Selasa, 4 November 2014

™ kaasii peecaahhh laaa...®

™ kaasii peecaahhh laaa...®


Persidangan Mahkamah pentas politik pendakwaraya

Posted: 04 Nov 2014 03:21 AM PST

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kewibawaan peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang menurutnya harus belajar undang-undang semula.

Beliau mendakwa, peguam berkenaaan yang dilantik kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan itu membuat ucapan politik di mahkamah dan bukannya menjawab hujah pembelaan.

Dengan itu, Shafee menjadikan persidangan mahkamah tersebut sebagai "perbicaraan politik dan kepura-puraan media".

Pendakwa yang dikaitkan dengan Umno itu menamatkan penghujahannya hari ini dan pasukan pembelaan Anwar dijangka akan mengemukakan jawapan pada hari Khamis.

Anwar berkata, Shafee gagal menjelaskan kehadiran DNA pihak ketiga dan mengandaikan bahawa ia mungkin milik doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid.

"Tiba-tiba, fokusnya pada doktor pertama yang memeriksa (Saiful) dan pendakwaan mahu mencabar reputasinya?

"Jika DNA pihak ketiga itu daripada Dr Osman, ambillah DNA beliau," katanya.

"Shafee juga memberitahu mahkamah bahawa jika saya ingin membuktikan saya tidak bersalah, saya mesti tunjukkan DNA saya.

"Beliau meletakkan beban bukti ke atas saya, meminta saya mengemukakan sampel saya kepada pusat DNA antarabangsa mana, untuk membutikan saya bukan 'Lelaki Y'.

"Ini adalah kes jenayah, beban pembuktian pada pendakwaan (untuk membuktikan kes tersebut melampaui keraguan munasabah).

"Saya bukan pendakwa dan seluruhmi kepura-puraan ini diketahui seluruh dunia. Saya adalah mangsa konspirasy yang jijk dan sekarang anda kata Anwar tiada bukti (DNA), maka Anwar bersalah?," katanya.

Gambar Team Keadilan Cabang Bayan Baru memberi sokongan kepada DSAI di hari penentu kes ~LIWAT 2~

Posted: 03 Nov 2014 09:31 PM PST











LANGKAH PTPTN MEMOTONG PEMBIAAN TIDAK WAJAR

Posted: 03 Nov 2014 08:57 PM PST

Langkah PTPTN memotong pembiayaan sebanyak 5 peratus ke IPTA dan 15 peratus ke IPTS adalah amat tidak wajar pada ketika rakyat berhadapan keadaan kewangan yang semakin tertekan.

Ini membuktikan bahawa dasar pembiayaan pendidikan Kerajaan Persekutuan telah gagal sama sekali. Pembaziran dan ketirisan yang melampau dibiarkan begitu sahaja sementara akses kepada pendidikan menjadi mangsa.

Pendidikan tinggi bukanlah keistimewaan atau kemewahan. Pendidikan tinggi semakin hari menjadi kepentingan awam. Rakyat Malaysia yang didedahkan kepada pendidikan yang mudah dicapai dan berkualiti menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan pekerja yang produktif yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Justeru, matlamat kita sewajarnya meluaskan capaian ke IPT, bukannya menyukarkan keadaan atau lebih dasyat lagi memusnahkan impian anak-anak muda yang ingin melanjutkan pelajaran mereka. Pada masa yang sama perlu ada penstrukturan menyeluruh IPTS di mana banyak kolej-kolej tidal berkualiti hidup semata-semata atas pembiayaan PTPTN tetapi gagal memberikan pendidikan berkualiti dan membebankan generasi muda kita dengan hutang keliling pinggang.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN
EXCO PENDIDIKAN, PEMBANGUNAN MODAL INSAN, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI SELANGOR

MOVE TO CUT PTPTN FUNDING UNFORTUNATE

The move to cut PTPTN funding by 5 percent for public institutions of higher learning and 15 percent for private institurions is an extremely unfortunate move at a time when the finances of ordinary Malaysians are being increasingly squeezed.

This is a sign that the Federal Government's education funding policies have been an abject failure. Horrendous wastage and leakages are tolerated while access to education withers away.

Education, at the tertiary level, is not a privilege nor is it a luxury. It is increasingly a public good: Malaysians who are exposed to accessible and good-quality education make for responsible citizens and productive workers who can contribute to value-add.

As such, our goal should be to help widen access to institutions of higher learning, rather than complicating matters or even crushing the dreams of young Malaysians aspiring to further their educations. There needs to be a wholesale revamp in the private sector as well where many substandard colleges survive purely on PTPTN funding while fail to provide quality education and burden our youth with higher debts.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PARTI KEADILAN RAKYAT YOUTH LEADER
SELANGOR STATE EXCO ON EDUCATION, HUMAN CAPITAL DEVELOPMENT, SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION

Tiada ulasan: