Sabtu, 8 November 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PasMa bukan untuk menjatuhkan sesiapa - Datuk Pahrolrazi

Posted: 08 Nov 2014 04:24 AM PST



Saya datang mencelah dan menyibuk merakamkan perbualan ini sewaktu Datuk Pahrolrazi sedang ditemubual oleh dua wartawan berkenaan...

Maaflah sebab rakan pun paki hnphone ajer...dan skrip soalan dari wartawan pun tidak berapa jelas pada rakaman.Pakaq tu adalah panggilan mesra fotojurnalis  ZAINULFAQAR. Berikut adalah transkripnya. 

Wartawan Sinar : ….. PasMa ini wujud atas dasar cuba untuk ….err orang kata nak menjatuhkan seseorang; benarkah dakwaan-dakwaan ini?

Pahrolrazi : Sebenarnya dakwan itu tidak betul, gagasan PasMa sebenarnya ialah menjadi saluran untuk atau pun flatform untuk penyokong-penyokong. Jadi mungkin mereka lihat dalam program-program kita terdapat kritikan dan sebagainya , jadi mereka lihat kita ini untuk menjatuhkan pimpinan. Dah banyak kali saya tegaskan , kedudukan pimpinan parti politik, tidak boleh ditentukan oleh PasMa; kerada PasMa berada di luar parti politik. Yang menentukan kepimpinan parti politik ialah perwakilan mereka. Jadi sebenarnya itu lebih satu andaian sahaja.Saya fikir tidak betul andaian itu… 

Pakaq : Pilihanraya yang akan datang ini, sebagai NGO yang kuat menyokong Pakatan Rakyat, berapakan sasaran penyertaan sukarelawan PasMa?

Pahrolrazi : Kita harap kita mencapai satu jumlah yang besar, yang saya kata tadi, kita ada penyokong hampir 4 juta.Penyokong ada 3.7 juta. Kita harap satu jumlah yang besarlah, kita harap kalau boleh lebih dari 1juta ahli yang menyertai PasMa, kerana PasMa ini satu pertubuhan yang tidak ketat, longgar. Dia tidak ada ikatan, tidak ada disiplin yang begitu ketat kepada ahli dia.

Pakaq : (tidak jelas) 

Pahrolrazi : Saya…Kita nak bawa kepada satu perbincangan …iaitu … Pakatan Rakyat perlu menjadi sebuah pertubuhan yang ada pemimpin dan membuka kepada parti politik menyertai. Dengan cara itu kita dapat sokongan yang lebih macam …bukan sahaja PSM, parti politik di Sabah, Sarawak …supaya boleh juga menjadi ahli dalam Pakatan Rakyat sebenarnya. Jadi patut kita meluaskan lagi . Tidak terhad kepada 3 sahaja parti politik.Itu pandangan dari kita lah….

Pakaq : Pilihan Raya Negeri Sarawak dijadualkan paling lewat pada Jun tahun depan. Adakah PasMa melebarkan sayap NGO ke Sabah atau Sarawak sebagai persiapan mengukuhkan sokongan rakyat kepada Pakatan? 

Pahrolrazi : Kita belum lagilah Sabah dan Sarawak…sebab di Semenanjung pun ada negeri yang belum lagi … permintaan sudah ada untuk pergi ke Sabah, Sarawak…Jadi kalau sudah ada organisasi yang kita wujudkan di Sabah, Sarawak , mungkin mereka mula main peranan menyokong Pakatan Rakyat. 

Pakaq : (tidak jelas) 

Pahrolrazi : Bagi kami tidak ada apa-apa halangan untuk menyokong. Yang pentingnya, Pakatan Rakyat lebih kukuh. Lebih kukuh dan dapat menyakinkan rakyat untuk menjadi satu pilihan kepada rakyat. Itu sebenarnya ..(tak jelas) hasrat kita lah…

TKasih kepada Y. ZAINULFAQAR Fotojurnalis P.Pinang

PasMa syor Pakatan lebih kuat jika disertai PSM, parti-parti dari Sarawak-Sabah

Posted: 08 Nov 2014 03:07 AM PST

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 


PHAHROLRAZI Mohd. Zawawi (kopiah putih) semasa 
diinterbiu selepas selesai Forum PAS Peringkat Negeri Perak 
di Hotel Seri Malaysia  Ipoh, malam tadi.| Foto: FB Mohd. Saad


 IPOH - Pakatan Rakyat disyor lebih fleksibal menerima kehadiran Gabungan Kiri terbaru yang ditunjangi oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) demi mewujudkan saingan 'satu lawan satu' dengan Umno Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

 PHAHROLRAZI Mohd. Zawawi Presiden Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi berkata, langkah itu adalah wajar agar Pakatan Rakyat terus mendekati aspirasi sebenar 51 peratus undi majoriti rakyat Malaysia seperti pilihan raya umum lepas. 

 Lagipun katanya lagi, penyertaan lebih banyak parti politik khususnya dari Sarawak akan menguatkan lagi sokongan rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri berkenaan, yang dijangka paling lewat pada Jun tahun depan.

 "PasMa adalah pertubuhan yang longgar untuk menghimpunkan suara sebenar penyokong Pakatan Rakyat, dan kita cadang Pakatan Rakyat lebih fleksibal dalam menguatkan sokongannya dengan formula 'satu lawan satu' dengan Umno Barisan Nasional. 

 "Bukan sahaja PSM patut dipertimbang sertai Pakatan Rakyat, malah, parti-parti politik dari Sarawak dan Sabah juga boleh menyertai kita.

 "Kita (Pakatan Rakyat) sepatutnya meluaskan lagi kekuatan kita, tidak sekadar tiga parti politik sahaja (PAS, PKR dan DAP) untuk menjadi lebih kuat kerana hampir 3.7 juta pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu adalah mreka yang tidak berparti," ujar Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah.

 Beliau berkata demikian kepada wartawan, sejurus selesai Forum PasMa Peringkat Negeri Perak yang berjudul "Di Sini Lahirnya Pakatan Rakyat" di Hotel Seri Malaysia di sini, pada malam tadi.

 Selain gelut memenuhi pentas-pentas forum di seluruh Semenanjung Malaysia, Phahrolrazi menjelaskan bahawa NGO berusia hampir 90 hari itu sedang giat merancang untuk mewujudkan sejuta sukarelawan pro Pakatan Rakyat sebelum PRU14.

 "Di Sabah dan Sarawak, secara rasmi kita belum menubuhkan PasMa kerana memenuhi forum yang begitu banyak permintaan di Semenanjung.

 "Tetapi, kita (PasMa) tengah berbincang untuk membina pasukan sukarelawan yang terbanyak...kalau boleh lebih sejuta untuk membantu Pakatan Rakyat menang pilihan raya nanti," ujar Pahrolrazi lagi.

 Difahamkan, iltizam politik PSM serta gabungan kirinya untuk menyertai Pakatan Rakyat serta bertanding menggunakan logo parti sendiri sejak dua tahun lepas seakan menerima reaksi dingin daripada pemimpin tertentu pembangkang berkenaan.

 Pada PRU14, PSM disebut-sebut bercadang untuk bertanding di enam kerusi Parlimen serta 11 kerusi DUN. Baca lagi di sini

Tiada ulasan: