DIALOG RAKYAT |
- Terbaik Dari K'jaan Selangor: Beri Peruntukan Kpd Semua ADUN Termasuk BN & Bebas
- Punca Hapus Subsidi Bagi Harga Petrol Minyak RON95 & Diesel. Tawaran Harga Minyak RON95 1 Disember Lebih Murah Iaitu RM2.27? Setuju?
- Bertanding untuk ajar PAS – Suee Lim
- 1MDB: DAP P Pinang sokong kenyataan Tony Pua
- ISMA: PAU harus tampilkan pemikiran merdeka
- Pendapatan RM1,500 garis kemiskinan Selangor
- Bangunlah UMNO, contohi pemimpin terdahulu – Ridhuan Tee
- Kerajaan campur tangan bila minyak naik
- Jumlah mangsa banjir di Terengganu tidak berubah
- Bajet Selangor 2015: Azmin Umum RM2.4 Bilion, Dana Terbesar Dalam Sejarah Pakatan
- Pati Di Cameron Highlands: Majikan Tak Terkecuali - Ahmad Zahid
- Letupan Lombong: "Macam Masuk Kubur" - Pasukan Penyelamat
- DUN Selangor: Khalid Tinggalkan Sidang Sebelum Sesi Soal Jawab
- Shafie Ngah timbalan speaker baru DUN S'gor
- DAP kemuka usul tergempar isu pelarian
- Aktivis anti-Akta Hasutan berarak ke parlimen
- MB S'gor jamin tiada belanjawan tambahan
- Penjawat awam terima bonus pada 18 Disember
- Guan Eng Mahu MPPP Saman Pemandunya Jika Parkir Kereta Secara Haram
Terbaik Dari K'jaan Selangor: Beri Peruntukan Kpd Semua ADUN Termasuk BN & Bebas Posted: 24 Nov 2014 03:04 AM PST KELAB GREENBOCS'gor beri RM2.4 juta setahun untuk ADUN BN Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukkan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan. Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukkan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi. Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun. "Saya mencadangkan peruntukan ahli dewan negeri kerajaan ditingkatkan sebanyak RM100,000 menjadi RM700,000 setahun. "Mulai 2015, peruntukkan ADUN akan turut dipanjangkan kepada ADUN Pembangkang dengan peruntukkan sejumlah RM200,000 setahun. "Kerajaan negeri juga mencadangkan sejumlah RM100,000 setahun diperuntukkan kepada penyelaras parlimen yang dilantik oleh kerajaan negeri," kata Azmin. Sebelum mengumumkan peruntukkan kepada wakil rakyat BN, Azmin sempat berseloroh untuk menarik balik peruntukkan itu ketika ADUN-ADUN Pembangkang mula mengetuk meja dan ketawa. "Kalau tak nak, saya nak tarik balik," kata Azmin berseloroh. Sementara itu, pada sidang medianya, Azmin berkata, peruntukkan kerajaan negeri kepada wakil rakyat BN itu pertama kali dilaksanakan di Selangor. Bagaimanapun, katanya ia bukan pertama kali dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat memandangkan peruntukkan itu telah dilakukan di Pulau Pinang. "Setiap ADUN BN akan dapat RM200,000 setahun iaitu bersamaan RM2.4 juta untuk BN," kata Azmin Ketika ditanya adakah peruntukkan itu turut diberi kepada ADUN Pelabuhan Klang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (atas), Azmin hanya menjawab: "Dia penyelaras DUN. Kita bagi. Sekarang kita pun ada penyelaras parlimen, kita juga bagi," katanya lagi. LIHAT VIDEO DI SINI ULASAN GB Terbaik dari YAB Mohamed Azmin. Tak macam di negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan BN. Dah bertahun-tahun tiada peruntukan untuk ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan Bebas. Malah di peringkat parlimen pun begitu. Kerajaan BN hanya menyalurkan peruntukkan kepada MP-MP dari BN disamping menganaktirikan MP-MP Pakatan. Buktinya:
|
Posted: 24 Nov 2014 02:55 AM PST Selepas Hapus Subsidi Bagi Harga Petrol Minyak RON95 & Diesel, Harga Minyak RON95 1 Disember Lebih Murah Iaitu RM2.27? : Dahulu mungkin ramai daripada majoriti rakyat malaysia yang tidak terfikir walau sekelumit pun bahawa negara kita yang mempunyai simpanan hasil mahsul emas hitam iaitu petroleum di mana kita disogokkan dengan bantuan subsidi minyak dan gas selama ini bakal ditarik balik. Menjelang akhir tahun 2014, ia bakal menjadi realiti. Setelah berpuluh tahun, rakyat Malaysia menikmati subsidi minyak bermula, tetapi 1 Disember 2014 tiada lagi subsidi untuk anda baik rakyat marhaen (minyak petrol RON95) dan juga rakyat berpendapatan tinggi (minyak petrol RON97) setelah kerajaan Malaysia sudah tidak tertanggung lagi untuk memberikan subsidi kepada anda semua. Menteri yang bertanggungjawab, dan antara menteri yang paling popular dalam kabinet Malaysia selain Ahmad Maslan, iaitu Datuk Seri Hasan Malek Menteri KPDNKK sendiri telah tampil mengesahkan melalui kenyataan seperti di bawah : Harga Petrol Minyak RON95 & Diesel Lebih Murah 1 Disember Ini. Jaminan Kerajaan
KLIK SINI : Harga Minyak Dunia Jatuh, Subsidi RON95 Berkurangan? Di Mana Penjimatan Digunakan Kerajaan? Perlu diingat, harga minyak dunia ditentukan oleh negara pengeluar minyak melalui persidangan OPEC bagi mengatasi isu ketidakseimbangan harga minyak dunia pada ketika ini sekaligus akan ada rombakan melibatkan pengeluaran minyak dunia yang akan dikawal semula bagi membolehkan harga minyak dunia kembali stabil dan naik semula selepas ini. Nampaknya, kerajaan menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang yang ada disebalik krisis harga minyak dunia pada ketika ini untuk mengangkat tangan sebagai tanda "lepas sudah tanggungjawab kerajaan menanggung subsidi minyak dan diesel untuk anda semua" terutamanya yang menggunapakai minyak RON95. Realiti dan sebenarnya, pendapatan daripada hasil minyak yang diperolehi sudah jatuh menjunam daripada jangkaan. Semasa pembentangan Bajet 2014, harga minyak dianggarkan US$110 setong dan perbelanjaan negara termasuk pemberian subsidi yang perlu diberikan berdasarkan harga minyak tersebut. Tetapi….secara tiba-tiba harga minyak dunia telah jatuh mendadak, pendapatan negara juga jatuh sehingga menyebabkan bajet yang telah diperuntukkan daripada awal tidak cukup. Dan berita gembira yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia pada 1 Disember 2014 berapa banyak sebenarnya pengurangan harga minyak turun bagi RON95 yang mampu ditawarkan melihatkan harga minyak dunia terus jatuh ke paras yang lebih rendah, terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengatakan rakyat Malaysia mampu merasai harga minyak yang jauh lebih rendah iaiatu sekitar RM2.27 seliter bermula 1 Disember ini berdasarkan mekanisme pengiraan harga purata minyak mentah dunia pada ketika ini. Bagaimana setuju? Apa kata dan respon anda selepas kerajaan bertindak drastik, tarik balik dan hapus subsidi petrol minyak RON95 dan diesel baru-baru ini? Mengapa? |
Bertanding untuk ajar PAS – Suee Lim Posted: 24 Nov 2014 02:51 AM PST Ia termasuk tanda tidak senang hati DAP atas tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menghadiri mesyuarat khas PR SHAH ALAM: ADUN DAP-Sekinchan, Ng Suee Lim menyatakan tindakannya bertanding merebut jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor sebagai mengajar PAS supaya berkelakuan baik sebagai anggota Pakatan Rakyat. Katanya, PAS tidak memperlihatkan semangat perpaduan PR dalam isu pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini. "Ia termasuk tanda tidak senang hati DAP atas tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menghadiri mesyuarat khas PR," tambahnya. Suee Lim menambah, keputusan bertanding juga bertujuan mencipta satu budaya baru dalam PR dan bukannya sesuatu jawatan hanya ditentukan oleh satu calon sahaja. Katanya, beliau dengan Mohd Shafie Ngah merupakan kawan baik kerana sama-sama berasal dari Sekinchan dan menambah, "Saya sedar bukan mudah untuk menang tapi tidak salah mencuba." ADUN Sekinchan itu berkata, beliau menikmati sokongan penuh daripada semua ADUN DAP berikutan memperoleh 14 undi dalam pengundian sulit ketika memilih Timbalan Speaker. Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali ketika mengulas isu ini berkata, DUN Selangor bersifat demokrasi dan membuka cadangan kepada ADUN yang mahu mengemukakan pencalonan. "Kita buat begitu sebab kita mengamalkan demokrasi," katanya ketika sidang media selepas membentangkan Bajet Selangor 2015 di DUN Selangor. Sementara itu, Timbalan Speaker, Mohd Shafie Ngah yang baru dilantik berkata, walaupun Menteri Besar sudah berjanji memberikan jawatan tersebut kepada PAS, beliau menganggap pemilihan terbuka itu sebagai amalan demokrasi. |
1MDB: DAP P Pinang sokong kenyataan Tony Pua Posted: 24 Nov 2014 02:48 AM PST SINAR HARIAN Lim Guan Eng BUKIT MERTAJAM - DAP Pulau Pinang hari ini menyokong pendirian Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk tidak memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Tony Pua hanya mahukan jawapan daripada 1MDB berhubung pelaburan mereka yang banyak mendatangkan kerugian. Katanya, pertanyaan Tony Pua adalah sama seperti mana sebelum ini yang ditanya oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Kami akan berdiri bersama Tony Pua, yang mahukan jawapan daripada 1MDB tentang pinjaman dan perniagaan yang tidak mendatangkan keuntungan. "Kami bukan senang dibuli, kalau berani samanlah Mahathir," katanya dalam ucapan di konvensyen DAP Pulau Pinang di sini. Dalam laporan Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan notis tuntutan terhadap Pua, yang juga Pengerusi DAP Selangor, supaya menarik balik kenyataannya berhubung 1MDB. Najib juga mahu Pua menyiarkan permohonan maaf dalam masa 14 hari dalam dua akhbar tempatan. - Bernama |
ISMA: PAU harus tampilkan pemikiran merdeka Posted: 24 Nov 2014 02:45 AM PST Perwakilan dan pemimpin UMNO perlu membahas pelbagai isu secara bebas tanpa terikat dengan idea-idea lama yang ditinggalkan penjajah dan pentafsiran sekular terhadap perundangan dan perlembagaan. Lapor portal Ismaweb.net, Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata apa yang dinantikan adalah sikap konsisten dalam memperjuangkan kedaulatan bangsa Melayu dan kesungguhan memperkukuhkan kedudukan Islam yang merupakan teras jati diri bangsa dan negara dalam dasar pembangunan negara. Atas landasan itu, tambah belau, mereka perlu berani membahaskan isu-isu penting berkaitan kenegaraan terutama yang berkaitan identiti negara, perundangan, integrasi nasional, kedudukan ekonomi orang Melayu Islam dan bumiputera agar sentiasa sejajar dengan kehendak siasah syariah dan kepentingan umat Islam, bumiputera serta perpaduan nasional. "Mereka juga harus mempertegaskan komitmen yang tinggi dalam menjunjung syariat Islam, perundangan dan perlembagaan negara mengatasi kepentingan peribadi dan politik. Untuk itu mereka perlu berani melakukan koreksi diri dan membuat pembetulan dalam amalan politik dan pelaksanaan dasar-dasar negara sejajar dengan kehendak agama, undang-undang dan perlembagaan," katanya. Tegas Abdullah, isu-isu tanah rizab Melayu, dasar pendidikan, sekolah vernakular, undang-undang syariah, dasar ekonomi, undang-undang perlembagaan berkaitan hak keistimewaan Melayu dan bumiputera, kuota, dasar ekonomi dan sebagainya perlu dibahas secara merdeka dan bebas tanpa terikat dengan idea-idea lama yang ditinggalkan penjajah dan pentafsiran sekular terhadap perundangan dan perlembagaan. Beliau berkata demikian sebagai seruan kepada semua perwakilan UMNO yang akan bersidang di Perhimpunan Agung Umno 2014 dari 25 hingga 29 November ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur. Katanya, sepatutnya kita sudah mampu berfikir sendiri dan berdikari membangunkan dasar-dasar pemerintahan mengikut acuan sendiri setelah 57 tahun negara mencapai kemerdekaan. Abdullah menambah: "Kemerdekaan telah mengembalikan kuasa pemerintahan kepada pemilik asalnya. Mengiktiraf kewarganegaraan kepada bukan bumiputera tidak sepatutnya mengurangkan kedudukan orang Melayu atau bumiputera sebagai bangsa yang berdaulat di wilayah kedaulatan mereka atau menafikan Islam sebagai teras jati diri bangsa dan negara Malaysia. "Bahkan orang Melayu sepatutnya, tidak lagi perlu terikat dengan dasar pemerintahan yang dipaksakan oleh penjajah British ke atas mereka. Sebaliknya mereka perlu bebas sepenuhnya merangka dasar mengikut inspirasi dan kepentingan bangsa dan negara," ujar beliau. Justeru itu, mereka perlu memiliki pemikiran yang merdeka, memilih acuan sendiri dalam pemerintahan dan pembangunan negara. Beliau seterusnya menegaskan, pemikiran politik Melayu juga tidak harus dikongkong oleh ketamakan bangsa lain sehingga terpaksa mengambil langkah dan dasar kaku yang mengorbankan cita-cita bangsa sendiri secara berterusan. "Toleransi dan keterbukaan tidak harus menjadi belenggu yang mengekang kemajuan dan penguasaan Melayu dan bumiputera dalam bidang ekonomi, pentadbiran, politik, perundangan dan sebagainya," katanya. |
Pendapatan RM1,500 garis kemiskinan Selangor Posted: 24 Nov 2014 02:43 AM PST Sebagai negeri termaju, Selangor tidak boleh menggunakan kriteria paras kemiskinan yang disediakan Putrajaya . SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menyatakan dalam usaha untuk mencapai keadilan sosial dan pengagihan yang adil, kemiskinan perlu dibasmi di negeri Selangor.Menurutnya, di bawah Strategi 1, bagi Teras Belanjawan 2015, iaitu membesarkan lapisan kelas menengah melalui program HIJRAH, jika menggunakan ukuran kemiskinan tegar yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu pendapatan isu rumah di bawah RM520, maka Selangor telah bebas daripada belenggu kemiskinan tegar. Namun, pada kadar Purata Garis Kemiskinan Kebangsaan RM830, isi rumah di negeri Selangor masih mencatatkan insiden kemiskinan sebanyak 0.4 peratus. "Sebagai negeri termaju, Selangor tidak boleh menggunakan kriteria paras kemiskinan yang disediakan oleh Putrajaya. Oleh itu, kerajaan negeri telah menetapkan paras yang realistik dan bertanggungjawab iaitu RM1,500 sebagai garis kemiskinan di negeri Selangor," katanya sewaktu berucap membentangkan Belanjawan Selangor 2015 di Dewan Undangan Negeri, hari ini. Beliau berkata, berdasarkan kriteria itu, 30 peratus daripada penduduk Selangor berada di bawah garis kemiskinan. "Oleh yang demikian, kerajaan perlu melipat gandakan usaha memartabatkan kelompok ini supaya mereka diupayakan untuk keluar dari kemiskinan. Maka, dana bagi mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan perlu ditingkatkan," jelasnya. Tambah Azmin, Kerajaan Negeri akan memperkasakan pembiayaan melalui Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR). Menurut beliau, kerajaan negeri akan menaikkan siling peruntukkan untuk kedua-dua dana tersebut kepada RM100 juta berbanding hanya RM70 juta sebelum ini. SkimSel ditingkatkan kepada RM60 juta manakala, MiMBAR dinaikkan kepada RM40 juta. "Semua program ini akan disepadukan di bawah inisiatif HIJRAH untuk melonjakkan golongan miskin ini berhijrah memasuki kumpulan berpendapatan menengah," ujarnya lagi. |
Bangunlah UMNO, contohi pemimpin terdahulu – Ridhuan Tee Posted: 24 Nov 2014 02:39 AM PST Mahu kaya, tetapi malas bekerja. Akhirnya, mengamalkan rasuah. Mahukan agama, tetapi tidak mahu berkorban Sebagai contoh beliau berkata, pemimpin agung India, Mahatma Gandhi sentiasa menaiki kereta api kelas ketiga bagi memudahkannya untuk bertemu rakyat bawahan. Sikap rendah diri pemimpin India itu menurut beliau terserlah "Apabila ditanya: 'kenapa selaku pemimpin besar, menaiki keretapi kelas ketiga, bukan pertama?' Gandhi menjawab: 'Aku memilih kelas ketiga, sebab tidak ada kelas empat'." Menurut Ridhuan, pemimpin yang berdosa adalah pemimpin politik yang tidak berprinsip, "Mahu kaya, tetapi malas bekerja. Akhirnya, mengamalkan rasuah. Mahukan agama, tetapi tidak mahu berkorban." Katanya, pemimpin UMNO hari ini suka menunjukk kehidupan yang serba mewah dan terpisah daripada rakyat sambil menambah, "Masih adakah pemimpin seperti Gandhi hari ini? Wahai UMNO, bukan maksud saya selepas ini, kita berpakaian compang-camping atau menjadi papa kedana." "Apa yang tersirat dan tersurat, pemimpin mesti bersama rakyat dan menyelami hati nurani rakyat. Susah senang dirasai bersama," katanya yang juga merupakan kolumnis Sinar Harian. Beliau mendakwa, hari ini, seolah-olah kelihatan berlaku. Ada yang berlagak dengan rumah dan kereta besar. Anak-anak dihantar ke sekolah swasta dan luar negara. Tambah Ridhuan, menjadi pemimpin atau ketua bahagian dan cawangan seolah-olah tiket untuk menjadi kaya yang mana, "anak-anak dihantar ke sekolah swasta dan luar negara." Bagi mengekalkan dan memenangi jawatan kata beliau, berbagai perkara akan dilakukan, termasuk merasuah serta menyoal, "Tidak takutkah kita dengan api neraka?" "Pemimpin dipilih bukan kerana akhlak dan daya intelektualnya, tetapi pemimpin dipilih berasaskan berapa banyak habuan yang diberi," jelasnya. |
Kerajaan campur tangan bila minyak naik Posted: 24 Nov 2014 02:36 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Kerajaan akan campur tangan jika harga minyak mentah dunia naik terlalu tinggi bagi mengurangkan kesan terhadap petrol RON95 dan diesel. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata, bagaimanapun, mekanisme campur tangan itu belum dimuktamadkan dan proses penilaian yang dilaksana oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan masih berlangsung. "Langkah kerajaan membiarkan kuasa pasaran menentukan harga bahan api menerusi kaedah pengapungan terkawal bertujuan membolehkan pengguna menikmati trend penurunan harga minyak global sekarang. "Mekanisme pengapungan terkawal itu yang akan dikuat kuasa 1 Disember ini diumum Jumaat lepas, menggantikan pelan awal kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar mengikut pendapatan," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia Ke-19, di sini hari ini. Katanya, dengan harga minyak semasa yang rendah, jika tidak diumumkan pengapungan bermakna kerajaan harus mengenakan cukai terhadap petrol. Ini bukan yang mahu kita capai. Sebagai perbandingan, Chua berkata Indonesia mengenakan harga RM2.35 seliter bagi petrol bergred rendah RON88 manakala premium RON92 dan RON95 masing-masing pada RM2.70 dan RM3.20 seliter, iaitu jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia, disebabkan cukai. Beliau percaya harga minyak dunia tidak akan meningkat dalam masa terdekat, selain kenyataan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum juga tidak membayangkan pengurangan eksport. "Bagaimanapun, kami akan terus memantau perkembangan bagi memastikan pengapungan harga bahan api tidak menjadi beban tambahan kepada rakyat. Kerajaan juga memperuntuk bajet subsidi sekitar RM37 bilion tahun depan. "Jika ada trend kenaikan harga minyak, kerajaan akan meneliti mekanisme lain, sama ada menerusi subsidi atau bantuan, bagi memastikan rakyat tidak terjejas teruk," kata Chua. Beliau berkata kejatuhan harga minyak dunia turut menyumbang kepada penjimatan antara RM10 bilion dan RM20 bilion setahun dari segi subsidi memandangkan setiap bulan RM2 bilion dibelanjakan untuk tujuan itu. - Bernama |
Jumlah mangsa banjir di Terengganu tidak berubah Posted: 24 Nov 2014 02:30 AM PST SINAR HARIAN KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Kuala Terengganu dan Marang tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa hanya berkurangan sedikit petang ini berbanding pagi tadi. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, jumlah mangsa di kedua-dua daerah itu petang ini adalah seramai 327 orang berbanding 353 orang pada sebelah pagi. Di Kuala Terengganu, pusat pemindahan masih kekal di Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Gong Badak yang menempatkan 250 orang dan di SK Tok Jiring yang menempatkan 60 mangsa. Di Marang pusat pemindahan yang masih beroperasi ialah di SK Pasir Puteh yang menempatkan 17 orang mangsa. Keadaan cuaca di Kuala Terengganu sejak pagi adalah mendung dengan hujan lebat sekali-sekala. - Bernama |
Bajet Selangor 2015: Azmin Umum RM2.4 Bilion, Dana Terbesar Dalam Sejarah Pakatan Posted: 23 Nov 2014 11:22 PM PST Jumlah berkenaan adalah yang terbesar dalam sejarah Pakatan Rakyat di Selangor ketika di bawah kepimpinan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pada 2014, kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan bajet berjumlah RM1.8 bilion, manakala sebanyak RM1.63 diperuntukkan dalam bajet 2013. Bajet 2015 yang bertemakan 'Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli' pertama kali dibentangkan Azmin sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan Selangor daripada Khalid pada September lalu. Menurut Azmin, kutipan hasil kerajaan Selangor bagi 2015 dianggarkan meningkat 6.49 peratus kepada RM1.97 bilion berbanding RM1.85 bilion pada 2014. "Di bawah peruntukan mengurus, RM385 juta adalah bagi emolumen dan RM443.5 juta disediakan bagi perkhidmatan dan bekalan. "Manakala RM17.6 juta diperuntukkan kepada pembelian aset. Sejumlah RM426.5 juta disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM16 juta untuk perbelanjaan lain," katanya pada Isnin. Tambah beliau, bagi tujuan pembangunan, sejumlah RM277.3 juta diperuntukkan bagi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan RM106.6 juta disediakan bagi perkhidmatan masyarakat, pembangunan luar bandar, sektor perbandaran dan pembangunan usahawan. "Seterusnya RM100.2 juta diperuntukkan bagi pembangunan sosial termasuk pendidikan, perumahan, pembangunan belia dan sukan dan pembangunan insan. "Sejumlah RM48.9 juta akan diperuntukkan bagi pembangunan khas negeri dan RM44.4 juta bagi pengambilan balik tanah. "Bagi pentadbiran am, sejumlah RM33.8 juta diperuntukkan, manakala bagi pembangunan adat Melayu dan warisan serta pelancongan, sejumlah RM9.25 juta disediakan," katanya. |
Pati Di Cameron Highlands: Majikan Tak Terkecuali - Ahmad Zahid Posted: 23 Nov 2014 11:20 PM PST PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran kepada ejen pekerja asing tanpa izin (Pati) di Cameron Highlands dan tidak terkecuali, 'pemilik' tanah haram yang mengupah mereka berkerja. Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan dengan jelas bahawa ejen dan penduduk tempatan yang melakukan penerokaan tanah tanpa mengikut undang-undang tanah juga akan menjadi sasaran. "Ya, pekerja mungkin merupakan orang-orang yang melakukan pembersihan tanah itu tetapi siapa yang mengupah mereka? Bagaimana dengan ejen yang membawa mereka? ," tanya beliau. "Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat dan bertindak terhadap semua pemutus undang-undang di Cameron Highlands," kata Ahmad Zahid selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-60 Lembaga Penapisan Filem Malaysia. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pasukan tentera telah dipanggil untuk membantu meningkatkan operasi berikutan permintaan dari pelbagai agensi. "Bantuan tentera diperlukan kerana carian melibatkan kawasan hutan," katanya, sambil menambah peranan tentera akan ditentukan selepas lawatan Timbalan Perdana Menteri pada Isnin. "Kami akan bersikap adil dan tidak akan menghukum orang yang tidak bersalah," katanya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kira-kira 40 pendatang tanpa izin telah ditangkap dalam operasi besar-besaran pada Sabtu malam. Mengenai dakwaan oleh kumpulan hak asasi asing Tenaganita bahawa terdapat pekerja yang mati di pusat tahanan Ringlet, Khalid berkata, dia tidak tahu mengenai perkara itu dan akan menyiasat. Beliau berkata, di bawah program 3 + 1 jabatan itu, pendatang tanpa izin masih boleh menyerah dan dihantar pulang ke negara masing-masing tanpa ditahan atau didakwa. "Oleh kerana program ini hanya akan berlangsung sehingga 31 Disember, mereka perlu mengambil peluang ini dan berani untuk keluar," kata Mustafa. Seramai 181 pendatang ditahan sejak operasi bermula pada 9 November lalu. Laporan media mendakwa bahawa terdapat lebih 30,000 pendatang haram di kawasan tanah tinggi itu. Walau bagaimanapun, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mempertikaikan angka itu. Sebagai tindak balas kepada operasi yang sedang berjalan, Cameron Highlands Setiausaha Persatuan Penanam Sayur Chay Ee Mong berkata: "Pihak polis dan tentera datang, apa yang boleh kami lakukan? "Mereka melayan petani di sini sebagai musuh negara, bahkan lebih buruk daripada komunis. "Bagi warga asing yang tidak menjalankan perniagaan atau pembersihan tanah haram, berikanlah mereka peluang dan benarkanlah mereka untuk kekal di sini. Kami berharap tindakan lebih lembut dapat diambil. "Tiada pekerja bermaksud tidak menanam, yang bermaksud tidak sayur-sayuran dan juga bermaksud tidak ada petani." |
Letupan Lombong: "Macam Masuk Kubur" - Pasukan Penyelamat Posted: 23 Nov 2014 11:19 PM PST "Semakin masuk ke dalam, ia semakin sempit. Apabila masuk, anda boleh berjalan tegak tetapi hanya puluhan meter, selepas itu terowong mula semakin tertutup. Anda perlu membongkok, kemudian merangkak, " kata Kana Tawi, 27, yang merupakan salah seorang anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) yang dihantar selepas berlakunya letupan pada Sabtu. "Ia membuatkan saya berfikir tentang terowong yang digali oleh Viet Cong sebagai tempat persembunyian. Saya melihat gambar-gambarnya di Discovery Channel. Pada malam itu, saya rasa seperti berada di tempat yang sama, "katanya. Kana berkata, rangkaian terowong adalah rumit dengan bahagian yang menyerupai tempat makan, dihubungkan melalui laluan sempit. Pasukan Hazmat telah dihantar ke sana untuk menilai keselamatan sebelum penyiasat forensik boleh masuk ke dalamnya. Pasukan itu membuat keputusan untuk menutup tempat itu pada masa sekarang, yang bermaksud tidak ada orang lain yang akan melihat kesan dan akibat daripada letupan. "Tahap metana adalah terlalu tinggi. Kami terpaksa keluar setelah menjelajah selama satu jam," kata Kana. "Kami hanya boleh lalu dalam jarak beberapa ratus meter." Gambar tapak letupan itu juga masih tiada kerana 'flash kamera adalah berbahaya untuk udara' katanya, sambil menambah tugas mereka adalah untuk memerhati dan menilai tahap keselamatan. Kana berkata, bahagian tepi terowong telah disokong oleh papan, manakala kepingan logam di bahagian atas. "Terdapat bar keluli yang menegak untuk memastikan terowong utuh. "Ia tersangat licin dan tanahnya berlumpur," katanya. Ahli pasukan memakai gear keselamatan dengan berat kira-kira 30 kilogram (kg) yang terdiri daripada sut kalis-letupan, but berat, topeng muka penuh dan pengesan gas berbahaya. "Ketua pasukan kami juga membawa pengesan yang lebih khusus," kata Kana. "Selepas setiap 50 meter, kami akan berhenti untuk mengukur udara." Ditanya sama ada beliau bimbang ketika melalui perjalanan 130 kilometer (km) ke lombong itu, Kana berkata pada suatu ketika dia merasa seperti mahu muntah ketika berada di dalam trak Hazmat. "Tetapi apabila sampai ke sana, anda hanya perlu percaya dengan peralatan anda. Jika tidak, anda tidak mempunyai keyakinan untuk berkerja." Kana berkata pelombong boleh bekerja dalam keadaan yang sukar. "Tidak ada lampu. Tempatnya basah dan sempit. Kami terpaksa bergerak seorang demi seorang. "Kami mengesan abu, mungkin disebabkan oleh letupan di bahagian yang lebih dalam." "Saya berasa sedih untuk pelombong mati," kata Kana. Pasukan itu masuk pada pukul 8 malam hari Sabtu, kira-kira 12 jam selepas letupan itu dipercayai telah berlaku. Hujan malam tadi merumitkan keadaan kerana bahagian rendah terowong telah banjir. |
DUN Selangor: Khalid Tinggalkan Sidang Sebelum Sesi Soal Jawab Posted: 23 Nov 2014 11:10 PM PST Khalid dilihat berbuat demikian selepas DUN Selangor selesai menjalankan proses pengundian pemilihan bagi jawatan timbalan speaker. Tindakan tergesa-gesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu bagaimanapun gagal dihidu pihak media yang berada di bangunan tambahan DUN Selangor. Terdahulu, sebelum persidangan DUN Selangor bermula pada pukul 10 pagi Isnin, Azmin dilihat bersalaman dengan semua wakil rakyat termasuk Khalid. Baru-baru ini, Khalid dikaitkan dengan kontroversi pembayaran pampasan berjumlah RM2.6 juta kepada lapan bekas pembantunya. Pembayaran tersebut dibuat Khalid di penghujung tempoh perkhidmatannya sebelum Azmin mengambil alih jawatan menteri besar. |
Shafie Ngah timbalan speaker baru DUN S'gor Posted: 23 Nov 2014 10:59 PM PST MALAYSIAKINI Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi Dr Mohd Shafie Ngah dilantik sebagai timbalan speaker DUN Selangor yang baru. ADUN PAS itu dilantik menduduki jawatan itu selepas mendapat undian sebanyak 28 undi. Mohd Shafie dilantik sebagai timbalan speaker selepas namanya dicalonkan oleh ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad dan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman. "Dengan ini saya sukacita memasyhurkan Tuan Shafie Ngah dipilih sebagai timbalan speaker," kata Speaker Dewan Hannah Yeoh. Selain Mohd Shafie, turut dicalonkan sebagai timbalan speker ialah ADUN DAP Sekinchan Ng Swee Lin. Ng dicalonkan oleh ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan ADUN Kinrara Ng Sze Han. Bagaimanapun, pemimpin DAP itu itu hanya mendapat 14 undi. Pemilihan timbalan speaker yang baru dibuat susulan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatannya kerana dilantik sebagai exco kerajaan negeri yang baru. Sebelum sesi undian dijalankan, Ketua Pembangkang Datuk Shamsuddin Lias memberitahu dewan negeri bahawa semua ADUN BN tidak mahu mengambil bahagian dalam sesi pemilihan itu. "Berkenaan pemilihan ini, semua ADUN daripada BN tidak mahu mengambil bahagian," katanya yang juga ADUN Sungai Burong. Selepas itu, Hannah yang juga ADUN Subang Jaya berkata terpulang kepada mereka sama ada untuk mengambil bahagian atau tidak |
DAP kemuka usul tergempar isu pelarian Posted: 23 Nov 2014 10:53 PM PST MALAYSIAKINI Dua anggota parlimen DAP hari ini mengemukakan satu usul tergempar untuk membincangkan mengenai dokumentari oleh agensi berita Al Jazeera yang mendedahkan mengenai keadaan pelarian di Malaysia. Berhujah bahawa kerajaan tidak memberi maklum balas mengenai dokumentari bertajuk 'Malaysia's Unwanted' yang disiar empat hari lalu, MP Segambut, Lim Lip Eng dan MP Serdang, Ong Kian Ming menggesa Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul itu. Lim mengemukakan usul itu kepada Pandikar pagi ini bawah peraturan mesyuarat 18(1). "Mengenai isu dalam dokumentari ini, jika tidak ditangani dengan sewajarnya, akan menjejaskan keupayaan Malaysia untuk mempengerusikan negara Asean," usul itu dibacakan. |
Aktivis anti-Akta Hasutan berarak ke parlimen Posted: 23 Nov 2014 10:51 PM PST NADIA OTHMAN Sekumpulan aktivis penentang Akta Hasutan 1948 pagi ini berarak ke Parlimen bagi menuntut petisyen bantahan orang ramai terhadap undang-undang itu dibincangkan. Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) berkumpul pada jam 10.00 pagi di Padang Merbok, Kuala Lumpur sebelum bergerak ke parlimen, tidak jauh daripada tempat itu. Antara hadir menyatakan sokongan termasuk NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL). Mereka bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke parlimen, antaranya kerana tidak memenuhi kod etika pemakaian. Tidak puas hati dengan perkara itu, peguam Latheefa Koya menegaskan mereka datang secara aman. Bagaimanapun, selepas bertekak kira-kira 15 minit dengan pengawal, sebahagian mereka dibenarkan masuk. Petisyen itu bagaimanapun kemudiannya ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana alasan teknikal dan ia sedang dalam pertimbangan kerajaan. (*) NADIA OTHMAN wartawan pelatih di Malaysiakini. |
MB S'gor jamin tiada belanjawan tambahan Posted: 23 Nov 2014 10:47 PM PST MALAYSIAKINI Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau mengambil pendirian untuk "jujur" kepada rakyat dengan mengemukakan jumlah sebenar belanjawan negeri bagi tahun 2015. Menurut Azmin, beliau turut memberi jaminan tidak akan memanggil sidang dewan bagi membentangkan belanjawan tambahan seperti yang pernah dilakukan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini. "Kaedah yang dilakukan ketika pembentangan (dulu), ia dibentangkan dengan kaedah belanjawan berimbang. Tetapi setelah tiga, empat bulan kemudian akan dibawa semula ke dewan dan mengemukakan belanjawan tambahan. Jadi ini menyebabkan perbelanjaan itu bertambah setiap tiga, enam bulan. "Saya mengambil pendirian yang berbeza untuk mengemukakan secara jujur kepada Dewan dan rakyat. Ini adalah jumlah yang akan dibelanjakan untuk (tahun) 2015 daripada awal. "Saya beri jaminan, tidak ada belanjawan tambahan bagi 2015," katanya pada sidang media selepas membentangkan belanjawan negeri Selangor 2015 di Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam |
Penjawat awam terima bonus pada 18 Disember Posted: 23 Nov 2014 10:40 PM PST Mohamed Azmin Ali SHAH ALAM - Penjawat awam di Selangor bakal menikmati bonus sebanyak setengah bulan gaji pada 18 Disember depan.Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, pemberian bonus akhir tahun itu dilakukan bagi membantu penjawat awam bagi menghadapi persediaan untuk persekolahan anak-anak. "Sebuah kerajaan yang efisyen dan kuat adalah hasil daripada sinergi dan usaha sama pentadbiran awam. "Pemberian bonus ini dilakukan atas sumbangan mereka (penjawat awam) dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti," katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan Belanjawan Selangor 2015 yang berlangsung di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini. Jelas beliau lagi, pemberian bonus tersebut dibuat bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang mengurus dan membantu menyelaras pelbagai sektor pentadbiran dan pembangunan di negeri tersebut. |
Guan Eng Mahu MPPP Saman Pemandunya Jika Parkir Kereta Secara Haram Posted: 23 Nov 2014 03:49 PM PST "Saya telah beritahu pemandu saya jika dia bersalah (parkir kereta secara haram), dia perlu berhadapan akibatnya dan dikenakan denda," katanya pada Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di sini, Ahad. Beliau memberi respons kepada delegasi cawangan Chai Leng Park, Shamsher Singh Thind yang menegur MPPP kerana komited menunda kereta-kereta yang diparkir secara salah tetapi hanya "buat bodoh" apabila ia melibatkan kereta ketua menteri. Dilaporkan pada Facebook 'MPPP Watch' bahawa kenderaan rasmi Lim, dengan nombor pendaftaran PG1 dikesan diparkir pada laluan basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara. Lim turut meminta Pengerusi Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow supaya mengarahkan MPPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai untuk mengeluarkan saman kepada exco-exco sekiranya kereta mereka didapati diparkir secara haram. "Kadang-kadang, pemandu-pemandu mengambil jalan mudah dengan memarkir kenderaan mereka secara garam. Kita akan mintak pihak berkuasa tempatan untuk mengeluarkan saman-saman sekiranya terdapat bukti," katanya. Lim turut menegur media kerana membesarkan isu keretanya daripada membuat laporan tentang perkara-perkara yang dibangkitkan beliau. "Kita tidak katakan bahawa laporan tentang parkir kereta saya itu salah tetapi saya harap diberi layanan yang adil untuk berita-berita lain juga," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan