Nuffnang

Pengikut

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Amerika, Eropah mahu jatuhkan Hadi?

Posted: 07 Oct 2014 09:17 AM PDT

oleh: amirulmukminin
Puak UG PAS mungkin tidak lagi mampu berfikiran waras apabila mendakwa presiden parti itu mahu dijatuhkan oleh komplot Barat.

Komen Nik Abduh kononnya wujud konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama kelihatan mengarut.

Lebih mengarut lagi, kata Nik Abduh komplot itu menyebabkan PAS diserang, bermula dengan melemahkan pimpinan utama, agar PAS tidak menjadi parti yang kuat mendominasi Pakatan Rakyat (PR).

Tuduhan komplot Barat tentu sahaja cuba mengaitkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sebagai perancang utama memusnahkan PAS. Ini kerana Anwar rapat dengan pemimpin negara Barat dan baru-baru ini dihentam habis-habisan oleh Hadi Awang.

Inilah yang cuba disampaikan oleh Nik Abduh. Nampaknya pemimpin UG PAS memang mahu PR memecat mereka daripada gabungan itu. Sekiranya mereka tidak dipecat maka akan lebih banyak lagi isu akan ditimbulkan terutama berkaitan Hudud apabila Umno mula memanaskan jawatankuasa Hudud Umno - PAS di Kelantan

Umno perguna UG 

Cuma yang menjadi  tanda tanya adakah puak UG ini tidak sedar permainan Umno atau pun mereka diberi ganjaran oleh puak Umno?

Mustahil mereka tidak faham Umno tidak mahu melaksanakan Hudud tetapi berpura-pura ingin bekerjasama dalam isu itu hanya untuk memecahkan PR. Melihat tindak tanduk Umno dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor lalu, jelas parti sekular itu sememangnya terus membuli PAS.

Umno tidak memberi royalti kepada kerajaan PAS Kelantan tetapi melakukannya melalui Majlis Agama Islam Kelantan. Untuk apakah memberi separuh royalti kepada MAIK dan bukannya kerajaan negeri sebagaimana yang terjandung dalam Akta Petroleum 1974?.

Bukan satu lawak jenaka sekiranya PR memecat PAS hari ini, sehari kemudian Umno akan menggantung jawatankuasa Hudud. Tiada lagi kekuatan PAS untuk mereka bekerjasama. Sebahagian ahli PAS menyertai PasMa dan hanya separuh sahaja yang akan terus bersama PAS.

Mustahil Umno akan melaksanakan Hudud sekiranya mereka mampu menawan semula Kelantan. Namun sekiranya puak UG ini tidak menyedari keadaan itu, apakah kuasa yang mendorong mereka melakukan sabotaj demi sabotaj ke atas PR?

Adakah kerana ego dan merasa hebat keanggotaan PAS yang mencecah 1 juta ahli? Mereka tidak lagi memerlukan kaum Cina dan India. Melayu sudah cukup untuk menyokong perjuangan PAS. Apatah lagi jika bergabung bersama Melayu Umno maka PAS dan BN akan menjadi kuasa dominan dan menentukan hukum Islam ditegakkan.

Tapi nanti dulu. Bagi puak UG yang 'berpandangan luas' itu mereka perlu ingat sudah 50 tahun PAS wujud namun adakah orang Melayu di Selangor, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan menerima mereka? Sehingga sebelum Anwar Ibrahim dipenjarakan dan puak professional berduyun-duyun menyertai PAS parti itu hanya dipimpin oleh ustaz.

PAS sebelum hujung 1990an dilihat tidak mampu membawa pembangunan. Bukan orang Melayu tidak mahu mengundi alim ulama tetapi mereka tidak terfikir guru-guru agama itu mampu menarik pelabur asing, mentadbir dengan baik atau menjadi faktor penyatu antara Islam dan bukan Islam.

Semua faktor negatif itu beransur-ansur ditolak ke tepi apabila golongan professional menyertai PAS dan PAS bergabung pula dengan PKR dan DAP yang sememangnya mempunyai ramai pemimpin berkaliber. Rakyat akhirnya menaruh pengharapan, suatu hari nanti mereka akan dipimpin oleh gabungan PAS dan PR.

Terus dibuli

Namun perkembangan dua bulan kebelakangan ini yang memperlihatkan kesombongan dan kedegilan ulama PAS membuat rakyat berfikir kembali adakah berbaloi meneruskan sokongan terhadap mereka?

PAS akan kembali menjadi parti ustaz yang jumud, tidak tahu perkembangan sains dan terknologi moden , lembab bertindak serta tidak mempunyai urus tadbir yang baik.

Imej ustaz yang tidak toleran ditunjukkan dalam Muktamar ke 60 telah menakutkan golongan bukan Islam dan mencemaskan orang Melayu bahawa negara akan dibawa ke kancah Taliban atau Isil.

Tiada siapa akan mengundi PAS jika perjuangan hanya untuk Islam dan Melayu. Malah orang Melayu yang waras tidak akan mengundi mereka dan kembali kepada BN sebagai faktor keseimbangan dan perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kalah dan dipresi

Apa yang diperjuangkan oleh Zuhdi, Tantawi, Nik Abduh terlalu bahaya untuk masa depan PAS. Parti itu akan kalah teruk pilihan raya dan terbelah dua sekiranya perjuangan sempit menjadi arus perdana PAS. Kekalahan pilihan raya dan depresi ahli yang taksub mungkin menyebabkan mereka melawan kerajaan secara yang tidak demokratik untuk menegakkan negara Islam.

Akibatnya mungkin boleh berulang kembali tragedi-tragedi ngeri yang dialami PAS pada 1960an hingga 1980an lalu akibat sikap yang kurang mahu berunding. Pemerintah akan mengambil peluang membantai parti itu lantaran tuduhan ekstremisme.

Pada tahap sekarang puak UG mungkin berkata jika PR membuang mereka maka Umno boleh dijadikan sekutu. Tetapi sejarah akan berulang. Umno akan memperdaya PAS ke arah ekstremisme sebagaimana yang dilakukan selepas berpisah dari BN pada 1978.

Umno memprovok PAS dan kemudian parti sekular itu bertindak ke atas Ibrahim Libya pada 1985. Kematian syuahda Memali memburukkan nama PAS sehingga parti agama itu hanya menang satu kerusi parlimen pada pilihan raya 1986.

Jika puak UG tidak percaya masa hadapan mereka akan lebih buruk, maka dipersilakan keluar dari PR dan teruskan dengan garis perjuangan Islam - Melayu.

Beberapa tahun daripada sekarang mungkin puak UG akan menulis sekali lagi mengenai usaha antarabangsa menjatuhkan presiden mereka yang tidak terkenal itu. Kali ini mereka tidak menyindir Anwar sebagai agen kejatuhan tetapi akan menyebut Umno telah menipu mereka pada 2014.

Anwar: Berapa cukai anak Dr M, 19 hartawan M'sia bayar?

Posted: 07 Oct 2014 05:38 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan agar mendedahkan kutipan cukai daripada 20 orang hartawan bertaraf ribu jutawan atau bilionaire di dalam negara.

Beliau antara lain menamakan mogul telekomunikasi, Tan Sri T Ananda Krishnan; anak bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir; dan Tan Sri Vincent Tan sebagai hartawan-hartawan berkenaan.

Amerika, Eropah mahu jatuhkan Hadi?

Posted: 07 Oct 2014 04:51 AM PDT

oleh : amirulmukminin

Ulama muda PAS tak kenang jasa Mat Sabu

Posted: 07 Oct 2014 04:49 AM PDT

oleh:  

Luahan veteran PAS:

Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS).

Berjuang sejak daripada zaman kelam. Meng infaq kan tenaga, masa muda dan harta yg tak seberapa.

Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang-tukang baca Doa selamat.

Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dalam Jamaah.

Kini nama-nama mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dalam Jamaah, sebagai munafiq Jamaah.
Apakah saudara ahli-ahli PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu

Ana sezaman dgn Husam zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam baru grad UM (1984). Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama-sama menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah.

Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.
Sebagai "org Mekkah" ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jamaah di Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn bekas pimpinan UMNO.

Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di daalm Jamaah.

Di Satu Majlis Hariraya di Konsulate Makaysia Jeddah,saya berbicara dengan Tan Sri Sanusi Joned pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00 pg waktu Saudi).

Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn politik Melayu Islam daalm barisan muda PAS. Antara yang kerap di sebutnya, Husam Musa.

Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya joint semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lebih jadi pemerhati akademik. Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis-majlis akademik di kampus-kampus.

Memang zaman semesra sama-sama melepak di Pejabat PAS Jln Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia Dato' sukarnya dia nak panggil saya Doktor....

Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat-sahabat lama ini. Sebagai oanrg akademik yang tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya..hati saya semacam mengesahkan apa yang pernah di sebut oleh Tan Sri Sanusi Joned 2008 di Jeddah dulu..
Namun org akademik berhadapan dengan realiti hanya boleh berharap dan mengimpikan.

Para pemain politikus lebih cekap mengelecek kan bola-bola politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yg mungkin ideal.......

Hanya kpd Allah .

"Ya Allah.

Engkaulah Yang Maha Mengetahui betapa kasih dan sayangnya kami kpd pemimpin kami sejak lebih 30 tahun semenjak waktu pemimpin kami ini di kenali sebagai tokoh Ulama Muda Nusantara, kami dengan penuh kasih sayang terus menerus mendokong kepimpinannya.

Tiba-tiba di akhir-akhir ini petaka apakah yg menimpa, pemimpin yang kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kpd kami ex anak-anak muda yang yelah mendokong begitu lama. Apakah dengan gara-gara kemunculan kumpulan anak-anak muda baru yg menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami para ex Pemuda ( non-Ulama) tidak di kasihi lagi.Dlm ucapan-ucapan terakhir pemimpin yg kami kasihi ini kedengarannnya mcm menghalau saja kami dari lengkongan Jamaah yg tercinta ini.

Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...."

Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dlm muktamar........

"Tidak ada sapa-sapa berhak menghalau sapa-sapa dari Jamaah ini.

Allah dan Rasulnya yg meminta umat ini bersatu dlm Jamaah. Maka sesiapa berjamaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan ALLAH.

Siapa kita yg boleh berasa org lain blh berambus dr jamaah yg kita syangi bersama.

Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli-ahli bawahan menghormati Ulama.

Rasanya ada sesuatu yang Allah swt nak tegur ni.

Selama ni sejak lbh setengah abad PAS meredah Perjuangan Siyaasah Islamiyyah. Pendokong bawahan sememangnya mendokong dan menjunjung tinggi kedudukan Ulama tanpa dipinta-pinta.

Masa tu rasanya tak ada anak menantu pimpinan Ulama turut nak membolot persada kuasa.

Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak untuk berkata-kata.

Kepatuhan membuta tuli atas apa-apa nama yang agak rasmi boleh diminta.

Namun Penghormatan yg hakiki tidak boleh di paksa-paksa.

Ana dan Pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala' kepada Mad Sabu yang menaiki TK DPPP. Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Ust Dato Abu Bakar Chik dengan menjatuhkan kepimpinan Ust Ab Halim Arsyad.

Kami satu rombongan datang ke Rusila menemui Timb Presiden (TGHH) menyatakan stand kami. TGHH menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jamaah.

Kami terima. Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan Ulama seperti alMarhum Ust Haron dan Ust Yahya Uthman. Memang kamu tak jemput Mad Sabu dan Pimpinan Pemuda bagi pengisian.

Namun apabila Mad Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagi nak mati memenangkanya.

Puas hati dgn prestasi nya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat PAS beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jamah. Beliau hidup sederhana, sepanjang 2 penggal sebagai Ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas Jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam di pikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali-kali kerana perjuangan.

Begitu hebat pengorbanannya daalm perjuangan. Saya cabar adik-adik baru dalam Pemuda yg duk kutuk Mad Sabu. Kamu yg hiduop dengan imej kehidupan mewah dengan kereta-kereta  mewah, sanggup kamu kutuk orang yang tidak pernah berkereta sepanjang jadi Ahli Parlimen, Kamu diangkat ke pentas-pentas ceramah/kuliah berbayar RM Ratusan sejam, sanggup kamu kutuk orang yang berceramah dibayar dengan harga ISA.

Silakah berMUHASABAH.

Antarabangsa jatuhkan Hadi mengarut - Hanipa

Posted: 07 Oct 2014 04:47 AM PDT

Oleh: aMIRULMUKMININ
Dakwaan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengatakan wujud konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama disangkal hari ini oleh dua rakan sejawatnya yang mengatakan ia mengarut dan tidak berasas.

Bagaimanapun, seorang pemimpin Majlis Syura mengatakan gerakan untuk menekan kebangkitan Islam memang wujud di peringkat antarabangsa, dan PAS sebagai salah satu pertubuhan Islam tidak terlepas dari menjadi sasaran.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin ketika dihubungi The Malaysian Insider, menepis dakwaan rakan sejawatnya Nik Abduh, dan menganggapnya sebagai pandangan peribadi semata-mata.

"Bagi saya itu teori mengarut. Tidak ada konspirasi. Adakah dengan melantik Hadi sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia juga merupakan satu konspirasi antarabangsa?" kata ahli Parlimen Sepang itu.

Katanya, walaupun pihaknya mengakui sayap ulama parti itu sering menerima "serangan" dan kritikan sejak kebelakangan ini, itu tidak bermakna ia didalangi negara luar untuk menjatuhkan parti Islam itu dan negara Malaysia.

"Saya rasa kuasa besar dunia pun ada banyak benda lain hendak fikir daripada (rancang) konspirasi," katanya.

Nik Abduh dalam artikelnya "Islam tanpa syariat" yang disiarkan Harakahdaily semalam mendakwa kuasa besar dunia yang berjaya menjatuhkan negara Islam di Timur Tengah seperti di Syria dan Mesir kini mula mensasarkan serangannya di Malaysia.

Katanya, prinsip PAS yang konsisten berjuang menegakkan agama di dalam negara merimaskan musuh Islam antarabangsa.

Keadaan itu katanya menyebabkan PAS diserang, bermula dengan melemahkan pimpinan utama, sekaligus tidak mahu PAS menjadi parti yang kuat dan mendominasi Pakatan Rakyat (PR).

"Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan Hadi dan memperlekeh Majlis Syura Ulama PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab, ya," kata anak Mursyidul Am PAS itu.

Pendapat Hanipa itu turut disokong seorang lagi AJK PAS Pusat, Khalid Samad yang menganggap Nik Abduh membuat andaian tanpa asas kukuh.

Katanya, situasi konflik di negara Timur Tengah tidak boleh diramalkan akan sama terjadi di Malaysia

"Kena ada asas untuk buat andaian. Asas dia apa? Kalau kata usaha hendak jatuhkan ulama (PAS), siapa yang nak jatuhkan?" kata ahli Parlimen Shah Alam itu.

Khalid berkata, teguran yang dibuat ahli PAS dan pihak luar terhadap Majlis Syura tidak bererti mahu menjatuhkan badan tertinggi PAS itu.

"Kepimpinan ulama dijamin dalam perlembagaan (parti), tetapi janganlah komen dan beri pandangan ada usaha nak jatuhkan... ini dah terlalu melampau," katanya.

Katanya, teguran terhadap Majlis Syura merupakan perkara biasa sejak kepimpinan dahulu.

Bagaimanapun, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh tidak menafikan wujudnya gerakan antarabangsa yang didalangi kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Israel dan Britain untuk menjatuhkan kepimpinan ulama secara global.

"Ya, memang salah satu daripada sasaran adalah PAS. Itu tidak boleh dinafikan. Mana-mana negara yang ada kebangkitan Islam dilihat sebagai ancaman oleh kuasa besar," katanya.

Katanya, mereka memulakan serangan ideologi dengan cuba mengasingkan isu ekonomi dan politik daripada dikaitkan dengan agama sehingga ada sesetengah alim ulama dan pemimpin agama termakan dengan agenda itu.

"Sesetengah alim ulama, bila jadi mufti, dia tidak berani bercakap benda yang benar," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengaitkan konspirasi itu dengan cubaan melemahkan kedudukan dalam PR, seperti yang didakwa Nik Abduh.

"Itu pandangan dia. Dia mungkin sedar perkara itu terjadi maka dia kena buktikan sendiri," katanya.

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT