Sabtu, 29 November 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Tidak mungkin ulama taraf dunia buat fitnah...ini semua komplot CIA nak jatuhkan Islam....

Posted: 28 Nov 2014 06:44 PM PST


Mohd Shamsul sekadar menuntut permohonan maaf daripada Presiden PAS atas kenyataan fitnah yang dibuat terhadapnya tahun lepas.Tapi kerana berasa tak bersalah, Hj Hadi tidak ambil tak kisah. 

Mungkin kerana berasa dirinya hebat sebagai seorang presiden sebuah parti Islam, dia sombong dan angkuh lalu enggan minta maaf kepada Shamsul ....

Maka tiada pilihan lain bagi Shamsul melainkan mencari menyelesaikan perkara tersebut melalui mahkamah bagi membersihkan namanya yang dicemar.

Hj Hadi terkejut beruk bila pada 23 Februari lalu Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkannya membayar RM2 juta sebagai ganti rugi kepada Mohd Shamsul untuk saman fitnah yang difailkan pada 5 Disember tahun lepas. 

Beliau telah menyaman Hj Hadi berhubung kenyataan beliau bahawa terdapat seorang peniaga dadah di kalangan calon-calon pilihan raya umum PKR pada tahun lepas, yang telah digunakan alasan oleh Pas untuk menamakan calon-calon mereka sendiri di tempat yang diperuntukkan kepada PKR menyebabkan pertandingan tiga penjuru di Bukit Besi. 

 Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa bahawa ucapan Abdul Hadi di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April telah mencemarkan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. Sila klik rakaman ucapan Shamsul

Sementara kita menunggu hari perbicaraan yang ditangguh pd 7 Dis 2014, iaitu tarikh akhir utk mendengar saksi plaintif dan penggulungan dan keputusan kemungkinan nya, marilah kita imbas semula ucapan fitnah seloka Hj Hadi Awang, ulama Dunia....

Tiada ulasan: