Jumaat, 7 November 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


JPJ diarah bayar RM76,835 pada peniaga

Posted: 07 Nov 2014 04:34 AM PST

MALAYSIAKINI


Seorang peniaga hari ini menang dalam samannya terhadap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung pembelian sebuah kereta curi dalam lelongan awam jabatan itu, enam tahun lepas.
  
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rozana Ali Yusoff memerintahkan JPJ membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM76,835 kepada Mohd Iskandar Idris, selaku plaintif.
  
Dalam penghakimannya, beliau berkata JPJ telah gagal menguruskan penjualan secara tender hingga menyusahkan plaintif.
  
Mohd Iskandar, 32, memfailkan saman terhadap Adenan Md Isa, Penolong Pengarah JPJ Selangor, Ketua Pengarah JPJ dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.
  
Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan 12 September 2012  menerusi Tetuan Hakimi & Partners, Mohd Iskandar berkata pada 31 Oktober 2008 beliau membeli sebuah kereta Perodua Kancil pada harga RM1,250 dalam satu lelongan awam yang dijalankan JPJ di Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam.

Beliau mendakwa diberitahu oleh JPJ bahawa kereta itu adalah sah untuk dimiliki dan hak milik boleh ditukar kepada namanya tanpa sebarang masalah.
  
Namun pada 14 September 2009, plaintif ditahan polis atas alasan memiliki kereta curi dan digari di khalayak ramai ketika berniaga menjual minuman di sebuah pasar Ramadan.
  
Beliau kemudiaan dibawa ke Balai Polis Seapark, Petaling Jaya, untuk soal siasat.
  
Dalam saman itu, Mohd Iskandar mendakwa beliau terkejut apabila diberitahu polis bahawa kenderaan yang dibeli adalah kenderaan curi walhal beliau membelinya dalam lelongan awam yang dijalankan JPJ.
   
Beliau dibebaskan dengan jaminan polis setelah polis berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan sebelum kenderaan itu disita.
  
Mohd Iskandar berkata beliau sempat mendapatkan semula kereta itu tetapi ia sudah dileraikan semasa dalam penyimpanan dan perlu dibaiki.
  
Plaintif menuntut RM12,335 untuk ganti rugi khas, kos, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.- Bernama

Filem genre gangster punca buli?

Posted: 07 Nov 2014 04:24 AM PST


Yusof Haslam Yusof Haslam
 
 
KES buli melibatkan pelajar kembali menghantui pemikiran masyarakat selepas penyebaran klip video yang dipercayai berlaku di kalangan pelajar sekolah berasrama.

Dalam hal ini, rata-rata ibu bapa melahirkan kerisauan apabila memikirkan keselamatan anak-anak mereka di sekolah. Malah, selebriti terkenal, Wardina Safiyyah, juga turut meluahkan rasa sekaligus meletakkan kesalahan ini di bahu segelintir penggiat seni yang lebih berminat dalam menghasilkan filem bercorak keganasan dan gangster.

Kenyataan Wardina yang lantang menerusi tulisannya di laman Facebook, sedikit sebanyak mengguris perasaan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.

Pemilik syarikat penerbitan, Skop Production ini, turut menasihati personaliti itu agar tidak terlalu menyalahkan pihak lain termasuk penggiat seni dalam industri tempatan.

"Gunakanlah akal fikiran yang waras sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan terlalu lantang menyalahkan orang lain dalam apa jua isu yang timbul.

"Setiap kali menghasilkan filem, kami tidak berniat untuk menyebarkan benda yang bukan-bukan kerana di sebalik kisah yang dipaparkan, ada mesej yang ingin disampaikan. Malah, selain filem gangster, saya juga menghasilkan filem bercorak kepolisan.

"Kenapa apabila ada isu sebegini, kami yang dipersalahkan dan filem tempatan 'ditunjal' tanpa perkiraan? Sekiranya anda bukan berada di tempat kami, fikir dahulu sebelum berkata apa-apa perkara yang boleh membawa kepada keburukan," tegas pengarah prolifik ini.

Tambah penerbit filem, KL Gangster ini, seharusnya kesalahan ini tidak diletakkan di bahu industri memandangkan jumlah penonton di pawagam hanyalah sekitar dua peratus sahaja.

"Sejujurnya, kes buli bukanlah perkara baharu dalam masyarakat kita kerana zaman persekolahan saya lagi, perkara ini sudah ada. Malah saya lihat dengan mata saya sendiri apabila ada pelajar di sekolah dibuli dengan teruk.

"Pada hari ini, sejajar dengan teknologi yang semakin canggih, filem bukanlah dilihat sebagai medium utama untuk mempengaruhi minda remaja kerana jumlah tontonan di pawagam lebih rendah berbanding pelayar di Internet yang mencapai 70 peratus.

"Lihatlah video-video yang disebarkan di Facebook, Youtube dan laman perkongsian video lain, malah video pembunuhan serta pemberontakan di negara-negara bergolak juga. Itu semua boleh menyumbang kepada gejala buruk termasuk penyebaran video lucah. Adakah ini kerana filem kita?," soal ikon seni ini lagi.

Anwar puas hati prosiding berjalan lancar

Posted: 07 Nov 2014 04:22 AM PST



Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
 
PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan perjalanan prosiding rayuan terakhir berhubung sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Menurutnya, lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan kes ini telah mendengar dengan teliti setiap hujahan yang dikemukan oleh barisan peguamnya.

"Saya tidak sedikit pun berasa bimbang kerana barisan peguam yang dahulunya diketuai oleh mendiang Karpal Singh dan kini Datuk Seri Gopal Sri Ram telah melakukan tugasan dengan baik," katanya ketika ditemui di luar kamar mahkamah petang tadi.

Beliau berkata, segala dakwaan yang dikemukakan oleh pendakwa berjaya dipatahkan oleh barisan peguam bela.

Peguam bela, Ram Karpal Sigh berkata, perbicaraan yang memakan masa lapan hari ini mungkin rayuan paling lama dalam sejarah Mahkamah Persekutuan

Sementara itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di luar mahkamah menyifatkan kes liwat II sangat rumit apabila terdapat banyak isu sampingan yang diketengahkan oleh pihak pembelaan.

Menurutnya, adalah perkara biasa apabila hakim mengambil masa untuk membuat keputusan.

"Terpulang kepada panel hakim untuk menentukan tarikhnya dan Ia ( keputusan) boleh jadi minggu depan atau dua minggu lagi, " katanya.

Fahmi minta masa 14 hari untuk buat persiapan hadapi Lembaga Disiplin UM

Posted: 07 Nov 2014 04:13 AM PST

ANTARAPOS.COM
 
 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol hari ini memohon diberikan masa 14 hari untuk membuat persiapan sebelum pendengaran oleh lembaga disiplin universiti itu.
 
Ketua Unit Media dan Korporat UM Izzad Zalman Abd Kader memberitahu pemberita hari ini bahawa lembaga disiplin mempertimbangkan permohonan Fahmi.
 
"Fahmi memohon tempoh lanjutan bagi perbicaraan dengan berkata dia perlu 14 hari tambahan untuk mempersiapkan tuntutan terhadapnya," katanya yang dipetik The Malaysian Insider.
 
Fahmi berdepan sembilan pertuduhan atas kesalahan menganjur dan menyertai ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Isnin lalu, keadaan di UM pada perhimpunan haram menjadi huru-hara apabila sekumpulan mahasiswa dan orang ramai yang terdiri daripada penyokong Anwar bertindak merempuh pintu utama UM untuk menghadiri program pidato Ketua Pembangkang itu.

Perbicaraan Mej Zaidi: Ketua Penal Mahkamah Berat Sebelah, Hentak Meja....

Posted: 07 Nov 2014 04:07 AM PST

KELAB GREENBOC



 
Mahkamah tentera berat sebelah, ketua panel komen tentang tertuduh di Internet

Mahkamah tentera yang mendengar perbicaraan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa membuat kenyataan terbuka berkenaan dakwat kekal digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus dibubarkan, kata pihak pembelaan hari ini.

Ini kerana, ketua panelnya, Kol Saadon Hasnan, menunjukkan sifat berat sebelah terhadap tertuduh dalam satu komentar yang dibuatnya di Internet melalui satu artikel di portal berita.

Peguambela Mohamed Hanipa Maidin berkata, Saadon bersikap prejudis terhadap Zaidi.

"Keadilan sudah terjejas. Anak guam kami tidak mahu beliau terus mempengerusikan perbicaraan ini," katanya.

Saadon didakwa mengulas satu laporan berita dengan menulis yang Zaidi sepatutnya menjadi penoreh getah sekiranya beliau tidak suka berada dalam tentera.

Kamar mahkamah bertukar kecoh apabila Hanipa membentangkan kesnya berhujah menggesa panel dibubarkan, dan Saadon menghentak meja.

"Sudahlah, duduk," kata Saadon.


Beliau dikatakan membuat komen tersebut melalui akaun Facebooknya menggunakan nama Saadon Tson.




Ia sebagai respons kepada artikel "Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani" dikeluarkan Malaysiakini pada 20 Oktober lalu.

Pengguna Facebook bernama Saadon Tson itu menulis: "klu tak nak jd tentera duk kampung motong getah je"

Hanipa berkata, pasukan pembela membuat carian di Internet malam tadi tetapi mendapati komen itu kini 'hilang' bersama dengan akaun Facebook tersebut.

Hanipa berkata, komen itu disedari selepas Zaidi membuat laporan dengan komander nombor satu Bahagian Tentera Udara di ibu pejabat tentera udara di Sungai Besi pada hari sama artikel itu disiarkan.

Pihak pembela boleh memanggil Saadon memberi keterangan sekiranya panel mahkamah tentera itu enggan melucutkan kelayakannya, kata Hanipa.

"Kita dibenarkan memanggil sesiapa pun memberi keterangan sebagai saksi," kata peguam itu.

Hanipa berkata, dalam keadaan biasa, seorang hakim boleh dilucutkan kelayakannya, tetapi dalam kes ini, Saadon membuat komen itu sebelum mahkamah tentera memanggil Zaidi membela diri.

Oleh itu, panel tersebut sudah berprasangka dan perlu dibubarkan,
katanya.

Mahkamah pada 27 Oktober menetapkan hari ini bagi Zaidi, 45, membela diri.

Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera mengenai penggunaan dakwat kekal semasa PRU13.

Mahkamah sebelum ini menggugurkan lima daripada tujuh pertuduhan ke atasnya kerana kekurangan bukti.

Zaidi kemudian diminta membela diri atas tuduhan membuat kenyataan media menyuarakan kekecewaannya berkenaan dakwat kekal itu, dan membocorkan surat pekeliling mengenai penggunaan dakwat itu kepada media tanpa kebenaran daripada Majlis Angkatan Tentera.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Bertam Indah di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 3 Mei 2013.

Dalam kenyataan medianya, Zaidi mengatakan dakwat kekal itu – bertujuan mengelak undian berulang – boleh dibersihkan dengan mudah .

Beliau dipuji sebagai pemberi maklumat oleh kumpulan reformasi pilihan raya yang sekian lama curiga dengan proses pengundian melibatkan anggota tentera.

Di mahkamah hari ini, panel juga mengarahkan pasukan pendakwaan menarik balik kenyataan mereka menuduh pembelaan melambatkan prosiding mahkamah dengan membuat satu afidavit bersumpah baru tentang komen berat sebelah Saadon.

Pihak pendakwa berkata, permohonan membubarkan panel dan afidavit bersumpah itu tiba pada saat akhir dan mengejutkan semua orang. –TMI

UMNO kini tidak berani bersuara

Posted: 07 Nov 2014 02:03 AM PST

 
Peranan UMNO kini telah diambil alih NGO dan PERKASA kerana orang UMNO kini berada dalam ketakutan kerana dianggap sebagai ekstrem atau tidak relevan dengan pentas globalisasi.
zainuddin-maidin

PETALING JAYA : Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyatakan UMNO kini tidak lagi bersuara lantang dan berani dalam soal yang menyentuh akidah dan maruah bangsa, terutamanya dari Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, peranan UMNO itu kini telah diambil alih oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan PERKASA kerana orang UMNO kini berada dalam ketakutan kerana dianggap sebagai ekstrem atau tidak relevan dengan pentas globalisasi.

Zainuddin berkata ini dibuktikan dengan kata-kata Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Khairul Anwar Rahmat di sebuah akhbar milik UMNO yang menyatakan bahawa ada ketikanya konsep kesederhanaan tidak sesuai digunakan terutama melibatkan perjuangan agama dan menegakkan undang-undang syariah.

Beliau berkata, walaupun kenyataan tersebut tidak menarik perhatian dan dibiarkan berlalu , ia sebenarnya merupakan suara hati rakyat akar umbi terutamanya ahli-ahli UMNO.

Tambahnya, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berjaya dalam usahanya untuk mempromosikan imej Malaysia sebagai contoh negara Islam sederhana, tetapi ia
mendatangkan kesan negatif dalam negara hingga ke peringkat akidah, tradisi dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi telah dicabar dengan provokasi yang menjatuhkan maruah Islam di negara ini.

"Orang bukan Islam dan fanatik Kristian mengambil kesempatan ini untuk mengeksploitasi konsep ini bagi terlihat memihak kepada mereka.

"Terkini orang Islam telah digunakan untuk mendedahkan tiada kesederhanaan dalam Islam di Malaysia bila orang Islam ditonjolkan tidak boleh menyentuh anjing dan pesta arak dibantah oleh orang Islam di negara Islam ini," katanya dalam entri terbarunya zamkata.blogspot.com.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia berkata, keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali kerana mengancam untuk membakar Bible dalam Bahasa Malaysia telah dicabar lantang bagi menunjukkan tidak adanya keadilan dan kesederhanaan Islam di Malaysia.

"Pengarah Urusan The Star, Datuk Wong Chun Hai telah tampil kehadapan menjadi juara dalam hal ini. Star diberikan kepercayaan oleh Datuk Najib untuk mempromosikan konsep sederhana," katanya.

Beliau berpendapat, konsep kesederhanaan ini menyebabkan orang UMNO dan juga masyarakat Melayu serta Islam berada dalam keadaan menyerah kalah kerana takut dianggap sebagai ekstremis.

"Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri takut untuk mempertahankan seorang Menterinya Nancy Shukri yang menyampaikan keputusan Peguam Negara itu.

"Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak bersuara dalam soal penganjuran Pesta Arak dan Sentuh Anjing yang sengaja dilakukan untuk mendedahkan menerusi kebangkitan berbagai reaksi bahawa kesederhanaan bukan sifat orang Islam Malaysia," katanya.

Katanya, sindrom sederhana ini menyebabkan Melayu dan Islam berada dalam keadaan bertahan dan pihak musuh di pihak menyerang.

"Dalam peperangan, bila berada dalam keadaan bertahan bererti berada dalam kekalahan. Inilah yang sedang dirasakan oleh orang Melayu dan Islam sekarang," ujarnya.

Pemilik bot ekspres ancam tamatkan perkhidmatan

Posted: 07 Nov 2014 02:00 AM PST

 
Pemilik bot mendakwa mereka sengsara sepanjang 10 tahun yang lepas dengan kenaikan banyak barangan yang melambung tinggi.


bot ekspress


KUCHING: Pengerusi Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) Murni Suhaili, menggesa pemilik bot ekspress mesti mengembalikan tambang kepada kadar yang lama sehingga terdapat kelulusan dari kerajaan Sarawak untuk kenaikan tambang.

Beliau berkata setakat ini tiada kelulusan untuk kenaikan tambang bot di Sarawak dan mengingatkan operator bot ekspress untuk tidak menaikkan tambang mereka.

"Sebenarnya LSS telah bersetuju untuk kenaikan harga yang munasabah untuk semua bot ekspress seluruh Sarawak dan sudah mencadangkannya kepada kerajaan Sarawak. Ini untuk memastikan perkhidmatan bot ekspress lebih selamat dan berkualiti," katanya dalam satu kenyataan selepas pemilik bot ekspress mengesahkan mereka menaikkan tambang bermula 1 November tanpa memaklumkan kepada LSS.

Menurut pemilik bot ekspress, banyak faktor yang membuatkan kenaikan tambang bot termasuk harga minyak, gaji pekerja dan kos penyelenggaraan.

Pemilik bot mendakwa mereka sengsara sepanjang 10 tahun yang lepas dengan kenaikan harga banyak barangan yang melambung tinggi.

Mereka mengancam pihak berkuasa jika bekeras dengan mereka, mereka bersedia untuk menamatkan perkhidmatan bot ekspress mereka.

Lembaga Displin UM biadap dan tiada akhlak

Posted: 07 Nov 2014 01:55 AM PST

 
Mereka mahu kami mengikut prosedur tapi mereka tidak mengikut prosedur


Fahmi Zainol_1PETALING JAYA: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol mendakwa pihak Lembaga Disiplin Universiti Malaya (UM) bersikap biadap dan tiada akhlak kerana tidak memaklumkan secara terus penangguhan prosiding tatatertib terhadap lapan pelajar UM.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan oleh staf UM yang terlibat dalam prosiding itu akan ditangguhkan ke 18 November setelah berjumpa sendiri dengan staf tersebut.

"Kami tunggu sehingga jam 12.45 tengahari setelah selesai prosiding dan menanyakan sama ada kami mahu menangguhkan atau tidak prosiding ini.

"Kami tunggu mereka buat keputusan, namun mereka terus keluar tanpa memberitahu kami. Kami sendiri pergi ke tempat prosiding itu, dan kami tanya mana ahli panel dan kami mahu mengetahui keputusan.

"Mereka baru memberitahu prosiding tersebut dilanjutkan ke 18 November," katanya ketika dihubungi oleh FMT.

Dalam prosiding tatatertib yang bermula pagi tadi, beliau diwakili Presiden Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) Prof Madya Azmi Sharom selaku peguam.

Panel yang terdiri daripada 3 anggota, diketuai Professor Dr Zanariah Abdullah, mendengar testimoni dari semua 8 pelajar di antara jam 9 hingga 12 tengahari ini.

Tambah beliau, "Lembaga Disiplin UM ini tunjuk satu sikap yang biadap, mereka tak menghormati kami sebagai mahasiswa dan Azmi Sharom juga merupakan pensyarah UM."

"Kami mengetahui staf yang perlu beritahu juga sudah lama keluar. Tindakan apa universiti ini. Mereka mahu kami mengikut prosedur tapi mereka sendiri tidak mengikut prosedur.

"Saya menyifatkan sikap universiti ini tidak ada adab dan tidak berakhlak. Tak menghormati kami sebagai mahasiswa dan wakil pensyarah. Sebagai orang Islam kita perlu ada adab dan akhlak," jelasnya.

Katanya lagi apabila diminta ulas mengenai tawaran oleh Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad untuk memberi peluang kepada 8 pelajar UM tersebut menyambung pelajaran mereka di universiti-universiti lain seperti Universiti Selangor (UNISEL) atau Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), beliau mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih kepada Nik Nazmi dan kerajaan Negeri Selangor sudi membantu kami. InsyaAllah kami akan bekerjasama dan sangat menghargai dia (Nik Nazmi) punya tawaran.

"Kalau dah ada tawaran kita akan ke sanalah," ujarnya.

Shafee Perlu Tegak Keadilan, Bukan Jadi Musuh Politik

Posted: 07 Nov 2014 01:27 AM PST

Amirul Ashraff


alt
 
 
 
PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak pendakwaan, Tan Sri Shafee seharusnya menegakkan keadilan dan bukannya menjadi musuh politik pada perbicaraan rayuan kes liwat II. 
 
Anwar berkata, dia sepatut ingat bahawa beliau seorang pendakwa raya yang hanya mewakili peguam negara dan tidak perlu bersikap sombong dan angkuh dengan mengatakan mahu meletakkan paku terakhir didalam keranda buat saya.
 
"Semalam saya duka cita kerana Yan Sri Shafee mewakili peguam negara bercakap dengan begitu sombong dan angkuh dengan mengatakan akan meletakkan paku yang terakhir dalam keranda Anwar. 
 
"Dia mesti ingat yang dia bukannya disini sebagai musuh politik mewakili UMNO, dia sebenarnya adalah pendakwa raya yang hendak pertahankan kebenaran dan tahap profesionalisme, hari ini tiada keranda dan paku buat Anwar," katanya kepada penberita di Istana Kehakiman hari ini.
 
Tambah beliau lagi, tiada rasa kebimbangan dan akan terima sebarang keputusan dengan hati terbuka melalui perbicaraan yang sudah berlangsung.
 
"Saya sikit pun tiada rasa kebimbangan dengan apa yang sudah berlaku dan kesediaan panel-panel hakim Mahkamah Persekutuan dengan mendengar dengan teliti segala hujah yang dibentangkan. Semua hujah mereka telah dipatahkan," katanya lagi.
 
Anwar turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh barisan peguam yang telah berkerja keras sepanjang perbicaraan rayuan kes liwat II ini.
 
"Saya ingin ambik kesempatan ini dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan peguam-peguam sejak mendiang Karpal Singh sehingga sekarang yang telah menjalankan tugas cukup cemerlang, " katanya lagi.

Nik Nazmi bebas lagi, akan saman AG

Posted: 07 Nov 2014 01:21 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Anggota exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa sebanyak tiga kali oleh Pejabat Peguam Negara atas kesalahan sama, dibebaskan lagi hari ini, kali ini oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam keputusan hari ini, Hakim Datuk Abdul Halim Aman berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan 25 April, yang membebaskan Nik Nazmi atas tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa mengemukakan notis.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu juga mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman yang memperuntukkan kesalahan Nik Nazmi itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Seksyen berkenaan mentakrifkan perhimpunan spontan sebagai jenayah, dan menyediakan hukuman denda sehingga RM10,000.

Peguam Nik Nazmi, N Surendran berkata beliau berharap tiada lagi tuduhan baru dikenakan ke atas anak guamnya itu yang "mungkin mencipta sejarah sebagai orang yang paling kerap dibebaskan atas tuduhan sama".

Dalam satu tulisan di Twitter selepas keputusan Mahkamah Tinggi itu, Nik Nazmi berkata beliau akan mengemukakan sama ke atas peguam negara kerana mendakwa beliau berulang kali "dengan niat jahat".

"Saya telah meminta peguam mempercepatkan proses menyaman peguam negara kerana pendakwaan jahat ini," katanya.

Dua lagi mangsa tanah runtuh ditemui

Posted: 07 Nov 2014 01:18 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Dua lagi mayat tragedi banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands ditemui pagi tadi.
  
Mayat lelaki dan wanita warga Indonesia itu ditemui tertimbus sedalam kira-kira satu meter berhampiran lokasi kejadian di Lembah Bertam, kira-kira 11.05 pagi.
  
Ia kini menjadikan keseluruhan lima mangsa yang terkorban dalam kejadian Rabu lepas itu.
  
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu berkata kedua-dua mangsa merupakan pekerja kebun sayur di Sungai Kabok, yang dikenali sebagai Suwalis, 40, dan Yunita, 41.
  
Kedua-dua mayat ditemui dalam keadaan masih berselimut.

"Kita percaya mangsa sedang tidur ketika kejadian tanpa menyedari berlaku tanah runtuh dari atas mereka," katanya di pusat kawalan operasi dan bencana di Lembah Bertam hari ini.
  
Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Hajah Kalsom di Tanah Rata untuk dibedah siasat.
  
Sementara itu operasi mencari dan menyelamat dihentikan sejak tengah hari  tadi setelah pihak polis membuat penggeledahan di lokasi kejadian.
  
"Kita setakat ini mengesahkan tiada lagi mangsa dalam kejadian tanah runtuh ini. Bagaimanapun pusat kawalan operasi bencana akan terus dibuka di Lembah Bertam bagi memantau keadaan cuaca dan pelepasan air yang mungkin berlaku lagi sekiranya hujan turun petang ini," kata Wan Zahari.
  
Kejadian itu turut mengorbankan seorang pelajar lelaki R. Tunesh, 13, yang ditemui lemas di Sungai Terlom, Kampung Raja; seorang pekerja kebun sayur warga Indonesia yang dikenali sebagai Anipan, 48, yang ditemui tertimbus di Lembah Bertam.
  
Seorang lagi mangsa ialah seorang pekerja kebun sayur warga Nepal, Md Yousuf Miya, 66, yang tertimbus di Jalan Ulu Merah, Ringlet.Bernama

Pakatan gagal batalkan PRU-13

Posted: 07 Nov 2014 01:17 AM PST

MALAYSIAKINI


 



Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan permohonan Pakatan Rakyat untuk membatalkan pilihan raya umum ke-13 kerana kontroversi dakwat kekal.

Keputusan majoriti 2-1 itu dibuat oleh tiga panel hakim yang memutuskan perbicaraan demikian perlu didengar menerusi petisyen pilihan raya di mahkamah pilihan raya.

Maka, mahkamah memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa untuk mendengar kes pilihan raya dan permohonan untuk menggugurkan pesuruhjaya pilihan raya.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman yang membacakan keputusan itu berkata Mahkamah Tinggi tiada hak untuk membatalkan pilihan raya.

Sementara seorang lagi hakim, Prasad Abraham membuat keputusan yang separa menyebelahi plaintif.

Beliau bersetuju bahawa plaintif berhak untuk mempersoalkan tugas berperlembagaan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam melaksanakan tanggungjawabnya sewaktu pilihan raya.

Seorang lagi adalah Hakim Rohana Yusuf.

Pak Samad boikot khutbah prokerajaan

Posted: 07 Nov 2014 01:12 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata beliau tidak menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara kerana mendakwa khutbah di masjid itu menyebabkan "hatinya sakit".

Sebaliknya, katanya, beliau beralih mendengar khutbah di Masjid India walaupun dalam bahasa Tamil yang tidak difahaminya, berbandingkan khutbah di Masjid Negara yang didakwanya selalu memihak kepada kerajaan.

"Saya tidak suka dengar situ (Masjid Negara). Jadi saya pergi Masjid India. Dia (imam) bercakap dalam Bahasa Tamil dan saya tidak faham, tapi saya suka.

"Tak faham oklah, sedapkan? Tapi kalau dalam Bahasa Malaysia, dia cakap kamu faham, hati sakit," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas sidang media bagi majlis makan malam dan mengutip derma bagi memperingati Teoh Beng Hock di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang mesra dipanggil Pak Samad sebelum ini biasa menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara tetapi beliau telah berpindah ke Masjid India sejak empat bulan lalu.

Walaupun khutbah di Masjid India menggunakan bahasa Tamil, Pak Samad berkata ramai orang Melayu menunaikan solat itu dan beliau sudah mulai rasa mesra kerana menemui rakan baik di masjid itu.

Sokong Anwar

Sementara itu Pak Samad berpendapat tidak mustahil berlaku himpunan besar-besaran jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan berhubung kes liwat II.

"Kalau lihat dari hadirin umum yang datang (ke Mahkamah Putrajaya), memang ada yang rasa ketidakpuasan hati tentang kes ini.

"Jadi kalau ada apa-apa berlaku, misalnya hukuman yang tidak memihak kepada Anwar, tidak mustahil akan ada tunjuk perasaan yang besar-besaran di serata negara," katanya.

Mengulas lanjut, Pak Samad berkata beliau hadir ke mahkamah di Putrajaya dalam tempoh beberapa hari berturut-turut utnuk memberi sokongan kepada Anwar.

"Saya berada di situ memang untuk menyokong Anwar, sebagai seorang sasterawan negara saya mempercayai dia wajar disokong.

"Kalau anda lihat memang tidak ada sasterawan negara yang lain. Jadi saya memberi sokongan saya yang padu dan penuh," katanya.

Majlis makan malam

Sementara itu, NGO Teoh Beng Hock Trust for Democracy akan mengadakan majlis makan malam untuk mengutip dana pada 5 Disember depan di Dewan Mutiara, Mutiara Complex, Jalan Ipoh bermula jam 7 malam

Pak Samad yang juga merupakan presiden Teoh Beng Hock Trust for Democracy berkata tujuan kutipan dana ini untuk membolehkan yayasannya membantu individu yang ditahan atau mati di lokap tahanan.

Katanya, kutipan dana ini juga bertujuan mengadakan pelbagai program pendidikan untuk menyedarkan masyarakat mengenai hak kemanusiaan dan demokrasi.

Beliau berkata, yayasannya akan menghantar surat kepada semua ahli Parlimen dan ADUN untuk mendapat bantuan dermaan dan berharap dapat mengutip RM500 ribu dana dalam majlis itu.

Liwat II: Tarikh keputusan ditetapkan kemudian

Posted: 07 Nov 2014 01:09 AM PST

MALAYSIAKINI


 


3.48pm: Shafee membangkitkan satu kes mahkamah berhubung ikatan dokumen yang hilang

Gopal berkata pasukan pembelaan tidak akan membalas.

Hakim Ariffin berkata, mahkamah akan mendedahkan keputusan pada satu tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Ini memandangkan proses penghujahan mengambil masa lama.

Mahkamah turut melanjutkan tempoh ikat jamin Anwar.

3.45pm: Shafee mempersoalkan takrif "tanpa kerelaan".

Katanya, pendakwaan memberikan 14 ikatan dokumen kepada para hakim namun Hakim Suriyadi berkata mereka hanya menerima 13 ikatan.

3.38pm: Gopal berkata Shafee mengkritik Anwar kerana menyifatkan kes tersebut sebagai satu konspirasi.

Katanya, perkara itu sepatutnya dimaafkan kerana Anwar didakwa dengan tuduhan sama bersama seorang individu yang mengemukakan keterangan meragukan pada 1998.

Anwar hanya dibebaskan di Mahkamah Persekutuan pada 2004 dengan penghakiman majoriti 2-1.

Namun, Anwar kemudiannya didakwa sekali lagi dengan kesalahan sama, dengan individu berbeza.

Katanya, Anwar diserang oleh pendakwaan berdasarkan keterangan seorang saksi yang tidak dapat dipertahankan.

Gopal mengucap terima kasih kepada anggota panel dan menamatkan penghujahannya.

3.48: Hakim Ariffin berkata keputusan rayuan akan ditetapkan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

3.30pm: Turut hadir di mahkamah ialah bekas presiden ABIM yang pertama, Dr Razali Nawawi yang juga rakan karib Anwar.

Gopal berkata, hakim perbicaraan tidak perlu membuat pentahkikan kerana hakim itu sendiri terpesong kerana tidak menilai keterangan Saiful.

Sri Ram berkata, gambar menunjukkan Saiful menghidangkan teh perlu diterima kerana fotograf dalam teknologi masa kini boleh dirakam tanpa menggunakan negatif.

Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengecam dirinya dalam gambar tersebut, keterangan berkenaan perlu diterima.

"Tidak perlu dipanggil pembuat (gambar)," kata Gopal.

Katanya, kehadiran Saiful untuk menghidang teh di situ juga menimbulkan persoalan ke atas keterangan "tanpa kerelaan".

3.23pm: Bekas hakim mahkamah persekutuan itu berkata Saiful perlu dianggap sebagai individu yang bersubahat.

Katanya, melihat kepada bahasa yang digunakan ke atas Anwar, serta keadaan kes tersebut, elemen motif dan tuduhan berkenaan boleh dipatahkan dengan mudah.

"Saiful sememangnya seorang saksi yang mana keterangannya perlu ditahkik.

"Sekiranya ada keraguan serius jika kesalahan itu berlaku, beliau adalah individu dengan kewibawaan yang disangsikan.

"Sekiranya tiada kewibawaan, pentahkikan tidak lagi relevan," katanya.

3.20pm: Gopal mempertahankan keterangan Dr Osman yang konsisten dengan kenyataan kepada polis dan tidak perlu dicabar.

Ini menunjukkan Dr Osman jujur dan berwibawa, katanya.

3.14pm: Persidangan mahkamah bermula.

Gopal mengemukakan hujahan mengenai kewibawaan doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid kerana memberi keterangan tidak konsisten.

3.07pm: Anak perempuan Anwar, yang juga MP Lembah Pantai dan MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul turut hadir.

2.55pm: MP Bukit Katil dan naib presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin, barisan exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Shuhaimi Shafiei, MP Alor Setar Gooi Hsiao Leung dan MP Petaling Jaya Selatan MP Hee Loy San.

2.48pm: MB Selangor Azmin Ali turut hadir.

Shafee tiba di mahkamah dengan barisan pasukan pendakwaan.

Mahathir memberitahu pemberita bahawa beliau duduk berdekatan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika solat Jumaat.

2.38pm: Gopal Sri Ram tiba bersama pasukan pendakwaan - R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, N Surendran, J Leela dan Latheefa Koya.

2.10pm: Anwar bersama 30 orang penyokong berarak ke Istana Kehakiman sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.

Setibanya di perkarangan Mahkamah Persekutuan, Anwar bersalaman dengan penyokongnya sebelum masuk ke mahkamah.

Rayuan kes sabitan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan yang masuk hari kelapan hari ini menjadi pendengaran rayuan paling lama di Malaysia.

Peguam Ram Karpal, yang merupakan salah seorang anggota barisan pembelaan Anwar berkata beliau merasakan bahawa kes ini, yang pada awalnya ditetapkan untuk pendengaran pada 28 dan 29 Oktober merupakan salah satu kes rayuan paling lama.

"Saya pernah menangani banyak kes tetapi tidak boleh ingat kes yang lebih lama daripada ini," katanya.

Ini merupakan usaha terakhir Anwar untuk mengenepikan sabitan kes meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan atas sabitan kes tersebut.

Peguam kanan, yang juga bekas hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Gopal Sri Ram dijangka akan mengambil masa 15 minit untuk menamatkan penghujahannya dan juga rayuan pihak pembelaan.

Peguam yang dilantik kerajaan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah pula memaklumkan panel hakim semalam bahawa beliau memerlukan masa 10 minit untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Gopal.

Persoalan utama hari ini: Adakah panel Mahkamah Persekutuan akan memutuskan kes tersebut hari ini selepas mendengar penghujahan.

Difahamkan, Hakim Ariffin akan berada di luar negara pada minggu depan manakala anggota panel lain juga akan bercuti.

Malaysiakini melaporkan persidangan hari ini secara langsung.

Lamanweb lapor buku dakwa rasuah terhadap Taib digodam

Posted: 06 Nov 2014 08:36 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Bruno Manser Fund (BMF) mendakwa bahawa kerajaan Malaysia dikesan menggodam laman web yang memuatkan laporan mengenai buku 'Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia' tulisan Lukas Straumann.

Buku tersebut mndakwa berlaku amalan rasuah di pihak bekas ketua menteri Sarawak itu yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya berhubung dengan industri pembalakan di negeri itu.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh BMF semalam mendakwa
Environment News Service (ENS) yang berpangkalan di di Amerika Syarikat melaporkan bahawa laman webnya diserang kerana menyiarkan laporan mengenai buku tersebut.

"Sejurus selepas siaran akhbar anda mengumumkan buku itu dihantar, server ENS dan World-Wire teruk diserang. Pasukan keselamatan kami mengesan laluan kembali kepada kerajaan Malaysia. Mereka berjaya menutup server kami selama kira-kira dua jam, "kata kenyataan itu.

Penulis buku itu, Straumann, yang yang pengarah eksekutif BMF, berkata serangan terhadap laman web ini mengejutkan kerana ia adalah haram untuk berbuat demikian.

Pihaknya menuntut penjelasan daripada kerajaan Malaysia dan jaminan bahawa pegawai-pegawai Malaysia tidak akan melakukan apa-apa langkah-langkah lanjut untuk menghalang pengedaran dan laporan mengenai buku itu.

100 siswa mula berhimpun di UM

Posted: 06 Nov 2014 08:34 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Sekumpulan lebih 50 orang pelajar Universiti Malaya mula berhimpun seawal jam 9 pagi ini bagi menyatakan solidariti bersama lapan rakan mereka yang dihadapkan ke lembaga tatatertib universiti.

Kumpulan siswa berkenaan sebelum itu berarak dari perhentian bas utama, UM Sentral ke Kompleks Perdanasiswa dengan memakai riben berwarna biru.

Lapan orang rakan mereka, termasuk aktivis siswa Fahmi Zainol, berdepan dengan tindakan disingkir daripada universiti kerana menyertai perhimpunan yang dianggap haram bersama ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, 27 Oktober lalu.
                                  
Tujuh individu – empat orang ahli akademik dan tiga orang siswa – mewakili tujuh daripada siswa berkenaan, manakala seorang lagi, Abraham Au, mewakili dirinya sendiri hari ini.

Mahkamah Rayuan iktiraf hak transgender

Posted: 06 Nov 2014 08:32 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.

Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani,  28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.

Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

Makhamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.

Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan.

63 tahun: Masalah dalaman mematangkan PAS

Posted: 06 Nov 2014 08:26 PM PST

MUHAMMAD FAIZAL 



 


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan masalah yang timbul di dalam PAS merupakan ujian kepada parti untuk menyelesaikannya yang mematangkan PAS.

Beliau yang merupakan panel pada program Bicara Harakah 'Matangkan PAS Di Usia 63 Tahun' petang semalam turut memberitahu apa yang berlaku adalah satu peralihan dimensi dalam mencorakkan pemikiran matang.

"Ujian kepada PAS dalam memastikan parti itu terus matang dengan cara menguruskan krisis yang berlaku terutama krisis dalaman.

"Untuk mencapai pada usia 63 tahun, PAS telah melalui pelbagai proses ujian yang lebih mencabar jika dibandingkan sekarang," katanya.

‎Namun beliau yang turut berpendapat, walaupun kematangan terhadap PAS itu dilihat subjektif tetapi ia harus dilihat bagaimana parti itu diuruskan.

"Proses 63 tahun pertama telah kita lalui dengan bijaksana dan kita telah matang dengan setiap selok belok politik.

"Namun untuk menghadapi 63 tahun akan datang merupakan satu proses berterusan dan perlu diurus dengan baik agak kematangan PAS ini terus releven selama-lamanya.‎

"Tujuan penubuhan 'core business' PAS adalah politik iaitu dalam konteks demokarsi, pilihan raya dan hak rakyat, ini yang harus ditekankan dalam perjuangan sekarang," sambung beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berpendapat, jika dahulu rakyat hanya melihat PAS dan Umno, namun perubahan telah berlaku hari ini apabila orang melihat dari sudut dan aliran pemikiran yang berbeza.

"Walaupun pemikiran yang berbeza, PAS perlu meneruskan perjuangan untuk Islam dan kita bergerak ke depan, tidak perlu undur ke belakang.

"Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) merupakan satu kejayaan dan tahap kematangan terhadap realiti politik di Malaysia dalam konteks demokrasi," jelas beliau lagi.

Beliau turut menggesa agar anak muda perlu diberikan peluang untuk menonjolkan diri serta kebolehan mereka agar PAS terus relevan dengan seluruh lapisan masyarakat.

Turut menjadi panel pada program tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Riduan Mohd Nor dan Koordinator Lensa Anak Muda (Lensa), Safwan Anang sementara Pengerusi Impak Pemuda PAS Malaysia, Borhanuddin Othman selaku moderator. - HARAKAHDAILY

Penyokong, jangan timbulkan kekecohan

Posted: 06 Nov 2014 08:22 PM PST


SINAR HARIAN

PDRM
 
 
KUALA LUMPUR - Penyokong Ketua Pebangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan dinasihat tidak menimbulkan sebarang kekecohan berhubung keputusan rayuan akhir Liwat II yang akan diumumkan Mahkamah Persekutuan.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan menambah bilangan anggota bagi mengawal keselamatan sekiranya tahap keselamatan dirasakan terancam.

"Kepada kedua-dua penyokong jangan cuba menimbulkan ancaman atau melakukan huru-hara terutama di sekitar Lembah Klang.

"Tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang melakukan demikian," katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Program Diploma Sains Siasatan sesi 2012/2013di Maktab PDRM Cheras hari ini.

Banjir lumpur: Operasi mencari mangsa diteruskan

Posted: 06 Nov 2014 08:16 PM PST

SINAR HARIAN


Keadaan di sekitar Pekan Ringlet yang dilanda banjir kilat semasa tinjauan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air (KeTTHA) di Cameran Highland, hari ini. - Foto Bernama Keadaan di sekitar Pekan Ringlet yang dilanda banjir kilat semasa tinjauan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air (KeTTHA) di Cameran Highland, hari ini. - Foto Bernama
 
 
CAMERON HIGHLANDS - Operasi mencari dan menyelamat dua warga Indonesia yang masih hilang dipercayai tertimbus runtuhan tanah di kebun sayur Sungai Kabok di Lembah Bertam, di sini diteruskan pagi ini.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang, Morni Mamat berkata, pihaknya terpaksa menggunakan empat ekor anjing pengesan untuk menjejaki mangsa yang tertimbus.

"Kalau tiada mangsa yang ditemui, bomba akan rujuk kepada polis yang berkemungkinan mangsa dipercayai sempat melarikan diri.

"Ini kerana tidak ada saksi yang melihat mangsa tertimbus," katanya ketika ditemui pemberita di pusat kawalan operasi dan bencana di Lembah Bertam, di sini hari ini.

Katanya, usaha mencari mangsa berdasarkan laporan yang dibuat oleh pihak majikan kepada polis dan makluman mereka kepada bomba.

Morni berkata, 27 anggota dan pegawai bomba, 10 tentera dan 10 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terbabit dalam usaha mencari mangsa di lokasi kejadian.

Dalam kejadian itu, tiga orang disahkan maut dengan seorang pelajar lelaki, R. Punesh, 13, ditemui lemas di Sungai Terlom, Kampung Raja, manakala seorang pekerja kebun sayur warga Indonesia yang dikenali sebagai Anipan, 48, ditemui tertimbus di Lembah Bertam.

Seorang lagi mangsa, seorang pekerja kebun sayur warga Nepal, Md Yousuf Miya, 66, meninggal dunia selepas ditemui tertimbus di Jalan Ulu Merah, Ringlet.

Kejadian yang berpunca daripada hujan lebat itu, turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet.

Semalam, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat. - Bernama

PBT & PKM daftar belia kahwin teramai bakal dapat insentif RM10,000

Posted: 06 Nov 2014 08:13 PM PST

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) melibatkan manfaat secara langsung kepada golongan belia akan terus dirancakkan dengan pelbagai program.

Antara langkah bakal diambil termasuk menghadiahkan wang tunai RM10,000 sebagai insentif kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan Penggerak Belia Tempatan (PBT) yang berjaya mendaftarkan peserta program Insentif Perkahwinan Belia Selangor paling ramai.

perkahwinan belia1Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari berkata, langkah itu diambil berikutan penyertaan belia dalam program insentif perkahwinan itu masih berada ditahap rendah.

"Dilihat pendaftaran untuk insentif perkahwinan masih sangat rendah, kita ada 17,000 sahaja tahun lepas.

"Jadi untuk insentif itu, tahun hadapan PBT mendaftarkan paling banyak kita hadiahkan RM10,000 dan Pusat Khidmat Masyarakat juga RM10,000," kata Amiruddin di Program Taklimat Pembentangan Laporan Akhir Dasar Belia Negeri Selangor di Bangunan Annexe, di sini, malam tadi.

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor sebelum ini memperkenalkan pelbagai program di bawah Skim MES sebagai usaha mengembalikan hasil negeri kepada rakyat.

Program-program itu melibatkan semua lapisan umur daripada peringkat bayi hinggalah ke peringkat usia emas.

Program itu turut menitik beratkan skim yang melibatkan belia secara langsung seperti hadiah masuk universiti, insentif perkahwinan belia dan pelbagai agenda lain.EZY

Pertikai fatwa bukan pendirian PAS Selangor

Posted: 06 Nov 2014 08:06 PM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: "Saya ingin menegaskan di sini bahawa tindakan beberapa orang ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralisme adalah bukan pendirian PAS Selangor," ujar Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad.

Sehubungan itu, tegasnya laporan bahawa terdapat di antara mereka adalah pimpinan PAS Selangor adalah tidak benar.

Ini, ujarnya kerana terdapat media yang melaporkan bahawa salah seorang dari mereka adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Jelasnya, laporan itu adalah sama sekali tidak benar dan PAS Selangor kesal dengan tindakan tidak profesional media tersebut.

"Kami juga melihat tindakan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa secara terbuka adalah satu tindakan yang tidak wajar," ujarnya yang juga Exco Kerajaan Selangor dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ia akan membuka ruang untuk semua fatwa-fatwa dipertikaikan.

Katanya lagi, keadaan yang sedemikian sudah tentu akan mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

"Tindakan ahli-ahli parlimen PAS tersebut telah dibuat tanpa berbincang dengan PAS Selangor walaupun kami mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu," ujarnya yang juga Adun Chempaka.

Tambahnya, wakil-wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding di dalam piliharaya umum di atas tiket parti dan bukan tiket individu.

Oleh yang demikian, tegasnya lagi tindakan mereka akan dilaporkan kepada PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya. - HARAKAHDAILY

Guan Eng tutup mata, telinga tindakan DAP Sarawak

Posted: 06 Nov 2014 08:04 PM PST

ANDRI ZULKARNAEN



Penulis berdiri di belakang sebelah kiri sekali bersama pemimpin PAS Sarawak dan PKR semasa mesyuarat PR Sarawak baru-baru ini. Pemimpin DAP dijemput tetapi tidak hadir.



BERUCAP dalam konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan pada 2 November yang lepas, seperti mana yang dirakam oleh KiniTV,Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan dalam PR, ada parti yang 'cakap tak serupa bikin'. Menurut beliau lagi parti itu bukan sahaja tidak menunaikan janji malah tidak menunjukkan komitmen kepada Pakatan.

Walaupun Guan Eng tidak menyebut nama parti itu namun yang jelas dan nyata sindiran itu merujuk kepada PAS berhubung krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Apa yang lebih menarik intipati ucapan beliau ialah beliau dengan tegas berkata mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan DAP perlu memiliki prinsip dan amalan yang sama dengan parti itu. Malah katanya lagi DAP berjuang kerana prinsip dan tidak takut berjuang bersendirian kalau perlu.

Teguran Guan Eng tidak terhenti di situ, beliau mengulangi ucapannya di Majlis Fund-Raising Dinner DAP Petaling Jaya keesokan harinya di Kelana Jaya, kali ini terang-terangan menyebut nama PAS dan lebih ditujukan kepada Presiden PAS.

Saya menjadi terkaku kehairanan bila mendengar ucapan berapi Guan Eng ini yang juga merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang. Saya juga terfikir adakah beliau sebagai Ketua Menteri dan Setiausaha Agung DAP kini tinggal dan berkelana di luar negara.

Ucapan serta pendirian yang dinyatakan oleh Guan Eng amat mengelirukan sebenarnya. Hairan pun ada di hati saya dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya. Mungkin juga beliau jenis spesies yang tidak boleh mendapat mikrofon terus berucap mengikut selera atau syok sendiri.

Adakah Guan Eng sedar atau tidak akan tindakan buruk yang telah dilakukan oleh DAP Sarawak sehingga menimbulkan kemelut dalam PR Sarawak?

Tindakan memutuskan segala hubungan komunikasi bukan sahaja dengan PAS Sarawak malah dengan PKR yang kononnya tidak bersama mereka mendesak PAS Sarawak menyatakan pendirian mengenai isu hudud di Sarawak, bukan setakat itu sahaja, alasan yang diberi oleh DAP Sarawak bahawa mereka tidak setuju dan menentang pelaksanaan enakmen hudud di Kelantan yang boleh menjejaskan kerusi sedia ada mereka dan peluang mereka untuk mencapai kemenangan pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

DAP Sarawak seperti mana dalam kenyataan baru-baru ini berkata mereka masih kekal dalam gabungan Pakatan Rakyat, namun tindakan yang diambil oleh mereka memboikot semua program melibatkan PR Sarawak sehingga ke hari ini amat menghairankan.

Apakah ertinya memboikot program tetapi masih kekal dalam Pakatan? Pelik sungguh tingkah laku serta tindakannya. Kalau sudah boikot semua program PR serta sudah mencemuh rakan dalam Pakatan adalah lebih baik keluar sahaja secara terhormat dari Pakatan.

Pengerusi DAP Sarawak YB Chong Chieng Jen dalam kenyataan medianya berkata DAP Sarawak bersikap tunggu dan lihat sementara menunggu pemilihan kepimpinan PAS yang bakal diadakan tahun depan. Sekiranya kepimpinan PAS yang baru masih didukung oleh pemimpin yang menyokong hudud maka mereka akan bertindak menarik diri dari PR. Tindakan DAP Sarawak ini adalah keterlaluan dan cuba mencampuri urusan dalam dan mempengaruhi pemilihan kepimpinan PAS.

Mengapa Guan Eng tidak menyatakan pendirian DAP Pusat ke atas tindakan melampau DAP Sarawak dalam Pakatan Rakyat yang ternyata jelas tidak menunjukkan komitmen kepada Pakatan.

Adakah tindakan DAP Sarawak itu adalah contoh prinsip dan amalan DAP yang dimaksudkan oleh Guan Eng? Guan Eng harus sedar bahawa langkah yang diambil oleh DAP Sarawak ini boleh menjejaskan persiapan PRN rakan-rakan dalam PR. Guan Eng juga seharusnya mencerminkan DAP itu sendiri terlebih dahulu sebelum membuat segala macam kenyataan yang boleh memburukkan keadaan.

Alangkah baiknya Guan Eng segera menyelesaikannya isu DAP Sarawak ini dari menanggung "biawak hidup" kepada rakan-rakan dalam PR Sarawak. Kenyataan Guan Eng ini seperti tulisan saya yang lalu umpama "meludah ke langit terkena muka sendiri".

Yang pasti DAP Sarawak hanya berminat untuk menang dan tiada sedikit pun di hati sanubari mempunyai perasaan setiakawan dalam PR. Jangan-jangan apa yang dikatakan dan dicemuh oleh pemimpin dan macai BN terhadap DAP benar belaka.

Adakah DAP sedar yang mereka sekarang jadi alat atau wakil kepada suara Gerakan, MCA dan SUPP dalam usaha menentang PAS? Adakah DAP Sarawak hendak menggantikan SUPP setelah mereka berjaya menumbang SUPP dan seterusnya menjadi mesra BN Sarawak satu hari nanti setelah SUPP terendam dalam politik Sarawak?

Sedarkah DAP Sarawak bahawa mereka sebenarnya telah terperangkap dalam jerat parti kompenan BN apabila mereka secara tidak sedar telah menjadi alat SUPP? SUPP telah berjaya memecahkan perpaduan dalam PR Sarawak. Matlamat SUPP hanya ingin melihat DAP Sarawak keluar dari PR dan usaha mereka hampir berjaya. Sekarang terserah kepada DAP Sarawak untuk memikirkan masa depan parti mereka.

(*)  Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Sarawak yang juga anggota Majlis Pakatan Rakyat Sarawak.

Aolidariti bersama #UM8 desak gugurkan pertuduhan

Posted: 06 Nov 2014 08:02 PM PST

ARIF ATAN 

 

 


KUALA LUMPUR: Tindakan pentadbiran Universiti Malaya (UM) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dengan mengenakan beberapa pertuduhan terhadap lapan mahasiswa secara terpilih susulan Pidato Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, 27 Oktober lalu dilihat sebagai bercanggah dengan hak kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Zarin Maszalan berkata demikian ketika mengulas tindakan tatatertib mengikut akta drakonian tersebut termasuk ke atas Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Fahmi Zainol dan Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Khairol Najib Hashim.

"Kami diperingkat PMIUM mendesak UM menggugurkan semua tuduhan ke atas lapan mahasiswa ini serta-merta dan mengajak orang ramai untuk hadir bersolidariti bersama-sama pada hari Jumaat ini," ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Exco Politik dan Hal Ehwal Semasa PMIUM, Anis Syafiqah berkata, nilai kebebasan akademik tidak seharusnya terbelenggu dalam ruang lingkup teori sebaliknya mengasak idealisme mahasiswa kepada pengamalan ilmu melalui aktivisme.

"Mahasiswa semakin sedar akan hak mereka sebagai 'stakeholder' utama universiti dan terus giat memberi penerangan kepada masyarakat terutamanya warga kampus dalam usaha membumikan nilai kebebasan akademik di universiti.

"Tidak kira yang ditindas itu seorang tokoh mahupun rakyat bawahan di ceruk kampung, di mana ada kezaliman, di situ mahasiswa bangkit," tegas Anis lagi.

Untuk rekod, Syamimi Munira merupakan satu-satunya mahasiswi yang didakwa oleh pihak pentadbiran UM mengikut Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar 1999) kerana mengambil bahagian dalam program Pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke Penjara di Dataran Dewan Tunku Canselor UM.

Pertubuhan berkaitan mahasiswa seperti Pro?Mahahsiswa UM (Pro-M UM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Sisters In Movement dan Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) bersolidariti mengadakan "Occupy Gazebo" bertempat di Gazebo di Kompleks Perdana Siswa universiti tersebut.

Bermula di perhentian bas utama UM, gerakan protes sempena prosiding ke atas lapan mahasiswa terbabit yang dijadualkan bermula jam 9 pagi ini turut diisi dengan teater senyap dan persembahan musik dari Accino & Gang manakala slot ceramah di sebelah petangnya.

Dalam hal berkaitan, Presiden Gamis, Abdul Malik Ab Razak berkata, cengkaman pengaruh parti politik di kampus berlaku sehingga merosakkan budaya intelektualisme dan perbahasan ilmu secara adil dan seimbang.

"Tindakan tidak adil kepada mahasiswa menjadi kayu ukur kegagalan kampus Malaysia dinobatkan sebagai kampus yang terulung di peringkat antarabangsa.

"Jika universiti benar-benar bersih dari pengaruh parti politik, izinkan semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang dibenarkan masuk ke kampus atau semua ahli parti politik tidak dibenarkan sama sekali. Pihak pentadbiran harus bersih dari pengaruh mana-mana parti politik dan bersikap adil," ujar Malik.

Bagi jurucakap WUFI? Pro Mahasiswa UIAM, Shazwan Ismaon, budaya sekatan terhadap kegiatan pelajar menggunakan akta lapuk Auku itu digunakan atas kepentingan politik yang turut mendidik mahasiswa untuk menjadi takut (culture of fear) di kampus.

"WUFI bersama lapan orang mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang menjadi mangsa akta zalim ini dan WUFI menyeru kepada semua mahasiswa agar terus meningkatkan momentum menentang AUKU yang bertentangan dengan prinsip demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

"Mahasiswa tidak akan mengalah dengan gertakan akta zalim, Auku. Ayuh bersolidariti bersama UM8!" tegas Shazwan lagi. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: