DIALOG RAKYAT |
- Apa untungnya DAP serang PAS?
- Nilai Eksport Malaysia Jatuh & Pelaburan Asing Lembap. Ringgit Malaysia Semakin Mengecil Dibandingkan Dollar Singapura & Amerika
- Harga Minyak Dunia Turun Serendah (US$77.44). Kata Ahmad Maslan, Harga Minyak Malaysia (RON95) Boleh Turun Tetapi Bersyarat!
- Papagomo Reka Fitnah Baru... Tuduh Blog Papagomo Itu Milik Anwar Ibrahim
- 'Tak perlu persetujuan Majlis Raja-Raja untuk mansuh Akta Hasutan'
Posted: 17 Nov 2014 09:06 PM PST Tidak dinafikan dalam masa lebih 10 tahun lalu dan mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang DAP adalah parti yang terus maju sama ada ia bersama Pakatan Rakyat ataupun tidak bersama Pakatan Rakyat. Sama ada PAS menyokongnya atau tidak, kuasanya di Pulau Pinang tidak tergugat. Sama ada ia dalam Pakatan atau kembali bersendirian, sekurang-kurangnya untuk dua kali PRU lagi kuasanya tidak tergugat. Tidak mengapa jika ia merasa lebih selesa dan di hadapan lain-lain parti sekutunya dalam Pakatan. Tetapi tidak banyak dapat membantu Malaysia dan rakyatnya jika ia merasa sombong dengan kedudukannya yang ada. Peranan semua parti kerabat Pakatan sama penting bagi membina politik baru di Malaysia, mencabar monopoli kuasa BN di Putrajaya, seterus bagi menggantikan kerajaan rasuah dan tidak bermaruah yang ada bagi digantikan dengan sebuah kerajaan tata urus yang baik, adil, bersih dan bermaruah. Ini saja masa yang terbaik, dan dengan muafakat Pakatan yang ada saja, perubahan itu dapat dilakukan. Sepatutnya Putrajaya sudah boleh diambil setahun lalu, hanya tidak memihak kepada Pakatan. Pakatan sudah dikira menang dalam PRU lalu. Biarlah saya katakan PAS adalah kelemahan dan mungkin banyak, tetapi tidaklah seburuk BN dan semua komponennya. Dan tidaklah sekutu-sekutunya dalam Pakatan tiada kelemahan langsung. PAS ada kebaikan dan kekurangan, demikian juga sekutunya. Tetapi dengan mencerca PAS dan pimpinannya secara terbuka tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada semua – setiap pihak dalam Pakatan, rakyat dan negara. Cina dan India mungkin tidak tahu satu perumpamaan Melayu, marahkan pijat kelambu dibakar. Apabila kelambu dibakar berpestalah sang nyamuk. Semua tahu bahawa Pakatan berkrisis gara-gara isu Menteri Besar Selangor. Ia adalah ujian. Parti kuat seperti Pakatan mesti diuji dan jika benar ia kuat, ia mampu atasi semua ujian. Jangan bakar kelambu justeru ujian itu. Menyingkirkan PAS dari Pakatan atau DAP bersendirian semula, samalah seperti membakar kelambu. Gara-garanya kerajaan menindas tidak dapat digantikan, kerajaan rasuah dan menindas akan terus memerintah untuk 10 atau 20 tahun lagi. Lebih banyak kerosakan di bumi kita, rakyat bertambah melarat, segala-galanya hancur binasa. Yang untung bukan DAP tetapi UMNO/BN. Dari mula Dr. Mahathir tidak sukakan muafakat PAS dan DAP. Berbagai halangan dilakukannya. Sejak sekian lama Umno kata PAS jadi tunggangan DAP. MCA kata DAP perjuang hudud. Mereka suruh PAS tinggalkan Pakatan. Jangan jadi alat Anwar! Tiada PAS peduli dan tidak DAP hirau. Masing-masing sepakat untuk menawan Putrajaya bagi menegakkan sebuah tata urus kerajaan yang baik. Umno memang sudah putus asa bagi menghancurkan Pakatan. Sekalipun Anwar dipenjarakan 10 kali lagi. Umno tak mampu pecahkan Pakatan. Tetapi tempelak Guan Eng itu boleh binasakan apa yang Umno tak dapat buat. Saya ingatkan PAS dan pemimpinnya, jangan balas tempelak itu secara terbuka! Bagi yang rajin datang mesyuarat, bincang ia dalam mesyuarat. Apa pun Guan Eng tentu sudah sedar, yang paling suka dengan teguran terbukanya pada pemimpin PAS ialah Najib dan Dr. Mahathir. Tentang pemimpin PAS, biarlah PAS menentukannya, bukan oleh orang yang tidak menjadi ahli parti. – HARAKAHDAILY |
Posted: 17 Nov 2014 08:44 PM PST Nilai Eksport Malaysia Jatuh & Pelaburan Asing Lembap. Ringgit Malaysia Semakin Mengecil Dibandingkan Dollar Singapura & Amerika : Realitinya hari ini apabila anda berbelanja ketika berada di luar negara terutamanya di negara Eropah, Singapura dan di Amerika contohnya mahupun membeli barangan dari negara luar, kita akan melihat sendiri betapa kecilnya nilai riggit Malaysia yang berada di tangan kita sekarang. Harga….Harga minyak mentah turun di paras yang terendah sejak daripada tahun 2011 memburuk lagi keadaan terhadap nilai ringgit Malaysia pada ketika ini. Pendapatan Malaysia bersumberkan dan bergantung harap kepada minyak sahaja sudah meliputi 30%. Jadi kejatuhan harga minyak mentah dunia memberikan implikasi buruk kepada pendapatan dan pulangan pendapatan kerajaan bagi menguruskan negara. Dan tekanan semakin hebat terhadap kadar dasar semalam (OPR) yang masih lagi bertahan pada kadar 3.25 mata oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini untuk dinaikkan kepada 3.5 selepas ini. Malaysia Paling Terjejas Teruk?Nizam Idris yang merupakan Ketua pendapatan tetap dan strategi mata wang, Macquarie Bank Ltd mengatakan Malaysia adalah satu-satunya negara pengeksport bersih minyak di rantau Asia Tenggara yang paling terjejas teruk dengan kejatuhan minyak mentah dunia sekarang. KLIK SINI : Boikot Israel 2014 : Malaysia Sumbang AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion) Tahun 2013 Eksport Israel. Ke -11 Terbesar di Dunia! Hari ini perkembangan ekonomi di malaysia telah bergerak perlahan pada suku terakhir selepas selepas nilai eksport dan pelaburan asing terus lembap sekaligus dijangka rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan berita pengumuman subsidi yang ditanggung kerajaan Malaysia sekarang daripada masa ke semasa selepas ini.
Dan penganalisis ekonomi terus menjangkakan yang mana ekonomi Malaysia akan terus bergerak perlahan pada suku tahun yang mendatang memandangkan ekonomi domestik juga telah mula merasai kesan-kesan fiskal yang mula diketatkan. Apa respon anda pula? |
Posted: 17 Nov 2014 08:40 PM PST Harga Minyak Dunia Turun Serendah (US$77.44). Kata Ahmad Maslan, Harga Minyak Malaysia Boleh Turun Tetapi Bersyarat! Minyak dunia terus menunjukkan trend menurun dan terus jatuh daripada satu tangga ke tangga yang lebih rendah. Bagaimana pula trend harga minyak di Malaysia? Harga minyak di Malaysia masih lagi "berdiri kukuh dan megah" seperti teguhnya bangunan tertinggi Burj Khalifa di awan biru. Belum ada tanda-tanda kelihatan mana-mana pemimpin politik yang tampil memberikan kenyataan mengenai penurunan harga minyak Malaysia termasuklah Timbalan Menteri yang paling "popular" dengan lensa kamera dan di kaca televisyen iaitu siapa lagi jikalau bukan Datuk Ahmad Maslan yang acapkali menyampaikan "buah fikirannya" kepada umum. Terbaru, setelah harga minyak dunia mencatatkan pada paras serendah US$77 setong, Ahmad Maslan sekali menyampaikan akur janji supaya kerajaan dapatlah kiranya turun harga minyak Malaysia. Tetapi ada syarat yang dikenakan Ahmad Maslan untuk anda rakyat Malaysia…. Syarat Harga Minyak Malaysia Turun?
Daripada harga minyak dunia setinggi US$100 setong sekitar petengahan bulan Jun dan awal Julai 2014 dan kemudiannya mula jatuh terus ke peras US$75 setong hari ini, harga minyak Malaysia kelihatan "degil" untuk turun. Tetapi berita apa yang rakyat dapat? Kenaikan harga minyak Malaysia dan selepas itu "harapan untuk turun". Persoalannya mengapa harga minyak Malaysia RON97 yang diapungkan mengikut harga pasaran dunia masih tidak turun lagi? Mengapa? |
Papagomo Reka Fitnah Baru... Tuduh Blog Papagomo Itu Milik Anwar Ibrahim Posted: 17 Nov 2014 08:28 PM PST KELAB GREENBOCBlog Papa Gomo Milik Anwar Ibrahim? KUALA LUMPUR 17 Nov - Individu yang disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesalahan memfitnah Ketua Pembangkang itu, Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini mengeluarkan kenyataan berbentuk 'Q and A' di laman Facebooknya berkaitan kes tersebut. Menerusi Facebook Sir Azri, Wan Muhammad Azri dilihat memberi jawapan kepada beberapa soalan yang diajukan oleh kenalannya berhubung kes saman fitnah diantara dirinya dengan Anwar. Antara soalan yang diberikan oleh kenalannnya ialah bagaimana dia ingin menjelaskan jumlah bayaran saman kepada Anwar yang berjumlah RM850,000 dan adakah dia memiliki wang yang mencukupi untuk menjelaskannya? "Jika mahkamah sudah arahkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tuntut RM850 ribu maka saya akan bayar kepada beliau dengan menjual apa yang saya ada. (Kecuali Punggung). "Tidak cukup wang ataupun aset yang saya ada. Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada beliau mahu bangkrapkan saya atau pun tidak," katanya menerusi laman sosial itu. Wan Muhammad Azri membuat keputusan untuk melawan Anwar tanpa diwakili seorang peguam kerana yakin mampu melakukannya (lawan) walaupun hanya mempunyai pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tiada kepakaran dalam bidang guaman. Menerusi kenyataannya, Wan Muhammad Azri mengakui tindakan dirinya untuk melawan secara bersendirian kerana tidak mampu membayar kos guaman diperingkat Mahkamah Rayuan kerana kos yang agak tinggi dan masih belum melangsaikan baki bayaran pihak peguam di Mahkamah Tinggi yang lalu. "Saya nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa jika kita benar tidak ada apa yang kita perlu takutkan walaupun seseorang itu besar pangkatnya dan mempunyai wang yang banyak. Apa yang saya tunjukkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita hanya perlu takut kepada Allah SWT dan selain itu kita tidak perlu untuk takut," tambahnya. Wan Muhammad Azri juga yakin pihaknya akan mendapat kemenangan diperingkat Mahkamah Rayuan. "Saya cukup yakin kerana hari ini para hakim dan pihak mahkamah juga tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijatuhi hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari dan rekod terdahulu juga yang dibuat hakim Mahkamah persekutuan menyatakan bahawa "Liwat berlaku namun atas faktor kesilapan teknikal Anwar Ibrahim dibebaskan", katanya. Pada akhir soalan dikenyataan tersebut, Wan Muhammad Azri telah diajukan soalan adakah dia adalah Blogger Kontroversi Papa Gomo? "Saya tidak tahu siapa Blogger Papa Gomo tapi ikut makluman Papa Gomo adalah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim pemilik Blog Papa Gomo. Jika bukan Anwar Ibrahim macam mana Blogger Papa Gomo boleh ada bermacam koleksi 18SX Anwar Ibrahim? "Muka macam saya tapi bukan saya," katanya ringkas. Pada 28 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar selepas mendapati Anwar berjaya membuktikan kes saman fitnahnya terhadap beliau. -rakyatnews
ULASAN GB Papagomo dah dah`macam cacing kepanasan. Pelbagai tipu-helah dan fitnah baru dilakukan untuk melepaskan dirinya kini. Sedar pulak dirinya hanya berkelulusan setakat SPM. Hidup serba mewah hasil dari kerja memfitnah. Akibatnya, kesemua yang ada dalam badan sudah menjadi bahan bakar api neraka yang di dunia lagi sudah dirasai kepanasannya.... Selagi tidak bertaubat dan meminta maaf kepada orang-orang yang difitnahnya, Papagomo akan terus deitimpa kehinaan dan kehancuran... Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. |
'Tak perlu persetujuan Majlis Raja-Raja untuk mansuh Akta Hasutan' Posted: 17 Nov 2014 08:06 PM PST MALAYSIAKINI Akta Hasutan 1948 tidak memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum ia boleh dipinda atau dimansuhkan, kata Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham), Datuk Dr Denison Jayasooria. Katanya, isu itu mungkin dibangkitkan sebagai satu percubaan sengaja untuk memutarbelitkan hujah-hujah sama ada untuk mengekal atau memansuhkan akta itu. Beliau berkata, ada kumpulan tertentu yang menyasarkan masyarakat Melayu yang menyanjung tinggi institusi beraja. "Mereka (kumpulan ini) tidak memberi hujah penuh," kata Denison (kanan) ketika ditemui pemberita selepas menjadi moderator perbincangan meja bulat mengenai Akta Hasutan semalam. Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Aziz Abdul Rahman baru-baru ini. MPM, yang menggesa Akta Hasutan dikekalkan atau diperbaiki, dilaporkan berkata persetujuan Majlis Raja-Raja adalah perlu sebelum akta itu boleh dipinda atau dimansuhkan. Aziz dilaporkan berkata ramai orang bercakap tentang memansuhkan Akta Hasutan tetapi tiada seorang pun daripada mereka bercakap tentang Perkara 159 (5). Perkara 159 (5) menyebut bahawa sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang-undang yang diluluskan di bawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63(4), 70(1), 72(4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. Mengulas perkara itu, Denison berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan, hanya beberapa peruntukan perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja, dan Akta Hasutan bukan sebahagian daripada perlembagaan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan