Selasa, 18 November 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Nik Amar merapu tak sudah lagi....

Posted: 18 Nov 2014 01:08 AM PST

Resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menjadikan PAS naik hangin seluruh badan.

Menampakan keangkuhan pemimpin tertinggi PAS semata-mata di mata umum. Tak boleh ditegurkah?

Korang boleh fikirkanlah sendiri bahawa apa yang  LGE persoalkan bukan mengenai Hj Hadi tak datang mesyuarat PAS....tetapi pasal tak datang mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Ini soal Pakatan Rakyat, bukal persoalan dalaman PAS.

LGE dah beri alasan-alasan yang munasabah.... Apakah ini dikatakan mencampuri urusan PAS? 

Maka apa pula yang Nik Amar ni merapu suruh DAP keluar PR kerana teguran tak datang mesyuarat? Selepas ini apa pula? Bila PKR  tegor benda yang sama, PAS akan suruh PKR keluar Pakatan Rakyat?

Dah tu, tinggal PAS terkonteng-konteng sorang-sorang dalam Pakatan Rakyat. Dah tu senanglah Tuang Presideng - atas sayalah, nak hadir, tak mahu hadir!

Korang boleh baca penjelasan LGE  di sini.

'DAP boleh keluar Pakatan, jangan desak PAS'

 Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS.

 Katanya, DAP dialu-alukan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tidak senang dengan parti Islam itu, lapor Utusan Malaysia hari ini.

 Laporan itu juga menyebut, timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu.

 "Kalau Lim Guan Eng nak keluar Pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar Pakatan, keluarlah. Jangan desak PAS untuk keluar Pakatan," kata seperti dilapor dalam akhbar itu hari ini.

 Mohd Amar mengulas resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Baca lagidi sini

Tiada ulasan: