Sabtu, 1 November 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Rayuan dua Adun, Majlis Syura PAS putus esok

Posted: 01 Nov 2014 03:13 AM PDT

HARAKAHDAILY |


KUALA LUMPUR: Rayuan terhadap penggantungan keahlian Adun PAS, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) akan diputuskan Majlis Syura Ulamak PAS yang akan bermesyuarat esok.

Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, beliau telah menerima surat rayuan yang dikemukakan kedua-dua adun tersebut Isnin lalu.

"Mesyuarat Majlis Syura pada 2 November ini (esok) akan menentukan sama ada rayuan yang dikemukakan oleh mereka akan diterima atau sebaliknya," katanya dipetik sebuah portal.

Beliau memaklumkan mesyuarat yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut esok dijadual dipengerusikan sendiri oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jawatankuasa PAS pusat pada 11 Oktober lalu membuat keputusan menggantung keahliaan Saari dan Hasnul selama setahun berkuat kuasa tarikh sama.

Ianya ekoran tindakan mereka menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang dilihat bertentangan dengan pendirian Majlis Syura Ulamak dan Presiden PAS.

Sebelum keputusan penggantungan itu dibuat, kedua-dua mereka telah dipanggil membuat penjelasan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mengikut perlembagaan parti, kedua-dua Adun berkenaan bagaimanapun diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penggantungan kepada Majlis Syura Ulamak. - HARAKAHDAILY

Hujah Hari Pertama Shafee Tidak Gugat Keyakinan Anwar

Posted: 01 Nov 2014 03:05 AM PDT

shahbudindotcom.



Mengikuti hujah yang dibentangkan oleh pihak pendakwa kes rayuan liwat melibatkan Anwar Ibrahim pada hari pertama semalam, tentunya ramai yang bersetuju bahawa persembahan Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan agak mengecewakan.

Hujah-hujahnya menepis kredebiliti Saiful Bukhari yang ditimbulkan Gopal Sri Ram, isu konspirasi politik  yang dibangkitkan Surendran dan pencemaran sampel DNA yang tidak disimpan dalam peti sejuk sebagaimana yang dipertikaikan oleh Ramkarpal, tidak ada yang di luar jangkaan dan hanyalah bersifat biasa-biasa saja.

Sebaliknya yang ditimbulkan Shafee dengan ghairah ialah mengenai aksi seks antara Anwar dengan Saiful yang didakwanya berlaku dengan kasar dan diikuti dengan tindakan Ketua Pembangkang itu menyemburkan air maninya ke dalam dubur bekas pembantunya itu.

Juga disensasikan ialah mengenai suit mahal jenama Brioni yang dihadiahkan Anwar kepada Saiful serta pemberian elaun ketika bertugas di luar negara sebagau asas yang didakwa wujudnya hubungan kemesraan antara mereka.

Dan sebagaimana yang diduga oleh Anwar bahawa fantasi seks yang ditimbulkan itu adalah semata-mata untuk menjadi mainan Utusan dan TV3, semua media konservatif dan media baru kemudiannya menyambut isu itu dengan meriah sekali. Ia juga diulang-ulang dengan pelbagai analisa, persepsi dan tokoh-tambah.

Meskipun Shafee juga menyatakan pembentangannya pada hari pertama hanya meliputi antara 25 hingga 30 peratus daripada keseluruhan fakta yang bakal dibentangkannya, beliau sama sekali tidak cuba menyanggah mengenai penemuan doktor bahawa tiada penembusan pada dubur Saiful itu.

Begitu juga tentang bagaimana seluar yang tidak dipakai Saiful tetapi ada kesan air mani, laporan doktor yang menyatakan tiada kecederaan tetapi perlakuan seks didakwa berlaku secara kasar serta bagaimana Saiful boleh menemui pegawai polis bernama Mohd Rodwan dua hari sebelum kejadian liwat itu didakwa berlaku.

Tindakan Saiful yang didapat sebagai mangsa liwat secara kasar tetapi masih datang menghidangkan teh kepada tetamu Anwar dengan wajah selamba juga turut tidak dibangkitkan  oleh Shafee.

Berbanding Gopal Sri Ram yang membangkitkan semua perkara  itu pada hari pertama pembelaannya, rakyat amat berharap agar Shafee tidak lupa untuk berhujah mengenainya dalam pembentangannya yang masih berbaki antara 75 hingga 80 peratus yang akan disambung Isnin nanti.

Dengan membangkitkan isu perlakuan seks secara agak detail, barangkali ramai yang memahami bahawa itulah kelebihan Shafee berbanding jika pasukan pendakwa hanya terdiri daripada  kakitangan Jabatan Peguam Negara saja.

Anwar pula, dengan keyakinan bahawa banyak keraguan yang telah ditimbulkan oleh para peguamnya sejak Selasa lalu tetap mempunyai asas yang kukuh untuk diterima oleh hakim, langsung tidak terganggu dengan hujah-hujah berkaitan perlakuan seks yang tentunya mengaibkan diri, keluarga, anak-anak dan cucunya yang dibangkitkan oleh Shafee itu.

Menemui penyokongnya sebaik mahkamah berhenti rehat pada tengahari selepas itu, beliau tetap meluahkan keyakinan akan dibebaskan pada Selasa ini walaupun cuba diaib dan dimalukan di dalam mahkamah.

Malah ketika bersembahyang Jumaat  di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya kemudiannya, beliau tetap disambut hangat oleh rakyat yang berebut-rebut mahu bersalam dan memberi kata perangsang kepadanya.

Dianggap sebagai ahli politik negara paling mengagumkan, tabah dan sabar, Anwar tetap mempunyai pengaruh, sokongan serta diperlukan di sebalik laluan ke penjara bagaikan semakin terbuka untuknya.

Tengku Razaleigh sedia jumpa PasMa

Posted: 01 Nov 2014 03:03 AM PDT

MSO



Tengah hari tadi saya berjumaat bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa rakan yang setiap Jumaat akan bersamanya di masjid Nurul Hidayah, Pandan. Selepas solat Jumaat, menjadi kebiasaan Tengku Razaleigh apabila tidak kesuntukan masa akan mengajak untuk makan tengah hari. Hari ini masanya agak luang dan kami sempat makan tengah hari di sebuah restoran di Kampung Pandan.


Amalan Tengku Razaleigh menjamu rakan hari Jumaat.
Agak lama juga saya tidak bersua dengan ahli Parlimen Gua Musang itu. Paling akhir ialah pada pertengahan Ramdhan lalu ketika hadir majlis iftar dan bersolat terawih di rumahnya. Tidak bermakna apabila lama tidak bertemu saya alpa kegiatan sosial dan politiknya.

"Lama tak berjumpa," begitulah hembur Tengku Razaleigh sebaik bertembung muka di bibir pintu pejabat alias rumahnya, sebelum ke masjid. "Sibuk sangat ke?" sambungnya lagi. Begitulah bahasa sapaan mesra Tengku kepada sesiapa yang dianggap sebagai rakannya.

"Sibuk sedikit Ku, tetapi bukan bermakna tak ingat..jiwa bersama Ku," balas saya, dan disambungnya dengan berkata; "Ingat dah kena kidnaped oleh Mahathir...," katanya sambil memecah ketawa bangsawanannya. Tengku Razaleigh seorang yang suka bergurau dan tidak berprotokol.

Menjadi kebiasaan sebelum bergerak ke masjid, beliau akan mempersilakan tetamunya (rakan-rakan) ke bilik, ruang pejabatnya. Cara ini adalah tradisi Tengku Razaleigh akan menyambut dan merai tetamunya bagaimana dia sibuk sekali pun. Baginya akan menerima "menghadap" rakan-rakan dahulu sebelum ke masjid. Lumrah ini menggambarkan akan keramahan, kerendahan diri dan kemesraan Tengku Razaleigh.

"Jom kita ke masjid, waktu dah hampir hendak masuk," katanya selepas kami melabuh punggung tidak sampai tiga minit. Kami semua bangun dan bergerak ke masjid. "Lepas sembahyang nanti kita berbual," katanya.

Kerana masa di rumahnya tadi sekejaplah maka beliau mengajak saya dan rakan ke restorn untuk makanan tengah hari dan berborak-borak mengenai pelbagai isu politik semasa.

Dan di meja makan tadi, apa lagi kalau bukan isu perbicaraan, (rayuan Anwar Ibrahim terhadap kes tuduhan liwatnya) menjadi topik utama. Selain itu Tengku menjelaskan mengenai suratnya yang dikirimkan kepada Speaker Dewan Rakyat dan ahli-ahli parlimen yang merupakan "perbahasan" Bajet tahun 2015. Kali ini beliau membuat perbahasan dalam bentuk surat yang dihantar kepada ahli parlimen dan juga dikirimkan kepada media massa.

Beberapa protal berita dan juga media antarabangsa sudah pun mengambil surat berkenaan dan disiarkan di laman media masing-masing. Surat beliau itu menyentuh mengenai ekonomi negara, memberi pandangan dalam beberapa aspek yang perlu diperkemaskan Kerajaan untuk menstabilkan ekonomi.

Tengku juga menyatakan pandangan mengenai cadangan kerajaan untuk laksanakan GST pada tahun hadapan sebagai belum sesuai dan ia membebankan rakyat. Menurutnya bila cukai dikenakan maka barangan akan naik dan rakyat terpaksa menanggungnya. Surat beliau itu bolehlah dianggap pembentangan idea Bajet darinya. Sayang seorang pakar ekonomi yang berpengalaman dan telah mencatatkan track record kehebatan sejak di zaman Tun Razak dilupakan sahaja oleh Najib Razak.

Walaupun beliau tidak hadir ke perkarangan Istana Keadilan untuk memantau perbicaraan rayuan Anwar tetapi Tengku mengambil berat mengenainya termasuk memikirkan apakah senario politik negara dan impak ke atas hasil perbicaraan itu kelak. Beliau sendiri tidak dapat menduga apakah yang akan berlaku kelak. Apakah Anwar akan di penjara ataupun dilepaskan.

"Apa pandangan you mengenai Anwar, Sayuti?" tanya Tengku. Satu lagi sikap Tengku akan menerima pandangan dan pendapat sesiapa sahaja mengenai isu-isu politik walaupun beliau sudah mempunyai banyak input. Ini menunjukkan sikap Tengku yang merai pemikiran dan pandangan orang lain.

"Bagi saya Tengku, kalau dilihat dari konteks politik, Anwar akan dibebaskan. Saya tidak kira Najib akan "memenjarakan" Anwar, mengikut apa yang Mahathir lakukan. Kini pun Najib menghadapi berbagai masalah, kehilangan MH370, MH17 kena tembak dan masalah ekonomi, dan macam-macam lagi. Saya tidak fikir dia akan terlibat dengan keputusan perbicaraan apa lagi campur tangan...," jelas saya.

Tengku hanya mendengar penuh minat dan membuat terfsiran; "kalau Anwar di penjara maka orang yang paling suka ialah Dr Mahathir lah..."

Seperti saya katakan Tengku Razaleigh terus memberi perhatian kepada perkembangan politik negara. Beliau juga mengambil berat apa yang bakal berlaku dalam Pakatan Rakyat amnya dan PKR sekiranya Anwar dipenjara kelak. Beliau tidak memberi ulasan dan prediction apa yang akan berlaku nanti, tetapi apabila beliau bertanya saya mengenai hal itu dapat saya memahami akan keprihatian beliau mengenai nasib Anwar.

"Apa yang you nampak akan berlaku sekiranya Anwar dipenjara?" Saya menjawab berterus terang daripada pengamatan saya, kalau Anwar dipenjara, keadaan Pakatan Rakyat jadi sedikit kacau. Terutamanya di dalam parti agama, Pas. Sudah tentu pertembungan dua kumpulan dalam Pas kini satu yang hendak bersama Umno dan satu hendak terus bersama Pakatan Rakyat akan berantakan. Pas akan ditimba satu lagi gelora. "Saya nampak Pakatan Rakyat akan bergelora, Ku... dan Pas akan berdepan dengan persimpangan yang agak sukar..hendak diatasi."

"Macam mana pula dengan PasMa yang hebuh sekarang ini. Betul ke tu.." Tiba-tiba Tengku bertanya tentang PasMa. Ruapanya beliau juga memberi perhatian kepada kewujudan PasMa. "Macam mana Tengku lihat PasMa ni?" saya menguji mindannya pula. Tengku seorang yang tinggi diplomasinya dan tidak mudah membuat sesuatu kesimpulannya tersendiri tanpa menyelidi. Beliau tidak memberi pandangannya dan hanya mendengar penjelasan saya.

"Macam mana kalau PasMa hendak jumpa Tengku, boleh ke?" saya memberi soalan cepu emas kepadanya. "Boleh... apa salah," balasnya rengkas tetapi tegas. Mungkin pimpinan PasMa elok berjumpa dengan Tengku sambil menjalini hubungan silaturahim boleh juga mendapat pandangan dalam beberapa hal, politik negara dan juga hal ehwal ekonomi kerana beliau adalah seorang pakar ulung ekonomi yang tidak patut diketepikan begitu sahaja.

Ternyata dalam banyak isu yang disebut dan dibuatlkan di meja makan tadi, Tengku sangat mengambil berat kepada nasib yang akan diterima Anwar kelak. Saya simpulan Tengku memberi pandangannya, kalau Anwar dipenjara kerana motif politik, orang yang berkuasa hari ini tetap juga tidak dapat mengatasi masalahnya, kerana apa yang menjadi hambatan dan perlu dirisau bukan sahaja pengaruh Anwar tetapi pelbagai masalah lain.

Sebenarnya pengaruh Anwar sudah tidak sekuat dahulu lagi, tetapi apa-apa yang berlaku di sekitar dirinya boleh menjadi isu menyebabkan rakyat akan membenci kerajaan. Memetik pengamatan Tengku terhadap Umno, menurutnya parti itu juga kini berada dalam ketandusan pimpinan untuk menyemarakkan perjuangan bangsa. Bagaimana pun sedikit kelebihan ada kepada Umno katanya ialah kuasa dan wang. Umno juga bermasalah.

DAP Sabah sedia jumpa polis, bincang penahanan tiga orang awam di Tawau

Posted: 01 Nov 2014 03:00 AM PDT

chan foong hin

 Roketkini.com.


TAWAU Pengerusi DAP Naib Sabah Chan Foong Hin menyatakan kesediaannya untuk bertemu Ketua Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman bagi membincangkan isu penahanan tiga orang awam sejak 22 September lalu yang sehingga kini masih belum dibebaskan.

Chan dalam kenyataannya hari ini menjawab kenyataan Jalaluddin yang menyatakan bahawa dia tidak pernah dihubungi DAP Sabah, rentetan satu sidang akhbar di Tawau pertengahan Oktober lalu bersama isteri-isteri tahanan.

"Membuat permintaan secara terbuka tidak bermakna Ketua Polis Negeri tidak perlu memberikan jawapan.

"Mungkin Datuk Jalaluddin terlalu sibuk untuk membaca akhbar, dan saya juga tertanya-tanya mengapa beliau tidak sedar tentang perkara, yang seharusnya beliau dimaklumkan.

"Ketua Polis Negeri tidak perlu mengenali saya secara peribadi untuk melakukan siasatan. Dia hanya perlu mengetahui butir-butir kes dan telus menjawab persoalan orang ramai," kata Chan.

Pada 11 Oktober lalu, Chan yang juga Naib Pengerusi DAP Sabah mengadakan sidang media bersama dua daripada tiga isteri mangsa-mangsa, untuk mengetahui kedudukan suami mereka.

Kamsiria, isteri kepada Mohammad Sarail berkata, saksi di tempat kejadian memberitahu, suaminya dan dua lagi ditahan dengan kepala ditutup serta tangan diikat sebelum dibawa pergi.

Menurut laporan, seorang saksi menyaksikan sebuah kereta Proton Wira berwarna merah dalam perjalanan dari Tawau ke Semporna ditahan tujuh lelaki bersenjata yang menaiki tiga uah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Virgo.

Dalam kejadian itu, cermin kereta dipecahkan dan penumpang diheret keluar. Kejadian itu juga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Batu 4, Jalan Apas, Tawau.

Kata Chan, meskipun ketiga mereka ditangkap sebagai suspek pengganas, namun keluarga mereka berhak mendapat jawapan, terutamanya isteri dan keluarga mereka.

Justeru itu, Chan berharap satu pertemuan dengan Ketua Polis Negeri dapat diadakan untuk membincangkan isu-isu jenayah seperti rompakan, kecurian kereta kenderaan dan paling kritikal, isu keselamatan di Sabah. – Roketkini.com.

Cabaran Besar Kerajaan Realisasi #Bajet2015

Posted: 01 Nov 2014 02:56 AM PDT

RAKYATNEWS


alt



KUALA LUMPUR . – Bajet 2015 disifatkan lebih mencabar untuk kerajaan berbanding bajet-bajet yang pernah diumumkan pada tahun-tahun sebelum ini kerana melibatkan banyak pindaan akta bagi memenuhi keperluan rakyat.

Perunding Unit Teknikal GST, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Salihin Abang berkata, kerajaan juga dilihat berusaha bertindak seimbang dalam menentukan sebarang keputusan yang akan dilaksanakan.

Malah, katanya, kerajaan bersungguh-sungguh memastikan pindaan-pindaan akta yang dilakukan di dalam Bajet 2015 lebih seimbang dalam pelaksanaannya dan menguntungkan rakyat.

"Satu daripada cabaran yang terpaksa dipikul kerajaan adalah meningkatkan kesedaran mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam kalangan rakyat," katanya memetik laporan Utusan Malaysia pada Seminar Percukaian Kebangsaan 2014 di sini baru-baru ini.

Bajet 2015 diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober lalu dengan tema ekonomi keperluan rakyat.

Tambah Salihin, kerajaan juga melaksanakan GST supaya dapat memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, banyak kursus pematuhan GST perlu dijalankan oleh kerajaan terutamanya daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi meningkatkan kesedaran mengenai sistem percukaian baharu itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pematuhan Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Manap Dim berkata, pelaksanaan GST tahun depan tidak perlu mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh negara-negara lain.

"Kita perlu menggambarkan kepada peniaga atau pelabur luar bahawa Malaysia memiliki sebuah sistem pelaksanaan GST yang baik," ujarnya.

Ramai tak faham tanda 'MC' pada mainan kanak-kanak

Posted: 01 Nov 2014 02:48 AM PDT

SINAR HARIAN

mc


PETALING JAYA - Sebanyak 65 peratus pengguna di negara ini tidak mengetahui tentang wujudnya tanda keselamatan 'Malaysian Conformity' (MC) pada barangan permainan kanak-kanak, demikian menurut kajian Persatuan Pengguna Standard Malaysia (PPSM).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPSM, Ratna Devi Nadarajan, pengguna tidak menjadikan tanda keselamatan MC sebagai salah satu kriteria untuk membeli peralatan mainan kepada anak-anak mereka.  

"Malahan kebanyakan pengguna juga tidak tahu membezakan antara tanda keselamatan yang asli dan yang tiruan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, tanda MC pada barangan permainan kanak-kanak telah diperkenalkan Kememterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) sejak 2010 dengan tujuan melindungi pengguna daripada membeli barangan permainan yang mengandungi bahan berbahaya seperti plumbum.

Ratna berkata, sungguhpun pelbagai bentuk hebahan telah dilakukan oleh pihak KPDNKK mengenai tanda itu, namun masih banyak pengguna yang masih belum memahami tentang pentingnya tanda itu pada barangan permainan.

Sehubungan itu beliau berkata, pihak berkuasa terutama KPDNKK perlu meningkatkan pengawasan terhadap penjualan permainan kanak-kanak bagi membanteras penjualan barangan mainan yang tidak selamat atau yang menggunakan tanda MC palsu.

Katanya ini kerana tinjauan pihak persatuan itu mendapati terdapat gerai dalam pusat beli belah yang masih menjual barangan permainan yang tidak mempunyai tanda keselamatan itu. - Bernama

9 Termasuk Guru Cedera Bas Sekolah Rempuh Lori

Posted: 01 Nov 2014 02:42 AM PDT

RAKYATNEWS


alt
 
 
 
KUALA LUMPUR  - Seramai sembilan daripada 44 murid termasuk guru sebuah sekolah kebangsaan dari Pulau Pinang cedera selepas bas sekolah yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 46, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Lembah Beringin, awal pagi Sabtu.
 
Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, bas sekolah berkenaan dilaporkan membawa rombongan murid dan guru Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus.
 
Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada pukul 4.16 pagi.
 
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas yang membawa 44 penumpang telah merempuh belakang sebuah lori.
 
"Berikutan itu, seramai sembilan penumpang yang terdiri daripada tujuh orang dewasa dan dua kanak-kanak telah mengalami kecederaan ringan manakala 35 lagi selamat," katanya.
 
Kesemua penumpang cedera telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.
 
Difahamkan, antara yang cedera ialah guru besar sekolah tersebut kerana berada di tempat duduk hadapn.

Memahami mengapa arak dihukum najis

Posted: 01 Nov 2014 02:36 AM PDT


Bahana arak!
 
 
IMAM Malik Rahimahullah mengatakan bahawa arak itu najis, sedangkan beliau mengetahui yang diharamkan ialah meminumnya sahaja dan tidak timbul langsung isu kenajisan air arak itu sendiri.

Timbul persoalan di sini, mengapa Imam Malik berkata demikian, sedangkan dalam masa sama beliau tidak mengatakan kenajisan babi yang hidup?

Saya ingin melontarkan persoalan ini sambil meminjam dan mengubah suai kata-kata seorang penulis dalam Sinar Harian baru-baru ini. Bunyinya begini, "Sekiranya Imam Syafie seorang Melayu, adakah dia akan mengasaskan mazhab baharu atau terus terkubur dalam zon selesa mazhab gurunya, Imam Malik, tidak berani lawan fatwa gurunya yang berpendapat arak itu najis?

Adakah Imam Malik yang mengajar pendekatan malas membaca kepada orang Melayu, sehingga 'menajiskan' sahaja arak atas nama menjaga warisan Melayu sebelum tergugat aqidah mualaf Melayu ini?"

Jawapan bagi persoalan ini ada dalam buku karangan seorang ulama muktabar dalam bidang maqasid syariah, al-Allamah Ibnu Asyur, yang bertajuk Maqasid Syariah Islamiah.

Buku ini tidaklah tebal mana pun, sekitar 200 muka surat sahaja. Jika kita tidak malas membaca, dengan mudah kita akan menemui jawapan sangat jelas mengenai persoalan yang dilontarkan itu. Itu pun bergantung sejauh mana kita menghormati pandangan ulama seperti al-Allamah Ibnu Asyur.

Ibnu Asyur mengatakan satu daripada  maqasid syariah yang besar ialah ketaatan umat pada syariat itu sendiri. Ini kerana tidak mungkin segala maqasid syariah dapat dicapai tanpa pengaruh syariat yang kuat ke atas umat Islam sehingga ia dihormati dan dipatuhi.

Demi mencegah umat Islam daripada memandang ringan larangan syarak, syariat menggunakan beberapa faktor penghalang dalam diri manusia, yang menyebabkan mereka taat kepada ALLAH SWT. Terdapat tiga faktor penghalang dalam diri kita yang dipanggil jibilli, dini dan sultoni.

Jibilli membawa maksud sifat semula jadi manusia yang bersesuaian dengan fitrah kejadiannya, seperti perlu makan, minum, tidur, berzuriat dan sebagainya. Sifat semula jadi manusia memang sayang pada dirinya sendiri.

Faktor penghalang jibilli inilah yang mencegah manusia secara fitrahnya daripada membunuh diri sendiri, sehingga syariat tidak perlu memberi peringatan yang banyak tentang pengharaman bunuh diri.

Dini berkait dengan agama. Ertinya faktor penghalang ini datangnya daripada ajaran agama Islam. Ketaatan umat Islam terhadap larangan-larangan yang datang daripada al-Quran dan Sunnah adalah bergantung pada faktor penghalang dini.   

Umat Islam meninggalkan perbuatan zina, meminum arak, mencuri dan seumpamanya, yang larangannya dinyatakan oleh nas al-Quran dan sunnah, atas faktor penghalang dini, yang biasa diungkapkan sebagai faktor keimanan.

Semakin kuat keimanan seseorang, semakin kuat faktor penghalang dini, semakin jauhlah dia dari sebarang perbuatan maksiat yang ditegah syarak.
Demi memudahkan kepatuhan umat Islam kepada hukum syarak, syariat Islam secara sengaja menambah kuat faktor penghalang dini dengan faktor penghalang jibilli.

Contoh yang dibawa oleh Ibnu Asyur ialah hukum mahram disebabkan perkahwinan. Seorang perempuan yang telah berkahwin, maka bapa mertuanya dikira mahram. Hukum mahram ini menyebabkan timbul perasaan semula jadi yang menganggap bapa mertua seperti bapa sendiri dan menantu seperti anak sendiri, walaupun sebelum perkahwinan mereka tidak pernah kenal antara satu sama lain.

Perasaan normal yang timbul akibat hukum mahram ini adalah faktor penghalang jibilli yang menjauhkan diri mereka daripada kecenderungan untuk melakukan hubungan intim dan seterusnya berzina, walaupun mereka tinggal sebumbung. Ini kerana perasaan normal sesama mahram merasa jijik perbuatan sebegitu.

Lihatlah kebijaksanaan syarak dalam menambah kuat kepatuhan umat Islam terhadap larangan berzina dengan faktor penghalang jibilli dalam konteks hubungan kekeluargaan anak menantu yang sukar dibataskan pergaulan sesama mereka.

Pendekatan inilah yang diambil oleh Imam Malik apabila memberi fatwa bahawa arak itu najis. Kepatuhan umat Islam terhadap larangan meminum arak berdasarkan ayat al-Quran adalah atas faktor penghalang dini.
Imam Malik mahu menguatkan faktor penghalang dini ini dengan faktor penghalang jibilli iaitu perasaan jijik terhadap najis arak. Sebaliknya beliau tidak memfatwakan babi yang hidup itu najis kerana umat Islam secara jibilli memandang jijik terhadap babi.

Sesungguhnya gaya hidup orang-orang Melayu secara jibilli tidak rapat dengan anjing. Ini selari dengan tuntutan syarak yang melarang membela anjing tanpa tujuan yang dibenarkan. Kepatuhan terhadap larangan yang sabit dengan hadis yang sahih itu adalah atas faktor penghalang dini.

Faktor penghalang dini ini telah diperkuatkan dengan faktor penghalang jibilli, sehingga menjadi budaya orang Melayu tidak membela dan membelai anjing, seperti mana bukan budaya mereka menganiaya binatang.

Oleh demikian, sebenarnya tidak sukar untuk kita memahami faktor orang Melayu begitu sensitif dengan program I Want To Touch A Dog. Gaya hidup berteman rapat dengan anjing adalah budaya orang Barat. Amat jelek sekali sikap sesetengah pihak yang mengejek gaya hidup orang Melayu yang tidak rapat dengan anjing sebagai mualaf yang malas membaca.

Semoga penjelasan ringkas ini dapat membuka mata kita terhadap nilai hubungan antara agama Islam dan budaya orang Melayu yang telah bertapak di rantau ini sejak berkurun lamanya.

Nilai ini mesti dihargai oleh anak Melayu dan dihormati oleh bukan Melayu di tanah air tercinta ini. Sesungguhnya kejahilan kita tertonjol apabila kita mendakwa mengetahui segala perkara.

(*)  USTAZ MOHD HAZIZI ABD RAHMAN,pendakwah bebas di Jabatan Mufti Negeri Sembilan

Umno Selangor perlu berani mengatur strategi

Posted: 01 Nov 2014 02:30 AM PDT

SINAR HARIAN

Najib Tun Razak - Foto Bernama Najib Tun Razak - Foto Bernama
 
 
KUALA LUMPUR - Umno Selangor perlu berani mengatur strategi baharu dan membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Perdana Menteri dan Presiden Umno itu turut menggariskan tiga realiti yang perlu Umno Selangor terima, iaitu kedudukan Umno sebagai pembangkang di Selangor, kedudukan strategik Selangor sebagai pusat sosioekonomi yang rancak dan hakikat ia perlu berusaha menawan sokongan pengundi bandar serta semi bandar.
  
Najib berkata Umno Selangor tidak boleh lagi terus menggunakan strategi dan langkah yang sama dengan harapan untuk mendapatkan hasil berlainan.
  
"Kalau tak mengubah strategi, hala tuju, pendekatan dan mindset apakah kita boleh harapkan outcome (hasil) yang berbeza.
  
"Apakah kita memerlukan pemikiran yang luar biasa, strategi yang luar dari kelaziman dan pemikiran luar dari kotak untuk menentukan kejayaan yang amat diidam oleh kita?," katanya ketika merasmikan Konvensyen Umno Selangor di PWTC, di sini, hari ini.
  
Beliau berkata Umno Selangor juga perlu mengambil peluang daripada kekalutan kepimpinan pakatan pembangkang Selangor kini untuk mengembalikan sokongan rakyat Selangor kepada Umno dan BN. - Bernama

10,000 hadiri kuliah Jumaat Ustaz Azhar Idrus

Posted: 01 Nov 2014 02:28 AM PDT


Azhar Idrus Azhar Idrus


KOTA BHARU - Biarpun dikaitkan dengan video seks indiviu mirip beliau, namun penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetap menjadi perhatian dan diterima masyarakat.

Ini terbukti apabila kuliah Jumaat yang disampaikan beliau di Dataran Ilmu mendapat sambutan hebat daripada rakyat Kelantan dengan kehadiran hampir 10,000 peminat dari seluruh pelosok negeri ini.

Bagaimanapun usaha Sinar Harian untuk mendapatkan penjelasan UAI berhubung video seks yang tersebar di laman sosial Facebook baru-baru ini gagal, setelah dihalang pihak keselamatan.

Baru-baru ini peminat UAI digemparkan dengan penyebaran sebuah rakaman video memaparkan adegan di atas katil membabitkan seorang lelaki mirip beliau dengan seorang wanita.

Siasat tujuan rompak di Penampang

Posted: 01 Nov 2014 02:25 AM PDT


Ahmad Zahid (dua kanan) pada sidang media selepas merasmikan Seminar Jihad vs Militan di Dewan Utama, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN. Ahmad Zahid (dua kanan) pada sidang media selepas merasmikan Seminar Jihad vs Militan di Dewan Utama, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN.
 
 
KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa masih menyiasat identiti sebenar dua lelaki yang ditembak mati polis yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu di Penampang Baru, Sabah, Khamis lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sehingga kini pihaknya sedang menyiasat dalang di sebalik insiden itu dan dipercayai hasil rompakan itu untuk membiayai aktiviti keganasan termasuk merekrut anggota baharu.

"(Sama ada tentera sulu atau tidak) kita sedang melakukan siasatan.

"Tembakan (polis) itu bukan terhadap tentera Sulu tetapi perompak dan hasil rompakan itu untuk tujuan pembiayaan aktiviti keganasan.

"Kita sedang bekerjasama dengan Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) untuk menyiasat siapa penjenayah yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Jihad vs Militan di Universiti Teknologi Malaysia, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan polis yang menembak mati dua lelaki yang dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, Khamis lalu.

Menurut sumber polis, pihaknya telah membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut anggota baharu dan menyebarkan ideologi kesultanan Sulu di seluruh Sabah serta mengajar elemen keganasan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menambah, pihaknya melakukan siasatan dan tindakan dengan dua kaedah iaitu pembanterasan dan pencegahan bagi memastikan insiden itu tidak berulang lagi.

"Kita minta orang ramai mengetahui kerja polis dan kerjasama semua pihak boleh menyalurkan maklumat supaya dapat melancarkan tugas pihak berkuasa nanti.

Pada Februari 2013, negara dikejutkan dengan pencerobohan pemberontak bersenjata tentera Sulu dari Selatan Filipina di Lahad Datu dan Semporna di perairan Pantai Timur Sabah yang menyaksikan 10 anggota pasukan keselamatan negara terkorban.

Bagaimanapun pasukan keselamatan negara berjaya mematahkan tindakan pemberontak itu melalui operasi bersama pasukan tentera dan polis yang dinamakan Ops Daulat dengan membunuh lebih 100 pemberontak itu dan menangkap ratusan lagi pengikutnya di negeri itu.

Susulan insiden itu, kerajaan telah menubuhkan perisai keselamatan bagi mengawal insiden pencerobohan, penculikan dan penyeludupan di Sabah yang dinamakan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah(Esszone) dan Esscom.

BN Sedia Kenal Pasti Individu Berbakat Sebagai Calon PRU14 - Najib

Posted: 31 Oct 2014 07:39 PM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sedang mengenal pasti individu berbakat yang berpotensi menjadi calonnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga pengerusi BN berkata, ini adalah antara persediaan awal parti untuk menghadapi PRU14.

"Kita akan sedia calon lebih awal lagi. Kita perlu, pada peringkat awal ini, kenal pasti bakat dahulu sebelum kita tentukan calon.

"Keduanya, kita belum tentukan pembahagian kerusi lagi," kata beliau  selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato Onn di sini, Jumaat malam.

Dalam itu, Najib berkata, langkah-langkah juga akan diambil untuk memastikan kerjasama antara parti komponen BN terus diperkukuh melalui program bersama dan persefahaman pihak kepimpinan atasan.

"Kalau pihak atasan ada kepimpinan positif, saya percaya anak buah lebih senang nak ikut," kata beliau.

Najib berkata, setiap parti komponen juga perlu melihat soal dalaman parti dan memperkukuh jentera masing-masing, selain perlu menunjukkan tahap komitmen tinggi dalam memastikan kelangsungan kuasa BN.

"Mesyuarat juga bersetuju untuk menjadikan kejayaan BN dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini sebagai panduan dalam membuat persediaan lebih rapi untuk menghadapi cabaran pada masa depan," katanya.

Mengenai pilihan raya negeri Sarawak, perdana menteri berkata, BN akan membuat persiapan sewajarnya dalam menghadapi pilihan raya itu.ementara itu, Najib berkata, BN juga akan mempertingkat usaha penerangan kepada rakyat mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam Bajet 2015, yang bertujuan untuk memperkukuhkan ekonomi rakyat dalam pembangunan negara.

Beliau berkata, ini termasuk menjelaskan kepada rakyat mengenai rasionalisasi subsidi, cukai barang dan perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksanakan April tahun depan serta konsep ekonomi rakyat yang dukungannya yang memberi tumpuan kepada peningkatan ekonomi rakyat berbanding ekonomi kapitalis.

"Ini perlu diperjelas kepada rakyat supaya tujuan baik kerajaan dapat diterima dengan positif," katanya.

Tindakan Tegas Terhadap Pemilik Kenderaan Pasang Lampu HID, Ubah Suai Nombor Plat

Posted: 31 Oct 2014 07:34 PM PDT

Oleh: THE STAR
 
 
JPJ akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.
 
 
 
PETALING JAYA: Tindakan tegas akan diambil terhadap kenderaan dengan nombor plat pelbagai reka bentuk, lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp' yang tidak mematuhi standard.

Setelah berbulan-bulan mengeluarkan amaran, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memulakan tindakan keras di seluruh negara terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan spesifikasi, bermula Sabtu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata kira-kira 1,500 anggota akan terlibat dalam operasi itu yang akan dilaksanakan bersama-sama dengan anggota polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau berkata pemeriksaan akan dilakukan di kawasan panas, sambil menambah operasi turut meliputi semua bandar dan pekan utama.

"Kami telah memberikan amaran yang cukup terhadap pemilik kenderaan untuk tidak menggunakan plat pendaftaran yang diubah suai dan lampu HID yang tidak diluluskan.

"Masa untuk berkompromi sudah berakhir. Kita tak akan layan sebarang alasan.

"Saman mandatoti akan dikeluarkan," katanya kepada The Star.

Ismail berkata di bawah spesifikasi JPJ, hanya tiga jenis plat nombor dibenarkan.

Bagi kenderaan biasa, ia mestilah terdiri daripada huruf dan nombor putih, timbul atau dilekat di plat hitam manakala bagi kenderaan kedutaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Getah Asli Antarabangsa, ia harus terdiri daripada huruf putih dan nombor, timbul atau dilekat pada plat merah.

Teksi dan kereta sewa harus mempunyai huruf dan nombor berwarna hitam, timbul atau dilekatkan di atas plat putih.

Pemilik motosikal di atas 250cc yang melanggar kaedah-kaedah mengenai nombor plat akan dikeluarkan denda kompaun sebanyak RM100 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM150 (jika diselesaikan antara dua minggu dan sebulan) dan RM250 (jika diselesaikan selepas sebulan).

Bagi pemilik motosikal di bawah 250 cc akan dikenakan denda RM70 (jika diselesaikan dalam masa dua minggu), RM120 (antara dua minggu dan sebulan) dan RM200 (jika lebih dari satu bulan).

Ismail berkata lampu HID, yang menggunakan gas Xenon, bukan filamen, tidak dibenarkan untuk digunakan kecuali dalam kes-kes di mana perubahan yang dibuat terhadap keseluruhan sistem pencahayaan dengan akreditasi dari Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim).

"HID yang terlalu kuat boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya yang lain dan berdepan risiko keselamatan," katanya.

Bagi lampu 'strob' atau 'beacon', sejenis lampu berwarna-warni, beliau berkata kenderaan persendirian dilarang memasang peranti sedemikian.

Beliau berkata hanya kenderaan polis, JPJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ambulans diberi keutamaan menggunakannya.

mengenai cermin gelap, Ismail berkata JPJ telah menunda tarikh penguatkuasaan sehingga 1 Mei tahun depan.

"Kami menangguhkan tarikh penguatkuasaan dalam tempoh enam bulan untuk memberikan masa yang cukup kepada pemilik kenderaan yang diimport untuk menggantikan cermin gelap mereka selepas JPJ menerima banyak rayuan," katanya.

Parang berjaya dikeluarkan dari kepala pemuda

Posted: 31 Oct 2014 07:27 PM PDT

SINAR HARIAN


Keadaan Mohd Ridzuan setelah parang yang terlekat di kepalanya dikeluarkan dalam satu pembedahan. Keadaan Mohd Ridzuan setelah parang yang terlekat di kepalanya dikeluarkan dalam satu pembedahan.


KUANTAN - Seorang pemuda yang kepalanya tertusuk pangkal parang sedalam lima sentimeter yang tercabut ketika dia membersihkan semak di ladang Felcra Tembeling Tengah, Jerantut semalam dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan hari ini.

Bagaimanapun Mohd Ridhuan Mat Sahor, 20, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan bagi mengeluarkan pangkal parang itu.

Bapanya Mat Sahor Ahmad, 43, berkata, anaknya menjalani pembedahan kira-kira pukul 8 malam tadi dan doktor menyatakan anaknya itu mungkin sukar untuk bercakap kerana satu daripada uratnya masih bengkak.

"Tetapi bahagian otaknya tidak mengalami sebarang masalah walaupun terkena sedikit pangkal parang itu dan penglihatannya juga tidak terjejas.

"Berkemungkinan dia perlu dirawat selama sebulan sebelum dibenarkan keluar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mat Sahor berkata, anak sulungnya daripada lima beradik itu turut memaafkan rakan sekerja yang juga adalah kawan baiknya sejak kecil di atas kejadian itu dan menganggap ia sebagai tidak disengajakan.

"Anak saya sempat berpesan kepada saya sejurus selepas kemalangan itu supaya jangan marahkan rakannya yang dikenali sebagai Din. Berkali-kali dia berkata abah, jangan marah Din, dia tidak sengaja.

"Saya dan keluarga reda dengan apa yang terjadi dan anak saya pun sudah memaafkan rakan baiknya itu. Tiada apa lagi yang hendak diungkitkan kerana kawan dia sudah menyatakan kekesalannya sehingga menangis meminta maaf," katanya.

Mat Sahor berharap anaknya kembali sihat seperti biasa tambahan pula isteri anaknya sedang mengandung empat bulan.

Mohd Ridhuan terkena bilah parang parang itu milik rakannya selepas pangkalnya tiba-tiba tercabut dan melayang ke arah mangsa dan tertusuk di kepalanya.

Mangsa pada mulanya dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Tahan sebelum dirujuk ke Hospital Jerantut dan kemudian ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh sebelum dihantar ke HTAA.  - Bernama

Kota Setar dilanda puting beliung

Posted: 31 Oct 2014 07:24 PM PDT


Pusaran angin yang dirakamkan penduduk di kawasan Sungai Baru. Pusaran angin yang dirakamkan penduduk di kawasan Sungai Baru.
 
 
 
ALOR SETAR - Tiga cedera, manakala lebih 35 rumah rosak selepas angin kuat melanda tiga kawasan di daerah Kota Setar, petang tadi.

Dua daripada tiga mangsa yang cedera adalah dari Taman Inang terkena serpihan kaca daripada pintu dan seorang kanak-kanak difahamkan cedera ketika memancing di tengah sawah di kawasan berkenaan.

Seorang lagi mangsa tercedera di bahagian badan dan tangan  akibat  terkena serpihan atap zink rumah yang di bawa angin di Kampung Sungai Baru.

Berikutan kejadian angin kuat pokok-pokok landskap berhampiran rumah penduduk dan di tepi jalan utama juga tumbang. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru.

Fenomena pusaran angin bersaiz sederhana seakan 'puting beliung' itu jelas kelihatan daripada beberapa kawasan, dipercayai bermula dari kawasan Sungai Baru menghala ke Mergong.

Fenomena alam yang berlaku buat kali kedua itu, selepas Pendang pada 14 Oktober lalu menyebabkan orang ramai merakamkan kejadian dan menjadi viral di laman Facebook.

Jangan mudah percaya maklumat di FB, Whatsapp

Posted: 31 Oct 2014 07:20 PM PDT

SINAR HARIAN


Gambar Hiasan. Gambar Hiasan.
 
 
TAWAU - Pengerusi Gabungan Persatuan Komuniti Belia Esszone Sabah, Mohd Zaki Harry Susanto meminta agar masyarakat tidak mudah mempercayai maklumat yang disebar melalui media alternatif seperti Facebook atau WhatsApp.

Beliau berkata, masyarakat perlu mengetahui bahawa kesahihan sesuatu perkara yang disebarkan melalui media sosial boleh diragui ketepatannya.

"Tidak dapat dinafikan lagi, kegiatan menyebarkan atau berkongsi maklumat di kalangan pengguna Internet adalah amat berleluasa. Ia amat mudah dilakukan kerana tiadanya sistem kawalan atau tapisan yang boleh memantau penyebaran maklumat sedemikian.
"Oleh itu orang ramai perlu mengelak daripada menyebar atau berkongsi bahan yang boleh menimbulkan rasa panik kepada masyarakat khususnya jika ia menyentuh aspek keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa yang sama, beliau berharap pihak berkuasa terutama yang terlibat dalam tugas risikan keselamatan negara lebih menekankan integriti dan lebih profesional ketika menjalankan tugas supaya risikan keselamatan tidak mudah bocor.  

"Kegiatan memuat naik maklumat berperingkat ke media alternatif perlu dibendung dengan segera. Ia dianggap melanggar aku janji dan sumpah menyimpan rahsia serta merupakan satu kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Untuk itu, kita mengharapkan pihak keselamatan lebih menumpukan soal integriti warganya dan segera mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka yang didapati dengan cuai atau dengan sengaja membocorkan maklumat berperingkat," kata Mohd Zaki. - Bernama

Banyak Tanah Rizab Melayu terlepas kepada pihak lain

Posted: 31 Oct 2014 07:11 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras)  menegaskan Tanah Rizab Melayu (TRM)  pada dasarnya mesti dikekalkan dalam kalangan orang Melayu.

Namun, Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid penghakisan TRM sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang sangat dikesali.

"Malah guna kuasa, kecuaian dan penyelewengan pihak tertentu telah menyebabkan TRM terlepas kepada pihak lain tanpa diketahui oleh masyarakat Melayu," ujar beliau dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mengambil perhatian berat isu Tanah Rizab Melayu (TRM) yang baru-baru ini dibangkitkan semula.

Pengambilalihan TRM dengan begitu banyak namun tidak diganti sebagaimana sepatutnya mengikut Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan, tidak sepatutnya berlaku.

Pihak berkuasa negeri nampaknya tidak sensitif mengenai implikasi jangka panjang yang bakal dihadapi apabila aset tanah orang Melayu terhakis. Kesannya akan juga melibatkan masa depan aset umat Islam di negara ini akan terjejas.

Kami menegaskan TRM pada dasarnya mesti dikekalkan dalam kalangan orang Melayu. Namun penghakisan TRM sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga sekarang sangat dikesali. Salah guna kuasa, kecuaian dan penyelewengan pihak tertentu telah menyebabkan TRM terlepas kepada pihak lain tanpa diketahui oleh masyarakat Melayu.

Kini kenyataan TRM sudah jauh berkurangan dari keluasan asal tidak  mengejutkan. Pentadbiran TRM yang sepatutnya diuruskan dengan amanah oleh pihak kerajaan negeri ternyata gagal untuk mengekalkan dan memajukan aset tanah orang Melayu.

Kami ingin mengingatkan dua objektif utama Rizab Melayu ialah: 1. Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu dan 2.  Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Matlamatnya ialah dengan dua objektif itu diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.

Kami berpendirian, dengan pelbagai agensi Islam dan korporat bumiputera yang ada masakini, TRM tidak sepatutnya dibenarkan dipajak kepada bukan Melayu selama tempoh tertentu seperti mana yang pernah dicadangkan sebelum ini. Sepatutnya gabungan agensi dan korporat bumiputera boleh memajukan TRM untuk kepentingan orang Melayu.

Kami mencadangkan Majlis Hartanah atau Bank Tanah dengan tabung amanah yang mencukupi ditubuhkan bagi membeli dan memegang sementara TRM dan kuota Bumiputra yang hendak dijual. Ini akan mengelakkan dari tanah milik Melayu terlepas tangan bila orang Melayu tidak mampu memajukannya atau bila kuota Bumiputera tidak dibeli oleh orang Melayu. Majlis Hartanah ini boleh membeli hartanah yang sudah dibangunkan supaya memastikan ia tidak berpindah milik kepada bukan Melayu.

Soalnya kenapa pihak kerajaan negeri dan persekutuan tidak mengambil inisiatif supaya TRM dibangunkan oleh agensi khas seperti Mara, UDA, dengan peruntukan khas dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia? Apakah masalahnya yang menyebabkan semua agensi ini tidak boleh bergabung sumber untuk membangunkan TRM?

Kami menggesa agar TRM yang digadai kepada institusi kewangan atau individu bukan Melayu mestilah diambil alih. Tidak ada alasan pihak agensi kerajaan tidak boleh berbuat demikian. Masalahnya ialah pihak berkuasa negeri (PBN) tidak memastikan supaya apabila dilelong hanya Melayu sahaja boleh membeli. Akibatnya apabila ini tidak diuruskan dengan baik, akhirnya banyak kes tanah Melayu terlepas kepada bukan Melayu.

Kami juga meneliti pihak berkuasa negeri tidak berusaha agar pemilik-pemilik tanah Melayu dibolehkan mewartakan tanah mereka sebagai TRM, seperti yang boleh dilakukan di Johor. Urusan penukaran syarat TRM perlu dipermudahkan dengan premium tambahan yang minimum.

Soal harga pasaran akan menjadi rendah apabila diwartakan sebagai TRM tidak timbul kerana matlamatnya bukan untuk dijual tetapi untuk dimajukan dengan dikekalkan pemilikannya di tangan orang Melayu.

Kami kesal kenapa pengambilalihan dan penggantian TRM tidak dilakukan dengan serentak sedangkan inilah punca kenapa banyak TRM semakin mengecil.

Kami juga mendapati TRM yang telah diambil balik di bawah Akta Pengambilalihan Tanah (APT) 1960 tidak dikeluarkan dari TRM dan penggantiannya tidak dibuat serentak. Sebab itu ia mewujudkan keadaan yang sangat mengelirukan iaitu dalam rekod, TRM tersebut masih wujud tetapi di lapangan sebenar ia tidak wujud lagi. Hakikatnya TRM tersebut sudah dipindah milik, namun begitu tidak berlaku penggantian sebagaimana sepatutnya. Akibatnya TRM terus mengurang. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: