™ kaasii peecaahhh laaa...® |
Tiada toleransi terhadap ketirisan, kerakusan dan penyelewengan Posted: 09 Nov 2014 04:38 AM PST "kami akan jaga duit rakyat dengan baik." Ini adalah antara ayat yang selalu diungkapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila berceramah di serata negara. Beliau suka membandingkan kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan Barisan Nasional yang secara terbuka memang banyak korupsi, ketirisan dan penyelewengan yang berlaku. Kehilangan kerajaan Perak PR kepada BN pada 2009 adalah kerana keengganan PR untuk bertoleransi dengan ugutan Adun Jelapang ketika itu Hee Yit Foong (DAP). PKR juga dilihat enggan bertolak-ansur dengan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin yang disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyeleweng hasil kerajaan negeri. Pada April 2009, Anwar mengarahkan Fairus meletakkan jawatan dan PKR sanggup menanggung risiko kehilangan DUN Penanti. Ini adalah beberapa contoh "zero tolerance" PR terhadap pemimpin yang korup. Dan umum juga mengetahui, kewujudan Reformasi pada 1998 akibat daripada pemecatan Anwar yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kerana Anwar enggan bertolak-ansur terhadap hutang syarikat anak Mahathir dan tidak lulus memperuntukkan kewangan negara untuk menyelamat syarikat kroni. Justeru itu, kelestarian semangat Reformasi ini perlu diteruskan walaupun PR menjadi kerajaan di beberapa buah negeri. Tan Sri Khalid Ibrahim yang sememangnya mashyur dengan integriti yang tinggi juga diarah letak jawatan kerana ketidak transparansi beliau dalam rundingan ambil-alih konsesi air di Selangor dengan kerajaan pusat. Falsafah barat mengatakan, untuk menjatuhkan musuh politik adalah dengan memberi kuasa kepada dia. Kenyataan ini dilihat betul, kerana kuasa akan menjadikan seseorang itu lupa akan asal-usul dan juga keimanan yang perlu ditunjukkan beliau. Walaupun mungkin beliau tidak melakukan penyelewengan, tetapi beliau tetap tidak akan mengeksploitasikan korupsi yang beliau ketahui kerana untuk mempertahankan kuasa yang dipegang beliau (imej). Inilah yang akan terjadi kepada sesuatu kerajaan apabila "kuasa" dianggap segala-galanya dan rakyat dilupakan. PR berjaya mendapat hati pengundi dengan memenangi undi popular sebanyak 52% kerana laungan pembaharuan dan menolak segala ketirisan dan kerakusan pentadbiran BN. Disebabkan itu, PR perlu mempraktikkan segala janji ke dalam pentadbiran negeri pimpinan ia. Pokok yang besar sudah tentu mempunyai ranting yang rapuh, dan ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, kerana lama-kelamaan seluruh pokok itu akan dijangkiti dan mati. Dari pentadbiran kampong, desa, daerah, mukim, kerajaan tempatan dan juga kerajaan negeri, PR perlu memastikan tiada toleransi terhadap sebarang penyelewengan dan korupsi walaupun ia sedikit dan melibatkan jumlah wang yang tidak besar. PR sebagai pentadbir negeri bukan untuk mengkayakan ahli-ahlinya, tetapi adalah untuk membawa perubahan yang mensejahterakan rakyat secara umum. Kita sudah tentu tidak mahu, seperti ketua-ketua cawangan dan bahagian Umno dan MCA yang kebanyakan adalah taukeh-taukeh besar dan kontraktor yang selalu mendapat projek kerajaan, muktamadlah, ini bukan perjuangan yang di bawah kita. PR juga tidak boleh kerana ingin menjaga nama baik kerajaan negeri dan terus bertoleransi dengan ketirisan. Pada Disember 2012, seorang Pegawai Daerah di Pulau Pinang dicekup SPRM kerana merasuah keluarga kepada wanita yang mendakwa dicabuli DO ini, dalam masa 24 jam DO ini ditukar kerajaan negeri. Ini adalah contoh di mana korupsi dan penyelewengan tidak mempunyai tempat di Pulau Pinang. Pemimpin PR tidak harus takut dengan pembongkaran masalah ketirisan, penyelewengan atau rasuah terhadap pegawai-pegawai kerajaan, tetapi perlu bersikap transparensi dengan mengumumkan langkah pulih dan bendung masalah ini. Imej tidak akan membawah kita ke mana, tetapi kesanggupan menanggung tanggungjawab akan memastikan rakyat terus menyokong kita. Bukan senang kita dapat mencapai keputusan hari ini, Anwar dan Lim Guan Eng perlu mengorbankan kebebasan mereka untuk mendapatkan apa yang diperolehi sekarang. Justeru itu, sayangi dan hargai apa yang kita ada, rakyat di luar memasang harapan tinggi kepada PR untuk keluar dari cengkaman kerakusan BN, jangan kita hampakan mereka dengan bersikap seperti pemimpin BN. Kita boleh gadaikan segalanya, tetapi jangan gadaikan prinsip yang kita perjuangkan selama ini. Nescayalah, rakyat mengetahui apa yang berlaku dan mereka bijak menilainya pada pilihanraya akan datang. Kepada opportunist di dalam PR, saya menyeru mereka dibuangkan sekarang daripada kita terpaksa menanggung beban mereka pada PRU akan datang. –LEE BOON HENG AMK BAYAN BARU 9 November, 2014. |
You are subscribed to email updates from ™ kaasii peecaahhh laaa...® To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan