Selasa, 25 November 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[EDISI BINGAI] Peruntukan RM200K Kepada ADUN BN, Semalam Terima Hari Ini Tolak

Posted: 25 Nov 2014 01:15 AM PST


Rasa terhina, BN S'gor tolak peruntukan RM200,000

Wakil Rakyat BN Selangor menolak peruntukan RM200,000 setahun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap ADUN pembangkang di negeri itu.

Selain rasa terhina dengan pemberian itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias berkata, kesemua 12 wakil rakyat BN menolaknya kerana jumlah yang diberi tidak sama dengan jumlah yang diperolehi ADUN Pakatan Rakyat.

"Kita tolak atas dasar prinsip. Prinsipnya keadilan. Sebenarnya, pada kita, kita rasa satu penghinaan. Kita adalah wakil rakyat.

"Apa beza dengan mereka yang juga wakil rakyat tetapi dapat dalam RM700,000. Kalau fikir dasar keadilan, kena bagi (jumlah) sama.

"Kalau nak bagi, bagi (jumlah) sama. Itu baru namanya adil," katanya pada sidang media di lobi Dewan Annex, Shah Alam hari ini. -mk

Wang dalam Bajet adalah wang rakyat

Oleh sakmongkol

MB Selangor Azmin Ali mencadangkan pemberian peruntukan RM200 ribu setahun kepada ADUN2 pembangkang, yakni UMNO. Peruntukan sebanyak itu sama dengan peruntukan yang diberi oleh kerajaan BN dalam sesetengah negeri yang mereka perintah- kepada ADUN mereka. ADUN pembangkang- yilek.

Peruntukan yang ditempatkan dalam pejabat tanah dan daerah itu boleh diguna oleh adun2 dalam pelbagai perbelanjaan runcit keatas masyarakat- berian kepada rombongan( wanta UMNO suka pergi langkawi, ke Nilai, kemana mana bersantai dan membeli belah), berian untuk mengadakan majlis itu dan ini, pembelian pelbagai barang keperluan dan sebagainya. Semua untuk rakyat kecuali wakil rakyat yang memalsukan tuntutan.

Beranikah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang dikuasai oleh UMNO memberi peruntukan seperti itu kepada ahli parlimen dan adun pembangkang seperti yang diberi kepada ADUN mereka?

Tindakan Azmin amat saksama kerana wang yang diberi sebagai peruntukan itu bukanlah wang parti Pakatan- tapi wang rakyat. Jika jumlah nya tidak sama seperti peruntukan yang diberikan kepada ADUN Pakatan- sekurang kurang ada peruntukan untuk pembangkang. Kita terima mesti ada perbezaan antara peruntukan untuk adun kerajaan dan adun pembangkang. Peraturan seperti ini kita boleh terima.

Rakyat tidak perlu khuatir sebab wang peruntukan tersebut bukan nya dimasukkan dalam akaun peribadi wakil rakyat tapi diserahkan kepada pejabat tanah dan daerah. Kecuali saya rasa di Sarawak dimana peruntukan dimasukkan kedlaam akaun peribadi.

Berani atau tidak kerajaan UMNO memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dalam negeri mereka? Tidak mengapa jika adun UMNO dapat RM600 ribu- kita hanya perlu RM240 ribu setahun. Tidak mengapa ahli parlimen UMNO dapat RM2 juta setahun- kita hanya perlukan Rm1juta. Duit itu rakyat yang punya.

Wang rakyat bukan bapak UMNO yang punya.

Anak muda yang selalu dikuliahkan siapa beri biasiswa kamu dan siapa beri kemudahan itu dan ini- jangan kisahkan semua nya itu. Masing2 mempunyai hak keatas pendirian yang dipilih. Kita tidak ada masaalah kepada orang2 yang berfikiran setelah menerima ehsan kerajaan mereka mahu menghamba-adbikan diri dan bersetia membabi buta.

Ini masaalah pokok penyokong pemerintah- hanya kerana mereka menyalurkan wang rakyat, mereka ingat mereka pemilik dan tuan dan kita ini kuli dan hamba.

Selalu kita dengan orang menyebut- jangan tanya apa pemerintah boleh beri kamu, tanya apa kamu boleh sumbangkan kepada kerajaan.

Perkara ini saya sudah ulas banyak kali. Bila kerajaan tanya jangan tanya apa pemerintah beri kamu- ini meletakkan kerajaan itu sebagai tuhan yang mesti dipuja dan dimuliakan agar memberi ehsan kepada hamba nya dan apa2 yang diberi adalah hasil belas ehsan yang mesti dibalasi dengan penghambaan diri. Bila tanya apa sumbangan kamu kepada kerajaan- kerajaan seolah menjadi tuan dan pemilik keatas rakyat.

Anak muda yang bangun memberontak melakukan demikian, kerana gesaan memuja dan menghamba-abdikan diri bertentangan dengan piagam individu berjiwa meredeka. Rakyat yang berjiwa merdeka tidak anggap kerajaan atau pemerintah sesuatu yang menghimpit atau menekan mereka dari atas. Pemerintah itu adalah wasilah atau jalan untuk mencapai kepentingan bersama.

Golongan yang cerah pemikiran hari ini bertanya- apakah yang mereka boleh capai melalui kerajaan untuk kepentingan bersama. Bila pelajar dan golongan progresif lain menentang kerajaan- mereka mendedahkan perihal keberadaan golongan yang terpinggir yang tidak menikmati kesejahteraan bersama.

Mereka memberitahu bahawa peranan kerajaan yang diujudkan oleh persetujuan rakyat jangan dijadikan jentera menekan dan menindas rakyat.

Kerajaan yang memerintah sekarang memegang semua duit rakyat yang bayar cukai memang bertanggung jawab mengurus dan mentadbir wang rakyat. Pihak pembangkang dan golongan yang menjaga conscience masyarakat memantau supaya wang rakyat dibelanjakan secara berhemah dan memantau supaya pemerintah jangan zalim dan mencabul hak rakyat.

Jika mereka beri PTPTN atau bantuan lain, itu bukan wang diambil dari saku mereka sendiri- bahkan wang tersebut adalah dari cukai yang diambil dari rakyat. Pelajar harus berterima kasih tapi mesti berdiri menentang salah laku dan rasuah dan pembulian keatas rakyat.

Kalau kerajaan tidak cekap, korap, tidak adil, adalah menjadi tanggung jawab untuk semua warga negara yang conscientious, bangun bercakap.
-sakmongkol


ULASAN GB

Dah dibagi RM200,000 tu dah kira baik daripada kerajaan yang negeri-negeri dikuasai UMNO BN yang lansung tak berikan walaupun sesen kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.

GB yakin dan percaya penolakan itu adalah "arahan" daripada pihak atasan UMNO yang sebenarnya rasa terhina dan malu kerana mereka selama ini tidak pernah dapat melakukan seperti kerajaan PR lakukan di Selangor.

Memang wajar mereka ditimpa kehinaan dan keaiban - demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan - sebagai balasan terhadap kealiman dan kekejaman mereka lakukan ke atas wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang tidak berikan peruntukan samada di perinkat pusat atau negeri.

Bak kata sakmongkol....... Wang rakyat bukan bapak UMNO yang punya.





IKLAN



Wahai Tok Hakim, UMNO Sudah Lama Meng"Red-Indian"kan Melayu!

Posted: 24 Nov 2014 09:06 PM PST


Melayu jadi Red Indian jika PAS - Umno tidak kerjasama, kata bekas ketua hakim

Orang Melayu berisiko menjadi "Red Indian" di tanah air mereka sendiri jika PAS dan Umno tidak bekerjasama mempertahankan kerajaan daripada DAP dan PKR, bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran hari ini.

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, PKR dan PAS tidak akan dapat "mengawal" DAP seperti cara Umno "mengawal cita-cita MCA dan Gerakan".

"Orang Melayu akan menjadi Red Indian di tanah mereka sendiri. Percayalah, ancaman terhadap orang Melayu tidak pernah seserius ini sepanjang sejarah kaum ini.

"Sekarang kita berpecah dan digunakan. PAS dan Umno mesti berfikir untuk berkolaborasi, bersatu atau bekerjasama sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan demi mempertahankan kerajaan daripada jatuh kepada DAP dan PKR," kata Hamid dalam ucapannya pada Konvensyen Perpaduan Negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini .

Konvensyen itu dianjurkan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bersedia membahaskan satu draf Memorandum Perpaduan Negara.

Hamid berkata, PAS perlu kenang semula perjuangan asalnya, iaitu bagi melindungi orang Melayu dan Islam, sambil berkata, bekerjasama dengan DAP dan PKR hanya menafikan tujuan asal penubuhannya.

"DAP tak boleh diharap... mereka lebih chauvinistik daripada MCA dan Gerakan. PAS dan PKR tak boleh kawal cita-cita DAP seperti mana Umno mengawal cita-cita MCA dan Gerakan. Jadi, PAS mesti bekerja dengan Umno," katanya.

Katanya, PKR juga tidak boleh diharap memperjuangkan kepentingan orang Melayu, kerana ia memperjuangkan nasib "hanya seorang Melayu," jelas merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hamid berkata sekiranya PAS dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menyertai Barisan Nasional (BN), kerajaan pusat boleh diselamatkan walaupun terdapat sokongan kuat komuniti Cina terhadap DAP.

Bagaimanapun, katanya, penyokong DAP daripada kalangan kaum Cina mungkin juga menukar fikiran mereka setelah mengambil kira untung ruginya sekiranya mereka terlibat dengan BN.

"Orang Cina beroperasi berdasarkan untung rugi. Itu saja yang mereka fikirkan. Bagi mereka, 'maaruf' (kebaikan) itu untung, 'mungkar' (kejahatan) itu rugi. Dan kita tidak mahu menyingkirkan orang Cina," kata Hamid.

Beliau juga menggesa kaum India di Malaysia bertanya diri mereka sendiri sama ada mereka percaya PR boleh berkhidmat lebih baik untuk mereka dibandingkan dengan BN.

"Umno berada di landasan yang betul. Umno patut terus menjadi parti dominan orang Melayu dan Islam.

"Tetapi, masalahnya terletak pada pemimpinnya. Faktor nombor satu membuatkan orang benci Umno ialah persepsi yang mereka korup," katanya.

Beliau berkata, Umno mesti memperbetulkan persepsi ini dan menyediakan peluang bagi lebih ramai golongan profesional memegang jawatan parti, sambil membangkitkan kemungkinan ramai yang menyokong PAS kerana sebab ini.


"Kalau ini berterusan, Umno akan kehabisan pemimpin," katanya memberi amaran. -TMI

ULASAN GB

Menghairankan kita mendengar cadangan bekas Ketua Hakim di atas. Beliau berkata PAS mesti bekerja dengan Umno... sedangkan UMNO sudah lama menindas PAS, sudah lama meng"red-indian"kan Melayu. Bukti paling nyata: Royalti minyak di negeri yang majoriti Melayu iaitu Kelantan habis UMNO sapu dan membiarkan Melayu Kelantan hidup di dalam penderitaan sekian lama... UMNO sudah lama menjadi Red Indian dan meng"red-Indian"kan bangsa Melayu dengan dasar "assabiyah" (perkauman)nya.

Tanpa Islam, UMNO juga telah meng"Red-Indian"kan anak muda Melayu.

Dan bekas ketua hakim itu sendiri berkata:

"Tetapi, masalahnya terletak pada pemimpinnya. Faktor nombor satu membuatkan orang benci Umno ialah persepsi yang mereka korup," katanya.

Beliau berkata, Umno mesti memperbetulkan persepsi ini dan menyediakan peluang bagi lebih ramai golongan profesional memegang jawatan parti, sambil membangkitkan kemungkinan ramai yang menyokong PAS kerana sebab ini.

UMNO sudah tidak boleh dibetulkan dan tidak boleh diselamatkan. Kalau melayu nak selamat, bubar UMNO dan sertai PAS. '







IKLAN BERBAYAR




Bendera UMNO Lambang Gerombolan Gila Kuasa - Sakmongkol

Posted: 24 Nov 2014 04:10 PM PST


Kini banyak kelihatan bendera UMNO hampir di setiap sudut Kuala Lumpur. Umum tahu bahawa Perhimpunan Agung UMNO berlangsung mulai esok.

Melihatkan kemeriahan bendera UMNO di sana-sini, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyatakan, Bendera UMNO bukan lagi lambang yang boleh dimegahkan pengikutnya kerana UMNO kini bukanlah parti yang mengundang penghormatan. Ia lambang kepada gerombolan gila kuasa yang mahu menekan dan menindas rakyat yang tidak bersetuju dengan dasar-dasarnya.

Tegasnya, bendera UMNO bukan lagi lambang sesuatu yang dimuliakan dan dihormati rakyat, bukan lagi lambang kelompok manusia yang megah dan bukan lagi lambang parti mulia Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman, Tun Razak. Ia bukan lambang parti orang Melayu yang datang dari kampong, merendah diri yang bangkit berarak menentang Malayan Union dahulu. Sebaiknya, bendera UMNO sudah menjadi lambang pemerintahan kuku besi atau "reign of terror" bayangan kepada sebuah parti di mana ahlinya ganas dan membuli rakyat.

Tegas Ahli Parlimen DAP- Raub itu, ia merupakan bendera parti yang membiarkan kumpulan ala samseng membuat laporan polis lengkap dengan uniform para militari; yang bercakap ajak berkelahi, merusuh dan membinasa orang lain.

"Anak muda Melayu pun meluat tengok telatah pimpinan UMNO yang dahulunya malas belajar semasa sekolah, sekarang jadi kontraktor klas F dan lain-lain nya tapi oleh kerana jadi AJK UMNO bahagian atau ahli UMNO cekai sekali pun- berlagak macam dunia ini mereka yang punya," tambahnya melalui blognya Sakmongkol AK47.

Mohd Ariff berpendapat, UMNO tidak sedar bahawa mereka hanya sebahagian daripada orang Melayu dan mereka yang angkat diri sendiri menjadi jurucakap Melayu. Sudah ramai Melayu yang tidak mahu UMNO bercakap bagi pihak mereka. Kenapa kita mahu membiarkan budak lepasan SRP, SPM menjadi jurubicara bangsa kita? Kita bukan ahli JKKK.

Beliau seterusnya berkata, cara UMNO sekarang mempertahankan kuasa ialah bukan dengan kekuatan buah pemikiran, kemantapan dasar pemerintahannya tetapi melalui ugutan menggunakan tekanan, kezaliman, kuasa polis dan tentera.

"Orang ramai akan kata- ini bendera parti kaki pukul, kaki ugut, kaki gunakan polis sebagai budak suruhan, kaki yang hantar budak upahan menendang pelajar, menakutkan bangsa lain rakyat Malaysia," tambah beliau lagi.

Beliau yang berpendapat ibu bapa serta kaum keluarga yang masih menyokong UMNO, berdosa terhadap anak-anak mereka diganyang dan menyuruh agar menjauhkan diri dari UMNO.

"Parti ini sudah tidak dapat dibantu. Pemimpin asyik berpoya melayan para isteri bermewah mewahan. Harta benda rakyat habis disapu. Ia parti yang menuju kepada penghujung hayat – pengikutnya naik sasau dan mudah meletup. Ia hanya boleh mempertahankan keberadaannya melalui ugutan, tangkapan, penggunaan undang-undang zalim, dan teriakan mengkasari orang lain,"sambungnya. -FMT

Sebagai makluman, sakmongkol atau nama sebenarnya Mohd Ariff Sabri Aziz adalah bekas ADUN Pulau Manis dan pernah menang atas tiket Barisan Nasional/UMNO (2004-2008). Beliau merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Pahang (2000-2004) di bawah Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau kini ialah ahli parlimen DAP untuk Raub. -GB

Tiada ulasan: