Kelab Greenboc |
- Kartunis Zunar Nafi Isterinya Ditangkap
- Jawapan Dr.Mujahid Terhadap Pihak Yang Menyelar Pertemuannya Dengan SIS
- [PENGAJARAN] Cermin Kereta Penyampai Radio Dipecahkan Penjenayah
Kartunis Zunar Nafi Isterinya Ditangkap Posted: 08 Nov 2014 12:25 AM PST Dua wanita dan seorang lelaki ditahan di pekarangan Istana Kehakiman di sini pada Khamis, dipercayai kerana menjual buku yang mengandungi sindiran kepada institusi kehakiman dan pemimpin negara. Berdasarkan laporan awal, salah seorang daripada mereka dikatakan isteri kepada kartunis kontroversi, Zulkifli Anwar Ulhaque atau dikenali sebagai Zunar. Wanita berkenaan ditahan bersama seorang lagi wanita dan seorang lelaki yang dipercayai membantunya mempamer dan menjual buku tersebut sejak perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung pada Selasa lepas. Ketiga-tiga mereka ditahan anggota polis berpakaian preman kira-kira 6.50 petang dengan buku, kad serta komik yang dijual turut dirampas. Mereka kemudiannya dibawa dengan sebuah van polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah di sini untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga individu berkenaan yang seorang daripadanya adalah isteri kepada kartunis Zunar. "Dua daripada mereka berusia 41 tahun, manakala seorang lagi wanita berumur 29 tahun dan kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 2 (3) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984," katanya. Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri pernah mengenakan Perintah Larangan terhadap sebuah buku dan dua komik sindiran politik tulisan Zunar, mengikut akta sama. Bagaimanapun, Zunar menerusi laman Facebooknya menjelaskan, individu yang ditahan itu bukan isterinya, sebaliknya ketiga-tiga mereka adalah pembantunya yang dikenali sebagai Rizaldy, Raja Norita dan Norliza Mohd Kassim. "Mereka ditangkap kerana jual buku kartun terbaharu saya, Komplot Penjarakan Anwar," katanya, lapor mStar. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Jawapan Dr.Mujahid Terhadap Pihak Yang Menyelar Pertemuannya Dengan SIS Posted: 07 Nov 2014 09:57 PM PST Mujahid: Kenyataan MP PAS dimanipulasikan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan kenyataan beberapa Ahli Parlimen PAS tentang Fatwa Pluralisme dan Liberalisme serta pertemuan beliau dengan Sisters In Islam (SIS) telah dimanipulasi oleh segelintir ahli PAS sendiri. Menurut Mujahid juga, kenyataannya telah dimanipulasikan secara malafide oleh pihak-pihak tertentu. "Saya ingin menjelaskan, kami tidak pernah mempertikaikan fatwa tentang sesatnya pandangan yang mengatakan semua agama adalah sama dan mengimani kepada kebenaran secara relatif. "Kami juga berpendapat bahawa ilmu syariat perlu dipandu dengan disiplin ilmu Islam bagi memahami tuntutan nas," katanya dalam satu kenyataan. Tambah beliau, pertikaian PAS terhadap proses pengfatwaan dibuat bukanlah perkara baru, malah Fatwa Memali dan Fatwa Amanat Haji Hadi yang difatwakan sebagai sesat senantiasa dipersoalkan tentang ketulusan dan menuntut ruang mendapat pembelaan. "Mengapakah hari ini premis yang sama kami pertikaikan ke atas SIS dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu termasuk segelintir ahli PAS sendiri? "Persoalan kami adalah proses fatwa pengharaman yang perlu mendapat proses keadilan, ruang mempertahankan pertuduhan dan menilai faktor masa antara fatwa dan pengharaman," jelasnya. Tegasnya beliau menuntut supaya kita bersikap konsisten dalam menyatakan kebenaran tanpa mengira bulu dan hanya kerana itu kita akan dihormati kawan dan lawan. "Sebagaimana PAS pernah bertegas menegakkan ruang mempertahankan diri dengan membawa segala tuduhan ajaran sesat ke Mahkamah Syariah untuk mendapat hak pembelaan, mengapa kita tidak pula konsisten menyatakannya kepada SIS bahawa jika mereka sesat maka dakwalah di Mahkamah Syariah supaya kebenaran dan keadilan ditegakkan," ujarnya.
ULASAN GB Jadi hairan kita, lepas satu, satu isu ditimbulkan oleh "pihak tertentu" untuk memburuk beberapa AJK PAS Pusat terutama golongan profesyenal yang telah berusaha menjalankan dakwah dikalangan orangramai bagi memantapkan PAS4ALL. Sedangkan sudah menjadi tugas dan tanggungjawab Ustaz Dr.Mujahid selaku Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS untuk bertemu dengan semua pihak, untuk meleraikan apa-apa kekusutan dan kecelaruan. Perlu diingat bahawa Islam adalah agama yang ditegakkan di atas ilmu dan hujah, bukan emosi dan sentimen! Sepatutnya kita bersikap sedemikian dan tidak bersikap menzalimi ilmu dan akal kita. Buka pemikiran dan buka diri kita untuk mendengar hujah dari semua pihak. Biar kita menjadi adil dalam menimbang neraca kebenaran sesuatu perkara tersebut. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[PENGAJARAN] Cermin Kereta Penyampai Radio Dipecahkan Penjenayah Posted: 07 Nov 2014 04:22 PM PST Penyampai Radio Sinar FM iaitu Feeya Iskandar nyaris disamun oleh dua orang penunggang motosikal yang cuba memecahkan cermin keretanya ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Astro, Bukit Jalil dekat sini pada Jumaat. Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 24, berkata, individu dipercaya sudah melihat beg mekap yang diletakkan pada kerusi hadapan penumpang lalu cuba memecahkan cermin keretanya jenis Mitsubishi ASX ketika dia sedang berhenti menunggu isyarat lampu merah di satu persimpangan jalan di Bukit Jalil. "Saya sedang berhenti kerana lampu merah tiba-tiba terdengar satu bunyi yang kuat. Pada mula saya sangka ada berlaku kemalangan dan selepas saya lihat sebelah kiri cermin kereta saya sudah retak. "Selepas itu, mereka cuba sekali lagi untuk mengetuk cermin tetapi gagal, mereka terus melarikan diri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat. Feeya berkata, dia bernasib baik kerana tiada sebarang barang miliknya berjaya diambil oleh penjenayah tersebut. Keadaan cermin kereta milik Feeya yang cuba dipecahkan penjenayah. Dalam pada itu, Feeya mengakui beg alat solek yang diletakkan di sebelah tempat duduk penumpang menjadi punca kejadian tersebut. "Cermin kereta saya tiada penapis udara dan mungkin mereka nampak beg alat solek di sebelah tempat duduk penumpang itu membuatkan mereka cuba memecahkan cermin itu. Alhamdulillah, nasib baik mereka tidak berjaya pecahkan cermin kereta dan ambil barang-barang saya," ujarnya. Sementara itu, bercerita tentang kejadian itu, Feeya berkata, dia terkejut dan mengigil ketika berhadapan situasi berkenaan. Dia juga masih trauma kerana pertama kali berhadapan dengan keadaan tersebut. "Saya sangat terkejut dan menggigil takut kerana saya seorang sahaja dalam kereta dan di jalan raya pun tidak banyak kereta ketika kejadian itu. Mujur mereka terus berlalu selepas gagal pecahkan cermin kereta. "Saya terpaksa keudara lambat sedikit hari ini sebab buat laporan dulu di Balai Polis Sungai Besi, ini pun masih lagi terkejut dan menggigil," ujarnya. Feeya ke udara setiap hari pukul 3 hingga 7 petang di slot Santai Sinar, Sinar FM. -MSTAR ULASAN GB Ada pengajaran di sana. Jangan letakkan beg tangan atau apa-apa benda yang berharga di kerusi hadapan atau di tempat yang boleh dilihat dari luar. Ia mengundang perhatian penjenayah bermotorsikal. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan