. |
Menanti lekok ketiga dalam Pas Posted: 20 Nov 2014 03:10 PM PST RIAK PANDANG
Sebelum ini saya membacanya secara rentas sahaja, tetapi tidak cuba mendalami dan menganalisa apa yang tersumbat dalam minda (menjadi bahan kajian) ahli parlimen Parit Buntar, Perak itu menerusi buku ini. Khabarnya buku ini menimbul kontroversi dari kalangan sesetengah pimpinan Pas khasnya mereka yang merasakan diri sebagai ustaz dan ulama. Buku ini juga telah dibedah oleh ahli Pas yang kurang senang dengan kemunculannya menganggap ia cuba mengganggu konsep kepimpinan dalam Pas waktu ini, Kepimpinan Ulama.
"Pemikiran mereka ini jumud, ana tidak pedulikan mereka," tukas Mujahid lagi turut menyesali apa yang saya lalui. Para pembedah buku Maujhid ini merasakan diri mereka "al ulama" atau "al ustaz" kurang senang dengan buku ini yang mempertikai (membetulkan) pemahaman salah mengenai konsep kepimpinan ulama yang sebenarnya menurut minda Mujahid. Dengan mudah mereka merasakan buku itu menghalang keseronokan mereka untuk terus bermaharajalela demi mengusai Pas menerusi konsep berkenaan. Para pendokong kepimpinan ulama rakus mendabik dada seolah-olah Pas adalah hak mereka secara monopoli. "Menuju Pas Baru" yang menjadi judul buku ini difahami sebagai hendak merombak teras kepimpinan yang ada dalam Pas masa kini dan diganti dengan teras baru kepimpinan, profesional. Itulah yang menyumbat minda mereka dan "berkadas" pentafsiran mengenai kewujudan buku ini. Mereka tidak melihat kepada sub title buku ini, "krisis, peluang dan dinamisme" yang melakarkan peristiwa, harapan dan kehebatan Pas untuk masa depan. Para ulama "automatik" dalam Pas marah apabila beranggapan buku ini membawa maksud Pas membuat perimbangan dan perkiraan semula mengenai konsep kepimpinan ulama. Sememang pun sesetengah ahli Pas tidak memahami apakah konsep kepimpinan ulama. Mereka terkeliru antara kepimpinan ulama dengan gelaran ulama yang ditanggung oleh sesetengah pemimpinnya. Sekiranya mereka tidak sombong dan egois apa yang dijelas dan dihuraikan Mujahid berhubung maksud dan perbezaan kepimpinan ulama dan ulama gelaran sangat nyata dan memberi kefahaman mudah. Ia menjelaskan akan kekeliruan itu yang membawa kepada kelemahan kepada Pas. Menurut Mujahid ulama sebagai individu ia tidak mewakili organisasi, lantaran itu pandanganya bebas dan bersifat individu. Manakala ulama sebagai pimpinan pula, pandangannya mewakili oraganisasi lantaran itu pandangannya terikat dengan tuntutan dan keperluan organisasi dan ia dibuat secara kolektif, "berjemak". Ulama seagai individu ia tidak mewakili pemikiran strategik, pandangannya dipermukaan, dan tidak mengambil kira dari titik tolak berorganisasi. Berlainan dengan ulama sebagai pimpinan, mewakili pemikiran strategik maka ia harus menyelami realiti dan tuntutan "marhalah" perjuangan dan keperluan yang ditetapkan oleh organisasi. Sebagai ulama individu dia mungkin melihat sesuatu masalah dari satu prospektif sahaja. Berbeza dengan ulama sebagai pemimpin, organisasi harus memutuskan keperluan ringan dan kekerasan bersesuaian dengan tuntutan. Lazimnya pandangan organisasi cuba "mantaufiqkan" antara idealisme dan realiti, "waqie" yang lebih besar dan "mentaufiqkan" hakikat hukum dengan kemampuan memahaminya. Apa dihurai dan dicerakinkan Mujahid sangat cantik. Ia memberi pencerahan agar ahli Pas tidak sesat dalam istilah dan berilusi dengan slogan berkenaan. Mampu membezakan kepimpinan ulama dengan orang yang digelar atau menganggap diri mereka ulama, faqih (mendalami) agama. Apabila Mujahid menulis demikian tidak bermakna beliau anti kepada kepimpinan ulama seperti yang ditohmah kepadanya. Bagi Mujahid ada kelemahan tertentu terhadap gagasan kepimpinan ulama yang silap difahami itu. Apa yang nampak jelas kerana wujud kekeliruan dimana ada penerimaan mutlak mereka yang wajar memimpin Pas adalah kalangan ulama. Sudah tentu pandangan ini tidak tepat dan merugukan Pas dan ia bertentangan dengan pendekatan dibuat oleh bekas presiden Pas sebelum ini Allahyarham Fadzil Mohd Noor yang mahu ulama dan profesional berganding bahu dalam menggerakkan Pas. Salah terima itu juga menyebabkan berlakunya konflik dan krisis identiti kepimpinan dalam Pas. Dalam saat Pas diharap menerjah masa depan yang cemerlang, Pas tidak boleh terkongkong dengan idea dan tindakan pimpinan ulama yang lebih membuat keputusan berdasarkan perasaan "faqih" dan bukan kepada "marhalah", atau pun kebajaksanaan politik dengan mengambil kira perkembangan kontamporari. Inilah yang dibentangkan oleh Mujahid lewat buku berkenaan. Niatnya jelas untuk kemajuan Pas. Selain itu buku Muajhid ini menarik kerana ia mendedahkan tribulasi (pasang surut) perjuangan Pas. Beliau membuat batasan dan sempadan perjuangan Pas telah melalui beberapa tahap atau pun persimpangan yang dinamakan "lekok". Lekok ini melibatkan pendakian, melalui era hebat Pas dan lekok menurun, era penurunan Pas. Secara asasnya lekok Pas ini diambil kepada dua tahap. Pertama bermula sejak penubuhan Pas (1951) membawa kepada pimpinan Allahyarham Mohd Asri Muda pada tahun 1982. Manakala lekok kedua ialah dari tahun 1982 hingga 2000, era kepimpin ulama terkini ditangan, Abdul Hadi Awang. Dalam teori melekok atau pun jatuh bangun Pas ini, Mujahid melihat lekok kedua adalah lekok era kejatuhan Pas. Dua tahap yang digariskan berada dalam keadaan bertentangan. Lekok dalam Pas bukan berhenti disitu sahaja. Ia bukan sahaja setakat ada dua lekok. Sesuai dengan Pas sebagai wadah perjuangan ia hidup, berkembang dan akan terus mencipa beberapa lekok lagi. Bagaimana pun Mujahid menghentikan perhitungan kita terhadap Pas setakat lekok kedua sahaja. Beliau membiarkan kita membayangi dan membuat perhitungan dan analisis sendiri bagaimana lekok Pas seterusnya. Saya percaya beliau bukan tidak berani untuk melakar rupa bentuk lekok ketiga berdasarkan perkembangan semasa. Tetapi beliau lebih suka kalau ia dikaji oleh pendokong, pemimpin dan ahli Pas sendiri. Mujahid cuma menegaskan bahawa Pas akan melalui fasal ketiga. Kalau lekok satu dan dua membentuk "S" bagaimana pula dengan lekok ketiga? Apakah akan menambah satu lagi lekok menjadi bentuk "S" akan di campur dengan "C." Menjadi "lekok berlekok". Mujahid sendiri tidak memberi gambaran jelas rupa bentuk lekok atau masa depan Pas. Jika ia melekok menjadi "C", maknanya Pas dalam bahaya kerana "C" itu boleh dianggap sebagai tanduk manakala Pas adalah telor. Lekok berbentuk "C" menjadikan Pas berada di hujung tanduk. Ada tanda-tanda yang Pas berada dihujung tanduk pada ketika ini. Beberapa masalah yang timbul dalam Pas termasuk kemuruduman intergriti pimpinan tertinggi Pas, seakan membawa Pas menuju ke lekok ketiga itu, lekok tanduk. Paling nyata ialah kewujudan NGO bernama Persatuan Ummah Sejahtra Malaysia (PasMa) seperti mahu membina lekok ketiga itu. Umum tahu mereka yang menganggotai PasMa terdiri daripada ahli dan penyokong Pas. Walaupun kewujudannya diremehkan oleh sesetengah pihak, tetapi kehadirannya tetap memberi impak kepada Pas. PasMa boleh menjadi nyamuk yang menyebabkan tidur Pas tidak lena. Untuk menghalau dan menampar nyamuk PasMa ini bukan mudah kerana ia tidak setakat dua tiga ekor yang sudah lelah dan kelaparan darah. Tetapi jumlahnya makin bertambah dari sehari ke sehari. PasMa menjadi masalah baru kepada Pas. Ada yang menyifatkan PasMa adalah alat mengambil alih kerja Umno untuk melemahkan Pas. Justeru cadangan atau inisiatif yang diambil oleh Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub untuk berunding dan bertemu muka dengan PasMa bagi mencari titik damai adalah cadangan baik yang perlu disegerakan. Melihat perkembangan ini dan kegagalan Pas menghentikan pergerakan PasMa, apakah ia bakal mewujudkan lekok ketiga yang ditinggalkan secara tergantung oleh Mujahid tadi. Yang pastinya Mujahid sudah memuktamadkan yang Pas sudah melalui dua lekok dan sedang mencari lekok seterusnya, ketiga. Manakala secara lumrahnya lekok ketiga pasti akan datang. Sekiranya Pas beranggapan dan bersetuju PasMa bakal membentuk lekok baru, lekok "C" (meletakkan Pas bagaikan telor di hujung tanduk), maka Pas perlu uruskan segera PasMa kerana ia berpotensi menjadi penjana lekok ketiga dalam Pas. Begitu juga mereka dalam PasMa yang mengakui menyayangi Pas hendaklah mengkaji balik apakah usaha mereka mendatangkan kebaikan demi kemenangan diharap atau pun sebaliknya. [wm.kl.7:03 am 21/11/14] | ||||
Kenapa hak perwakilan untuk sentuh isu agama, bangsa dicegah? Posted: 20 Nov 2014 03:55 AM PST ULASAN Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor menngingatkan para perwakilan Umno pada perhimpunan agung parti itu minggu depan agar tidak menyentuh isu-isu sensitif mengenai agama dan kaum. Katanya selain isu itu masalah peribadi pemimpin Umno juga "haram" disentuh. (Ramaikah pemimpin Umno yang mempunyai isu-isu peribadi?).
Larangan itu memberi petunjuk Umno yang memperjuangkan bangsa Melayu dan agama, dikongkong oleh partinya sendiri. Sudah pasti bila bercakap soal bangsa dan agama tentu ia membabitkan soal-soal sensitif kerana ia untuk kepentingan Melayu dan penganut agama Islam. Sampai ke bila pun kaum lain tidak akan senang apabila kepentingan Melayu diperjuangkan. Begitu juga dengan kepentingan agama. Apakah bermakna bagi ahli Umno kalau mereka tidak dibenarkan bercakap agenda utama perjuangan mereka? Misalnya isu agama bersabit konflit antara enakmen agama Islam dengan Perlembagaan wajar diketengahkan dalam perhimpunan berkenaan. Umno harus memperjuangkan agar hukum Islam berada di atas undang-undang sivil. Pemimpin Umno sering menegaskan yang mereka sangat obses mengenai agama dan bangsa. Malahan mendabik dada merekalah pejuang bangsa dan agama nombor wahid di negara ini. Tetapi bila para perwakilan dilarang berbuat demikian, bererti perhimpunan agung parti itu hanya sebagai formaliti sahaja sebagai menenuhi kehendak perlembagaan parti dan juga peraturan ROS. Barang kali isu-isu berkisar dalam 1MDB yang hebuh ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat kini tidak termasuk dalam soal sensitif yang tidak boleh disentuh. Kalau benar, elok juga kalau perwakilan Umno bertanya mengenai isu disekitar perbelanjaan dilakukan 1MDB terutamanya menerusi Yayasan 1MDB berhubung dengan perbelanjaan menaja jemaah Haji ke Makkah meneuris Projek Khas Haji. Seperti mana dijelaskan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan hari ini sejak tahun 2011 hingga 2014 Yayasan 1MDB telah membelanjakan sebanyak RM28.2 juta untuk menaja 2,300 orang jemaah Haji. Peruntukan itu disalurkan menerusi 13 projek tanggungangan korporat (CSR) 1MDB yang semuanya bernilai RM RM382.3 juta. Ada dua aspek yang boleh dibangkit mengenai hal ini. Pertama mengenai peserta yang dipilih menyertai projek berkenaan, dan kedua berhubung wang perbelanjaan jemaah berkenaan. Mungkin perbelanjaan untuk projek sosial lain tidak menjadi masalah. Tetapi perbelanjaan menaja jemaah Haji perlu mendapat penjelasan mengenai kebersihan sumber kewangan yang digunakan itu. Kita tahu peruntukan itu diambil dari keuntungan pelaboran 1MDB daripada berbagai aspek. Apakah wang yang digunakan untuk menaja jemaah Haji itu bersih dan bukan dari sumber subahat? Kita sedia maklum wang yang digunakan untuk menunaikan Haji perlulah dari sumber yang halal dan tidak bersubahat. Antara syarat Haji menetapkan hanya mereka yang mampu sahaja wajib menunaikan fardu Haji. Bagi mereka yang tidak mampu, maka ia tidak diwajibkan. Apakah penajaan Haji itu dibolehkan? Apa lagi kita tahu juga projek itu berupa projek gimik politik. Kebetulan semasa di Makkah baru-baru ini saya berjumpa dengan salah seorang mutawif yang menjadi pemandu jemaah Haji dari Tabung Haji. Mutawif berkenaan mempersoalkan mengenai keafdalan jemaah Haji ditaja 1MDB. Menurut mutawatif berkenaan kehadiran jemaah Haji itu dipertikaikan kerana mereka tidak menggunakan wang sendiri. Kalau mengikut wajib Haji, jemaah yan tidak berwang tidak perlu diwajibkan menunaikan Haji. Disebabkan ada kekeliruan dalam hal ini, elok kalau ia dibangkitkan dalam perhimpunan agung Umno kelak. Tidak ada guna kalau sumber kewangan menaja jemaah Haji itu daripada sumber yang diragui. Sebelum ini juga orang ramai mengira jemaah haji itu ditaja oleh Perdana Menteri yang mengeluarkan wangnya sendiri. Tetapi rupa-rupanya wang itu diambil daripada keuntungan pelaboran 1MDB yang kini sedang menghadapi masalah besar terpaksa menanggung hutang. [wm.kl.7:51 pm 20/11/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan