Ahad, 26 Oktober 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tak lari keluar negara, tauladan kepada anak muda

Posted: 26 Oct 2014 03:49 AM PDT

Tak lari keluar negara, tauladan kepada anak muda

Maran: Himpunan Rakyat Hakim Negara yang diadakan di peringkat negeri Pahang dihadiri lebih 2000 orang malam tadi menjelaskan tindakan Ketua Umum PKR Anwar  Ibrahim tidak keluar negara walaupun ditawarkan suaka politik..

Anwar memulakan ucapan dengan menceritakan hikmah berhijrah sebagaimana dilakukan Nabi saw dari Mekah ke Madinah.  Katanya, Nabi membawa mesej menanam  semangat perjuangan   dan tidak mengalah apabila ditekan atau ditawarkan harta benda .

Beliau juga menceritakan perihal bekas Presiden PAS  Allahyarham Fadzil Noor  yang selalu menjelaskan kepadanya bahawa 'jangan kita selalu tidor , jangan alpa dan cuai tetapi hendaklah  bangun , bahawa yang besar itu bukan kuasa, yang besar itu bukannya maharaja , yang besar bukan orang, tetapi hendaklah sedar kelemahan dan ingat kebesaran Tuhan dan bersihkan badan dan jiwa'.

"Hari ini ramai yang bercakap negara madani,wasatiah, hadhari, apa saja istilah tapi  yang penting amalannya. Apa guna wasatiyyah kalau menghina agama lain?

"Ini tidak, ada anak beranak menteri  dapat kontrak syarikat arak , mana ulamak Umno, ini kes orang pegang anjing jadi heboh, pegang arak, diam, syarikat judi kasino sana sini, mana tok guru Umno"

"Saya bukan galakkan orang pegang anjing, namun cara nak tegur itu haruslah berhemah, namun yang di atas yang besar besar , anak orang kaya kaya, kamu buat apa?" soal Anwar.

Beliau juga menjelaskan bahawa kalau anak muda dan orang susah, selalu kena, tetapi kalau orang kaya kaya selalunya lepas bebas.

Anwar turut menjelaskan  mengapa beliau mengambil keputusan tidak keluar negara memohon suaka politik. Katanya, penjara tidak akan mengubah perjuangannya dan lebih rela terus berjuang di dalam negara berbanding melakukannya dari luar.

"Ramai yang bertanya kepada saya adakah saya akan ke penjara lagi pada kali ini. Saya mula ke penjara ketika berusia 20an, kemudian 40an dan kini 60an , namun saya dilatih oleh ibu-bapa dan kawan kawan menyatakan benda yang benar

"Ketika di London baru-baru ini , dalam sebuah forum yang dihadiri berbagai ilmuan Islam ,   prof Ahmad As Saad Afendi  , salah seorang sarjana Islam mencadangkan  satu agenda khas,  menasihati saya agar saya tidak pulang  ke Malaysia, mereka menasihat saya agar berada di luar dan jangan kembali

"Kemudian Prof  Wahab menjelaskan kepada saya, bahawa mereka boleh membantu saya jika saya mahu tinggal di London , mereka juga  mengatakan saya degil. 'Kamu ingat nak jadi hero ,  sedangkan Mandela ditahan 27 tahun ditangkap ketika hendak lari , Lenin pun lari kemudian  ditangkap dan dipenjara, kamu tak lari kenapa? Kamu hendak menyerah diri kenapa?"

"Saya jawab dan ingin menjelaskan bahawa saya tidak bersalah. Mahkamah mempercepatkan perbicaraan saya. Jadi di mana keadilan untuk saya? Malah saya menjelaskan mahkamah harus  ikut undang undang dan fakta.

"Malah Yusoff al Qardawi melalui anaknya bertanya kepada saya kenapa saya harus balik. Saya kata nak balik kerana tidak untuk menangkis fitnah ke atas  saya. Saya kena terima jika saya masuk ke penjara.

"Sedangkan anak anak muda berjuang tapi saya berada di luar. Untuk memberi mesej kepada anak muda bahawa jika saya yang masuk ke penjara berulang kali, anak anak muda di seluruh negara mesti bangkit dan lawan. Inilah mesej yang harus saya tegaskan," katanya.

Pecatlah saya kalau berani, kata pemimpin pelajar UM

Posted: 26 Oct 2014 03:37 AM PDT

Pecatlah saya kalau berani, kata pemimpin pelajar UM


Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata ancaman penjara tidak mempengaruhinya dan akan melakukan apa sahaja untuk menyedarkan rakyar Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh Putrajaya. – Gambar ihsan, 26 Oktober, 2014.


Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata ancaman penjara tidak mempengaruhinya dan akan melakukan apa sahaja untuk menyedarkan rakyar Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh Putrajaya. – Gambar ihsan, 26 Oktober, 2014.Dalam usaha memulakan fasa baru "reformasi" di kalangan belia di negara ini, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol kini menghadapi ancaman penggantungan dan dalam jangka masa panjang, menurut jejak langkah aktivis belia Safwan Anang dan Adam Adli Abd Halim yang disabitkan hukuman penjara.

Tetapi pelajar berusia 23 tahun dan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu tidak terpengaruh dengan ancaman universiti dan kemungkinan penjara, jika itu adalah apa yang diperlukan untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang penyalahgunaan kuasa oleh Putrajaya.
"Jika mereka mahu buang saya, teruskan. Biarlah ini menjadi pengajaran kepada orang ramai
mengenai apa yang berlaku di universiti dan Malaysia," kata Fahmi kepada The Malaysia Insider.



"Saya bersedia untuk dipecat, untuk dipenjara, apa pun demi menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik."

Fahmi merupakan generasi pelajar yang dibimbing secara langsung oleh ahli akademik yang terbaik di negara ini yang tidak berpuas hati dengan sikap masyarakat dan kerajaan yang memerintah.
Pelajar tahun akhir Pentadbiran dan Keadilan Sosial itu katanya diinspirasi oleh profesor, pensyarah dan rakan pelajarnya untuk menyahut cabaran mengetuai gerakan mahasiswa untuk membawa perubahan.

"Sebagai pelajar kita perlu membuat pengorbanan ini, sama ada kita suka atau tidak, kerana Malaysia perlukan perubahan. Kerajaan tidak patut memperlekeh pengaruh mahasiswa.

"Lihat sahaja Umbrella Revolution di Hong Kong dan reformasi di Indonesia. Ia bermula dengan pelajar," kata Fahmi.

Pemimpin pelajar itu kini bermasalah dengan pentadbiran universiti kerana menjemput ketua pembangkang dan alumni UM Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampus untuk berucap pada malam rayuan kes liwat beliau.

Program yang bertajuk "40 tahun dari UM ke Penjara" diumumkan haram oleh Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Profesor Datuk Dr Rohana Yusof, kerana akan "merosakkan imej" universiti.

Namun Majlis Perwakilan Pelajar UM yang diketuai Fahmi bukan sahaja ingin meneruskan dengan program tersebut, tetapi juga menggunakannya sebagai platform untuk memulakan gelombang "reformasi" kedua – seruan pembaharuan yang pernah dibuat Anwar selepas dipecat dari Kabinet.
Majlis Perwakilan Pelajar UM itu menjemput pelajar dari seluruh negara supaya menghadiri program tersebut serta berkumpul di Putrajaya keesokan harinya untuk menunjukkan solidariti dengan Anwar ketika rayuan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan.

"Kami akan membantah untuk menunjukkan kepada pemimpin kami tidak puas hati dengan sistem dan supaya mereka membuka mata dan telinga. Belia akan bangkit dan masyarakat akan turut serta membanteras ketidakadilan," kata Fahmi.

"Kami mahukan Malaysia baru. Mari kita hentikan politik lama yang hanya menyakitkan kita."
Fahmi bukan aktivis yang pertama dalam beberapa tahun ini yang mencabar kerajaan dengan kegiatan aktivis sosial, dan mungkin bukan yang terakhir sementara ahli akademik yang lantang bersuara seperti Profesor Dr Azmi Sharom dan Dr Abdul Aziz Bari tetap mengajar belia tentang kepentingan demokrasi sebenar.

Fahmi mengikut jejak langkah seniornya Adam Adli, Safwan Anang dan Ali Abd Jalil – semuanya didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Adam dan Safwan kedua-duanya bersumpah akan meneruskan kegiatan aktivis sosial mereka dan tidak ditakutkan dengan ancaman penjara, sementara Ali mengumumkan semalam mencari suaka politik di Sweden.

Walaupun Fahmi berkata dia sanggup diheret ke penjara untuk Malaysia yang lebih baik, dia mengakui ibu bapanya risaukan keselamatannya dan kemungkinan biasiswanya akan ditarik.
Berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia anak yang ketiga dari enam adik-beradik dan ibu-bapanya tidak mampu membayar yuran tuisyennya jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  tidak meneruskan biasiswa pelajaran baginya.

Ugutan seperti itu tidak mustahil. Pada bulan Jun, seorang bekas pelajar JPA dan pelajar Australian National University, Aslam Abd Jalil diminta memberi surat tunjuk sebab dari jabatan kerana menyertai forum tentang kaum, agama dan kerabat diraja oleh Ahli Parlimen Tony Pua.

"Ibu-bapa saya agak risau, tetapi saya yakinkan mereka saya sedang lakukan ini demi negara, demi mereka dan adik beradik saya," kata Fahmi.
"Saya katakan kepada mereka, jika bukan diri sendiri, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Kita tidak boleh biarkan apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang."

Dia menambah, sebagai seorang pelajar, inilah masa yang terbaik untuk memperjuangkan hak rakyat, daripada menunggu masa dibebani kerjaya dan keluarga.

Sebagai seorang belia bujang tanpa tanggungjawab, dia menghabiskan masa menjadi sukarelawan di pusat kanak-kanak yatim dan membaca buku tentang sains politik.

"Saya gemar membaca buku tentang kehidupan tokoh politik seperti biografi Anwar dan Tun Dr Mahathir Mohamad, serta tulisan mereka," katanya, menambah dia sedang memikirkan kerjaya dalam politik untuk masa depan.

"Sejak saya menyertai pilihan raya kampus, menjadi cita-cita saya untuk menjadi calon negeri atau kerusi Parlimen selepas saya selesai belajar. Namun sementara saya masih pelajar saya tidak akan menyertai apa-apa parti dan kekal tidak berat sebelah."

Apabila disoal mengapa dia begitu tegas dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), Fahmi membangkitkan defisit bajet dan penggunaan Akta Hasutan oleh Putrajaya untuk mendiamkan pengkritik sebagai puncanya.

Dia berkata sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM, dia juga mengalami sendiri bagaimana BN tidak mempedulikan belia.

"Saya menjadi calon dua kali dalam pilihan raya kampus, jadi saya ada berunding dengan kerajaan beberapa kali. Mereka selalu katakan mereka mahu idea tentang bagaimana untuk memperbaiki diri, tetapi apabila idea diberi mereka tidak pandang pun."

"Sekarang mereka katakan kita tidak mematuhi kerajaan dan universiti. Tetapi ini semua tidak perlu berlaku sekiranya mereka mendengar suara kita apabila kita gunakan saluran yang rasmi."
Fahmi berkata dengan kebangkitan pelajar pada Isnin dan Selasa, dia berharap sesuatu yang "lebih besar" akan berlaku di seluruh negara yang akan memaksa kerajaan sedar ia tiada pilihan selain berubah.

"Saya ingin melihat Malaysia berdiri dan membenarkan Malaysia yang sebenar – seperti yang patut, dengan kekuatan dan sumber dan kekayaannya.

"Saya inginkan Malaysia ditadbir mereka yang prihatin dengan rakyatnya dan akan menerajui negara ke hadapan, membawa semua kaum bersama sebagai satu. – 26 Oktober, 2014.


Tiada ulasan: