Jumaat, 3 Oktober 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Terengganu Dah Kuat, Sudah Tidak Perlukan Bantuan Orang Lain...

Posted: 03 Oct 2014 12:37 AM PDT


PAS Terengganu terus serang rakannya dalam Pakatan, lapor Utusan

PAS Terengganu terus mengambil sikap mengkritik tindakan rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang.

Menurut Utusan Malaysia hari ini, Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat mengadakan sidang media bagi menyatakan sikap itu dengan menyerang Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam dua isu berbeza.

Di Selangor, PAS Terengganu menempelak tindakan kerajaan PKR Selangor yang mengarahkan bank membekukan akuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tindakan Kerajaan PKR Selangor itu disifatkan sebagai tidak adil dan bermotifkan dendam sehingga sanggup menjadikan rakyat sebagai mangsa politik mereka, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Satiful berkata, sekiranya dakwaan itu benar-benar berlaku, tindakan itu amat tidak wajar kerana secara terang-terangan bertentangan dengan prinsip serta dasar perjuangan pakatan pembangkang.

"Kalau benar, ini tidak adil dan merupakan satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku, seolah-olah macam balas dendam. Tapi saya tidak pasti sama ada maklumat (dakwaan) ini betul atau sebaliknya.

"Kalau betul, ia tidak patut berlaku. Ini kerana, dasar pakatan pembangkang adalah kembalikan hak rakyat dan kenapa pula kita zalimi rakyat. Hak rakyat, kita kena bela," katanya kepada pemberita di Pejabat Perhubungan Pas negeri di Jalan Sultan Omar di Terengganu hari ini.

Azmin berkata, beliau tidak terlibat dalam tindakan itu kerana ia prosedur standard yang ditetapkan pentadbiran Khalid sebelum ini sebelum beliau menjadi Adun Bebas.

"Ia dilakukan Khalid apabila Adun Perlabuhan Klang sebelum ini menjadi Adun Bebas," kata Azmin dengan menjelaskan apa yang dibuat adalah menutup akaun di bawah Khalid kerana dia bukan lagi mewakili PR dengan memberikannya kepada penyelia DUN yang dilantik kerajaan negeri.

Satiful berkata, PAS Terengganu kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang didakwanya menyingkirkan Bendahari PAS negeri itu, Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Beliau turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak demokrasi sambil berharap kerajaan DAP Pulau Pinang memberi maklum balas positif mengenai pemecatan Iszuree itu dan pembekuan peruntukannya.

"Kita harap kerajaan negeri beri respons dan perkara ini tidak selesai juga kalau kita pecat dia macam itu. Kita rasa ini merupakan satu tindakan yang tidak demokrasi dan perlu diperbetulkan," ujarnya.

Satiful turut mempertahankan Iszuree apabila menyatakan tindakan bendahari PAS Pulau Pinang itu yang menyentuh isu perumahan di negeri berkenaan diluahkan dalam muktamar yang menjadi platform untuk menyuarakan pemasalahan rakyat di negeri itu.

"Perkara ini pun sudah acapkali disebut Mazlan Aliman (pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat) dan terdapat 20 kampung Melayu terlibat dan terabai," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mujahid Yusof sebelum ini berkata Iszuree tidak dipecat sebagai ahli majlis tetapi digantung semua portfolio lain.

Beliau dan ahli Dewan Harian PAS Pulau Pinang berjumpa dengan Lim Guan Eng semalam. – TMI


Pembekuan akaun SMUE, tiada unsur dendam

SHAH ALAM: "Tidak ada apa-apa dendam, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim adalah sahabat saya," ujar Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sewaktu diaju soalan oleh pemberita mengenai dakwaan Pembantu Khas bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin.

Sebelum ini, Faekah mendakwa bahawa Azmin telah mengeluaran arahan untuk pembekuan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak, dan juga DUN Pelabuhan Klang.

Bagi menjawab dakwaan Faekah itu, Azmin turut memberitahu bahawa soal pembekuan akaun SMUE itu tidak timbul kerana itu adalah dasar yang diguna pakai oleh Khalid sendiri sebelum ini.

"Semasa tahun 2008, sewaktu wakil kita, bekas ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham keluar parti, tindakan yang sama dilakukan oleh Khalid, begitu juga dengan enam orang exco yang dipecat," katanya di lobi SUK.

Kata Azmin lagi, beliau juga langsung tidak tahu menahu mengenai perkara itu, kerana ia diuruskan oleh pihak pentadbiran disamping mengaskan bahawa bantuan yang diterima di bawah skim SMUE akan terus dinikmati oleh mereka yang layak.

Semalam, Faekah mendakwa kerajaan selangor di bawah pimpinan Menteri Besar baharu telah mengeluarkan arahan kepada pihak bank supaya membekukan akaun bank SMUE Parlimen Bandar Tun Razak dan kawasan DUN Pelabuhan Klang yang disandang Khalid Ibrahim.

Arahan yang dikeluarkan atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September 2014 dan beliau percaya ia dibuat atas arahan Menteri Besar, Azmin Ali.
-FMT


ULASAN GB

Nampaknya berkali-kali dan bertubi-tubi PAS Terengganu "menyerang" rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat.

Ia petanda jelas bahawa PAS Terengganu sudah terasa ia semakin kuat dan tak perlukan lagi kerjasama dari rakan-rakan dalam komponen PR.

Bagus juga, sebab selepas ini parti-parti komponen lain tak usah lah layan jemputan ceramah untuk membantu PAS Terengganu walaupun dirayu dan dipujuk untuk menghadapi pilihanraya. PAS Terengganu sudah mampu berdikari. Sudah mampu untuk bersendirian memohon kepada Allah semata-mata.

Bukan sahaja rakan-rakan komponen PR, malah golongan yang tidak sealiran dengan yang sering mereka jadikan sasaran pun sepatutnya tak perlu bantu PAS Terengganu lagi terutama pimpinan dari kalangan yang anti-UG.

Bagi para blogger PAS/PR yang 90%nya anti-UG pun tidak perlu lagi menghiraukan PAS Terengganu. Depa dah kuat... kita bantu negeri-negeri yang masih lemah... Pernah seorang webmaster sebuah portal dari Terengganu dengan penuh sombong dan lagak menyatakan tanpa blogger pun, Tn. Presiden dan PAS Terengganu boleh menang... Oklah tu kan..

Selain dari Terengganu, ada negeri-negeri yang rasa dan dah perasan PAS dah kuat seperti Selangor, Kelantan dan WP. Mereka menghentam rakan komponen PR sendiri. Pun rasanya tak perlu lagi bantuan rakan-rakan PKR dan DAP kot. Mereka dah ada "samseng" dalam parti sendiri, dan ada Utusang, dah ada juga UMNO yg akan membantu... apo nak kato...

Kita nak kabar kat geng-geng UG ni, pinggan tak retak nasi tak dingin... orang tak nak bantuan kita, kita pun x ingin ....









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[EDISI SONGSANG] Harga Minyak Dunia Jatuh, Malaysia Naik!

Posted: 02 Oct 2014 09:20 PM PDT


BN dan Pakatan selar harga RON95 naik ketika harga minyak dunia turun

Tindakan Putrajaya mengurangkan kadar subsidi bahan api RON95 dan diesel sebanyak 20 sen menerima kecaman kedua-dua pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) kerana ia dibuat ketika harga minyak dunia turun dan rakyat Malaysia sedang menghadapi tekanan akibat kos sara hidup yang makin meningkat.

Selain pemimpin PAS, PKR dan DAP menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, parti komponen BN, MIC dan seorang ahli Majlis Tertinggi Umno juga turut mempersoalkan keputusan itu yang berkuatkuasa hari ini.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah mengurangkan subsidi sekaligus menaikkan harga runcit jualan bahan api itu dilakukan dalam keadaan tidak masuk akal kerana harga minyak dunia mengalami penurunan sejak empat tahun lepas.

"Kita kesal dan kecewa tindakan kerajaan menaikkan harga minyak runcit dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia.

"Semalam harga minyak mencatat AS$90.73 setong, berbanding pada Julai AS$103 setong. Dan kejatuhan harga minyak berlaku sejak empat tahun dan dijangka akan berterusan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, penurunan harga minyak dunia seharusnya menjadi berita baik buat masyarakat di seluruh dunia, namun sebaliknya berlaku di Malaysia.

"Di Malaysia, kejatuhan harga minyak dunia berikan berita sedih kerana kerajaan terus naikkan harga minyak.


"Sedangkan kerajaan sering berhujah harga minyak naik kerana harga pasaran minyak dunia yang naik tetapi harga turun," katanya sambil menambah tindakan kerajaan itu menimbulkan persoalan yang besar.

Beliau turut mempersoalkan kualiti minyak Malaysia yang pada pandangannya rendah kualitinya berbanding standarad antarabangsa.

"Kalau kerajaan bercakap standard dunia negara pertama, diesel mesti capai Euro 5, kita baru capai Euro 2. Kerajaan jual minyak mutu rendah dengan harga tinggi," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menganggap kenaikan kos bahan api itu adalah "hadiah" buat rakyat Malaysia.

Kenaikan harga petrol RON95 dan diesel itu katanya adalah kesan sampingan terbaru akibat sikap kerajaan persekutuan yang tidak mengambil berat kebajikan rakyat dan kegagalannya mengurus ekonomi negara.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu berkata, pengangkutan awam yang baik hanya sekadar angan-angan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di bandar.

"Apatah lagi, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan datang bermakna harga minyak akan menjadi beban yang lebih berat kepada kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya berpendapatan sederhana dan rendah," katanya.

Nik Nazmi berkata, kerajaan Umno dan BN dilihat lebih rela menyakiti mereka yang lemah dan tidak berkemampuan berbanding menyusahkan mereka yang kaya dan mempunyai hubungan dengan orang penting.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam laman Facebook miliknya berkata, kerajaan United Kingdom dan India menurunkan harga minyak mereka sejak minggu lalu ekoran penurunan harga minyak dunia, namun tidak di Malaysia.

Menyelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low kerana didakwa gagal menguruskan integriti dan membanteras rasuah di kalangan kerajaan, Lim berkata daripada menaikkan harga minyak, Putrajaya harus fokus kepada pembasmian rasuah secara serius.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menulis di dalam Facebooknya memohon kerajaan mengkaji semula tindakan pemotongan subsidi itu ketika rakyat sedang bertarung dengan kenaikan kos sara hidup.

"Walaupun idea rasionalisasi subsidi minyak ada kewajarannya, namun pemotongan subsidi ketika ini adalah tidak sesuai melainkan kita sudah berjaya menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan.

"Harap para penasihat seperti Pemandu dan Datuk Seri Idris Jala lebih sensitif dan dapat menyelami suara hati rakyat di bawah sebelum melakukan apa jua tindakan," katanya.

Ketua Pemuda MIC Sivarraajh Chandran pula berkata, walaupun kerajaan BN mengatakan ia akan menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan itu hanya sekali setahun sahaja dan tidak akan membantu isirumah untuk jangka masa panjang.

"Kenaikan ini akan menyebabkan reaksi berantai di mana harga barang keperluan dan perkhidmatan juga akan turut naik. Ia akan pasti meningkatkan kos sara hidup rakyat dan gologan miskin yang paling merasa penangannya," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, ia juga mungkin menjejaskan sokongan rakyat kepada BN terutamanya di kalangan berpendapatan rendah yang tinggal di desa dan bandar. –TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[WASPADA] Penginap Homestay Dirakam Dengan CCTV

Posted: 02 Oct 2014 05:01 PM PDT


Rakam aksi bogel guna CCTV

IPOH - Seorang ahli perniagaan dikenakan wang jaminan RM28,000 di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam, selepas mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan merakam gambar bogel lima wanita dan tiga lelaki di sebuah inap desa di Taman Canning, di sini, Julai lalu.

Lim Lai Heng, 42, yang juga pemilik inap desa tersebut didakwa melakukan perbuatan tersebut menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) mini yang dipasang di bilik air tingkat atas rumah berkenaan.

Dia didakwa mengaibkan lapan sekeluarga berusia antara 17 hingga 53 tahun dengan sengaja merakam gambar mangsa sedang mandi dalam keadaan bogel antara jam 2.30 petang hingga 11.30 malam 27 Julai 2014 di Ipoh Garden Homestay.

Berikutan itu, Lai Heng didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman mencadangkan supaya ahli perniagaan terbabit dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Stephen Su memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM2,000 bagi setiap pertuduhan memandangkan anak guamnya memberi kerjasama baik dengan polis sepanjang siasatan dijalankan.

Majistret Haslinda A Raof kemudiannya menetapkan wang jaminan RM3,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan memberi syarat tambahan supaya Lai Heng tidak mendekati mangsa.

Menurutnya, jika tertuduh mendekati mangsa, secara tidak langsung, jaminan akan terbatal secara automatik. Beliau turut menetapkan 10 November ini sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, Lai Heng yang memakai kemeja biru dan berseluar panjang hanya menundukkan wajahnya di dalam mahkamah ketika peguam bela memohon jaminan ke atasnya dikurangkan.

Dia turut membalut kepalanya dengan kain dan menutup mukanya menggunakan beg ketika tiba di mahkamah semalam. -SH









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Safwan Diugut: PAS Perlu Serius Benteras Budaya Samseng Dalam Parti!

Posted: 02 Oct 2014 05:38 AM PDT


Semalam kami telah menyiar sebuah video rakaman audio mengenai Pengarah Eksekutif LENSA yang telah menerima ugutan sebelum beliau menyerahkan memo ke pejabat PAS. [RAKAMAN] Ada "Samseng" Dalam PAS Ugut Anak Muda LENSA

Antara ugutan yang diterima Safwan termasuklah beliau diugut akan dipukul sekiranya meneruskan perancangan untuk menyerahkan surat kepada PAS. Individu yang dipercayai dari kumpulan pro-ulama itu juga seolah mengancam akan mengganggu keluarga Safwan dengan mengatakan beliau tahu mengenai Isteri Safwan, dan alamat rumah Safwan.

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJP PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Sebuah video lain kini telah menjadi viral di media sosial mendedahkan tentang sekumpulan pemuda berbadan besar yang telah mengepung Safwan dipercayai berhampiran bangunan pejabat PAS dan telah mengugut Safwan.

Melihat kepada rakaman video berkenaan, ternyata ia ada kaitan dengan rakaman audio perbualan yang diedarkan semalam. Sekumpulan pemuda terdiri dari tujuh orang berbadan besar yang diketahui identitinya dengan cara samseng dan menjelekkan, menunjukkan lagak yang agak kurang ajar sehingga berlaku pertengkaran mulut di antara Safwan dengan individu-individu yang mengepung beliau.

Salah seorang daripada mereka (Orang yang sama membuat panggilan ugutan) memaksa Safwan mengaku bahawa tindakan LENSA menyerahkan surat kepada PAS itu dibuat atas arahan pihak tertentu.

Mereka memaksa Safwan untuk mengaku bahawa tindakan LENSA itu dibuat atas arahan pihak-pihak tertentu yang mereka sebutkan sebagai PASMA dan Anwarinas.

Namun Safwan bertegas bahawa tindakan menyerahkan surat kepada PAS adalah hasil inisiatif LENSA sendiri, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Hal ini kerana tindakan menyerahkan surat itu dibuat setelah LENSA menganjurkan empat forum terbuka yang membincangkan krisis politik Selangor.

Ia dileraikan oleh seorang pemuda lain yang datang membela Safwan dan "membebaskan Safwan dari kepungan pemuda samseng berkenaan.

Laporan Polis telah dibuat oleh Safwan ekoran panggilan ugutan yang diterima oleh Safwan Anang pada 30 September 2014 lebih kurang jam 7.50 pagi. Panggilan yang berdurasi 20 minit itu.

Semalan LENSA telah mengeluarkan kenyataan mengutuk budaya politik samseng ini kerana jelas tidak bermoral dan bertentangan dengan semangat demokrasi.

LENSA menyeru agar semua pihak membersihkan organisasi masing-masing daripada sebarang anasir politik barbarian yang boleh merencatkan usaha pembinaan politik baru yang berteraskan nilai dan ilmu.

LENSA yakin, semua pihak yang bercita-cita ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang demokratik perlu memulakan usaha tersebut dengan menyuburkan semangat demokrasi dalam organisasi masing-masing.


GB meminta PAS mengambil sikap yang serius terhadap hal ini sebelum parti terus menjadi hancur binasa akibat gejala samseng yang dilakukan oleh golongan pro-ulama ini.

Budaya liar dan keterlaluan ini wajar dibenteras sebelum ia menjadi lebih parah. Kita khuatir akan tiba di suatu masa, budaya liar ini menjadi dominan di dalam PAS sama seperti PERKASA dan yang sewaktu dengannya.



Kenyataan Dari Unit Amal Shah Alam

Kes Padil yg harus dipertimbangkan utk ditukar kpd exco lantikan lain :

1. Sebaran tulisan dan pandangan di fb wall beliau secara umum dgn menghentam, melabel, menuduh, menggunakan kata2 kesat kpd beberapa pimpinan pusat spt YBKS dan shbt2 jemaah PKSA. Walaupun TG Presiden telah keluarkan arahan supaya hentikan label melabel dan tuduh menuduh, Padil tetap langgar arahan.

2. Tindakan tidak beretika dan bermaruah semasa bangun sbg perwakilan DPPSA dlm Muktamar PAS Pusat baru2 ini di mana percakapan Padil menjadi polemik dlm dewan menatijahkan Pengerusi Tetap Ust Kamal Ashaari pun terkejut dgn percakapan Padil dan akhirnya jatuh sakit dan dibawa ke hospital. Isu ini menjadi buah mulut dan shah alam dikenali perwakilan kwsn2 seantero Msia kerana dewan pemudanya begitu lancang dan tidak beretika.

3. Isu ugutan dan kata2 kesat yg dihamburkan Padil kpd Safwan Anang LENSA dlm perbualan telefon selama lbih kurang 18minit tidak menggambarkan Padil sbg seorg Ustaz dan menampakkan ajk dewan pemuda pas shah alam ini spt samseng dan tidak bermaruah. Isu ini menjadi buah mulut kpd ahli2 pas seluruh Msia dan menatijahkan busuknya nama dan hilangnya maruah dewan pemuda pas Shah Alam khususnya malah lebih teruk PAS Kawasan Shah Alam umumnya...

4. Teguran, nasihat dan peringatan telah diberikan oleh shbt2 jemaah PKSA dan oleh shbt DPPSA sndiri tp malangnya Padil terus terusan membawa sentimen kebencian sesama jemaah dan kebencian kpd pemimpin2 tertentu.

Maka atas sbb2 di atas kami Unit Amal Shah Alam mewakili sebilangan pemuda2 PAS shah alam mendesak DPPSA & PKSA melucutkan jawatan Padil drpd memegang jawatan ajk Lajnah Tarbiyyah DPPSA. Padil juga hanyalah exco lantikan, bukan menang pemilihan semasa AGM DPPSA sessi lepas.

Mohd Shukri Shohimi
Komander,
Jabatan Amal Shah Alam
01 Oktober 2014
-











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tiada ulasan: