Selasa, 4 November 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Letih Dan Malu Jadi Pembangkang, Ehhh...Najib Mengata Siapa Ni?

Posted: 04 Nov 2014 02:01 AM PST

shahbudindotcom



Ketika berucap di majlis perasmian Konvensyen UMNO Selangor semalam, Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan berkata, beliau letih dan malu setiap kali BN digelar sebagai pembangkang di negeri itu.

"Saya rasa sangat letih dan memalukan apabila kita dipanggil sebagai pembangkang," katanya lagi.

Tambahnya lagi, UMNO Selangor perlu menerima hakikat bahawa mereka telah kalah dua kali dalam pilihanraya umum dan perlu berani membuat perubahan bagi merampas kembali negeri itu.

Ada yang bertanya, kenapa hanya letih dan malu dengan Selangor saja sedangkan BN juga jadi pembangkang di Pulau Pinang sejak 2008 dan di Kelantan pula sejak 1990 lagi?

Berdasarkan perkembangan semasa, gerak kerja dan struktur kepimpinan UMNO Selangor sekarang ini, memang Najib berhak untuk berasa malu dan letih. Walaupun PR di Selangor pernah bergolak dengan kemelut pertukaran Menteri Besar, pimpinan parti itu dilihat beku dan kaku untuk mengambil peluang dah kesempatan.

Sebab itu, walaupun berdepan krisis dan kemelut, sebaik isu Menteri Besar berakhir, hasil kajian mendapati sokongan rakyat terus meningkat kepada PR. Berdasarkan kajian Umcedel, berbanding Mei lalu di mana sokongan rakyat didapati menjunam kepada 35 peratus, tetapi terakhir ini ia meningkat semula ke paras 43 peratus.

Atas kegagalan merebut peluang dan mengeksploitasi isu, ramai yang beranggapan bahawa selagi Noh Omar menjadi Pengerusi UMNO Selangor, selagi itulah tiada kemajuan dan lompong harapan untuk merampas kembali negeri itu daripada PR. Beliau bukan lagi pemimpin harapan masa depan, tetapi pemimpin yang sudah berlalu.

Yang lain pula berpendapat, bukan sekadar pertukaran kepimpinan harus dilakukan, bahkan UMNO Selangor juga perlu meletakkan sekurang-kurangnya 70 peratus muka baru sebagai calon dalam pilihanraya akan datang dan mereka pula tidak semestinya daripada kalangan yang mengetuai UMNO di peringkat bahagian-bahagian.

Selain meletakkan beban kesalahan kepada UMNO Selangor, kekalahan dalam pilihanraya lalu juga sebenarnya adalah tanda penolakan terhadap Najib sendiri. Ini kerana dalam pilihanraya umum lalu, Najib adalah Pengerusi UMNO Selangor dan beliau sendiri menghabiskan banyak masa mahu menawan kembali negeri itu.

Berbanding pilihanraya 2008 di mana BN Selangor menang sebanyak 20 kerusi, tetapi dalam pilihanraya 2013 lalu kemenangan BN hanya tinggal 12 kerusi saja lagi. Jika ditolak dua kerusi lagi iaitu Kota Damansara dan Semenyih yang dimenangi BN kerana pertindihan calon PR, hakikatnya jumlah sebenar kemenangan BN hanyalah 10 kerusi saja.

Jika di peringkat pusat, BN ditolak oleh 52 peratus undi popular serta kekurangan tujuh kerusi berbanding 2008, di Selangor pula penolakan itu meningkat sebanyak sekali ganda lagi. Dengan komposisi pengundi bandar dan separa bandar menjadi majoriti di Selangor, itulah sebenarnya perlambangan citarasa mereka di seluruh negara tentang UMNO dan BN.

Jika kedudukan di Selangor mahu dijadikan ukuran, ia adalah tanda dan signal penolakan yang sangat jelas, bukan saja kepada UMNO dan BN tetapi lebih ketaranya ialah kepada Najib sendiri.

Najiblah yang memimpin dan mengetuai UMNO Selangor dalam pilihanraya lalu dan ditangan beliaulah parti itu menjadi pembangkang dengan keputusan yang jauh lebih merosot.

Jadi, kalau malu dan letih dengan gelaran BN sebagai pembangkang, Najib hakikatnya lebih wajar "menembak dirinya sendiri" daripada menghalakan muncung senapang kepada pihak lain.

Kiranya beliau sendiri dengan kedudukan sebagai Perdana Menteri pun ditolak dengan lebih parah oleh pengundi Selangor, mengharapkan perubahan dan kejayaan oleh UMNO negeri itu tidak lebih umpama angan-angan kosong saja. Sehingga ini rakyat Selangor gembira dan selesa dengan PR dan Azmin Ali sebagai ketua kerajaan negerinya. 

Najib bukan saja boleh menutup kesalahannya dengan menuding jari kepada pihak lain, bahkan boleh juga terus bermimpin dan berangan-angan untuk menjadi kerajaan di Selangor

Presiden Pas ada kuasa buat keputusan sendiri

Posted: 04 Nov 2014 01:50 AM PST


Laporan muka depan Sinar Harian semalam berkaitan sindiran Guan Eng dipercayai ditujukan kepada Pas. Laporan muka depan Sinar Harian semalam berkaitan sindiran Guan Eng dipercayai ditujukan kepada Pas.
 
 
 
SHAH ALAM - Presiden Pas mempunyai kuasa membuat keputusan berbeza daripada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat mengikut perlembagaan parti itu.

Ahli Majlis Syura Ulama (MSU) Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, ini kerana Presiden Pas juga merupakan ahli kepada MSU, badan tertinggi dalam Pas.

"Jadi sekiranya presiden membuat keputusan, sudah tentu ia dirujuk kepada Majlis Syura, bukan pandangannya sendiri.

"Kalau Jawatankuasa Kerja Pas Pusat buat keputusan, Majlis Syura Ulama boleh keluar dengan keputusan lain. Ini kerana, Majlis Syura Ulama mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat," katanya, semalam ketika ditanya mengenai sindirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkaitan sikap presiden sebuah parti dalam PR yang menolak keputusan jawatankuasa parti itu.

Meskipun Guan Eng tidak menyebut nama parti itu, namun dipercayai ia merujuk kepada Pas berhubung krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

Ketika krisis itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan MSU menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun pencalonan itu telah dipersetujui Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan pimpinan DAP serta PKR.

Dalam pada itu, Mahfodz turut mengingatkan DAP agar tidak mencampuri urusan dalaman parti lain.

"DAP sendiri memiliki badan tertinggi parti yang berbeza. Jadi jangan samakan dengan Pas kerana perlembagaan setiap parti berlainan," katanya,

Beliau berharap tiada lagi isu berbangkit mengenai krisis Menteri Besar Selangor memandangkan ia sudah selesai.

"Sepatutnya benda yang dah berlalu tak perlu diungkit lagi. Kalau ada salah silap, kita kena tolak ansurlah," katanya.

Presiden PAS dirayu hadir mesyuarat pimpinan PR

Posted: 04 Nov 2014 01:47 AM PST

pix for ubah kepada pakatan LUAR PAGE

Roketkini.com


PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dirayu supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat demi memastikan pakatan politik itu boleh benar-benar berfungsi dengan baik.

Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, gesaan tersebut perlu dibuat meski secara terbuka kerana Pakatan Rakyat mesti jujur dan mematuhi komitmen yang telah dibuat kepada parti-parti komponen dan juga rakyat Malaysia.

Katanya semua pihak mesti memenuhi janji dan komitmen masing-masing demi mendapatkan kepercayaan dan mandat daripada rakyat.

"Sekiranya kita tidak boleh menepati janji dan komitmen, bagaimana kita boleh berharap rakyat akan percaya kepada kita," ujarnya ketika berucap di majlis makan malam DAP Petaling Jaya di Dewan Sivik MBPJ semalam.

Beliau membuat gesaan tersebut secara terbuka kepada Presiden PAS tersebut yang sejak berlangsungnya krisis pentadbiran Selangor tampak tidak komunikatif dan membuat keputusan secara bersendirian, membelakangi keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS.

"Setiap kali berlangsung mesyuarat Majlis Pimpinan, wakil-wakil PAS akhirnya kerugian kerana mereka bukanlah yang akan membuat keputusan,"

"Jika itulah sistemnya, beliau mesti menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan supaya sesuatu keputusan boleh dicapai," tambah Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut beliau selagi Presiden PAS itu menjauhi mesyuarat pimpinan Pakatan, adalah sukar bagi Pakatan Rakyat untuk berfungsi memandangkan kesemua keputusan memerlukan konsensus ketiga-tiga parti.

Pakatan Rakyat katanya tidak boleh berfungsi secara bersendirian. Tidak ada parti dominan dalam Pakatan sepertimana Umno dominan di dalam Barisan Nasional.

Ahad lalu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan berkata DAP tidak takut berjuang bersendirian jika perlu, kerana DAP tetap teguh berpegang kepada prinsip yang telah diperjuangkan sejak tahun 1966.

"Apa yang penting, bila kita bercakap perlu 'cakap serupa bikin' dan semua parti perlu ada amalan yang sama," katanya ketika ditemui media selepas Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan. – Roketkini.com

Anwar tidak kemuka saksi alibi sangkal dakwaan

Posted: 04 Nov 2014 01:44 AM PST


liwat anwar
 
 
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengemukakan sebarang bukti alibi bagi menyokong dakwaan kononnya tidak berada di tempat insiden liwat bersama bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Shafee Abdullah dalam hujahannya berkata, walaupun 14 senarai saksi alibi telah difailkan oleh mendiang Karpal Singh pada Mei 2009, tidak seorang pun dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

"Pihak pembelaan hanya memberi alasan bimbang sekiranya saksi yang disenaraikan itu diganggu polis.

"Alasan tersebut mengarut dan tidak kukuh," katanya.

Menurutnya, rakaman litar tertutup CCTV telah membuktikan kehadiran Anwar, 67, disusuli oleh Mohd Saiful Bukhari, 29, di kondominium tersebut.

"Sepatutnya Anwar bertanggungjawab untuk menyangkal kehadirannya di tempat dan waktu berkenaan," katanya.

Mengenai kemerosotan mutu bahan bukti seperti seperti yang dipersoalkan oleh pihak pembelaan, Shafee berkata, hasil ujian air mani menunjukkan ianya sempurna walaupun ahli kimia, Dr Seah Lay Hong tidak menyatakan sampel itu berada dalam keadaan tulen.

Menyentuh isu penemuan DNA ketiga yang tidak dapat dikenal pasti turut ditemui di dalam dubur Mohd Saiful Bukhari, Shafee berkata, ia mungkin milik Dr Mohd Osman Abdul Hamid.

"Kemungkinan Dr Mohd Osman cuai dan secara tidak sengaja tertinggal DNA miliknya di dalam rektum Mohd Saiful Bukhari.

"Bagaimana pun DNA 'Male Y' lebih banyak ditemui berbanding DNA ketiga," katanya.

Selain itu dalam hujahannya, Shafee berkata, saksi pembelaan pakar DNA, Dr Brian McDonald adalah merupakan saksi pakar yang tidak berwibawa kerana tiga keterangannya ditolak mahkamah sejak 2007.

"Mahkamah Australia tidak mengiktiraf Dr Brian sebagai pakar DNA dan keterangannya juga banyak ditolak oleh mahkamah negara itu serta Brunei," katanya.

Shafee selesai menggulung hujahan pada jam 3 petang tadi selepas hujahan pendakwaan bermula Jumaat lalu.

Prosiding rayuan terakhir kes Liwat II didengar di hadapan lima panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

Empat korum hakim lain adalah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdul Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Prosiding ditangguhkan dan akan bersambung pada Khamis dengan hujahan balas pembelaan.

'Sanggup Kurup letak jawatan jika kabinet tak setuju?'

Posted: 04 Nov 2014 01:41 AM PST

MALAYSIAKINI


 


MP PAS hari ini menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup meletakkan jawatan dalam Kabinet jika angggota lain dalamnya tidak bersetuju dengan gesaannya terhadap peguam negara supaya membuka semula siasatan melibatkan ancaman Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Bible.

Dalam sidang medianya di lobi parlimen hari ini, Hanipa berkata bahawa Jemaah Menteri "mesti mempunyai satu pendirian" berhubung kes seperti ini dan Kurup pula mesti membuat "pendirian jelas" berhubung perkara itu.

Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mempersoal tindakan kerajaan menggunakan Pejabat Peguam Negara sebagai "alasan" mempertahankan sikap berdiam diri mereka berhubung isu ini.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mengancam untuk membakar Bible yang mempunyai kalimah Allah di dalamnya tetapi Pejabat Peguam Negara memilih untuk tidak mendakwanya di mahkamah.

Kejatuhan harga minyak, Najib disaran buat pengiraan semula Belanjawan 2015

Posted: 04 Nov 2014 01:37 AM PST

16.03.13-dinner fundraising-lge-malay join dap (11)

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP hari ini menggesa Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak supaya membuat pengiraan semula Belanjawan 2015 ekoran kejatuhan harga minyak mentah dunia.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pengiraan itu perlu dilakukan dan Najib harus menjelaskan kesan negatif kejatuhan kerana Belanjawan 2015 berjumlah RM273.9 bilion amat bergantung kepada hasil minyak.

"Adakah kita memerlukan semakan semula Belanjawan 2015 beserta unjuran defisit fiskal baru pada 3.4 peratus, yang lebih tinggi berbanding unjuran 3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebelum ini, ekoran kejatuhan sehingga 20 peratus minyak mentah?

"Najib mempunyai kewajipan moral dan tugas berkanun untuk sentiasa memberikan maklumat terbaru kepada Parlimen, terutama apabila asas kepada belanjawan tidak lagi tepat," katanya dalam satu kenyataan.

Pada tahun 2013, hasil minyak berjumlah RM63 bilion merangkumi 29.5 peratus daripada jumlah hasil kerajaan, termasuk pendapatan cukai dan royalti berjumlah RM36 bilion serta dividen Petronas sebanyak RM27 bilion.

Menurut anggaran hasil Kerajaan 2015, hasil minyak dikira berdasarkan harga minyak mentah (Tapis) pada USD110 segelen untuk tahun 2014 dan USD105 segelen tahun 2015.

Ahli Parlimen Bagan itu menegaskan, harga minyak mentah telah jatuh pada tahap terendah dalam empat tahun, dengan USD80 ke USD85 segelen pada dua minggu terakhir ini.

Katanya, berdasarkan anggaran yang dibuat The Edge Financial Weekly, kejatuhan setiap USD1 akan menyebabkan kerajaan hilang hasil kira-kira RM650 juta.

"Kejatuhan sebanyak 10 peratus akan meningkatkan defisit fiskal sebanyak 0.2 peratus, walaupun selepas mengambil kira pemotongan subsidi minyak.

"Jelas, anggaran harga minyak pada USD110 segelen untuk tahun 2014 dan USD105 segelen 2015 adalah terlalu optimis dan tidak realistik.

"Dengan kemungkinan harga lebih rendah, ada keperluan untuk pengiraan belanjawan baru ekoran kurangnya hasil minyak," ujarnya.

Beliau menambah, kejatuhan 20 peratus harga minyak mentah turut akan menyebabkan defisit fiskal memburuk sebanyak 0.4 peratus daripada KDNK. -Roketkini.com

Anwar sindir pendakwa raya, mahu serah DNA pada wartawan

Posted: 04 Nov 2014 01:30 AM PST

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamed Azhar & Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
 
PUTRAJAYA: Ketika keluar untuk sesi rehat dari kamar perbicaraan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir pasukan pendakwaan dengan 'menawarkan' DNA beliau kepada pemberita. 
 
Anwar yang terus menerus diasak kerana keengganan memberikan DNA beliau di dalam kamar bicara bertindak sedemikian sebaik sahaja melangkah keluar dari kamar mahkamah.
 
"Dia (pasukan pendakwaan) minta saya punya DNA, saya bagilah. You minta? Ni saya nak bagilah ni," katanya sambil menghulurkan tangan seakan mahu mencabut bulu romanya untuk diserahkan kepada pemberita. 
 
Pasukan pendakwaan pada Isnin lalu memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa profil DNA yang diperolehi daripada tiga barangan yang digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sepadan dengan profil 'Lelaki Y' yang diambil daripada pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Ketua Pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tiga barangan tersebut ialah tuala 'good morning', berus gigi dan botol air mineral yang diperoleh dari lokap ketika Anwar ditahan di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL).
 
Anwar, 67, disabitkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Saiful, iaitu bekas pembantu peribadinya di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
 
Pada 24 April, Anwar memfailkan petisyen rayuan dengan memberi 35 alasan kenapa Mahkamah Persekutuan perlu membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat, sejam sebelum berakhir tempoh yang disyaratkan beliau berbuat demikian.
 
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
 
Anwar diwakili bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, sementara pasukan pendakwa raya diketuai Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Kerajaan akan tetap laksanakan GST- Najib

Posted: 04 Nov 2014 01:27 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan berpatah balik daripada keputusannya untuk melaksanakan struktur percukaian baharu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April tahun depan.
 
"Kita akan teruskan pelaksanaan GST," kata Perdana Menteri berucap merasmikan Persidangan Akauntan Antarabangsa 2014 anjuran Institut Akauntan Malaysia (MIA) di sini sebentar tadi.
 
Najib yang juga Menteri Kewangan sehubungan itu berkata MIA boleh memainkan peranan untuk memastikan 200,000 syarikat yang layak mendaftar untuk GST sebelum akhir tahun ini.
 
Beliau berkata, hingga kini lebih 120,000 syarikat sudah mendaftar untuk GST.
 
 
"Saya harap badan profesional termasuk MIA bersiap sedia menghadapi pelaksanaan GST dengan memberi sokongan penuh kepada ahli mereka," katanya.
 
Persidangan dua hari itu dihadiri lebih 2,000 peserta membabitkan 60 pembentang kertas kerja.

Lagi video buli pelajar asrama jadi viral [TONTON VIDEO]

Posted: 04 Nov 2014 01:26 AM PST

ANTARAPOS.COM


Post Pic



SHAH ALAM: Sebuah video buli ala 'tomoi' memaparkan sekumpulan pelajar membelasah beberapa penghuni asrama menjadi viral di media sosial.

Video berdurasi lebih kurang empat minit itu mengundang kemarahan pengguna media sosial terhadap tindakan ganas seorang pelajar yang memakai singlet hitam daripada kumpulan samseng berkenaan.

Video itu mendapat 208,693 penonton, dan 8,381 orang yang berkongsi di laman sosial Facebook.

Pelajar tersebut dilihat bertindak melampau apabila dia seperti hilang akal memukul beberapa orang pelajar lain.

Dia seolah-seolah sudah hilang pertimbangan dengan membelasah mangsanya yang langsung tidak melawan.

Mangsa-mangsa kumpulan samseng itu hanya membiarkan saja diri mereka dibelasah.

Menurut beberapa komen di media sosial Facebook, kejadian itu dipercayai berlaku di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah.

Namun motif kejadian tidak diketahui.

PAS sahkan akan saman Tengku Adnan

Posted: 04 Nov 2014 01:18 AM PST

MALAYSIAKINI


 


PAS memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Setiausaha Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilapor mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang membawa ajaran sesat.

Keputusan tersebut disahkan oleh Pengerusi Biro Undang-undang PAS Hanipa Maidin yang juga anggota parlimen Sepang hari ini.

Beliau berkata satu surat tuntutan akan dihantar kepada Tengku Adnan minggu ini atau minggu depan, menuntut menteri Wilayah persekutuan itu memohon maaf atas kenyataan yang dibuat.

"Kami akan memberi masa selama 48 jam kepada beliau untuk menarik balik (kenyataan itu) dan memeohon maaf. Saya lihat ucapannya secara terperinci dan beliau sememangnya telah melemparkan tuduhan terhadap kamu," katanya.

Tengku Adnan dilapor membuat dakwaan itu ketika menyampaikan ucapan penutup Multaqa Kebangsaan, Biro Agama Umno di ibu negara, kelmarin dan mendakwa Umno merupakan parti Melayu yang dapat memastikan akidah umat Islam di Malaysia tetap terpelihara.

Pengeluar: Vaksin denggi di pasaran tahun depan

Posted: 04 Nov 2014 01:16 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Vaksin denggi pertama di dunia kini dalam proses pengeluaran, dan akan berada di pasaran pada separuh kedua 2015, menurut Sanofi Pasteur, syarikat multinasional yang memberi tumpuan kepada penghasilan vaksin.
  
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata kajian klinikal peringkat akhir kedua menunjukkan 95.5 peratus perlindungan terhadap demam denggi teruk dan pengurangan risiko kemasukan ke dalam wad sebanyak 80.3 peratus.

Sanofi Pasteur, iaitu bahagian vaksin di Sanofi, mengumumkan keputusan terperinci kajian keberkesanan klinikal Fasa III yang bersejarah itu di Amerika Latin dalam The New England Journal of Medicine.

Pengeluar ubat dari Perancis itu berkata keberkesanan menyeluruh terhadap sebarang simptom demam denggi adalah 60.8 peratus terhadap kanak-kanak dan remaja sembilan hingga 16 tahun yang diberi tiga dos vaksin itu.

Kajian itu dijalankan meliputi lebih 31,000 peserta di 10 negara endemik di Amerika Latin dan Asia, termasuk Malaysia.

Denggi adalah penyakit endemik di lebih 100 negara, mengancam hampir separuh penduduk dunia. Seorang pesakit dimasukkan ke hospital akibat denggi pada setiap
minit.
  
Sanofi mengambil masa sejak 20 tahun lepas untuk membangunkan vaksin yang mendahului bakal pesaingnya selama beberapa tahun.- Bernama

'Warkah akhir untuk saudaraku'

Posted: 04 Nov 2014 01:10 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Berdepan dengan kemungkinan menjalani hukuman penjara sekiranya rayuannya terhadap sabitan kes Liwat 11 di Mahkamah 'Persekutuan menemui kegagalan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis 'warkah akhir' kepada rakyat Malaysia malam tadi.

Berikut adalah 'warkah akhir' Anwar:

Saudaraku, esok 4 November 2014 mungkin kali terakhir kita dapat menjejak tanah yang sama, berbumbung langit yang serupa dan menghirup udara yang tiada beza tanpa hadangan tembok penjara dan tirai besi.

Rejim zalim Barisan Nasional menerusi aparatnya kelihat amat tidak sabar untuk kembali menghumban saya ke penjara.

Esok juga mungkin peluang akhir saya berjabat tangan dan menatap wajah saudara semua.

Saya dan Azizah serta seluruh keluarga ingin memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang kami lakukan sepanjang jalan perjuangan kita.

Kepada sahabat yang setia, terima kasih kerana teguh bersama menegakkan cita-cita Reformasi dan Islah yang kita dokong selama ini. Saya tidak mungkin dapat bertahan begini lama tanpa dokongan dan doa daripada saudara sekalian.

Buat rakan-rakan Pakatan Rakyat, harapan saya agar kerjasama kita dapat diperkukuh demi matlamat menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan.

Untuk anak-anak muda sekalian, masa depan Malaysia di tangan kamu semua. Bangkitlah dengan jiwa merdeka, jangan dilemahkan dengan ugutan penguasa.Kamu penentu masa depan negara.

Walaupun rencana jahat mereka mampu memenjarakan jasad saya, berjanjilah bahawa jiwa dan perjuangan kita tetap bebas dan terus menyusur ke segenap jiwa saudara semua.

Saya tetap optimis, perubahan tetap akan berlaku di bumi tercinta ini. Kita jumpa esok di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Reformasi! Allahuakbar!

Pemuda PAS WP lapor polis isu kenyataan Ku Nan

Posted: 04 Nov 2014 01:06 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilapor mendakwa PAS sebagai parti yang membawa ajaran sesat, dalam satu ucapannya.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin di Balai Polis Dang Wangi Kuala Lumpur kira-kira jam 1.20 petang ini.

Dalam laporan polis itu, beliau menyifatkan kenyataan Tengku Adnan dalam Multaqa Biro Agama Umno kelmarin "bersifat fitnah" dan "boleh mencemarkan nama baik PAS di kalangan ahli dan masyarakat".

"Justeru, kami memohon supaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dapat disiasat motif ucapannya kerana ia begitu sensitif apatah lagi ia bersifat fitnah," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan polis itu juga, Khairil Nizam turut memetik Tengku Adnan yang dilapor sebagai mendakwa PAS sebagai parti yang menyebarkan fitnah dan menyalahgunakan ayat alQuran untuk kepentingan politik.

Keratan dari kenyataan menteri wilayah persekutuan itu turut dilampirkan ketika laporan polis itu dibuat, kata Khairil dalam laporan polis itu.

Turut hadir bersamanya Ketua Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya dan beberapa anggota Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Bercakap dalam sidang media kemudiannya, Azhar mencabar Tengku Adnan untuk berdebat secara terbuka tanpa syarat demi mencari kebenaran.

"Kami mahu mencari kebenaran kerana beliau melontarkan satu tuduhan kesesatan. Sesat ini tuduhan yang berat," katanya sambil menambah pihak tidak redha dengan "tuduhan"  pemimpin Umno itu.

"Maka saya bertanggungjawab untuk melihat makhluk mana yang telah merosakkan PAS, tanpa syarat kami memberi laluan kepada beliau untuk berdebat," katanya lagi.

Shafee: Saiful mangsa, bukan bersubahat

Posted: 04 Nov 2014 01:02 AM PST

MALAYSIAKINI


 

LAPORAN LANGSUNG

 

3.00pm: Shafee berkata Saiful tidak bersubahat kerana pemuda itu adalah mangsa jenayah seks.

"DNA Anwar ditemui di beberapa bahan bukti, maka terdapat sokongan," katanya.

Shafee menamatkan penghujahannya dan berkata rayuan balas akan dijalankan kemudian jika Anwar mendapati Anwar bersalah.

Gopal memohon agar persidangan mahkamah ditangguhkan ke hari lain, dan mencadangkan hari Khamis.

Hakim bersetuju persidangan ditangguhkan dan bersambung hari Khamis.

2.50pm: Shafee berkata Karpal mahu mendapatkan salinan kenyataan beramaran Saiful permohonan itu tidak bermakna Anwar memohon untuk mencabar saksi utama tersebut.

"Gerak hati sahaja tidak memadai. Jelas sekali permohonan Karpal bukan untuk mencabar Saiful tetapi untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful," katanya.

2.40pm: Shafee seterusnya berkata, seluar dalam Saiful berwarna kelabu menyokong hujah tersebut.

Katanya, tiada siapa yang peduli tentang Saiful ketika bekas pembantu Anwar itu bertemu dengan pegawai kanan polis, Mohd Rodwan Mohd Yusof sehinggalah selepas kejadian itu berlaku.

"Ini boleh menjelaskan mengapa Saiful ahanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian itu kerana tiada siapa yang mengambil berat tentang masalah Saiful," katanya.

2.35pm: Shafee merujuk kepada gambar yang menunjukkan Saiful berada di majlis jamuan teh Anwar.

Ketua pembelaan, Gopal Sri Ram dalam hujah sebelum ini mengemukakan bahawa kamera tidak menipu, dan ia menujukkan perilaku Saiful.

Shafee berkata gambar tersebut tidak boleh dikemuka sebagai bukti dan jurugambar tersebut perlu dipanggil.

"Ini bukan bukti dokumentari dan peraturan terguna pakai. Ini bukan dokumentari dengar cakap," katanya.

Shafee berkata Gopal mendakwa Saiful kelihatan normal, namun beliau berpendapat pengadu kelihatan susah hati.

"Maka perkara ini sangat subjektif," katanya.

1.20pm: Seramai 50 penyokong Saiful berhimpun di luar Istana Kehakiman dengan membawa kaid rentang dan poster.

Antaranya, Salahuddin Abdullah, 22, dari Sepang yang memberitahu Malaysiakini bahawa beliau berpendapat, Anwar mencemarkan agama Islam.

"Kita mesti lawan orang yang mencemarkan Islam," katanya.

Sementara itu, seramai 20 orang penyokong Anwar yang berhimpun dekat sekatan polis menimbulkan sedikit kekecohan apabila mereka meminta dibenarkan melepas sekatan.

Kumpulan itu diketuai ketua PKR cabang Kuala Selangor, S Manikavasagam.

1.09pm: Hakim Ariffin mengumumkan mahkamah berhenti rehat dan persidangan akan diteruskan semula pada jam 2.20pm.

12.50pm: Shafee menekankan bahawa kenyataan Anwar daripada kandang tertuduh tidak bernilai kerana tertuduh mengemukakan alasan yang tidak boleh dipertahankan.

Beliau berkata data yang disediakan oleh pendakwaan adalah berdasarkan data daripada analisis ahli kimia.

Peguam yang dilantik kerajaan itu berkata, ia disalin bulat-bulat daripada sumber.

12.40pm: Shafee seterusnya berhenti daripada mengemukakan hujah berdasarkan artikel bahasa Thai.

12.30pm: Shafee mengemukakan hujah bahawa sampel daripada dubur akan tahan lebih lama daripada kawasan peri-anal.

Katanya, ada rekod menunjukkan sampel boleh tahan sehingga 65 jam di kawasan dubur.

"Dalam kes Anwar, sampel berkenaan diambil selepas 56 jam," katanya.

Shafee seterusnya mengemukakan satu tulisan dalam bahasan Thai, dengan rumusan dalam bahasa Inggeris, yang dibantah oleh Ram Karpal.

"Artikel ini sudahpun diteliti oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kita tidak boleh membenarkan satu tulisan dalam bahasa Thai di mahkamah.

"Jika tidak, kita boleh sahaja mengambil satu tulisan dalam bahasa Sepanyol, kata peguam itu.

Hakim Arifin merekodkan bantahan berkenaan.

Shafee seterusnya mengemukakan hujah berdasarkan atikel Thai itu namun disekat oleh Hakim Suriyadi kerana beliau tidak dapat menafsir kandungan artikel berkenaan, walau ia berkaitan dengan kesalahan seksual.

"Kita tidak tahu sekiranya ia dilakukan ke atas seekor ayam," kata hakim tersebut.

Shafee bagaimanapun menegaskan bahawa ia bukan ke atas seekor ayam.

Hakim Suriyadi seterusnya berkata: "Kita tidak tahu sekiranya ia mengenai KFC", yang menyebabkan galeri mahkamah gamat seketika dengan gelak ketawa.

12.07pm: Dalam hujahan mengenai seluar dalam Saiful, yang digunakan semasa pengadu pergi ke HKL, Shafee berkenaan bukti berkenaan bukanlah perkara yang mustahil.

Kesan mani didakwa milik Anwar ditemui di seluar dalam terbabit.

Katanya, perkara itu dipersoalkan oleh pembelaan, dan seterusnya menjelaskan bahawa ia mungkin berlaku kesan daripada Dr Osman yang memasukkan protoskop untuk memeriksa dubur Saiful.

Katanya, ia mungkin cairan yang diambil daripada Saiful oleh doktor HKL, kata pendakwa itu lagi.

11.50am: Beliau seterusnya membincangkan mengenai gambar yang diambil daripada lokap Anwar, yang menunjukkan ubat gigi, berus gigi dan juga tuala yang sudah digunakan.

Katanya, rumusan boleh dibuat bahawa Anwar membuka bungkusan barangan berkenaan, yang diserahkan kepada polis.

Shafee berkata allele 18 yang ditemui di kawasan peri-anal mungkin berasal daripada Dr Osman.

"Allele 18 hanya muncul sekali dan apa yang PW6 katanya bahawa ia adalah permulaan. Permulaan adalah bacaan yang salah," katanya.

11.40am: ‎Dalam hujahnya mengenai allele 18, Shafee berkata Saiful periksa oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid dan tiada bukti bahawa protoskop yang digunuakan itu telah disteril.

"Tiada bukti sama ada Dr Osman memakai sarung tangan memandangkan beliau memeriksa keseluruhan dubur Saiful.

"Ada kemungkinan bahawa DNA Osman tertinggal pada Saiful," katanya.

Shafee berkata ini mungkin menjelaskan menenai pencemaran sampel.

11.32am: Keterangan McDonald ditolak sejak 2007 dan juga dalam dua kes pada 2014, kata Shafee.

Katanya, McDonald akan memberi keterangan mengenai apa saja "di muka bumi".

11.22am: Shafee berkata kaedah digunakan Malaysia setanding dengan Singapura daalam soal ujian DNA.

Katanya, McDonald tidak boleh dipercayai kerana mahkamah Australia juga tidak menerima keterangannya.

"Beliau ditolak oleh banyak mahkamah di Australia dan Brunei," kata Shafee.

11.15am: Shafee membacakan keterangan saksi Dr Brian McDonald bahawa sampel yang ditemui dari dubur Saiful adalah segar.

Katanya, bukan hanya Mahkamah Rayuan, malah pihak Australia juga menyifatkan McDonald sebagai seorang yang bukan pakar.

10.42am: Shafee berkata ekor sperma mungkin akan cair, namin kepalanya tetap utuh.

Ahli kimia berjaya mendapatkan bacaaan daripada kepala sperma dan bacaannya sempurna, katanya.

Shafee dilihat cuba mempertikaikan hujahan Ram Karpal bahawa sampel mesti dalam keadaan segar untuk membolehkannya dalam keadaan tulen.

Hakim Arifin mengarahkan mahkamah berhenti rehat sehingga jam 11 pagi.

10.25am: Shafee mengemukakan hujahan balas mengenai kemerosotan mutu bahan bukti yang dikemukakan.

Katanya, sekiranya bacaan tersebut dapat diperolehi maka ia tidak sepatutnya dipersoalkan.

Pendakwaan seterusnya menambah (ahli kimia) Seah tidak menyatakan bahawa sampel berkenaan dalam keadaan tulen namun bacaannya sempurna.

Katanya, Mahkamah Rayuan juga menangani isu sampel dan ini tidak dipertikaikan.

Beliau memetik kes pembunuhan di Australia, R vs Butler di mana sampel DNA diambil daripada tuala yang ditanaam selama 13 tahun.

"DNA ditemui di tuala di mana mani ditemui. Bacaannya dianggap sepadan dan tertuduh disabitkan dengan kesalahan membunuh," katanya.

Shafee seterusnya memetik sumber artikel di Internet, namun Hakim Arifin mempersoalkan bagaimana mahkamah dapat menilai artikel di Internet.

"Dalam kes saya, bacaannya sempurna".

10.20am: Turut hadir di galeri awam ialah naib presiden PKR, Rafizi Ramli dan ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungib.

Shafee berkata Mahkamah Rayuan menyabitkan Anwar dan sekiranya ketua pembangkang itu berkata sampel mani itu bukan kepunyaannya, maka dia perlu membuat ujian DNA sendiri untuk membuktikan sebaliknya.

10.15am: Dengan mengaitkan contoh kes warga India terbabit, Shafee mengemukakan hujah bahawa kes Anwar bukanlah kes pertama yang didakwa melibatkan konspirasi.

"Bagaimana kita menjelaskan sampel mani Anwar ditemui (di dubur Saiful). Tuduhan yang luas berhubung konspirasi mestilah boleh dipercayai dan logik, dan mahkamah harus menilai perkara ini.

"Pembelaan tidak menjelaskan bahawa mani Anwar berada di situ," kata pendakwa yang dilantik kerajaan itu.

10.05am: Shafee mengemukakan hujah bahawa Anwar mendakwa kes liwat tersebut merupakan fitnah paling besar ke atasnya, namun Anwar tidak menafikan kehadirannya di kondominium tersebut.

Shafee seterusnya menunjukkan rakaman kehadiran Anwar dan Saiful daripada kamera litar tertutup.

"Ini menjadi tanggungjawab Anwar untuk mempertikaikannya (kehadiran di unit kondo).

Memandangkan pembelaan tidak mengemukakan bukti alibi, Shafee berkata ini akan memberi natijah buruk ke atas tertuduh.

10am: Shafee berkata, berdasarkan kes ahli politik di negara India itu, keterangan yang menyokong perlu dibuat ke atas Anwar apabila ketua pembangkang itu gagal memanggil saksi alibi beliau.

"Kami (pendakwaan) membuktikan kehadiran Anwar di unit (kondominium) tersebut," katanya.

Hakim Suriyadi menyoal sama ada tertuduh memberi keterangan dari kandang tertuduh atau sebaliknya dalam kes warga India tersebut.

Shafee berkata ahli politik India tersebut memilih untuk berdiam diri.

Pendakwaan seterusnya mengemukakan dua gambar yang menunjukkan Anwar dan Saiful di unit kondominium tersebut ketika kejadian liwat didakwa berlaku.

9.36am: Shafee selanjutnya memetik pelbagai kes undang-undang di mana "adverse inference" boleh dibuat terhadap Anwar kerana tidak memanggil saksi-saksi pembelaan.

Dia memetik keputusan Mahkamah Agung India berhubung kes seorang ahli politik yang membunuh isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka dan cuba untuk membuang mayat itu dengan membakarnya dalam "tandu".

Ahli politik itu, kata Shafee, memberikan senarai saksi alibi tetapi tiada seorang pun saksi dipanggil untuk membuktikan alibi itu.

Tetapi, katanya, terdapat bukti untuk membuktikan kehadiran ahli politik itu ketika mayat itu dibakar di restoran miliknya.

Shafee berkata, kegagalan untuk memanggil saksi-saksi alibi dianggap sebagai bukti sokongan (corroborative evidence) bebas.

9.30am:Shafee membaca transkrip mahkamah.

Beliau berkata Karpal ketika itu berkata notis alibi telah diberikan.

Shafee berkata, itu tidak kekal kerana tiada seorang pun daripada mereka dipanggil.

Beliau memetik satu kes undang-undang di mana "adverse inference" boleh digunakan berikutan kegagalan pihK pembelaan untuk memanggil saksi alibi itu.

9.22am: Mahkamah mula bersidang dengan dipengerusikan oleh Hakim Arifin.

Shafee menyambung hujahnya mengenai alibi Anwar.

Katanya, 13 saksi dinamakan termasuk Wan Azizah dan pemilik kondominium Hasanuddin.

9.18am: Seorang wartawan asing bertanya kepada Anwar sama ada beliau memakai sut Brioni (pihak pendakwa sebelum itu berkata Anwar memberi Saiful sut Brioni Itali).

Anwar, yang memakai jaket biru gelap, ketawa dan berkata sut beliau murah saja.

Turut kelihatan di dewan mahkamah ialah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Ronnie Liu.

8.57am: Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memasuki dewan mahkamah.
 
Balu mendiang Karpal - Gurmit Kaur - duduk di sebelah Wan Azizah sementara Anwar dilihat berbincang dengan Azmin.

8.50am: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di mahkamah bersama isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Bersama mereka ialah peguambela Gobind Singh Deo.

Turut kelihatan ialah balu mendiang Karpal Singh - Gurmit Kaur - dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Beberapa pemerhati dari kedutaan Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman juga hadir.

8.30am: Kira-kira 200 penyokong Anwar berkumpul di luar Istana Kehakiman di Putrajaya di mana kes rayuan Liwat II akan didengar.

Sudah berada di mahkamah ialah peguam Tan Sri Gopal Sri Ram,
Sangeet Kaur Deo, N Surendran, R Sivarasa, Latheefa Koya dan Eric Paulsen.

Di pihak pendakwa pula, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria sedang bersiap bersedia.

MP PKR Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong memasuki dewan mahkamah.
 
[Berita lanjut menyusul

Dengan pendakwa yang dilantik oleh kerajaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka menyelesaikan penghujahannya hari ini dan pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim pula membuat hujah balas, persoalan terbesar ialah sama ada Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusannya hari ini.
 
Rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dalam kes Liwat 11 dan hukuman penjara ke atasnya memasuki hari keenam yang mendengar penghujahan oleh pihak pendakwa dan pembelaan.
 
Anwar semalam memuji lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang sabar dan memberi penuh perhatian mendengar semua hujah yang dikemukakan oleh peguamnya.

Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh bekas Hakim
Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram (kanan), telah menimbulkan pelbagai isu yang mempersoalkan kredibiliti Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa menjadi mangsa dakwaan liwat itu.
 
Peguam N Surendran berhujah bahawa kes itu adalah satu konspirasi politik, manakala Ram Karpal Singh pula membangkitkan isu berkaitan dengan keputusan DNA.

Peguam Sangeet Kaur Deo pula mempersoalkan cara sampel diambil dari lokap dan mempersoalkan kesahan penangkapan Anwar pada 16 Julai 2008.
 
Shafee pula mempertahankan kredibiliti Saiful sebagai saksi dan meminta mahkamah menerima bahawa dakwaan insiden liwat di Desa Damansara bukanlah yang pertama dan satu-satunya di antara Anwar dan Saiful.
 
Beliau juga memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa walaupun jika penangkapan Anwar menyalahi undang-undang dan cara polis mengambil sampel Anwar dari lokap adalah melalui "tipu daya", namun katanya,  bukti DNA itu masih boleh diterima, dengan memetik satu kes undang-undang Singapura yang diterima di Singapura, Malaysia dan Komanwel.
 
Shafee (kiri) dijangka menyambung hujahnya tentang isu DNA hari
ini, dan selepas itu pasukan pembelaan akan membalas hujah berhubung perkara yang dibangkitkan oleh pihak pendakwa.
 
Oleh itu, persoalan terbesar ialah sama ada panel yang diketuai Hakim Arifin akan mengumumkan keputusannya dengan segera, atau mengumumkannya pada hari yang lain.

Malaysiakini membuat laporan langsung.

PKR: Himpunan mega jika Anwar dipenjara

Posted: 04 Nov 2014 12:57 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Naib presiden PKR, Tian Chua berikrar untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran sekiranya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan Liwat II.

Dalam ucapannnya kepada 500 orang penyokong di luar Istana Kehakiman hari ini, Tian Chua berkata para peserta berkenaan akan digembleng untuk hadir di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.

"Kita akan berhimpun di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini sekiranya Anwar dikenakan hukuman.

"Ia akan menjadi kebangkitan rakyat dan gelombang baru untuk mempertahankan ketua pembangkang," katanya.

Ucapannya itu disambut dengan laungan slogan "reformasi" oleh para penyokong.

Ku Nan dicabar debat, tuduh PAS bawa ajaran sesat

Posted: 03 Nov 2014 04:01 PM PST

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan memandang serius tuduhan yang sangat tidak berasas yang dilemparkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang dilaporkan mendakwa PAS sebuah parti politik yang membawa ajaran sesat.

"Kami amat berharap agar laporan seumpama itu tidak benar memandangkan ianya satu tuduhan yang sangat serius dari sudut agama dan perundangan negara," tegas ketuanya, Ustaz Azhar Yahya kepada Harakahdaily.

Beliau memetik sabda Rasulullah s.a.w:

ومن دعا رجُلًا بالكفرِ أو قالَ :عدو اللَّهِ ، وليسَ كذلِك . إلَّا حارَ عليه
الراوي: أبو ذر الغفاري المحدث: مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: 61

خلاصة حكم المحدث: صحيح

"Barangsiapa yang memanggil (menuduh) seseorang dengan kufur atau dengan gelaran musuh Allah, sedangkan ianya bukanlah seperti yang dituduh maka tuduhan itu akan kembali kepadanya." – Hadis Riwayat Muslim

Beliau menjelaskan, hadis tersebut menjelaskan tentang bahayanya menuduh seseorang dengan tuduhan yang berat khususnya yang berkaitan dengan kesesatan akidah seseorang tanpa bukti apatah lagi dengan niat yang jahat.

"Sekiranya laporan tersebut adalah benar - nauzubillah min zaalik - maka saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan mencabar Ku Nan untuk berdebat tanpa sebarang syarat diletakkan oleh pihak kami," tegasnya lagi. - HARAKAHDAILY

Pemimpin Pas perlu jelaskan dakwaan Teuku Adnan

Posted: 03 Nov 2014 03:56 PM PST



Oleh Mohd Sayuti Omar


Wah.. berat juga Teuku Adnan Mansor godam Pas kali ini dan kita harap kalangan ulama dan ustaz dalam Pas menjawab atau membalas godaman Menteri Wilayah Persekutuan itu. Teuku Adnan telah menuduh Pas sebagai parti ajaran sesat bila mana parti berkenaan telah memesongkan akidah orang ramai.

Katanya, kalau Pas adalah parti Islam, ia adalah parti yang memesongkan pemikiran ummah. Kenyataan Teuku Adnan itu garang dan mengingatkan saya kepada kenyataan yang senada dan seirama dengan apa diucapkan bekas MB Terengganu Ahmad Said.

Disebabkan kelancangan Ahmad Said, kalau tak salah ingatan pihak Pas menyaman Ahmad Said.

Mengenai kenyataan dan dakwaan Adnan itu, apakah kali ini Pas tidak bercadang mengambil tindakan sekeras itu terhadap Teuku Adnan? Alasan kenapa beliau berpendapat begitu kerana Pas antara lain didakwa telah mengajar bahawa sembelihan orang Umno tidak boleh dimakan dan nikah oleh imam Umno tidak sah.

Teuku Adnan juga berhujah dan bertanya berapa banyak Pas membina masjid sebagai menunjukkan parti itu Islam. Pemikiran Adnan sangat dangkal mengenai Islam apabila hanya meletakkan kepada keupayaan Pas membina masjid sebagai ukuran kekuatan Islam. Beliau barang kali terlupa masjid yang gah dan hebat itu tidak bererti kalau ia tidak diimarakkan.

Apakah beliau tidak sedar yang mengimarahkan masjid adalah orang Pas? Di Selangor atau Wilayah Persekutuan cuba buat kajian dan penyenaraian berapa buah masjid yang imam dan khatibnya terdiri orang Kelantan dan Kedah?

Isu dibangitkan Adnan itu sudah lama berlaku dan rasanta ia sudah tidak lagi terjadi kini? Ia adalah anutan sesetengah orang Pas yang ortordoks dan menerima doktrin oleh sesetengah pemimpin yang tidak ada kekuatan minda untuk mempengaruhi orang ramai agar undi Pas dan menggunakan doktrin agama untuk mencari populariti. Tidak sepatut Adnan mengikhtiraf isu sebagai isu Pas kerana ia dibawa oleh individu Pas bukan satu fatwa Pas.

Bagaimana pun para pemimpin Pas perlu menjelas kenyataan Adnan itu. Ia adalah satu fitnah besar terhadap parti Pas dan juga agama Islam. Perkara perlu dilakukan Teuku Adnan perlu diberi pencerahan mengenai isu berkenaan. Golongan yang merasakan mereka fakeh agama dalam Pas kini patut mengambil peranan menjawab kekeliruan dan fitnah dibuat Adnan itu.

Prihatin kepada perkara seperti inilah yang ditimbulkan musuh Pas lebih penting diberikan penekanan daripada bergaduh sesama sendiri dengan lebel melebelkan antara sama lain yang secara tidak langsung telah memberi persepsi kepada umum yang Pas mempunyai berbagai alirah atau pun mazhab.

Tindakan ke atas Adnan itu nanti mungkin bukan saja setakat membalas kenyataan tetapi kalau perlu membawa Adnan ke dalam apa-apa majlis untuk berdebat atau menjawab dakwaan berkenaan yang masih diuungkit oleh para pemumpin Umno agar orang ramai tidak terus terkeliru.

Semua pihak sama ada Pas atau Umno perlu mengelakkan menjadikan isu agama sebagai modal politik yang boleh menimbulkan fitnah kepada Islam kerana ia tidak memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak- detik daily

Pengawal keselamatan maut digilis treler

Posted: 03 Nov 2014 03:51 PM PST

MALAYSIAKINI


Seorang pengawal keselamatan maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terlanggar tebing konkrit longkang sebelum digilis sebuah treler di Jalan Kuantan-Sungai Lembing, di Simpang Tanjung Pasir dekat Kuantan semalam.
  
Abdul Wali Arabi Abd Rahman, 29, dari Kampung Baru Ah Tong, yang membonceng motosikal itu mati di tempat kejadian, manakala penunggangnya, Mohd Hafizan Ismail, 21, dari Kampung Padang Jaya mengalami kecederaan parah.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, DSP Mohd Noor Yusof Ali memberitahu Bernama dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Sungai Lembing hendak membelok ke simpang sebelah kiri jalan menghala ke Bukit Goh.
  
"Di tempat kejadian semasa sedang membelok, motosikal terbabit telah terlanggar tebing konkrit longkang yang berada di simpang kiri jalan itumenyebabkan kedua-dua mangsa tercampak di bawah treler yang berada di hadapannya.
  
"Akibat daripada itu mangsa telah digilis oleh tayar belakang treler tanpa muatan," katanya.
  
Beliau berkata jenazah Abdul Wali dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat, manakala Mohd Hafizan turut dirawat di hospital yang sama.- Bernama

Ribut landa Alor Setar lagi, pokok hempap kereta

Posted: 03 Nov 2014 03:49 PM PST

MALAYSIAKINI


Kejadian ribut yang melanda Kedah terutama di daerah Kota Setar sejak beberapa hari lepas, berterusan semalam mengakibatkan beberapa pokok di sekitar bandar raya ini tumbang dalam kejadian ribut dan hujan lebat.
  
Dalam kejadian kira-kira jam 4.55 petang, sebuah kereta yang diletakkan berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Sultan Badlishah di sini dihempap pokok sebesar pemeluk ketika hujan lebat dalam tempoh kira-kira 15 minit.

Angin kuat mengakibatkan pokok jenis cemara itu tumbang.
  
Kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa kerana pemilik kenderaan itu, Chin Kuen Han, 32, tidak berada di dalam kereta Honda CRV itu kerana masih berada di pejabat yang terletak berdekatan tempat kejadian.
  
Chin berkata beliau menyedari kejadian itu selepas dihubungi rakannya yang melihat kejadian itu dan terus bergegas ke lokasi kejadian.
  
Katanya beliau terperanjat apabila mendapati kereta yang dibelinya empat tahun lalu remuk di bahagian cermin depan, bumbung dan cermin belakang yang menyebabkan kerugian lebih RM5,000.
  
Katanya, pada jam 4 petang lebih, ada kawan menghubunginya dan memberitahu kereta dihempap pokok runtuh.

"Saya datang tengok lepas hujan apa rosak. Nampak bumbung, cermin depan dan belakang pecah. Nasib baik saya di pejabat ketika kejadian," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan 1 Balai Bomba Jalan Raja Ramlan Mohd Aris berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira jam 4.56 petang.
  
"Setibanya di sana, sebuah kereta dihempap pokok besar, namun pemiliknya tiada. Usaha mengeluarkan kereta tersebut dilakukan dan Majlis Bandaraya Alor Setar turut memotong dahan pokok yang tumbang," katanya.- Bernama

Judi haram: OCPD, ketua balai di KL ditukar 24 jam

Posted: 03 Nov 2014 03:47 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Ketua Polis Daerah (OCPD) dan Ketua Balai akan dikenakan tindakan tatatertib atau ditukarkan dalam tempoh 24 jam jika premis perjudian tanpa lesen masih wujud di kawasan mereka.
  
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hoong Soon berkata pada 14 Oktober lepas, beliau mengeluarkan arahan dan memberi tempoh sebulan kepada semua OCPD dan Ketua Balai untuk memastikan tiada lagi aktiviti perjudian tanpa lesen di ibu negara.
  
"Pemantauan bersepadu membabitkan segenap lapisan warga polis Kuala Lumpur akan berterusan dan Ketua Polis Daerah serta Ketua Balai dikehendaki membuat deklarasi bagi memastikan tiada lagi aktiviti mesin perjudian tanpa lesen di kawasan mereka," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata pasukan pemantau dari ibu pejabat termasuk Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard Kontinjen/Bukit Aman akan membuat pemeriksaan di setiap daerah atau balai polis di Kuala Lumpur.
  
"Langkah ini sejajar dengan arahan Ketua Polis Negara pada Isnin lepas agar polis Kuala Lumpur melipatgandakan tindakan serbuan. Hasilnya daripada 105 premis yang diperiksa, hanya enam buah dilaporkan masih beroperasi membabitkan lapan tangkapan, 16 mesin judi dan RM955 telah disita (rampas).
  
"Dalam pemeriksaan malam tadi, semua premis yang menjalankan aktiviti perjudian berinternet telah pun ditutup," katanya.

Sementara itu, katanya sejak 1 Januari lepas sebanyak 20,845 mesin perjudian tanpa lesen dirampas melalui 10,666 serbuan yang dilakukan polis Kuala Lumpur sehingga hari ini.
  
Law berkata daripada serbuan itu, polis turut merampas sejumlah RM193,576 wang tunai hasil aktiviti perjudian haram berkenaan.

"Berbanding sepanjang tahun lepas, sebanyak 7,561 serbuan dijalankan dengan tangkapan 1,304 orang dan 6,905 mesin judi serta RM89,809 wang tunai dirampas," katanya.
  
Pada tahun ini, beliau berkata ia menunjukkan peningkatan melebihi 40 peratus daripada jumlah serbuan, tangkapan dan rampasan yang dilakukan polis Kuala Lumpur berbanding tahun lepas.   
- Bernama

Syed Ali: Hentikan retorik, juarai isu rakyat

Posted: 03 Nov 2014 03:45 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Umno perlu berubah dan menjuarai isu-isu rakyat untuk kekal relevan dalam arena politik tanah air berbanding terus bernostalgia dengan cerita-cerita kejayaan parti, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
  
Beliau berkata lebih tumpuan perlu diberikan kepada pengundi di kawasan bandar memandangkan Umno hampir 'tidak relevan' di situ berbanding luar bandar yang menyaksikan peningkatan sokongan kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13, Mei tahun lepas.
  
Syed Ali berkata Umno perlu berterusan menyentuh kepentingan rakyat jika mahu mendapat sokongan khususnya daripada pengundi Melayu.
  
"Sokongan orang Melayu terutama di kawasan bandar semakin terhakis yang berpunca daripada ketidakupayaan Umno meyakinkan rakyat berhubung dengan pelbagai isu semasa. Barangkali di bandar, sikap pengundi dipengaruhi oleh sogokkan isu politik semasa yang sering dilakukan parti pembangkang, dan gagal pula ditangani oleh Umno secara berkesan.
  
"Ini bermakna kita perlu lebih agresif... dan lebih bersifat terbuka untuk menerima keahlian daripada mereka yang mempunyai latar belakang profesional. Dengan cara itu, barulah Umno boleh diremajakan dan bersemangat, untuk kembali diterima rakyat," katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lepas yang menggesa Umno Selangor supaya berani mengatur strategi baharu dan membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri itu.

Perdana menteri turut menggariskan tiga realiti yang perlu Umno Selangor terima, iaitu kedudukan Umno sebagai pembangkang di Selangor, kedudukan strategik Selangor sebagai pusat sosio-ekonomi yang rancak dan hakikat ia perlu berusaha menawan sokongan pengundi bandar serta pinggir bandar.

Syed Ali, yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras, berkata tidak salah untuk memetik kejayaan Umno dan Barisan Nasional (BN) di masa lampau jika ia mampu menyuntik semangat pemimpin untuk bekerja keras demi kejayaan parti.

"Jika awak bercerita kepada rakyat tentang jasa pemimpin terdahulu contohnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi sekarang apa pula jasa kita kepada rakyat? Tanyalah diri.
  
"Saya bukan nak hina Umno, tetapi saya mahu Umno terus menjadi denyut nadi orang Melayu. Dalam politik ada dua kategori pemimpin, satu yang benar-benar yang mahu berkhidmat demi rakyat dan satu lagi yang cari makan. Nilai di mana diri kita," tegasnya.
  
Justeru, Syed Ali berkata Perhimpunan Agung Umno pada 25 hingga 29 November ini perlu dijadikan medium untuk melonjakkan semula harapan rakyat dan anggota parti, sekaligus memperkukuhkan iltizam bagi memastikan parti terus mendapat sokongan. Bernama

S'gor catat 1,000 kes demam denggi dalam seminggu

Posted: 03 Nov 2014 03:43 PM PST

MALAYSIAKINI


 


Kes demam denggi di Selangor semakin serius apabila mencatatkan sebanyak 1,000 kes dalam tempoh seminggu.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata sehingga Jumaat lepas, sebanyak 42,478 kes demam denggi dilaporkan dengan membabitkan 59 kematian di negeri ini.
  
"Jumlah ini amat besar berbanding pada 2013 yang mencatatkan hanya 23,500 kes denggi dalam tempoh setahun.
  
"Kita tidak tolak kemungkinan keadaan cuaca hujan dan panas yang silih berganti pada masa ini turut memudahkan pembiakan nyamuk Aedes"," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program 'Terjah dan Musnah Aedes' peringkat negeri di Shah Alam semalam.

Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan bekerjasama melakukan pemantauan di kawasan berpontensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes sebagai langkah memerangi demam denggi.

"Saya juga akan turun padang menerjah kawasan kediaman, tapak pembinaan danbeberapa kawasan lain Ahad ini untuk memeriksa lokasi pembiakan Aedes," katanya.
  
Mohamed Azmin turut mengingatkan masyarakat supaya melakukan aktiviti gotong-royong bagi membersihkan persekitaran rumah masing-masing daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.- Bernama

Umno harus bincang Hudud dalam kongresnya

Posted: 03 Nov 2014 03:37 PM PST



Oleh Mohd Sayuti Omar

 
Umno bercadang untuk meminda fasal 3.3 Perlembagaan parti nasional itu bagi memberi pengikhtirafan kepada agama Islam sebagai agama Persekutuan. Perkara ini dinyatakan oleh ahli Majlis Tertinggi nya Jamil Khir Bahrum. Cadangan fasal 3.3 itu akan dikemuka dan dibincangkan terlebih dahulu dengan Naib Presiden Hishamuddin Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Usul dan Jurucakap Perhimpunan Agung Umno 2004.

Cadangan itu memberi maklum baik kepada orang ramai bahawa selama ini Perlembagaan Umno tidak pun mengikhtiraf kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti mana termaktub dalam perlembagaan negara. Sekiranya pindaan itu penting dan perlu macam mana Umno boleh mendabit dada mendakwa ia sebuah parti memperjuangkan Islam.
Tepat dan benarlah dakwaan seterunya Pas yang menganggap Umno adalah parti sekular. Keaplaan dan ketidakpedulian Umno terhadap keutamaan agama ini menjelaskan sejauh mana komitmen Umno kepada agama.

Dalam era orang banyak bercakap soal agama dan excited menjadi agama sebagai modal untuk hidup dan perjuangan langkah Umno itu kena pada masa dan ketikanya.

Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata antara sebab kenapa beliau menentang atau sukar untuk bekerjasama dengan Umno ialah kerana parti itu tidak mengambil Islam sebagai dasar perjuangan. Objektif meminda fasal 3.3 itu sebahagian proses untuk mensyariatkan Umno.


Ahmad Yaakub bawa politik baru.
Apakah sekiranya Umno meminda fasal 3.3 itu yang mengikhtiraf kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, maka Umno boleh dianggap parti agama sama seperti Pas? Mungkin Nik Aziz akan membuat ulasan baru mengenai hal ini sesuai dengan perkembangan baru yang melanda Pas waktu ini.

Sementara itu menurut Jamil Khir pindaan itu juga bagi menegaskan bahawa pegangan umat Islam di negara adalah berfahama Ahli Sunnah Wal Jemaah (ASWJ).

Ertinya mana-mana penganut Islam yang berpergang kepada aliran bukan SSWJ tidak diikhtiraf atau pun termasuk dalam agama Islam Umno. Rasanya penegasan begini kurang elok kerana Umno akan dituduh bergaduh dengan fahaman-fahaman atau aliran lain yang juga tidak bercanggahan dengan akidah.

Bagaimana pun cadangan itu menurut Jamil Khir belum tentu apakah ia akan dibawa dalam perhimpunan agung Umno hujung bulan ini. Setakat hari ini ianya hanya akan dibincang bersama Hishamuddin atau diangkat untuk diperbincangkan sahaja. Cadangan pindaan itu juga bertitik tolak kepada cadangan Mohd Najib Razak yang menyarankan agar pindaan fasal 3.3 Perlembagaan Umno dilakukan. Tampaknya Najib juga sudah ada kesedaran kepada agama yang selama ini diabaikan berdekad oleh bekas presidennya Dr Mahathir Mohamad.

Molek kalau Umno membuat pindaan itu atas semangat dan tujuan memantapkan iltizam dan "jiha" agama. Seharusnya kelompongan ini diperhatikan sejak lama dulu. Ini juga mungkin termasuk sebahagian daripada perubahan atau tranformasi dalam Umno yang dilakukan Najib. Memantap dan memnperluaskan perjuangan agama dalam Umno sesuatu yang didambakan.

Sejajar dengan maksud itu barangkali elok kalau dalam isu agama nanti turut sama memasukan perkara Hudud yang selama ini dilihat sebagai satu aspek (perundangan Islam) yang diabaikan bahkan ditakuti oleh Umno. Dengan adanya perubahan dan keyakinan baru Umno, maka elok hukum syariat itu dibincang panjang lebar dalam Perhimpunan Agung Umno.

Masalah hudud harus diputus atau diambil kira pandangan akar umbi dan ia bukan hak eksklusif pimpinan teratas sahaja. Kesuburan parti itu adalah apabila  ia mendapat timba balas daripada bawah dan bukan sahaja menerima pandangan atau laksanakan resolusi dari atah ke bawah. Umno perlu mengamalkan sikap demokratik dalam menenerima suara dan cadangan ahli.

Masa kini sesuai untuk Umno membebaskan parti berkenaan dari kongan pemikira imprialis dan mengikis tuduhan ia sebuah parti sekular. Apa lagi berkebetulan pula dengan Umno kini sedang bekerjasama dengan kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu. Penubuhan jawataan kuasa teknikal mengenai hudud dianggotai bersama pakar-pakar atau ahli profesional Pas dan Umno membuka era baru dalam "jerumum" politik negara ini.

Hukum hudud tidak lagi menjadi isu buat masa ini apabila Umno mengatakan sokongan mereka kepada Pas yang sudah sekian lama berhajat dan berhajat untuk melaksankannya tetapi belum mampu melaksankannya. Menerusi pendekatan politik baru di Kelantan diperkenalkan MB, Ahmad Yaakub itu, seharusnya diambil kesempatan oleh Umno untuk membawa hal hudud dalam muktamar parti tersebut pada hujung bulan ini.

Umno tidak perlu takut untuk membahas mengenai hukum hudud dan mendapat timba balas daripada ahlinya peringkat akar umbi. Umno perlu menerima hakikat yang hudud adalah suatu kewajiban dan "fardu ain" bagi sebuah kerajaan. Sekrianya Umno obses mengenai perkara ini sudah tentu parti itu akan mendapat sokongan dan keyakinan umat Islam. Kalau Umno membincangkan soal hudud orang ramai khas umat Islam akan lebih yakin kepadanya berbanding dengan Pas kerana Umno kini adalah tunggak kerajaan UBN.

Beranikah Jamil Khir untuk membawa agenda hudud ini untuk dibahas dalam perhimpunan agung Umno? Jamil boleh menjadikan pembentukan jawatankuasa teknikal sebagai titik mula untuk Umno berfikir soal hudud secara bersama tanpa dibumbui sentimen politik-http://msomelayu.blogspot.com