Jumaat, 28 November 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PERKASA kritik Pemuda UMNO

Posted: 28 Nov 2014 03:01 AM PST

 
Naib Ketua Pemuda UMNO sebenarnya tidak sedar bahawa kenyataan yang dikeluarnya menimbulkan kemarahan banyak pihak NGO.

Perkasa-Umno


PETALING JAYA: Tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun yang menggesa Pemuda UMNO supaya jangan 'Swastakan Perjuangan Melayu' terus mendapat kritikan hebat pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Azrul Akmal Saharudin mempersoal tindakan Azwan apabila memperkecilkan keberkesanan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Islam yang berhaluan kanan seperti PERKASA dengan menuduh NGO tersebut sebagai ekstremis dan radikal.

Menurut beliau, sekiranya tuduhan tersebut dibuat pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng mungkin tidak menjadi masalah, lebih menghairankan, apabila seorang pemimpin muda Melayu Islam sanggup menggelar NGO Melayu (PERKASA) sebagai ekstremis dan radikal.

"Kita berjuang ikhlas demi agama, bangsa dan tanah air tercinta tanpa meminta bantuan dari Pemuda UMNO, tetapi inikah balasannya?' katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita.

Sementara itu, Ketua Wira PERKASA Malaysia Irwan Fahmi Ideris berkata beliau mencabar Ketua Pemuda UMNO sendiri yang membuat kenyataan tersebut, kalau betul Khairy hendak memperjuangan Melayu cuba tunjuk apa yang telah mereka buat sehingga hari ini.

"Apa yang mereka tahu hanyalah menyalak didalam dewan setiap tahun, Pemuda UMNO jangan nak tunjuk hero kepada orang kampung sahaja, sehingga kini langsung tiada apa yang diperjuangkan mereka seperti isu kalimah Allah," ujarnya.

Tambah beliau kenyataan tersebut juga diakui sendiri Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa, Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO sebenarnya lesu.

" Jangan sesekali menyentuh hal perjuangan Melayu kalau tidak faham apa itu Melayu, beliau (Azwan Harun) juga lupa dirinya Melayu tetapI mungkin liberal yang bertopengkan Melayu," katanya.

Pada masa sama beliau berkata tindakan sebegitu sebenarnya akan menggugat serta menghancurkan Melayu, apatahlagi akan mengguris hati NGO Melayu.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa Pemuda UMNO khasnya Naib Presidennya supaya tidak hanya menyalahkan orang Melayu dan juga NGO Melayu. Apa yang harus dilakukan adalah menyatukan orang Melayu agar tidak berlakunya perpecahan.

"Saya ingin menyatakan PERKASA amat serius dalam hal ini. Kami akan memastikan tidak ada individu yang boleh memporak-perandakan orang Melayu bagi mempertahankan agama bangsa dan tanah air seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Ucapan dasar Najib kering dengan idea pembaharuan

Posted: 28 Nov 2014 02:48 AM PST

MSO



Pagi ini saya bangkit dan menjenguk mentari dengan rasa penuh "berharap" moga ada sesuatu yang boleh direnungi dan diambil sebagai satu pengajaran daripada ucapan dasar Najib Razak yang dibentangkan pada perhimpunan agung Umno (PAU) ke ke 69 pagi ini. Ucapan dasar ini juga merupakan kali ke enam oleh Najib sebaik beliau menjadi Presiden Umno dan dinantikan dengan doa ia makin matang dan berkualiti.

Najib ambil tindakan tidak popular bagi Malaysia.
Sayang seribu kali sayang, selama hampir satu jam mendengar ucapan Najib menerusi televisyen, tidak ada apa-apa yang menarik diperkatakan Najib yang boleh saya kutik untuk membuat penilaian semula atau meletakkan Umno dilandasan perubahan daripada apa yang ada hari ini. Saya kira akan ada beberapa pembaharuan atau aspirasi merangsangkan yang diunjurkan oleh Najib baik untuk masa depan Umno yang kian defisit kepercayaan, ataupun dalam usaha memartabatkan bangsa Melayu, bahasa Melayu dan juga agama Islam yang menjadi tunjang diperjuangkan parti itu. Tidak ada.

Apa yang ada ialah perulangan seruan Najib yang dibumbui kebimbangan Umno akan lemah dan seterusnya hancur kemudian kehilangan kuasa, dengan membuat seruan agar ahli Umno melakukan perubahan secara drastik dan bangkit memperkasakan parti. Ucapan Najib adalah pertukaran ayat dan baris daripada ucapan-ucapan beliau sebelum ini. Perkataan yang dipopularkan kali ini ialah "solidariti". Najib tidak menggunakan istilah ukhwah.

Manakala perulangan dan gesaan ini menunjukkan pelawaan dan saranan Najib, yang dibumbui ketakutannya selama ini belum tercapai. Bahawa Umno masih lemah dan tidak berganjak daripada budaya klise yang dianutinya kini. Najib memanggil untuk bersolidariti berkali-kali ini bermakna keadaan Umno dan BN dalam keadaan parah.

Dalam komuniti Malaysia khasnya dalam kalangan Melayu, mengharpakan ada pembelaan tegas dalam soal agama, bahasa, budaya, ekonomi, dan sebagainya daripada Najib, namun tidak dilakukan apa-apa olehnya. Ketipisan mengenai bahasa Melayu yang sering dipersoalkan oleh ahli dan pencinta bahasa, tidak disentuh langsung oleh Najib. Apakah kerana dibumbui ketakutan yang maha hebat maka soal-soal seperti bahasa dan budaya itu tidak ternampak lagi oleh Najib?

Kesemarakan terhadap Islam yang berlaku di negera ini, bila mana banyak program-program Islam diadakan, sehingga ke Putrajaya, kononnya untuk membendung kegiatan sekularisme dan liberalisme disebabkan tidak ada ketegasan beragama, Najib tidak pun memberi signal yang Umno mahu mendaulatkan Islam dengan membuka ruang perwakilan memberi input membincang untuk memertabatkan kedudukan Islam. Misalnya dengan cuba berikhtiar bagi melaksanakan perundangan Islam sepenuhnya atau membuka forum kepada perhimpunan membincangkan Hukum Hudud.

Begigu juga ketika generasi muda mengharapkan berlaku perubahan drastik dan penuh berimpaktif dalam Umno, Najib juga gagal memberi harapan dan melakukan perubahan baru yang diharapkan. Misalnya desakan atau keinginan agar orang muda diberi ruang memimpin Umno tidak direspons dengan menyeluruh dan konkrit oleh Najib. Tidak ada ketegasan dari Najib sebagai presiden serta membentangkan bagaimana bentuk untuk memberi jaminan kehendak generasi itu akan dipenuhi. Apa dilakukan Najib sekadar mengatakan beliau tahu aspirasi anak muda.

Kesimpulan ucapan Najib walaupun cuba dipersembahan dengan penuh semangat dan simpatis dengan nada pidato yang entah-entah, ianya gagal diterima dengan baik dan diberi tindakan balas oleh perwakilan. Perwakilan bahkan merasakan mereka disumbat perkara yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Mengajak perwakilan berdiri melaung "Hidup Umno", "Hidup Melayu" adalah slogan klise yang sudah mati, tanpa ada roh lagi.

Sebaliknya dari konteks pemerhati luar yang menanti transformasi yang dibawa Najib beberapa tahun lalu terutamanya dalam memberi kepuasan mengikut kehendak kontenporari awam sebagai satu anjakan politik, Najib seperti berundur ke belakang dan sekaligus daya kepimpinan dan keberaniannya tercabar apabila beliau akur dengan tuntutan ahli Umno agar mempertankan Akta Hasutan 1948 yang bertentangan dengan suara di luar. Najib mengumumkan yang Akta Hasutan 1948 dikekal dalam gelodak di luar sana melakukan kempen untuk menghapuskannya bagi mendapat kebebasan mutlak?

Ketiga-tiga sayap Umno, Pemuda, Wanita dan Puteri dengan dirohi oleh Timbalan Presiden, Muhyiddin Yassin mendesak Najib mengekalkan Akta Hasutan 1948 atas alasan untuk memperkukuhkan beberapa aspek atau mempertahankan perkara yang signifiken dengan kewujudan akta berkenaan.

Sebelum ini Najib bercadang untuk memansuhkan akta berkenaan selepas beberapa akta yang dianggap lapok dan usang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad dan Akta Mesen Cetak dan lain-lain dimansuhkan. Mulanya pemansuhan itu dilihat keterbukaan dan transformasi dilakukan Najib dan disambut baik.

Bagaimana dengan pengakuan Najib hari ini akan mengekalkan Akta Hasutan 1948 (yang kini sedang "mentankedarah" mangsanya), disamping memperkukuhkan lagi dengan memasukan kuasa kononnya untuk menjaga kesucian Islam dan mencegah usaha memisahkan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia menjadikan tindakan Najib itu persis surut ke belakang atau Najib menelan semula liur yang dikatakan hendak diludah.

Kalaupun ucapan dasar Najib kali ini yang boleh diberi pujian, Najib tidak menyerang pemimpin Pakatan Rakyat seperti sebelum ini. Beliau hanya menyinis PKR dan Pas sekali sahaja, manakala DAP langsung tidak disentuh.

Apakah Mashitah ingin lihat artis-artis kita terus hanyut?

Posted: 28 Nov 2014 12:49 AM PST

AHMAD DANIAL


MELAKA: Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka mengecam kenyataan Ketua Wanita Umno Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mempersoalkan tindakan artis-artis Malaysia yang ramai berhijrah mendekatkan diri kepada Allah.

Ketua Penerangannya, Mahani Othman Basir berkata kenyataan Mashitah tersebut sebenarnya mengguris hati dan perasan artis-artis yang berhijrah. (Foto: Aishah dan Abby Abadi dalam satu program di My Harakah Bazaar.)

Ini, ujarnya kerana seolah-olah Umno dan Mashitah tidak setuju dengan tindakan mereka yang memakai tudung, memakai kopiah dan menyampaikan tazkirah dan ceramah dalam program-program yang melibatkan orang ramai.

"Kita sepatutnya menyokong dan memberi galakan kepada mereka kerana tindakan mereka berhijrah adalah sangat baik dan dialu-alukan. Dulunya mereka tidak menutup aurat, lalai, memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan, bila berubah kita pula tidak suka kepada mereka.

"Artis-artis kita yang berhijrah bukannya setakat berubah dari segi pakaian dan tingkah laku tetapi mereka juga menghadiri kelas-kelas agama, usrah dan program-program pendidikan agama bagi mendalami Islam," ujar Mahani.

Mahani berkata apa salahnya mereka menyampaikan tazkirah dan ucapan dalam program ceramah dan forum asalkan tidak mengelirukan orang ramai.

Menurutnya, mereka bukannya menjatuh hukum atau memberi fatwa sebaliknya hanya berkongsi pengalaman dan pandangan dalam ruang lingkup ilmu dan pandangan mereka khususnya berkaitan dunia hiburan.

"Tindakan berhijrah sepatutnya dialu-alukan. Apakah Mashitah ingin terus melihat artis-artis kita terus hanyut dengan dunia lalai dan hedonisme mereka yang tidak terkawal?" soal Mahani.

Beliau berkata Mashitah mesti memohon maaf kepada semua artis-artis yang berhijrah dan mesti memberikan sokongan kepada semua artis yang telah dan akan berhijrah menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Menurutnya, tindakan Mashitah mengecam artis-artis yang berhijrah itu sebenarnya didorong oleh sentimen politik.

Ini, katanya kerana ramai artis yang berhijrah menyatakan sokongan terbuka kepada PAS dan PR malah ramai yang membantu pada Pilihanraya Umum ke-13 lalu. - HARAKAHDAILY

[VIDEO] Akta Hasutan, Najib Mungkir Janji Untuk Raih Populariti Dalam UMNO

Posted: 28 Nov 2014 12:41 AM PST

KELAB GREENBOC



 
Najib kekal Akta Hasutan, kita tetap lawan - Mohd Sabu

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian apabila menegaskan Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan untuk memberi dan melakukan perubahan walaupun beliau telah berjanji dengan rakyat untuk memansuhkan akta tersebut.

"Janji dia sebelum ini hanya untuk melunakkan sahaja, Najib tidak kuat. Tidak ada pendirian. Macam isu ISIS dulu pada awalnya dia sokong, sekarang buat auta, tidak ada pendirian!" tegas Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Beliau juga percaya Akta Hasutan itu gagal dimansuhkan kerana ia satu-satunya akta yang menjadi senjata untuk menyelamatkan Umno.

"Akta untuk Umno semata-mata, bukan untuk rakyat,"
katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS tidak sekali mengalah dan akan tetap melawan akta itu yang sering disalahgunakan oleh Umno BN.

"Kita tetap akan lawan. Kita akan buat gerakan seperti kita gerakan rakyat menentang ISA dan juga Akta Polis sehingga kerajaan beralah dan memansuhkan Akta Hasutan," katanya.

Hari ini, pada Perhimpunan Agung Umno Najib berkata Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.

Presiden Umno itu juga berkata kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Reaksi pendirian itu, membuatkan 2,752 perwakilan berdiri dan bersorak sebagai tanda menyokong keputusan Presiden parti Melayu terbesar di negara ini yang kini dianggotai 3.47 juta orang.

Sebelum ini Najib Tun Razak dilaporkan telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 11 Julai 2012 dan sekali lagi pada 3 Julai 2013. - HD


Najib tidak tunai janji

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, jika melihat kepada rekod terdahulu, Najib telah berjanji beberapa kali menjelang pilihan raya untuk memansuhkan akta tersebut.

"Saya kira rakyat akan melihat watak sebenar Perdana Menteri yang membuat janji hanya untuk meraih sokongan daripada pengundi menjelang pilihan raya. Dan tidak ada keberanian dan kesungguhan untuk melakukan tranformasi yang telah dinyatakan oleh beliau," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Annex Shah Alam hari ini.

Hari ini, Najib mengumumkan akan mengekalkan akta tersebut, malah dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi menguatkan dan memperkukuhkan akta itu.

Presiden Umno itu juga berkata kedua-dua peruntukan khas bertujuan melindungi kesucian Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Mengulas lanjut, Azmin yang merupakan Menteri Besar Selangor berkata, melindungi kesucian Islam bukan dengan menggunakan peruntukan zalim yang tidak mempunyai kebebasan dan moral.

"Islam merupakan agama suci dan murni yang menjamin kebebasan hak individu sebagai insan dan bukan menggunakan akta yang zalim seperti ini untuk mengekang kebebasan rakyat di negara ini," ujarnya.
-FMT

LIHAT VIDEO DI SINI:
VIDEO - 1
VIDEO - 2

Semakan & Kajian Cuepacs Malaysia : Kalangan 1.4 Juta Kakitangan Awam di Malaysia Berisiko Jadi Gelandangan. Setuju?

Posted: 28 Nov 2014 12:36 AM PST




cuepacs malaysia



Semakan & Kajian Cuepacs Malaysia : Kalangan 1.4 Juta Kakitangan Awam di Malaysia Berisiko Jadi Gelandangan. Setuju?Sebelum ini Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan berita berkenaan isu gelandangan di Kuala Lumpur, Malaysia (DI SINI) yang pernah "meletup" sebelum ini.

Terbaru, berdasarkan kenyataan Presiden Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda terdapat tanda-tanda yang mana bilangan dan jumlah gelandangan di Malaysia bakal bertambah pada masa akan datang dan kumpulan tersebut bakal datang daripada kalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Mengejutkan?

Nah…inilah kajian dan semakan yang dilakukan sendiri oleh Cuepacs Malaysia mengenai masalah dan risiko yang membelengu kakitangan awam di Malaysia yang bakal menghumban kalangan kakitagan awam yang tidak mampu berhadapan dengan "keganasan harga rumah yang dilihat tidak berperikemanusiaan". Semuanya gara-gara lonjakan kenaikan harga rumah di Malaysia yang terus melambung tinggi pada ketika ini.

Punca Kakitangan Awam Bakal Menjadi Gelandangan di Malaysia?

 

Datuk Azih Muda mengariskan beberapa faktor yang menyebabkan akan ada kakitangan awam di masa akan datang
  1. Gaji di Malaysia melibatkan ramai kalangan penjawat awam pada masa sekarang ini sudah tidak mampu lagi membeli rumah yang sudah mencapai harga yang sangat tinggi
  2. Cuepacs semakin risau lebih-lebih akan berlaku di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan Penang yang mana pemaju akan hanya lebih gemar untuk membina hartanah bernilai RM1 juta ke atas gara-gara kerajaan menaikkan paras harga hartanah yang dibenarkan warga asing kepada hanya RM1 juta ada ke atas sekaligus
Gelandangan? Ya…benar Berita Semasa pun bersetuju harga rumah di Malaysia sekarang semakin mahal dan mahal dan begitu banyak hartanah yang dijual pada harga yang tidak munasabah dan usaha yang dilakukan oelh pihak kerajaan masih lagi belum cukup menyakinkan. Tetapi untuk mengatakan kakitangan awam bakal memilih menjadi gelandangan di Malaysia berdasarkan masalah di atas, bagi Berita Semasa adalah kurang tepat.
  • Ya…mungkin tidak mampu beli rumah
  • Jika tidak mampu beli rumah pada harga mahal, bukan boleh membeli yang berpatutan walaupun di ceruk bandar
  • Tetapi bukankah masih boleh menyewa?
  • Takkan sampai jadi gelandangan wahai Cuepacs?
  • Samada menjadi gelandanagn atau tidak ia adalah pilihan sendiri bukan?
P/S : Kepada pihak Cuepacs, jikalau kakitangan kerajaan pun boleh berpotensi menjadi gelandangan dek kerana harga rumah pada masa sekarang ini, bagaimana  agaknya nasib pekerja swasta?

Pemimpin Umno yang jual tanah orang Melayu di Pulau Pinang

Posted: 28 Nov 2014 12:31 AM PST

penang_ferry

  Roketkini.com


GEORGE TOWN: Kenyataan perwakilan Umno Pulau Pinang kononnya kerajaan negeri dan DAP membeli tanah di Balik Pulau walau betapa mahal pun harganya untuk menghalau orang Melayu adalah fitnah dan penipuan, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau merujuk ucapan perwakilan Wanita Umno bahagian Batu Kawan, Rohaya Abu Ismail bahawa kerajaan negeri bertindak 'mencekik darah' orang Melayu khususnya melibatkan isu perumahan dan tanah orang Melayu di Balik Pulau, seolah-olah mempunyai 'agenda tersembunyi' untuk menghalau orang Melayu di kawasan itu.

"Ini adalah suatu penipuan kerana DAP tidak membeli walau satu inci pun tanah Balik Pulau. DAP hanya membeli bangunan ibu pejabatnya di Ranggon Road di George Town, kata Guan Eng dalam kenyataannya.

Rohaya menuduh kerajaan negeri cuba menghalau orang Melayu dengan membeli tanah mereka untuk dibina perumahan mahal, dan menempatkan orang Melayu di Seberang Perai mengakibatkan penurunan populasi Melayu di Pulau Pinang daripada 41 peratus menjadi 40 peratus pada tahun 2013.

"Ini adalah tidak benar kerana populasi orang Melayu sebenarnya telah bertambah. Umno sendiri boleh memeriksa data-data Jabatan Statistik Kerajaan Persekutuan.

"Pemimpin Umno yang telah mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah-tanah orang Melayu demi keuntungan, tegas Guan Eng.

Guan Eng mendedahkan pemimpin Umno di Pulau Pinang membeli tanah orang Melayu dan menjualnya kepada pihak ketiga untuk meraih keuntungan segera.

"Ini jelas dapat dilihat dalam pembelian 10 ekar tanah orang Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau pada 31 Januari 2012 untuk RM8.6 juta daripada 31 pemilik tanah Melayu oleh Maison Height Sdn Bhd.

"Tiga setengah bulan kemudian, pada 16 Mei 2012, tanah yang sama dijual demi keuntungan sebanyak RM5 juta pada harga RM13.5 juta kepada pihak ketiga.

"Bukan DAP, tetapi pemimpin-pemimpin Umno yang telah mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah mereka," tegas Guan Eng. – Roketkini.com

Pakatan akan tolak penambahan kerusi jika tidak adil

Posted: 28 Nov 2014 12:26 AM PST

SPR

 Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan akan menolak sebarang penambahan kerusi yang tidak adil oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui persempadanan semula yang dijalankan.

Ia berikutan kembimbangan BERSIH dan Tindak Malaysia sebelum ini tentang kemungkinan Pakatan akan bersetuju dengan penambahan kerusi Parlimen oleh SPR.

"Kami ingin menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang telah dibuat antara Pakatan dengan SPR, " kenyataan Jawatankuasa Persempadanan Semula Pakatan Rakyat dipetik.

"Pakatan tidak boleh menerima mahu pun menolak penambahan kerusi Parlimen sebelum SPR mengemukakan peta pilihanraya yang baru.

"Sebarang penambahan kerusi yang bersifat tidak adil akan kita tolak," kata jawatankuasa itu yang dianggotai Ong Kian Ming (Ahli Parlimen Serdang, DAP), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai, PKR) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai, PAS).

Persempadanan semula yang dijangka dibuat hujung tahun ini menimbulkan kembimbangan bahawa ia akan dibuat untuk memberi kelebihan kepada UMNO-BN pada pilihanraya umum akan datang.

Jawatankuasa itu turut menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa bebas untuk mengendalikan 
persempadanan semula seperti yang diamalkan di United Kingdom, ekoran integriti SPR yang amat diragui.

"Sekurang-kurangnya, SPR perlu libatkan pihak dan pakar pemerhati pilihanraya seperti Merdeka Centre, UMCEDEL dan IDEAS bagi memastikannya adil dan saksama," katanya.

Jawatankuasa itu juga menyokong permintaan Majlis Persempadanan Semula Pakatan Rakyat Pulau Pinang agar SPR bekerjasama dengan mereka secara langsung dalam urusan itu.

"Sebelum ini SPR telah bekerjasama secara dekat dengan UMNO, jadi tiada sebab mengapa mereka enggan bekerjasama dengan Pakatan," katanya lagi. – Roketkini.com

'Tarik undi Cina seperti cucur air di padang pasir'

Posted: 28 Nov 2014 12:24 AM PST

MALAYSIAKINI


 


Perwakilan Perak Datuk Mohd Radzi Manan menegur kepimpinan serta individu berpengaruh dalam Umno yang didakwanya mengutamakan "kapitan Cina" selepas pilihan raya umum lalu.

Katanya, usaha itu tidak akan membuahkan hasil kerana sokongan golongan Cina tidak akan bertambah, katanya lagi.

Oleh itu, pemimpin Umno perlu bertindak mengikut keutamaan dengan meraih sokongan pengundi Melayu dan bukannya memujuk pengundi Cina menyokong Umno.

"Dulu nak undi cari Melayu, tapi lepas pilihan raya umum cari kapitan Cina... Sekarang warlord kita cari kapitan Cina.

"Memujuk pengundi Cina seperti menyiram air ke padang pasir. Cucur banyak mana pun, ia akan menyerap.

"Pengundi Cina tak akan bertambah. Umno mesti balik kepada bangsa sendiri. Mari kita kenal pasti pengundi Melayu bumiputera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden dalam persidangan agung Umno di PWTC pagi ini.

Beliau juga menyeru pemimpin Umno supaya mendampingi semula rakan-rakan dan generasi muda supaya kembali semua ke pangkuan Umno dan mengenalpasti keperluan mereka.

"Mungkin mereka tidak berpuashati dengan cara perbelanjaan negara. Seperti pembinaan Jambatan Pulau Pinang kedua tidak menjadi isu, tetapi BR1M mereka ingat membazir," katanya

Sehubungan itu, Mohd Radzi menggesa semua pihak untuk membantu Pemuda Umno dan Puteri supaya lebih kuat berusaha memenangi hati orang muda.

"Bangunlah Pemuda, bangunlah Pemuda. Kamu buat tak cukup seolah-olah tidak bermaya... Tolong, bantu ketua pemuda dan ketua puteri di peringkat bahagian, mereka perlu dibantu," katanya

S'gor pertimbang bayar gaji ADUN digantung

Posted: 28 Nov 2014 12:21 AM PST

MALAYSIAKINI




 
 
 
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor akan mempertimbangkan pembayaran gaji yang tertunggak kepada tujuh anggota DUN (ADUN) yang pernah digantung tanpa gaji sejak tahun 2005. 
 
Pengerusinya, Hannah Yeoh berkata, ia itu akan dipertimbangkan berdasarkan kes yang dimenangi oleh Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo apabila Mahkamah Persekutuan mengarahkan Parlimen membayar gaji dan imbuhan yang ditahan semasa digantung selama setahun pada 2009. 
 
"Memandangkan kes Gobind Singh di Mahkamah Persekutuan dan beliau telah menang dan mempunyai hak mendapatkan gaji, kita akan menimbang semula kesediaan pihak Dewan Negeri untuk membayar gaji bekas-bekas ADUN yang telah digantung tanpa gaji. 
 
"(Bagaimanapun) kes yang ini, pihak eksekutif bersedia untuk menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan tetapi keputusan ini perlu dibuat oleh legislatif dan bukan eksekutif. 
 
"Oleh sebab itu, menteri besar kata beliau akan memulangkan kes ini pada legislatif untuk dikaji," katanya dalam sidang media di lobi bangunan Annex, Shah Alam. 
 
Selain itu, ADUN Subang Jaya itu berkata, jawatankuasa yang perlu mengkaji perkara ini juga ialah jawatankuasa yang dipengerusikannya dan akan bermesyuarat selepas sidang DUN tamat.
 
"Untuk kes ini, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan buat keputusan dan keputusan akan dibawa pada sidang Dewan pada Mac tahun depan. Dalam sidang bulan Mac, baru akan diketahui sama ada gaji mereka akan dibayar atau tidak," katanya lagi. 
 
Bagaimanapun, katanya, jumlah gaji yang akan diterima sekiranya diluluskan adalah berbeza bagi setiap ADUN. 
 
ADUN yang pernah digantung tanpa gaji di negeri Selangor ialah ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim (18 bulan pada 2005), bekas ADUN Sungai Panjang Datuk Seri Mohamad Khir Toyo (setahun, 2009), bekas ADUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim (enam bulan, 2009), bekas ADUN Seri Serdang Datuk Satim Diman (enam bulan, 2009), bekas ADUN Sabak Datuk Warno Dogol (enam bulan, 2009), bekas ADUN Dengkil Datuk Marsum Paing (enam bulan, 2009) dan bekas ADUN Hulu Bernam Datuk Mohamad Idris Abu Bakar (enam bulan, 2009). 
 
Sementara itu, Hannah yang juga pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) berkata, berhubung pendengaran awam isu pampasan kontroversi lebih RM2 juta kepada kakitangan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau berkata perkara itu juga akan dibincangkan selepas sidang DUN tamat minggu depan. 
 
Katanya, jawatankuasanya perlu bermesyuarat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan sama ada untuk mengadakan pendengaran awam mengenai isu pampasan kontroversi tersebut. 
 
"Isu RM2 juta itu kami mempunyai satu peraturan tetap. Semasa sidang Dewan bersidang, jawatankuasa tak boleh mesyuarat. Jawatankuasa Selcat akan bertemu selepas sidang Dewan. 
 
"Dan keputusan sama ada kami akan menyiasat perkara ini atau tidak akan bergantung kepada jawatankuasa Selcat," ujarnya. 

Negeri-negeri lain patut contohi Selangor bantu usahawan

Posted: 28 Nov 2014 12:15 AM PST

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Negeri-negeri lain patut mencontohi Selangor dengan menjadikan usaha membantu usahawan baru sebagai prioriti dalam belanjawan negeri masing-masing.

Pengerusi Persatuan Usahawan IMPAK Malaysia (IMPAK), Mohd Burhanuddin Othman, peningkatkan peruntukan pinjaman mudah mikrokredit Kerajaan Selangor dari RM70 juta kepada RM100 juta bertepatan bagi melahirkan lebih ramai usahawan baru dan usahawan muda.

B3Lj5YpCUAEz2DoKatanya, pada masa ini, anak-anak muda mula cenderung memulakan perniagaan perniagaan online dan ini merupakan satu perkembangan baik.

"Usahawan baru bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan mereka, malah membuka peluang pendapatan kepada masyarakat setempat," katanya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, IMPAK mahu Kerajaan Selangor supaya proses pemberian pinjaman mikrokredit ini dipermudah dan tidak terikat dengan birokrasi melampau.

"Usaha ini diharap membantu usahawan tidak menjadi seperti perumpamaan 'indah khabar dari rupa'," katanya.EZY

MB : SelangorKini telus, papar berita pembangkang, aduan rakyat & kritikan membina

Posted: 28 Nov 2014 12:13 AM PST

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM : Akhbar rasmi Kerajaan Negeri, Selangor Kini berpegang kepada prinsip media dan profesionalisme kewartawanan apabila memaparkan berita secara telus termasuk dari pihak pembangkang (Barisan Nasional).

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata ia terbukti melalui paparan berita daripada Adun Semenyih bertarikh 7 November dan Adun Kuang pada 14 November.

Cover Selangorkini Disember 1 2014"Selangor Kini diterbitkan bagi menyampaikan dasar dan program Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pencerahan kepada rakyat.

"Berpegang kepada prinsip media dan profesionalisme kewartawanan, Selangor Kini tidak memaparkan berita satu pihak sahaja tetapi termasuk pembangkang yang selalu mengkritik Kerajaan Negeri," katanya sambil disambut dengan ketukan meja oleh Adun lain sebagai sokongan.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Selain itu, Mohamed Azmin berkata rakyat juga boleh menyuarakan masalah setempat malahan mengkritik agensi kerajaan melalui segmen "apa kes" yang menjadi medium aduan rakyat di Selangor Kini.

Katanya pengurusan Menteri Besar Incorporated (MBI) yang baru juga akan diminta untuk melihat usaha penstrukturan Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) yang mengurus akhbar berkenaan.

"Pengurusan MBI yang baru pada awal Disember diminta untuk melihat usaha penstrukturan CCSB bagi menjamin keberkesanan saluran komunikasi termasuk kos pengurusan dan urus tadbir yang baik," katanya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya tidak mempunyai halangan untuk mengkaji penerbitan semula akhbar Selangor Times berdasarkan keperluan dan kos operasi.

Malah katanya, Selangor Indru (akhbar versi Tamil) juga akan dikaji penerbitannya untuk membolehkan akhbar itu diterbitkan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebulan.EZY

Perhimpunan Umno patut bincang punca kekayaan Jho Low

Posted: 28 Nov 2014 12:07 AM PST

umno

  Roketkini.com


GEORGE TOWN: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) seharusnya membahaskan mengapa Jho Low, seorang jutawan muda Malaysia begitu kaya sehingga boleh menderma USD$25 juta kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tidak ada pun perwakilan mempersoalkan tindakan jutawan itu yang tidak memberi perhatian kepada soal kebajikan di negaranya sendiri.

Adakah sikap bisu Perhimpunan Umno ini berikutan anggapan Jho Low adalah kebal kerana kaitannya dengan orang atasan Umno serta syarikat 1MDB yang penuh  kontroversi?, kata Guan Eng dalam satu kenyataan.

Agensi berita Reuters sebelum ini melaporkan Jho Low, jutawan yang menetap di Hong Kong 
memberi sumbangan selama 15 tahun bernilai USD25 juta (RM83.7 juta) kepada PBB untuk memperluas khidmat berita kemanusiaannya, Integrated Regional Information Nerworks (Irin), sebuah yayasan yang berpengkalan di Switzerland.

Dalam masa sama, PAU tidak memberi keutamaan nasib rakyat Malaysia yang menderita akibat kesan kenaikan bersiri harga barangan keperluan asas.

"Pada masa yang sama, Malaysia menjadi sebuah negara penghutang meningkat lebih 100 peratus daripada RM266 bilion di penghujung tahun 2007 kepada RM570 bilion kepada pertengahan Jun 2014,

"Sementara itu hutang isi rumah Malaysia adalah kedua tertinggi di Asia pada kadar 87 peratus berbanding KDNK, menjadikan kos sara hidup satu lagi masalah yang meruncing bagi kumpulan berpendapatan rendah," ujarnya.

Namun Guan Eng, lebih merunsingkan adalah kenyataan bekas Timbalan Menteri Dr Mashitah Ibrahim yang mendakwa kononnya orang Cina di Kuala Kedah telah membakar Al-Quran, sehelai demi sehelai sewaktu satu ritual sembahyang.

Polis dalam satu kenyataan berkata , tindakan itu dilakukan individu kurang siuman yang dihantar untuk pemeriksaan mental. Pun begitu Mashitah masih mendakwa bahawa tindakan membakar Al-Quran ini dilakukan bukan oleh individu tetapi oleh komuniti Cina di sana.

"Ini dakwaan yang sangat berbahaya dan mesti disiasat secara menyeluruh. Jika benar, tindakan tegas mesti diambil terhadap pelaku.

"Tetapi sekiranya ini tidak benar, Dr Mashitah wajar didakwa di mahkamah kerana membangkitkan isu palsu yang boleh mengakibatkan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian agama.

Tegas Guan Eng, dakwaan liar sebegini tidak menghiburkan, malah merbahaya kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. – Roketkini.com

Subsidi hapus, lepas ini apa pula?

Posted: 27 Nov 2014 08:55 PM PST




Oleh:HAMBALI AKRAM


SELEPAS puas berpencak silat, akhirnya subsidi petrol dihapuskan dan bermula 1 Disember 2014. Harga bahan bakar ini akan mengikut harga semasa dunia. Begitulah khabarnya kepada kami rakyat Malaysia yang tidak berapa faham sangat tentang permainan harga minyak ini.

Bagi rakyat seperti saya, yang lebih penting ialah harga bahan bakar ini mestilah tidak membebankan kehidupan rakyat secara keseluruhannya, tidak kira ada subsidi atau tidak

Bahkan selama berpuluh-puluh tahun, rakyat diulit ceritera tentang keperluan harga minyak dinaikkan – dengan alasan itu dan ini. Daripada alasan yang cerdik kepada alasan yang paling bangang.

Sebagai rakyat, yang kami maklum bahawa setiap kenaikan harga minyak atau yang cuba dilunakkan dengan ungkapan pengurangan subsidi – ialah akan berlaku rantaian kenaikan harga barangan lain. Maklumlah, semuanya ada kaitan dengan harga bahan mentah ini. Daripada sekecil-kecil mancis hingga sebuah banglo.

Selepas subsidi yang dikatakan berjumlah bilion ringgit ini dihapuskan, saya ingin tahu ke manakah duit itu akan diagihkan selepas tidak lagi digunakan untuk rakyat. Adakah akan diagihkan sesama pak menteri? Adakah dikembalikan kepada rakyat seperti rumah untuk rakyat miskin? Atau bagaimana?

Yang membimbangkan saya ialah, subsidi tiada dan duit itu juga lesap entah ke mana. Masihkah rakyat ingat ketika Pak Lah menjadi perdana menteri dan menaikkan harga minyak dengan alasan untuk digunakan meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam. Sehingga sekarang sistem pengangkutan awam tidak banyak berubah dan duit itu juga hilang dibawa angin!

Kini, tidak mustahil perkara yang sama berlaku pada zaman Pak Lah akan berulang pada zaman Pak jib.

Selepas penghapusan subsidi petrol dan diesel ditarik balik, rakyat akan berhadapan pula dengan pelaksanaan penuh Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan.

Khabarnya, semua yang dilaksanakan itu demi kebaikan rakyat terbanyak. Selepas ini, apa pula yang ditarik daripada rakyat? Sama-sama kita tunggu dan lihat

Jumlah mangsa banjir di Teluk Intan meningkat 350 orang

Posted: 27 Nov 2014 08:45 PM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
IPOH: Jumlah mangsa banjir di Changkat Jong dekat Teluk Intan di sini, meningkat kepada 350 orang setakat pagi ini berbanding 327 orang malam tadi.
 
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata sebuah lagi pusat pemindahan banjir dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Degong yang menempatkan 23 mangsa banjir manakala di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong kekal 327 orang.
 
"Kita dapati air Sungai Bidor di Kampung Degong melimpah dan mengakibatkan banjir di kawasan itu. Cuaca pagi ini tidak hujan dan paras air sungai mencecah 28.7 meter," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
 
Mohd Fazly berkata mangsa banjir di dewan itu melibatkan sembilan keluarga terdiri daripada lelaki dewasa sebanyak empat orang manakala perempuan dewasa (10), kanak-kanak lelaki (tujuh) dan kanak-kanak perempuan (dua).
 
Katanya mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong tidak dibenarkan pulang ekoran paras air sungai masih mencecah 3.54 meter.
 
"Kesemua mangsa melibatkan 97 keluarga terdiri daripada 66 lelaki dewasa, wanita dewasa (82), kanak-kanak lelaki (64), kanak-kanak perempuan (51), lelaki warga emas (17), perempuan warga emas (19), bayi lelaki (18) dan bayi perempuan (10)," katanya.
 
Penduduk yang terjejas dari empat kawasan penempatan di Lorong Mesra di Batu 7, Lorong Kedah di Batu 8, Lorong di Batu 11 dan Kampung Batu 9, katanya.
 
Banjir itu adalah yang kedua melanda kawasan Changkat Jong dalam tempoh dua minggu selepas ban Sungai Bidor pecah akibat hujan lebat dan air melimpah ke kawasan penempatan.
 
Dalam banjir pertama pada 14 Nov lepas, sebanyak 56 mangsa banjir dari Lorong Mesra dipindahkan.

Hanya MAS bayar pampasan kepada waris mangsa MH370 setakat ini

Posted: 27 Nov 2014 08:43 PM PST

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Hanya Malaysia Airlines (MAS) yang akan membayar pampasan kepada keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lepas, setakat ini.
 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jumlah pampasan yang akan dibayar kepada keluarga mangsa dinilai berdasarkan Montreal Convention 1999 dan pembuktian kerugian yang ditanggung setiap penumpang.
 
"Namun, MAS menawarkan wang pendahuluan pampasan berjumlah US$50,000 sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap waris dan keluarga penumpang selepas kesemua dokumen sokongan yang diperlukan dikemukakan oleh waris dan keluarga penumpang," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat Khamis.
 
Beliau menjawab soalan Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) yang meminta Liow menjelaskan sama ada kerajaan atau MAS ada membayar apa-apa pampasan kepada keluarga mangsa MH370, dan berapa jumlahnya.
 
Liow berkata sebanyak RM32.6 juta dibelanjakan kerajaan setakat ini bagi menampung kos operasi mencari dan menyelamat susulan kehilangan pesawat Boeing 777 itu.
 
Pesawat MH370 dengan 227 penumpang serta 12 anak kapal dalam perjalanan ke Beijing apabila ia hilang kira-kira sejam selepas memulakan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lepas.

Isu Masalah Brain Drain di Malaysia. Rakyat Malaysia Kerja Luar Negara Kirim (RM4.25 Billion), Warga Asing di Malaysia Kirim Keluar RM24.26 billion!

Posted: 27 Nov 2014 08:39 PM PST




Kerja Luar Negara



Isu Masalah Brain Drain di Malaysia. Rakyat Malaysia Kerja Luar Negara Kirim (RM4.25 Billion), Warga Asing di Malaysia Kirim Keluar RM24.26 billion! Nampaknya masalah Brain Drain di Malaysia masih lagi tidak berkesudahan dan menemui jalan buntu. TalentCorp yang ditugaskan bermula tahun 2011 untuk menarik balik kalangan tenaga mahir yang sedang berkelana di luar negara masih lagi belum mampu membuktikan kesungguhan mereka untuk membawa mereka pulang.

Jumlah yang pulang berbakti kepada Malaysia, masih lagi kecil. Jadi apa punca sebenarnya masalah dan isu Brain Drain di Malaysia ini? Apakah alasan dan faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk meneruskan kehidupan di negara lain? Adakah mereka mendapat kehidupan yang lebih baik sepertimana yang diinginkan mereka?

Jikalau kalangan tenaga buruh dari Nepal, Sri Lanka, Bangladesh, Indonesia berpusu-pusu sehingga sanggup bertarung nyawa untuk sampai ke bumi Malaysia tidak kira melalui jalan "halal" ataupun "jalan haram" atau laluan tikus, lain pula yang berlaku seorang demi seorang tenaga mahir di Malaysia mula angkat kaki untuk meninggalkan di Malaysia.
  1. Berdasarkan angka terakhir yang direkodkan seramai 1 juta rakyat Malaysia telah kerja di luar negara.
  2. Manakala lambakan warga asing yang bekerja di Malaysia telah menjangkau ke angka 2 juta orang.
Dan, baru-baru ini satu perbincangan meja bulat dikalangan tokoh pemikir telah mendapat satu kata putus yang boleh Berita Semasa agak menarik untuk dikongsikan bersama anda di sini yang mana telah dianjurkan sendiri oleh Pusat Penyelidikan Masyarakat Cina di Malaysia, Universiti Malaya.

Faktor Brain Drain di Malaysia. Mengapa Ramai Hidup & Kerja di Luara Negara?

 

KLIK SINI : Ranking Sistem Pendidikan di Malaysia (PISA) : 
Kedua Tercorot Di Asia Tenggara. Punca? Salah Pelajar & Guru!

Pendapatan bersih yang lebih tinggi. Sekali lagi…pendapatan bersih! Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh tokoh akademik di Malaysia, 66% hidup dan kerja di luar negara kerana mahu mendapatkan pendapatan dan gaji yang lebih setimpal dengan kepakaran hasil kerja yang diberikan mereka berbanding bertugas di Malaysia

Walaubagaimanapun timbul pula persoalan, adakah dengan kenaikan gaji dan pendapat mereka terima apabila kerja di luar negara sepadan dengan dengan kos sara hidup dan cukai pendapatan di luar negara sana?

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh CEO dan Ketua Ekonomi Penang Institute, Dr Lim Kim Hwa yang juga merupakan bekas felo dalam Kewangan dan Laporan Kewangan Universiti Cambridge mengatakan :
  • Daripada 15 buah negara menjadi pilihan rakyat Malaysia, Singapura, Australia, United Kingdom dan Kanada merupakan negara yang sering menjadi pilihan utama rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk berhijrah
  • Rakyat malaysia yang berkerja di luar negara dan mendapat hak kerakyatan tetap berpotensi tinggi mendapat gaji dan pendapatan yang lebih tinggi dengan syarat, sekiranya mereka bekerja dalam kerjaya yang sama berbanding apabila kerja di Malaysia
  • Contohnya, rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi akan mendapat purata gaji dan pendapatan RM140,971 di China berbanding di Malaysia, selepas dikirakan sekali termasuk cukai-cukai yang dikenakan ke tas mereka
  • Doktor gigi di Malaysia yang telah mendapat pendapatan tahunan sebanyak RM151,953 (berdasarkan bayaran gaji bulanan sebanyak RM18,000 sebulan)
  • Doktor gigi dari Malaysia yang bekerja di China doktor gigi ini boleh menikmati gaji dan pendapatan tahunan sejumlah boleh menjana pendapatan sebanyak RM292,924 setahun
  • Doktor gigi dari Malaysia yang berkerja di Singapura akan menerima sekurang-kurangnya, tambahan RM107,204,18 berbanding di Malaysia.
Oleh itu secara keseluruhannya, mereka-mereka yang kerja di luar negara dianggarkan menikmati pendapatan tambahan sebanyak US$5.89 billion (RM19.71 billion) setahun.

Jadi, apa kunci utamanya? Tawaran kenaikan gaji dan pendapatan serta insentif yang kuat untuk mereka berhijrah dan kerja di luar negara.

brain drain
  1. Tenaga berkemahiran tinggi lari ke luar negara mengirimkan wang kepada keluarga di Malaysia, adalah satu yang positif kepada ekonomi tempatan
  2. Jutaan warga asing (majoriti berkemahiran rendah) berpusu-pusu masuk dan kerja di Malaysia, mengirimkan wang kepada keluarga mereka di luar sana adalah snagat tidak baik kepada ekonomi Malaysia
  3. Hakikatnya hari ini untuk Malaysia, aliran keluar jauh melebihi aliran masuk
Pada tahun 2012, 95% daripada 2 juta pekerja asing adalah berkemahiran rendah. Berdasarkan semakan Berita Semasa kepada laporan Bank Dunia menganggarkan pada tahun 2012 sahaja, rakyat Malaysia yang bekerja di luar Negara mengirimkan US$1.27 billion (RM4.25billion) tetapi untuk pekerja asing di Negara kita telah mengirimkan US$7.25 billion (RM24.26 billion) kepada negara mereka. Dari segi pengiriman wang, Malaysia mengalami aliran keluar yang bersih iaitu US$5.89 billion ( RM20.1 billion)

Bagus atau tidak kepada ekonomi Malaysia? Itu untuk tahun 2012, bagaimana pula untuk tahun 2014?
  • Malaysia hari ini bukan sahaja kehilangan rakyat yang berkemahiran tinggi
  • Tetapi Malaysia juga telah menggantikan pekerja asing yang berkemahiran rendah untuk berkhidmat di atas bumi Malaysia kita yang hanya menyumbang sedikit dalam ekonomi Negara
BACA SINI : Ex CEO Petronas Tan Sri Hassan Marican Kini di Singapura
 
P/S : Kita telah campak jauh Tan Sri Hassan Marican bekas CEO Petronas tetapi Singapura telah kutip figura korporat ini utnuk diangkat menjadi pengarah di syarikat- syarikat berkaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.

Kekal Akta Hasutan MIC tidak diberitahu

Posted: 27 Nov 2014 08:36 PM PST

 
S.Subramaniam: Tidak ingat sama ada isu untuk kekalkan Akta Hasutan pernah dibincang dengan parti komponen BN .


Dr.S.SubramaniamKUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC Datuk Dr.S.Subramaniam berkata keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948 tidak pernah dibincangkan dengan MIC.

Katanya, beliau tidak ingat sama ada pernah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu bersama parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain ataupun tidak.

Bagaimanapun, beliau percaya tindakan Perdana Menteri membuat keputusan tersebut adalah tepat demi memelihara perpaduan serta mempertimbangkan isu-isu sensitif yang menjadi pertikaian banyak pihak jika akta tersebut dihapuskan.

"Tetapi beliau (Najib) juga menjelaskan akan mengkaji beberapa elemen dan memperketatkan bahagian yang perlu diliberalkan isu politik dan pemikiran yang dikemukakan secara sihat.

"Kita akan membincangkannya kemudian di peringkat Kabinet dan sesama kami untuk memberi pendapat dan pandangan walaupun ia tidak akan membawa sebarang perubahan," katanya di lobi Parlimen ketika ditemui pemberita semalam.

Pemimpin UMNO tidak asli, suka berlakon

Posted: 27 Nov 2014 08:35 PM PST

 
Pemimpin kita pula, jika ada pilihan raya kecil baru nak turun, berlakon menjadi penoreh getah, nelayan atau penjual ikan di pasar. Keaslian dalam pimpinan itu tidak ada

Permatang Pauh Umno division chairman Mohd Zaidi Mohd Said


KUALA LUMPUR: Wakil Pulau Pinang, Datuk Mohd Zaidi Said hari ini mencetuskan tamparan tepat dan kuat kepada barisan pemimpin UMNO apabila secara terbuka berkata, " Keaslian dalam pimpinan itu tidak ada."

Lebih keras lagi apabila beliau menyifatkan para pemimpin parti "suka berlakon" sehingga membawa kepada kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Tegasnya, rakyat dan pengundi hari ini sudah bijak menilai ciri kepimpinan dan tidak suka pemimpin yang berlakon dan menipu rakyat.

Sehubungan itu beliau mencadangkan, para pemimpin melihat karisma yang ada pada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra dengan panggilan Jokowi.

"Jokowi walaupun tiada rupa, pakaian biasa-biasa, namun keaslian yang ditonjolkan menarik minat dan mendapat sokongan daripada rakyat Indonesia. Beliau hanya bermula sebagai gabenor dan menjadi Presiden dalam waktu yang singkat.

"Pemimpin kita pula, jika ada pilihan raya kecil baru nak turun, berlakon menjadi penoreh getah, nelayan atau penjual ikan di pasar. Keaslian dalam pimpinan itu tidak ada," katanya semasa membahas ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agong UMNO 2014.

Sebaliknya Zaidi mendakwa, Pakatan Rakyat (PR) dilihat kuat hanya kerana berusaha menunjukkan perbuatan yang tidak betul dalam kerajaan Barisan Nasional sedangkan ujanya, "Di dalam perjuangan PR tidak pernah menjanjikan apa-apa seperti yang dibuat oleh BN."

"Siapa lagi yang hendak kita harapkan untuk memperjuangkan orang Melayu. Hanya UMNO sahaja kita boleh harapkan. Lihat DAP, suruh menyanyi lagu negaraku di pangung wayang pon dipertikai. Bagaimana nak suruh mereka perjuangkan negara," ujarnya.

Dakwah artis: Aishah kecewa sikap golongan berilmu agama

Posted: 27 Nov 2014 06:49 PM PST

SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: "Kami bukan cerita bidang hukum hakam, kami cerita pengalaman kami untuk dijadikan iktibar," demikian luah bekas penyanyi 'Janji Manismu' Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah.

Beliau yang kini sebagai Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan & Rekreasi Muslimat PAS Pusat mengakui malu untuk menceritakan kejahilan di masa lepas namun sekiranya perjalanan hidup itu menjadi insipirasi menuju kepada kebesaran Allah ia harus disampaikan.

Tambahnya, artis mempunyai peminatnya tersendiri dan mungkin ada sesetengah mereka tidak mempeduli kata-kata dan nasihat ustazah.

"Jangan kecam niat baik kami, sama-samalah didik kami. Dakwah tanggungjawab kita bersama," katanya sebagaimana dipetik di laman Facebooknya.

Bagaimanapun beliau melahirkan rasa kecewa apabila ada mereka yang berilmu agama tinggi pula menyelar kegiatan dakwah artis-artis yang berhijrah ini.

Semalam, perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dengan lantang mempertikaikan kewujudan artis yang berhijrah menjadi ustaz dan ustazah ekspres terutama yang berada dalam PAS.

"Seperti penyanyi dan rokers menjadi ustaz, artis pakai tudung dipanggil ustazah. Kewujudan ramai ustaz ekspres dan ustazah jadian yang asal pelakon penyanyi dan rokers masuk PAS, celaru keadaan," kata Mashitah ketika berucap pada persidangan Wanita Umno. - HARAKAHDAILY

Kutipan zakat masih belum cukup

Posted: 27 Nov 2014 04:02 PM PST


Sani Harun
 
 
BARU-BARU ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan bahawa kutipan zakat pada 2013 meningkat mencecah RM2.2 bilion, namun ia masih tidak mencukupi untuk menampung penerima zakat yang semakin ramai.

Bagi mendapatkan jawapan terperinci, Sinar Harian mendapatkan penjelasan daripada Ketua Bahagian Korporat, Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK), Sani Harun.


Jadi pada pandangan saudara mengenainya. Adakah zakat masih tidak mencukupi?

Apa yang kita ketahui, masih ramai penduduk Islam di Kedah yang tidak mengeluarkan zakat dan jumlah itu sepatutnya lebih tinggi berbanding sekarang. Asnaf kita semakin bertambah manakala kutipan zakat masih berada pada paras sederhana.


Berapakah jumlah kutipan dan agihan zakat di JZNK pada dua tahun kebelakangan ini?

Setiap tahun jumlah kutipan zakat di JZNK meningkat sepertimana kutipan zakat pada tahun sebelumnya terutamanya dari aspek zakat perniagaan, zakat padi dan zakat pendapatan di mana kita telah mewajibkan setiap kakitangan kerajaan membuat potongan zakat melalui gaji.

Pada 2013 sahaja, jumlah kutipan RM123,098,353 berjaya dikutip berbanding 2012 sebanyak RM105,800,470 manakala agihan pada 2013, sejumlah RM105,877,077 diagihkan kepada kelapan-lapan asnaf berbanding 2012 di mana sebanyak RM99,705,474 diagihkan.


Sebelum ini, kita dikejutkan dengan isu segelintir masyarakat Islam meminta bantuan kepada pihak gereja berikutan tidak mendapat sebarang bantuan daripada pihak zakat mahupun agensi kerajaan. Adakah ini benar?

Pihak kami telah membuktikan mereka itu merupakan penerima bantuan zakat tahunan sebanyak RM600. Kes ini dilihat sebagai satu faktor yang boleh mencalarkan imej JZNK sedangkan mereka penerima bantuan zakat. Kami tidak mengabaikan setiap asnaf di Kedah.

Oleh itu setiap penerima bantuan zakat tidak terikat, malah boleh menerima lebih dari satu bantuan tertakluk kepada syarat semasa yang dikeluarkan JZNK.


Pernah orang menyatakan, sekali mendapat bantuan zakat, bantuan tersebut akan terus diterima sehinggalah akhir hayat mereka. Adakah benar kenyataan ini?

Memang tidak dinafikan bahawa pihak institusi zakat seperti JZNK sering berdepan dengan isu-isu ini. Zakat merupakan komponen penting yang dianjurkan oleh Islam untuk membela fakir dan miskin. Namun begitu, zakat adalah satu mata rantai dalam keseluruhan sistem Islam yang kita kenal sebagai syariat.

Seperti hadis Nabi Muhammad SAW; 'Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta, sesungguhnya kekayaan itu adalah kekayaan jiwa' (Muttafaqun'alaih). Hari ini, perkara ini menjadi antara cabaran utama dalam melaksanakan agihan zakat yakni merubah persepsi dan kefahaman umum Islam.

Bantuan zakat merupakan bantuan bersifat sementara pemangkin yang menjadi asas kepada mereka untuk terus maju, keluar daripada kepompong asnaf. Asnaf zakat tidak wajar mendambakan bantuan zakat sepanjang hayat mereka tanpa berusaha untuk keluar dari kesusahan dialami.


Ramai yang mempersoalkan golongan berada turut mendapat bantuan zakat sama ada berbentuk bantuan biasiswa mahupun sekali gus.

Kita mempunyai lapan asnaf di mana salah satunya asnaf yang berada di bawah Fisabilillah iaitu berjuang di jalan ALLAH. Pada hari ini, tafsiran berjuang di jalan ALLAH itu bukan sahaja merujuk kepada mereka yang berjihad dan berperang misalnya tetapi mereka yang menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi di dalam negara mahupun luar negara.

Pelajar ini yang dikategorikan sebagai asnaf fisabilillah bukannya ibu bapa mereka. Nabi Muhammad SAW juga ada membuat pengecualian, bahawa zakat masih boleh diberikan kepada orang kaya jika mereka memerlukan zakat, sesuai dengan keadaan diri mereka.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad dapat dijadikan sandaran yang mafhumnya; 'Zakat tidak dihalalkan bagi orang kaya kecuali lima golongan ini iaitu satu amil; dua orang yang memberi zakat dengan hartanya sendiri yakni mualaf; tiga orang yang ikut berperang di jalan ALLAH SWT; empat orang yang berhutang dan lima orang miskin yang menerima zakat daripada seorang kaya.


Bolehkah nyatakan jenis bantuan zakat yang diagihkan oleh JZNK dan jumlah penerima sehingga hari ini?

JZNK mempunyai 63 jenis bantuan di mana asnaf fakir mempunyai enam skim bantuan iaitu kewangan fakir bulanan, makanan fakir bulanan, pusat penempatan warga tua, binaan pusat warga tua serta lain-lain bantuan fakir (luar jangka) manakala bagi asnaf miskin pula, 23 skim bantuan diwujudkan meliputi bantuan kewangan miskin bulanan, makanan bulanan, bantuan tahunan, bantuan penuntut miskin Sekolah Agama Nidzomi, pakaian seragam, baik pulih rumah, bina rumah, jaya diri, musibah alam, rawatan bulanan serta banyak lagi.

Bagi asnaf fisabilillah pula, terdapat bantuan binaan masjid, surau dan sekolah agama, bantuan kepada guru agama, bantuan melanjutkan pengajian, bantuan yuran peperiksaan maahad tahfiz, asrama maahad tahfiz, pengurusan masjid serta banyak lagi. Untuk lebih banyak skim bantuan yang disediakan sehingga hari ini saja, seramai 127,261 orang termasuk pusat agihan sudah diberikan.


Masyarakat umumnya mengetahui zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat harta merupakan penyumbang utama peningkatan atau merosotnya jumlah kutipan zakat bagi sesebuah institusi. Zakat manakah penyumbang utama peningkatan jumlah zakat?

Tidak dapat dinafikan bahawa zakat harta menjadi komponen utama peningkatan kutipan zakat. Di JZNK sendiri khasnya zakat pendapatan, zakat perniagaan dan zakat padi serta zakat wang simpanan antara zakat yang paling mendapat sambutan.

Dari carta yang diperoleh, sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan zakat yang dikutip datangnya dari zakat pendapatan manakala 22 peratus dari zakat perniagaan, sembilan peratus zakat wang simpanan, lima peratus zakat padi dan selebihnya lain-lain zakat seperti zakat emas dan perak dan sebagainya.

Umno Selangor mahu pilih sendiri calon PRU14

Posted: 27 Nov 2014 04:00 PM PST

SINAR HARIAN

Grafik Sinar Online Grafik Sinar Online
 
 
KUALA LUMPUR - Umno Selangor hari ini menggesa kepimpinan tertinggi parti supaya memberi kepercayaan kepada mereka memilih calon-calon yang berwibawa untuk bertanding pada PRU14 akan datang.

Wakil Selangor dari Bahagian Subang, Datuk Zein Isma Ismail berkata, ini perlu kerana antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di negeri itu  ialah pemilihan calon yang salah dan keadaan 'dua nakhoda dalam satu kapal'.

"Selepas kami berusaha, membanting tulang, memerah keringat selama tiga tahun mendatang ini, janganlah diulang kesilapan lama. Berikanlah pengiktirafan kepada kami untuk memilih calon-calon yang layak yang akan kami perkenalkan lebih  awal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di sini, hari ini.

Zein Isma turut mencadangkan Majlis Tertinggi (MT) mewujudkan pendekatan "bapa angkat" di setiap kawasan Dun dan Parlimen terpilih di negeri itu.

Kepimpinan Umno Selangor sebelum ini menerima kritikan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa beberapa pemimpin Umno di negeri itu berundur setelah kalah pada PRU12 dan PRU13.

Zein Isma berkata, kepimpinan perlu memahami konsep politik bandar, merangkumi tiga perkara teras iaitu politik pembelaan, politik memikat dan politik persepsi atau pengurusan isu. - Bernama

Kerajaan puratakan harga RON95 sebelum 1 Disember

Posted: 27 Nov 2014 03:51 PM PST

SINAR HARIAN

RON95
 
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memuratakan harga pasaran dunia bagi minyak petrol RON95 sebelum pelaksanaan kaedah pengapungan terkawal pada 1 Disember.
 
Menurut Kementerian Kewangan, kaedah pengapungan terkawal terhadap petrol RON95 bakal memberi fleksibiliti kepada rakyat untuk menikmati harga minyak lebih rendah berdasarkan kejatuhan harga minyak semasa. 
   
Dimaklumkan, harga pasaran dunia bagi RON95 dijangka akan turun dalam masa beberapa hari dan setakat hari ini (27 November) harganya adalah pada RM2.26 seliter iaitu lebih rendah daripada harga RM2.30 yang dijual pada masa sekarang.
    
Harga itu dijangka akan menurun lagi dan kami berjanji akan memuratakan harga itu sebelum 1 Disember.
    
Jumaat lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan kerajaan akan menetapkan harga runcit bagi RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember.
   
Subsidi bagi RON95 akan dihapuskan dan harga minyak akan bergantung kepada harga pasaran dunia. - Bernama

Singapura haram shisha berkuat kuasa esok

Posted: 27 Nov 2014 03:48 PM PST

SINAR HARIAN

Sekadar gambar hiasan. - Foto Internet Sekadar gambar hiasan. - Foto Internet
 
 
SINGAPURA - Singapura mengharamkan pengedaran dan penjualan shisha berkuat kuasa esok, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

Pengharaman tersebut adalah mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau di bawah Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan).

Bagaimanapun, sebagai langkah peralihan, lesen pengimport tembakau dan peruncit yang mengimport dan menjual tembakau shisha akan diberi kebenaran meneruskan import dan jualan tembakau shisha sehingga 31 Julai, 2016.

Kementerian itu berkata, ia bagi memberi masa yang secukup untuk mereka menghabiskan stok serta menstrukturkan semula perniagaan, sekali gus meninggalkan perniagaan shisha.

Sesiapa yang melanggar larangan itu, jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksium S$10,000 (RM25,763) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua sekali dan atas kesalahan susulan, denda maksimum adalah $S20,000 (RM51,561) atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: