Tukar Tiub |
- AL-FATIHAH UNTUK UMAT MANUSIA
- ANJING OH ANJING
- GST AKAN DITANGGUH
- AL- FATIHAH UNTUK UMAT MANUSIA
- RAKYAT DAH BOSAN
- HARI INI DI MAHKAMAH
- INI BARU BETUL
- SATU LAGI JANJI BANI KETUANAN MELAYU
- KESAH MAT KY JELLI
Posted: 02 Nov 2014 06:09 PM PST FACE BOOK AL- FATIHAH BUKAN MILIK BANI MELAYU Anonymous on 11/3/14 Tak silap kwn beliau dah masuk ISLAM masa hayatnya. Jgn kutuk sebarangan brader siasat dulu. Ada OTAK tapi masih BODOH nak MAMPOS. Al fatihah... Semoga Allah menempat kan beliau dikalangan orang2 yg beriman. Am8n on AL- FATIHAH UNTUK UMAT MANUSIA Publish | Delete | Spam Ridd on 11/2/14 Eh ....ni bekas Chef kawan sama2 kerja di KLBC Bistro di bangsar 15/16 yg lalu. Macam tak percaya kawan beliau dah meninggal. Ialah kwn jumpa beliau pun bila terakhir di Masjid jamek sewaktu DSAI dibicarakan. Boleh katakan setiap petang Arwah ada disana. AL FATIHAH. on AL- FATIHAH UNTUK UMAT MANUSIA Ridd on 11/2/14 ------------ |
Posted: 02 Nov 2014 05:30 PM PST KOMENTAR sila hentikan perangai malas membaca sila hentikan perangai malas berfikir sila hentikan perangai pak turut jadilah insan yang berfikir jadilah sosok yang gunakan akal jadilah isan yang sempurna INI KES ANJING TAHUN 1936 mufti kelantan pun ada anjing Anjing isu khilaf, umat Islam bebas ikut Syafi'i atau Maliki, kata cucu bekas mufti Umat Islam di Malaysia tidak perlu taksub kepada pegangan Imam Syafi'i semata-mata, mendakwa jilatan anjing ialah najis, tetapi perlu melihat isu itu dalam kerangka yang lebih luas, kata seorang cucu kepada bekas mufti Kelantan. Nik Abdul Aziz Nik Hassan berkata, soal jilatan anjing ialah khilafiah (isu yang mempunyai perbezaan pendapat di kalangan ulama), maka umat Islam diberi kebebasan merujuk hukumnya sama ada kepada mazhab Syafi'i atau Maliki. "Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berpegang kepada mazhab Syafi'i. Bagi Syafi'i, jilatan anjing dan anjing itu sendiri adalah najis. Bagi Imam Malik tidak begitu. Ia sangat jelas. "Bagi mazhab Maliki, air liur, peluh dan anjing itu sendiri tidak najis. Pendapat yang masyhur dalam pandangan Malikiah begitu. Bila timbul dua pandangan berbeza, sepatutnya kita dibenarkan bertaklid. "Inilah yang saya rasa pelik mengapa soal ini timbul masalah. Lainlah jika semua mazhab berpendapat anjing itu najis," katanya dalam satu wawancara. (Taklid ialah salah satu sumber hukum yang dibenarkan dalam agama Islam, iaitu dengan berpegang pada pendapat ahli hukum yang muktabar.) Aziz berkata isu jilatan anjing tidak perlu diperbesarkan di Malaysia kerana ia memperlihatkan kedangkalan ilmu masyarakat Islam dalam soal khilafiah. Katanya, isu berkenaan sudah pun dibahaskan secara mendalam di Kelantan pada 1937 yang akhirnya Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Muhammad IV menyerahkan kepada rakyat untuk berpegang kepada mana-mana pegangan mazhab. Polemik mengenai jilatan anjing sudah bermula sejak 1936 apabila Raja Kelantan, Tengku Ibrahim ibni Sultan Muhammad IV meminta pandangan ulama muda Nik Abdullah Wan Musa berhubung hasrat baginda memelihara anjing. Nik Abdullah memberi sudut pandang mazhab Syafi'i dan Maliki kepada baginda selain menerangkan jika terdapat lebih dari satu pandangan, umat Islam dibolehkan beramal dengan mana-mana pandangan tersebut. Aziz berkata Tengku Ibrahim gemar membela anjing dan Nik Abdullah sendiri pernah menasihati baginda untuk berpegang kepada pandangan mazhab Maliki bagi membolehkan baginda menunaikan solat lima waktu. Katanya, umat Islam tidak harus taksub berpegang kepada mazhab tertentu kerana keempat-empat mazhab iaitu Syafi'i, Maliki, Hanafi dan Hambali kesemuanya berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. "Pada prinsip asalnya, zaman Nabi Muhammad dan sahabat, tidak ada soal mazhab. Soal mazhab ini 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah. "Jika kita lihat kepada jiwa Imam Syafi'i sendiri, beliau pernah berkata sekiranya kita bertemu fakta lebih kuat dari apa yang dikatakan, ikutlah. Beliau sendiri pun tidak minta kita bertaklid kepadanya. "Malah, apabila beliau ke makam Imam Abu Hanifah, bagi memberi penghormatan, beliau melaksanakan ibadah mengikut apa yang dikehendaki Imam Abu Hanifah," kata Aziz kepada The Malaysian Insider. Bekas ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata, umat Islam di Malaysia tidak sepenuhnya berpegang kepada mazhab Syafi'i apabila terdapat amalan yang merujuk kepada mazhab lain. Contohnya, umat Islam di Malaysia secara lazimnya menunaikan zakat fitrah mengikut panduan mazhab Hanafi apabila membayar zakat berkenaan menggunakan wang ringgit. "Dalam soal zakat fitrah, kita ikut mazhab Hanafi, bayar dengan wang, bukan dengan makanan asasi. Kalau makanan asasi itu, prinsipnya berdasarkan Syafi'i. Kita sudah terkeluar di situ. "Apakah dalam soal anjing, kita tidak boleh ambil pandangan Imam Malik? Inilah yang dibahaskan di Kelantan dahulu. Pandangan setiap mazhab tidak mutlak. Bila ijtihad, tidak mutlak. Boleh jadi betul, boleh jadi salah. "Saya bukan hendak ingkar ulama tetapi apabila ada pandangan yang berbeza antara dua ulama, ikutlah mana satu yang kita mahu ikut," katanya. Aziz, 67, berkata tidak menjadi masalah umat Islam di Malaysia berpegang kepada mazhab Syafi'i namun perlu ada kelonggaran merujuk kepada mazhab lain. Katanya, Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda menuntut mereka yang pakar dalam agama berijtihad kerana jika ia benar, akan mendapat dua pahala dan jika salah, masih mendapat satu pahala. "Tidak menjadi masalah kita orang awam mengenal fiqah Islam melalui Imam Syafi'i, tetapi ulama mesti membebaskan pemikiran mereka dari imam besar ini. "Mereka boleh bertaklid kepada metodologi yang dikemukakan imam besar tersebut, kemudian keluarkan pandangan sendiri berasaskan Al-Quran, hadis dan lain-lain cara ijtihad." Ini berbeza dengan orang awam katanya, kerana mereka tidak ada kemampuan merujuk Al-Quran dan hadis berpandukan metodologi sebenar seperti dengan mengenalpasti kesahihan hadis dan memahami maksud di sebalik hadis. – 2 November, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anjing-isu-khilaf-umat-islam-bebas-ikut-syafii-atau-maliki-kata-cucu-bekas#sthash.YdPfMSaR.dpufKAH KAH KAH i have nothing to say i rest my case may lord --------- |
Posted: 02 Nov 2014 04:30 PM PST
Kritikan Tengku Razaleigh Hamzah pada saat-saat ini adalah sangat menggugat kedudukan kerajaan Persekutuan. Selaku mantan menteri kewangan, beliau masih punya pengaruh politik yang luas dan pandangannya masih berbisa dalam tadbir-urus kewangan negara. Belanjawaan 2015 merupakan ikhtiar Najib Razak bagi mengimbangi tuntutan fiskal dan keperluan rakyat. Dewan Rakyat sedang sengit membahaskan belanjawaan ini. Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST, adalah antara peruntukan penting dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015. Sebagai sebuah sistem percukaian yang berasas-meluas (broad-based) yang kononnya lebih adil, pentadbiran Najib telah berkempen agresif untuk rakyat terima propaganda mereka. KAH KAH KAH woit gasak sampai terburai hanya akan ditangguh jika satu juta rakyat berhimpun di dataran merdeka i have nothing to say i rest my case my lord -------------- |
AL- FATIHAH UNTUK UMAT MANUSIA Posted: 02 Nov 2014 06:00 AM PST AL-FATIHAH Tan Ah Kow setiap kali aku melintasi lorong itu setiap kali aku terlihat kerusi di warung itu setiap kali aku teringatkan kau setiap kali aku di tangkap mata mata ketika itu wajah kau muncul setiap kali aku di bawa ke mahkamah ingatan ingatan itu cerah kembali segar terpahat dihati rehatlah kawan ku kau telah pergi dahulu SETIAKAWAN Inilah semangat setiakawan bro TT....tiada ideologi pendatang @ perantau bahasa sanskrit....eeee senyum bila dengar khalimah sanskrit.. on AL-FATIHAH SEKALI LAGIAnonymous on 11/2/14 TERUS DI KENANG Subhanallah..Tan..jasamu disanjung.. semoga Allah memberkatimu dan dijauhkan dari apa2 siksaan.. berehatlah... on AL-FATIHAH SEKALI LAGIAnonymous on 11/2/14 PATIHAH kih...kih...kih.. kominih pun ada patihah jugak..kah..kah..kah Long live Mao Tse Tong..keh..keh on AL-FATIHAH SEKALI LAGIAnonymous on 11/2/14 HANYA UNTUK MUSLIM bhaiiii jika insan ini muslim x pe la Al-Fatihah .... tp kalu x jgn la ..... bab2 agama ni jgn la buat main2 ... gua tau lu sosialis tp botom line kita ni hamba Allah ... suka x suke kita akan tempoh juga alam akhirat ... smentara ada masa ni berubah la bhai on AL-FATIHAH SEKALI LAGIAnonymous on 11/2/14 HARI PEMBALASAN Uncle hisham....uncle dah meroyan ke ucap al fatihah kpd non-muslim? Jgn laa persendakan Allah. Bukan apa takut nanti di akhirat menyesal tak sudah. Kita hidup ni bukan nak bertungkat langit. Uncle percaya tak ttg kewujudan Allah dan hari pembalasan ni? on AL-FATIHAH SEKALI LAGIAnonymous on 11/2/14 --------------- |
Posted: 02 Nov 2014 05:00 AM PST jangan jual taik masam dalam botol kicap jangan jual keletong dizaman internet UMNO usah berdiam diri – TPMKUALA TERENGGANU 1 Nov. - UMNO tidak boleh lagi berdiam diri dan membiarkan pihak lain lebih terkehadapan dalam mempertahankan asakan yang semakin kuat mencabar kedudukan agama, raja-raja, hak-hak istimewa orang Melayu dan bahasa. Muhyiddin Yassin berkata, gejala yang meresahkan orang-orang Melayu dalan senario politik yang kini dianggap luar biasa keadaannya, perlu ditangani dengan lebih pantas dan berani. Muhyiddin membayangkan UMNO kini bersalut dengan imejnya yang dikatakan tidak seperti dahulu apabila ramai yang beranggapan ia sudah mulai longlai, tidak lagi tegas dalam memperjuang dan mempertahankan hak-hak Melayu yang semakin disanggah. KAH KAH KAH woit rakyat dah bosan dengan trik lama dah bosan dengar cerita raja dah muak dengan cerita hak istemewa dah bosan cerita jual agama rakyat nak tahu siapa upah sirul siapa upah azilah bunuh altantuya POOOORAAAH ------------ |
Posted: 02 Nov 2014 12:00 AM PDT APA DIA KES ANWAR IBRAHIM Biar saya terangkan disini sajelas mungkin. Pekara ini telah berkali kali saya nyatakan. Disini saya mengulangi apa yang pernah saya tulis. Lima belas tahun dahulu – 1998 - saya telah menulis pekara yang sama. Kali ini saya menulis sekali lagi kerana ramai pendatang baru – terutama anak anak muda – yang kabur tentang KES ANWAR IBRAHIM. Tuduhan yang dihadapkan kepada Anwar Ibrahim ini TIDAK – baca TIDAK - ada sangkut paut dengan undang-undang atau hukum hakam. Tuduhan ini BUKANtuduhan jenayah. Ini tuduhan politik. Tuduhan ini bertujuan untuk memastikan sosok yang bernama Anwar Ibrahim ini gagal dari mempengaruhi orang ramai. Tuduhan ini bertujuan untuk memalu dan memburukan nama Anwar. Tuduhan ini untuk memastikan Anwar boleh dipenjara. Nama yang telah dibusukkan dan sosok yang dipenjara dalam perhitungan Anak Lelaki Iskandar Kutty pasti akan menamatkan nafas politik Anwar Ibrahim. Kes ini akan menghalang Anwar dari dapat mempergaruhi orang ramai untuk menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation. Inilah sebenarnya Kes Liwat Azizan 1998. Ini jugalah maknanya Kes Liwat Saiful 2014. Tidak ada perbezaan. Cara konspirasi dijalankan dan cara mahkamah bertindak pada ahun 1998 dan tahun 2014 adalah sama. Tujuan dan ajenda asal tahun 1998 masih diteruskan pada tahun 2014. Azizan yang banyak bulu telah digantikan dengan Saiful Bukhari yang kurang bulu. Ini saja perbezaan hakiki. Pada tahun 1998 - Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Parti Ketuanan Melayu telah belot. Ini satu jenayah yang amat besar. United Malays National Organisation sebuah parti politik telah menjarah negara ini semenjak British mengundur – terperanjat besar apabila Anwar membelot. Kepimpinan parti yang mengakui mewakili dasar Ketuanan Melayu ini telah merompak dan melanun harta negara untuk mengkayakan anak isteri bini dan kroni. Rompakan ini berjalan secara gelap dan terbuka malah diketahui ramai. Tapi TIDAK ada 'orang dalam yang berani pecah lobang'. Si Anwar Ibrahim ini telah belot dan pecah lobang. Pecah lubang ini terjadi kerana pada tahun 1998 telah berlaku krisis ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis dunia. Krisis ekonomi bukan sahaja menimpa Malaysia malah diserata pelusuk dunia. Banyak syarikat kroni Ketuanan Melayu telah bungkus dan gulung tikar. Ketika krisis ekonomi ini berlaku Anwar ialah Menteri Kewangan. Anak Lelaki Iskandar Kutty juga di kenali juga sebagai Mahathir Muhamad ketika itu ialah Perdana Menteri. Anak Lelaki Iskandar Kutty memiliki dasar dan pendekatan yang berbeza dari Anwar dalam cara menangani krisis ekonomi 1998 ini. Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim lebih cenderong dan bersedia untuk menerima cadangan Bank Dunia dan International Monetary Fund ( IMF). Anak Iskandar Kutty ini merasa dasar yang diyakini oleh Anwar ini akan melungkupkan syarikat kroni dan juga syarikat Perkapalan Mirzan Cucu Lelaki Iskandar Kutty. Perbalahan dasar dalam menangani isu ekonomi telah berlaku. Anak Lelaki Iskandar Kutty disatu pihak dengan Tun Daim sebagai Panglima manakala Anwar Ibrahim disatu pihak dengan budak-budak Abim, Mat Ezam, Mat Azmin, Mat Khalid. Anwar Ibrahim juga disokong oleh peniaga-peniga 'baru muncul' yang hendak naik dan berkembang. Dalam suasana inilah Anak Lelaki Iskandar Kutty merasa bahawa Anwar Ibrahim sedang menyediakan 'kumpulan dan orang-orang' untuk mengenepikan dan menendang dirinya dari tampok kuasa. Mahathir Muhamad merasakan dirinya sedang dikepong oleh Anwar Ibrahim yang memiliki banyak jaringan. Justeru - satu konspirasi dirancang untuk menangkap dan memenjarakan Anwar Ibrahim. Hakikatnya – dalam kaca mata kumpulan penyamun – Anwar Ibrahim telah melakukan satu pembelotan besar. Anwar dilihat sebagai suara yang berani melawan. Ini amat-amat bahaya untuk sebuah parti politik yang selama ini kerjanya merompak dan melanun atas nama Orang Melayu. Maka muncul Jubur Azizan, jubur Sukma, pelacur India Kaki Berbulu, pelacur Mexico. Semua ini hanyalah berita untuk mengolah persetujuan orang ramai agar melihat Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden Parti sebagai orang jahat. Orang jahat wajib dipenjarakan. Kepada anak-anak muda, atau pembaca yang TIDAK mengetahui apa yang telah berlaku pada tahun 1998 mungkin terperanjat membaca tulisan saya ini. Mungkin melihat tulisan ini sebagai propaganda lucah lagi bohong. Jangan silap – saya tulis tentang Pelacur India Kaki Berbulu, jubur Azizan, jubur Sukma, pelacur Mexico, pelacur Korea – bunyinya memang lucah. Sebenarnya semuanya saya pungut dari laporan media milik United Malays National Organisation. Berita berita ini muncul pada minggu pertama sesudah Anwar dilucutkan kuasa – 20 September 1998. Pelacur-pelacur ini dilaporkan telah dilanggan oleh Anwar Ibrahim. Jika TIDAK yakin tentang apa yang saya tulis sila rujuk kepada Arkib Negara. Justeru saya terus mengajukan bahawa jenayah Anwar BUKAN meliwat pemandu kereta Wan Azizah bernama Azizan. Juga bukan jenayah meliwat Saiful. Jenayah Anwar Ibrahim ialah pembelotan. Anwar belot dan lari dari gedrombolan Ketuanan Melayu. Dari segi sejarah Anwar Ibrahim telah dipungut oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty untuk menjadi ahli gerombolan United Malays National Organisation. Anwar bekas aktivis pelajar dan juga bekas pemimpin belia dilihat memiliki ketrampilan pimpinan. Anwar juga memiliki rekod persekolahan, rekod agama dan pengalaman yang diperlukan untuk terus memanjangkan usia United Malays National Organisation. Kenapa Anwar belot? Dari segi pensejarahan - selama 16 tahun Anwar Ibrahim telah bersama dalam kumpulan perompak dan lanun. Anwar telah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri. Ketika dipuncak kuasa Anwar Ibrahim dikelilingi oleh segala macam jenis manusia. Sebagai Mat Santa Klause, sebagai Pemegang Mohor Gula Melaka - Anwar Ibrahim dikelilingi oleh pelbagai jenis semut yang 'gila projek'. Pelbagai jenis ' contract junkies' yang mahukan projek. Saya memanggil era ini – ZAMAN PINK FORM . Inilah kemuncak kuasa Anwar Ibrahim mengagih-agihkan 'borang saham ' kepada Melayu dan Bumiputera untuk mendadak menjadi kaya. Dalam masa yang sama menyokong Anwar Ibrahim ke tampok kuasa. Pada awalnya ketika ditampok kuasa – Anwar merasakan rompakan yang dilakukan oleh para lanun ini boleh dimaafkan. Tetapi apabila krisis ekonomi 1998 melanggar semuanya berubah. Para lanun dan penyamun dari United Malays National Organisation mahu Anwar membuka peti simpanan duit negara. Ringgat, dolar dan dinar harta negara ini dikhendaki oleh para lanun untuk menyelamatkan syarikat perniagaan mereka. Perkataan paling popular ketika itu ialah 'bail out' para kroni. Dasar ' bail out' para kroni ini menajamkan lagi perbezaan antara Mahathir Muhamad dengan Anwar Ibrahim. Akhirnya perbezaan ini meledak. Anwar dituduh meliwat dan dipenjara. Pada 28 dan 29 Oktober 2014 ini kes liwat ini diulangi. Justeru, saya cukup yakin Anwar akan kembali ke penjara. Disini saya ingin memberitahu bahawa MAHKAMAH wujud sebagai lembaga keadilan. Ini samalah juga saperti SPRM wujud untuk membentras rasuah. Sama juga dengan SPR wujud untuk mengendalikan pilihan raya. Ingin saya beritahu bahawa Mahkamah, SPRM atau SPR adalah jentera daulah. Dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia – jentera jentera daulah ini memiliki peranan yang sama dengan lembaga-lembaga daulah di London, di Sweden attau di Norway. Dalam buku, dalam kertas – memang mahkamah di Sweden atau di Denmak atau di Putrajaya tugasnya ialah untuk menegakkan keadilan. Tetapi dalam negara Dunia Ketiga saperti Malaysia – mahkamah ialah jentera dan alat daulah untuk menghukum sesiapa sahaja yang dianggap 'bahaya' oleh Rosmah, oleh Najib , oleh United Malays National Organisation. Mahkamah di Malaysia tidak ada sangkut paut dengan keadilan atau bercita-cita untuk menobatkan keadilan. Hukum dan undang-undang digunakan untuk menumpas mengalakkan dan memenjarakan musuh politik. Ini bukan tohmahan, Ini bukan fitnah. Biar saya beri tahu disini : 1998 Anwar dituduh meliwat Azizan dalam kondo Tivoli Villas Bangsar. Apabila Peguam Pembela membuiktikan tarikh Azizan diliwat bangunan yang bernama Tivoli Villas ini belum wujud..oppps... lalu tarikh liwat diubah suai. Ini bukan fitnah Hishamuddin Rais. Ini apa yang berlaku pada bicara tahun 1999. Dalam kes liwat Saiful - lupakan tentang jubur Saiful tersumbat plastik selama tiga hari. Ingatkan kembali bagaimana Si Saiful ini telah pergi mengadap Rosmah dan Najib sebelum membuat aduan polis. Apabila pekara ini dihebohkan media Najib telah menerangkan bahawa Saiful ini datang ke rumahnya untuk bertanyakan hal biasiswa. Najib berkata Si Saiful ini ingin belajar untuk menjadi juruterbang. Ini bukan fitnah Hisdhamuddin Rais. Ini laporan media. Saya TIDAK akan meragui kejujuran dan baik hati para pembaca yang masih berharap keadilan akan dinobatkan pada 28 dan 29 Oktober. Saya juga angkat tabik penuh hormat kepada sesiapa sahaja yang akan turun ke Putrajaya untuk bersetiakawan dengan Anwar Ibrahim pad a pagi 28 dan 29 Oktober ini. Salut. Kepada kawan-kawan para Reformis dan anak anak muda yang akan turun ke jalan raya saya ada pesanan: Jika inilah harga yang wajib dibayar Maka inilah harganya Datanglah penjara tali gantung Perjuangan ini tetap disambung - (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN terbaru sesiapa ingin melanggan akhbar minggun ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 -------------- |
Posted: 01 Nov 2014 10:38 PM PDT SOKONG Ala TT..penceramah ini pun manusia. Ada nafsu syahwat. Jadi xdak salah dia menoron bini dia. Setelah penat berceramah, berehatlah. Bini mmg utk ditoron. Bukannya dibuat hiasan dinding, kemudian tak pancut2. Rugi. Mainlah sehingga berlemoih celah kangkang pun, kami tak heran. Asalkan jangan buang bayi sudah la. on SIAPA PUNYA KERJA Publish | Delete | Spam Anonymous on 11/2/14 NOTA kah kah kah siapa ambil gambar kah kah kah ANUGERAH ALLAH woi...apa kena dengan video anwar anugerah allah. adakah pelanduk dua serupa ?poorahh kahkahkah. on SIAPA PUNYA KERJAAnonymous on 11/2/14 DUA TEORI Dua teori...yang shot to bini no 1 ke 2....twoplet... triplet...sekali main salah ke....atao....tukqng shot ni buta teknologi...dio ingat cabut memori card boleh settle semua gambar....pui...kena sambung komputerlah kalau mau cusiiiiiii......gentot pandai..ghairah pandai....anggleshot pandai......cusiiiii fhone gagal....kakkakaka...rasainloh..mdua tiru stail najiblah tu...senyap je....biar orang pening...nak pening apa bhai..lagi berselerakkkkkkk.....jawappppppp...... on SIAPA PUNYA KERJA DD KAYBEE on 11/2/14 SIAM PUNYA KERJA TT, sebenarnya pelanduk dua serupa bukannya asing.Tetapi kalu kat Siam sana, ada studio untuk buat pelanduk bermacam rupa. Nak buat muka Madet main seks ka, Najib Tuya ka, Brahim ali ka. zul bisul semua boleh. Jangan risau kalu nak tau cerita tanya umnongok.Dia orang ni banyak suka buat fitnah dan buat cerita seks, bila orang melayu dah tak sokong mereka. Tapi bila selalu menipu mana lagi orang percaya pada cerita seks mereka.Kenapa video seks najib monggolia tak dibuat?mereka boleh buat tapi saja tak mau buat.sudahlah,cerita seks ni hanya melayu umnongok dan makcik dan pakcik felda saja yang percaya. Kalu tanya Datu T, three stooges tu.mana ada betul pun.Yang betul lagi sah Rahim anak tambi main seks dengan budak2 dan rais perogol memang benar.Masa akan menentukan.Tunggu bila anak muda dah jadi kuat dan orang tua semua dah mati,ini semua akan terbongkar.kah..kah..kah.. on SIAPA PUNYA KERJA Publish | Delete | Spam Anonymous on 11/1/14 CERITA BLUE orang orang melayu tengok cerita blue ini memang pandai. kalau tak blue , tak bahalol lah bangsa bangsa melayu. pelandok dua serupa ? tak perlu , sendiri tengok kontol sendiri cukup dah.. kontol anwar besar ke kechik , tengok kontol sayfool...yang ter barai lah hero nya. tak kan lah ustaz tu bahalol gila nak ngentot depan camera ; okaylah... mat monggol boleh action. i give up ! on SIAPA PUNYA KERJA Anonymous on 11/1/14 PELANDOK LUAR NEGARA Pelanduk tu pelanduk luar negara la bhaiii... Polis mesia nak tangkap cam ner? on SIAPA PUNYA KERJA ------------- |
SATU LAGI JANJI BANI KETUANAN MELAYU Posted: 01 Nov 2014 09:30 PM PDT JANJI BANI KETUANAN MELAYU Janji tiada lagi maklumat tidak tepat – Noh OmarKUALA LUMPUR 1 Nov. – Badan Perhubungan UMNO Selangor memberi jaminan bahawa kegagalan memberi maklumat tepat kepada Najib Razak sebagaimana berlaku pada pilihan raya umum lalu tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan. Pengerusinya, Noh Omar berkata, beliau boleh merasai betapa kecewanya Najib ke-rana Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu diberi taklimat mengenai jaminan bahawa parti tersebut boleh menang tetapi akhirnya keputusan lebih buruk dicapai. "Ini satu cabaran kepada saya. Dalam pilihan raya umum lalu mungkin beliau diberikan taklimat dan keyakinan BN boleh menang tetapi kalah lebih teruk, jadi tentunya satu perasaan yang saya boleh rasa, beliau cukup kecewa dengan apa berlaku. KAH KAH KAH woit rahsia dah bocor kah kah kah mat mongol kena kelentong kah kah kah maknanya ada malaon yang sudah kemut duit bagi laporan terbaik dapat sen kah kah kah woit senatak mat ezam bila nak tendang noh omar satu selangor sedang tunggu baru cuuuuuun KAH KAH KAH ------------ |
Posted: 01 Nov 2014 08:30 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan