Roslan SMS Corner |
Benarkah DAP Pulau Pinang tak mahu Guan Eng? (11/11/14) Posted: 10 Nov 2014 07:56 PM PST Ramai terkejut apabila ADUN DAP Tanjong Bungah Teh Yee Cheu mencadangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan bagi tempoh dua penggal dan digilirkan. Menurut Teh usul beliau jika diluluskan nanti akan memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain untuk mentadbir Pulau Pinang termasuklah memberi peluang kepada golongan wanita. Tambah Teh lagi cadangan beliau itu adalah baik dan sihat dari sudut demokrasi.Cadangan berkenaan turut disokong oleh Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid dari BN dan ADUN DAP Pulau Tikus Yap Soo Huey. Walaubagaimanapun Setiausaha Politik Ketua Menteri yang juga ADUN DAP Air Hitam Wong Hon Wai telah menentang usul tersebut dengan menganggapnya tidak relevan.Jika usul ini diluluskan bermakna Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak lagi boleh memegang jawatan berkenaan setelah tamat tempoh penggal ini. Pada dasarnya ramai yang memerhatikan cadangan Teh itu sebagai sesuatu yang baru dan baik serta perlu dicontohi. Akan tetapi ada pemerhati yang menyatakan bahawa apa yang berlaku itu adalah satu petanda kocakkan yang sedang berlaku dalam cawan DAP di Pulau Pinang. Terdapat usaha untuk meletakkan pimpinan DAP anak tempatan Pulau Pinang untuk dududk di kerusi Ketua Menteri negeri berkenaan. Ramai kalangan pimpinan tempatan mula tidak selesa dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Guan Eng sebagai Ketua Menteri.Dalam pada sibuk menyatakan Tuan Guru Hj Abd Hadi sudah tidak sesuai memimpin PAS rupanya sedar tak sedar dalam DAP sendiri ada ribut dan jelas melalui cadangan di Dewan semalam ada pihak dalam DAP tidak mahu Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP, terus berada di Pulau Pinang, buktinya apabila Setiausaha Politik beliau sendiri bingkas bangun menentang usul berkenaan. Saya dimaklumkan oleh rakan media bahawa dalam Pilihanraya lalu lagi ada usaha untuk membawa Guan Eng keluar dari Pulau Pinang agar kepimpinan negeri tersebut danapt diserahkan kepada anak tempatan yang layak-layak belaka. Guan Eng dikhabarkan sepatutnya terjun ke Johor bersama-sama pimpinan lain melakukan asakkan ke atas Johor. Walaubagaimanapun entah macam mana, bapanya sahaja terpaksa mengetuai asakkan di Johor sedangkan Guan Eng lebih selesa untuk duduk sebagai Ketua Menteri di Pulau Pinang.Seorang pengunjung TMI yang menyiarkan berita usul ini telah menulis: This assemblyman will be drop from the DAP candidate list in the next GE. That's how LGE and DAP operate for its a direct attack to LGE leadership. There is already Robless in a DAP Penang, LGE is beginning to loose his grip already by this motion is shows the Rocket is cracking. There may be a political " Time Bomb" that's going to cause DAP Penang a Crisis. More is to come. If this motion is receives the support of the State assembly than LGE is politically finish as Penang CM. It's actually a motion of NO confidence over his leadership hip as Penang CM. Sejauh manakah benar sama-samalah kita saksikan nanti. |
You are subscribed to email updates from Roslan SMS Corner To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan