Kelab Greenboc |
- Perbicaraan Mej Zaidi: Ketua Penal Mahkamah Berat Sebelah, Hentak Meja....
- [BERGAMBAR] Pelajar Hilang Ditemui Mati Di Celah Batu
- [VIDEO] Kes Buli Di Asrama: Siapa Budak Bersinglet Hitam Itu? -updated
- Bekalan Air & Api Didakwa Sengaja Diputuskan Di Istana Kehakiman
Perbicaraan Mej Zaidi: Ketua Penal Mahkamah Berat Sebelah, Hentak Meja.... Posted: 05 Nov 2014 01:52 AM PST Mahkamah tentera berat sebelah, ketua panel komen tentang tertuduh di Internet Mahkamah tentera yang mendengar perbicaraan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa membuat kenyataan terbuka berkenaan dakwat kekal digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus dibubarkan, kata pihak pembelaan hari ini. Ini kerana, ketua panelnya, Kol Saadon Hasnan, menunjukkan sifat berat sebelah terhadap tertuduh dalam satu komentar yang dibuatnya di Internet melalui satu artikel di portal berita. Peguambela Mohamed Hanipa Maidin berkata, Saadon bersikap prejudis terhadap Zaidi. "Keadilan sudah terjejas. Anak guam kami tidak mahu beliau terus mempengerusikan perbicaraan ini," katanya. Saadon didakwa mengulas satu laporan berita dengan menulis yang Zaidi sepatutnya menjadi penoreh getah sekiranya beliau tidak suka berada dalam tentera. Kamar mahkamah bertukar kecoh apabila Hanipa membentangkan kesnya berhujah menggesa panel dibubarkan, dan Saadon menghentak meja. "Sudahlah, duduk," kata Saadon. Beliau dikatakan membuat komen tersebut melalui akaun Facebooknya menggunakan nama Saadon Tson. Ia sebagai respons kepada artikel "Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani" dikeluarkan Malaysiakini pada 20 Oktober lalu. Pengguna Facebook bernama Saadon Tson itu menulis: "klu tak nak jd tentera duk kampung motong getah je" Hanipa berkata, pasukan pembela membuat carian di Internet malam tadi tetapi mendapati komen itu kini 'hilang' bersama dengan akaun Facebook tersebut. Hanipa berkata, komen itu disedari selepas Zaidi membuat laporan dengan komander nombor satu Bahagian Tentera Udara di ibu pejabat tentera udara di Sungai Besi pada hari sama artikel itu disiarkan. Pihak pembela boleh memanggil Saadon memberi keterangan sekiranya panel mahkamah tentera itu enggan melucutkan kelayakannya, kata Hanipa. "Kita dibenarkan memanggil sesiapa pun memberi keterangan sebagai saksi," kata peguam itu. Hanipa berkata, dalam keadaan biasa, seorang hakim boleh dilucutkan kelayakannya, tetapi dalam kes ini, Saadon membuat komen itu sebelum mahkamah tentera memanggil Zaidi membela diri. Oleh itu, panel tersebut sudah berprasangka dan perlu dibubarkan, katanya. Mahkamah pada 27 Oktober menetapkan hari ini bagi Zaidi, 45, membela diri. Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera mengenai penggunaan dakwat kekal semasa PRU13. Mahkamah sebelum ini menggugurkan lima daripada tujuh pertuduhan ke atasnya kerana kekurangan bukti. Zaidi kemudian diminta membela diri atas tuduhan membuat kenyataan media menyuarakan kekecewaannya berkenaan dakwat kekal itu, dan membocorkan surat pekeliling mengenai penggunaan dakwat itu kepada media tanpa kebenaran daripada Majlis Angkatan Tentera. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Bertam Indah di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 3 Mei 2013. Dalam kenyataan medianya, Zaidi mengatakan dakwat kekal itu – bertujuan mengelak undian berulang – boleh dibersihkan dengan mudah . Beliau dipuji sebagai pemberi maklumat oleh kumpulan reformasi pilihan raya yang sekian lama curiga dengan proses pengundian melibatkan anggota tentera. Di mahkamah hari ini, panel juga mengarahkan pasukan pendakwaan menarik balik kenyataan mereka menuduh pembelaan melambatkan prosiding mahkamah dengan membuat satu afidavit bersumpah baru tentang komen berat sebelah Saadon. Pihak pendakwa berkata, permohonan membubarkan panel dan afidavit bersumpah itu tiba pada saat akhir dan mengejutkan semua orang. –TMI Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[BERGAMBAR] Pelajar Hilang Ditemui Mati Di Celah Batu Posted: 05 Nov 2014 01:15 AM PST Ajal celah batu Kuala Berang: Pelajar tingkatan empat, Ahmad Rafikin Azman, 16, yang dilaporkan hilang selepas menyertai kejohanan maraton Terengganu International Gajah Terom Challenge, Sabtu lalu ditemui mati di celah batu besar di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat selepas tiga hari operasi dijalankan. Menurutnya, mangsa ditemui tersepit di celah batu di dalam sungai kira-kira 2.4 kilometer dari trek kejohanan maraton itu. Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir dan mayatnya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat. Beliau berkata, operasi membawa turun mangsa ke pintu masuk hutan lipur mengambil masa lebih dua jam berikutan hujan lebat dan trek hutan yang licin.
ULASAN GB Al-fatihah... Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO] Kes Buli Di Asrama: Siapa Budak Bersinglet Hitam Itu? -updated Posted: 04 Nov 2014 08:15 PM PST Kes buli: Orang ramai minta polis cari budak singlet hitam KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial meminta pihak polis menyiasat video yang memaparkan sekumpulan pelajar asrama lelaki dipukul oleh pelajar lain yang tersebar di media sosial. Kalangan mereka menuntut tindakan tegas diambil ke atas pelaku, khususnya terhadap seorang pelajar yang memakai singlet hitam di dalam video itu. Pelaku tersebut dilihat bertindak ganas ke atas kumpulan pelajar dengan menyepak dan memukul mangsa tanpa belas kasihan. Laman Facebook Zuraimi Ngah, yang merupakan antara terawal memuatnaik video itu, dipenuhi komen orang ramai yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera. Pengguna Facebook Ramizu Ibrahim berkata "Pihak berwajib tolong siasat..Polis tunggu apa lagi." Ct Dzaharriah pula berkata "Harap pihak berkuasa ambil tindakan segera." Rata-rata orang ramai menyatakan kemarahan terhadap tindakan pelajar bersinglet hitam yang dipaparkan di dalam video berdurasi 4 minit 36 saat itu. Ada yang menyuarakan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah berasrama di mana dipercayai kejadian itu berlaku. Pengguna Facebook Az Lan berkata, "Buat rasa takut kita ibu-bapa nak hantar anak ke sekolah asrama". Video yang dipercayai dirakam menerusi telefon bimbit itu bermula dengan aksi sembilan orang pelajar beratur di dalam bilik asrama. Namun dengan tidak semena-mena, seorang pelajar tiba-tiba meluru dari belakang dan menendang salah seorang pelajar yang sedang beratur. Bermula daripada itu, pelaku yang memakai singlet hitam terus bertindak ganas menendang pelajar-pelajar yang berbaris, seorang demi seorang tanpa dicabar mangsa-mangsa terbabit. Video itu telah dikongsi lebih 9,000 kali sejak ia dimuat naik. -astroawani
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Bekalan Air & Api Didakwa Sengaja Diputuskan Di Istana Kehakiman Posted: 04 Nov 2014 04:34 PM PST Putrajaya: Bekalan air dan elektrik di tandas awam berhadapan Istana Kehakiman di Putrajaya didakwa sengaja diputuskan. Lokasi berkenaan menjadi kawasan rakyat berhimpun untuk menyatakan sokongan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kejadian yang didakwa sabotaj itu menyebabkan orang ramai yang mahu bersolat terpaksa mengambil wuduk dengan menggunakan air mineral. Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Badrul Amin Baharom ketika ditemui menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. "Ini kemudahan awam yang merupakan hak rakyat, apakah kita tidak berhak menggunakan kemudahan awam yang dibangunkan menggunakan wang rakyat. "Kalau benar memang sengaja ditutup, ini salahguna kuasa yang sengaja mahu tunjuk sifat kuku besi," tegasnya. Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa berkata, kejadian tersebut merupakan yang pertama terjadi sepanjang rakyat berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Anwar. "Mereka cuba beri tekanan kepada rakyat, saya hairan mengapa mereka bersikap zalim," tegasnya. Jelasnya lagi, rakyat yang berhimpun di kawasan tersebut sejak minggu lalu tidak melakukan sebarang kerosakan kepada kemudahan tersebut. "Ini sesuatu yang menyedihkan, kalau konsert yang melalaikan kerajaan sanggup sediakan semua kemudahan, tapi bila rakyat tuntut keadilan mereka ambil tindakan susahkan rakyat," tegas Ahmad Akhir Pakwan Chik, seorang penyokong yang hadir ke kompleks Mahkamah Putrajaya. -KD ULASAN GB Memang kejam dan zalim. Atau nak suruh semua orang awam jadi Saiful, tak payah buang air dan tak payah solat? Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan