Isnin, 10 November 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SIAPA KANG KONG INI?

Posted: 10 Nov 2014 05:49 PM PST




KOMENTAR
kang kong ini telah lama menjalar
dilihat menjadi rujukan
tapi kang kong ini
hanyalah saekor kang kong

sila teka siapa 
profesor kang kong ini?




AHLI MAJLIS PROFESOR NEGARA, PROFESOR UMK DITUDUH CIPLAK UNTUK TESIS PHD?


Seorang Profesor dan penganalisis politik terkenal dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berhadapan tuduhan plagiat yang serius dalam menyiapkan tesis kedoktoran beliau di sebuah universti di luar negara.
Seorang pensyarah universiti yang sama telah membuat laporan polis pada 1 November lalu di balai polis Bachok.
Menurut sumber, pensyarah terbabit mendapati keseluruhan bab pertama tesis tersebut diciplak dari kandungan sebuah buku tulisan orang lain. Hanya istilah-istilah tertentu sahaja di Malaysiakan bagi menyesuaikan dengan tajuk tesis terbabit.
Beliau juga mendakwa terdapat bahan-bahan rujukan untuk tesis tersebut juga datang dari sumber yang tidak sah dan penerbit yang tidak wujud. Pensyarah itu juga khuatir profesor terbabit telah menipu universiti luar negara kerana menggunakan rujukan-rujukan dari Malaysia yang sebenarnya tidak wujud.
Selain itu, pensyarah tersebut juga menulis 155 pertuduhan membabitkan "kecurangan akademik dan pentadbiran" ke atas profesor terbabit termasuk mendakwa beliau mengaku pernah menjadi juri di Cannes film festival .
Suara.tv dimaklumkan profesor terbabit merupakan seorang yang aktif memberi analisis politik dan sering keluar di saluran Astro Awani dan RTM suatu ketika dulu. Beliau juga beberapa kali kelihatan menjadi moderator dalam program-program Majlis Profesor Negara.
Sumber juga memaklumkan sehingga hari ini pihak UMK dikatakan masih belum mengambil apa-apa tindakan ke atas Profesor ini.
KAH KAH KAH
woit
sepandai pandai
kang kong menjalar
akhirnya makan taik juga

KAH KAH KAH

---------

SATU CADANGAN

Posted: 10 Nov 2014 05:15 PM PST





SATU CADANGAN
Hj Hadi wajib berundur memimpin Pas demi maruah Pas dan dirinya. Jadilah Mubaligh lebih sesuai bagi Hadi. Tumpukan waktu dlm usia tua ini menulis kitab agama yg ada nilai akademik. Abad ini bukan selayaknya bagi Hadi utk pimpin anak muda yg mempunyai visi politik islam progresive bukan islam extremis . 


Islam dekad ini memerlukan iltizam inclusive bukan exclusive. Islam milik Allah ini seharusnya melindungi digniti kemanusiaan setempat bahkan global. 

Islam abad ini harus diterjemah menegakkan maaruf dan mencegah mungkar secara lebih bijaksana , agar Islam pemilik Allah ini bersifat Adil atas seluruh makhluk diatas bumi Nya. on SEORANG NELAYAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/10/14

---------

HUTANG HUTANG OH HUTANG

Posted: 10 Nov 2014 04:30 PM PST







PERJANJIAN HUTANG 1MDB JELAS MEMBUKTIKAN KERAJAAN MALAYSIA BERTANGGUNGJAWAB MENANGGUNG HUTANG 1MDB

Saya difahamkan bahawa akhbar kewangan The Edge telah pun menyiarkan surat sokongan Kerajaan Malaysia kepada pemegang-pemegang bon hutang 1MDB. Bersama-sama ini saya edarkan mukasurat penting dari perjanjian hutang 1MDB itu seperti berikut:

1.       Muka depan perjanjian yang mengesahkan bahawa Kerajaan Malaysia terbabit memberi Surat Sokongan dalam penerbitan hutang berjumlah USD$3 bilion oleh 1MDB yang diatur oleh Goldman Sachs International
2.       Mukasurat 2 – mengesahkan bahawa terma Surat Sokongan turut dimuatkan di dalam perjanjian
3.       Mukasurat 19 dan 20 – menjelaskan apa tanggungjawab Kerajaan Malaysia mengikut terma Surat Sokongan dan bagaimana tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Kerajaan Malaysia
4.       Mukasurat 70 – mengesahkan status Surat Sokongan dan kedudukannya berbanding hutang-hutang Kerajaan Malaysia yang lain
5.       Mukasurat 86 hingga 88 – Surat Sokongan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dan disiarkan oleh The Edge

Saya meneliti kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan yang cuba untuk bersembunyi di sebalik perkara teknikal selepas saya mengancam untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Keistimewaan Dewan kerana boleh dikira berbohong kepada Dewan Rakyat. Kenyataan ringkas itu mengaku bahawa Kerajaan Malaysia ada mengeluarkan Surat Sokongan tetapi beliau tetap menafikan kononnya Surat Sokongan itu bukanlah satu jaminan.

Untuk menentukan sama ada terma Surat Sokongan yang dikeluarkan itu mempunyai makna dan kesan yang sama sebagai satu jaminan Kerajaan Malaysia, saya rujuk kepada perenggan-perenggan berikut:

1.       Mukasurat 20, perenggan 2 – secara jelas dinyatakan bahawa sekiranya Kerajaan Malaysia gagal membuat bayaran seperti yang terkandung di dalam Surat Sokongan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Kerajaan Malaysia di Mahkamah England. Apabila keputusan terhadap Kerajaan Malaysia telah dikeluarkan oleh Mahkamah England, Kerajaan Malaysia tidak ada pilihan dan perlu mengikuti perintah membayar yang dikeluarkan oleh mahkamah itu.
2.       Mukasurat 20, perenggan 3 dan 4 – secara jelas menyatakan bahawa apabila keputusan telah dibuat oleh Mahkamah England, keputusan terhadap Kerajaan Malaysia itu boleh didaftarkan di Mahkamah Malaysia untuk diambil tindakan.
3.        Mukasurat 70, perkara 3 – secara jelas mengakui bahawa tanggungjawab Kerajaan Malaysia bersabit hutang yang diperakui di dalam Surat Sokongan adalah sama atau lebih tinggi dari tanggungjawab hutang Kerajaan Malaysia yang lain
 
Mengambil kira perkara-perkara ini yang telah jelas terkandung di dalam Surat Sokongan, bolehlah disimpulkan bahawa tanggungjawab Kerajaan Malaysia adalah untuk menanggung hutang 1MDB ini sekiranya ia tidak mampu dilangsaikan.

Ini samalah dengan makna dan kesannya jika Kerajaan Malaysia menjamin hutang ini seperti biasa. Bezanya, jaminan hutang Kerajaan Malaysia perlu dilaporkan kepada Dewan Rakyat dan disebut di dalam Penyata Kewangan Kerajaan, sedangkan jaminan yang disembunyikan melalui Surat Sokongan seperti ini tidak perlu dilaporkan.

Saya masih beranggapan Timbalan Menteri terbabit cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan beliau dan akan tetap memfailkan usul untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Keistimewaan Dewan.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN 
10 November 2014




------------

INI BUKAN RAJA LAWAK

Posted: 10 Nov 2014 05:30 AM PST





CHINA DOLL
Macam mana rasanya dapat layanan 40 malaikat perawan disyurga? Apa bezanya dengan 40 chinadoll didunia? on ULAR MAK BERKATA KATA
Anonymous
on 11/9/14


TENGOK AJE
Hehehhe....nak tau orang pmpuan dapat apo kek syurga.....nak tau sangat ke....haaaahhh...orang pompuan dapat TENGOKKKK....jeeeeeee.......hahhahaaahahaba....tengok pinggan...tengok laki dio kena himpit bidadari...tengok susu mengalir...tengok emas emas...tengok cahaya suci...kak mah dia advance...dio ngan bini dio dapat rasooo....rasa....rasa kasih sayang iblis dengan api apinya......aminnnnnnn..... on ULAR MAK BERKATA KATA
DD KAYBEE
on 11/9/14






----------

ROSMAH DAN NAJIB BAWA LARI DUIT

Posted: 10 Nov 2014 04:05 AM PST






KERUGIAN 1MDB BAGI TAHUN KEWANGAN 2014 LEBIH BESAR JIKA TIDAK KERANA NILAIAN SEMULA ASET

Keputusan kewangan 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM665 juta, iaitu satu jumlah kerugian yang begitu besar memandangkan keadaan ekonomi yang kian sukar dan menekan rakyat.
 
Bersama-sama ini saya sertakan petikan Penyata Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan bagi 1MDB yang telah diaudit dan difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Kedua-dua penyata ini akan menunjukkan bahawa kedudukan kewangan 1MDB dan prestasinya setakat ini adalah lebih teruk dari dijangkakan.

Bagi tahun kewangan 2014, perbelanjaan 1MDB iaitu perbelanjaan pengurusan dan bayaran faedah dan khidmat kewangan telah meningkat 52% dari RM2.47 bilion (2013) kepada RM3.76 bilion (2014). Sebagai gambaran besarnya jumlah perbelanjaan ini, kos pengurusan dan faedah hutang sebanyak RM3.76 bilion adalah hampir sama dengan peruntukan BR1M bagi 2014 sebanyak RM4 bilion.

Saya juga ingin menarik perhatian rakyat kepada prestasi kewangan sebenar 1MDB. Setiap tahun, 1MDB melakukan nilaian semula ke atas harta-hartanya yang diambil kira dalam menentukan untung rugi tahunan. Bagi tahun 2013, harta-hartanya telah dinilai semula dan peningkatan sebanyak RM2.74 bilion dicatatkan sebagai keuntungan. Jika tidak kerana nilaian semula sebanyak RM2.74 bilion ini, 1MDB sebenarnya mencatat kerugian sebanyak RM1.96 bilion dalam tahun 2013.

Keadaan yang sama berlaku dalam tahun 2014. 1MDB telah membuat nilaian semula ke atas harta-hartanya dan peningkatan nilai berjumlah RM897 juta telah diambil kira. Jika nilaian semula ini tidak dibuat, prestasi kewangan sebenar 1MDB bagi tahun 2014 ialah mencatat kerugian sebanyak RM1.56 bilion.

Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 pula mengesahkan bahawa hutang terkini 1MDB (Borrowings) telah mencecah RM42 bilion.

Oleh yang demikian, prestasi sebuah syarikat yang rugi berbilion-bilion ringgit tiap-tiap tahun dari aktivitinya (tidak termasuk perubahan perakauan atau accounting adjustments seperti nilaian semula harta) dan berhutang sedemikian tinggi sudah tentu mengundang soalan tentang pengurusan dan kewajaran perniagaan syarikat itu.

Dalam konteks 1MDB, perkara ini lebih sensitif kerana hutang-hutang 1MDB dijamin Kerajaan Malaysia. Sebuah syarikat yang secara berterusan mengalami kerugian sebegini memberi gambaran ia bukanlah syarikat yang mampu membayar hutang-hutangnya da nada kemungkinan risiko muflis yang tinggi – yang akhirnya akan menyebabkan hutangnya ditanggung rakyat.

Malah, harta-hartanya yang dinilai semula setiap tahun untuk menutup kerugian tersebut termasuklah juga hartanah terbaik negara seperti tanah-tanah kerajaan di sekitar Kem Udara Sungai Besi yang kini dibangunkan sebagai Tun Razak Exchange. Hartanah-hartanah ini disuntik ke dalam 1MDB oleh kerajaan.

Saya mengajak rakan-rakan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional untuk turut membuka mata bahawa tidak ada sebarang syarikat kerajaan sebelum ini yang menanggung kerugian berbilion ringgit setiap tahun seperti 1MDB. Prestasi kewangan 1MDB dan risikonya kepada rakyat perlu dibahaskan secara jujur dan saya berharap apabila usul khas mengenai 1MDB difailkan di Dewan Rakyat, rakan-rakan Ahli Parlimen Barisan Nasional akan turut menyokong.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
 10 November 2014



--------------

KESAH JAI DAN EZI

Posted: 09 Nov 2014 09:09 PM PST




Sentuh anjing isu pemisahan identiti dan 

hegemoni, bukan agama, kata aktivis 


Jai, anjing peliharaan Hishamuddin Rais.Anjing diumpamakan "sahabat baik manusia" dan bagi pencinta haiwan seperti aktivis Hishamuddin Rais, Ezi dan Jai merupakan dua rakan karib yang setia menemaninya setiap kali pulang ke rumah.

Jai, anjing jantan baka "pug" berumur 10 tahun, buta sebelah mata dan kurang pendengaran, manakala Ezi, anjing pedigree betina pemberian Orang Asli Pertak di Hulu Selangor semasa melawat kawasan perkampungan suku kaum Temuan itu.
"Saya juga ada Siti (kucing) dan  seekor kura-kura. Apabila bercakap, mereka seolah-olah memahami dan membina karakter saya.
"Kalau saya stress mereka akan menenangkan keadaan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Berdepan dengan risiko tiga tahun penjara mengikut Akta Hasutan 1948 atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan pada 13 Mei 2013, Hishamuddin bimbang nasib dua ekor sahabatnya tidak terjaga jika mahkamah mendapati beliau bersalah dalam kes itu.

Ezi, anjing peliharaan Hishamuddin Rais."Kalau saya stress mereka akan menenangkan keadaan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Berdepan dengan risiko tiga tahun penjara mengikut Akta Hasutan 1948 atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan pada 13 Mei 2013, Hishamuddin bimbang nasib dua ekor sahabatnya tidak terjaga jika mahkamah mendapati beliau bersalah dalam kes itu.

"Jika masuk penjara salah satu kesedihan saya bukanlah hilang hak kebebasan, tetapi siapa mahu jaga anjing saya? Perkara ini sudah lama difikirkan.

"Tidak mungkin saya tinggalkan Malaysia seperti dahulu kerana saya sudah ada tanggungjawab terhadap binatang peliharaan," katanya yang pernah melarikan diri selama lebih 20 tahun selepas diburu kerajaan kerana kebangkitan mahasiswa pada 1974.

Katanya, memelihara anjing di kalangan masyarakat Melayu bukan sesuatu yang baru dan janggal kerana saudaranya di kampung di Negeri Sembilan juga sejak dahulu turut memeliharanya bagi tujuan menjaga kawasan rumah dan kebun.

Selain isu Pak Mie, warga emas yang memelihara beratus ekor anjing terbiar di Kedah serta pelatih anjing Maznah Yusof atau dikenali sebagai Chetz yang pernah ditahan polis kerana video menyambut hari raya bersama anjing, beliau yakin

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sentuh-anjing-isu-pemisahan-identiti-dan-hegemoni-bukan-agama-kata-akt#sthash.1LxurST5.dpuf


KAH KAH KAH

i rest my case
with my dogs
my lord

KAH KAH KAH

------------

BALAK SUDAH SAMPAI

Posted: 09 Nov 2014 07:39 PM PST






FACE BOOK



Meraka semua gagal sebagai ahli parlimen kerana
1. Gagal menghadiri persidangan Parlimen
2. Tiada isu sensasi yang dikemukakan oleh mereka
3. Meraka adalah musuh pakatan Rakyat.
4. Mereka gagal membela nasib pengundi kawasan mereka
5. mereka hanya syok sebagai ahli parlimen saja.
6. Mereka Takut membahas isu isu semasa di parlimen
7. Mereka adalah ahli parlimen yang dimenangkan oleh pengundi pakatan



















KAH KAH KAH

apa punya tuuuur
balak sudah sampai

KAH KAH KAH
----------

Tiada ulasan: