Jumaat, 14 November 2014

.

.


Mahfuz patut nasihat Abdul Hadi, bukan tegur balas DAP

Posted: 13 Nov 2014 06:07 AM PST

TEGUR MALAM                                                                                              

Ketua Penerangan Pas Mahfuz Omar tidak senang dengan pemimnpin DAP yang meminta agar Presiden Pas Abdul Hadi Awang tidak ponteng mesyuarat Majlis Presiden PR. Mahfuz meminta agar pemimpin DAP berhati-hati bercakap mengenai presiden kesayangannya itu.

Walaupun Mahfuz ada hak dan berhak untuk mempertahankan bosnya, tetapi Ahli Parlimen Pokok Senan itu perlu menyedari masalah yang timbul di sekitar diri Abdul Hadi ialah sikapnya yang tidak mengambil berat terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai ketua parti dalam Pakatan. Pemimpin DAP bukan saja-saja hendak merendah dan memburukkan pemimpin Pas.

Abdul Hadi boleh tidak hadir mesyuarat tetapi perlu memaklumkan secara lisan kalau pun beliau sakit seperti kata Mahfuz. Rasanya apa yang menjadi kekesalan pemimpin DAP terhadap Abdul Hadi bukan saja masalah tidak hadir, tetapi paling rewelnya tidak menghormati keputusan dicapai dalam mesyuarat dan merubah keputusan mesyuarat menerusi kuasa beliau sebagai presiden Pas yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama (MSU).


Daripada menegur atau memberi peringatan kepada pemimpin DAP atau sesiapa yang mempertikaikan sikap dan feel Abdul Hadi itu, elok kalau Mahfuz sendiri dengan cara baik menegur atau menasihat Abdul Hadi. Mengajar Abdul Hadi mengenai peraturan dan rukun-rukun berorganisasi dan berkawan.

Mahfuz boleh mengatasi masalah Abdul Hadi itu yang turut memberi implikasi buruk kepada Pas. Apakah Mahfuz tidak dapat mengesan tindakan Abdul Hadi akhir-akhirnya menjadi liabiliti kepada Pas sebagai sebuah badan siasah.

Kita pun tidak mahu kalau pemimpin DAP menegur presiden parti agama seperti Abdul Hadi itu. Nampak sangat kontradiknya. Sebagai pemimpin parti agama, Abdul Hadi sepatutnya menjadi penegur dan bukannya ditegur. Apa lagi yang menegurnya bukan Islam yang dianggap sebagai jahil dari konteks Islam.

Mahfuz dalam soal ini usahlah kerana hendak menjaga hati dan hubungan baik atau rasa hormat yang tinggi (wala') kepada pemimpin sehingga menampakkan kejanggalan diri sendiri. Tindakan Mahfuz itu dilihat berani, tetapi ia tidak kena pada tempatnya. [wm.kl.10:06 pm 13/11/14]

Tiada ulasan: