KUALA LUMPUR 22 Nov. - Apakah status siasatan terhadap seorang pegawai kanan polis berpangkat asisten komisioner yang ditahan baru-baru ini kerana didakwa ada kaitan dengan sindiket perjudian haram?
Persoalan itu dibangkitkan memandangkan pegawai tersebut bukan sahaja tidak dikenakan tindakan tahan kerja, sebaliknya ditukarkan serta-merta ke salah sebuah maktab PDRM dengan menyandang pangkat yang sama.
SOAL SIASAT
sedang dilakukan
terhadap komputer
pegawai polis sedang sibuk
menyedia siasatan
untuk mendakwa komputer
ini di mahkamah
Sebuah portal berita jenayah malaysiancrime.blogspot.com yang paling aktif melaporkan kejadian penahanan pegawai tersebut mendakwa tindakan PDRM itu menjadi bualan dalam kalangan pegawai dan anggota memandangkan penahanan pegawai itu yang bertugas di salah sebuah cawangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapat liputan meluas media pada 10 November lalu. Berdasarkan laporan media, penahanan itu dilakukan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan menjalankan risikan selama setahun. -
Melayu jadi Red Indian jika PAS - Umno tidak kerjasama, kata bekas ketua hakim
Orang Melayu berisiko menjadi "Red Indian" di tanah air mereka sendiri jika PAS dan Umno tidak bekerjasama mempertahankan kerajaan daripada DAP dan PKR, bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Mohamad memberi amaran hari ini.
Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, PKR dan PAS tidak akan dapat "mengawal" DAP seperti cara Umno "mengawal cita-cita MCA dan Gerakan".
"Orang Melayu akan menjadi Red Indian di tanah mereka sendiri. Percayalah, ancaman terhadap orang Melayu tidak pernah seserius ini sepanjang sejarah kaum ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/orang-melayu-akan-jadi-red-indian-jika-pas-umno-tidak-kerjasama-kata-bekas#sthash.XOsiiHk7.dpuf
Struktur tiang LRT ke Lebuhraya Persekutuan selamat
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) hari ini menafikan struktur sebatang tiang laluan transit aliran ringan (LRT) menghala ke Lebuhraya Persekutuan di sini, senget dan tidak stabil seperti yang disebarkan menerusi sekeping gambar dalam laman-laman sosial sejak semalam.
Jurucakap Prasarana, Lim Jin Aun berkata, tiang berkenaan sebenarnya tidak mengalami sebarang kerosakan struktur.
"Apa yang berlaku adalah kerosakan kren pengangkut yang ditempatkan di atas binaan tersebut. Berikutan itu, pihak kami mengambil keputusan membawa turun kren tersebut dan tugas itu selesai pada pukul 8 malam tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
KAH KAH KAH
woit
ingat macam mana
baca akhbar di malaysia?
kalau dinafikan
ertinya betul
kalau tidak kenapa
perlu ada penafian betul ke selamat dah runtuh nanti cakap lain pulak
KUALA LUMPUR 22 Nov. Tiga sayap yang menjadi nadi kepada perjuangan parti UMNO iaitu Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bersedia untuk melakukan perubahan secara besar-besaran dan bertekad untuk menjadi pergerakan yang lebih agresif seperti yang diminta oleh pucuk pimpinan.
Pergerakan Wanita UMNO misalnya bertekad untuk menjalankan aktiviti yang lebih agresif dengan melebarkan sayap perjuangan pergerakan itu serta tidak hanya menjadi benteng dan perisai kepada parti.
Menegaskan perkara itu, Ketuanya, Datuk Seri Lembu Shahrizat Abdul Jalil ( gambar) berkata, pergerakan itu tidak pernah sama sekali lesu dalam menjalankan tugas dan amanah, malah sentiasa ke hadapan menjadi jentera utama parti sehingga mampu memberi kemenangan kepada parti dalam setiap pilihan raya
KAH KAH KAH
woit rupanya selama ini belum agresif bayangkan belum agresif dah rembat 250 juta ringgit kalau lebih agresif macam mana agaknya? mungkin lingkup satu billion ringgit KAH KAH KAH
Menteri besar Pahang saman Utusan RM15 juta kes pendatang di Cameron
Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob bertindak menghantar surat tuntutan guaman kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, susulan artikel yang mengkritiknya dalam sebuah artikel bertajuk "Hebat Sangatkah Adnan?" dalam akhbar tersebut.
Tuntutan bertarikh 18 November 2014 tersebut dihantar menerusi syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta.
Perkara itu didedahkan dalam ruangan kolum Awang Selamat edisi Mingguan Malaysia hari ini.
Kerajaan pusat ambil alih pembersihan tandas awam mulai 2016
PORT DICKSON 22 Nov. - Kerajaan pusat akan mengambil alih aktiviti pembersihan tandas awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mulai 2016 bagi memastikan ia bersih dan selesa pada setiap masa, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata, pengambilalihan itu selaras dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan seiring dengan Pelan Tindakan Transformasi PBT yang sedang dibangunkan kementerian.
"Kementerian saya akan berbincang dengan pihak berkuasa negeri dan PBT yang sedia menerima pakai akta tersebut, berhubung pelaksanaan langkah baharu ini yang dijangka berkuat kuasa pada 2016," katanya dalam kenyataan diedarkan kepada media pada majlis pelancaran sambutan Hari Tandas Sedunia 2014 peringkat kebangsaan di sini, hari ini.
Muhyiddin Yassin sekali lagi menafikan khabar angin bahawa beliau akan meletak jawatan.
Dalam wawancara yang disiarkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini, Muhyiddin berkata beliau masih ligat dan tangkas, dan akan terus kekal dalam Umno
Suara penoreh getah tidak didengar, keadaan makin teruk sejak Baling 2.0
Pada April, beribu rakyat Malaysia berkumpul di Kedah menuntut campur tangan Putrajaya dalam isu kejatuhan harga getah. Tetapi, 7 bulan kemudian, suara 'reformasi' pada perhimpunan Baling 2.0 itu nampaknya tidak banyak meninggalkan kesan.
Walaupun menggesa Putrajaya menetapkan harga lantai bagi getah kepada RM4 sekilogram, keadaan menjadi semakin teruk buat penoreh getah dan pekebun kecil yang berjumlah hampir 500,000 orang di negara ini.
Ramai sekarang ini bergelut dengan harga komoditi itu yang paling rendah dalam bertahun-tahun, pada kira-kira RM1.60 sekilo dibandingkan RM2.30 pada April, apabila perhimpunan itu diadakan, bertema: "Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0" diadakan di Kupang.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/suara-penoreh-getah-tidak-didengar-keadaan-makin-teruk-sejak-baling-2.0#sthash.SLESuxRe.dpuf
KAH KAH KAH
woit
jangan buat buat
do noooo
tahun 1974 dulu
tak ada siapa
nak jadi yb
semua nak gulingkan
gerombolan ketuanan melayu
akidah dah berubah
KAH KAH KAH
----------
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Tiada ulasan:
Catat Ulasan