Tukar Tiub |
- KES INI PASTI MELEDAK
- BILA NAK KAHWIN?
- DARI LIDAH PENGARANG
- DEMO MALAM 31 DISEMBER DATARAN MERDEKA
- LAGI KESAH HADI
- MUSTAHIL TAK FAHAM
- BERITA BAIK UNTUK SEMUA
Posted: 21 Nov 2014 07:00 PM PST KOMENTAR najib memang banyak kes selain dari terlibat dalam kes bunuh altantuya yang masih tergantung di paris kes 1MDB ini hanya satu tambahan kes ini berkaiatan juga dengan kes dana hilang kes dana bawa kelaur kes dana di bersihkan kes bawa duit lari ke luar negar kes buat filem 100 juta dolar kes syarikat jho low semua ini belum jelas yang kita baca yang di umumkan oleh rafizi yang di umumkan oelh tony pua masih agak kabur orang ramai masih tidak faham apa sebenarnya kes 1MDB dulu kes bank bumiputera di hong kong amat jelas cukong cina bernama george tan rasuagh tiga orang melayu hashim shamsuddin rais saniman lorrain osman kita tunggu dan nanti kes 1MDB ini pasti meledak kerana ianya juga kait mengait apa hubungan kes ini dengan bakal besan rosmah? apa hubunganb kes ini dengan kes tipu yang dilakukan oleh menantu rosmah? Najib kemuka notis tuntutan pada Tony Pua5:16PM Nov 21Atas ucapan pada 3 November berhubung 1MDB yang didakwa gambarkannya sebagai pemimpin korup. Najib Razak mengemukakan notis tuntutan terhadap pengerusi DAP Selangor, Tony Pua atas satu ucapan yang didakwa menggambarkannya sebagai pemimpin korup. Notis yang dilihat oleh Malaysiakini menyebut, ucapan Pua di satu majlis anjuran DAP Petaling Jaya pada 3 November itu juga didakwa menunjukkan Najib tidak layak mengetuai pentadbiran negara KAH KAH KAH woit ini berita baik ini berita amat baik kes ini pasti meledak KAH KAH KAH ------------ |
Posted: 21 Nov 2014 05:46 PM PST PERTANYAAN apa hubungan menantu rosmah dengan kes 1MDB? saje nak tanya nak timbulkan persoalan Anak Sungai Derhaka: Bakal Besan Najib diburu Interpol ...darisungaiderhaka.blogspot.com/.../bakal-besan-najib-...Translate this page Jun 29, 2012 - Dalam artikelnya itu MiLo SuaM mendakwa Bakal besan Najib, Maira Nazarbayev dikatakan memiliki beberapa nama samaran dan kini ...Panas! Bakal besan Najib diburu polis antarabangsa - MiLo ...milosuam.blogspot.com › pendedahanTranslate this page Jun 13, 2012 - Bakal besan Najib, Maira Nazarbayev pula dikatakan memiliki beberapa nama samaran dan kini sedang diburu oleh polis antarabangsa ...Bakal besan Najib ditangkap di Dubai? | KeadilanDaily.comwww.keadilandaily.com/besan-najib-dilapor-ditangka...Translate this page Jun 28, 2012 - DUBAI 28 Jun: Maira Nazarbayev- bakal besan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam ...KAH KAH KAH woit rekod bertunang paling lama dalam dunia sudah lima tahun bila nak kahwin? KAH KAH KAH |
Posted: 21 Nov 2014 05:00 PM PST DARI LIDAH PENGARANG heboh heboh tentang hadi semakin banyak didengar sebenarnya heboh tentang hadi bukan satu pekara yang baru tahun 80'an memang heboh tentang hadi kemudian tak heboh lagi kemudian diheboh hebohkan tentang amanat haji hadi sebagai propaganda jahat dari musuh akhir akhir ini heboh tentang hadi meledak kembali ini berikutan dengan perlantikan menteri besar selangor hadi dikatakan uzur hadi dikatakan telah berumur hadi dikatakan hilang akal hadi dikatakan telah nyanyok wajib diterangkan disini dalam budaya orient dalam budaya timur melihat umur berbeza dari masyarakat occidental barat di timur lagi tua di timur lagi berumur lagi dihormati lagi dilihat kebijaksanaan lagi dilihat berpengalaman justeru dalam budaya melayu ada pepatah: telah banyak makan garam ertinya telah memiliki banyak pengalaman ertinya dihormati kerana telah berumur lihat umur ayatollah khomeinei di iran lihat umur morarjai desai di india lihat mao zedong di china lihat deng xiaoping peng di china umur tidak menghalang memimpin apa yang menimbulkan heboh ini bukan umur hadi bukan otak hadi bukan kesehatan hadi yang menimbulkan heboh ialah perangai hadi amat memeranjatkan ialah perangai hadi memberi jawapan apabila ditanya kenapa tidak hadir dalam permusyuaratan pakatan rakyat jawapan hadi memeranjatkan ini bukan jawapan sang bijak ini bukan perangai bijak jawapan sabagini seharusnya tidak muncul dari mulut hadi jawapan sademikian tidak menggambarkan kepimpinan yang baik malah hadi memimpin parti islam justeru hadi gagal memperlihatkan ketrampilan islam yang hadi sendiri selalu mengheboh-hebohkan sekalali lagi dinyatakkan disini umur bukan satu halangan dalam budaya politik timur rashid al-ghannushi pemimpin ikhwan tunisia lebih berumur dari hadi justeru terpulanglah kepada ahli parti hadi sama ada hadi terus memimpin atau hadi berundur ini agenda dalaman parti orang luar dipersilakan jangan masuk campur apa yang jelas perangai hadi yang tidak memiliki sifat setiakawan membawa mudarat dalam pakatan rakyat amin ------------- |
DEMO MALAM 31 DISEMBER DATARAN MERDEKA Posted: 21 Nov 2014 06:30 AM PST DEMO DATARAN MERDEKA MALAM 31 DISEMBER TINDAKAN HAPUS SUBSIDI PETROL DAN DIESEL ADALAH TERKUTUK, TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN MEMANGSAKAN RAKYAT Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Najib Razak dan pentadbiran beliau yang mengorbankan kebajikan dan kepentingan rakyat apabila subsidi petrol RON95 dan diesel dihapuskan sepenuhnya bermula 1 Disember 2014, seperti yang diumumkan sebentar tadi. Persoalan subsidi petrol dan diesel di negara ini bukan terhad kepada keputusan ekonomi sama ada subsidi baik atau buruk untuk ekonomi negara. Prinsip yang lebih besar ialah sama ada kekayaan hasil minyak dan gas negara dikongsi bersama dengan rakyat, bukannya dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah di Putrajaya. Melalui kaedah subsidi petrol dan diesel yang digunapakai selama berpuluh tahun, sebahagian dari kekayaan itu dikongsi terus dengan rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan yang diputuskan oleh pemerintah di Putrajaya. Dengan penghapusan subsidi petrol dan diesel, keseluruhan kekayaan hasil minyak dan gas dibolot sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Mereka menentukan berapa peruntukan yang sampai kepada rakyat. Dalam keadaan pentadbiran Najib telah terbukti tidak berniat untuk menghapuskan rasuah malah diburukkan lagi dengan skandal 1MDB dan lain-lain, penghapusan subsidi ini bermakna kekayaan hasil minyak dan gas dipusatkan sepenuhnya bagi membiayai segala pembaziran dan rasuah yang kian berlaku oleh pentadbiran Najib. Saya menolak sepenuhnya penghapusan subsidi petrol dan diesel ini dan berazam akan terus bersama-sama aktivis dan rakyat menuntut harga minyak diturunkan bermula dengan demonstrasi #turunhargaminyak pada 31 Disember 2014. Dengan pengumuman Barisan Nasional pada hari ini, demonstrasi pada 31 Disember 2014 akan turut menuntut supaya sistem subsidi dikembalikan. Sementara menunggu tekanan dari rakyat mengembalikan sistem subsidi petrol dan diesel, saya juga mendesak Najib berlaku adil dengan rakyat dengan serta-merta mengumumkan perkara-perkara berikut: 1. Membatalkan hasrat menetapkan harga petrol dan diesel melalui sistem apungan harga terkawal (managed floating pricing system) sebaliknya membenarkan syarikat-syarikat minyak menetapkan harga petrol RON95 dan diesel masing-masing tertakluk kepada harga siling. Dengan cara ini, rakyat akan dapat memilih untuk membeli minyak pada harga paling rendah, bukannya yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia juga memberi insentif kepada syarikat-syarikat minyak supaya lebih cekap dan tidak hanya bergantung kepada perlindungan kerajaan melalui harga seragam seperti yang berlaku sekarang. Melalui cara ini iaitu melaksanakan harga terbuka, syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan pimpinan Barisan Nasional seperti PETRON akan mengalami kesukaran untuk bersaing kerana mereka bukanlah syarikat minyak yang mempunyai operasi berintegrasi di hiliran dan huluan; 2. Mengumumkan penghapusan cukai eksais kereta secara berperingkat untuk memastikan harga kereta akan lebih selari dengan harga pasaran seperti yang dibayar oleh pengguna di negara-negara lain. Selama ini Barisan Nasional memberi alasan rakyat terpaksa membayar cukai eksais kereta yang tinggi kerana kerajaan memberikan subsidi petrol dan diesel, alasan ini kini tidak boleh digunapakai. Jika harga petrol dan diesel ditetapkan mengikut kos dan pasaran, maka harga kereta juga perlulah mengikut harga pasaran. Kegagalan atau keengganan Najib mengumumkan kedua-dua perkara di atas bermakna beliau mengundang kemarahan rakyat. Jika cukai-cukai kereta tidak dihapuskan, pentadbiran beliau dijangka mengutip RM17.3 bilion dari rakyat bagi segala jenis cukai kenderaan tahun depan tanpa sedikit pun dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi. Apa pun alasan Najib Razak selepas ini, saya menyeru semua rakyat, NGO dan aktivis untuk turun beramai-ramai pada 31 Disember 2014 untuk menuntut #turunhargaminyak dan dikembalikan sistem subsidi. RAFIZI RAMLI Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN Ahli Parlimen Pandan 21 November 2014 ------------- |
Posted: 21 Nov 2014 06:00 AM PST HADI LAGI Ini dari LUDAH pengarang "Dia (Abdul Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat. Kerja 'orang bodoh' ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi)," ~Nik Aziz "Saya tak perlu diminta (hadir), (kalau) saya nak hadir, hadirlah," katanya."~Abdul Hadi Awang (Beliau berkata demikian kepada pemberita di Gombak hari ini) Woiiiiiiiii... pokemon betul. Uzur tapi dari Ganu boleh pulak sampai Gombak? Uzur kepala bana lu. Ini memang otak dah uzur. * ** on DARI LIDAH PENGARANG Publish | Delete | Spam Anonymous on 11/21/14 --------- |
Posted: 21 Nov 2014 05:00 AM PST KOMENTAR kalau pilihan raya boleh mengubah apa apa pilihan raya telah lama di haramkan di malaysia membuktikan bahawa kata-kata diatas adalah tepat dan ilmiah apa yang wajib kita fahami disini bahawa dalam pru kampus pun parti ketuanan melayu tidak akan membenarkan pihak lawan menang parti ketuanan melayu akan memggunkan apa saja untuk memastikan kumpulan jahat memanag justeru, mustahil dalam pru14 mereka akan membenarkan pakatan rakyat menang UM halang Pro Mahasiswa bertanding Pilihan Raya Kampus Bagaimana seseorang yang belum didapati bersalah tetapi telah dihukum oleh universiti dan dilarang bertanding KUALA LUMPUR: Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mempertikaikan tindakan pentadbiran menangguhkan prosiding terhadap lapan pelajar yang bertujuan menghalang mereka bertanding dalam Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya (PRKUM). Duta Pro Mahasiswa UM, Ammar Atan berkata, peraturan PRKUM yang menyatakan pelajar bersalah di bawah AUKU tidak layak bertanding sebagai tidak demokratik dan tidak adil. "Bagaimana seseorang yang belum didapati bersalah tetapi telah dihukum oleh universiti dan dilarang bertanding," katanya pada sidang media di Komplek Perdana Siswa UM. KAH KAH KAH woit kalau tak faham lagi memang banganglah KAH KAH KAH ------------ |
Posted: 20 Nov 2014 10:37 PM PST KOMENTAR ustaz wan ji dilarang mustahil boleh dilarang jika mahu melakukan kebaikan tauliah surat kebenaran semua ini adalah hampeh digunakan oleh orang jahat untuk terus berkuasa memahami kes ini cukup senang semua jabatan agama ini diwujudkan untuk memastikan united malays national oprganisation terus memiliki kuasa justeru siapa yang disokong oleh jabatan agama jenis ini pastilah mewakili orang jahat justeru sesiapa yang dibenci oleh jabatan agama jenis ini pastilah orang baik jika muhamad jika isa jika musa memerlukan surat tauliah memerlukan permit untuk mengajukan kebaikan untuk mendakwah mustahil kita menjadi kita saperti kita hari ini Jais larang Wan Ji beri kuliah di surau, masjid seluruh SelangorSelepas dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan kerana mengkritik Sultan Selangor, pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin menghadapi satu lagi tindakan, dilarang memberikan kuliah atau ceramah di mana-mana masjid dan surau seluruh Selangor. Menurut surat pekeliling yang dihantar pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), alasan tindakan itu adalah beliau tidak mempunyai tauliah atau permit untuk mengajar agama. "Dimaklumkan jabatan ini melarang Wan Ji Wan Hussin untuk mengajar/berceramah di mana-mana tempat kerana tidak mempunyai tauliah mengajar/berceramah," kata surat yang ditandatangani Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jais-larang-wan-ji-beri-kuliah-di-surau-masjid-seluruh-selangor#sthash.FwY9tsyF.dpufKAH KAH KAH woit dua kali ustaz ini dinobatkan senbagai ustaz paling cool pasti sosok ini akan tersenarai lagi KAH KAH KAH --------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan