Rabu, 5 November 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[BERGAMBAR] Pelajar Hilang Ditemui Mati Di Celah Batu

Posted: 05 Nov 2014 04:30 AM PST

KELAB GREENBOC


 
Ajal celah batu

Kuala Berang: Pelajar tingkatan empat, Ahmad Rafikin Azman, 16, yang dilaporkan hilang selepas menyertai kejohanan maraton Terengganu International Gajah Terom Challenge, Sabtu lalu ditemui mati di celah batu besar di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat selepas tiga hari operasi dijalankan.

Menurutnya, mangsa ditemui tersepit di celah batu di dalam sungai kira-kira 2.4 kilometer dari trek kejohanan maraton itu.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir dan mayatnya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Beliau berkata, operasi membawa turun mangsa ke pintu masuk hutan lipur mengambil masa lebih dua jam berikutan hujan lebat dan trek hutan yang licin.


Ahmad Rafikin ditemui meninggal dunia

HULU TERENGGANU - "Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin ALLAH SWT, saya terlihat satu objek di celah batu dan rupanya ia adalah tangan mangsa," kata Mohd Johari Abu Bakar.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafikin Azman, 16, kira-kira jam 3.30 petang semalam ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Menurut Mohd Johari, dia bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari keempat itu kira-kira jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh dari kasut mangsa ditemui, petang kelmarin.

"Sebelum berjaya menemui mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu.

"Saya kemudiannya memaklumkan kepada anggota bomba dan penyelamat yang berada berdekatan untuk tindakan selanjutnya. Ternyata tangan yang dilihat celah batu itu adalah tangan Ahmad Rafikin yang dilaporkan hilang Sabtu lalu," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, mayat dibawa keluar pasukan keselamatan dan tiba berhampiran bilik gerakan operasi jam 6.40 petang.

"Punca sebenar kejadian masih belum disahkan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
-SH


Jenazah Ahmad Rafikin selamat dikebumikan

Mayat Ahmad Rafikin ditemui pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu berdekatan sungai di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu kira-kira jam 3.30 petang pada Selasa.

Jenazah Allahyarham Ahmad Rafikin di bawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat.

Kira kira dua ratus jemaah menyertai solat jenazah yang diadakan di Surau Jalan Pusara Kuala Berang.

Jenazah kemudianya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Pusara,Kuala Berang.

Bapa Allahyarham, Azman Othman bersyukur dengan keprihatinan semua pihak dalam membantu operasi mencari dan menyelamat anaknya.

Beliau turut terharu dengan bantuan kerajaan negeri dalam menguruskan pengkebumian jenazah Allahyarham Ahmad Rafikin.

Ahmad Rafikin pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu tidak menyelesaikan acara maraton itu Gunung Gajah Terom pada Sabtu lalu.

Bapanya Azman Othman, 50, menyedari kejadian itu kira kira jam 3 petang dan membuat laporan polis pada kira-kira pukul 6 petang pada hari sama.

Sementara itu,pasukan mencari dan menyelamat mengakui usaha untuk membawa turun mangsa menghadapi kesukaran berikutan keadaan laluan yang licin.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu,Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pihaknya mengarahkan Jabatan Perhutanan untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan hutan lipur di negeri itu.

Pada masa sama, kajian semula akan dijalankan bagi menilai penganjuran kejohahan seumpama itu pada musim tengkujuh.

Kejohanan Marathon Antarabangsa Gajah Terom yang diadakan Sabtu laludibahagikan kepada beberapa kategori menyaksikan penyertaan lebih 540 peserta.
-astroawani





ULASAN GB

Al-fatihah...

Bekalan Air & Api Didakwa Sengaja Diputuskan Di Istana Kehakiman

Posted: 05 Nov 2014 04:22 AM PST

KELAB GREENBOC


 

Putrajaya: Bekalan air dan elektrik di tandas awam berhadapan Istana Kehakiman di Putrajaya didakwa sengaja diputuskan.

Lokasi berkenaan menjadi kawasan rakyat berhimpun untuk menyatakan sokongan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kejadian yang didakwa sabotaj itu menyebabkan orang ramai yang mahu bersolat terpaksa mengambil wuduk dengan menggunakan air mineral.

Mantan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Badrul Amin Baharom ketika ditemui menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Ini kemudahan awam yang merupakan hak rakyat, apakah kita tidak berhak menggunakan kemudahan awam yang dibangunkan menggunakan wang rakyat.

"Kalau benar memang sengaja ditutup, ini salahguna kuasa yang sengaja mahu tunjuk sifat kuku besi," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa berkata, kejadian tersebut merupakan yang pertama terjadi sepanjang rakyat berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Anwar.

"Mereka cuba beri tekanan kepada rakyat, saya hairan mengapa mereka bersikap zalim," tegasnya.

Jelasnya lagi, rakyat yang berhimpun di kawasan tersebut sejak minggu lalu tidak melakukan sebarang kerosakan kepada kemudahan tersebut.

"Ini sesuatu yang menyedihkan, kalau konsert yang melalaikan kerajaan sanggup sediakan semua kemudahan, tapi bila rakyat tuntut keadilan mereka ambil tindakan susahkan rakyat," tegas Ahmad Akhir Pakwan Chik, seorang penyokong yang hadir ke kompleks Mahkamah Putrajaya. -KD




ULASAN GB

Memang kejam dan zalim.

Atau nak suruh semua orang awam jadi Saiful, tak payah buang air dan tak payah solat?

Bangunlah, Najib! Lihat dan dengarkan rasa tidak puas hati!

Posted: 05 Nov 2014 04:16 AM PST

Oleh Ahmad Mustapha Hassan


Saya telah menulis beberapa artikel yang mendesak Perdana Menteri mengurangkan dan menamatkan trend yang akan mewujudkan huru-hara di negara ini. Ia seperti bercakap dengan dinding. Tapi yang pastinya, beliau perlu bangkit dari tidur dan bertindak, atau dia akan menjadi orang yang terpaksa bertanggung jawab ke atas bencana yang menanti negara ini.

Setiap kali Datuk Seri Najib Razak membuat ucapan, beliau kelihatan seperti seorang pelakon amatur dengan arahan yang lemah, bersenandika dalam drama Shakespeare. Pembantu-pembantunya harus berani untuk memberitahunya tentang perkara ini. Mungkin apa yang orang lain katakan adalah tidak diendahkan, kerana penasihatnya telah menyampaikan gambaran yang salah tentang tanggapan orang ramai terhadapnya.

Dalam hal ini, orang-orang beliau juga harus dipersalahkan.

Suara-suara sumbang mengenai perpaduan negara semakin lantang, mewujudkan ketakutan di kalangan rakyat. Unsur-unsur anti nasional telah diberi kebebasan membuat ucapan kebencian dan mewujudkan ketidakpastian di kalangan majoriti.

PM itu juga seolah-olah sedang meniru tindakan-tindakan liar ini. Setiap orang yang dilantik sebagai Perdana Menteri melalui proses demokrasi, perlu berkelakuan dan bertindak mewakili negara secara keseluruhannya. Dia tidak harus membenarkan dirinya dipergunakan orang-orang yang mencari populariti di kalangan kaum mereka melalui tingkah-tingkah laku yang sudah ketinggalan zaman dan menanamkan rasa takut tentang agama mereka. Beliau harus menegur mereka dan membawa mereka kembali ke kewarasan. Adalah tidak wajar baginya untuk memarakkan lagi situasi ini.

Adalah menyedihkan apabila MCA, bak budak suruhan BN, membela Najib dengan mengatakan bahawa media telah salah faham mengenai ucapannya mengenai sokongan dan permintaan bagi bantuan pembangunan. Telah dilaporkan secara meluas bahawa Najib telah berkata yang jika kaum Cina tidak menyokong BN, maka mereka tidak berhak menuntut apa-apa. Setakat ini Najib tidak menafikannya.

Jika David Cameron memberitahu rakyat Britain bahawa mereka yang tidak mengundi Parti Konservatif tidak akan mendapat apa-apa dari kerajaan, beliau akan menjadikan dirinya sendiri bahan jenaka politik British, dan dihalu keluar serta-merta dari 10 Downing Street.

Tetapi perilaku mengampu seperti inilah yang memberi gambaran yang salah tentang situasi ini dan menghalang Najib daripada mengambil langkah-langkah pemulihan.

Pernah dinyatakan bahawa penyokong-penyokong kategori ini akan melakukan apa-apa sahaja yang dimahukan Perdana Menteri. Jika Perdana Menteri menyuruh mereka melompat, mereka tidak akan bertanya mengapa, mereka sebaliknya akan bertanya; "Setinggi mana?". Begitu rendah harga diri golongan pengampu ini.

Mereka hanya memelihara kelangsungan hidup mereka, dan bukannya menjaga kepentingan rakyat. Tindakan mereka menyebabkan 'pemimpin' mereka sesat dari tugas asalnya.

Akhir-akhir ini terdapatnya peningkatan dalam tindakan menyekat perbincangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan rakyat. Sebuah forum bagi membincangkan ancaman fundamentalisme Islam telah disekat dari dijalankan. Dunia pada masa ini menghadapi ancaman daripada elemen ini dan rakyat Malaysia juga telah menyertai IS. Ini telah menyebabkan keresahan di kalangan rakyat.

Tetapi jabatan-jabatan agama Islam telah menunjukkan sikap tidak bertoleransi mereka terhadap mana-mana topik yang dianggap bertentangan dengan perundangan Islam Shafie. Tetapi orang ramai perlu mengetahuinya kerana ancaman tersebut bakal mempengaruhi cara hidup mereka.

Kemudian ada pula sebuah episod di Pulau Pinang, di mana sebuah perhimpunan aman bagi membantah Akta Hasutan telah diganggu golongan samseng. Dan tindakan mereka tidak pernah dihentikan. Hal ini menggambarkan ketiadaan Kedaulatan Undang-Undang. Ketiadaan tindakan dari pihak berkuasa hanya mendorong lebih banyak tingkah laku gangster dilakukan terhadap orang-orang yang hanya ingin mendapatkan perhatian pihak berkuasa mengenai beberapa undang-undang yang telah ketinggalan zaman, dan bertentangan dengan semangat amalan demokrasi sebenar.

Najib harus disedarkan tentang perkara ini, dan hakikat bahawa ada juga peningkatan dalam pelampau Melayu dan fanatik agama.

Gaolongan fanatik agama Islam telah mencipta ketakutan yang bukan-bukan terhadap orang Melayu. Mereka seolah-olah menentang semua yang positif.

Terdapatnya keperluan mustahak bagi menyekat semua ini dari awal, sebelum ia berada di luar kawalan. Melainkan Najib dibangunkan untuk menyedari bahawa aktiviti-aktiviti yang mengganggu ini sedang berkembang dan menyebabkan kebimbangan, negara ini akan memiliki masa depan yang suram.

Bertindak sekarang, sebelum terlambat. Berhenti hidup dalam fantasi!

Datuk Seri Perdana Menteri! Buktikan kepada semua rakyat Malaysia bahawa anda seorang lelaki, dan bukannya penakut! - WARTA UTARA

Khairy tegur Karim

Posted: 05 Nov 2014 04:07 AM PST


Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin
 
 
MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu kepimpinan baharu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yang diketuai Datuk Karim Ibrahim agar tidak akan mengulangi zaman kegelapan yang berlaku kepada sukan itu sebelum ini.

Khairy yang menyokong pelantikan Karim sebagai presiden baharu KOM bagi penggal 2014-2016 berkata, semua pihak perlu membuka lembaran baru bagi memastikan sukan olahraga Malaysia berada di tahap yang terbaik.

"Janganlah kita ulangi zaman krisis dan zaman kegelapan olahraga di Malaysia, ini kerana, saya rasa krisis dalam KOM itu sendiri secara langsung telah menyumbang kepada kemerosotan prestasi olahraga kita.

"Jadi dengan kepimpinan baru ini, sama-sama kita berusaha membangunkan kembali sukan ini," katanya selepas melancarkan program Gimnasium kanak-kanak pertama di Asia di Citta Mall @ Jalan PJU, semalam.

Sebelum ini Karim terpalit dengan pelbagai kontroversi selepas didakwa bersubahat dalam kes enam atlet melarikan diri daripada ujian anti doping pada 2011 sehingga menyaksikan KOM menjatuhkan hukuman pergantungan selama enam tahun, namun beliau yang membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi meminta hakim mengetepikan perintah penggantungannya.

Pada pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, Sabtu lalu, Karim menewaskan timbalan presiden Datuk Wan Hisham Wan Salleh dengan memperoleh 33 undi manakala Wan Hisham menerima lapan undi.

Begitu pun, Karim yang juga Presiden Persatuan Olahraga Perak dijangka berdepan tugas getir membawa badan induk itu selepas dilihat tidak mendapat sokongan bekas atlet dan jurulatih.

Malah ada di antara mereka membuat tindakan menghantar memorandum untuk menolak pencalonannya.

Mengulas lanjut, Khairy berharap agar atlet mahupun jurulatih perlu menerima keputusan itu dengan terbuka memandangkan ini adalah proses demokrasi.

Bagaimanapun katanya, jika ada yang melanggar peraturan serta etika, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya faham ada jurulatih dan atlet mempunyai pandangan masing-masing berkenaan calon bertanding, tapi mereka juga harus terima kerana ini adalah proses demokrasi dan selagi pemilihan itu dijalankan secara sah dan calon itu layak bertanding, kita harus terima.

"Kami di KBS juga akan sentiasa bekerjasama dengan sesiapa yang mendapat mandat daripada persatuan sukan dan saya harap kerjasama ini akan memberi kebaikan kepada sukan negara," ujarnya.

Anwar akan pastikan Hadi datang mesyuarat

Posted: 05 Nov 2014 04:05 AM PST


anwar
 
 

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa beliau sendiri akan memastikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR akan datang.

Bagaimanapun Anwar berkata, beliau akan memberi notis peringatan yang baik supaya pemimpin Pas itu dapat mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat bersama antara PKR, DAP dan Pas pada masa akan datang.

"Mungkin selepas ini kita akan beri notis (peringatan) yang baik, mesyuarat seterusnya kita akan pastikan tarikhnya lebih sesuai buatnya, saya pasti dia boleh hadirinya.

"Kita sentiasa berunding dengan pemimpin parti PR untuk menetapkan tarikh supaya sesuai dan selesa kepada mereka," katanya kepada pemberita di pekarangan Dewan Rakyat, di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng yang menegur sikap Hadi kerana seringkali tidak hadir pada mesyuarat Majlis Presiden PR dan membelakangkan keputusan yang diputuskan badan itu.

Tanpa berselindung, Guan Eng berkata, agak sukar bagi PR untuk terus beroperasi apabila Pas mempunyai pemimpin yang boleh 'menolak segalanya', termasuk keputusan yang dicapai ketika beliau tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Presiden PR sebelum ini.

Ketika ditanya tentang sikap Hadi itu, Anwar bagaimanapun mengesahkan dakwaan Guan Eng itu sambil memberitahu pemimpin Pas itu tidak kerap menghadirinya.

"Saya tidak mahu beri tuduhan negatif kepada Hadi. Jadi dia akan hadir mesyuarat akan datang.

"Saya rasa komunikasi dengan dia tiada masalah," katanya lagi.

Hapus dasar monopoli untuk elak internet Malaysia terlalu mahal

Posted: 05 Nov 2014 03:58 AM PST

Oleh Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menghapuskan amalan monopoli yang mengakibatkan harga internet dan jalur lebar di negara ini terlalu mahal berbanding kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, mutu perkhidmatan internet hanya dapat dipertingkatkan jika kerajaan bersedia memecahkan monopoli perkhidmatan tersebut.
Fahmi"Isu pokoknya adalah monopoli, kerajaan seharusnya membuka lebih ruang agar ada persaingan di kalangan penyedia perkhidmatan.

"Ini bukan sahaja menjadikan harga perkhidmatan lebih rendah tetapi ia turut meningkatkan mutu perkhidmatan kerana wujudnya persaingan," jelas Fahmi.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom), Cheah Kok Hong dipetik berkata, harga perkhidmatan internet di Malaysia terlalu mahal dan perlu diturunkan kerana ia menjadi keperluan masyarakat kini.

Satu laporan kaji selidik atas talian oleh Ookla Net Index sebelum ini turut meletakkan Malaysia di tangga ke-126 daripada 196 negara dari segi kelajuan internet di dunia.

Malah lebih teruk, mutu perkhidmatan internet di negara ini ketinggalan di belakang Kemboja dan Vietnam berdasarkan kajian yang dilakukan pada Mei 2013 hingga April 2014 itu.

"Bagaimana kita mahu menjadi negara maju jika mutu perkhidmatan instrument penting ini berada di tahap terkebelakang.

"Kerajaan perlu melakukan sesuatu kerana dengan memperbaiki mutu perkhidmatan dan kosnya, bakal memberi manfaat besar kepada rakyat," kata Fahmi lagi.

Tuduhan cuba pengaruhi hakim tak berasas, Tian mangsa putar belit media BN

Posted: 05 Nov 2014 03:56 AM PST

Oleh Azuan Abd Rahman


KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyelar media pro Barisan Nasional yang memutar belit kenyataannya semasa berucap di hadapan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya semalam.

Tegas Ahli Parlimen Batu itu, media pro BN melancarkan serangan besar-besaran terhadapnya dan beliau turut dituduh untuk cuba mempengaruhi penghakiman kes Fitnah II dengan mengancam untuk mengadakan perhimpunan bantahan.

Tian-Chua1"Saya dituduh cuba untuk menakut-nakutkan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dengan menghasut orang ramai untuk menghadiri perhimpunan.

"Tuduhan itu pastinya tidak berasas, sepanjang berucap, saya tidak menyentuh tingkah laku hakim," tegas Tian dalam kenyataan hari ini.

Sebaliknya jelas Tian, ucapan tersebut adalah bagi memberi amaran kepada golongan elit politik yang berkuasa bahawa penyokong Anwar meletakkan harapan tinggi ke atas badan kehakiman bagi memastikan keadilan tertegak.

Ujarnya, tindakan memenjarakan Ketua Umum KEADILAN itu hanya akan mencetuskan momentum baru bagi gerakan reformasi di negara ini.

Tian semasa berucap di perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya semalam berikrar mengadakan perhimpunan besar-besaran di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini sekiranya Anwar disabitkan dengan tuduhan Fitnah II.

Ayuh turun Putrajaya esok solidariti untuk Anwar

Posted: 05 Nov 2014 03:53 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Penyokong dan orang ramai dialu-alukan turun ke Istana Kehakiman di Putrajaya esok bagi mengikuti keputusan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II yang dijangka bakal diketahui petang esok.

Rakyat Hakim NegaraPerbicaraan kes itu pada hari keenam semalam ditangguhkan dan akan bersambung semula esok.

Semalam, pendakwa, Tan Sri Shafee Abdullah mengalihkan serangan kepada doktor Pusrawi, Dr Osman Abdul Hamid yang merupakan individu awal memeriksa dan mengesahkan bahawa Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

Shafee juga tidak menjawab langsung fakta penting bagi membuktikan Anwar bersalah dalam kes itu.

Bilik bicara Mahkamah Persekutuan bertukar gamat apabila Shafee mengemukakan hujah-hujah yang kelakar.

Antaranya, berkaitan jeli KY yang digunakan Saiful untuk melindungi dirinya, mendakwa DNA adalah milik Dr Osman, dan DNA orang ketiga yang terdapat pada Saiful mungkin diperolehi daripada aktiviti di mangkuk tandas.

Beliau juga turut ditegur Hakim Tan Sri Ariffin Zakaria kerana mengemukakan hujah berpandu artikel internet.

Esok pagi, pasukan peguambela akan membalas hujah pendakwa sebelum keputusan ditentukan.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berikrar untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sekiranya Anwar disabitkan dengan tuduhan itu.

Tun M: Umno Selangor perlu bubar, susun semula

Posted: 05 Nov 2014 03:47 AM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama
 
 
SHAH ALAM – Umno Selangor perlu melakukan perubahan dengan pembubaran dan penyusunan semula termasuk menerima ahli baru yang berbakat, kata bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, ahli baru perlu ditapis bagi mengelakkan kewujudan makhluk perosak yang ingin memperalat parti itu untuk agenda peribadi.

"Pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihan raya. Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan Umno tetapi memperkuatkan kedudukan mereka.

"Penerimaan ahli baru dengan ramai termasuk yang berbakat adalah perubahan yang utama yang perlu dilakukan oleh Umno Selangor.

"Ahli baru perlu juga ditapis oleh badan yang terdiri daripada veteran Umno termasuk dari bahagian lain. Tapisan diperlukan kerana ada makhluk perosak yang ingin peralat Umno untuk agenda peribadi mereka," katanya yang dipetik daripada tulisan artikel 'Umno Selangor Perlu Berubah' di blognya, hari ini.

Katanya, Umno Selangor perlu berusaha menarik pemuda Melayu menyertai Umno dengan mendekatkan diri dengan mereka yang bukan ahli bahkan yang menentang Umno

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar parti itu memberi tumpuan kepada generasi Y yang tidak berminat dengan Umno.

"Pada PRU14, 2.5 juta pengundi muda akan mengundi. Gen-Y tidak berminat dengan Umno. Terutama yang terpelajar di Barat sudah menerap budaya dan nilai-nilai hidup Barat.

"Jika disebut akan jasa parti Umno kepada mereka, mereka menolak peringatan ini sebagai mengungkit. Lagi pun mereka berpendapat parti mana pun yang menjadi kerajaan akan membuat perkara yang sama," katanya.

Jelasnya, pandangan cetek ini disebabkan generasi Y ini tidak membuat bandingan antara kerajaan Malaysia pimpinan Umno dengan kerajaan-kerajaan negara-negara lain.

"Jika dibandingkan, sudah tentu mereka akan lihat bahawa negara-negara yang mencapai kemerdekaan bersama kita tidak pun dapat dimajukan, jauh sekali daripada memberi pelajaran, biasiswa dan bantuan lain supaya rakyat mereka dapat menikmati taraf hidup seperti rakyat Malaysia," katanya.

Selain itu, beliau turut berpendapat imej Umno sebagai parti rasuah juga perlu dikikis malah cara hidup pemimpin Umno perlu lebih sederhana.

"Mereka perlu rapat dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli Umno. Jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung," katanya.

Sabtu lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak akui merasa letih dan malu kerana menjadi parti pembangkang di Selangor ketika berucap pada Konvokesyen Umno Selangor.

Keputusan Tribunal Timbang Tara Berpihak Kepada Malaysia

Posted: 05 Nov 2014 03:33 AM PST

MSTAR ONLINE
 
 


SINGAPURA: Keputusan oleh Mahkamah Tetap Timbang tara baru-baru ini ke atas isu berkaitan tuntutan pembangunan mengikut Keputusan Perjanjian (POA) ke atas sebidang tanah bekas milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura, memihak kepada Malaysia, kata rakan Pengurusan Pengetahuan ZICOlaw Paul Subramaniam.

Beliau berkata perjanjian pertukaran tanah itu bertujuan memecah kebuntuan mengenai pemindahan Stesen Tanjung Pagar di Singapura, milik KTM, ke Woodlands.

Subramaniam berkata Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong pada tahun 2010, bersetuju bahawa tapak Tanjung Pagar dan tanah KTM di Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di Singapura ditukarkan dengan tanah di Ophir-Rocher dan Marina South, juga di Singapura.

Kawasan Kranji, Woodlands dan Bukit Timah akan dimajukan oleh sebuah syarikat, M+S Pte Ltd, syarikat usaha sama 60:40 antara Khazanah Nasional Bhd dari Malaysia dan Temasik Holdings Singapura.

"Perjanjian antara kedua-dua perdana menteri itu terkandung dalam POA. Bagaimanapun, pertikaian muncul membabitkan tafsiran POA iaitu sama ada Singapura boleh mengenakan caj pembangunan tanah standard ke atas tiga tapak yang dianggarkan sebanyak SG$1.4 bilion," kata Subramaniam kepada Bernama.

Isu itu dirujuk kepada Mahkamah Tetap Timbang tara susulan persetujuan antara pihak-pihak yang terlibat.

Pada 30 Okt, Mahkamah Tetap Timbang tara bersetuju dengan tafsiran Malaysia terhadap POA dan memutuskan bahawa Malaysia tidak perlu membayar semua atau sebarang caj pembangunan untuk kawasan Kranji, Woodlands dan Bukit Timah kepada Singapura.

"Ini merupakan kejayaan Malaysia, namun yang lebih penting, ia membolehkan pembangunan yang tertangguh akibat perbezaan tafsiran ke atas POA antara Malaysia dan Singapura, diteruskan.

"Seperti yang telah dinyatakan, pembangunan itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara melalui syarikat usaha sama Khazanah Nasional dan Temasik Holdings, M+S Pte Ltd," kata Subramaniam.

ZICOlaw Knowledge menyediakan penerbitan terkini mengenai perubahan kawal aturan undang-undang, analisis perbandingan undang-undang dan maklumat mengenai perspektif perniagaan di Asean.

ZICOlaw ialah rangkaian bersepadu perundangan bebas dan penyedia perkhidmatan profesional yang berkaitan, di rantau ini, dengan operasi di Australia, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, dan Vietnam.

UPSR Bocor: Dua Guru Sekolah Tamil Didakwa

Posted: 05 Nov 2014 03:30 AM PST

Oleh: SARBAN SINGH
 
 
 
 
)
SEREMBAN: Dua guru sekolah Tamil didakwa atas enam pertuduhan kerana memiliki rahsia rasmi dan berkongsi maklumat dengan orang lain dalam kes berkaitan kes kebocoran tiga kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

L.Subarau@ Kamalanathan, 36  dari SJKT Ladang Batang Benar dan Murugan Palanisamy 34, dari SJKT Ladang Lenggeng mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk B. Jagjit Singh.

Mereka didakwa dibawah Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu dan tujuh tahun.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu pada September lalu semasa peperiksaan UPSR.

Subarau didakwa atas lima pertuduhan kerana memiliki kertas Matematik 1 dan 2, Bahasa Tamil (Pemahaman) dan Tamil (Penulisan) dan Sains.

Murugan pula didakwa kerana memiliki kertas peperiksaan Matematik 1.

Kedua-duanya diwakili lapan peguam yang diketuai Haresh Mahadevan manakala Wan Shaharudin Wan Ladin sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

K'jaan mengaku intip talian komunikasi

Posted: 04 Nov 2014 11:48 PM PST

MALAYSIAKINI



 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengakui bahawa kerajaan mengintip talian komunikasi pihak tertentu.

Bagaimanapun, intipan tidak melibatkan talian komunikasi ahli politik mahupun pihak awam, kata Nancy dalam satu jawapan bertulis di Parlimen.

Intip juga tidak dilakukan ke atas kiriman emel atau pos, katanya lagi dalam jawapan kepada Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin).

"Berdasarkan rekod sehingga kini, pintasan hanya dibuat kepada talian komunikasi dan tiada pintasan dibuat kepada emel atau pos.

"Daripada statistik talian komunikasi juga, tiada pintasan komunikasi yang melibatkan mana-mana ahli politik atau orang awam," kata Nancy dalam jawapannya.

Tan meminta kerajaan mendedahkan jumlah terperinci kes pemintasan yang dijalankan ke atas ahli politik, suspek jenayah dan orang awam bermula 1998 sehingga 2014.

Berjubah, tudung labuh main bola jaring

Posted: 04 Nov 2014 11:45 PM PST

SALMAH MAT HUSAIN



 


PASIR MAS: Biar pun tertudung labuh dan berjubah, namun tidak menghalang beliawanis menyertai kejohanan bola jaring tertutup anjuran kerajaan negeri.

Kejohanan yang julung-julung kali dianjurkan itu diadakan di 14 kawasan parlimen di Kelantan.

Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penyertaannya khusus untuk golongan wanita diadakan secara tertutup.

"Kita mensyaratkan peserta-peserta yang menyertai kejohanan ini menutup aurat serta tidak membenarkan penonton lelaki hadir.

"Ini bagi memberi keselesaan kepada pemain-pemain beraksi. Alhamdulillah kesemua 14 kawasan selesai menganjurkan kejohanan tersebut," katanya selepas merasmikan kejohanan bola jaring peringkat parlimen Pasir Mas di sini, kelmarin.

Sebanyak 15 pasukan menyertai kejohanan itu bagi setiap kawasan.

Ahmad Fadhli juga berkata, golongan beliawanis perlu bersedia menghadapi cabaran moden dengan menimba pelbagai bidang kemahiran.

Katanya, ia cukup penting sebagai jaminan untuk memenuhi tuntutan kerjaya yang semakin hebat persaingannya sekarang. - HARAKAHDAILY

Hanipa dakwa hakim ulas kes Mejar Zaidi dalam FB

Posted: 04 Nov 2014 11:42 PM PST

MALAYSIAKINI



 


Peguam Hanipa Maidin mendakwa seorang anggota panel mahkamah yang mendengar kes Mejar Zaidi Ahmad mengulas kes itu dengan meninggalkan komen pada satu berita yang disiarkan Malaysiakini menerusi akaun Facebook miliknya.

Hanipa mendakwa komen itu dibuat pada berita "Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerani berani" di portal berita itu bertarikh 20 Oktober 2014.

Hanipa mendakwa komen itu dibuat pemilik akaun bernama 'Saadon T'son' yang menggesa Zaidi agar "duduk di kampung sahaja jika tak nak menjadi tentera".

Justeru, Hanipa memohon agar mahkamah yang mendengar kes ini dibubarkan.

Menurut Hanipa, komen itu dikesan oleh anak guamnya pada 1 November lalu.

Oleh yang demikian, ia menunjukkan hakim berkenaan bersikap berat sebelah, yang membolehkan kes berkenaan digugurkan.

"Kami mahu mahkamah ini dibubarkan dan kes ini digugurkan terus," kata Hanipa.

Tambahnya, Zaidi turut mengadukan perkara itu kepada Panglima Nombor 1 Divisyen Udara Pengkalan Udara Butterworth pada hari Isnin, 3 November menerusi sepucuk surat rasmi.

Zaidi menuntut agar mahkamah itu dibubarkan dan baki dua tuduhan terhadapnya digugurkan kerana "sikap berat sebelah" hakim tersebut "yang memperlekehkan dirinya".

"Saya dengan ini menuntut pihak Datuk agar segera membubarkan mahkamah ini dan menggugurkan baki dua tuduhan ke atas saya.

"Kes saya ini juga seperti yang boleh dibaca di banyak media alternatif telah banyak menjatuhkan nama baik TUDM khususnya dan nama baik ATM amnya di mata rakyat," surat Zaidi dipetik.

Persidangan mahkamah yang ditangguhkan hari ini akan bersambung semula pada 24 November ini untuk mengumumkan keputusan permohonan hari ini.

Zaidi hari ini sepatutnya mula membela diri terhadap dua tuduhan terhadapnya iaitu memberi kenyataan media tanpa keizinan Majlis Angkatan Tentera dan membocorkan dokumen tentera kepada media.

Sijil halal tidak perlu diragui, kata menteri

Posted: 04 Nov 2014 11:34 PM PST


Jamil Khir Baharom Jamil Khir Baharom
 
 
KUALA LUMPUR - Sijil halal yang dikeluarkan oleh pejabat agama negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada masa ini dilakukan secara sukarela dan tidak diwajibkan ke atas setiap pengusaha restoran makanan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jumlah peniaga kecil makanan yang besar di negara ini menghalang usaha untuk mewajibkan pemilikan sijil halal itu.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dan pengguna Islam tidak sepatutnya khuatir terhadap status halal produk makanan yang dihasilkan pengusaha makanan tempatan kerana rata-rata daripada mereka memenuhi syarat kepatuhan halal.

"Kekangan peniaga kecil makanan menghalang usaha kami untuk mewajibkan sijil halal terhadap syarikat, premis, restoran makanan segera dan restoran 24 jam.

"Pengguna Islam juga tidak perlu was-was dengan restoran yang mempunyai sijil halal kerana ada jawatankuasa dalaman dan audit berkala melawat premis.

"Walaupun ada sesetengah premis makanan tidak mempunyai sijil halal, mereka mungkin sudah memohon dan dalam proses untuk diluluskan," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan pada sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) yang bertanyakan langkah kerajaan bagi memastikan restoran makanan termasuk restoran 24 jam dan makan segera seperti McDonald dan Starbucks menghidangkan makanan halal kepada pelanggan Islam.

Mengulas lanjut, Jamil Khir menambah, sijil halal itu bukan sahaja menyentuh aspek halal sahaja bahkan ia menitikberatkan terhadap tahap kebersihan makanan yang dihasilkan.

"Sijil halal itu ambil dikira dari aspek halalan toyyiba atau halal lagi baik, isu halal tidak diragui di Malaysia tetapi bermasalah dari segi kebersihan.

"Di luar negara pula aspek kebersihan (baik) tidak diragui cuma aspek halal pula menjadi masalah," katanya lagi.

K'jaan pusat akan batal kontrak NFC

Posted: 04 Nov 2014 11:31 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Persekutuan akan membatalkan kontrak dengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka ekoran mungkir membuat pembayaran.

Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen berkata NFC gagal mememenuhi kemajuan pembayaran semula kepada kerajaan, pinjaman sebanyak RM250 juta bagi organisasi itu bagi 2014, dan juga telah gagal untuk mematuhi permintaan untuk membuat pembayaran.

"Kerajaan akan membatalkan penjanjian itu dengan NFC dan akan mengambil tindakan undang-undang," jawapan bertulis itu dipetik sebagai menjawab kepada Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

Dalam tempoh dua tahun yang lalu, NFC telah membayar RM34.98 juta daripada pinjaman yang diambil.

Tian nafi pengaruhi hakim tapi amaran pada BN

Posted: 04 Nov 2014 11:28 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Naib Presiden PKR Tian Chua menafikan dakwaan bahawa beliau cuba mempengaruhi penghakiman kes liwat II ekoran ucapannya semalam yang mengancam mahu mengadakan perhimpunan mega jika Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar disabitkan dengan tuduhan itu.

Sebaliknya, beliau berkata ucapannya di luar Istana Kehakiman semalam sebagai amaran kepada pemimpin BN yang berkuasa bahawa perhimpunan itu akan mencetuskan momentum baru bagi gerakan reformasi.

Beliau mendakwa media BN cuba memutarbelit konteks ucapannya bahawa beliau cuba mempengaruhi dan menakut-nakutkan hakim dengan menghasut orang ramai hadir ke perhimpunan itu.

"Tuduhan ini pastinya tidak berasas. Sepanjang ucapan saya, saya tidak menyentuh mengenai tingkah laku kehakiman.

"Sebaliknya, penyokong-penyokong Anwar meletakkan harapan yang tinggi ke atas badan kehakiman untuk menegakkan keadilan.

"Ceramah saya mengenai perhimpunan mega bertujuan untuk memberi amaran kepada golongan elit politik yang berkuasa.

"Saya mengingatkan bahawa kehadiran satu atau dua ribu di perhimpunan di Putrajaya beberapa hari ini tidak bererti sokongan yang kurang kepada Anwar," katanya.

MP Batu juga meramalkan jika Anwar dipenjara maka perhimpunan besar-besaran akan berlaku seperti era Reformasi dan ia bermula dengan bantahan di Dataran Merdeka hujung minggu ini.

"Oleh itu Najib dan lingkaran kroni beliau tidak mempunyai sebab untuk menjadi layback dan ramah tamah. Ini secara asasnya adalah konsep "Rakyat Hakim Negara"," katanya.

Pihak sekolah nafi guru dipukau

Posted: 04 Nov 2014 11:18 PM PST


Dakwaan berkaitan kejadian pukau guru yang tersebar dalam WhatsApp, semalam. Dakwaan berkaitan kejadian pukau guru yang tersebar dalam WhatsApp, semalam.
 
 
Auta

Heboh tersebar dalam laman sosial Facebook dan WhatsApp, semalam berkaitan kejadian guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban Jaya yang ditipu beribu-ribu ringgit oleh seorang lelaki.

Laman Facebook yang tersebar menyatakan individu berbangsa Arab itu masuk ke sekolah untuk mempromosi khidmat perubatan homeopathy boleh mengesan penyakit menerusi mata.

Dia juga dikatakan boleh mengubat penyakit menggunakan cawan-cawan kecil daripada batu marmar Makkah. Kononnya mereka yang meminum air dalam cawan itu akan hilang segala penyakitnya.

Selain di Negeri Sembilan, dia juga dikatakan dikesan datang ke beberapa buah sekolah sekitar Perak.

Sementara itu, dalam WhatsApp yang disebarkan semalam, individu terbabit dikatakan menggunakan jin sebelum memukau mangsa dengan menjual batu dalam gelas sehingga guru ditipu ratusan ringgit.


Fakta

Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban Jaya, di sini menafikan seorang guru sekolah berkenaan diperdaya seorang individu yang mengaku doktor homeopathy berbangsa Arab, kononnya boleh mengesan penyakit melalui anak mata.

Menurut sumber sekolah, tiada seorang pun guru sekolah berkenaan dipukau sepertimana dakwaan yang kini menjadi viral di laman sosial.

Sumber yang enggan namanya disiarkan bagaimanapun mengesahkan individu terbabit ada datang ke sekolah berkenaan untuk menjual cawan-cawan kecil diperbuat daripada batu marmar dari Makkah kepada guru-guru, Selasa lalu.

"Saya tidak nafikan dia ada datang ke sekolah ini berdasarkan makluman diterima guru-guru. Difahamkan, dia juga singgah di beberapa buah sekolah lain.

"Saya tak tahu kenapa nama sekolah ini yang menjadi sebutan di laman sosial, padahal tiada guru di sekolah ini yang jadi mangsa pukau individu itu," katanya.

Tinjauan ke sekolah berkenaan juga mendapati sistem keselamatan di sekolah berkenaan sentiasa dikawal dengan rapi, sekali gus menyukarkan orang luar masuk tanpa sebab.

Pengawal keselamatan di sekolah itu berkata, setiap kemasukan orang awam ke sekolah perlu mengikut prosedur dengan mengisi borang disediakan.

"Mengenai kedatangan individu berbangsa Arab itu, kita tidak sedar kedatangannya. Mungkin individu itu mengambil peluang masuk ke dalam sekolah dengan menaiki kereta pada waktu puncak. Tak sangka isu ini semakin heboh diperkatakan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pihak sekolah kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal bagi menyiasat perkara itu lebih lanjut.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Kalsom Khalid berkata, pihak sekolah tidak dibenarkan memberi keizinan kepada sesiapa sahaja membuat sebarang promosi dan jualan di dalam kawasan sekolah.

"Kalau ada, ia mestilah melalui jabatan. Kita  memberi peringatan kepada pihak sekolah mengenai makluman tentang pematuhan prosedur supaya perkara seperti ini tidak berulang," katanya.

Beliau sudah mengingatkan pengetua dan guru besar sekolah supaya memperketat urusan keluar masuk orang awam di sekolah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes berkenaan.

"Bukan sahaja guru, tetapi orang awam  perlu berhati-hati membuat urusan jual beli lebih-lebih lagi individu tidak dikenali," katanya.

Pemuda PAS mahu SIS diharamkan

Posted: 04 Nov 2014 11:12 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Timbalan ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, beliau kesal kerana SIS semakin berani mencabar asas Islam dan juga mempermain-mainkan usaha penguatkuasaan seperti hukuman ke atas wanita Islam yang tidak bertudung di Kelantan.

"SIS juga mencabar fatwa pengharamannya oleh Jawatankuasa Fatwa MAIS sebelum ini kerana berpegang kepada pluralisme dan liberalisme agama.

"Secara terang nyata juga, SIS telah mencabar akidah Islamiyah apabila turut mempromosikan pemikiran Yahudi dan Nasrani dengan menyatakan manusia sebagai anak-anak Allah.

"Bermakna SIS menolak keesaan Allah," kata Muhammad Khalil dalam kenyataannya.

"DPPM berpendirian tegas bahawa usaha yang giat dikembangkan SIS dengan menyebarkan fahaman liberal atas nama Islam adalah satu kesesatan terang lagi nyata.

"Ia sama sekali tidak mencapai tujuan Islam diturunkan untuk manusia akhir zaman serta membuka kewenangan kepercayaan, pegangan dan amalan, yakni penyimpangan dari syariat dan manhaj Islam sebenar," katanya lagi.

Suspek ditembak mungkin ada kaitan tentera diraja Sulu

Posted: 04 Nov 2014 11:06 PM PST

BERNAMA 


KOTA KINABALU: Dua suspek yang ditembak di Penampang Baru dekat sini minggu lalu mungkin mempunyai kaitan dengan tentera diraja Sulu (RSF), kata Komisioner Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
  
Beliau berkata perkara itu dibincangkan dengan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan siasatan mendapati suspek turut terbabit dalam aktiviti jenayah lain di Sabah termasuk merompak dan menculik untuk mendapat wang tebusan.
  
Seorang suspek yang mati dipercayai merupakan ketua bagi kumpulan yang mempunyai kaitan dengan RSF.
  
"Terdapat banyak kumpulan (mempunyai kaitan dengan RSF) di Sabah dan selatan Filipina. Jumlahnya masih disiasat," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kontinjen Polis Sabah di sini hari ini.
  
Jalaluddin berkata suspek menyasar beberapa kawasan untuk merompak bagi memperoleh wang untuk membiayai dan memperkukuh aktiviti jenayah mereka dengan kumpulan militan Sulu.
  
Beliau berkata siasatan juga sedang dilakukan mengenai soal pengrekrutan anggota RSF di Sabah.
    
Mengenai mangsa yang diculik di Kunak dan Pulau Mabul, Jalaluddin berkata pihak polis masih berusaha untuk membawa mereka pulang menerusi kerjasama pasukan keselamatan Filipina.
  
Pada 16 Jun lalu, penternak ikan dalam sangkar Chan Sai Chiun, 32, diculik di  Kampung Sapang Air, Kunak selepas kumpulan bersenjata menyerbu rumahnya pada lewat malam.
  
Pada 12 Julai pula, anggota polis marin Zakiah Aliep, 26, diculik selepas diserang hendap kumpulan bersenjata di sebuah resot di Pulau Mabul, Semporna pada pukul 11.10 malam yang turut menyaksikan rakannya Korporal Rajah Jamuan, 32, terbunuh.
  
Jalaluddin turut mengumumkan perintah berkurung di enam daerah di pantai timur Sabah iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau akan dilanjut dari 7 hingga 22 Nov selepas ia berakhir esok.
  
"Perintah berkurung harian dari 7 malam hingga 5 pagi masih perlu di pantai timur Sabah bagi membanteras jenayah rentas sempadan dan bagi memastikan keselamatan orang ramai dan pelancong," katanya. - Bernama

PTPTN: Hanya anak penerima BR1M dapat pinjaman penuh

Posted: 04 Nov 2014 11:04 PM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Bermula Sabtu lalu, Perdananan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menguatkuasakan syarat baharu iaitu pinjaman penuh hanya diberikan kepada pelajar yang ibu bapa mereka penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, dengan syarat baharu itu, bagi keluarga yang pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000, maka anak mereka akan memperoleh 75 peratus daripada jumlah pinjaman keseluruhan.

"Bagi mereka yang mempunyai pendapatan melebihi jumlah berkenaan, anak mereka hanya akan menerima pinjaman tidak lebih daripada 50 peratus jumlah keseluruhan pinjaman," katanya dipetik mStar Online.

Menurut laporan itu, pengenalan langkah baru itu menyaksikan pengurangan sebanyak 5 peratus bagi pinjaman di institusi pendidikan tinggi awam dan pengurangan sebanyak 15 peratus di institusi pendidikan swasta.

Jumlah pinjaman keseluruhan bagi kursus diploma di universiti tempatan kini juga dikurangkan daripada RM5,000 kepada RM4,750 sementara pinjaman bagi kursus ijazah pula dikurangkan daripada RM6,500 kepada RM6,180.

Bagi kursus diploma di kolej swasta pula jumlah keseluruhan pinjaman dikurangkan daripada RM8,000 kepada RM6,800. - HARAKAHDAILY

PAS sokong Himpunan Rakyat 7 November

Posted: 04 Nov 2014 10:55 PM PST

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran Himpunan Rakyat di KLCC, 7 November ini bagi membantah dasar kerajaan yang menekan rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memberitahu pemimpin PAS akan turun bersama NGO dan aktivis mahasiswa bagi menjayakan himpunan tersebut.

"Kita akan bersama-sama dengan NGO serta mahasiswa sebagai sokongan kita sebagai membantah dasar kerajaan yang menekan hidup rakyat," katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat pula menyeru agar Pemuda PAS seluruh negara dan anak muda turut hadir bersama menyertai himpunan itu nanti.

"Ia amat penting bagi kita mengekalkan momentun rakyat untuk terus memprotes tindakan kerajaan yang berterusan menindas rakyat serta tidak mempeduli kesusahan rakyat di bawah," jelas beliau.

Dalam pada itu, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) selaku penganjur bersama memaklumkan himpunan tersebut akan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Assyakirin dan kemudian berarak ke KLCC.

Jurucakapnya, Azan Safar berkata setakat ini lebih 30 NGO dan parti politik, antaranya Gamis, PMUM, SAMM, SUARAM, Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Pertubuhan Anak muda Bersama Ulama atau Panglima, Bantah GST dan Pemuda Pakatan Rakyat sudah menyatakan komitmen untuk bersama.

"Himpunan ini memberi fokus kepada protes kenaikan harga minyak, bantah GST dan solidariti buat penduduk Kampung Chubadak Tambahan yang diroboh sebelum ini.

"Kita mengharapkan sokongan padu diberikan seluruh rakyat terhadap himpunan ini sebagai tanda sokongan kita atas keperitan yang dihadapi rakyat," katanya.-HARAKAHDAILY

PAS gesa M'sia kaji semula hubungan dengan Bangladesh

Posted: 04 Nov 2014 10:54 PM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengakji semula hubungan diplomatik dan dagang dengan Bangladesh.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Nawawi berkata, ianya ekoran tindakan terbaru regim negara itu yang menjatuhkan hukum mati ke atas tiga pemimpin Islam dari parti Jamaat Islami minggu lalu yang dilihat lebih kepada tindakan politik.

"PAS menyeru kerajaan Malaysia mengkaji balik hubungan diplomatik dan hubungan dangang dengan Bangladesh ini.

"Tindakan mereka itu turut mendapat kecaman hebat bukan sahaja dari negara Islam tetapi juga dari negara barat, dan badan hak asasi manusia antarabangsa yang melihat hukuman ini lebih bersifat politik dan kejam," kata beliau kepada Harakahdaily.

Minggu lalu, regim Bangladesh melalui Tribunal Jenayah Antarabangsa menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Amir Jamaat Islami Motiur Rahman Nizami, 71 (gambar), Penolong Setiausaha Mohammad Kamaruzzaman, 62, dan Ahli Jawatankuasa Pusat Mir Quasem Ali.

Ketika-tiga mereka yang dibicara secara berasingan, dituduh bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai ketika perang kemerdekaan negara itu pada 1971.

Dalam pada itu, Syed Azman yang juga Adun Adun Batu Burok berkata PAS memandang berat tindakan regim Bangladesh itu lebih-lebih lagi perjalanan prosiding terhadap mereka dibuat secara tidak adil.

Hukuman itu juga ujar Syed Azman tidak membantu untuk mengembalikan keadilan kepada mangsa-mangsa pembunuhan yang terlibat kerana mereka yang dituduh, tidak terlibat pun dengan insiden pembunuhan itu.

"Bagi PAS tindakan kejam dan ini satu lagi siri kejahatan terhadap pemimpin Islam Bangladesh dan kita membantah keras hukuman kejam ini.

"Tindakan menghukum bunuh ini lebih merupakan tindakan politik untuk menghancurkan Jamaat Islami dan menghapuskan terus gerakan ini dari politik Bangladesh," kata beliau lagi.

Menyedari hakikat ini katanya, PAS akan menggerakkan kesedaran di kalangan umah supaya mereka mendapat maklumat tentang kekejaman yang belaku di Bangladesh.

"Kita juga akan menggerakkan kesedaran di negara-negara Timur Tengah dan Asia untuk membantah tindakan kejam ini," katanya.

Sehingga kini lebih 70 peratus pemimpin Jamaat Islami berada dalam penjara di seluruh Bangladesh, sementara yang bebas masih diburu. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: