Sabtu, 1 November 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


NAJIB PUN TAHU MALU

Posted: 01 Nov 2014 07:18 PM PDT





PM 'letih, malu' BN digelar pembangkang S'gor

Oleh itu parti berkenaan perlu berani berubah untuk merampas semula pentadbiran negeri, kata Najib.

"Saya rasa letih dan sangat memalukan apabila kita (BN) dipanggil pembangkang.

"Saya tahu anda semua rasa letih dan malu juga," katanya dalam ucapan di konvensyen Umno Selangor hari ini.



Sokongan terhadap PM menurun banding Ogos

BANGI - Sokongan pengundi Malaysia terhadap cara  Najib Razak mengendalikan tugasnya menurun kepada 48 peratus bagi Oktober berbanding 54 peratus pada akhir Ogos lalu.

Tinjauan terbaharu oleh pertubuhan penyelidikan bebas Merdeka Centre itu dijalankan antara 11 dan 26 Oktober lalu.

Menurut Merdeka Centre, penurunan sokongan itu dipercayai akibat pengurangan subsidi bahan api pada 2 Okt
ober.


MESTI LAH MALU 
KENA SIKU 
DEPAN TETAMU PRESIDEN JOKOWI



KAH KAH KAH

woit
pastilah letih
pastilah malu
letih kerana
tak ada sokongan
malu kerana
orang  ramai tahu
najib takut bini
apa punya tuuuur

KAH KAH KAH
-----------

TERBUKTI SUDAH

Posted: 01 Nov 2014 06:30 PM PDT




KOMENTAR

kini terbukti
bahawa allah 
bukan milik
bani ketuanan melayu
terbukti
bahawa allah bukan
monopoli bani ketuanan melayu

allah untuk anak semua bangsa
diatas bumi manusia

Laporan semalam menyebut, bahan penerbitan berkenaan yang mengandungi kalimah 'Allah' itu dirampas kerana timbul "keadaan syak" apabila penerbitan berkenaan diturunkan ke terminal utama KLIA2.



-----------

AL-FATIHAH SEKALI LAGI

Posted: 01 Nov 2014 04:30 PM PDT




AL-FATIHAH

Tan Ah Kow
24 0ktober 1953 - 2 nov 2006


setiap aku aku melintasi lorong itu
setiap kali aku terlihat kerusi
di warung itu
setiap kali aku
teringatkan kau
setiap kali aku di tangkap mata mata
ketika itu
wajah kau muncul
setiap kali aku di bawa ke mahkamah
ingatan ingatan  itu cerah kembali
segar terpahat dihati

rehatlah
kawan ku
kau telah pergi dahulu


------------

LEBIH BERANI LAGI

Posted: 01 Nov 2014 07:00 AM PDT




LEBIH BERANI RASUAH

LEBIH BERANI GANAS





UMNO perlu lebih berani jika mahu kekal sebagai pembela rakyat - Muhyiddin

KUALA TERENGGANU: UMNO perlu mengatur langkah baharu dan tidak lagi boleh bertindak seperti biasa memandangkan parti keramat ini merupakan harapan kepada orang Melayu yang mahu parti lebih berani untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara.
KAH KAH KAH

woit
lebih berani apa?
lebih berani tipu
lebih berani rasuah
lebih berani kelrntong
lebih berani bunuh rakyat
lebih berani kerja denhan
cukong lendir
lebih berani rembat tanah orang kampong
woit
lebih berani apa

apa punya tuuuur

KAH KAH KAH

LEBIH BERANI 
RUNTUH RUMAH




------------

SIAPA PUNYA KERJA

Posted: 01 Nov 2014 05:00 AM PDT





KOMENTAR
siapa punya kerja
siapa punya rancangan
soalannya kamera siapa



10,000 hadiri kuliah Jumaat Ustaz Azhar Idrus
KOTA BHARU - Biarpun dikaitkan dengan video seks indiviu mirip beliau, namun penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetap menjadi perhatian dan diterima masyarakat.

Ini terbukti apabila kuliah Jumaat yang disampaikan beliau di Dataran Ilmu mendapat sambutan hebat daripada rakyat Kelantan dengan kehadiran hampir 10,000 peminat dari seluruh pelosok negeri ini.

Bagaimanapun usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan UAI berhubung video seks yang tersebar di laman sosial Facebook baru-baru ini gagal, setelah dihalang pihak keselamatan.

Baru-baru ini peminat UAI digemparkan dengan penyebaran sebuah rakaman video memaparkan adegan di atas katil membabitkan seorang lelaki mirip beliau dengan seorang wanita.

KAH KAH KAH

woit
pasal apa gagal
nak dapat komen
pasal apa dikawal?

dikatakan pelanduk
dua serupa

soalan kurun ini
kenapa tak tangkap
pelanduk itu
apa yang nak
disorokan oleh
sang pelanduk itu
poooorah 

KAH KAH KAH


----------

MASA DEPAN SABAH DAN SARAWAK

Posted: 01 Nov 2014 01:40 AM PDT




Persempadanan Semula DUN  Negeri Sarawak


Saya ingin merujuk laporan bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak telah menerima Draf Rang Undang-undang persempadanan semula KADUN negeri Sarawak yang mencadangkan penambahan Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) dari 71 kerusi ke 82 kerusi. RUU tersebut dijangka akan dibahaskan di DUN Sarawak apabila DUN bersidang antara November 11 hingga 19. RUU ini juga akan melibatkan pindaan perlembagaan negeri Sarawak

Ini bermaksud proses persempadanan semula SPR telah bermula secara rasmi.

Saya ingin menyeru ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak baik dari Pakatan atau BN untuk menolak sebarang penambahan kerusi DUN.

Penambahan kerusi akan mengurangkan suara para ADUN dalam DUN disebabkan penambahan jumlah ADUN. Semakin ramai ADUN, semakin kurang suara, kuasa dan pengaruh ADUN-ADUN. Semakin ramai ADUN, semakin hebat persaingan untuk meminta peruntukan untuk kawasan masing-masing khususnya dari kawasan luar Bandar dan pendalaman. Akibatnya, peruntukan untuk memenuhi permintaan ADUN pun akan berkurangan kerana peruntukan tidak akan mencukupi untuk ADUN yang semakin bertambah.

Di Amerika Syarikat, sejak 1911, Kongress telah menghadkan jumlah ahli parlimen pada 435 congressmen untuk memelihara kuasa dan pengaruh ahli-ahli Parlimen. Di India, jumlah Ahli Parlimen telah dihadkan kepada 552 MP sahaja demi tujuan yang sama.

Dimanakah justifikasi penambahan kerusi SPR berdasarkan penambahan populasi pengundi, jika kawasan Parlimen India mempunyai purata 15 juta pengundi satu kawasan? SPR harus menjawab persoalan tersebut. 

Dengan penambahan 11 kerusi DUN, SPR seolah-olah mencadangkan "Peaceful Solution" untuk menyelesaikan pertembungan politik BN negeri Sarawak dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang mempunyai 9 ADUN. Penambahan 11 kerusi atau sebanyak 15.5% amatlah drastic dan mengejutkan. Selama ini, umum menganggap SPR hanya akan menambah paling banyak 6 kerusi DUN Sarawak. SPR harus menjawab apakah rasional penambahan mendadak kerusi-kerusi tersebut. Jika gagal menjawab persoalan-persoalan tersebut, rakyat akan menganggap SPR diperalatkan oleh pemerintahan BN.

Dengan penambahan kerusi di negeri Sarawak, PKR menjangka RUU persempadanan kerusi di Parlimen juga akan dilaksanakan dalam bulan November ini. Kami menjangka penambahan 6 kerusi baru Parlimen dari negeri Sarawak dalam RUU persempadanan semula di Peringkat Parlimen. Penambahan 6 kerusi Parlimen dari 31 kerusi sekarang juga bersamaan dengan 20% penambahan kerusi Parlimen Sarawak. Tujuan ketara ini juga dilihat untuk mengukuhkan kuasa UMNO/BN dari negeri-negeri "fix-deposit". Pakatan harus membuat persediaan yang secukupnya untuk menghadapi RUU ini.

Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen Bayan Baru
Pengarah Strategi Parti KEADILAN






-------

SIAPA UPAH SIRUL DAN AZILAH

Posted: 31 Oct 2014 10:00 PM PDT




MAHKAMAH MALAYSIA
Umi kalsom dituduh mau kahwin anggota isis untuk manafaat isis....motif dia...dia mau terbang ke brunei dan terus ke turkey dari klia 2...maslah dia...belum amput apalagi mau kahwin dan tunang sudah oena tangkap...tinggi betul imaginawlsi igp malaysia ni yer...benda belum jadi dah btindak...mcm GOD lahhhhhh...

nuuu althanthuya dan hancur lebur..dah meletupdah....dah bertahun dah....kenapa masih belum ada yang kena tangkap.....hebat polis dunia ketiga........hebat...nanti aku hasut semua anak buah aku masuk polis dan jadi hebat mcm polis malaysia...syabas inspetor sahaap....bangga jadi polis....hebat....... on INI MAHKAMAH MALAYSIA
Publish | Delete | Spam
DD KAYBEE
on 10/31/14



-------------

LAGI BUKTI KEZALIMAN

Posted: 31 Oct 2014 09:30 PM PDT







Kenaikan Tambang Bas Ekspress : Rejim Putrajaya Jangan Tambah Derita Rakyat
Kerajaan Pemerintah seringkali menggunakan alasan bahawa rasionalisasi subsidi bahan bakar Petroleum akan memberikan manfaat kepada pengangkutan awam. Penjimatan yang terhasil ekoran daripada rasionalisasi itu akan digunakan untuk menambahbaik pengangkutan awam.

Namun, hari ini segala kata-kata itu terbukti meleset setelah Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Syed Hamid Albar mengumumkan cadangan kenaikan tambang bas ekspress sebanyak 30%. Hal ini ekoran daripada kesulitan operator bas ekspress yang menanggung beban peningkatan kos operasi kerana kenaikan harga bahan bakar diesel.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah berulang kali menyatakan bahawa rasionalisasi subsidi ini akan memunculkan kesan rantaian terhadap harga barangan dan perkhidmatan. Namun, Kerajaan Pemerintah yang pekak dan buta ini tidak mampu melihat dan mendengar rintihan hati rakyat kebanyakan.

Semasa rejim Abdullah Badawi menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen seliter juga menggunakan alasan yang sama. Namun, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) pada 2011 mendedahkan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) mencatat kerugian terkumpul sehingga 31 Disember 2010 berjumlah RM293.82 juta. Pemerkasaan yang diingini tidak berlaku tetapi kerugian yang membesar pula yang berlaku.

Kegagalan rejim Putrajaya mengurustadbir hasil negara ini dengan baik telah menyebabkan ketidakmampuan negara untuk mengekalkan pemberian subsidi bahan bakar petroleum. Putrajaya sepatutnya tidak meneruskan hasrat merasionalisasikan subsidi bahan bakar sebaliknya membuat penilaian terhadap pelaburan-pelaburan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang terus mencipta kerugian besar.

Sebagai contoh 1MDB yang mencatatkan kerugian hampir RM35 billion merupakan antara siri kegagalan Putrajaya yang akhirnya mengempiskan kantung perbendaharaan negara. Keputusan pelaburan yang merugikan perlu dihentikan segera. Putrajaya tidak sepatutnya mengheret rakyat menanggung beban ketidakmampuan rejim ini untuk memerintah.

SAMM mendesak Putrajaya untuk menilai semula cadangan kenaikan 30% ini. Kenaikan ini adalah terlalu tinggi dalam keadaan rakyat bergelut dengan tekanan kenaikan kos sara hidup. Apa pilihan lagi yang ada pada rakyat sekiranya tambang bas ekspress ini juga dinaikkan dengan drastik? Hendak memandu sendiri bebanan kos minyak dan tol menjadi perkiraan, hendak naik bas ekspress juga tambang sudah menjadi begitu mahal.

Sehubungan itu juga, SAMM menegaskan agar Putrajaya tidak mengulangi lagi kesilapan-kesilapan dalam membuat keputusan yang menjejaskan kualiti hidup rakyat. Cukuplah dengan kesilapan bodoh membiarkan rasuah berleluasa, ketirisan dalam perbelanjaan negara, menubuhkan GLC yang hanya tahu mencipta kerugian dan juga merasionalisasikan subsidi. Janganlah ditambah derita rakyat ini lagi.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia





---------------

ADA PARTI BARU

Posted: 31 Oct 2014 07:38 PM PDT







Tidak perlu Pasma, cukup hanya Pas dalam PR

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat mendakwa hampir seluruh rakyat Terengganu terutama penyokong Pas menolak Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

Menurutnya, kesemua mereka faham hanya Pas yang bersama-sama PR dan tidak perlu bergantung pada mana-mana saluran selain parti itu dalam menjayakan matlamat mengukuhkan PR di negara ini.

Beliau berkata, pendirian parti dalam Muktamar Tahunan Pas cukup jelas apabila Pas sebulat suara memutuskan bahawa parti itu tetap bersama PR dan tidak akan menjalin sebarang gabungan dengan Umno dan BN.

"Jadi, tiada sebab Pasma ini wujud. Kita anggap Pasma ini macam antah beras. Langsung tidak memberi ancaman kepada Pas, hanya kedengaran suara-suara sumbang sahaja," katanya kepada Sinar Harian, di sini.



Hanafiah menjelaskan bahawa di pihak Pas, ahlinya komited dengan perjuangan parti itu dan bersedia membantu dalam apa juga bentuk untuk membangunkan parti sama ada melalui tenaga, masa dan wang ringgit.



KAH KAH KAH

woit
kalau antah beras
kalau tak ada apa apa
pasal apa ambil pot
pasal apa majlis syura
buat arahan larang
ahli dari jadi ahli pasma

lihat parti PARTIS
ini pun parti islam
tak ada sapa ambil pot
tak sapa pun tahu 
parti PARTIS ini wujud

kalau pasma tak penting
kenapa heboh satu macam

apa punya tuuuuur
pasai apa hang sibuk

KAH KAH KAH





------------

Tiada ulasan: