Ahad, 9 November 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[VIDEO VIRAL] Budak Lelaki Pakai Telekung Curi Wang Jemaah Masjid

Posted: 09 Nov 2014 07:01 AM PST

KELAB GREENBOC



 
Pncuri pakai telekung

Kapar: "Saya mahu ambil duit emak, tetapi dia pergi ke tandas," itu alasan 'cap ayam' yang diberikan pencuri apabila tindakannya mencuri wang jemaah menunaikan solat Subuh, dikesan seorang jemaah wanita yang baru saja tiba dalam kejadian di Masjid Asy Syarif, Meru, pada 28 Oktober lalu.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, lelaki lingkungan 20-an yang ke tempat solat wanita berpura-pura menunaikan solat selain turut memakai telekung bagi mengaburi mata jemaah.

Rakaman video berdurasi lebih satu minit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu menjadi 'viral' di laman sosial, memaparkan seorang lelaki yang memakai telekung berlegar-legar di dalam ruang solat wanita sebelum melarikan diri dengan hanya memakai kain batik.

Saksi yang mahu dikenali Su Mohamad, 49, berkata, ketika kejadian, dia baru sampai dan mendapati jemaah lain sedang solat.

Menurutnya, sebaik melangkah masuk ke ruang solat wanita, dia melihat jemaah 'wanita' berada dalam keadaan mencurigakan.

Dia berkata, 'jemaah' terbabit dilihat asyik menyelongkar beg tangan milik jemaah lain yang diletakkan di bahagian tengah ruang solat itu kerana beranggapan perbuatannya tidak disedari.

"Saya yang curiga dengan tingkah laku itu, menghampiri dan memegang bahu 'wanita' itu yang asyik menyelongkar beg dari arah belakang. -HM 


LIHAT VIDEO DI SINI

Keputusan Rayuan Anwar Hanya Akan Diketahui Selepas Perhimpunan Agung UMNO

Posted: 09 Nov 2014 06:50 AM PST




Apabila Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria menangguhkan keputusan kes rayuan liwat Anwar Ibrahim yang sebelum ini disabitkan dengan hukuman lima tahun penjara ke suatu tarikh lain, persoalan yang menjadi teka-teki ramai ialah bilakah ia akan diumumkan dan apakah pula keputusannya.

Sementara pihak pembela dan pendakwa melahirkan keyakinan keputusan nanti akan memihak kepada mereka, orangramai juga mulai membuat telahan dan andaian masing-masing. Ada yang yakin Anwar akan didapati bebas dan ada juga yang merasakan sebaliknya.

Ariffin yang mengetuai panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan membuat penangguhan itu selepas tidak sampai sejam mendengar hujah penutup oleh pihak pembela dan pendakwa pada petang Jumaat selepas bersidang sejak tujuh hari lalu.

Beliau berkata, memandangkan banyak fakta dikemukakan, pihaknya memerlukan sedikit masa untuk membuat penilaian dan keputusan akan dibuat di tarikh lain yang akan diberitahu kemudian.

Berbanding kes rayuan di Mahkamah Rayuan sebelum ini yang mana keputusan diumumkan pada hari yang sama pendengaran hujah kedua-dua pihak pendakwa dan pembela berakhir, penangguhan keputusan ini mengulangi seperti apa berlaku dalam Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Tidak dipastikan berapa lamakah panel lima hakim ini memerlukan masa untuk menilai fakta-fakta yang dikemukakan sebelum membuat keputusan muktamad. Ia mungkin seminggu, dua minggu, tiga minggu atau lebih lama daripada itu.

Tetapi memandangkan pada 25 hingga 29 November ini akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO, adalah dijangkakan keputusan kes rayuan Anwar ini hanya akan diumumkan selepas  tarikh tersebut.

Ini tidak bermakna kes rayuan ini berkait secara langsung dengan UMNO, namun apa pun keputusannya nanti tidak dinafikan akan mempengaruhi mood perwakilan dan pemerhati pada perhimpunan itu. Adalah dipercayai Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri tidak bersedia untuk berdepan dengan keadaan yang sukar dijangka itu.

Pada tarikh keputusan diumumkan nanti juga, Anwar dijangka akan menggerakkan kekuatan penyokongnya dalam PKR dan PR untuk berhimpun serta bersolidariti sebagaimana yang dilakukannya ketika menunggu keputusan di Mahkamah Tinggi pada 2012 dulu.

Jika Anwar didapati bersalah dan dimasukkan ke penjara sekali lagi misalnya, risiko yang mungkin berlaku ialah adanya beberapa siri perhimpunan lagi di ibu negara bagi membantah keputusan itu. Walaupun polis dan pasukan keselamatan dipercayai boleh mengawalnya, tetapi bagaimana ia berakhir sukar sekali dijangka.

Dalam masa yang sama, berikutan siri perhimpunan itu, kesannya kepada simpati rakyat mungkin bercambah dalam diam umpama "api dalam sekam".

Naib Presiden PKR, Tian Chua sendiri sebelum ini memberitahu sekiranya Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan, pihaknya akan mengadakan himpunan rakyat secara besar-besaran di Dataran Merdeka bagi menunjukkan bantahan rakyat terhadap keputusan itu.

Dalam situasi yang sama, di kalangan ahli dan pemimpin UMNO yang berkampung di PWTC sendiri, mungkin ada yang turut simpati dan meluahkan kesedihan dengan nasib yang menimpa Anwar dan keluarganya walaupun tidak dinafikan ramai juga yang gembira bila Ketua Pembangkang itu berehat di penjara.

Gangguan seperti ini pastinya akan membuatkan Najib merasa tidak selesa dan terganggu jiwanya.

Kiranya Anwar didapati tidak bersalah dan bebas pula, mood perwakilan dan pemerhati dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak mustahil bertukar menjadi kecaman dan serangan terhadap Najib dan kerajaan kerana gagal menguruskannya dengan baik.

Kumpulan konservatif dalam UMNO yang suka melihat Anwar dipenjarakan, hanya semata-mata bersandarkan emosi, mungkin sekali menuding jari terus kepada kepada Najib atas pembebasan itu.

Malah, tindakan kerajaan melantik peguam terkenal, Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan akan turut menjadi kecaman serta dianggap pembaziran wang kerajaan berbanding jika menggunakan pasukan biasa daripada Jabatan Peguam Negara.

Sama ada Anwar bebas dan bersalah, membiarkan keputusan Mahkamah Persekutuan diumumkan sebelum Perhimpunan Agung UMNO, tetap mengundang kesan negatifnya kepada Najib dan kerajaan.

Untuk menjadikan keadaan lebih selesa dan Najib tidak perlu terlalu serabut dengan dibebani isu Anwar, membiarkan keputusan itu dibuat selepas Perhimpunan Agung UMNO adalah situasi yang dianggap selamat dan wajar.

Sehubungan itu, adalah dijangkakan tarikh untuk membuat keputusan kes rayuan Anwar ini akan diumumkan sama ada pada bulan Disember atau awal tahun 2015 nanti

Pondok terakhir di Kg Chubadak Tambahan

Posted: 09 Nov 2014 06:47 AM PST

MALAYSIAKINI



 


Tempat tinggal Wahidah Salleh, 72, kini hanyalah sebuah pondok beratap kanvas dengan dinding papan lapis dan berlantaikan kayu reja.

Ketika ditemui Malaysiakini, nenek kepada lapan orang cucu yang lebih mesra disapa dengan panggilan Opah sedang memasak sendirian di sudut pondok yang dijadikan dapur.

Lauk yang dimasaknya cukup sederhana – ikan goreng dan sayur tumis. Di luar, raungan jentolak yang meratakan tanah di belakang pondoknya memecah keheningan.

Jentera berkenaan pada 28 Oktober lalu meranapkan rumahnya yang didiami sejak 45 tahun lalu, serta lapan lagi rumah lain di Kampung Chubadak Tambahan.

Musim hujan yang melanda ceruk Kuala Lumpur itu membawa kebimbangan baru bagi Opah.

"Tanah makin rata, khemah ini banyak barang dan Opah takut ular masuk," katanya memulakan bicara.

Selain dapur, ruang seluas kira-kira 30 meter persegi itu memuatkan televisyen, tempat tidur serta barangan yang sempat diselamatkan dari rumah asalnya.

Opah berkata, beliau akan terus mendiami tempat itu sehingga tamat tempoh 15 hari sementara menunggu keputusan permohonan bagi mendapatkan pampasan yang lebih setimpal.

Sambil tangannya menumbuk sambal, Opah menceritakan semula saat beliau memulakan hidup baru bersama suaminya, Halim Hamid di Kampung Chubadak Tambahan.

Dalam keadaan pondok serba daif itu, dua orang cucunya, Natasha Norman dan Atikah Azmi yang masing-masing berusia 13 tahun setia menemani dan mendengar cerita neneknya.

Kawasan kampung yang terletak kira-kira 10 km dari pusat bandar itu baru saja dibuka selepas tragedi 13 Mei baru saja berakhir di Kuala Lumpur pada waktu itu.

Katanya, rumah itu dibeli oleh suaminya yang menyara keluarga dengan memandu teksi di ibu kota.

Tunggu pampasan setimpal

Untuk menampung kos perbelanjaan, Opah turut mengajar anak-anak kampung itu membaca al-Quran.

"Tapi kerana pada ketika itu umur Opah sudah 60 tahun, pejabat pendidikan tidak benarkan Opah mengajar lagi kerana Opah mengajar di rumah, bukan di sekolah," ujarnya.

Di tanah itulah juga beliau membesarkan empat orang anaknya, kata Opah yang mengimbau kembali kenangan hidupnya di pinggir kota itu.

"Tanah ini sungguh bermakna, seminggu selepas bernikah suami bawa Opah tinggal di sini.

"Opah besarkan anak-anak sehingga mereka berjaya di tanah ini. Jadi opah banyak kenangan di sini, hari ini mereka robohkan rumah Opah.

"Opah sedih tapi Opah mesti lawan," ujarnya dengan tenang, sebelum meminta diri untuk solat Zohor.

Beliau menerima surat daripada pemaju yang memberi kelonggaran kepada penduduk terlibat untuk terus tinggal di tanah itu untuk tempoh sehingga 20 November.

"Orang bagi kita pilihan jadi kita pilih dan Opah pilih untuk terus tinggal di sini.

"Biarlah orang lain nak pindah tapi tanah ini Opah sayang, selagi tidak dapat pampasan yang sewajarnya Opah akan terus di sini, biarlah apa orang nak cakap," katanya.

Lapan lagi pemilik rumah lain sudahpun berpindah selepas menerima surat tawaran pemaju, katanya.

Anak kelahiran Lenggong, Perak ini kecewa kerana pampasan yang ditawarkan itu dilihatnya tidak adil dan berat sebelah.

"Opah hairan, kenapa ada yang dapat pampasan RM70,000 ada juga yang RM80,000 tapi Opah dahulu hanya ditawarkan pampasan RM7,500.

"Tak masuk akal, jadi beri pampasan yang sesuai buat Opah, barulah Opah pindah," katanya lagi sambil melipat kain telekungnya.

Anggota penduduk kampung membentuk Gerakan Rakyat Bela Kampung Chubadak Tambahan (BELA) dan membuat bantahan di pejabat pemaju pada 31 Oktober lalu.

Susulan itu, syarikat pemaju, Melati Ehsan Group bersetuju memberi ganti dalam bentuk rumah kos rendah yang akan dibina di Kampung Chubadak.

Bagaimanapun, Opah tetap menuntut agar bayaran pampasan setimpal diberikan termasuk kos perpindahan dan bayaran sewa rumah sementara di PPR Batu Muda.

Pemaju juga bersetuju untuk tidak menuntut kos mahkamah dan bayaran ke atas kes yang dimenangi oleh pihak pemaju berhubung pemilikan ke atas tanah di Kampung Chubadak Tambahan.

Meskipun ia khabar yang cukup menggembirakan, namun masih tergambar kesedihan di wajah Opah Wahidah.

Gaya hidupnya akan berubah. Rumah barunya tidak lagi berhalaman tetapi hanya salah satu daripada petak konkrit rumah pangsa, puluhan lapis tingginya.

Beliau tidak akan dibenarkan membela haiwan ternakan, seperti di Kampung Chubadak Tambahan yang dicintainya.

"Opah sukalah dapat rumah baru tapi di sini tempat Opah, nanti kalau Opah dah pindah dekat PPR macam mana nak bawa semua barang Opah?

"Kalau ada ayam bolehlah Opah sembelih buat makan sekarang sebelum Opah berpindah kerumah baru.

"Orang dekat PPR itu mesti tidak suka kalau Opah bawa binatang, itu lihat kucing Opah baru beranak malam tadi," katanya.

Sambil makan bersama wartawan, Opah Wahidah menjengah keluar melihat cucunya Natasya dan Atikah yang asyik menikmati makan tengahari di luar pondok.

Di langit, awan gelap bergumpalan, tanda hujan lebat akan turun. Opah Wahidah membetulkan duduknya sambil mengirim pesan pada kumpulan anak muda yang turut berdemo di Sentul, Jumaat lalu.

"Jangan patah semangat. Berjuang jangan kira umur, Opah sudah 72 tahun tapi Opah tak akan bagi peluang untuk orang ambil kesempatan," katanya lagi.

Di luar pondok daif itu, hujan mulai turun membasahi tanah kesayangannya.

Sisa mayat mangsa MH17 tidak dapat dikeluarkan

Posted: 09 Nov 2014 06:45 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KHARKIV:  Sisa mayat terakhir mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 mungkin tidak akan dapat dikeluarkan daripada lokasi bangkai pesawat yang berada dalam kawasan bergolak di Ukraine.
 
Menteri Luar Belanda, Bert Koenders semalam berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan bila dan adakah mereka mampu membawa keluar sisa sembilan mayat terakhir daripada lokasi nahas, akibat pertempuran yang masih berterusan di antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera kerajaan Ukraine.
 
Pesawat MH17 itu ditembak jatuh di timur Ukraine 17 Julai lalu dan mengorbankan semua 298 orang penumpang dan kru penerbangan dan sehingga kini, sebanyak 289 mayat mangsa telah dikenal pasti. – AFP

Umno Selangor perlu bagi peluang muka baharu

Posted: 09 Nov 2014 06:43 AM PST


Logo Umno Logo Umno
SHAH ALAM - Kegagalan Umno Selangor merampas pemerintahan negeri daripada Pakatan Rakyat (PR) selama dua penggal, disifatkan sebagai malu besar kepada pimpinan tertinggi negeri itu.

Malah, jawatan Pengerusi Umno Selangor yang dipegang Datuk Seri Noh Omar, dikatakan perlu ditukar kepada pemimpin lain yang lebih berkaliber sekali gus memberi peluang kepada wajah baru memegang kerusi tertinggi parti itu di negeri ini.

Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Umno Selangor sememangnya perlu melalui proses rombakan semula bagi memastikan kekuatan parti itu mampu digapai semula dan tidak perlu lagi terlalu mengharap dengan pemimpin sedia ada.

"Kalau saya jadi beliau (Noh) saya akan rasa malu kerana gagal rampas Selangor dari PR dua penggal berturut-turut. Saya cadangkan, berilah jawatan itu kepada orang lain.

"Saya juga sangat setuju dengan kenyataan yang dibuat Tun (Dr) Mahathir, apa yang beliau sarankan itu memang betul dan sepatutnya dilakukan Umno Selangor," katanya kepada Sinar Harian.

Khamis lalu, bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta supaya Umno Selangor membuat pembubaran dan dan penyusunan semula termasuk menerima ahli baru yang berbakat.

Menurutnya, ahli baru perlu ditapis bagi mengelakkan kewujudan makhluk perosak yang ingin memperalat parti itu untuk agenda peribadi.

"Umno Selangor sangat terdesak ketika ini dalam membuat perubahan pemimpin dan sepatutnya, pemimpin yang sedia ada ini diganti dengan muka-muka baru yang lebih relevan, bukanlah bermakna pemimpin muda itu perlu, tetapi Selangor perlukan pemimpin yang lebih bertanggungjawab dan mempunyai imej yang bersih dan segar.

"Kalau boleh, biarlah pemimpin baru itu juga mempunyai integriti, jujur, amanah dan yang paling penting tidak terlalu tergila-gilakan jawatan," kata Atory.

Tambahnya, dengan beberapa teguran yang sudah diterima Umno Selangor, beliau berharap agar kepimpinan parti itu mampu melakukan perubahan drastik supaya imej Umno Selangor tidak terus tercalar.

"Sudahlah minggu lepas ditegur perdana menteri, kali ini Tun Mahathir pula sudah bersuara. Jadi mereka harus membentuk semula kepimpinan yang lebih baik dengan mengganti pimpinan yang ada ini dengan muka baru kerana yang sedia ada ini, sudah dianggap tidak relevan lagi," katanya.

Kejutan menanti pembangkang pada PRN11

Posted: 09 Nov 2014 06:37 AM PST

SINAR HARIAN


Adenan Satem Adenan Satem
 
 
KUCHING - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tunjang BN di Sarawak, telah menyediakan beberapa kejutan untuk pembangkang pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11).
 
Presiden PBB, Tan Sri Adenan Satem, yang juga Ketua Menteri, berkata pilihan raya negeri boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang sehingga Jun 2016 apabila tempoh penggal Dewan Undangan Negeri berakhir.
 
"Kami mempunyai beberapa kejutan untuk pembangkang yang kami tidak akan mendedahkannya sekarang," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di sini hari ini.
 
Ketika ditanya sama ada penampilan beberapa muka baharu pada pilihan raya akan menjadi sebahagian daripada kejutan, beliau menjawab: "Kejutan ialah kejutan. Saya tidak boleh mengumumkan sekarang".
 
Pada masa ini, PBB menguasai 35 daripada 71 kerusi dalam Dun Sarawak yang dimenangi pada pilihan raya negeri lepas pada 2011. - Bernama

Transgender: Mains akan kemuka rayuan

Posted: 09 Nov 2014 06:33 AM PST


Transgender: Mains akan kemuka rayuan
 
 
SEREMBAN - Majis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membabitkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan enakmen itu sebagai tidak sah di sisi Perlembagaan kerana didapati mendiskriminasikan lelaki Islam yang menghidap keadaan dikenali sebagai masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.

Setiausaha Mains, Kamal Amran Kamarudin bagaimanapun berkata, perkara tersebut masih dalam perbincangan dan rayuan akan dibuat dalam masa terdekat.

"Setakat ini, tarikh belum ditetapkan. Apabila sudah bersedia nanti, barulah kita teruskan dengan rayuan. 

"Kita hargai setiap komen dan cadangan dikemukakan, selain berharap masyarakat Islam akan memberikan sokongan kepada usaha Mains dan kerajaan negeri," katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas gesaan Gabungan Peguam-peguam Ikatan Muslimin Malaysia (iPeguam) yang mahu Mains memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan secepat mungkin.
Pengerusinya, Tuan Muhammad Luttfi Abdul Khalid berkata, rayuan itu penting kerana perkara terbabit melibatkan isu Perlembagaan dan kewibawaan institusi agama Islam di Negeri Sembilan.

"Keputusan ini juga akan menjadi rujukan bagi negeri lain dan juga di Wilayah Persekutuan sendiri, sekiranya kes serupa berulang. Ini kerana pihak berkuasa agama Islam negeri tiada pilihan, melainkan terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan," katanya.

Mesyuarat tergempar jika saya didapati bersalah

Posted: 09 Nov 2014 06:30 AM PST

SINAR HARIAN

Anwar Ibrahim - Foto AFP Anwar Ibrahim - Foto AFP
 
 
BUKIT MERTAJAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tidak memihak kepadanya dalam rayuan beliau bagi sabitan kesalahan liwat, Majlis Presiden PR akan mengadakan mesyuarat tergempar.
 
Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu berkata, mesyuarat itu bertujuan menentukan hala tuju pakatan pembangkang.
    
"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ada mencadangkan pada hari yang andainya saya dijatuhkan hukuman, maka akan diadakan suatu mesyuarat tergempar untuk kita mara ke depan," katanya dalam sidang media selepas majlis perasmian naik taraf jalan Madrasah An-Nahdoh dan projek tebatan banjir Parlimen Permatang Pauh di sini, hari ini.
    
Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh menganggap keputusan mahkamah yang tidak memihak kepadanya bukan masalah besar bagi pakatan pembangkang kerana mereka sudahpun membincangkan manifesto, agenda dan dasar bersama parti.
 
"Buat apa nak hukum saya, saya tak salah ...," katanya.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Persekutuan yang habis mendengar rayuan terakhir Anwar bagi sabitan kesalahan liwat dan hukuman penjara lima tahun, menangguhkan keputusannya pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
    
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, Mahkamah Persekutuan memerlukan  masa untuk meneliti semua hujahan dan nas undang-undang dikemukakan pendakwa raya dan pembelaan sepanjang lapan hari bersidang.
    
Berikutan itu, beliau yang mempengerusikan panel lima hakim mahkamah berkenaan mengekalkan jaminan RM10,000 yang ditetapkan Mahkamah Rayuan berserta semua syaratnya  sehingga keputusan diumumkan.
 
Dalam rayuan itu, Anwar, 67, memohon kepada Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini setelah mengubah keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar.
 
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
 
Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. - Bernama

3 pelajar ILP cedera dalam letupan kini stabil

Posted: 09 Nov 2014 06:21 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA TERENGGANU: Tiga pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak di sini, yang cedera selepas roket ujian mereka meletup di Manir semalam kini berada dalam keadaan stabil.
 
Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Abdul Rahim Abdullah, berkata seorang daripada pelajar itu Khairul Shahiran Che Ibrahim, 19, mengalami kecederaan paling teruk di kedua-dua belah tangan dan akan menjalani pembedahan plastik dalam masa terdekat bagi memulih dan mendapatkan kembali bentuk serta fungsi tangannya.
 
"Walaupun kecederaan tangannya parah, pihak hospital akan berusaha sebaik mungkin dan kita yakin berjaya memulihkannya dengan kepakaran serta teknologi perubatan yang ada di HSNZ," katanya kepada pemberita selepas taklimat media menggenai perkhidmatan Unit Neurosurgeri HSNZ di sini, hari ini.
 
Katanya, dua lagi iaitu Nazrin Che Mohamad, 20, mengalami kecederaan di mata iaitu calar di bahagian selaput mata dan Mohd Afiq Mohd Misran, 18, mengalami pendarahan dalam mata.
 
"Bagaimanapun kecederaan ini tidak akan menjejaskan penglihatan mereka berdua dan akan pulih selepas beberapa rawatan susulan selepas ini," katanya.
 

Bahan terlarang dalam sampel Chong Wei diberi oleh klinik swasta - Khairy

Posted: 09 Nov 2014 06:19 AM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
  
 
PUTRAJAYA: Bahan terlarang jenis dexamethasone yang didapati dalam sampel pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei diberikan oleh sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur dan bukan Institut Sukan Negara (ISN), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
 
Beliau berkata, klinik berkenaan adalah klinik rujukan ISN dan mempunyai kepakaran dalam perubatan sukan.
 
Khairy berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Karnival Genexter 2014 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini hari ini.

Kerajaan Persekutuan dolak-dalih - Azmin Ali

Posted: 09 Nov 2014 06:15 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Tindakan berdolak-dalih kerajaan Persekutuan dalam memberi tekanan ke atas beberapa syarikat agar menandatangani perjanjian penstrukturan semula air Selangor menyebabkan isu itu tertangguh sehingga kini.
 
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata tempoh menandatangani perjanjian itu hampir tamat dan pihaknya tidak akan berdiam diri sehingga kata putus dapat dicapai.
 
Malah, tegas Azmin beliau tidak mahu berlaku kelewatan dalam pelaksanaan itu kerana ia akan memberi kesan kepada pengguna dan rakyat negeri itu.
 
"Sepertimana dinyatakan menteri dalam tempoh lima minggu ada perjanjian yang perlu ditandatangani antara syarikat konsesi dengan Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan dan tempoh itu akan tamat dalam masa terdekat.
 
"Tetapi Kerajaan Pusat masih berdolak dalik dan tidak mengenakan satu tekanan pada syarikat berkenaan untuk selesaikan penstrukturan industri air ini," katanya selepas menyempurnakan majlis perasmian Hari Tadika Selangor 2014 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pagi tadi.
 
Beliau berkata demikian mengulas tindakan kerajaan Pusat yang terus melengah-lengahkan pelaksanaan penstrukturan industri air di Selangor.
 
Dalam pada itu kata Azmin, sehingga kini pihak kementerian tidak memberi jawapan berhubung permohonan mendedahkan isi kandungan perjanjian air.
 
"Surat saya yang dihantar tiga minggu lepas kepada menteri mohon kerajaan Persekutuan untuk mendedahkan kandungan perjanjian tersebut, malang sekali tidak dijawab sehingga hari ini.
 
"Oleh kerana tempoh menandatangani perjanjian antara syarikat konsesi dengan kerajaan negeri akan tamat dalam masa terdekat maka kerajaan negeri akan keluarkan kenyataan rasmi esok," katanya lagi.
 
Kerajaan Negeri September lalu memeterai perjanjian induk pengambilalihan industri air dengan disaksikan mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Tenaga Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili.
 
Perjanjian air itu pada awalnya ditandatangani Khalid sebagai timbal balik kepada kelancaran program penstrkturan semula insdustri air di Selangor.
 
Namun sehingga perjanjian air yang membolehkan projek Langat 2 diteruskan ditandatangani, perjanjian antara kerajaan negeri Selangor dengan syarikat konsesi masih belum dimeterai.
 
Dalam perkembangan berlainan, Azmin berkata kerajaan Negeri kini dalam usaha mencari mekanisme bagi memastikan setiap kanak-kanak di Selangor memperoleh akses kepada pendidikan termasuk golongan istimewa.
 
Menurut Azmin, iltizam itu selaras dengan perlembagaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menggariskan kanak-kanak cacat anggota juga patut diberikan penjagaan dan sokongan termasuk hak untuk mendapatkan pendidikan.

Hentikan monopoli pemeriksaan kenderaan komersial oleh Puspakom

Posted: 09 Nov 2014 06:13 AM PST

puspakom_

Roketkini.com


KUALA LUMPUR- DAP menggesa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai agar menghentikan monopoli pemeriksaan kenderaan komersial oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom  demi keselamatan rakyat.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, ketidakcekapan Puspakom merupakan antara punca peningkatan kemalangan jalan raya di Malaysia.

Menurutnya, sejak 1994, Puspakom tidak pernah konsisten melaksanakan tanggungjawabnya berikutan banyak aduan orang ramai terhadap syarikat itu.

"Perakuan kelayakan dari Puspakom tidak memberi jaminan bahawa kenderaan yang diperiksa adalah selamat untuk berada di jalan raya.

"Jadi, Liow harus menjelaskan apakah kementeriannya sudah bersedia membebaskan pemeriksaan kenderaan komersial bagi membolehkan pembekal perkhidmatan lebih berkelayakan mengambil alih peranan, bukannya meneruskan monopoli tidak sihat ini," kata Chin Tong dalam satu kenyataan.

Pada 1 Disember 2009, Timbalan Menteri Pengangkutan ketika itu, Abdul Rahim Bakri di Parlimen memberitahu bahawa hak eksklusif Puspakom untuk memeriksa kenderaan komersial akan berakhir pada 2014.

Namun, pada 27 Jun 2011 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri S Devamany menyatakan sebaliknya dengan berkata, bahawa kerajaan memutuskan untuk memberikan hak eksklusif kepada Puspakom sehingga 2024.

"Liow perlu berpegang teguh kepada janji awal kerajaan untuk mengakhiri monopoli Puspakom ini.

"Liberalisasi pemeriksaan kenderaan adalah penting kerana ia akan meningkatkan usaha penguatkuasaan peraturan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sekaligus mengurangkan risiko kemalangan jalan raya," tegasnya.

Chin Tong turut menyelar tindakan kerajaan yang menyatakan isu berkaitan perjanjian dengan Puspakom adalah 'sensitif'.

"Mengapa ia dianggap sensitif? Adakah kerana Puspakom anak syarikat kepada DRB-HICOM Berhad, iaitu konglomerat dikuasai Syed Mokhtar Al-Bukhary?," soalnya.

Pengarah Pendidikan Politik DAP itu turut menyatakan, beberapa bukti memperlihatkan dengan jelas kecuaian Puspakom hingga meragut nyawa pengguna jalan raya adalah kemalangan bas di Genting Highland, Ogos tahun lalu.

Katanya, siasatan ke atas tragedi yang meragut 37 nyawa itu mendapati bahawa Puspakom tidak melakukan pemeriksaan teliti, atau tidak mengemaskini rekod bas tersebut.

"Laporan yang didedahkan Panel Penasihat Bebas jelas menyatakan kaedah pemeriksaan Puspakom terhadap bas terbabit amat longgar," ujarnya. -Roketkini.com

Tiada jaminan lebuhraya Pan-Borneo tanpa tol, jawapan Menteri Kerja Raya bercanggah

Posted: 09 Nov 2014 06:11 AM PST

Tinjauan kenderaan orang ramai pulang

Roketkini.com


SANDAKAN- Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof memberikan jawapan bercanggah bahawa tiada tol dikenakan ke atas pengguna lebuhraya Pan-Borneo, kata Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong Tien Fatt.

Kata Stephen, menurut jawapan yang diperolehinya dalam perbahasan Belanjawan 2015, 
Kementerian Kerja Raya tidak dapat memberi jaminan bahawa tiada tol dikenakan keatas pengguna lebuhraya Pan-Borneo.

"Ini jelas menunjukkan sikap tidak konsisten kerajaan Barisan Nasional. Mengapa menteri pada awalnya mengatakan tiada tol, kemudian tidak memberi jaminan tiada tol dikenakan," kata Stephen dalam satu kenyataan.

Fadillah dalam satu kenyataan seperti dilaporkan Bernama pada 11 Oktober lalu berkata, lebuh raya yang akan melibatkan pembinaan empat lorong bagi kemudahan rakyat Sabah dan Sarawak itu akan dibina tanpa tol.

Lebuhraya Pan Borneo melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 kilometer dan jajaran Sabah sepanjang 727 kilometer dibina dengan kos berjumlah RM27 bilion.

Dalam pada itu kata Stephen, difahamkan kontrak pembinaan lebuhraya Pan-Borneo akan diberikan kepada UEM-MMC melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), sama seperti Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di semenanjung Malaysia

Tegasnya, kontrak harus diberikan kepada syarikat tempatan untuk membantu meningkat taraf ekonomi penduduk setempat.

"Ini adalah mengenai kesaksamaan peluang, Keutamaan bagi projek di Sabah harus diberikan kepada penduduk di negeri ini yang berkelayakan melalui tender terbuka.

"Tender tertutup hanyalah satu daripada cara untuk mengambil untung 'atas angin' dan punca berlakunya rasuah," tegas Stephen,

Tambahnya, sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang akan membentangkan belanjawan 2015 bermula Isnin depan wajar membincangkan perkara tersebut, termasuk kualiti lebuhraya Pan-Borneo, peruntukan pembinaan dan hal berkaitan kepada rakyat negeri ini. – Roketkini.com

Projek kerajaan bernilai puluhan bilion ringgit tak masuk Belanjawan 2015

Posted: 09 Nov 2014 06:07 AM PST

Tony Pua

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP menggesa kerajaan agar berhenti dari terus mengelirukan rakyat tentang keadaan ekonomi negara dengan memanipulasi angka defisit belanjawan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menegaskan, kerajaan wajar menjelaskan keadaan sebenar defisit fiskal negara kerana rakyat berhak mengetahui ke mana berbillion ringgit wang projek yang tidak dimasukkan dalam Belanjawan 2015.

"Mengapa projek-projek seperti fasa pertama pembinaan MRT bernilai RM22 bilion dan sambungan LRT dengan jumlah RM8 bilion tidak dimasukkan dalam belanjawan.

"Kerajaan juga membelanjakan sebanyak RM10 bilion untuk membina 74 ibu pejabat polis baru di peringkat negeri dan daerah.

"Banyak lagi projek-projek lain yang berada di bawah perbelanjaan kerajaan tidak pernah dinyatakan oleh kerajaan sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha Publisiti DAP turut menyelar jawapan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang enggan mengakui kesalahan dan tindakan memanipulasi angka ketika penggulungan Belanjawan 2015, Khamis lalu.

"Pengiraaan defisit rasmi kerajaan ini sebenarnya langsung tidak mengambil kira perbelanjaan projek-projek raksasa dan hutang terkumpul.

"Adakah Ahmad memang tidak memahami ekonomi atau sengaja mahu mengelak pertanyaan saya? soalnya.

Pada 6 November lalu, dalam sesi penggulungan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat, Ahmad mengemukakan angka untuk membuktikan komitmen kerajaan mengurangkan defisit belanjawan.

Beliau mendakwa, defisit belanjawan menurun kepada 3.5 peratus tahun ini daripada 6.7 peratus pada 2009, 5.4 peratus (2010), 4.8 peratus (2011), 4.5 peratus (2012) dan 3.9 peratus (2013)

Ketua Penerangan Umno itu menyatakan, sasaran kerajaan untuk tahun 2015 adalah defisit belanjawan tiga peratus.

Ahmad turut mengelak pertanyaan Pua dengan mendakwa bahawa beliau tidak berniat untuk membohongi rakyat Malaysia.

Kata Pua lagi, adalah terbukti kemasukan projek-projek bernilai berbilion ringgit ini dengan ketara meningkatkan defisit fiskal negara.

"Rakyat berhak mengetahui keadaan sebenar, kerana setiap RM11 bilion dalam perbelanjaan tambahan akan meningkatkan defisit sebanyak 1 peratus," ujarnya. – Roketkini.com

UIA dikunci, bergelap untuk halang himpunan

Posted: 09 Nov 2014 12:27 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bertindak memadamkan lampu dan mengunci pintu pagar utamanya untuk menghentikan satu perhimpunan mahasiswa di kampus berkenaan pada malam tadi.

Akibatnya, beratus-ratus pelajar terpaksa berhimpun di luar kampus di bawah pengawasan pihak keselamatan kampus dan polis.

Menurut presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol, UIA memaklumkan bahawa tindakan itu dibuat bagi menghalang Fahmi dan profesor undang-undang Abdul Aziz Bari daripada berucap.

Menurut Fahmi, arahan itu dikeluarkan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA, Datuk Dr Mizan Hitam kerana perhimpunan tersebut menampikan beliau dan juga Aziz Bari.

Sementara itu, dalam satu kiriman emel kepada Malaysiakini, Aziz memberitahu bahawa beliau dihalang masuk ke kampus di Gombak, Selangor itu atas alasan "keselamatan".

"Mizan Hitam beritahu kami, Fahmi Zainol dan Abdul Aziz Bari tidak dibenarkan masuk kampus," kata Fahmi yang merupakan penganjur bersama program itu ketika dihubungi.

"Saya tiba di kampus sekitar jam 9.30 malam dan tidak dibenar masuk oleh pihak keselamatan yang memetik alasan keselamatan.

"Saya dikelilingi pihak keselamatan, termasuklah polis dan terpaksa beredar," katanya.

Abim: Iktiraf transgender cemar institusi Islam

Posted: 09 Nov 2014 12:23 AM PST

MALAYSIAKINI






NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berharap rayuan akan dikemukakan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengiktiraf hak golongan transgender.

Ketua biro undang-undangnya, Khairul Anwar Ismail berkata, keputusan tersebut mencemarkan institusi Islam dan dianggapnya sebagai "virus" yang akan memusnahkan agama tersebut.

Menurutnya, keputusan itu secara langsung membatalkan peruntukan undang-undang Syariah di seluruh negara yang menetapkan kesalahan bagi orang lelaki berpakaian wanita.

"Keputusan (ini) benar-benar mencemar, menghina dan menjatuhkan martabat institusi agama seperti Mahkamah Syariah, jabatan agama negeri (dan) institusi fatwa," katanya.

Namun, yang lebih membimbangkannya, keputusan berkenaan akan membolehkan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) mengemukakan tuntutan lain.

Tambahnya, beliau bimbang golongan LGBT itu akan mencabar peruntukan berhubung hak persamanaan, kebebasan diri, kebebasan bergerak, bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

"Perkara yang paling ditakuti sekali ialah pada kemuncaknya, perjuangan untuk menuntut untuk dihalalkan hubungan homoseksual dengan memansuhkan Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

"(Mereka akan) menuntut untuk membenarkan perkahwinan sejenis, menuntut untuk dihalalkan pertukaran menukar jantina, dan sebagainya di atas nama kebebasan, dan persamaan," katanya.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan perlembagaan.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani,  28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahan peruntukan terbabit.

Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

Individu terbabit turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

Kerana RM500, tukang masak dibelasah mati

Posted: 09 Nov 2014 12:18 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Akibat tidak melangsai hutang sebanyak RM500, seorang tukang masak warga India dibelasah hingga mati oleh rakan senegara di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan di sini, tengah hari Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata dalam kejadian pukul 1.47 tengah hari itu, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Beliau berkata polis menemui mayat Hukumdev Sah Raghunath Sah, 39, yang berada dalam keadaan terbaring di dalam tandas restoran yang berkunci dari luar.

"Tiada sebarang kesan tikaman pada tubuh mangsa. Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki warga India berusia lingkungan 20 tahun, yang berada di sebuah kedai berdekatan dengan lokasi kejadian.

"Hasil siasatan awal mendapati, mangsa berhutang RM500 dengan suspek dan enggan membayar balik menyebabkan berlaku pertengkaran sesama mereka," katanya di sini.

Katanya, suspek telah menumbuk di muka dan di dada mangsa beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa pengsan sebelum menarik mangsa ke dalam tandas dan mengunci pintu tandas itu.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Akta Kanun Keseksaan kerana membunuh.- Bernama

Perlu pasukan khas tangani buli, kata NGO

Posted: 09 Nov 2014 12:15 AM PST

MALAYSIAKINI


Penubuhan Pasukan Petugas Khas yang memfokuskan elemen pengurusan sosial dan emosi perlu bagi menangani masalah buli dalam kalangan pelajar yang dilihat semakin membimbangkan.

Presiden Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) Prof Madya Dr Rozmi Ismail berkata pasukan itu haruslah mencari penyelesaian kepada masalah tersebut dan perlu dianggotai mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang kaunseling dan psikologi.

"Di negara kita ada banyak pakar kaunseling dan psikologi, jadi sepatutnya kajian mengenai senario buli perlu dibuat, duduk bersama, panggil pegawai pendidikan serta yang lain dan kita usahakan penyelesaian ke arah ini," katanya kepada Bernama.

Rozmi berkata elemen pengurusan sosial bertujuan meningkatkan kemahiran sosial dengan pelajar diberi 'kursus pendek' tentang kemahiran komunikasi yang betul.

"Melalui modul kemahiran sosial ini, misalnya pelajar akan lebih tahu cara tindakan sosial yang betul ketika berkomunikasi, jika buat salah kena berbincang, minta maaf, jadi kalau tak puas hati kita duduk dan bincang," katanya.

Pengurusan emosi pula lebih kepada tindakan yang perlu dilakukan ketika seorang itu berada dalam keadaan marah, katanya.

Rozmi sebelum ini pernah berkata pembuli sebenarnya orang yang lemah walaupun secara fizikal mereka kuat kerana mereka tidak dapat mengurus emosi dan fizikal mereka dengan sebaiknya sehingga mereka melepaskannya kepada mangsa buli.

Ketika diminta mengulas hukuman sewajarnya kepada pembuli, beliau berkata hukuman berbentuk pengajaran perlu diutamakan berbanding tindakan membuang sekolah yang dilihat hanya menyebabkan masa depan mereka gelap.

"Remaja tidak selamanya jahat, seeloknya buat kerja sosial ... tahu dan ambil pengajaran; sebolehnya jangan jejaskan masa depan dia, jangan letak kesalahan seratus peratus kepada dia (pembuli)," katanya.
Selasa lalu, video sembilan pelajar dipukul beramai-ramai oleh pelajar lain di dalam sebuah bilik asrama dan menarik perhatian pengguna laman sosial yang mengutuk perbuatan berkenaan.

Beberapa hari selepas itu, video memaparkan seorang remaja lelaki dipukul beberapa remaja di dalam sebuah bilik yang dipercayai asrama anak yatim turut tersebar di laman sosial. - Bernama

Sunami tak sangka tanah runtuh jadi kenyataan

Posted: 09 Nov 2014 12:12 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Isteri kepada mangsa kejadian tanah runtuh di Lembah Bertam di Cameron Highlands tidak menyangka kegusaran suaminya, Hanipan Saroni, berhubung hujan lebat yang turun pada 5 Nov lepas, menjadi kenyataan apabila lelaki itu mati tertimbus.

Sunami Marzuki, 44, berkata suaminya bimbang hujan lebat dan perkara buruk menimpa mereka pada malam kejadian.

"Dia (Hanipan) berasa tidak sedap hati ketika bermalam di rumah kongsi yang kami diami, kerana hujan sangat lebat pada malam itu tidak seperti sebelum ini," katanya ketika ditemui Bernama di Cameron Highlands, Sabtu.

Menceritakan detik cemas kejadian, Sunami berkata dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya melihat suaminya yang berusia 48 tahun terkorban di depan mata.

"Tanah telah mencecah paras lutut dan saya merangkak untuk selamatkan diri, apabila pandang ke belakang saya dengar dia minta tolong dan melihat dia telah tertimbus, hanya tangannya sahaja yang terkapai-kapai," katanya.

Katanya, kejadian berlaku begitu pantas dan dia berasa sangat sedih dan terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan suaminya.

Dia berkata tanah runtuh berlaku ketika mereka sedang tidur dan kedengaran bunyi runtuhan yang kuat di luar rumah.

"Kami segera bangun untuk menyelamatkan diri tetapi suami saya tidak sempat melarikan diri kemungkinan kain pelekat yang dipakainya tersangkut menyebabkan dia sukar bergerak," katanya.

Sunami berjaya menyelamatkan diri dan segera meminta bantuan daripada jirannya.

Dia yang mempunyai dua orang anak berumur 22 tahun dan 17 tahun hasil perkahwinannya dengan Hanipan, berkata jenazah suaminya dibawa pulang ke Surabaya, Jawa Timur, Indonesia pada pukul 5.30 petang tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk dikebumikan.

"Segala kos penghantaran majikan saya yang tanggung dan saya juga pulang ke kampung selepas selesai proses imigresen," katanya yang sudah dua tahun tinggal di Malaysia.

Mayat Hanipan ditemui tertimbus di rumahnya oleh pasukan penyelamat pada pukul 9.20 pagi, Khamis lepas dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata untuk bedah siasat.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.

Kejadian yang mengorbankan lima mangsa manakala lima lagi cedera turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru Ringlet dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet.- Bernama

Paras air empangan kembali normal

Posted: 09 Nov 2014 12:07 AM PST

SINAR HARIAN


Banjir lumpur
 
 

CAMERON HIGHLANDS - Paras air di Empangan Sultan Abu Bakar di Lembah Bertam di sini dilaporkan berada pada paras normal iaitu 3,498 meter setakat 10.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Wan Zahari Wan Busu berkata, walaupun berlaku hujan lebat sekejap-sekejap malam tadi, paras air di empangan berada pada tahap stabil.

"Semalam paras air di empangan berkenaan mencatatkan 3,500 meter iaitu pada paras normal. Paras air melebihi 3,500 meter dikategorikan berada pada paras bahaya.

"Bagaimanapun penduduk di sekitar Lembah Bertam dan Ringlet tidak perlu merasa bimbang kerana pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa memantau keadaan semasa di empangan itu," katanya ketika dihuhungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, tinjauan Bernama di pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet pagi ini mendapati mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi tujuan membersihkan rumah masing-masing.

Bagaimanapun, mereka masih tidak dibenarkan menetap di rumah masing-masing ekoran faktor cuaca yang tidak menentu dan hanya dibenarkan pulang untuk tujuan membersihkan rumah sahaja.

Keadaan cuaca di sini pagi ini adalah cerah.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Sementara itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.

Dalam kejadian itu, lima mangsa turut terkorban manakala lima lagi cedera. - Bernama

Chong Wei: Saya tidak pernah guna bahan terlarang

Posted: 09 Nov 2014 12:05 AM PST

SINAR HARIAN

Jaguh perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei kecewa selepas kalah pada perlawanan akhir perseorangan lelaki menentang pemain China Chen Long dengan 19-21 dan 19-21 pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Stadium Ballerup Super Arena dekat Copenhagen, pada Ahad. - Foto Bernama Jaguh perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei kecewa selepas kalah pada perlawanan akhir perseorangan lelaki menentang pemain China Chen Long dengan 19-21 dan 19-21 pada Kejohanan Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2014 di Stadium Ballerup Super Arena dekat Copenhagen, pada Ahad. - Foto Bernama
 
 
PEMAIN badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menegaskan beliau tidak pernah menggunakan bahan terlarang sepanjang kerjayanya sebagai ahli sukan.

"Saya tak pernah menipu dan saya juga tidak akan sekali-kali bergantung pada bahan terlarang," kata pemain itu dalam laman Facebooknya hari ini.

Chong Wei berkata, terdapat banyak soalan yang belum terjawab berhubung kes itu dan berharap akan dapat membersihkan namanya dengan secepat mungkin.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mempercayai saya pada saat-saat yang memeritkan ini," katanya.

Chong Wei disahkan positif menggunakan bahan terlarang dikenali sebagai 'dexamethasone' dalam ujian yang dilakukan terhadap 'sampel B' di Oslo University Hospital di Norway pada Rabu.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria memberitahu sidang media semalam bahawa beliau menerima keputusan rasmi itu daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Khamis.

Chong Wei dilaporkan gagal dalam ujian dadah pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen pada Ogos. – Bernama

Utusan kritik si 'angkuh' Adnan Yaakob

Posted: 09 Nov 2014 12:03 AM PST

MALAYSIAKINI



 
 
 
Utusan Malaysia hari ini menyerang Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob selepas di didakwa memperlekeh Anwar itu ekoran laporannya berkaitan kebanjiran warga asing di Cameron Highlands.

Malah, tanpa menyebut pangkat "Datuk Seri" dalam tulisan itu, Utusan mengkritik "keangkuhannya" terhadap media, malah secara tidak langsung menyarankannya bersara secara sukarela.

"Setakat ini, tiada tanda Adnan mahu bersara secara sukarela, seolah-olah tiada pemimpin lain di Pahang yang layak.

"Maka eloklah Awang peringatkan ungkapan bahasa Inggeris, Don't overstay your welcome (usah terlebih daripada yang dimahukan), yang beliau lebih arif maksudnya," tulis Awang Selamat.

Tulisan berjudul "Hebat Sangatkah Adnan?" itu juga, tanpa menafikan peranan dan kerja keras Adnan, berkata ramai berpendapat BN di Pahang boleh menang lebih besar jika beliau umumkan berundur selepas PRU-13.

Menurut kolumnis itu, Utusan sebelum ini menerbitkan laporan khas tentang kebanjiran 30,000 warga asing terutama Bangladesh di Cameron Highlands.

Adnan kemudian dikatakan marah dan mengaitkannya dengan agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi mengelakkan syarikat akhbar rugi dan tutup.
 

'Unisel bukan milik Pakatan, UM bukan Umno'

Posted: 09 Nov 2014 12:00 AM PST

MALAYSIAKINI


 


ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata mahasiswa digalakkan berpolitik dan menjadi aktivis tetapi perlu bijak membahagikan masa dengan pelajaran.

Menurut wakil rakyat BN itu, tidak salah mahasiswa berpolitik dan menjadi aktivis tetapi semua itu tidak bermakna sekiranya mereka gagal menghabiskan pengajian.

"Menjadi aktivis ini merupakan sesuatu yang amat menyeronokkan kerana anda akan dibuai dengan kekuatan untuk mengubah dunia, didodoikan dengan inilah agen perubahan dan sebagainya.

"Jadi di kalangan kami ini mudah, kami nak jadi aktivis dan kami ada idealisma tetapi dalam masa yang sama kami nak lulus belajar.

"Tidak ada maknanya anda menjadi aktivism tetapi tak habis belajar," katanya dalam forum "Selangor Hari Ini" yang berlangsung di Unisel, Bestari Jaya.

Forum tiga penjuru itu turut dihadiri oleh exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dan pemimpin Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.

Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Nik Nazmi (bawah) berkata beliau tidak mahu orang ramai melabelkan Unisel sebagai universiti Pakatan.

Begitu juga dengan label Universiti Malaya (UM) sebagai universiti Umno dan hanya orang dari parti terbabit saja boleh datang memberi ucapan, tambahnya.

"Saya mahu budaya forum seperti ini diteruskan dan saya selalu sebut ketika dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, kita tak mahu UM dilihat universiti Umno dan Unisel pula dilihat sebagai universiti Pakatan.

"Waktu itu saya kata perlu diadakan forum yang ada tokoh pelbagai pihak hadir dan seperti malam ini kita ada YB Budiman, jadi mungkin lepas ni dapat jemput (Ketua Pemuda Umno) YB KJ (Khairy Jamaluddin) pula," katanya.

Sementara itu, Kamaruzaman (kiri) juga menyokong bahawa mahasiswa adalah agen perubahan yang akan menggerakkan negara ke arah yang lebih maju.

"Mahasiswa adalah masa depan negara, sebelum ini mahasiswa disekat daripada berpolitik adalah langkah yang silap kerana universiti bukan kilang lahirkan pekerja tapi melahirkan pemimpin negara.

"Jadi mereka perlu diberi ruang untuk meneroka alam politik sama ada politik kampus atau politik negara kerana mereka akan menentukan corak masa depan negara," tegasnya.



(*)  NADIA OTHMAN wartawan pelatih di Malaysiakini.

Himpunan selamatkan 'jiwa' terakhir Brickfields

Posted: 08 Nov 2014 11:53 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Ahli politik daripada BN dan Pakatan Rakyat sama-sama hadir ke perhimpunan menyokong perjuangan masyarakat India untuk menyelamatkan bangunan tua Vivekananda Ashram daripada menjadi korban pembangunan.

Acara depan bangunan 110 tahun itu dihadiri Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan, pemimpin mudanya serta pemimpin-pemimpin Pakatan.

Ia dihadiri kira-kira 300 orang, termasuk sebahagian yang berarak sepanjang jalan-jalan di Brickfields untuk menarik sokongan lebih ramai.

Pemegang amanah tempat itu mahu membangunkan bangunan 23 tingkat di belakangnya.

Idea itu ditentang pemimpin-pemimpin masyarakat India melalui pembentukan sebuah jawatankuasa untuk menyelamatkannya.

Di pihak Pakatan, anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil antara yang hadir.

Nurul tolak hutan batu

Nurul Izzah menggelar bangunan itu sebagai "jiwa" terakhir Brickfields.

"Kita tidak mahu Brickfields menjadi sebuah lagi hutan batu," katanya.

Bernama pada 5 November lalu melaporkan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam sebagai meminta Lembaga Vivekananda Ashram tidak meneruskan rancangan membina apartmen di tapak itu.

Beliau dilapor berkata lembaga itu perlu menghormati masyarakat India dan sejarah yang terlindung di sebalik bangunan ashram itu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz (kiri) baru-baru mengemukakan tawaran kepada Lembaga Vivekananda Ashram untuk mewartakannya sebagai tapak warisan negara.

Tawaran sama dilapor pernah dibuat pada 13 Nov 2008, namun ditolak lembaga itu.

Bagi kaum India, Swami Vivekananda Ashram adalah bukti wujudnya kehadiran kaum India di negara ini malah sekolah pertama dibina oleh Ashram pada 1914 menunjukkan kaum India lama menetap di negara ini.

Tiada ulasan: