Tukar Tiub |
- TANAH MELAYU KENA REMBAT
- NAJIB AKAN DI SAMAN
- SURAT PEGUAM UNTUK NAJIB RAZAK
- INI CONTOH TERBAIK
- PERNIAGAAN JUAL AGAMA
- TAYANGAN FILEM PETANG ESOK
- SANTAI DI NO BLACK TIE
- BARU SEKARANG SEDAR
- SIAPA MINAH SUSU INI?
Posted: 28 Nov 2014 06:38 PM PST KOMENTAR tanah dalam bandar tanag orang kampong di berembang di pelentong di tasek utara di banda dalam di kerinchi di pantai dalam di chu badak semua di rembat cukong awas! cukong tak akan berani rembat mustahil cukong berani rembat kalau tidak kerana gerombolan ketuanan melayu di belakang cukong KAH KAH KAH woit cakap parti perjuang ketuanan melayu tanah orang melayu dalam pekan kena rembat dalam kampong lesap ngapa senyap apa jadi dengan hidup melayu APA PUNYA TUUUR ------------ | |||||||||||
Posted: 28 Nov 2014 06:14 PM PST Hishammuddin Rais tuntut Najib henti video kait dirinya dengan Akta Hasutan Aktivis sosial Hishammuddin Rais akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Presiden Umno Najib Razak kerana menyiarkan klip videonya di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini. Video yang dimainkan ketika Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan memberi gambaran Hishammuddin bersalah atas kes hasutannya walaupun kes berkenaan masih dalam perhatian Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. "Saya menghubungi peguam saya. Hasil daripada perbincangan dengan peguam, kami bersependapat untuk menghantar surat tuntutan kepada Najib. "Surat peguam saya ini bertujuan memberi amaran kepada Najib agar memberhentikan penyebaran klip video yang bersangkutan dengan diri saya yang ditayangkan di Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC sekarang ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut firma guaman yang mewakili Hishammuddin, Daim dan Gamany, klip berkenan memaparkan Hishamuddin sebagai pesalah di bawah Akta Hasutan. Dalam penyata tuntutan kepada Najib semalam menyatakan kenyataan dan tindakan perdana menteri itu menyebabkan prejudis kepada proses perbicaraan yang belum selesai. Menurut firma guamannya Daim dan Gamany, klip tersebut "menjadikan parah lagi imej Hishamuddin sebagai pelanggar Akta Hasutan." Dalam notis permintaan kepada perdana menteri semalam, ia tertulis kata-kata dan tindakan Najib mewujudkan risiko yang besar dan benar dalam mendatangkan prejudis semasa proses mahkamah. Notis tersebut juga mengatakan mainan klip tersebut semasa ucapan Najib, yang disiarkan di televisyen dan dilaporkan meluas dalam media, merupakan subjudis dan menghina mahkamah, dan beliau menimbulkan lebih rasa benci dan prejudis terhadap Hishamuddin. "Kami diarahkan untuk memberikan anda notis yang mengatakan anda tidak boleh menyiarkan, menunjukkan, mengedarkan atau menyebarkan klip video tersebut di Perhimpunan Agung Umno, yang masih berjalan ataupun di mana-mana kejadian ataupun membuat dakwaan yang serupa terhadap anak guaman kami sementara kes masih berjalan di mahkamah. "Sekiranya anda gagal mematuhi, kami mempunyai arahan untuk memulakan prosiding komitmen terhadap anda," kata firma guaman tersebut dalam notis, menambah Hishamuddin mengekalkan haknya untuk mengambil tindakan yang perlu, termasuk tetapi tidak terhad kepada prosiding komitmen atas klip tersebut serta ucapan Najib. Hishamuddin, 63, sedang menjalani perbicaraan ekoran dakwaan untuk menumbangkan kerajaan pada 13 Mei tahun lepas, kurang dua minggu dari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berakhir dengan kemenangan Barisan Nasional ke atas Putrajaya. Semasa membuat kenyataan 13 Mei itu, Hishamuddin dan beberapa lagi peserta di forum di Kuala Lumpur didakwa menghasut orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan melalui protes jalanan. Beliau diarahkan membela diri bulan lepas selepas mahkamah memutuskan pihak pendakwa membuktikan kes prima facie. Pada Khamis, Najib mengumumkan di Perhimpunan Agung Umno yang Akta Hasutan akan dikekalkan dan diperkukuhkan termasuk peruntukan menghina agama sebagai kesalahan undang-undang. Seruan supaya pemisahan Sabah dan Sarawak juga termasuk dalam peruntukan di bawah akta yang diperkukuhkan tersebut. Presiden Umno itu berkata akan terus-menerus memperjuangkan bangsa Melayu dan tidak akan membenarkannya untuk "jahanam" dan "dihina" di atas bumi sendiri. – 29 November, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hishammuddin-rais-tuntut-najib-henti-video-kait-dirinya-dengan-akta-hasutan#sthash.cNWKreef.dpuf--------- | |||||||||||
SURAT PEGUAM UNTUK NAJIB RAZAK Posted: 28 Nov 2014 04:00 PM PST 29 November 2014 Kenyataan Akhbar Hishamuddin Rais Surat peguam saya ini bertujuan untuk memberi amaran kepada Najib Razak agar memberhentikan penyebaran klip video yang bersangkutan dengan diri saya yang telah ditayangkan di Perhimpunan Agung United Malays National Organisation yang sedang berlangsung di PWTC sekarang ini. Adalah dimaklumkan bahawa pada ketika ini saya masih lagi dalam perbicaraan atas tuduhan Akta Hasutan 1948. Klip yang ditunjukkan di Perhimpunan Agung United Malays National Organisation itu pada pandangan pihak kami akan mempengaruhi keputusan perbicaraan saya. Justeru, surat telah dihantar kepada Presiden parti United Malays National Organisation. Bersama-sama ini, saya lampirkan surat dari peguam saya. Hishamuddin Rais (Jika ada apa-apa pertanyaan sila hubungi Latheefa Koya 012-384-29-72 Atau Hishamuddin Rais 012-663-93-25 | |||||||||||
Posted: 28 Nov 2014 05:30 AM PST Suatu revolusi senyap sedang berkembang seperti api dalam sekam.More ›› Jaminan Najib perlukan susulan tindakan tegas dan berani bagi memantapkan keyakinan rakyatMore ›› KAH KAH KAH woit inilah contoh perangai keeeling cakap dulak dalik cakap mundar mandir sokong najib kemudian cekik najib tu pasal melayu panggil ini perangai keeeeling KAH KAH KAH ------------- | |||||||||||
Posted: 28 Nov 2014 04:30 AM PST KOMENTAR bila anak muda kutuk ular mak ular mak tahu marah bila anak muda lanchowkan orang agama oraang agam tahu marah tapi inilah sebenarnya perniagaan jual agama ada dua perniagaan paling tua dalam dunia ini salah satu dari perniagaan itu ialah jual agama apa yang lagi satu? Fahtul berkata, keputusan itu adalah hasil keputusan dalam Parlimen yang mana persetujuan itu merujuk kepada suara orang ramai. KAH KAH KAH woit ini lanchow siapa ini ini ucapan siapa ini ------- | |||||||||||
Posted: 28 Nov 2014 12:59 AM PST PETANG ESOK FilmGig: Kemiskinan Kota Tayangan & Diskusi 29 November 2014* 5 petang hingga 10 malam * Di Kelab Bangsar Utama, 52-C, Jalan Kemuja, Off Jalan bangsar (di Belakang LRT Bangsar, 5 minit berjalan kaki) Kolobrasi dengan Dapur Jalanan Kuala Lumpur "….Kuala Lumpur kota seribu impian, warganya berkeliaran mencari sesuap rezki. Ada diantaranya hingga berteduh beratap langit, berehat berlantai simen demi membina sebuah kehidupan" Tema yang dipilih untuk bulan ini adalah Kemiskinan Kota (urban poor / homelessness). Isu ini menjadi topik perbualan hangat beberapa bulan lepas selepas kenyataan kerajaan untuk menghalang aktiviti perkongsian / pemberian makanan percuma oleh NGO / individu kepada warga miskin kota di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Hasil daripada kenyataan itu, beberapa usaha dan langkah telah diambil oleh NGO / indiividu untuk mengetengahkan, memperjelaskan dan membantu kepada penyelesaian isu ini. Banyak masalah telah dikenalpasti seperti masalah kekurangan / hilang dokumen peribadi, masalah operasi pembersihan, karenah birokrasi dan bermacam-macam lagi sehingga seolah-olah membentuk satu kitaran ganas dikalangan komuniti miskin kota yang menyukarkan mereka untuk keluar dari kitaran ganas ini. Isu miskin kota bukan hanya mengenai mereka yang tak berumah, tetapi merentas juga ke isu taraf & kos hidup, peneroka bandar & macam-macam lagi isu yang terpalit dengan kesan urbanisasi & kemajuan fizikal bandar yang tak seimbang hingga melahirkan perbezaan taraf hidup yang ketara di kotaraya. Sessi tayangan
Menonton & diskusi isu! jemput datang buat ramai! KELAB FILEM BANGSAR 28 November 2014 ---------------- | |||||||||||
Posted: 27 Nov 2014 11:00 PM PST LAWAK BERDIRI genre budaya baru di malaysia paling pop paling counter culture sama saperti tradisi tukang karut dalam wayang kulit atau peran dalam mak yong menceriakan hidu KAH KAH KAH RABU MALAM jam 9:00 no black tie jalan nagasari belakang hotel istana tiket 30 ringgit dipintu masuk nota minuman ditangung sedniri ------------ | |||||||||||
Posted: 27 Nov 2014 10:30 PM PST KOMENTAR mustahil polis tak tahu ada jual lendir di bukit bintang mustahil polis tak tahu ada jual lendir di jalan pudu polis buat buat tak tahu polis buat buat don noo Kekuatan Cina hasil perniagaan haram, kata perwakilan Umno Pulau PinangKekuatan masyarakat Cina datang daripada perniagaan haram seperti judi dan pelacuran, kata perwakilan Umno Pulau Pinang Mohd Zaidi Said. Zaidi ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini berkata, tanpa penguatkuasaan tegas, kerajaan akan dihina kerana kegiatan itu berleluasa. "Kita tahu kekuatan Cina datang daripada bisnes haram seperti judi, pelacuran, tapi di mana pihak berkuasa. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kekuatan-cina-datang-daripada-perniagaan-haram-kata-perwakilan-umno-pulau-p#sthash.JRXSaDjA.dpufKAH KAH KAH woit baru sekarang sedar baru sekarang tahu vincent tan towkay judi lim goh tong towkay judi ta ta ta towkay lendir lambat sangat sedar tengok kedai lendir di bukit bintang kedai lendir di pudu cukong ada deal dengan polis ada deal dengan ahli politik tak caya tanya tun hanif omar tanya hishamuddin hussein berapa dapat sebulan APA PUNYA TUUUR ------------ | |||||||||||
Posted: 27 Nov 2014 07:58 PM PST |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan