Khamis, 6 November 2014

.

.


PasMa Terengganu selamat ditubuh

Posted: 05 Nov 2014 04:28 AM PST

BERITA MALAM                                                                                             

Negeri Terengganu mencatat negeri kedua selepas Pahang yang mempunyai jawatankuasa pimpinan Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa) apabila ianya dibentuk dalam satu himpunan NGO berkenaan di Batu Buruk, Kuala Terengganu hari ini.
Kepimpinan PasMa Terengganu.

Menurut jurucakap PasMa perlancaran rasmi penubuhan PasMa Terengganu akan dibuat di Dungun dalam tempoh terdekat secara besar-besaran.

PasMa Terengganu diterajui oleh bekas Wakil Rakyat Kota Putra Besut Abdul Aziz Abbas selaku Pengerusi. Manakala tiga orang Timbalan Pengerusi pula terdiri daripada Omar Abu Bakar, Daud Hassan dan Mokhsin.


Setiausaha disandang oleh Wan Aimin Wan Ismail, Penolong Setiuasaha Aminuddin dan Bendahari Zakaria Ali yang juga merupakan adik kepada bekas Setiausaha Badan Perhubungan Pas Terengganu.

Selain itu beberapa orang dilantik menjadi ahli jawatankuasa.

Penubuhan PasMa Terengganu ini sudah tentu memberi pukulan hebat kepada kepimpinan Pas Terengganu yang sebelum ini telah melarang ahli Pas negeri menyertai NGO berkenaan. Kejayaan penubuhan PasMa Terengganu itu menggambarkan ahli Pas tidak menghirau larangan dikeluarkan Pas Terengganu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu Satiful Bahri Mamat baru-baru ini telah memberi amran kepada ahli Pas Terengganu agar tidak menyertai NGO berkenaan dan menyarankan kalau mereka menyertai PasMa hendaklah keluar dari Pas. Sementara itu Presiden Pas Abdul Awang menyifatkan perjuangan PasMa kabur.

Sementara itu menurut jurucakap PasMa Malaysia ramai yang berminat untuk menyertai NGO berkenaan dimana pihaknya tidak habis-habis ditanya mengenai Pas. Dalam pada itu tambah jurucakap itu negeri Kelantan juga akan mempunyai jawatankuasa peringkat negeri sendiri dimana ia bakal diketuai oleh seorang pimpinan Pas peringkat kawasan.

Beliau juga membayangkan penubuhan PasMa di negeri-negeri lain dijangka akan dapat dilaksanakan menjelang awal tahun depan. "Kita meletakkan sasaran menjelang awal tahun depan semua negeri akan membentuk PasMa sendiri," ujarnya.  [wm.kl.8:19 pm 05/11/14]

Tiada ulasan: