Rabu, 12 November 2014

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Tuntutan "mengislamkan" MAS (12/11/14)

Posted: 11 Nov 2014 11:20 PM PST


Semalam ketika Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi  menggulung perbahasan untuk Bajet kementerian beliau di Dewan Rakyat satu isu hangat yang dibangkitkan adalah berkenaan penghidangan arak atas pesawat penerbangan Malaysia MAS serta pakaian peramugari MAS yang tidak menepati hukum syarak.
Peramugari Royal Brunei
Ianya mula dibangkitkan oleh wakil PAS  Ahmad Marzuk Shaary (Bachok), yang mahu tahu samada kerajaan bersedia menghapuskan penyajian arak dalam penerbangan antarabangsa.

Buat masa ini arak disajikan secara percuma di atas penerbangsan laluan antarabangsa, "on request" atas permintaan penumpang.
Sudah pastilah sebagai sebuah pesawat yang mewakili Negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasminya, menghidangkan arak, adalah sesuatu yang sewajarnya dihapuskan. Tambahan sebagaimana didedahkan semasa perbahasan itu, anak-anak kapal termasuklah yang beragama Islam terpaksa menghidangkan arak sebagai sebahagian dari tugas mereka.

Beberapa pesawat dari Negara Islam termasuklah Brunei tidak menghidangkan arak atas penerbangan mereka.
Begitu juga pakaian ketat dan tidak menutup aurat yang digunakan oleh peramugari MAS sewajarnya menepati peraturan Islam.

Cadangan berkenaan turut disokong oleh wakil-wakil kerajaan di Dewan.
Jawapan Timbalan Menteri sebagaimana dilaporkan oleh The Star online adalah seperi berikut:

Ab Aziz concluded by saying he would take the suggestions to the MAS management, and leave the decision to the new company to be formed after its restructuring was done.
"I am confident that the restructuring will include a business model with a more Islamic approach," he said.

Semoga apa yang disuarakan oleh wakil-wakil rakyat kita itu tidak berakhir sekadar dalam dewan sahaja tetapi dipanjangkan oleh pihak kementerian dan dapat dilaksanakan oleh pihak MAS demi mencerminkan amalan, akhlak dan keperibadian kita.

Keperluan untuk ISTIQAMAH di zaman pancaroba (12/11/14)

Posted: 11 Nov 2014 09:33 PM PST


Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang ramai akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain" (HR Muslim).
Sedar tak sedar kita hidup dalam zaman yang penuh pancaroba.

Hari ini bukan hanya pihak yang berkelayakan dan punya wibawa tetapi hampir semua termasuk yang tiada ilmu berani dan lantang bercakap berkenaan hukum-hakam Agama.
Islam sudah seakan boleh ditafsir dan diberi nafas mengikut nafsu dan selera siapa sahaja yang berilmu serta yang jahil.

Mungkin inilah bahana liberalisma yang meresap dalam jiwa ramai di antara kita walaupun terkadang kita tidak menyedarinya. Keghairahan menuntut kebebasan mutlak begitu memuncak sehingga kita bersedia membebaskan diri kita dari sebarang ikatan adab dan peraturan serta disiplin dalam beraqidah, beragama dan dalam berjemaah semata-mata kerana mahu menegakkan sesuatu. Ikatan-ikatan itu bagi kita suatu bebanan dan suatu kekangan yang perlu diroboh dan dirongkaikan.
Lantaran kedudukan dan jawatan ego kita semakin membengkak nafsu semakin membongkah sehingga kita melihat sama sahaja kita dengan yang lain-lain. Jika ada pihak boleh berhujah dan memberi tafsir bab hukum dan agama, kita juga merasakan kita boleh dan malah lebih arif dan terkehadapan walaupun terkadang ilmu panjang sejengkal.

Siapa kata hanya ulamak sahaja yang perlu menjadi rujukan!
Beberapa isu yang meletus kebelakangan ini benar-benar menguji sejauh mana kesabaran dan istiqamah kita.

Allah swt berfirman dalam al Quran, surah al An'aam ayat 153 maksudnya:
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar PAS ke 60 menyebut:
Kita sama-sama memahami dan meyakini bahawa Islam adalah cahaya petunjuk Allah yang tidak boleh dipadamkan, maka selagi kita beristiqamah (konsisten) di atas landasan Islam dan matlamatnya yang ditetapkan oleh  Allah dan ditunjukkan perjalanannya oleh Rasulullah S.A.W, maka kita tetap berada di pihak yang benar dan berpijak di atas landasan hidup yang teguh. Maka kita akan selamat di dunia dan akhirat, walau pun menghadapi keadaan rebah dan bangun, kalah dan menang, serta belum dilihat hasilnya di alam dunia ini.

Bermula dengan kes fatwa yang dikeluarkan terhadap SIS oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor dan terbaru keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan batal Enakmen Syariah Negeri Sembilan berkenaan golongan lelaki Islam berpakaian seperti wanita .
Isu samada SIS ini benar-benar sesat dan menyeleweng terus diperbahaskan walaupun mereka sedang mencabar fatwa Majlis Fatwa Selangor ini di mahkamah.

Bagi sesetengah pemerhati SIS memang sentiasa lantang mengemukakan pandangan dan memiliki pendirian yang kontra dengan pandangan dan pendirian Islam yang diamalkan. Acapkali SIS memperkenalkan tafsiran baru dalam bab-bab hukum-hakam agama yang konon-kononnya memberikan tafsiran baru dan kontemporari terhadap hukum-hakam Islam yang dilihat mereka statik dan "kuno".
Hukum Hudud dikritik, hukum berkenaan nikah kahwin dan faraid juga begitu, malah SIS turut bersama menuntut memberikan hak beragama kepada semua penganut termasuk yang Islam, dalam erti kata semua warganegara berhak memilih agama anutan mereka atau menukarnya.

SIS pernah mendakwa "We are all Allahs children" atau "Kita semua anak-anak Allah", suatu dakwaan yang sangat digeruni oleh umat Islam. Namun kerana kita berada di zaman pancaroba seperti yang disebutkan, ada pula pemimpin Islam yang mempertahankan dakwaan SIS itu.
Dengan menggunakan akal fikiran dan pengetahuan beliau, pemimpin tadi seakan menghalalkan dakwaan "We are all Allahs children" itu.

Rupa-rupanya idea bahawa kita semua (golongan mereka) adalah Anak Tuhan ini menurut Allahyarham Ahmad Deeddat (yang lebih berpengalaman khasnya dalam bab "comparative religion" berbanding pemimpin Islam tadi)  http://islam101.net/islamic-history/112-prophet-jesus/142-christ-in-islam-by-ahmed-deedat?showall=&start=4adalah berasal dari fahaman Yahudi!
"Can't you see that in the language of the Jew, every righteous person, every Tom, Dick and Harry who followed the Will and Plan of God, was a SON OF GOD. It was a metaphorical descriptive term, commonly used among the Jews."

Tidak ada orang Islam yang mendakwa mereka Anak-anak Allah, kecuali hamba Allah.
Selain itu dalam bab lelaki berpakaian seperti wanita, ramai yang terkejut dan terperanjat dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu. Umat Islam malah dari semua fahaman politik dan NGO dalam Negara kesal dengan keputusan itu dan mengharapkan agar keputusan berkenaan akan disemak semula oleh Mahkamah Persekutuan apabila ianya dirayu ke sana oleh pihak-pihak yang terbabit.

Namun sekali lagi lantaran zaman pancaroba itu, bekas PM pula iaitu Tun Dr Mahathir seakan mempertahankan keputusan itu. Bagi beliau isu pakaian adalah isu kontemporari. Sebagaimana dilaporkan dalam akhbar The Star hari ini beliau berkata:
"We say certain type of clothing is men's clothing but men and women are wearing jeans. So is jeans for men or women? In the past men and women dressed differently but now things have changed."

"Kita mengatakan pakaian-pakaian tertentu khas untuk kaum lelaki, akan tetapi kedua-dua lekai dan wanita memakai "jeans". Jadi adakah "jeans" sebenarnya untuk lelaki atau wanita? Dahulu pakaian lelaki dan wanita berbeza tetapi sekarang ianya telah berubah"
Saya sangat keliru dengan kenyataan Tun ini, dan kadangkala ia kelihatan bersenda pula bahasanya. Isunya di sini adalah pakaian yang dikenakan oleh mereka itu adalah pakaian wanita yang tidak digunakan lelaki!

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman dipetik oleh BERNAMA sebagai berkata:
Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya perempuan menyerupai lelaki merupakan perbuatan dilaknat ALLAH yang jelas menunjukkan perkara itu haram dalam Islam.

Kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh ALLAH.
Kerana Rasulullah s.a.w melaknat orang lelaki yang meniru wanita dan wanita yang meniru lelaki sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu 'Abbas r.a.;

لعنرَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُعَلَيْهِ وَسَلَّم المتشبهين من الرجال بالنساءوالمتشبهات من النساء بالرجال

"Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki". (Riwayat Imam Bukhari).
Itulah masalahnya hari ini belum pun dimatikan lagi para ulamak sebagaimana Hadis yang saya petik di awal posting saya ini namun sudah kita lihat banyak pihak yang tiada "authority" dan ilmu pun yang sudah berani dan ringan-ringan mulut memberikan pandangan dalam bab-bab agama, tidakkah tindakan mereka sesat dan menyesatkan orang ramai?

Kerana itu wajar sangatlah dalam menghadapi situasi seumpama ini kita kekal istiqamah atas landasan yang betul dan benar.
Sebagaimana nasihat Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang:

 "Kita juga difitnahkan oleh berbagai golongan tertentu untuk mencalarkan Islam yang sebenarnya, walaupun Islam itu adalah paling sempurna dan murni. Fitnah itu sama ada daripada musuh luar yang mewarwarkan sementara waktu agenda Islamofobia atau menggunakan lisan atau tulisan kelompok jahil yang bersemangat tinggi melalui dalaman umat Islam sendiri. Semuanya akan gagal kerana mukjizat ilmu dari al-Quran dan Sunnah adalah tetap terpelihara dengan rapi dan amanah."
Tiada pilihan lain bagi kita selain berpegang kepada mukjizat ilmu al Quran dan Sunnah dan menjadikan ulamak (yang berpegang dan mengamalkan kedua-dua ini) dan bukannya si jahil sebagai rujukan dan ikutan.

Semoga beroleh selamat kita yang istiqamah.

 

 

 

 

Tiada ulasan: