Sabtu, 18 Oktober 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BAJET 2015: Bina lapangan terbang Gerik, bagaimana di Pangkor?

Posted: 18 Oct 2014 05:50 PM PDT

oleh amirulmukminin
Pemuda PAS Perak tidak menafikan kepentingan dan usaha untuk menarik pelancong terutamanya yang melalui hab pengangkutan udara sebagai pintu masuk ke Negeri Perak untuk melawat dan melancong khasnya di Hutan Royal Belum, Gerik melalui satu peruntukkan Bajet tahun 2015 yang telah diberikan sebanyak RM 15 Juta bagi tujuan menaik taraf Lapangan Terbang Gerik di dalam Perbentangan Bajet baru-baru ini.

Bagaimanapun, menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak YM Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, kerajaan Perak tidak memberi kepastian bagaimanakah pula nasib Lapangan Terbang Pangkor yang juga perlu dimanafaatkan atas faktor yang sama iaitu sektor pelancongan.

"Kami sedikit hairan, apakah perancangan sebenarnya Kerajaan Negeri Perak yang memfokuskan usaha menaik taraf Lapangan Terbang Gerik yang sebenarnya terdapat pilihan pintu masuk menggunakan laluan udara seperti Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang sedia ada ataupun yang juga hampir iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang turut menjadi pilihan dengan kemudahan yang tersedia. Adakah dengan menaik taraf Lapangan Terbang Gerik ini sebagai salah satu langkah atau usaha 'menyekat' perancangan pembinaan Lapangan Terbang Kulim Bandar Baharu, Kedah yang bersempadanan dengan Negeri Perak?

"Kami melihat tiada perancangan yang benar-benar disusun dengan baik mengikut keperluan yang sebenarnya bagi usaha menaik taraf Lapangan Terbang Gerik tersebut. Sebenarnya Lapangan Terbang Pangkor sewajarnya didahulukan kerana ianya paling utama dan sesuai disebabkan ianya berada di sebuah pulau serta di seberang laut yang amat memerlukan.
"Kami bimbang usaha menaik taraf Lapangan Terbang Gerik nanti ibarat sebuah projek 'gajah putih' jika tiada perancangan rapi dan tersusun dilaksanakan. LTSAS juga masih belum mampu 'bernafas' dengan baik dan teratur, bagaimana pula dengan perancangan lainnya. Kami tidak hanya mahu mengkritik semata-mata, tetapi kami mahukan agenda rakyat di atas peruntukan yang digunakan akan kembali semula kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Tamrin keluar PAS, rehatkan Hadi sebelum terlambat

Posted: 18 Oct 2014 05:47 PM PDT

oleh; amirulmukminin
Bagi pimpinan ulama  PAS tidak menjadi apa-apa masalah apabila anak Ghafar Baba,  Tamrin Abdul Ghafar meninggalkan parti itu.

Malah mereka juga tiada masalah jika Muhammad sabu, Salahudin Ayub, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkifly dll menarik diri dan menyertai parti lain. Bagi ulama semua itu proses penyucian parti dan yang tinggal kelak adalah yang walak kepada presiden.

Inilah mentaliti yang melanda PAS hari ini. Suatu parti yang sejak 1998 dilihat akan menjadi mainstream di Malaysia tetapi dalam tiga bulan kebelakangan ini bergerak ke arah ekstremisme perkauman dan agama. Pemujaan melampau kepada pemimpin sehingga ke tahap tidak boleh dikritik.

Tindakan Tamrin meninggalkan PAS jelas suatu protes tidak bersetuju dengan keputusan Presiden Hadi Awang yang terlalu mengikut kumpulan sayap kanan PAS menyokong Khalid Ibrahim sehingga memusuhi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Hadi sengaja menutup semua pemikirannya terhadap kebaikan pemimpin parti lain yang 'sekular'. Apabila dua Adun PAS Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah sebagai MB baru Selangor pada 14 Ogos maka Hadi dan sayap kanan PAS mengamuk.

Tak mahu ambil tahu


Kononnya mereka tidak dirundingi. Mereka telah pun diberitahu banyak kali akan kelemahan Khalid Ibrahim tetapi sengaja tidak mahu mempercayainya sehinggalah PKR dan DAP melakukan tindakan secara bersepihak dalam mengganti MB Selangor.

Sikap Hadi ini mengingatkan cerita kelemahan pentadbiran beliau di Terengganu pada 1999 – 2004. Walaupun Hadi bergelar MB tetapi keputusan penting banyak pengaruhi exco beliau. Hadi pernah diberitahu PAS akan menghadapi masalah dalam pilihan raya umum 2004 namun beliau tidak serius bermuhasabah dan mengkaji kelemahan PAS Terengganu. Sehinggalah PAS kehilangan negeri itu. Selama sedekad kemudian rakyat masih tidak mempercayai PAS mampu mentadbir Terengganu dengan baik dan terus mengundi BN.

Sikap Tamrin jelas. Sebagai seorang yang pernah berjuang dalam arus perdana politik tanah air, menjadi Adun, ahli parlimen dan Pengerusi MARA; ayat serta hadis jangankah digunakan untuk menyelewengkan logik akal beliau.

"Pada saya, tindakan PAS itu amat salah. Apa yang mereka (Saari dan Hasnul) buat adalah mempertahankan keputusan muktamar PAS, iaitu mesti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

"Tetapi PAS bertindak sebaliknya. Dua Adun ini mengambil keputusan menentukan PAS bersama PR, itu saja. Jadi apa salahnya?" katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Gerakan Anti Perkauman (GAP) di Kelab Sunway Lagoon di Petaling Jaya, 10 Oktober lalu.

Tamrin  terlalu berpengalaman dalam politik dan tahu apakah akibatnya jika dua Adun PAS itu tidak berpaling kepada Azizah pada 14 Ogos lalu. Sebelum itu, bukankah puak sayap kanan PAS telah menangguhkan mesyuarat AJK PAS Pusat membincangkan perlantikan MB baru Selangor dari tarikh 10 Ogos ke 17 Ogos dan kemudian mahu menangguhkannya lagi?

Tiada sebarang sebab berlakunya penangguhan melainkan PAS sedang berunding untuk sesuatu usaha yang boleh terjejas jika ketetapan dibuat dalam mesyuarat sebelum rundingan itu selesai. Pada 11 Ogos, Khalid Ibrahim bertemu sultan Selangor dan mempersembahkan majoriti yang berada di pihaknya. Dari manakah Khalid mendapat majoriti?. Tentu sekali dengan sokongan Adun Umno 12 kerusi, PAS 15 kerusi dan Khalid Bebas 1 kerusi.

Di sini jelas tindakan dua Adun itulah yang menyebabkan Pakatan Rakyat terus memerintah Selangor. Sekiranya mereka walak kepada Hadi dan puak UG maka sehingga hari ini kerajaan Selangor adalah PAS + Bebas + Umno.

Namun puak UG PAS membalas dendam kepada kedua mereka kerana mengakibatkan parti itu tidak lagi dapat memegang banyak kuasa apabila Azmin Ali dari PKR dilantik menteri besar baharu.

Selain itu, Tamrin juga berkata kepada The Malaysia Insider, bukan saja krisis Selangor yang mendorongnya meninggalkan PAS tetapi juga beberapa pandangan mengenai isu lain yang pernah dikemukakannya kepada pemimpin PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak diambil peduli.

"Sebelum itu, masalah Pilihan Raya Umum (PRU) begitu juga.

"Ada beberapa perkara yang gagal ditunaikan PAS semasa menabur janji PRU13 lalu. PAS mungkir janji. Itu bukan stail politik saya," katanya.

Beliau berkata, dirinya juga kecewa kerana pemimpin PAS gagal menunjukkan contoh imej sebuah parti Islam yang baik.

"Saya tidak ada masalah dengan PAS. Parti tidak tersasar daripada landasannya, cuma pemimpinnya saja yang lari daripada perjuangan asal.

"Siapa pemimpin itu? Ianya jelas," katanya.

Berkemungkinan besar Tamrin merujuk kepada Hadi yang tidak melayan banyak masalah dalaman parti itu secara matang dan rasional. Oleh yang demikian, ahli PAS dan pemimpin yang lebih realistik perlu bertindak segera agar tidak berlaku gelombang penarikan diri yang lebih besar dalam kalangan ahli profesional PAS.

Gantikan Hadi


Jika Hadi perlu digantikan pada pemilihan akan datang maka ahli PAS perlu bertindak tegas menggantikan beliau. Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man boleh diangkat untuk menentang Hadi dalam pemilihan presiden tahun hadapan.

Sebagai bekas pensyarah kanan UiTM, Tuan Ibrahim dilihat berfikiran jauh lebih terbuka dan beliau juga masih muda serta mampu menyelami denyut nadi golongan muda parti. Tuan Ibrahim juga tidak terlalu berpihak kepada mana-mana puak. Beliau boleh memimpin PAS secara lebih sederhana dan meraikan pendapat aliran profesional dalam parti.

PAS yang tidak melakukan perubahan dalaman akan ditolak oleh rakyat dalam PRU ke 14. Setakat ini sokongan dari masyarakat bukan Islam amat kritikal kepada parti itu. Mereka mula melihat agenda kemelayuan PAS menyamai Umno dan tidak banyak gunanya mengundi PAS yang bersikap ekstrem Melayu.

Sekiranya PAS memegang kuasa maka mereka akan bergerak ke satu arah yang belum pasti iaitu perlaksanaan Hudud. Adakah tempias undang-undang Islam akan mengurangkan aktiviti harian mereka? Dengan kedegilan PAS berunding bersama parti-parti Pakatan yang lebih sederhana, masyarakat bukan Islam kembali selesa untuk bersama Umno.

Sekurang-kurangnya ekstremisme Umno hanya berlaku apabila mereka lemah. Ketika mereka kuat diapit MIC dan MCA maka pemodal Cina mudah mengambil alih tanah-tanah Melayu untuk ditukar menjadi kawasan perumahan, mereka bebas minum arak, malah berpesta-pestaan seperti Oktoberfeast pun tidak menjadi masalah bagi Umno ketika Pakatan belum memerintah Selangor.

Situasi inilah yang perlu ditangani PAS menuju PRU 14. Salah langkah, dengan mengekalkan Hadi Awang dan barisan kepimpinan aliran keras, parti itu hanya menempah ajal di Pantai Barat. PAS yang telah diterima baik akan hilang kembali penguasaan seperti 1980an.

Dan pastinya kekecewaan kerana kalah itu akan membuatkan lebih banyak tokoh-tokoh masyarakat yang menyertainya akan meninggalkan parti itu. PAS akan kembali terpencil.

Program Himpunan Solidariti Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 17 Oct 2014 10:09 PM PDT

Program Himpunan Solidariti Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim
21 Oktober 2014 (Selasa)
1) 3.00 – 5.00 ptg – Bersama Masyarakat India Menjelang Deepavali
Lokasi: Little India, Jalan Tengku Kelana Kelang Depan Ajuntha (Sebelah Masjid India)
22 Oktober 2014 (Rabu) – Pulau Pinang & Kedah
1) 12 .00 tghari – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Yb Prof Dr Ramasamy TKM 2 Pulau Pinang
Lokasi: No11 A , Lorong 16 Tmn Tambun Indah, Simpang 4 , Batu Kawan, Pulau Pinang
2) 7.00 – 9.00 mlm – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Kedah Yb Dr Krishnamoorthy Adun Bukit Selambau
Lokasi: Jalan 5 , Cinta Sayang Resort Home, Sg Petani, Kedah
3) 8.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Dewan Lip Seang Khor, Sg Petani (Depan Hospital Lama, Sg Petani)
4) 9.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang
Bersama YAB Lim Guan Eng, YAB Azmin Ali, dan Sdr Mat Sabu

23 Oktober 2014 (Khamis) – Pulau Pinang & Perak
1) 12.00 tgh – Sambutan Rumah Terbuka Deepavali Pulau Pinang
Lokasi: Dewan Jubli Home, Sg Dua, Pulau Pinang
2) 2.00 ptg – Perasmian Pusat Khidmat Adun Machang Bubuk Yb Lee Khai Loon
Lokasi: Pusat Perniagaan Alma
3) 5.00 – 7.00 ptg – Perjumpaan MPN Perak,
Lokasi: MH Hotel, Ipoh
4) 7.00 – 9.30 mlm – Rumah Terbuka Depavali Perak
Lokasi: Rumah M Tinagaran, Bandar Baru Tambun
5) 9.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Batu 3, Temoh, Tapah, Perak

24 Oktober 2014 (Jumaat) – Terengganu
1) 9.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Dataran Pulau Warisan, Kampong China, Kuala Terengganu

25 Oktober 2014 (Sabtu) – Pahang
1) 9.00- 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Bandar Maran , Pahang

26 Oktober 2014 (Ahad) – Melaka & Johor
1) 6.30 – 9.30 mlm – Majlis Makan Malam
Lokasi: Flat Koperasi, Kg Baru, Machap Baru, Alor Gajah
2) 8.00 – 11.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
LOKASI : Taman Cheng Perdana, Cheng, Melaka (Belakang CIMB)
3) 8.00 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Grand Seaview Restaurant, Batu Pahat, Johor

27 Oktober 2014 (Isnin) – Selangor
1) 7.00 mlm – Solat Maghrib & Hajat
Lokasi: Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut
2) 7.00 – 11.00 mlm – Majlis Makan Malam
Lokasi: Dewan MBPJ, Petaling Jaya
3) 8.30 – 12.00 mlm – Himpunan Solidariti Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim
Lokasi: Stadium MPSJ 3K, Jalan SS 13/1e, Subang Jaya, Selangor
Turut bersama:
YAB Azmin Ali, YAB Lim Guan Eng, Sdr Mat Sabu
dan pimpinan utama Pakatan Rakyat

PEJABAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


Kempen isu Konspirasi Anwar di Australia bermula

Posted: 17 Oct 2014 10:05 PM PDT

Kempen isu Konspirasi Anwar di Australia bermula

Kenyataan Media: Satu delegasi pimpinan KEADILAN kini berada di Australia bagi lawatan kerja selama seminggu. Misi utama lawatan kerja ini adalah untuk memberi maklumbalas kepada ahli-ahli Parlimen Australia mengenai perkembangan politik terkini di Malaysia terutamanya berhubung dengan perbicaraan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pendakwaan terhadap pelbagai aktivis di bawah Akta Hasutan.
Siri lawatan kerja ini disertai oleh:

1.      Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan

2.      Nik Nazmi Nik Ahmad, EXCO Selangor

3.      Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru

4.      Wong Chen, Ahli Parlimen Kelana Jaya

5.      Lee Chean Chung, ADUN Semambu

6.      Melissa Sasidaran, EXCO Angkatan Muda

Selain dari lawatan kerja ke Parlimen Australia, delegasi juga akan menyertai siri forum terbuka di bandar-bandar utama seluruh Australia yang dianjurkan oleh sekumpulan mahasiswa Malaysia di Australia bernama "Malaysian Progressives". Siri forum tersebut akan diadakan di bandar-bandar berikut:

1.      Melbourne (18 Oktober 2014)

2.      Adelaide (19 Oktober 2014)

3.      Perth (20 Oktober 2014)

4.      Canberra (21 Oktober 2014)

5.      Sydney (22 Oktober 2014)

Selain dari perjumpaan dengan mahasiswa dan masyarakat Malaysia di bandar-bandar tersebut, jadual penuh lawatan kerja delegasi KEADILAN juga melibatkan perjumpaan dengan ahli politik dan badan hak asasi manusia seperti berikut:

1.      Ahad, 19 Oktober 2014 di Adelaide – perjumpaan dengan ahli-ahli Parlimen Australia dan ahli Parlimen Australia Selatan

2.      Isnin, 20 Oktober 2014 di Canberra – perbincangan tertutup mengenai perkembangan politik di Malaysia dengan ahli-ahli akademik Australian National University (ANU)

3.      Selasa, 21 Oktober 2014 di Canberra – dimulakan dengan lawatan kerja ke Kementerian Luar Australia, diikuti dengan kenyataan media bersama dengan Senator Nick Xenophon di Parlimen Australia. Pada waktu tengahari, delegasi KEADILAN akan berdialog dengan ahli-ahli Parlimen dan senator-senator Australia. Pada sebelah petang, delegasi KEADILAN akan memberi keterangan mengenai perkembangan terkini di Malaysia ke Jawatankuasa Pilihan (Select Committee) Hal Ehwal Luar dan Hak Asasi Manusia

4.      Rabu, 22 Oktober 2014 di Sydney – perjumpaan dengan badan-badan hak asasi manusia iaitu Human Rights Watch, Amnesty International dan Australian Lawyers for Human Rights

Saya yakin rangka lawatan kerja ini akan memberi gambaran sebenar mengenai tindakan Barisan Nasional yang menggunakan undang-undang untuk menekan lawan politik. Ia juga kena pada masanya bila lebih ramai mahasiswa Malaysia di luar negara semakin berani tampil ke hadapan untuk membawa diskusi-diskusi berhubung perkembangan politik tanahair dari kaca mata yang lebih progresif.

Rangka lawatan kerja seperti ini akan diteruskan ke negara-negara lain agar pimpinan Barisan Nasional faham bahawa tindakan mereka menggunakan undang-undang untuk menyekat ruang demokratik dan mengekang pengaruh Dato' Seri Anwar Ibrahim akan ditempelak di peringkat antarabangsa.


RAFIZI RAMLI

Ahli Parlimen Pandan

New pro-reform Malaysian student movement in Australia - Malaysian Progressives

Posted: 17 Oct 2014 10:00 PM PDT

Facebook: https://www.facebook.com/MPOZAustralia
Twitter: https://twitter.com/MPOZAustralia
Instagram: MPOZAustralia
Email: mpoz.australia@gmail.com

Dear Malaysians,

Malaysian Progressives in Australia ("MPOZ") is a newly formed movement of young Malaysians
based overseas, striving to spread and encourage crucial political reform among young Malaysians
overseas. We aspire for progressive improvement to the current state of our home country.
As Malaysia continues to be engulfed with socio-political uncertainties, we find that the role of young

Malaysians overseas becomes increasingly important to the country's future development. With the
swelling number of Malaysian students overseas now, the voice of young Malaysians overseas needs
to be acknowledged.

To address this, we adopt a pro-reform stand to provide a platform for young Malaysians overseas to
fill the void left by existing overseas Malaysian student groups. We strive to consolidate the
geographically-scattered voices of young Malaysians overseas and transform them into one coherent
voice, the voice of progressive young Malaysians.

To this end, we seek to provide a channel for progressive thinking Malaysians, irrespective of race,
religion, age, gender or political inclination to partake in the struggle for a better future for everyone in Malaysia.

We aim to raise awareness on issues pertaining to the state of current affairs in Malaysia and propose
solutions. We expect this would involve engaging and collaborating with like-minded individuals,
organisations, civil rights advocates and politicians to learn and partake in the struggle for a better
future for everyone in Malaysia.

Our inaugural event as chance would have it is to host an entourage of Malaysian MPs, ADUNs and
civil rights advocates visiting Australia. The entourage of MPs and ADUNs will be visiting major
Australian cities including Melbourne, Sydney, Canberra, Perth and Adelaide.
The entourage includes Rafizi Ramli (MP), Nik Nazmi Ahmad (State Exco), Sim Tze Tzin (MP), Lee Chean Chung (ADUN) and Melissa Sasidaran (Human Rights Lawyer).

MPOZ delegates in each of these cities will be hosting the visiting MPs and ADUNs, who will be
meeting the Malaysian Diaspora in each city through a series of events which are open to the public
including forums, lectures and town hall meetings.

For further information, please follow us on facebook- www.facebook.com/MPOZAustralia.
It would be highly encouraging to us if you could spread word of our initiatives and you showed us yoursupport through facebook likes. This helps demonstrate to those opposed to our formation, that there is a desire for progressive thinkers among young Malaysians.


Thanks in advance.
Warm Regards,
MPOZ

Tiada ulasan: