DIALOG RAKYAT |
- [EDISI BINGAI] Peruntukan RM200K Kepada ADUN BN, Semalam Terima Hari Ini Tolak
- Palanivel mesti dedah ‘dalang’ bencana Cameron Highlands
- Najib mesti sedar ramai muda dalam UMNO itu menghidapi penyakit tua
- PAU 2014: Wanita Umno Anggap Parti Lain Lebih Iktiraf Kaum Hawa
- Mansuh ISA langkah tepat
- Beranikah ahli Umno tegur pemimpin?
- Presiden FAS: Azmin tunggu selepas 3 Dis
- R pilih Tengku Razaleigh ikon pejuang royalti
- Melayulah yang khianati Melayu
- KLIA2 Perlukan Audit Penuh - PAC
- Bagaimana berlaku adil kepada 85,000 lepasan siswazah
- 63 tahun: Gilap kembali saduran emas sejarah PAS
- Tanya Najib, siapa pemimpin muda yang beliau cari
- Bilakah Malaysia mahu wujudkan polis khas syariah?
- Kerja tanah Lebuh Raya Rakyat siap 90 peratus
- Lerai segera konflik, usah berbalah di Facebook
- SUHAKAM belum terima laporan pelarian dianiaya di pusat tahanan Malaysia
- Eina Azman dikecam parking kereta di pam minyak
- Palanivel kenal dalang tapi tak boleh 'cakap banyak'
- MCA: Keadaan di sekolah macam Amerika 50-an
- 'Saya takkan ke timur Sabah tanpa pengawal'
- Polis sifat kematian tahanan sebagai mati mengejut
[EDISI BINGAI] Peruntukan RM200K Kepada ADUN BN, Semalam Terima Hari Ini Tolak Posted: 25 Nov 2014 06:57 AM PST KELAB GREENBOCRasa terhina, BN S'gor tolak peruntukan RM200,000 Wakil Rakyat BN Selangor menolak peruntukan RM200,000 setahun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap ADUN pembangkang di negeri itu. Selain rasa terhina dengan pemberian itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias berkata, kesemua 12 wakil rakyat BN menolaknya kerana jumlah yang diberi tidak sama dengan jumlah yang diperolehi ADUN Pakatan Rakyat. "Kita tolak atas dasar prinsip. Prinsipnya keadilan. Sebenarnya, pada kita, kita rasa satu penghinaan. Kita adalah wakil rakyat. "Apa beza dengan mereka yang juga wakil rakyat tetapi dapat dalam RM700,000. Kalau fikir dasar keadilan, kena bagi (jumlah) sama. "Kalau nak bagi, bagi (jumlah) sama. Itu baru namanya adil," katanya pada sidang media di lobi Dewan Annex, Shah Alam hari ini. -mk
ULASAN GB Dah dibagi RM200,000 tu dah kira baik daripada kerajaan yang negeri-negeri dikuasai UMNO BN yang lansung tak berikan walaupun sesen kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat. GB yakin dan percaya penolakan itu adalah "arahan" daripada pihak atasan UMNO yang sebenarnya rasa terhina dan malu kerana mereka selama ini tidak pernah dapat melakukan seperti kerajaan PR lakukan di Selangor. Memang wajar mereka ditimpa kehinaan dan keaiban - demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan - sebagai balasan terhadap kealiman dan kekejaman mereka lakukan ke atas wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang tidak berikan peruntukan samada di perinkat pusat atau negeri. Bak kata sakmongkol....... Wang rakyat bukan bapak UMNO yang punya. | ||||
Palanivel mesti dedah ‘dalang’ bencana Cameron Highlands Posted: 25 Nov 2014 06:54 AM PST Roketkini.com KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G Palanivel bertanggungjawab untuk mendedahkan 'dalang' di sebalik bencana tanah runtuh dan banjir lumpur di sana. "Mereka (petani) merungut bahawa bukit sedang diganggu, 'sesuatu di belakang sesuatu', namun saya tidak boleh dedah terlalu banyak. Saya ada beberapa gambar (bukti), tetapi saya tidak boleh cakap terlalu banyak tentangnya," katanya seperti dipetik. Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata, Palanivel tiada pilihan lain selain membuka mulut dan menamakan dalang yang dimaksudkannya. "Saya desak Palanivel untuk bersuara. Pertama, nyatakan sama ada laporan Bernama itu benar. Dan jika benar, beliau perlu jelaskan mengapa tidak boleh berkata apa-apa tentangnya. "Rakyat telah mengalami kehilangan yang dahsyat. Mengapa beliau takut? Siapa atau apa yang ditakutkan?" katanya dalam satu kenyataan. Katanya lagi, tiada apa yang lebih penting pada masa ini selain memberikan maklumat agar dapat membantu mangsa dan memastikan ia tidak berlaku lagi. "Palanivel patut meletakkan sahaja jawatannya selaku menteri dan Ahli Parlimen jika takut untuk bersuara," katanya lagi. Pada 5 November lalu, banjir lumpur dan tanah runtuh berlaku di Kampung Raja, Ringlet dan Lembah Bertam menyebabkan kehilangan lima nyawa, dan lebih 90 penduduk terpaksa ditempatkan di pusat penempatan sementara. Dua hari kemudian, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengaku ia disebabkan penerokaan hutan yang tidak terkawal namun kurang penguatkuasaan bagi menghalangnya. Gobind juga Menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Banjir Kilat dan Tanah Runtuh semalam untuk menjawab laporan berhubung kenyataan mengejutkan Palanivel itu. "Apakah tindakan beliau tentang pendedahan Palanivel ini?" soalnya. – Roketkini.com | ||||
Najib mesti sedar ramai muda dalam UMNO itu menghidapi penyakit tua Posted: 25 Nov 2014 12:16 AM PST ASPAN ALIASDalam beberapa hari yang lepas PM Najib tidak lekang dari memberikan pandangan yang UMNO perlu di remajakan dan pemimpin yang sudah lama patut memberikan laluan kepada yang muda. Ramai di antara yang memberikan pandangan dan komen, mempunyai pendapat yang kata-kata itu adalah satu 'signal' dan isyarat yang beliau mahukan Muhyiddin memberikan laluan kerana di kalangan pemimpin yang memimpin kerajaan dan parti Muhyiddin lah yang tertua sekarang ini. Dua isu yang disebut yang sedang disentuh oleh ramai secara 'parallel' hari ini ialah persepsi yang Muhyiddin tidak selari dengan Najib dalam banyak hal dan keyakinan ramai yang Najib mahukan Hishamudin Hussein untuk mengambil alih kepimpinan dari beliau. Bagi Najib kata setengah pendapat, Hishamudin merupakan pemimpin yang boleh menjamin beliau (Najib) boleh hidup dengan aman dan tenang sesudah bersara nanti. Samada persepsi ini benar atau salah itu masa akan menentukannya. Tetapi yang saya hendak sentuh bukan isu Muhyiddin atau mana-mana di kalangan pimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi itu tua atau muda dari segi umur dan usia mereka, tetapi kita lihat mereka mendefinasikan yang muda itu adalah dari segi umur dan usia itu sahaja. Parti mungkin dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang muda dari segi umurnya, tetapi parti itu tetap sebuah parti yang mempunyai penyakit seperti penyakit orang tua. Jika pun Hishamudin diusahakan untuk mengambil alih kepimpinan parti sekali pun, adakah ia pasti UMNO itu tidak menghidapi penyakit tua nya? Adakah persepsi rasuah yang melekat kuat kepada UMNO itu akan hilang jika Hisham mengamboil alih walaupun Hisham itu masih muda terang tang tang. Saya rasa Azeez Rahim masih muda tetapi adakah negara akan selamat jika Azeez diberikan tempat utama untuk menjaga negara dan rakyat diserahkan masa depan nya kepada Azeez misalnya? Ramai pemimpin dalam Majlis Tertinggi sekarang ini masih muda tetapi remaja kah UMNO itu jika diserahkan kepimpinan negara kepada mereka. UMNO tetap akan menghidap penyakit tua nya jika di antara mereka-mereka yang muda-muda dalam Majlis Tertinggi UMNO itu memimpin negara. Apakah yang tua nya dalam UMNO itu? Tua nya UMNO itu ialah dari segi penyakit terminal yang sedang mereka hadapi. Apakah penyakit tua yang sedang UMNO hadapi itu? Penyakitnya ialah penyakit sudah lemah daya pemikiran dan lemah dalam mentadbir rakyat dan negara. Rasuah itu merupakan penyakit 'terminal' yang tidak lepas dari UMNO kerana rasuah itu sudah menjadi budaya yang tidak lagi salah untuk dilakukan oleh pemimpin UMNO sekarang ini. Lagi satu penyakit yang dihidapi oleh UMNO sekarang ialah mereka sudah hilang ingatan tentang bagaimana pimpinan terdahulu membina parti itu. Mereka sudah tidak dapat membezakan di antara tangan kanan dan tangan kiri. Yang mana satu yang baik dan yang buruk dilakukan oleh pimpinan dahulu pun sudah tidak mereka ketahui lagi. Fikiran pimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi walaupun ada yang muda seolah-olah sudah mengidap penyakit terencat akal. Lepas satu isu dan skandal timbul akan datang lagi satu isu dan skandal besar yang akan berlaku dihadapan mata rakyat. Pemimpin-pemimpin muda termasuk memainkan peranan dalam skandal-skandal besar yang dilakukan oleh UMNO itu, setidak-tidaknya mendiamkan diri dan membiarkan ia berlaku kerana kepentingan masa depan peribadi mereka. Oleh itu kita bertanya kepada Najib, siapa kah pemimpin muda yang beliau hendak cari itu? Apakah definasi muda dan remaja yang beliau maksudkan itu? Bukan kah Majlis Tertinggi itu sarat dengan mereka yang berpenyakit tua seperti disebutkan tadi? Siapa yang tua dan siapa yang muda yang anda maksudkan itu? Apakah 'testimonial' secara organik kepimpinan terhadap negara yang ada dikalangan pimpinan Majlis Tertinggi sekarang ini. Apakah jasa kepada negara yang mereka telah buktikan selain dari membawa negara ketahap sekarang ini? Meremajakan negara bukannya dipandang dari sudut umur. Meremajakan negara dan kerajaan itu ialah membawa negara dan politik kepada 'ambience' yang baru yang lebih 'pragmatic' dan berdiri di atas bumi yang nyata yang sesuai dengan keperluan negara kita yang unik ini. Rakyat sudah loya dengan situasi politik sekarang ini yang amat membimbangkan kita semua. Lagi pun yang muda tidak semestinya mempunyai 'attribute' orang tua. Tua atau muda itu bergantung kepada keadaan organ-organ dalam tubuh mereka. Ramai yang masih muda telah menghidapi penyakit kencing manis dan tidak berupaya untuk berfikir dengan betul. Ramai yang masih dibawah enam puluh tahun umurnya sudah hilang keseluruhan kekuatan fisiknya kerana lemah jantung, kerana jantungnya sudah tua dan tidak berfungsi dengan baik. Ramai yang masih muda tidak mempunyai buah pinggang yang baik lagi kerana buah pinggangnya sudah tua walaupun tubuhnya masih muda. Walaupun mereka muda tetapi banyak organ-organ dalam tubuh mereka sudah terlalu tua dari tubuh mereka dan itu pun sebabnya kita melihat ramai yang mati sebelum tua. Itu semua kerana kerosakan organ-oragan mereka. Di sebaliknya ramai yang sudah berusia masih mempunyai organ-organ yang muda terutamanya otak dan pemikiran mereka. Walaupun sudah berusia, gigi mereka masih penuh dan boleh berenang dengan baik. Pendeknya yang patut di pandang ialah organ-organ dalam tubuh mereka. Mampukah organ yang terpenting iaitu otak dan pemikiran mereka tidak lemah.. atau mana-mana organ yang lain yang tidak berfungsi dengan baik? Bukan sedikit di kalangan yang muda terpaksa dilakukan pembedahan kerana ada organ-organ yang sudah rosak walaupun masih muda. Ada yang terpaksa membuat 'bypass' kerana saluran darah mereka sudah tersumbat kerana terlalu banyak makan yang lemak-lemak dan makan terlalu banyak. Bukan gitu? Kita perlu cari pemimpin yang masih muda daya pemikiran mereka dan lebih bertanggungjawab kepada ramai dan negara. Ramai pemimpin-pemimpin muda dalam UMNO sekarang ini akan menjadi tua apabila menyertai UMNO dengan mengamalkan cara tua UMNO sekarang ini. Elok diadakan debat perdana tentang isu muda dan tua yang disebut oleh Najib ini kerana beliau hanya melihat dari segi dan sudut umur dan usia sahaja. Beliau seolah-olah memberitahu kita untuk UMNO selamat wajar pemimpin yang muda tanpa mengira samada mempunyai 'wisdom' atau pun sebaliknya. Kita perlu lihat dari sudut penting yang lain dalam usaha meremajakan negara. jangan memilh yang muda semata-mata untuk diperguna menutup segala kekotoran dan noda yang kita telah lakukan. Memilih darah daging sendiri untuk menggantikan kita ini perlu dihentikan. Negara ini bukan keluarga mereka yang punyai. Negara ini dipunyai oleh semua rakyat. | ||||
PAU 2014: Wanita Umno Anggap Parti Lain Lebih Iktiraf Kaum Hawa Posted: 24 Nov 2014 11:16 PM PST Ketika ini, dua parti yang masing-masing memberi mandat serta kepercayaan kepada wanita untuk jawatan Naib Presiden adalah parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA yang melantik Datin Paduka Chew Mei Fun, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula diwakili Nurul Izzah Anwar. Sambil menamakan kedua-dua parti berkenaan, Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Rosni Zahari berkata, seharusnya Umno mengikut langkah positif parti berkenaan bagi menjamin kelangsungan parti agar terus relevan dan tidak ketinggalan. Beliau turut menegaskan, gesaan pergerakan itu supaya diwujudkan jawatan Naib Presiden keempat parti khusus untuk ahlinya bukan berniat merampas kerusi sedia ada, tetapi menambah satu lagi kerusi untuk jawatan itu. "Sekarang ini, jawatan Naib Presiden PKR pun turut diberikan kepada golongan wanita, MCA juga begitu. Malah jawatan Presiden PKR juga dipegang wanita. Kenapa Umno tak nak beri pengiktirafan kepada golongan wanita?," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin. Jelas beliau lagi, cadangan berkenaan sebelum ini mendapat sokongan sebanyak 89 peratus atau 171 daripada 192 bahagian Wanita Umno di seluruh negara. "Sudah tiba masanya kepimpinan tertinggi mempertimbangkan cadangan untuk meletakkan wanita sebagai naib presiden atau setidak-tidaknya naib ketua bahagian. Saya yakin wanita boleh membantu kepimpinan tertinggi memacu parti ini untuk terus mara," katanya. Rosni berkata, tidak timbul sebarang keistimewaan untuk kerusi tambahan itu kerana pemilihan penyandang untuk jawatan itu akan ditentukan menerusi suara ramai parti pelbagai peringkat. "Calon tersebut akan dipilih oleh semua ahli pelbagai peringkat sama ada di bahagian atapun cawangan, bukannya melibatkan undian ahli Wanita Umno sahaja," katanya sambil menambah keahlian pergerakan itu adalah yang paling ramai iaitu mencecah 1.3 juta. Menurut beliau, gesaan itu bertepatan dengan peranan Wanita sebagai tulang belakang atau ibu kepada parti seperti yang diisytiharkan Perdana Menteri yang juga presiden parti, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno ke-67 tahun lalu. "Selepas diiktiraf sebagai tulang belakang parti, pemberian jawatan Naib Presiden akan menjadikan Wanita Umno lebih bersemangat dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Malah ia juga akan menjamin kesinambungan parti," katanya. Rosni yang juga Ketua Wanita Umno Pahang berkata, usul itu tidak akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno pada kali ini tetapi ia telah dikemukakan kepada Majlis Tertinggi untuk dipertimbangkan. | ||||
Posted: 24 Nov 2014 11:13 PM PST SHAH ALAM – Keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) merupakan langkah tepat, selaras dengan realiti negara yang terbuka lagi dinamik. Bekas Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa, ISA merupakan satu akta yang mengekang prinsip keadilan dan kuasa. Jelasnya, kewujudan akta tersebut menyebabkan lahirnya kongkongan ke atas demokrasi dan kebebasan bersuara rakyat. "Saya memahami keselamatan negara tidak boleh diabaikan dan kedudukan Malaysia di mata dunia juga perlu dijaga demi kesejahteraan negara dan rakyat. "....Namun keadilan dan kebebasan insan sama sekali tidak boleh digadaikan," katanya menerusi kenyataan sebagai respons terhadap kenyataan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang menentang pemansuhan akta itu. Menurut Syed Ibrahim, beliau agak kecewa dengan aliran hujah yang disampaikan Abdul Hamid. "Adakah semata-mata kerana faktor kedudukan negara di mata dunia dijadikan sandaran untuk ISA dikembalikan? "Apakah sebenarnya hujah dan asas dalam menggubal dan memansuhkan sesebuah akta atau peruntukan undang-undang?" katanya lagi. Semalam, Abdul Hamid menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta ISA sebagai satu kesilapan. Terdahulu, pada 15 September 2011, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan akta tersebut ketika menyampaikan perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011. | ||||
Beranikah ahli Umno tegur pemimpin? Posted: 24 Nov 2014 11:06 PM PST
Tampak begitu tepat sekali cadangan Dr Mahathir itu. Beliau memberi contoh pemimpin masa lalu bukan sahaja ditegur bahkan dicabar termasuk beliau. Sememang ahli parti tidak kira daripada parti mana-mana harus berperanan begitu sebagai penegur untuk kebaikan. Tetapi soalnya apakah pemimpin yang ditegur itu sedia menerima kritikan ahli? Selalunya kalau ada ahli yang membuat teguran kepada pemimpin mereka dituduh sebagai tidak wala' dan cuba membawa perpecahan. Dengan mengambil contoh apa yang berlaku di sekitar diri Dr Mahathir sendiri, walaupun beliau sedia ditegur bahkan dicabar oleh ahlinya, tetapi beliau tidak dapat menerima teguran dan kritikan iu dengan baik dan sempurna. Atau pun kalau ditegur beliau tidak akan peduli kepada teguran dan meneruskan juga apa yang difikirkan betul, kandati ia tidak benar dan dibangkangan oleh orang ramai. Sebaliknya sesiapa yang menegur atau mencabarnya untuk kebaikan parti dan kerajaan akan menerima balasan hukum karma daripadanya.
Tengku Razaleigh Hamzah sampai ke akhir hayatnya (mungkin) akan didera oleh Dr Mahathir. Apa sangat kesalahan dilakukan Tengku Razaleigh, beliau hanya mencabar kedudukan Mahathir sebagai Presiden Umno kerana tidak bersetuju dengan beberapa polisi dan prinsip kepimpinan Dr Mahathir. Tujuan Tengku Razaleigh itu tentulah untuk menyadar dan meletakkan Mahathir atas landsan perjuangan Umno sebenarnya. Bukankah apa dilakukan Tengku Razaleigh itu sebagai satu tanggungjawabnya dalam menjaga amanah parti. Mengapa saya katakan Mahathir berdendam dengan Tengku Razaleigh. Beliau tahu dari segi kebolehan, kepakaran dan kelayakan untuk menjadi perdana menteri, Tengku Razaleigh jauh lebih berkempuan dan layak berbanding dengan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak. Tetapi apakah Mahathir pernah menyatakan sokongan kepada Tengku Razaleigh? Apa yang berlaku Tengku Razaleigh Hamzah dinafikan haknya secara penuh diplomasi. Pengaruh dan kekuatan Tengku Razaleigh Hamzah di dalam Umno dipadamkan sedikit demi sedikit. Tengku Razaleigh yang sepatutnya direstui untuk memimpin Umno dan kerajaan dimatikan oleh Mahathir. Demikian juga nasib yang diterima oleh Musa Hitam yang bersekongkol dengan Tengku Razaleigh mencabar Dr Mahathir. Kerana tekanan secara psikologis dilakukan Mahathir, akhirnya Musa terpaksa berundur secara terhormat sebagai timbalan perdana menteri dan kini menjadi fasilator politik bebas. Bagaimana pun kekejaman Dr Mahathir dalam membalas dendam orang mencabar beliau diterima paling teruk oleh Anwar Ibrahim. Apa dilakukan terhadap Anwar adalah kemuncak kejahatan dan kekejaman seorang Mahathir bin Mohamad. Kalau Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam setakat kehilangan jawatan, tetapi Anwar, Mahathir mengirimkan ke penjara dan bermaksud mamtikan kerjaya politik Anwar. Dengan menoleh kepada laluan politik dilalui Mahathir itu dan dengan apa yang dilakukan kepada musuh-musuh politiknya dalam parti sendiri, apakah perwakilan Umno yang akan bersidang esok akan sedia melakukan apa yang Dr Mahathir suruhkan itu. Pmimpin Umno yang memimpin parti kebangsaan itu mempunyai pandangan dan sikap sama dengan Dr Mahathir Mohamad. Mereka juga akan mengambil tindakan sama seperti mana lakukan ke atas pengkritiknya. Pegangan dan amalan ini sangat difahami oleh para perwakilan. Saya tidak mengira baik Mohd Najib Razak, Muhyddin Yassin, Zahid Hamidi dan lain-lain sedia untuk akur dan mendengar setiap kritikan yang dilemparkan kepadanya secara gentleman dan ikhlas. Kalau pun mereka tidak akan langsung bertindak secara drastik kepada penegurnya, tindakan secara halus akan diambil juga. Para pengkritkan itu akan diasing dan disisihkan perlahan-lahan. Tindakan itu nantilah menyebabkan para perwakilan hanya akan menjadi seperti kura-kura kesejukan aircon dalam Dewan Merdeka. Mereka akan "mengerlukkan" kepala sepanjang dalam dewan dan akan mengeluarkan kepala hanya di warung-warung kopi di hujung kampung saja. Jadi kesimpulannnya jangan diharap para perwakilan akan mengkitik dan menegur mereka yang berada di atas pentas dalam Dewan Merdeka. Yang selalu berlaku dan berani dilakukan para perwakilan ialah mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat, PKR dan DAP. Anwar Ibrahim, Minali (Azmin Ali), Lim Guang Eng dan Lim Kit Siang sudah pasti akan menjadi sasaran para perwakilan. Mereka akan dijadikan sasaran melepas tempias kemarahan. Abdul Hadi Awang, Tuan Ibrahim Tuan Man, Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahmad Yaakob, tidak lagi akan menjadi mangsa kritikan untuk sesi kali ini kerana mereka sudah menunjukkan sejiwa dengan Umno. Selain daripada orang-orang yang disebut itu, perwakilan Umno tidak akan menyentuhnya. Kalau pun nama pemimpin Pas yang akan disebut ialah Mohamad Sabu, Khalid Sama, Hanifa Maidin dan Dr Dzukifli Ahmad dan seorang lagi Phahrolrazi Mohd Zawawi yang akan diculakan sebagai pengkhianat. Tengoklah nanti, Ketua Menteri Pulau Pinang akan dipalu secukupnya. Anwar Ibrahim juga akan ditabuhkan sebagai menjadi alat kepada DAP dan pengkhianat bangsa Melayu. (Sebenarnya pengkhianat kepada Umno). Nama Anwar dan Lim Guan Eng disandingkan atas pelamaian kebencian Umno. Merreka akan dikutuk semahu-mahunya seperti apa yang berlaku sebelum ini. Tradisi menyuluh kesalahan dan mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat dalam perhimpunan agung Umno bukan baru, tetapi ia menjadit amalan yang dihidup suburkan oleh Dr Mahathir Mohamad. Jadi, gesaan atau cadangan Mahathir agar perwakilan Umno mengkritik pemimpin itu akan berlalu di angin lalu begitu sahaja. Apa lagi untuk mengkritik Najib yang "bercepuah" dengan pelbagai isu, BR1M, 1MDB, kehilangan MH370 dan sebagainya tidak akan menjadi kenyataan. Sebaliknya apa yang berlaku Najib akan dipuji sebagai Perdana Menteri yang berjaya menerusi beberapa transformasi dilakukannya, walaupun sebenarnya tidak ada apa yang dicapai menerusi transformasi berkenaan. Darah bangsawan yang mengalir dalam tubuh Najib tetap dihormati oleh Melayu Umno dan ia menjadi benteng untuk perwakilan Umno menegurnya. | ||||
Presiden FAS: Azmin tunggu selepas 3 Dis Posted: 24 Nov 2014 11:04 PM PST KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menjelaskan masih terlalu awal untuk memberi sebarang reaksi berkenaan pelantikannya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan perancangan untuk kemajuan bola sepak di negeri itu. "Saya ingat terlalu awal untuk mengambil pendirian terbabit sehingga proses ini selesai pada 3 Disember akan datang," katanya dipetik Selangor Kini. Bagaimanapun, beliau akan mengadakan perbincangan bersama exco FAS berhubung segala perancangan dan kaedah sesuai yang akan diguna pakai bagi melonjak kembali semangat serta prestasi bola sepak di Selangor jika perkara itu bernar berlaku. "Saya kira penting untuk membantu anak muda di Selangor ini supaya terbabit secara langsung dalam bidang sukan yang dapat dilonjakkan daripada perancangan yang lebih strategik dan baik," katanya. Baru-baru ini, Jawatankuasa Eksekutif FAS sebulat suara bersetuju melantik Mohamed Azmin sebagai Presiden FAS yang baru. Memetik laman web persatuan, pelantikan Mohamed Azmin itu bagaimanapun hanya akan disahkan dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) di Kelab Shah Alam, pada 3 Disember ini. | ||||
R pilih Tengku Razaleigh ikon pejuang royalti Posted: 24 Nov 2014 11:02 PM PST KOTA BHARU: Aktivis R bersetuju untuk menjadikan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ikon pejuang royalti. Presiden R, Nazri Deraman berkata, selain bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas, Ku Li adalah 'saksi hidup' yang konsisten dalam perjuangan royalti. Di samping itu, ujarnya Ku Li adalah pengasas Petronas dan orang yang terlibat merangka Akta Kemajuan Petroliam 1974 dan menandatangani perjanjian dengan kesemua negeri termasuk Kelantan. Menurut Nazri, persetujuan itu dicapai ketika pertemuan aktivis R dengan tokoh politik itu pada 14 November lalu. Nazri memberitahu dalam pertemuan itu ada beberapa cadangan dari Ku Li, antaranya keadah 'timbangtara' digunakan untuk menyelesaikan kes tuntutan royalti. Menurut Ku Li jelas Nazri, kedua-dua pihak boleh berbincang dengan melantik orang tengah sebagai pengadil. "Berbanding proses mahkamah yang memerlukan masa yang panjang dan kos yang amat tinggi di samping risiko dari sudut perundangan kerana terlalu mengikat kedua-dua pihak. "Ku Li sanggup mengetuai satu jawatankuasa pengurusan perbelanjaaan wang royalti dengan cadangan dua orang anggota exco Kerajaan Kelantan sebagai wakil di samping dua orang wakil Kerajaan Pusat," ujarnya. Jelas Nazri lagi, cadangan itu bagi mengelakkan wang digunakan bagi tujuan politik sebagaimana kebimbangan para pemimpin Umno. "Yang penting di sini adalah bayaran royalti dibuat mengikut perjanjian dan rakyat Kelantan mendapatkan haknya," ujarnya lagi. Pada masa yang sama menurut Nazri, Tengku Razaleigh telah menyampaikan pandangan jelas kepada Kelantan berkenaan langkah mengheret Petronas ke mahkamah. Katanya, ia adalah suatu yang amat sukar kerana mahkamah di bawah kerajaan Pusat. Pada masa yang sama, jelasnya Tengku Razaleigh turut menempelak sikap pemimpin Umno Kelantan yang berusaha menggagalkan pembayaran royalti. Katanya, Tengku Razaleigh turut mendedahkan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum yang diumumkan PM adalah satu wayang kulit. "Ia tidak membawa sebarang maksud dalam perundangan. Ianya tidak boleh mengatasi perjanjian yang telah dimeterai," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY | ||||
Melayulah yang khianati Melayu Posted: 24 Nov 2014 11:01 PM PST Rumusan Konvensyen Perpaduan Nasional kelmarin menyimpulkan bahawa perlu ada kerjasama politik antara parti untuk menyelamatkan Melayu. Didakwa orang Melayu akan menjadi senasib dengan Red Indian jika kesatuan parti politik Melayu tidak diusahakan. Soalnya, jika kesatuan itu didasarkan kerana kebangsaan Melayu, maka nasib Melayu sebenarnya bakal menjadi seperti bangsa Arab bukan seperti Red Indian. Bangsa Arab enggan bersatu atas kepentingan Islam maka apa yang terjadi sekarang ialah porak-peranda di rantau Asia Barat. Soalnya bukankah atas seruan yang sama selama ini, iaitu demi masa depan Melayu, gesaan Melayu bersatu kerap diutarakan, akan tetapi ternyata gagal. Malah sebaliknya berlaku, iaitu perpecahan bukan sahaja berlaku antara parti politik malah juga sesama kepimpinan politik dalam satu parti itu sendiri. Ini telah menyebabkan orang Melayu jadi lemah. Akibat bangsa Melayu yang sekian lama diasuh menjauhkan diri dari Islam melalui sekularisasi, maka lahirlah Melayu yang sekularis dan Melayu yang korup. Walhasil , kesatuan bangsa tidak dapat dijayakan sebagaimana yang diharapkan kerana pemikiran dan budaya Melayu telah dirosak oleh unsur yang tidak selari dengan Islam, malah bertentangan dengan Islam. Perhitungan bahawa orang Melayu akan menjadikan seperti Red Indian adalah penilaian yang silap yang bersifat "defeatist" (menyerah kalah tanpa berusaha). Melayu tidak akan senasib Red Indian jika kepimpinan Melayu tidak korup dan tidak menindas bangsa sendiri. Sebenarnya kepimpinan Melayu itu sendiri yang menyebabkan bangsa menjadi terpinggir dek sifat rakus yang menguasai segelintir pemimpin yang mengatasnamakan perjuangan Melayu. Sebagai contoh Melayu Pulau Pinang terpinggir bukan hanya disedari sekarang malah sejak puluhan tahun yang lalu lagi. Demikian Melayu terpinggir di bandar-bandar seperti di Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang, Seremban, Batu Pahat, Muar, Johor Baharu dan Kuantan bukan sesuatu yang mengejutkan. Sudah lama Melayu tersisih akibat pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan yang diterajui oleh orang Melayu sendiri. Cukup dengan penyelewengan kuasa ditangan kepimpinan Melayu yang rakus, bangsa Melayu boleh menggadai tanah air, malah bangsanya sendiri. Bangsa Red Indian diusir dan dibunuh di Amerika oleh penceroboh kulit putih. Red Indian tidak dikhianati oleh pemimpin mereka sendiri. Mereka dizalimi oleh operasi genosid yang dilancar oleh bangsa kulit putih yang sangat rasis. Namun bangsa Melayu telah dirosakkan sendiri oleh kepimpinan Melayu dengan menanam nilai hidup feudal serta menkondisikan mentaliti Melayu kepada hidup bergantung. Bangsa Melayu akhirnya menjadi hamba kepada golongan elit yang berkepentingan. Akhirnya bangsa Melayu bawahan terpaksa menerima sikap hidup menyerahkalah dan tunduk kepada nasib mentimun iaitu "menggolek luka, digolek juga luka". Melayu yang kritikal terhadap pemerintah yang menyalahguna kuasa sering dipandang serong, malah dihadapkan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan. Tidak sedikit memorandum dan tindakan mahkamah yang terpaksa diambil oleh pelbagai kelompok Melayu yang tertindas sepanjang lima dekad sejak merdeka. Pejuang-pejuang Melayu dalam pelbagai wadah termasuk politik, bahasa, tanah, petani, usahawan kecil, peneroka bandar, pendidikan, kebudayaan, kontraktor dan lain-lain menjadi mangsa kepada tindakan pemerintah yang mengguna berbagai kaedah yang mendera bangsa sendiri hanya kerana menzahirkan protes dan menuntut hak. Melayu sendiri yang menjadi mangsa kepada kerakusan pemimpin yang berkepentingan peribadi sehingga sanggup mengguna kuasa politik untuk menganiayai bangsa sendiri. Melayu yang diusir keluar dari perkampungan sendiri, dirampas tanah, dipindahkan, dibekukan jawatan, dipenjara, dinafi bantuan, diugut, ditarikbalik biasiswa, diperlaku seolah pendatang asing adalah antara rekod penindasan yang dilakukan oleh pemimpin Melayu sendiri. Siapa yang menyebabkan tanah Melayu terlepas tangan dan tergadai? Siapa yang menafi hak sekolah agama rakyat? Siapa yang membunuh tulisan jawi? Siapa yang melenyapkan sejumlah perkampungan Melayu? Siapa yang mempersoalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu? Siapa yang mendewa-dewakan pendidikan Barat ? Siapa yang menafikan undang- undang syariah di daulatkan? Ditambah lagi penyelewengan wang rakyat, pecah amanah dalam agensi Melayu, rasuah dan kecuaian dalam urustadbir, semua ini adalah dilakukan oleh kepimpinan dan petugas dikalangan orang Melayu sendiri. Jika semua ini dijumlahkan kesannya maka tidak ada yang dapat menafikan pemimpin-pemimpin Melayu-lah yang menjadikan bangsanya senasib dengan kaum Red Indian . Jadi, jika nasib orang Melayu mahu dijamin atas alasan ujudnya ancaman politik dari kaum lain, yang perlu diinsafi ialah, keperluan membersihkan kepimpinan Melayu itu sendiri, bukan hanya dengan menuding jari kepada kaum lain sampai bila-bila. Teras berpandangan Perpaduan Nasional dalam masyarakat majmuk hanya boleh dicapaikan dengan prinsip kebenaran dan keadilan Islam. Perkongsian kuasa berteraskan hak dan tanggungjawab antara kaum dengan mengutamakan sikap saling memahami dan menghormati antara satu sama lain boleh mengujudkan keharmonian yang sangat diperlukan untuk mengekalkan keamanan dalam negara. Kerangka Perlembagaan Persekutuan yang disepakati perlu dimanfaatkan dengan semangat mengujudkan rakyat Malaysia yang menghormati perjanjian sosial yang selama ini dapat bertahan menjadikan Malaysia aman dan makmur. Mempertajamkan sikap perkauman chauvinis akan hanya menyebabkan polarisasi kaum bertambah runcing. Membiarkan penyalahgunaan kuasa dan amalan korup dikalangan pemimpin mana-mana kaum akan menyumbangkan kepada keruntuhan dan kehancuran negara. – HARAKAHDAILY | ||||
KLIA2 Perlukan Audit Penuh - PAC Posted: 24 Nov 2014 10:42 PM PST Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa kerajaan untuk memerintahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit penuh ke atas pembinaan KLIA2 berikutan penemuan penyelewengan dalam projek itu oleh jawatankuasa, termasuk kos yang melambung dari RM1.7 bilion kepada RM4 bilion. "Biasanya, PAC memulakan siasatan berdasarkan penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara. "Walau bagaimanapun , PAC memutuskan untuk meneliti projek itu berikutan banyak laporan negatif terhadap KLIA2 demi kepentingan awam ," kata Nur Jazlan Selasa. "Mereka perlu membina lapangan terbang berdasarkan apa yang menjadi keperluan orang ramai dan bukan menentukan apa yang perlu digunakan orang ramai. "Ini adalah sesuatu yang amat ketara dalam laporan yang perlu diketengahkan," katanya. Dalam laporan itu, PAC mendapati bahawa projek KLIA2 tidak mengikut rancangan asal yang mana ia dibina bagi menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah. "Sebaliknya, selepas kenaikan kos dan naik taraf yang tidak dijangka, konsep KLIA2 telah ditukar kepada sebuah lapangan terbang hibrid. "Akibatnya, KLIA2 seolah-olah mengancam kedudukan KLIA yang sedia ada sebagai lapangan terbang utama di Malaysia. Sementara itu, Malaysia juga telah hilang satu peluang keemasan untuk membangunkan hab penerbangan tambang rendah yang paling kompetitif di rantau Asia Pasifik," kata laporan itu. | ||||
Bagaimana berlaku adil kepada 85,000 lepasan siswazah Posted: 24 Nov 2014 10:40 PM PST KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia diminta menyatakan bagaimana Kementerian ini boleh berlaku adil kepada 85,000 lepasan siswazah yang telah memohon pekerjaan melalui on-line pada 6 September 2014 berbanding dengan keperluan kepada jawatan kosong yang ada. Demikian pertanyaan bagi jawab lisan daripada Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad [PAS-Pasir Puteh] pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Pertanyaan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini seperti di bawah. Dr Izani Husin [Pengkalan Chepa] minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memindahkan Hospital Raja Perempuan Zainab II ke tempat yang lebih strategik di mana ia mengambil kira keluasan ruang dan juga keselesaan pelanggan. Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah peruntukan yang dibelanja oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 2005 hingga 2013 hasil daripada kutipan zakat untuk membangunkan sektor hartanah di sekitar Wilayah Persekutuan dalam usaha untuk membantu orang miskin yang tidak ada rumah. Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan kerugian yang ditanggung terhadap tragedi MH370 dan MH17 dan apakah langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk memulihkan imej dan prestasi MAS masa depan. Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan jumlah anggaran sebenar keperluan bekalan ikan setahun kepada negara. Datuk Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini proses persempadanan semula kawasan pilihan raya sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan pada tahun lalu. Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan jaminan kemudahan infrastruktur Majlis Perbandaran Dungun dari segi jalan raya, kesihatan, kebersihan, keselamatan, perparitan, perkhidmatan bomba, perumahan, keceriaan dan pemusatan jabatan kerajaan persekutuan. Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pendidikan menyatakan punca kebocoran kertas soalan UPSR 2014 dan apakah langkah kawalan keselamatan serta kerahsiaan yang diambil sebelum ini untuk memastikan tiada kebocoran. Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan apakah sebab pertukaran Setiausaha Dewan Negara dibuat secara tergesa-gesa dan menimbulkan kontroversi. Apakah usaha Kerajaan dalam memastikan setiap pertukaran dibuat secara lebih telus, bertanggungjawab dan dalam bentuk yang lebih menghargai jasa sumbangan pegawai-pegawai Kerajaan. - HARAKAHDAILY | ||||
63 tahun: Gilap kembali saduran emas sejarah PAS Posted: 24 Nov 2014 10:38 PM PST KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menyeru kepada seluruh pendukung gerakan Islam negeri itu untuk meningkatkan momentum perjuangan dan memperkukuhkan istiqamah di dalam jiwa. "Kita perlu kembalikan semangat juang anak Perak, selari dengan kefahaman dan disiplin sebagai ahli gerakan," ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, Gerakan Islam PAS bermula dengan penubuhan Hizbul Muslimin pada Mac 1948 melalui perhimpunan ribuan ulama tanah air di Gunung Semanggol Perak yang mana sejarahnya terpahat kuat di lembaran sejarah gerakan Islam. Tambahnya, Perak juga merupakan negeri pertama yang melahirkan kemenangan satu kerusi parlimen buat PAS, melalui kaedah demokrasi pilihan raya. Kemunculan Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir yang merupakan tokoh pejuang Perak, turut menyumbang saham banyak dalam percaturan kemenangan gerakan Islam PAS, ujarnya. "Sambutan Ulang Tahun PAS ke-63 kali ini Perak sebagai tuan rumah bagi mengangkat semula PAS Perak serta menggilap kembali saduran emas sejarah PAS. Gunung Semanggol menjadi saksi bahawa PAS itu bermula di sini," katanya lagi. Kini, kata beliau PAS sudah bertapak di Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Johor yang sudah mempunyai 4 kerusi Dun sementara Perak perlu ke hadapan dalam melakar kemenangan ini. "Dengan lukisan potret sejarah yang halus, Perak perlu menyelak kembali tirai yang menutupnya," ujarnya. Justeru, beliau menyeru agar gerak dan hebahkan supaya pimpinan, ahli, pendukung serta penyokong di semua peringkat dapat turun memeriahkan Sambutan Ulang Tahun PAS Pusat ke-63 peringkat negeri pada 29 November dan peringkat kebangsaan pada 30 November di Padang Kompleks PAS Bukit Chandan, Kuala Kangsar. - HARAKAHDAILY | ||||
Tanya Najib, siapa pemimpin muda yang beliau cari Posted: 24 Nov 2014 10:36 PM PST KUALA LUMPUR: Umno mungkin dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang muda dari segi umurnya, tetapi parti itu tetap sebuah parti yang mempunyai penyakit seperti penyakit orang tua. Bagi Apan Alias, jika pun Hishammuddin Hussein diusahakan untuk mengambil alih kepimpinan parti sekali pun, adakah dia pasti Umno itu tidak menghidapi penyakit tua. "Adakah persepsi rasuah yang melekat kuat kepada Umno itu akan hilang jika Hisham mengambil alih walaupun Hisham itu masih muda," tanya beliau menerusi blognya. Beliau merasakan Azeez Rahim masih muda tetapi adakah negara akan selamat jika Azeez diberikan tempat utama untuk menjaga negara dan rakyat diserahkan masa depannya kepada Azeez, misalnya. Menurutnya, ramai pemimpin dalam Majlis Tertinggi sekarang ini masih muda tetapi remajakah Umno itu jika diserahkan kepimpinan negara kepada mereka. Baginya, Umno tetap akan menghidap penyakit tua jika di antara mereka yang muda-muda dalam Majlis Tertinggi Umno itu memimpin negara. "Apakah yang tuanya dalam Umno itu? Tuanya Umno itu ialah dari segi penyakit terminal yang sedang mereka hadapi. Apakah penyakit tua yang sedang Umno hadapi itu?" tanya beliau lagi. Penyakitnya, kata beliau ialah penyakit sudah lemah daya pemikiran dan lemah dalam mentadbir rakyat dan negara. Jelasnya, rasuah itu merupakan penyakit 'terminal' yang tidak lepas dari Umno kerana rasuah sudah menjadi budaya yang tidak lagi salah untuk dilakukan oleh pemimpin Umno sekarang ini. Tambahnya, sagi satu penyakit yang dihidapi oleh Umno sekarang ialah mereka sudah hilang ingatan tentang bagaimana pimpinan terdahulu membina parti itu. Menurutnya lagi, mereka sudah tidak dapat membezakan di antara tangan kanan dan tangan kiri, yang mana satu yang baik dan yang buruk dilakukan oleh pimpinan dahulu pun sudah tidak mereka ketahui lagi. Beliau berpandangan, fikiran pimpinan Umno dalam Majlis Tertinggi walaupun ada yang muda seolah-olah sudah mengidap penyakit terencat akal. Menurut Aspan, lepas satu isu dan skandal timbul akan datang lagi satu isu dan skandal besar yang akan berlaku di hadapan mata rakyat. Bagi beliau, pemimpin-pemimpin muda termasuk memainkan peranan dalam skandal-skandal besar yang dilakukan oleh Umno itu, setidak-tidaknya mendiamkan diri dan membiarkan ia berlaku kerana kepentingan masa depan peribadi mereka. "Oleh itu kita bertanya kepada Najib, siapakah pemimpin muda yang beliau hendak cari itu?" soal beliau. - HARAKAHDAILY | ||||
Bilakah Malaysia mahu wujudkan polis khas syariah? Posted: 24 Nov 2014 10:34 PM PST Bercakap dalam soalan tambahannya, Takiyuddin berkata cadangan ini sangat bersesuaian dengan perlembagaan yang memperuntukan agama Islam sebagai agama persekutuan. "Kalau di negara kita ada unit polis seperti polis marin, FRU, PGA dan polis pelancongan. Kita juga boleh tubuh polis syariah," katanya. Beliau juga meminta kerajaan mencontohi beberapa negara Islam seperti Arab Saudi yang mempunyai 3,500 unit khas polis syariah. Manakala di Nigeria, lima daripada negerinya juga melaksanakan undang-undang syariah bahkan turut mempunyai unit polis khas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata cadangan itu satu permulaan yang baik untuk perubahan melalui pendakwaan yang lebih telus dan terbuka. "Perkara ini di bawah KDN. Polis sudah ada kor agama macam tentera iaitu Baka, yang khusus kepada anggota polis sahaja. "Sudah sampai masa kita lebarkannya melalui mahkamah syariah sehingga cadangan yang kukuh untuk perkasakan mahkamah syariah," katanya. Terdahulu, Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin meminta Perdana Menteri menyatakan bilakah pelaksanaan polis syariah akan dimulakan bagi memastikan proses sokongan pelaksanaan perundangan syariah negara ini dapat dipertingkatkan selari dengan hasrat rakyat dan komitmen Kerajaan Persekutuan. – HARAKAHDAILY | ||||
Kerja tanah Lebuh Raya Rakyat siap 90 peratus Posted: 24 Nov 2014 10:30 PM PST KOTA BHARU: Jumlah keluasan keseluruhan tanah yang terbabit dengan jajaran Lebuh Raya Rakyat Machang-Kuala Krai seluas 719.6 ekar, kata Datuk Hanifa Ahmad. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat itu berkata, tanah tersebut termasuk milik kerajaan, hutan simpan, dan milik persendirian. Katanya, jajaran membabitkan kawasan Hutan Simpan Ulu Sat, Bukit Bakar sejauh 3 km. "Selain itu Tanah Rancangan Felda Berangan Mek Nab sejauh 1 km, tanah pajakan Ladang Kuala Pertang 3.6 km dan selebihnya tanah milik kerajaan. Ia melibatkan kawasan seluas 116.8 ekar. "Manakala tanah persendirian yang terbabit pula iaitu di Ulu Sat sebanyak 7 lot, Bukit Bakar (111 lot), Kampung Raja (47 lot) dan Kampung Pek (17 lot)," katanya di sini. Kesemua lot-lot tersebut terletak di jajahan Machang. Manakala tanah yang terbabit di jajahan Kuala Krai pula iaitu di Kampung Telekong (56 lot), Kampung Enggong (52 lot), Kenor (119 lot) dan Batu Mengkebang (41 lot). Hanifa berkata, jumlah keseluruhan tanah milik yang terbabit sebanyak 450 lot melibatkan keluasan 430.9 ekar. Menurutnya juga semenjak masuk tapak Kelkon Sdn Bhd telah memulakan kerja meratakan tanah. Fasa pertama sepanjang 10 km dan fasa kedua serta ketiga sebanyak 20 km lagi. "Kita jangka dapat siapkan projek berkenaan sebagaimana dirancang. Kerja-kerja awal dilakukan di tanah kerajaan di Bukit Bakar, Machang. "Kerja-kerja meratakan tanah telah siap kira-kira 90 peratus di kawasan sepanjang 3 km," katanya. Bagaimanapun kata beliau disebabkan sekarang musim tengkujuh sekarang kerja-kerja tanah terpaksa dihentikan sementara. Namun katanya kerja-kerja ukur diteruskan. - HARAKAHDAILY | ||||
Lerai segera konflik, usah berbalah di Facebook Posted: 24 Nov 2014 10:28 PM PST Oleh MOHD ARIF JUHANI BERBEZA dengan gerakan Islam lain yang hanya berstatus se bagai NGO, cabaran gerakan Islam seperti PAS ter nyata lebih kompleks dan semakin bertambah sekurang-kurangnya se lepas menempuh dua Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini. Perkembangan ini berlaku kerana peranan sebagai parti politik Islam yang berinteraksi secara langsung dalam medan demokrasi dengan prinsip 'Muwajahah Silmiyyah'. Lebih menarik lagi, kedudukan PAS juga semakin inklusif dengan bergabung dalam satu muafakat parti politik bukan kerajaan bersama KeADILan dan DAP. Penglibatan seperti ini jugalah yang menyebabkan peranan PAS mula dipertikaikan khususnya dalam soal-soal yang membabitkan Melayu dan Islam. Bagaimanapun, polemik seperti itu masih belum cukup mencipta krisis dalaman kepada PAS sehinggalah munculnya strategi 'Langkah Kajang' oleh KeADILan dengan matlamat tidak lang sung iaitu untuk menukarkan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim se bagai Menteri Besar. Bermula dari sini, konflik dalaman PAS tercetus yang menyaksikan pemben tukan lebih jelas dua kum pulan iaitu yang menyokong Khalid Ibrahim serta yang bersetuju matlamat Langkah Kajang diteruskan. Kemelut ini semakin terdedah kepada pengetahuan umum apabila berlaku beberapa insiden memalukan sepanjang Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat baru-baru ini. Selepas itu, penggunaan laman sosial seperti Facebook semakin 'dimanfaatkan' oleh segelintir pimpinan dan ahli PAS untuk me nyindir dan menyerang antara satu sama lain sehingga menarik perhatian para penganalisis luar untuk menambah 'kemeriahan'. Jika sebelum ini, laman sosial itu menjadi jentera untuk PAS membina imej inklusif, demokratik dan mes ra rakyat serta belia, namun sekarang, Facebook menjadi kaedah terbaik untuk golongan tertentu termasuklah yang masih bersama- sama PAS menyerang pimpinan parti itu. Namun, bagi Pengarah Lajnah Tarbiyah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, beliau bertegas tentang keperluan untuk pimpinan dan ahli untuk memelihara disiplin dan akhlak berjemaah khususnya apabila berhadapan konflik. "Sebenarnya perkara ini pun kita sudah beringatkan berkali-kali kepada semua ahli-ahli dalam program usrah, tazkirah. Kita bagi peringatan. "Ahli kita ok, boleh kontrol (cuma) kadang-kadang depa yang tak terlibat (dengan PAS) yang cetus masalah, itu kita tak boleh buat apa," ujarnya ketika dihubungi Menurut beliau, selain ahli PAS, pimpinan parti itu juga pernah diberikan peringatan supaya tidak ter libat dengan provokasi di laman sosial yang boleh menambah kekeruhan sedia ada. Beliau mengakui, PAS sedang berdepan dengan cabaran teknologi maklumat yang lebih rencam tetapi tetap berharap supaya pendukung PAS kekal menunjukkan kualiti ber organisasi yang lebih matang untuk dicontohi oleh pihak lain. Namun begitu, apa yang menarik untuk diperkatakan adalah konflik ini tidak pula menyebabkan pim pinan atau ahlinya yang keluar parti secara beramairamai sebagai tanda protes. Kalau pun ada, setakat ini yang popular adalah Dato' Tamrin Ghafar yang merupakan bekas Ahli Parlimen Umno. Tetapi harus diingatkan bahawa itu bukanlah sesuatu yang boleh kekal untuk jangka masa yang panjang dan PAS harus menyelesaikan segera konflik yang berlangsung sebelum ia merebak kepada peringkat yang lebih kronik. Ketika disoal tentang kemampuan PAS mengurus konflik, beliau yang juga AJK PAS Pusat masih optimis dengan kemampuan parti itu untuk menangani kemelut ini berbanding pihak lain yang bimbang dengan keberangkalian parti itu untuk berpecah dengan Pakatan Rakyat. Tegas beliau, apa yang sedang berlaku adalah perkara yang biasa kerana kedudukan PAS sebagai sebuah organisasi yang besar dan dianggotai oleh ahli yang mempunyai latar belakang yang pelbagai. "Itu biasa dalam satu organisasi yang besar. Pandangan yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama. Inilah yang orang kata kebijaksanaan kita da lam mengurus berbagaibagai pandangan. "PAS ini pun bukan satu jalur saja. Kita menerima se mua orang dalam kalang an pelbagai pe ringkat akademi, latar belakang dan dari segi sosio- ekonomi, sebab itulah tahap pemikiran kita berbeza," katanya. Bagaimanapun, katanya, apa yang lebih penting adalah kesatuan matlamat PAS pada satu titik-temu untuk mencari keredaan Allah SWT "Itu kehebatan yang ada PAS ini," katanya. | ||||
SUHAKAM belum terima laporan pelarian dianiaya di pusat tahanan Malaysia Posted: 24 Nov 2014 03:49 PM PST Oleh Nur Atiqah Abdul SamadSHAH ALAM: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) masih belum menerima laporan mengenai pendedahan media antarabangsa Al-Jazeera baru-baru. Bagaimanapun, Bahagian Aduan dan Pemantauan Suruhanjaya akan meneliti perkara tersebut dengan serta-merta. Menurut SUHAKAM, sebelum ini pihaknya ada meminta untuk perlindungan yang lebih baik terhadap hak-hak asasi pelarian dan pemohon suaka di Malaysia. "Suruhanjaya telah menerima aduan mengenai isu yang dihadapi oleh pelarian dan pencari suaka, khususnya yang melucutkan hak asasi mereka untuk akses pekerjaan, pendidikan formal dan perkhidmatan kesihatan. "Suruhanjaya mengulangi saranannya kepada kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Berkaitan dengan Status Pelarian 1951," katanya kepada Antarapos melalui satu kenyataan media. Minggu lalu, Al-Jazeera melaporkan pelarian yang berusaha mendapatkan suaka didapati dipukul, tidak diberi makan dan diperguna oleh pihak berkuasa di dua pusat tahanan Malaysia, di tengah-tengah dakwaan amalan rasuah oleh kakitangannya. Bukan itu sahaja, media itu juga memberitahu terdapat pelarian dirantai dan digari, dan ada yang tidak menjamah makanan untuk beberapa hari. Terdapat kanak-kanak ditahan – suatu yang bertentangan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung hak kanak-kanak; dan menemui wanita ditahan selepas beberapa jam melahirkan anak. Menyentuh mengenai terdapat kanak-kanak yang turut ditahan, SUHAKAM berkata pihak berkuasa kini dalam proses mengenal pasti alternatif "Kanak-kanak dalam tahanan, pada masa ini, suruhanjaya, Jabatan Imigresen dan anggota masyarakat sivil sedang dalam proses bagi membentuk satu pasukan petugas untuk melaksanakan perancangan dan pelaksanaan alternatif kepada kanak-kanak di bawah tahanan imigresen. Malah SUHAKAM juga sering mengadakan lawatan ke pusat tahanan untuk memastikan mereka ini mendapat layanan yang sewajarnya. "Lawatan ke pusat tahanan adalah antara tanggungjawab suruhanjaya di bawah Seksyen 4 (2) (d) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597). "Pada tahun 2013, Suruhanjaya telah melawat 14 pusat tahanan imigresen (lawatan berkala dan berasaskan kes) di mana suruhanjaya mendapati bahawa keadaan di pusat-pusat tahanan umumnya memenuhi standard minimum, walaupun masih terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan," menurut kenyataan itu. Di Malaysia, pelarian tidak mendapat pelindungan undang-undang kerana negara ini tidak menandatangani konvensyen PPB yang mengiktiraf pelarian. Ini bermaksud mereka boleh ditahan pada bila-bila masa dan dimasukkan ke pusat tahanan. Kuala Lumpur antara negara yang mempunyai populasi terbesar pelarian dan pemohon suaka, sekitar 150,000 orang. | ||||
Eina Azman dikecam parking kereta di pam minyak Posted: 24 Nov 2014 03:45 PM PST ANTARAPOS.COM SHAH ALAM: Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina dikecam pengguna laman sosial Twitter hari ini, ekoran meninggalkan kenderaannya di pam minyak dan pergi makan di restoran Subway berhampiran stesen tersebut. Ketika kejadian pelakon muda yang sering terpalit dengan kontroversi sebelum ini, bersama dengan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden menaiki kereta jenis Chevrolet Camaro berwarna kuning yang diterima Eina sebagai hantaran ketika majlis perkahwinannya. Perkongsian gambar itu menjadi viral di internet. Menurut pengirim gambar Amir Hamzah Ahmad, tindakan pasangan ini memalukan kerana stesen minyak ada menyediakan kemudahan parking berasingan untuk meletakkan kenderaan dalam tempoh yang lama. "Parking kat petrol pam dan makan di Subway. Pernagai tipikal bangsawan ekspress. Aku tak kisah kau datuk Paduka ke pelakon ke, parking ada kot. Boleh pula kau parking kat situ?," soal beliau. Namun perkara ini belum dapat pengesahan daripada Eina samada kejadian ini sahih atau hanya direka pihak yang dengkikan beliau. Eina berkahwin pada awal September lalu dan menerima wang hantaran sebanyak RM77,000. Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang pelakon lelaki Afiq Muiz namun hubungan tersebut tidak berpanjangan. | ||||
Palanivel kenal dalang tapi tak boleh 'cakap banyak' Posted: 24 Nov 2014 03:39 PM PST MALAYSIAKINI Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel mengakui kewujudan dan mengenali dalang yang terlibat dalam penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands tetapi tidak boleh 'bercakap banyak'. Aktiviti haram itu terdedah luas baru-baru ini bila berlaku bencana banjir kilat berlumpur dan tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu. Palanivel, anggota Parlimen Cameron Highlands, berkata walaupun mempunyai bukti bergambar beliau tidak boleh 'bercakap banyak' atau mendedahkan lebih banyak mengenai perkara itu. "Dulu, kira-kira 20 tahun lalu, Cameron Highlands kawasan terpelihara. Tidak ada penerokaan tanah haram. Pertanian cukup baik. Petani mengusahakan pertanian menguntungkan. Mereka eksport hasil ke Singapura dan negara-negara lain pada nilai hingga RM2 bilion. "Tetapi sekarang sesuatu berlaku. Saya masih tidak dapat mengawalnya," katanya ketika ditemui pemberita di Cameron Highlands hari ini. Beliau sebelum itu menghadiri Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands. Palanivel berkata Persatuan Pekebun Sayur dari masyarakat Cina di Cameron Highlands juga membuat aduan kepadanya mengenai ada pihak tertentu yang bertindak menarah bukit. "Mereka selalu mengadu kepada saya bahawa bukit dirosakkan. Ada 'sesuatu di sebalik sesuatu'. Saya tidak boleh dedahkan terlalu banyak. "Saya ada beberapa gambar, tetapi saya tidak boleh cakap banyak mengenainya. Mereka lakukan kerja haram. Ini berlaku 10...5 tahun lepas," katanya. Palanivel berkata beliau akan mengutus surat kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah untuk mengadap memberi penjelasan berhubung situasi di Cameron Highlands. "Baginda tidak marahkan saya. Saya berada di sini Selasa lepas...," katanya. Pada 20 November, Sultan Ahmad Shah bertitah baginda akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan tentang bantuan kerajaan persekutan kepada kerajaan negeri dalam membanteras masalah pendatang tanpa izin di Cameron Highlands. Baginda turut menzahirkan rasa dukacita terhadap laporan akhbar kononnya Cameron Highlands ditawan 30,000 pendatang tanpa izin warga Bangladesh. Menurut baginda hal itu tidak benar sama sekali. Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 November lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan.- Bernama | ||||
MCA: Keadaan di sekolah macam Amerika 50-an Posted: 24 Nov 2014 03:35 PM PST MALAYSIAKINI MCA mengecam laporan berhubung pengasingan kaum di sebuah sekolah rendah di Setapak, Kuala Lumpur. Parti itu berkata, ia mengingatkan kepada amalan diskriminasi terhadap golongan kulit hitam di Amerika Syarikat sekitar tahun 50-an. Mengulas artikel Malay Mail Online hari ini, senator MCA Chong Sin Woon berkata, jika laporan itu benar, arahan yang dikatakan daripada sekolah itu harus "dikecam dan dibatalkan segera". "Keadaan itu harus dibetulkan oleh pihak berkuasa sekolah dan Kementerian Pendidikan, termasuk surat amaran kepada pegawai sekolah yang mengeluarkan arahan prejudis itu," kata Chong, yang juga ketua Pemuda MCA. Beliau mengaitkan senario itu dengan "doktrin terpisah tetapi sama" di Amerika Syarikat sekitar tahun-tahun 50-an, yang menyaksikan pengasingan warga negara itu yang berketurunan Afrika. | ||||
'Saya takkan ke timur Sabah tanpa pengawal' Posted: 24 Nov 2014 03:33 PM PST MALAYSIAKINI Menegaskan Sabah tidak selamat, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilapor berkata beliau tidak akan pergi ke negeri di bawah bayu itu tanpa pengawal peribadi. "Tanpa pengawal peribadi, saya tak akan pergi ke timur Sabah," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinchew Daily, edisi atas talian. Malah, walaupun bawah perlindungan pengawal peribadi, beliau berkata tidak akan dapat tidur nyenyak ketika melawat negeri di Pulau Borneo itu. Katanya, kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menunjukkan bahawa tempat itu tidak selamat. Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik bersikap jujur terhadap perkara itu daripada menyembunyikannya. Katanya, selain mempromosikan pelancongan, beliau juga bertanggungjawab memastikan keselamatan pelancong di Malaysia. "Saya hanya akan bercakap benar, walaupun di parlimen. Sesetengah orang tidak gembira tetapi itu utusan mereka," beliau dipetik sebagai berkata. | ||||
Polis sifat kematian tahanan sebagai mati mengejut Posted: 24 Nov 2014 03:22 PM PST MALAYSIAKINI Polis Johor menyifatkan kematian seorang tahanan selepas satu serbuan awal bulan ini di Pengerang sebagai mati mengejut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan berkata lelaki itu, yang merupakan suspek bagi satu kes rusuhan, telah ditangkap pada 3 November lepas dalam satu serbuan di Kampung Simon, Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang. "Semasa tangkapan dijalankan, suspek telah bertindak agresif untuk melarikan diri. Ini menyebabkan berlaku pergelutan si mati dengan anggota polis. Laporan polis telah dibuat ke atas tangkapan dan kecederaan si mati dan anggota polis," kata beliau dalam kenyataan semalam. Beliau berkata selepas tangkapan, suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Rengit dan semasa pihak polis membawanya dari Balai Polis Sungai Rengit ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk siasatan lanjut, tiba-tiba suspek mengalami sesak nafas. "Suspek seterusnya dibawa ke Klinik Bandar Penawar. Semasa di klinik, suspek disahkan meninggal dunia, dan bedah siasat dilakukan di Hospital Sultan Ismail. Kes ini disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut," katanya. Hasnan berkata demikian bagi mengulas dakwaan bapa suspek Syed Mohamed Nur Ali, 67, yang anaknya Syed Mohd Azlan, 25, disahkan meninggal dunia oleh Hospital Sultan Ismail disebabkan hentakan benda tumpul di dada. Syed Mohamed Nur menuntut anggota dan pegawai polis pegawai Balai Polis Sungai Renggit, Pengerang, Johor, dibawa kemuka pengadilan. Hasnan berkata pihak polis sedang menyiasat laporan polis yang dibuat oleh bapa suspek dan masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan laporan kimia untuk melengkapkan siasatan kes ini sebelum dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya. Katanya, suspek merupakan salah seorang dari lapan suspek terlibat dalam satu kes rusuhan yang menggunakan senjata di daerah Kota Tinggi pada 19 September tahun ini. Menurutnya suspek juga merupakan penagih dadah dan mempunyai beberapa rekod jenayah dan pernah dikenakan perintah sekatan. Sementara itu, Syed Mohamed Nur pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini berkata sekumpulan anggota polis telah menyerbu rumahnya kira-kira jam 5 pagi di Kampung Baru, Teluk Ramunia, Pengerang dan hanya menyatakan mencari senjata api. "Mereka menyatakan anak saya telah ditahan dan ingin mencari senjata api di rumah berkenaan. Saya beritahu mereka saya hanya ada sepucuk senapang patah dan mempunyai lesen yang sah," katanya. Beliau berkata setelah pihak polis tidak menjumpai sebarang senjata, salah seorang pegawai memintanya untuk datang ke balai untuk membantu siasatan dan mendakwa beliau dikasari oleh beberapa anggota polis semasa ke balai polis tersebut. Syed Mohd Azlan merupakan anak bongsu daripada lima beradik, katanya.- Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan