Rabu, 5 November 2014

Komentar Kini

Komentar Kini


Pelbagai pemikiran politik dalam PAS kini?

Posted: 04 Nov 2014 08:27 PM PST



Profesor Datuk Dr Rahman Shaari berkata, ada empat pemikiran politik di Malaysia. Antaranya pemikiran politik Islam, pemikiran politik sosialis pemikiran politik nasionalis dan  pemikiran politik pelbagai.

Penulis dalam tulisan ini cuba sentuh bahawa pemikiran politik Islam dianuti oleh PAS,pemikiran politik sosialis dianuti oleh DAP,MCA dan parti parti yang bukan islam. Manakala pemikiran politik nasionalis pula di anuti oleh umno.

Kita harus ingat bahawa pemikiran politik kuminis juga pernah wujud di Malaysia ini. Tidak mustahil pemikiran tersebut sudah hapus, kerana orang china tidak akan menggunakan pemikiran lain selain pemikiran politik kuminis.

Yang menarik hari ini ialah pemikiran politik pelbagai meresap masuk kedalam PAS yang pada masa dahulunya menganuti pemikiran politik Islam.

Jika benar pemikiran politik islam sudah mula terhakis dalam parti PAS, maka sangat malang sekali bagi umat islam di Malaysia, kerana jangan diharap umno akan mengubah pemikiran politik nasionalis yang dinauti selama ini.

PAS kelihatan lebih bercelaru apabila wujudnya pemikiran politik yang  pelbagai yang besar kemungkinan orang orang yang punyai pemikiran Islam akan tersingkir seorang demi seorang sejak akhir akhir ini.

Selepas berlau kemelut menteri besar Selangor kelihatan dengan jelas dan nyatakan bahawa ada usaha untuk menyingkir pemimpin yang menganuti pemikiran politik islam berjalan begitu rancak sekali dan beragenda.

Sudah ada yang menuduh parti pas sebuah parti asobiyyah dan modern namun presiden Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang kena letak jawatan dan jika enggan berbuat demikian mesti dijatuhkan dengan apa cara sekali pun.

Ianya berpunca dari pemikiran politik pelbagai berdasarkan latar belakang para ahli jawatankuasa PAS Malaysia kini.

Hari ini hanya 30 peratus sahaja ahli jawatankuasa PAS Malaysia yang menganut pemikiran politik Islam untuk mempertahankan dasar perjuangan asal.

Oleh itu, dalam Muktamar tahunan tahun depan kemungkinan besar presiden PAS akan bertukar tangan dari seorang yang menganuti pemikiran islam kepada seorang tokoh pemikiran politik pelbagai,jika ada pertandingan .

Penulis berkata demikian, kerana sudah ada suara suara yang mana Presiden wajib di jatuhkan dan diganti dengan orang  tokoh lain agar PAS dapat diperkasakan sebagai parti politik yang masih besar pengaruhnya.

Mengapa penulis berkata demikian. Mengapa tidak? Kerana perwakilan yang ada kuasa untuk mengundi presiden 70 peratsus terdiri daripada perwakilan yang menganut pemikiran politik pelbagai iaitu pemikiran politik kafirisme.

Bagi penulis, pemikiran politik diatas muka bumi  ini boleh di sebut bahawa ianya terbahagi kepada dua sahaja. Satu, pemikiran politik "islamisme"  dan satu lagi, pemikiran politik "kafirisme".

Mereka yang menganut pemikiran politik kafirisme sudah barang tentu benci dengan mereka yang punya pemikiran politik islamisme. Sebab itu Prisedn PAS sekarang diminta letak jawatan disamping menghina  habis habisan.

Lebih lebih lagi Ketua umum PKR merupakan seorang tokoh  yang dikatakan menganuti pemikiran politik "liberalisme Islam" yang mana baru baru ini telah menyatakan pendiriannya,bahawa  SIS yang di fatwakan bagai sesat itu dikatakan hanya  merupakan suatu pembezaan pendapat dalam Islam bukan NGO yang sesat.

 Yang palimg tidak wajar ahkli jawatankuasa Pas Malaysia Dr Mujahid juga turut menyokong SIS yang jelas nyata sesat. Jika para pemimpin umno yang berbuat demikian sememangnya patut kerana mereka berfahaman semua agama sama sahaja.
  

Tiada ulasan: