menetapkan pada Selasa (esok) untuk sebutan kes berkenaan.

Terdahulu desas-desus keretakan rumah tangga Raja Azmi, 55, dengan gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie, 46, sudah kedengaran sejak beberapa bulan lalu dan mereka dilaporkan mengambil keputusan untuk tidak tinggal sebumbung.

Eddie yang popular dalam kumpulan berkenaan dengan lagu Cinta Dan Air Mata (tahun 1990-an) bernikah dengan Raja Azmi pada 13 Oktober 2013 dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah dilakukan di Laman Beringin, Istana Budaya dekat sini.

Raja Azmi sebelum ini pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.

Eddie pula memiliki dua orang anak bersama arwah isterinya iaitu Daniel, 23, dan Effy, 21.

sumber...Mstar OL

Dewan kecoh, Noh dan Mujahid bertegang urat

Posted: 10 Nov 2014 08:00 AM PST

 
 
Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Datuk Seri Noh Omar mempertikaikan tindakan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad bertemu dengan wakil NGO Sisters In Islam (SIS) Khamis lalu.

Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2015, Noh (BN-Tanjung Karang) pada mulanya mempertikaikan kenyataan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berhubung isu berkenaan.

Kemudian, Noh mempertikaikan tindakan Mujahid (PAS-Parit Buntar) dan Khalid (PAS-Shah Alam) yang disifatkan sebagai "tak pandai tapi nak memandai-mandai" dalam isu SIS.

"Dia tak pandai tapi nak memandai-mandai, contohnya Sepang, Shah Alam, Parti Buntar. Isu apa? Isu SIS," kata Noh yag juga pengerusi BN Selangor.

"Bagaimana dia boleh memberi kenyataan yang membela SIS. Kalau betul nak bela SIS kena adil. Ini tidak. Hanya jumpa dengan SIS. Mereka sepatutnya berjumpa dengan mufti juga," katanya lagi.

Kenyataan tersebut menyebabkan Mujahid yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat bangun dan berkata "minggu depan kita nak jumpa Majlis Fatwa."

Selepas itu, Noh sekali lagi mempertikaikan tindakan Mujahid dan Khalid dengan mengatakan bahawa mereka tidak takut dan tidak patuh dengan arahan 'bos' serta Majlis Syura PAS.

"Masalah PAS ini tak takut bos, Majlis Syura. Sanggah Presiden. Ini masalah PAS ini," kata Noh.

Tian Chua (PKR-Batu) kemudian bangun dan membidas kenyataan Noh itu dengan menyifatkan kenyataan Noh itu sebagai "sangkaan jahat".

Bincang luar dewan

"Ini sangkaan jahat," kata Tian yang juga naib presiden PKR.

Kemudian, Mujahid sekali lagi bangun dan mempertikaikan tindakan Noh yang membangkitkan isu parti dalam Dewan Rakyat.


"Bawa isu parti dalam dewan apahal? Kenapa bincang (mengenai) bertentangan Majlis Syura dan sebagainya. Tak patut. Kalau nak cakap bab politik, cakap di luar dewan.

"Saya tak boleh kalau bercakap tentang parti saya. Saya minta dia tarik balik.

"Nak cakap, cakap soal legislatif la. Ini bercakap mengenai Majlis Syura itu ini," katanya yang juga pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS.

Selain Mujahid, beberapa lagi wakil rakyat Pakatan bangun dan mempertikaikan kenyataan Noh.

Bagaimanapun keadaan kecoh itu diredakan apabila Speker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta semua wakil rakyat duduk.

"Semua tolong duduk," kata Pandikar Amin. 
 
 
Malaysiakini 
 

ROSMAH DAN NAJIB BAWA LARI DUIT

Posted: 10 Nov 2014 07:30 AM PST


KERUGIAN 1MDB BAGI TAHUN KEWANGAN 2014 LEBIH BESAR JIKA TIDAK KERANA NILAIAN SEMULA ASET
Keputusan kewangan 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM665 juta, iaitu satu jumlah kerugian yang begitu besar memandangkan keadaan ekonomi yang kian sukar dan menekan rakyat.
 
Bersama-sama ini saya sertakan petikan Penyata Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan bagi 1MDB yang telah diaudit dan difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Kedua-dua penyata ini akan menunjukkan bahawa kedudukan kewangan 1MDB dan prestasinya setakat ini adalah lebih teruk dari dijangkakan.

Bagi tahun kewangan 2014, perbelanjaan 1MDB iaitu perbelanjaan pengurusan dan bayaran faedah dan khidmat kewangan telah meningkat 52% dari RM2.47 bilion (2013) kepada RM3.76 bilion (2014). 
 
Sebagai gambaran besarnya jumlah perbelanjaan ini, kos pengurusan dan faedah hutang sebanyak RM3.76 bilion adalah hampir sama dengan peruntukan BR1M bagi 2014 sebanyak RM4 bilion.

Saya juga ingin menarik perhatian rakyat kepada prestasi kewangan sebenar 1MDB. Setiap tahun, 1MDB melakukan nilaian semula ke atas harta-hartanya yang diambil kira dalam menentukan untung rugi tahunan. 
 
Bagi tahun 2013, harta-hartanya telah dinilai semula dan peningkatan sebanyak RM2.74 bilion dicatatkan sebagai keuntungan. 
 
Jika tidak kerana nilaian semula sebanyak RM2.74 bilion ini, 1MDB sebenarnya mencatat kerugian sebanyak RM1.96 bilion dalam tahun 2013.

Keadaan yang sama berlaku dalam tahun 2014. 1MDB telah membuat nilaian semula ke atas harta-hartanya dan peningkatan nilai berjumlah RM897 juta telah diambil kira. 
 
Jika nilaian semula ini tidak dibuat, prestasi kewangan sebenar 1MDB bagi tahun 2014 ialah mencatat kerugian sebanyak RM1.56 bilion.

Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 pula mengesahkan bahawa hutang terkini 1MDB (Borrowings) telah mencecah RM42 bilion.

Oleh yang demikian, prestasi sebuah syarikat yang rugi berbilion-bilion ringgit tiap-tiap tahun dari aktivitinya (tidak termasuk perubahan perakauan atau accounting adjustments seperti nilaian semula harta) dan berhutang sedemikian tinggi sudah tentu mengundang soalan tentang pengurusan dan kewajaran perniagaan syarikat itu.

Dalam konteks 1MDB, perkara ini lebih sensitif kerana hutang-hutang 1MDB dijamin Kerajaan Malaysia. Sebuah syarikat yang secara berterusan mengalami kerugian sebegini memberi gambaran ia bukanlah syarikat yang mampu membayar hutang-hutangnya da nada kemungkinan risiko muflis yang tinggi – yang akhirnya akan menyebabkan hutangnya ditanggung rakyat.

Malah, harta-hartanya yang dinilai semula setiap tahun untuk menutup kerugian tersebut termasuklah juga hartanah terbaik negara seperti tanah-tanah kerajaan di sekitar Kem Udara Sungai Besi yang kini dibangunkan sebagai Tun Razak Exchange. Hartanah-hartanah ini disuntik ke dalam 1MDB oleh kerajaan.

Saya mengajak rakan-rakan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional untuk turut membuka mata bahawa tidak ada sebarang syarikat kerajaan sebelum ini yang menanggung kerugian berbilion ringgit setiap tahun seperti 1MDB. 
 
Prestasi kewangan 1MDB dan risikonya kepada rakyat perlu dibahaskan secara jujur dan saya berharap apabila usul khas mengenai 1MDB difailkan di Dewan Rakyat, rakan-rakan Ahli Parlimen Barisan Nasional akan turut menyokong.
  

RAFIZI RAMLI
 
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
 10 November 2014



 

Hulwani: Syukur Pada Allah, Terima Kasih Untuk Semua

Posted: 10 Nov 2014 06:45 AM PST

Hulwani: Syukur Pada Allah, Terima Kasih Untuk Semua Korang masih ingat......satu masa dulu saya mohon kenalan dan pengunjung mendoakan memohon keajaiban dari Allah semoga isteri kepada anak saudara saya ini Hulwani Tajudin sembuh sepenuhnya setelah dilanggar semasa balik dari kerja, mendapat cedera parah dan koma Hulwani cedera teruk di kepala dan impaknya mencederakan otak di sebelah kanan.   Di kala itu Doktor berpendapat - sama ada hayatnya tidak akan panjang (doktor minta prepare for the worst) atau kalau hayatnya panjang dia akan hilang ingatan dan tidak akan berupaya (terpaksa dibantu atas segalanya sepanjang hayat)   Tapi teramat syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa memanjangkan hayatnya dengan penyembuhan hampir 100%.   Itulah keajaiban yang Allah kurniakan berkat doa kalian.......terima kasih yang tak terhingga! Manusia hanya meramal dan merancang namun Allah punya kuasa dan perancangan yang tidak ada tandingan......   Di bawah adalah gambar Hulwani yang telah hampir sihat sepenuhnya setelah discharged dari ward pada minggu lepas Hulwani dan emaknya Bersama Kak Ipar saya (bertudung cerah)   Bersama ana punya beras(berketayap) daa.... yang baju merah tu suaminya (Hulwani bertudung hitam, berkaca mata) Posted by mountdweller Korang masih ingat......satu masa dulu saya mohon kenalan dan pengunjung mendoakan memohon keajaiban dari Allah semoga isteri kepada anak saudara saya ini Hulwani Tajudin sembuh sepenuhnya setelah dilanggar semasa balik dari kerja, mendapat cedera parah dan koma Hulwani cedera teruk di kepala dan impaknya mencederakan otak di sebelah kanan.

Di kala itu Doktor berpendapat - sama ada hayatnya tidak akan panjang (doktor minta prepare for the worst) atau kalau hayatnya panjang dia akan hilang ingatan dan tidak akan berupaya (terpaksa dibantu atas segalanya sepanjang hayat)

Tapi teramat syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa memanjangkan hayatnya dengan penyembuhan hampir 100%. 

Itulah keajaiban yang Allah kurniakan berkat doa kalian.......terima kasih yang tak terhingga! Manusia hanya meramal dan merancang namun Allah punya kuasa dan perancangan yang tidak ada tandingan...... 

Di bawah adalah gambar Hulwani yang telah hampir sihat sepenuhnya setelah discharged dari ward pada minggu lepas Hulwani dan emaknya Bersama Kak Ipar saya (bertudung cerah) 

Bersama ana punya beras(berketayap) daa.... yang baju merah tu suaminya (Hulwani bertudung hitam, berkaca mata) 


Posted by mountdweller.
Hulwani: Syukur Pada Allah, Terima Kasih Untuk Semua Korang masih ingat......satu masa dulu saya mohon kenalan dan pengunjung mendoakan memohon keajaiban dari Allah semoga isteri kepada anak saudara saya ini Hulwani Tajudin sembuh sepenuhnya setelah dilanggar semasa balik dari kerja, mendapat cedera parah dan koma Hulwani cedera teruk di kepala dan impaknya mencederakan otak di sebelah kanan. Di kala itu Doktor berpendapat - sama ada hayatnya tidak akan panjang (doktor minta prepare for the worst) atau kalau hayatnya panjang dia akan hilang ingatan dan tidak akan berupaya (terpaksa dibantu atas segalanya sepanjang hayat) Tapi teramat syukur kepada Allah Yang Maha Kuasa memanjangkan hayatnya dengan penyembuhan hampir 100%. Itulah keajaiban yang Allah kurniakan berkat doa kalian.......terima kasih yang tak terhingga! Manusia hanya meramal dan merancang namun Allah punya kuasa dan perancangan yang tidak ada tandingan...... Di bawah adalah gambar Hulwani yang telah hampir sihat sepenuhnya setelah discharged dari ward pada minggu lepas Hulwani dan emaknya Bersama Kak Ipar saya (bertudung cerah) Bersama ana punya beras(berketayap) daa.... yang baju merah tu suaminya (Hulwani bertudung hitam, berkaca mata) Posted by mountdweller

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

Balu Sarbaini: Sampai hari ini SPRM tak minta maaf Lagi ?

Posted: 10 Nov 2014 06:00 AM PST

 
 
Masiah @ Maziah Manap, balu kepada penolong pengarah kastam Sarbaini Mohamed, berkata sejak April 2011, tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil memohon maaf ekoran kematian suaminya di pejabat suruhanjaya itu.

Memberikan testimoni di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Maziah berkata, beliau memfailkan tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan untuk suami, diri sendiri dan keluarganya.

Katanya, beliau ingin tahu bagaimana suaminya, yang sihat ketika keluar rumah pada 6 April 2011, pulang ke pangkuan mereka dengan tidak bernyawa.

Justeru, kata Masiah, SPRM harus bertanggungjawab terhadap kematian allahyarham di bangunan mereka.

Dalam tangisan di kandang saksi, beliau menyatakan rasa kecewanya kerana sejak insiden itu berlaku, tiada pegawai SPRM yang datang kepada mereka untuk meminta maaf.

Beliau berkata, suaminya seorang yang takutkan tuhan dan sering ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah.

Allahyarham juga sepatutnya mengerjakan haji pada tahun itu.

Justeru, kata Masiah, suaminya tidak akan menerima sebarang pemberian atau terlibat dalam kegiatan rasuah.

Sarbaini ditemui mati selepas pergi ke SPRM Kuala Lumpur untuk membantu siasatan yang dibuat terhadap Jabatan Kastam.
 

Malaysiakini


Ahli Parlimen Pandan Bongkar Hutang 1MDB

Posted: 10 Nov 2014 05:15 AM PST

Oleh kerana Timb Menteri degil menafikan bahawa Kerajaan akan tanggung hutang 1MDB, saya telah dedahkan perjanjian hutang 1MDB.   Sila baca dan download perjanjian hutang http://rafiziramli.com/2014/11/perjanjian-hutang-1mdb-jelas-membuktikan-kerajaan-malaysia-bertanggungjawab-menanggung-hutang-1mdb/ jelas bahawa Kerajaan akan tanggung hutang itu. #menterikantoilagi

Oleh kerana Timb Menteri degil menafikan bahawa Kerajaan akan tanggung hutang 1MDB, saya telah dedahkan perjanjian hutang 1MDB. 

 Perjanjian Hutang 1MDB Jelas Membuktikan Kerajaan Malaysia Bertanggungjawab Menanggung Hutang 1MDB 
Saya difahamkan bahawa akhbar kewangan The Edge telah pun menyiarkan surat sokongan Kerajaan Malaysia kepada pemegang-pemegang bon hutang 1MDB. Bersama-sama ini saya edarkan mukasurat penting dari perjanjian hutang 1MDB itu seperti berikut:

1. Muka depan perjanjian yang mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia terbabit memberi Surat Sokongan dalam penerbitan hutang berjumlah USD$3 bilion oleh 1MDB yang diatur oleh Goldman Sachs International
GSI-page1
2. Mukasurat 2 – mengesahkan bahawa terma Surat Sokongan turut dimuatkan di dalam perjanjian
GSI-page2
3. Mukasurat 19 dan 20 – menjelaskan apa tanggungjawab Kerajaan Malaysia mengikut terma Surat Sokongan dan bagaimana tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Kerajaan Malaysia
GSI-page19
4. Mukasurat 70 – mengesahkan status Surat Sokongan dan kedudukannya berbanding hutang-hutang Kerajaan Malaysia yang lain

5. Mukasurat 86 hingga 88 – Surat Sokongan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan disiarkan oleh The Edge

Saya meneliti kenyataan yang dibuat oleh Dato' Ahmad Maslan yang cuba untuk bersembunyi di sebalik perkara teknikal selepas saya mengancam untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Keistimewaan Dewan kerana boleh dikira berbohong kepada Dewan Rakyat. 

Kenyataan ringkas itu mengaku bahawa Kerajaan Malaysia ada mengeluarkan Surat Sokongan tetapi beliau tetap menafikan kononnya Surat Sokongan itu bukanlah satu jaminan.

Untuk menentukan sama ada terma Surat Sokongan yang dikeluarkan itu mempunyai makna dan kesan yang sama sebagai satu jaminan Kerajaan Malaysia, saya rujuk kepada perenggan-perenggan berikut:

1. Mukasurat 20, perenggan 2 – secara jelas dinyatakan bahawa sekiranya Kerajaan Malaysia gagal membuat bayaran seperti yang terkandung di dalam Surat Sokongan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Kerajaan Malaysia di Mahkamah England. Apabila keputusan terhadap Kerajaan Malaysia telah dikeluarkan oleh Mahkamah England, Kerajaan Malaysia tidak ada pilihan dan perlu mengikuti perintah membayar yang dikeluarkan oleh mahkamah itu.

2. Mukasurat 20, perenggan 3 dan 4 – secara jelas menyatakan bahawa apabila keputusan telah dibuat oleh Mahkamah England, keputusan terhadap Kerajaan Malaysia itu boleh didaftarkan di Mahkamah Malaysia untuk diambil tindakan.
GSI-page20
3. Mukasurat 70, perkara 3 – secara jelas mengakui bahawa tanggungjawab Kerajaan Malaysia bersabit hutang yang diperakui di dalam Surat Sokongan adalah sama atau lebih tinggi dari tanggungjawab hutang Kerajaan Malaysia yang lain
GSI-page70

Mengambil kira perkara-perkara ini yang telah jelas terkandung di dalam Surat Sokongan, bolehlah disimpulkan bahawa tanggungjawab Kerajaan Malaysia adalah untuk menanggung hutang 1MDB ini sekiranya ia tidak mampu dilangsaikan.

Ini samalah dengan makna dan kesannya jika Kerajaan Malaysia menjamin hutang ini seperti biasa. Bezanya, jaminan hutang Kerajaan Malaysia perlu dilaporkan kepada Dewan Rakyat dan disebut di dalam Penyata Kewangan Kerajaan, sedangkan jaminan yang disembunyikan melalui Surat Sokongan seperti ini tidak perlu dilaporkan.

Saya masih beranggapan Timbalan Menteri terbabit cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan beliau dan akan tetap memfailkan usul untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Keistimewaan Dewan.



RAFIZI RAMLI NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG AHLI PARLIMEN PANDAN
10 November 2014

INDONESIA LANCAR KENDERAAN LAUT TANPA PEMANDU, BAGAIMANA MALAYSIA?

Posted: 10 Nov 2014 04:30 AM PST



Beberapa minggu yang lalu kami memaparkan berita 13 kapal laut tanpa pemandu Amerika Syarikat berjaya berfungsi secara berkumpulan bagi mengawal sebuah kapal utama. SistemCARACaS (Control Architecture for Robotic Agent Command and Sensing) yang digunakan memastikan kapal laut Amerika Syarikat akan dapat dikawal dengan lebih ketat dari serangan pengebom berani mati menggunakan bot laju.


 Penggunaan dron yang semakin pesat di dalam bidang ketenteraan ini adalah kerana ianya lebih murah dan boleh dipercayai dari manusia. Teknologi penggunaan dron ini biasanya kita kaitkan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, Israel dan China. 
Tetapi di dalam pameran Indo Defence yang berlangsung di Jakarta minggu lalu, Indonesia kini mempunyai sistem dron laut mereka sendiri.



Bonesfish USV ialah sebuah kapal laut tanpa pemandu yang dibina oleh PT Lundin dengan kerjasama Saab. 
PT Lundin yang berpangkalan di Banyuwangi, Jawa Timur adalah terkenal dengan rekaan kapal laut trimaran mereka. PT Lundin ialah syarikat yang juga bertanggungjawab membina kapal litoral kalis radar kepada Tentera Nasional Indonesia Angkatakan Laut (TNI-AU).


Bonefish USV ialah sebuah dron gentian karbon sepanjang 12 meter yang mampu berfungsi secara sendiri ini akan menjalani ujian intensif keberkesanannya tahun hadapan. Ia mampu bergerak pada kelajuan 40 knot dan dilengkapi sistem misil anti perkapalan RBS15 Mk3.

Kenapakah Indonesia semakin galak memodenkan sistem ketenteraan mereka sejak kebelakangan ini? Ini adalah kerana China dilihat semakin agresif melakukan misi rondaan di Laut China Selatan yang mereka katakan adalah milik mereka. 
China juga semakin berani membina pengkalan laut di atas terumbu karang yang menjadi rebutan Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Brunei dan Taiwan.

 Penggunaan dron kalis radar seperti Bonefish adalah keperluan masa hadapan bagi memusnahkan musuh yang berani menghampiri kawasan perairan Indonesia.
Indonesia sudah bersedia bagaimana pula dengan kita? Februari lalu sebuah kapal tentera laut China dengan beraninya menceroboh perairan negara berhampiran Sarawak. Mungkin sudah tiba masanya Malaysia juga menggunakan teknologi terkini bagi memastikan pencerobohan seperti ini tidak berlaku di masa hadapan.


Sumber Janes

BAN Samun - Gelapkan Duit Kerajaan 1 Juta, Takde Tindakan ?

Posted: 10 Nov 2014 03:45 AM PST

 
Pegawai kerajaan yang bertanggungjawab menggelapkan hampir RM1 juta daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dilepaskan tanpa sebarang tindakan jenayah, menurut laporan Ketua Audit Negara 2013.

Dalam laporan siri ketiga yang dibentangkan di parlimen hari ini, laporan itu menyebut, ia melibatkan RM995,031 wang tidak dituntut melalui pemalsuan dokumen yang terdedah kepada pada Mac 2011.

Laporan itu menyebut tindakan belum diambil terhadap tindakan pegawai itu yang dilakukan antara 27 Ogos 2008 hingga 21 Disember 2010.

Laporan polis juga dilaporkan dibuat pada 3 dan 10 Mac 2011.

Sementara laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula dibuat pada 11 Mac 2011.


(malaysiakini)

Remaja Perempuan Pula Terlibat Dalam Kes Buli -updated

Posted: 10 Nov 2014 03:00 AM PST



Isu buli: Mangsa, keluarga perlu lapor polis

KUALA LUMPUR - Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung klip video mengenai sekumpulan remaja membuli dan memukul seorang perempuan di kawasan tandas, tampil membantu siasatan.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner, Datin Asmawati Ahmad berkata, klip yang tersebar itu boleh mendatangkan kegusaran di kalangan masyarakat.

"Sehingga kini, kita belum terima maklumat mengenai lokasi serta individu-individu yang terlibat di dalam klip video berkenaan. Kita menyeru orang ramai, terutamanya mangsa atau ibu bapa yang mengetahui anak mereka menjadi mangsa buli itu tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan."

"Kerjasama orang ramai amat diperlukan supaya kita dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab," katanya.

Klip video yang tersebar di laman sosial itu berdurasi enam minit, memaparkan sekumpulan remaja wanita membelasah mangsa. 



Kelab Greenboc

Noh Udang Buat Kecoh Dalam Dewan Rakyat...??

Posted: 10 Nov 2014 02:15 AM PST


Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Datuk Seri Noh Omar mempertikaikan tindakan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad bertemu dengan wakil NGO Sisters In Islam (SIS) Khamis lalu.

Ketika membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2015, Noh (BN-Tanjung Karang) pada mulanya mempertikaikan kenyataan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berhubung isu berkenaan.

Kemudian, Noh mempertikaikan tindakan Mujahid (PAS-Parit Buntar) dan Khalid (PAS-Shah Alam) yang disifatkan sebagai "tak pandai tapi nak memandai-mandai" dalam isu SIS.

"Dia tak pandai tapi nak memandai-mandai, contohnya Sepang, Shah Alam, Parti Buntar. Isu apa? Isu SIS," kata Noh yag juga pengerusi BN Selangor.

"Bagaimana dia boleh memberi kenyataan yang membela SIS. Kalau betul nak bela SIS kena adil. Ini tidak. Hanya jumpa dengan SIS. Mereka sepatutnya berjumpa dengan mufti juga," katanya lagi.

Kenyataan tersebut menyebabkan Mujahid yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat bangun dan berkata "minggu depan kita nak jumpa Majlis Fatwa."

Selepas itu, Noh sekali lagi mempertikaikan tindakan Mujahid dan Khalid dengan mengatakan bahawa mereka tidak takut dan tidak patuh dengan arahan 'bos' serta Majlis Syura PAS.

"Masalah PAS ini tak takut bos, Majlis Syura. Sanggah Presiden. Ini masalah PAS ini," kata Noh.

Tian Chua (PKR-Batu) kemudian bangun dan membidas kenyataan Noh itu dengan menyifatkan kenyataan Noh itu sebagai "sangkaan jahat".

Bincang luar dewan

"Ini sangkaan jahat," kata Tian yang juga naib presiden PKR.

Kemudian, Mujahid sekali lagi bangun dan mempertikaikan tindakan Noh yang membangkitkan isu parti dalam Dewan Rakyat.

"Bawa isu parti dalam dewan apahal? Kenapa bincang (mengenai) bertentangan Majlis Syura dan sebagainya. Tak patut. Kalau nak cakap bab politik, cakap di luar dewan.

"Saya tak boleh kalau bercakap tentang parti saya. Saya minta dia tarik balik.

"Nak cakap, cakap soal legislatif la. Ini bercakap mengenai Majlis Syura itu ini," katanya yang juga pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS.

Selain Mujahid, beberapa lagi wakil rakyat Pakatan bangun dan mempertikaikan kenyataan Noh.

Bagaimanapun keadaan kecoh itu diredakan apabila Speker Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta semua wakil rakyat duduk.

"Semua tolong duduk," kata Pandikar Amin.
 

Hadi perlu berundur demi Pakatan dan masalah kesihatannya, kata sumber OLEH AMIN ISKANDAR,

Posted: 10 Nov 2014 01:30 AM PST

Hadi Didesak Berundur? 

Dua pilihan Ahli PAS - Hadi atau masa depan parti? 


PENGARANG BERITA Published: 10 November 2014 

Kedengaran cakap-cakap yang minta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengundurkan diri daripada jawatannya. 

Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dan masalah kesihatannya yang tidak melayakkannya untuk terus memimpin parti Islam itu, kata sumber. 

Mereka memberitahu The Malaysian Insider jika Hadi bersetuju, parti Islam itu boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden PAS itu. 

Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas. 

Menurut pemimpin veteran parti itu, kesihatan Hadi tidak begitu baik sejak mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki pada Mei. 

Difahamkan selepas pulang dari Turki, Hadi sukar untuk mengawal kemarahannya dan beberapa insiden memalukan berlaku seperti memarahi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjunginya di Terengganu semasa kemelut menteri besar Selangor. 

"Presiden banyak berubah selepas masuk hospital di Turki dan seringkali membuat keputusan secara bersendirian. Mungkin sudah sampai masa untuk beliau berundur," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan. 

Selepas mengeluarkan pendirian berbeza berulang kali dengan pemimpin PR, Hadi tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu. 

Ketidakhadiran Hadi dan keputusan yang dikeluarkannya seringkali bercanggah dengan PR menyebabkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran kemungkinan PAS akan meninggalkan gabungan itu sekiranya presidennya terus tidak memberikan komitmen.
Difahamkan, pujukan agar Hadi berundur dilakukan pemimpin veteran yang dihormati presiden PAS itu sendiri. 

Sumber berkata, jika rakan lama dalam PAS berjaya memujuknya, Hadi boleh mengambil alih jawatan mursyidul am yang kini disandang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selepas meletakkan jawatan sebagai presiden PAS, 

Hadi tidak perlu lagi menghadiri mesyuarat bersama PR dan parti Islam itu dapat meneruskan kerjasama bersama PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya, kata sumber itu. 

Sumber berkata, ramai yang mengharapkan Hadi tidak mengumum akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti tahun depan. 

"Namun halangan kita yang terbesar adalah, kepimpinan dalam PAS ni bukan kepimpinan politik saja atau pertubuhan biasa, tetapi juga kepimpinan jemaah Islam yang tidak ada umur bersara," kata sumber itu merujuk kepada keadaan Nik Aziz yang sedang uzur sekarang ini. 

Walaupun terdapat cakap-cakap Hadi akan membawa PAS keluar PR, ahli Parlimen Marang itu mengumumkan pada Ogos parti itu akan tetap bersama gabungan yang ditubuhkan pada 2008 itu. 

Bagaimanpun, Hadi menegaskan PAS akan terus mempunyai ideologinya sendiri yang mungkin bercanggah dengan rakan-rakan PR. Anwar yang juga ketua umum PKR bagaimanapun menolak dakwaan itu dan berkata beliau seringkali berhubung dengan Hadi. 

"Saya tidak rasa begitu, tidak elok mengatakan demikian. Saya ada berkomunikasi dengan beliau. Ia bukanlah satu masalah," katanya. Jika Hadi bersetuju untuk berundur, masalah baru yang timbul adalah siapakah yang bakal menggantikannya, soal seorang aktivis PAS. 

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu popular tetapi tidak disukai golongan konservatif yang turut membenci Anwar. "Kalau timbalan beliau, Mohamad Sabu, ramai pihak yang tidak akan senang. 

Nama yang popular adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tetapi beliau tidak berminat untuk memegang jawatan itu," kata aktivis yang sudah berama parti Islam itu selama lebih 30 tahun. 

Bagaimanapun seorang lagi aktivis parti Islam itu yakin Mohamad mampu menggalas jawatan presiden PAS dan memperkukuhkan PR. "Dalam PAS siapa yang paling dihormati PKR dan DAP? 

Mat Sabu disenangi Guan Eng dan Anwar. "Mat Sabu jugalah yang seringkali menggantikan Hadi dalam mesyuarat Pakatan apabila Hadi tidak hadir," katanya. 

Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang dilihat sebagai ulama yang paling berpengaruh dalam parti Islam itu selepas Hadi dan Nik Aziz ekoran sikap terbukanya dalam menghadapi kepelbagaian. 

Selain Tuan Ibrahim dan Mohamad, terdapat juga kempen kecil dimulakan agar seorang lagi naib presiden, Datuk Husam Musa mengambil alih tempat Hadi. 

"Namun kalau dia (Hadi) mahu berundur secara sukarela (bukan melalui pertandingan) saya percaya dia akan memilih Tuan Ibrahim sebagai penggantinya," kata sumber itu. – 10 November, 2014.



Posted by mountdweller
 

VIDEO - MP DAP Gelang Patah Bahas Peruntukan Bajet JPM 2015

Posted: 10 Nov 2014 12:45 AM PST












Monday, November 10, 2014 Hadi Didesak Berundur? Dua pilihan Ahli PAS - Hadi atau masa depan parti? Hadi perlu berundur demi Pakatan dan masalah kesihatannya, kata sumber OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA Published: 10 November 2014 Kedengaran cakap-cakap yang minta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengundurkan diri daripada jawatannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2014. Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dan masalah kesihatannya yang tidak melayakkannya untuk terus memimpin parti Islam itu, kata sumber. Mereka memberitahu The Malaysian Insider jika Hadi bersetuju, parti Islam itu boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden PAS itu. Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas. Menurut pemimpin veteran parti itu, kesihatan Hadi tidak begitu baik sejak mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke hospital di Istanbul, Turki pada Mei. Difahamkan selepas pulang dari Turki, Hadi sukar untuk mengawal kemarahannya dan beberapa insiden memalukan berlaku seperti memarahi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengunjunginya di Terengganu semasa kemelut menteri besar Selangor. "Presiden banyak berubah selepas masuk hospital di Turki dan seringkali membuat keputusan secara bersendirian. Mungkin sudah sampai masa untuk beliau berundur," kata seorang pemimpin kanan PAS kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan. Selepas mengeluarkan pendirian berbeza berulang kali dengan pemimpin PR, Hadi tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu. Ketidakhadiran Hadi dan keputusan yang dikeluarkannya seringkali bercanggah dengan PR menyebabkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran kemungkinan PAS akan meninggalkan gabungan itu sekiranya presidennya terus tidak memberikan komitmen. Difahamkan, pujukan agar Hadi berundur dilakukan pemimpin veteran yang dihormati presiden PAS itu sendiri. Sumber berkata, jika rakan lama dalam PAS berjaya memujuknya, Hadi boleh mengambil alih jawatan mursyidul am yang kini disandang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selepas meletakkan jawatan sebagai presiden PAS, Hadi tidak perlu lagi menghadiri mesyuarat bersama PR dan parti Islam itu dapat meneruskan kerjasama bersama PKR dan DAP untuk menawan Putrajaya, kata sumber itu. Sumber berkata, ramai yang mengharapkan Hadi tidak mengumum akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti tahun depan. "Namun halangan kita yang terbesar adalah, kepimpinan dalam PAS ni bukan kepimpinan politik saja atau pertubuhan biasa, tetapi juga kepimpinan jemaah Islam yang tidak ada umur bersara," kata sumber itu merujuk kepada keadaan Nik Aziz yang sedang uzur sekarang ini. Walaupun terdapat cakap-cakap Hadi akan membawa PAS keluar PR, ahli Parlimen Marang itu mengumumkan pada Ogos parti itu akan tetap bersama gabungan yang ditubuhkan pada 2008 itu. Bagaimanpun, Hadi menegaskan PAS akan terus mempunyai ideologinya sendiri yang mungkin bercanggah dengan rakan-rakan PR. Anwar yang juga ketua umum PKR bagaimanapun menolak dakwaan itu dan berkata beliau seringkali berhubung dengan Hadi. "Saya tidak rasa begitu, tidak elok mengatakan demikian. Saya ada berkomunikasi dengan beliau. Ia bukanlah satu masalah," katanya. Jika Hadi bersetuju untuk berundur, masalah baru yang timbul adalah siapakah yang bakal menggantikannya, soal seorang aktivis PAS. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu popular tetapi tidak disukai golongan konservatif yang turut membenci Anwar. "Kalau timbalan beliau, Mohamad Sabu, ramai pihak yang tidak akan senang. Nama yang popular adalah Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tetapi beliau tidak berminat untuk memegang jawatan itu," kata aktivis yang sudah berama parti Islam itu selama lebih 30 tahun. Bagaimanapun seorang lagi aktivis parti Islam itu yakin Mohamad mampu menggalas jawatan presiden PAS dan memperkukuhkan PR. "Dalam PAS siapa yang paling dihormati PKR dan DAP? Mat Sabu disenangi Guan Eng dan Anwar. "Mat Sabu jugalah yang seringkali menggantikan Hadi dalam mesyuarat Pakatan apabila Hadi tidak hadir," katanya. Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang dilihat sebagai ulama yang paling berpengaruh dalam parti Islam itu selepas Hadi dan Nik Aziz ekoran sikap terbukanya dalam menghadapi kepelbagaian. Selain Tuan Ibrahim dan Mohamad, terdapat juga kempen kecil dimulakan agar seorang lagi naib presiden, Datuk Husam Musa mengambil alih tempat Hadi. "Namun kalau dia (Hadi) mahu berundur secara sukarela (bukan melalui pertandingan) saya percaya dia akan memilih Tuan Ibrahim sebagai penggantinya," kata sumber itu. – 10 November, 2014. Posted by mountdweller at 1:05 PM

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

M. Kayveas - Mahu Rosmah datang masak untuk kamu?

Posted: 10 Nov 2014 12:00 AM PST

 

Parti Progresif Rakyat (PPP) mengingatkan pengundi supaya tidak percayai janji manis Pakatan Rakyat.

Presiden Tan Sri M Kayveas berkata, percaya kepada perkara itu seperti berharap isteri perdana menteri, Rosmah Mansor untuk datang memasak untuk mereka.

"Saya mahu jelaskan, ini semua putar belit pembangkang.

"Jika kamu percaya bahawa kerajaan tidak bagus, mereka (Pakatan) akan menjanjikan tidak ada cukai, tidak ada tol dan tidak perlu membayar minyak petrol.

"Tak payah kerjalah, (kerana) perdana menteri datang rumah kamu, panggil Rosmah masak untuk kamu, (Datuk Seri) Noh Omar akan cuci kereta kamu dan saya akan siramkan pokok buat kamu.

"Semua pemimpin politik datanag kerja untuk kamu. (Kamu) tak perlu kerja," sindirnya.

Kayveas berkata demikian kepada perwakilan ketika pembukaan konvensyen PPP Selangor hari ini.

Kayveas berkata, jika Pakatan menang sekali pun dalam pilihan raya umum akan datang, keadaan pengundi akan tetap sama jika tidak bekerja keras mempertingkatkan kehidupan mereka.

"(Jika) hari ini pembangkang menang, DAP, PKR, PAS (menang), (keadaan) tetap akan jadi sama.

"Kereta Myvi awak tidak akan bertukar menjadi kereta Mercedes, rumah kos rendah kamu tidak akan bertukar menjadi banglo.

"Kamu kena usaha sendiri, kamu kena bekerja keras untuk meningkatkan diri," ujarnya.

- mkini

 

Tiada ulasan: