Jumaat, 17 Oktober 2014

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Apa kata si Islamis moderat (17/10/14)

Posted: 16 Oct 2014 07:52 PM PDT


Muka 23 akhbar The Star hari ini memuatkan berita yang mencabar adat dan budaya masyarakat kita.
"Topless women cause a stir at beach"

Dilaporkan 4 orang wanita "Caucasian" (kulit putih) didapati memperagakan diri separuh bogel di Pantai Saujana di Port Dickson kira-kira jam 3 petang. Aksi mereka menarik perhatian orang-ramai yang turut bermandi-manda dan bersantai di kawasan berkenaan.
Pihak Majlis Daerah Port Dickson memberitahu akhbar berkenaan bahawa mereka tidak menerima sebarang laporan walaubagaimanapun akan menghantar pegawainya untuk menyiasat.

Di sinilah kita sesungguhnya berhadapan dengan delima. Krisis pertembungan budaya.
Bagi kita orang Malaysia sudah pastilah aksi ini sangat bertentangan dengan adat dan budaya masyaralat kita. Orang Islam tambah-tambah lagi, dan saya yakin masyarakat Cina dan India dari pelbagai agama juga tidak dapat menerima perlakuan seumpama ini.

Tetapi bagi sesetengah kita yang menganuti fahaman liberal, tak kiralah orang Melayu atau bukan Melayu, hatta orang Umno dan PAS pun ada yang berserabut moderat liberal benaknya, menjuarai hak kebebasan tanpa had dan sempadan, bagaimana agaknya mereka melihat insiden ini.
Meningatkan saya pada Pesta Oktoberfest baru-baru ini.

Ahhh…. ini kan dibenarkan oleh agama mereka, oleh budaya mereka. Asal orang Islam tak buat sudah.
Jadi dalam insiden ini bagaimana agaknya mereka yang pragmatis otaknya?

Boleh terima?
Demikianlah apabila akal dan fikiran kita bukannya tidak dipandu oleh ajaran dan nilai agama tetapi hambatan kepentingan dan nafsu, mahu popular mahu jadi juara, mengatasi segala-galanya. Kerana itu walau kita mewakili gerakan Islam, menang atas tiket Parti Islam, namun kita sanggup menggadaikan hakikat itu, demi kerana mahu tegak disanjung dan dipuja sebagai pemimpin "versatile" hebat, progresif, Islamis yang moderat.

Saya tunggu-tunggu apa agaknya komen mereka dalam insiden ini.

 

Tiada ulasan: