Kelab Greenboc |
- [BERGAMBAR] Pemeriksaan Kenderaan Untuk Lampu HID, Plat Nombor Bermula Hari Ini
- [VIDEO] KLIA2 Banjir Amat Memalukan!
- [VIDEO & GAMBAR] Kedah Dilanda Puting Beliung, Amaran Keras Dari Langit?
- Bhgn Ini Bakal Jadi Berita Besar Utusan & TV3
[BERGAMBAR] Pemeriksaan Kenderaan Untuk Lampu HID, Plat Nombor Bermula Hari Ini Posted: 01 Nov 2014 01:04 AM PDT Tindakan Tegas Terhadap Pemilik Kenderaan Pasang Lampu HID, Ubah Suai Nombor Plat Tindakan tegas akan diambil terhadap kenderaan dengan nombor plat pelbagai reka bentuk, lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp' yang tidak mematuhi standard. Setelah berbulan-bulan mengeluarkan amaran, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memulakan tindakan keras di seluruh negara terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan spesifikasi, bermula Sabtu. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kira-kira 1,500 anggota akan terlibat dalam operasi itu yang akan dilaksanakan bersama-sama dengan anggota polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Beliau berkata pemeriksaan akan dilakukan di kawasan panas, sambil menambah operasi turut meliputi semua bandar dan pekan utama. "Kami telah memberikan amaran yang cukup terhadap pemilik kenderaan untuk tidak menggunakan plat pendaftaran yang diubah suai dan lampu HID yang tidak diluluskan. "Masa untuk berkompromi sudah berakhir. Kita tak akan layan sebarang alasan. "Saman mandatoti akan dikeluarkan," katanya kepada The Star. Ismail berkata di bawah spesifikasi JPJ, hanya tiga jenis plat nombor dibenarkan. Bagi kenderaan biasa, ia mestilah terdiri daripada huruf dan nombor putih, timbul atau dilekat di plat hitam manakala bagi kenderaan kedutaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Getah Asli Antarabangsa, ia harus terdiri daripada huruf putih dan nombor, timbul atau dilekat pada plat merah. Teksi dan kereta sewa harus mempunyai huruf dan nombor berwarna hitam, timbul atau dilekatkan di atas plat putih. Pemilik motosikal di atas 250cc yang melanggar kaedah-kaedah mengenai nombor plat akan dikeluarkan denda kompaun sebanyak RM100 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM150 (jika diselesaikan antara dua minggu dan sebulan) dan RM250 (jika diselesaikan selepas sebulan). Bagi pemilik motosikal di bawah 250 cc akan dikenakan denda RM70 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM120 (antara dua minggu dan sebulan) dan RM200 (jika lebih dari satu bulan). Ismail berkata lampu HID, yang menggunakan gas Xenon, bukan filamen, tidak dibenarkan untuk digunakan kecuali dalam kes-kes di mana perubahan yang dibuat terhadap keseluruhan sistem pencahayaan dengan akreditasi dari Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim). "HID yang terlalu kuat boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya yang lain dan berdepan risiko keselamatan," katanya. Bagi lampu 'strob' atau 'beacon', sejenis lampu berwarna-warni, beliau berkata kenderaan persendirian dilarang memasang peranti sedemikian. Beliau berkata hanya kenderaan polis, JPJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ambulans diberi keutamaan menggunakannya. mengenai cermin gelap, Ismail berkata JPJ telah menunda tarikh penguatkuasaan sehingga 1 Mei tahun depan. "Kami menangguhkan tarikh penguatkuasaan dalam tempoh enam bulan untuk memberikan masa yang cukup kepada pemilik kenderaan yang diimport untuk menggantikan cermin gelap mereka selepas JPJ menerima banyak rayuan," katanya. -mstar Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO] KLIA2 Banjir Amat Memalukan! Posted: 31 Oct 2014 09:40 PM PDT Tony Pua hari ini mempersoal kewibawaan pengurusan KLIA2, MAHB, apabila badan pengurusan itu gagal untuk menyelesaikan masalah retakan dan tanah mendap di landasan, jalan rayap dan tempat letak pesawat lapangan terbang antarabangsa terbaru itu. Menurutnya, isu tanah mendap telah menjadi 'jenaka antarabangsa' kerana perkara ini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi di lapangan terbang yang kononnya menggunakan teknologi tinggi. "Saya membangkitkan perkara ini kerana melihat satu video di Youtube semalam bertajuk 'Berlaku banjir di KLIA2' yang menunjukkan terdapat pekerja lapangan terbang sedang menimba air di kawasan landasan yang telah dinaiki air. "Ini satu jenaka yang amat serius yang perlu ditangani oleh pihak Kementerian Pengangkutan," katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen ini. Jelasnya, insiden ini bukan kali pertama berlaku dan ia sangat mengejutkan kerana landasan masih beroperasi dan menyatakan bahawa keadaan mungkin akan lebih buruk sekiranya KLIA2 mencapai penggunaan maksima di masa hadapan. "Cuba bayangkan sekiranya landasan tersebut sibuk, mungkin sesuatu yang lebih buruk berlaku," ujarnya. Beliau juga menyatakan bahawa persoalan mengenai KLIA2 telah ditanyakan olehnya kepada Menteri Pengangkutan bagi mendapat penjelasan berkenaan jumlah kos pembinaan serta langkah yang dirancang oleh MAHB untuk mengatasi masalah lapangan terbang yang berhadapan masalah retakan dan tanah mendap terutamanya di apron dan runway. "Saya hanya mendapat jawapan yang beliau mengakui memang ada berlakunya mendapan di KLIA2 dan masalah tersebut berpunca daripada 'differential settlement' yang sudah dijangka dan telah diambil kira semasa pembinaan KLIA2. "Keselamatan operasi dan penerbangan di KLIA2 tidak terjejas akibat mendapan dan takungan air tersebut," kata menteri terbabit. Ujarnya, pihak MAHB telah menjalankan kajian secara komprehensif yang membolehkan MAHB mengenal pasti dan melaksanakan tindakan berterusan yang paling sesuai dan praktikal bagi menangani isu ini. "Antaranya adalah kerja pembaikan segera seperti penampalan, pembaikan, retakan dan pengambusan lubang. -FMT ULASAN GB Hukum kebenaran dan keadilan itu tidak dapat ditolak. Ia tetap berjalan sekalipun cuba dinafikan. Walaupun sebelum ini pihak pengurusan KLIA dan MAHB menafikan hal-hal berkaitan dengan isu retakan dan pemendapan di KLIA2, kini video di atas menunjukkan pekerja lapangan terbang sedang menimba air di kawasan landasan yang telah dinaiki air. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO & GAMBAR] Kedah Dilanda Puting Beliung, Amaran Keras Dari Langit? Posted: 31 Oct 2014 05:55 PM PDT Kota Setar dilanda puting beliung ALOR SETAR - Tiga cedera, manakala lebih 35 rumah rosak selepas angin kuat melanda tiga kawasan di daerah Kota Setar, petang tadi. Dua daripada tiga mangsa yang cedera adalah dari Taman Inang terkena serpihan kaca daripada pintu dan seorang kanak-kanak difahamkan cedera ketika memancing di tengah sawah di kawasan berkenaan. Seorang lagi mangsa tercedera di bahagian badan dan tangan akibat terkena serpihan atap zink rumah yang di bawa angin di Kampung Sungai Baru. Berikutan kejadian angin kuat pokok-pokok landskap berhampiran rumah penduduk dan di tepi jalan utama juga tumbang. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru. Fenomena pusaran angin bersaiz sederhana seakan 'puting beliung' itu jelas kelihatan daripada beberapa kawasan, dipercayai bermula dari kawasan Sungai Baru menghala ke Mergong. Fenomena alam yang berlaku buat kali kedua itu, selepas Pendang pada 14 Oktober lalu menyebabkan orang ramai merakamkan kejadian dan menjadi viral di laman Facebook. -SH ULASAN GB Apakah puting beliung itu sebagai satu amaran keras dari langit terhadap gejala di bawah ini yang dilaporkan beberapa hari lalu?
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Bhgn Ini Bakal Jadi Berita Besar Utusan & TV3 Posted: 31 Oct 2014 07:45 AM PDT Pendakwa sensasikan hujah untuk TV3, Utusan, kata Anwar Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata pihak pendakwaan dalam rayuan liwatnya sengaja mensensasikan hujah di Mahkamah Persekutuan untuk media pro kerajaan. Bercakap di akhir sesi mahkamah, Anwar berkata, ketua pendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengaitkan hal sensasi dalam hujahnya supaya akhbar pro-kerajaan dapat memainkan isu berkenaan. "Timbalan Pendakwa Raya memetik perkara sensasi dalam hujahnya untuk Utusan dan TV3," katanya selepas meninggalkan mahkamah yang masuk hari keempat perbicaraan. Shafee seharusnya menjawab isu fakta yang dibangkitkan pihak pembelaan, kata Anwar. "Pasukan pembelaan melakukan tugas yang mengagumkan terutamanya mewujudkan keraguan munasabah," katanya. Shafee, yang mewakili Umno dalam beberapa kes, dilantik kerajaan mengetuai pasukan pendakwaan. Dalam hujahnya hari ini, Shafee menceritakan bagaimana Anwar dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Beliau turut menggunakan perkataan yang didakwa digunakan Anwar kepada Saiful dalam nada seksual. Sementara itu, Shafee berkata 20% hingga 30% hujah pendakwaan hari ini selesai dan fakta kes dirujuk dalam konteks yang betul. "Ini dilakukan sebagaimana tuduhan liwat itu berlaku," katanya kepada wartawan di luar mahkamah. Shafee yang diberikan lesen sementara oleh Peguam Negara untuk membuat pendakwaan kes ini berkata, beliau turut membawa isu sampel di mahkamah yang sebelum ini dipertikaikan pembelaan. Shafee berkata teori konspirasi yang diketengahkan pihak pembelaan tidak masuk akal. Katanya, Umno, media, doktor perubatan kerajaan, dua ahli kimia dan hakim diheret ke dalam dakwaan konspirasi Anwar apabila kenyataan kepada mahkamah diberikan. Shafee berkata kepada mahkamah pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima gangguan seksual yang membawa kepada liwat. "Jika wanita boleh dilindungi, kenapa tidak lelaki," katanya. Shafee berkata isu kredibiliti pengadu akan dibahaskan pada Isnin dan hal lain yang dibangkitkan pembelaan. Panel hakim yang diketuai Tun Arifin Zakaria turut memanjangkan sesi perbicaraan sehingga Selasa. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan