Kelab Greenboc |
- [LIVE - GAMBAR] Saman Fitnah Pil Kuda Ditangguh 23.11.2014
- [LIVE - GAMBAR] Rayuan Liwat 2 Di Mahkamah Persekutuan
- [GAMBAR & VIDEO]: Laungan "Student Power" Sambut Anwar Ibrahim -updated
[LIVE - GAMBAR] Saman Fitnah Pil Kuda Ditangguh 23.11.2014 Posted: 27 Oct 2014 11:19 PM PDT Kuala Terengganu: Mahkamah Tinggi di sini, dipenuhi ratusan penyokong dan pengikut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu mengikuti perbicaraan kes saman RM2 juta terhadapnya. Pekarangan mahkamah mula dipenuhi penyokongnya sejak jam 8 pagi bagi mengikuti perbicaraan kes itu. Malah, galeri awam mahkamah turut dipenuhi penyokongnya. Abdul Hadi tiba di mahkamah pada jam 9.30 pagi Mahkamah Tinggi di sini, sebelum ini memerintahkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu. Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu. Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Abdul Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu. Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda, sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan. Plaintif sebelum ini menghantar surat kepada Abdul Hadi menuntut permohonan maaf secara terbuka, namun dalam surat balasnya, Presiden PAS itu menafikan pernah mengaitkan plaintif dengan kegiatan penagihan pil kuda. -BH TERKINI: Perbicaraan di tangguh ke 23 November 2014. KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan satu hari lagi pada 23 November depan untuk tarikh perbicaraan kes saman RM2 juta terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah saksi defendan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Aiffin Deraman memberi keterangan. Sebelum itu, Hj Abdul Hadi dan Pengerusi PKR Terengganu yang juga Adun Bandar, Azan Ismail turut memberi keterangan. Saksi pihak palintif iaitu wartawan dari akhbar Kosmo dimaklumkan tidak hadir bagi perbicaraan hari ini. Bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[LIVE - GAMBAR] Rayuan Liwat 2 Di Mahkamah Persekutuan Posted: 27 Oct 2014 11:01 PM PDT Kawalan ketat ketika mahkamah bersiap dengar rayuan Liwat II Empat tahun selepas perbicaraan Liwat II bermula, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berusia 67 tahun akan tahu hari ini atau esok sama ada Mahkamah Persekutuan akan mengekalkan hukuman ke atasnya dan dipenjarakan. Pasukan peguambela Anwar telah mengemukakan 35 alasan dalam merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac yang mendapati MP Permatang Pauh itu bersalah atas tuduhan liwat - sabitan kedua bagi tuduhan tersebut dalam tempoh 10 tahun. Pihak pendakwaan pula telah mengemukakan empat alasan untuk menambah tempoh hukuman penjara itu, di mana ia merasakan tempoh lima tahun penjara yang dijatuhkan ke atas ketua umum PKR itu sebagai tidak cukup berbanding dengan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan hukuman sebat yang diperuntukkan di bawah Kanun Keseksaan. Sekiranya Anwar didapati bersalah, beliau secara automatik akan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan pilihan raya kecil dijangka diadakan. Malaysiakini membuat liputan langsung perbicaraan tersebut. LAPORAN LANGSUNG 12.45pm: Gopal berkata berlaku penyalaharahan (misdirection) oleh Mahkamah Tinggi dan dengan itu, membuat sabitan adalah tidak selamat. Beliau akan menyentuh satu lagi isu penyokongan bukti dan memohon untuk berehat. Mahkamah kini berhenti rehat. 12.35pm: Gopal berkata keterangan Saiful patut diberi penelitian yang rapi. Peguambela itu berkata beliau mempunyai dua jam lagi untuk berhujah ketika hakim meminta beliau berhenti pada jam 1 tengah hari. Hakim Arifin bertanya sama ada beliau boleh selesai esok. Shafee menjawab mereka sudah bersedia untuk sepanjang minggu, jadi mahkamah boleh mendengar perkara itu sehingga hari Khamis. 12.25pm: Gopal, yang sebelum ini pernah mewakili Menteri Belia dan Sukan, Mokhtar Hashim, berkata Mahkamah Rayuan gagal untuk menghargai hujah pihak pembela. Katanya, jika diterima ia akan menunjukkan PW1 adalah rakan jenayah dan tiga doktor HKL tidak boleh menyokong (atas kejadian itu) di bawah undang-undang (kerana mereka bukan yang pertama membuat memeriksa)." Peguambela itu berkata dalam kes ini, ia bebas diakui oleh pihak pembelaan bahawa Saiful berada di kondominium Desa Damansara tetapi kehadirannya di unit kondominium yang dikatakan itu dipersoalkan. Semasa perbicaraan, ada bukti bahawa pemilik kondominium itu mempunyai dua unit di situ, di mana salah satu daripadanya telah digunakan untuk mesyuarat Anwar. Katanya, tidak ada satu pun bukti yang Saiful PW1 berada di kondominium itu (di mana kejadian liwat dikatakan) berlaku. 12:15pm: Gopal berkata aduan pertama dibuat di Pusrawi, dan pihak pendakwaan tidak memanggil Dr Osman. Pokoknya, kata beliau, ialah aduan ke Hospital Kuala Lumpur tidak boleh diterima, kerana ia tidak menjadi bukti yang menguatkan. Katanya, hanya aduan pertama dapat digunakan untuk menguatkan dan bukan aduan yang berikutnya," kata bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu. 12pm: Menunjuk ke penghakiman Mahkamah Rayuan, Gopal berkata tidak ada dapatan bebas yang Saiful boleh menjadi seorang rakan jenayah. Beliau berhujah, Saiful sebagai peserta dalam melakukan satu kesalahan, dalam keadaan persekitaran itu, keterangannya mestilah disokong. 11.50am: Gopal berkata memandangkan bukti kejadian masa lalu telah dihapuskan, maka keterangan itu tidak boleh diambil kira. Beliau berhujah bahawa satu kesimpulan yang adil ialah Saiful telah menambahnya. Beliau berkata keterangan dari Saiful adalah bersifat mustahil, memang luar biasa, dan tidak ada penilaian dari hakim yang arif terhadap maksud penting yang menimbulkan keraguan serius terhadap keterangan yang diberikan. Katanya, jika ia bukan secara rela, mengapa Saiful membawa bahan pelincir. Menurut Gopal, kenapa Saiful membawa bahan pelincir dan mencuci seluar dalamnya. Menurutnya, seorang yang kersik seumpama itu, dia lebih suka untuk tidak mencuci duburnya. Soalan-soalan ini, tegas Gopal, tidak terdapat dalam kes pendakwaan. Beliau berkata penemuan hakim perbicaraan mengenai kredibiliti, tidak dapat ditegakkan. 11.40am: Gopal berkata keterangan Saiful yang berkata terdapat bukti liwat yang lalu telah dihapuskan. Bagaimanapun, Hakim Abdull Hamid berkata Saiful ada memberi keterangan bahawa perayu telah melakukan ejakulasi dalam duburnya seperti sebelumnya. Hakim Md Raus berkata ini disebutkan semasa Saiful disoal balas. 11.25am: Gopal berkata kelakuan Saiful tidak konsisten dengan seseorang yang telah diliwat 24 jam sebelumnya. Katanya, Saiful bertemu dengan seorang pegawai polis (Mohd Rodwan) sebelum kejadian liwat itu, dan tidak ada sebab untuk Saiful menunggu selama dua hari sehingga dia membuat laporan polis. 11.20am: Gopal berkata gambar itu adalah untuk menunjukkan sikap Saiful. Saksi itu, tambahnya, mengakui bahawa dia dalam gambar tersebut. Gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti dan hanya ditanda sebagai ID (pengenalan). Hakim Abdull Hamid bertanya sama ada Gopal mahu menunjukkan sikapnya (Saiful). "Ya, dia mengakui dia ada di sana dan tidak mahu menjawab soalan apabila ditanya oleh Karpal yang dia nampak gembira. "Kamera tidak berbohong. Dia tidak murung," jawabnya. Gopal berkata hakim perbicaraan melakukan kesilapan undang-undang dengan tidak menerima gambar itu. Hakim Suriyadi berkata Karpal telah biarkan ia ditandakan sebagai ID. Bagaimanapun, Gopal berkata ia satu konsesi yang dibuat pada masa itu dan memetik satu kes undang-undang di mana bukti-bukti tersebut diterima. Tambahnya, Saiful bersikap seperti biasa dan tidak konsisten dengan kes yang mendakwa dia telah diliwat dengan ganas sebelum itu. 11.10am: Pendengaran disambung semula dengan Gopal meneruskan hujahnya supaya mahkamah menerima gambar Saiful menghidangkan teh di rumah Anwar, sehari selepas kejadian liwat dikatakan berlaku. Katanya, Saiful bersetuju dia pergi ke rumah Anwar pada pukul 5 petang 27 Jun dan apabila ditunjukkan gambar tersebut, seorang peguam ketika itu berkata Saiful kelihatan agak gembira dalam gambar itu. Gopal berkata Saiful mengenal pasti dirinya dalam gambar tersebut dengan ahli-ahli kelab Anwar Ibrahim. "Ada pengakuan tentang kehadirannya (dan ia harus diterima)," tambahnya. 10.25am: Gopal mempersoalkan pelakuan Saiful yang tidak ke tandas selama dua hari dan dia dilihat berada di rumah Anwar pada hari berikutnya selepas kejadian liwat dikatakan berlaku. Beliau menyerahkan gambar Saiful yang dirakamkan di rumah Anwar. Bagaimanapun, Ketua Hakim Ariffin berkata gambar itu tidak dikemukakan sebagai bahan bukti. Beliau meminta Gopal berhujah mengenai perkara itu, sama ada gambar tersebut boleh diterima sebagai bahan bukti. Mahkamah berehat seketika. 10.10am: Gopal berkata KY gel muncul semasa pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan ke atas Saiful. Peguambela itu berkata jika minyak pelincir merupakan satu bahan bukti yang penting, Jude tidak akan menyerahkannya kepada Saiful pada 28 Jun (2008), hanya untuk Saiful memberikan kembali kepada pegawai polis yang lain pada hari berikutnya. Ini, katanya, terlepas oleh hakim perbicaraan (di Mahkamah Tinggi). Gopal berkata keterangan Saiful bahawa dia dalam kesakitan dan dia telah menyimpan air mani di dalam dubur selama beberapa hari. Dalam pemeriksaan balas, Saiful berkata, dia diminta oleh Anwar untuk memakai KY jelly pada duburnya, dan Gopal seterusnya mengemukakan apa yang dinyatakan oleh saksi itu semasa memberi keterangan secara tertutup. Gopal berkata, Saiful berada dalam kesakitan di dubur dan juga di perut. Kewujudan gel itu, tambahnya, telah menimbulkan keraguan dan kekurangan kredibiliti. Arifin bertanya mengapa kekurangan kredibiliti. Gopal mengatakan jika gel itu telah digunakan, dia tidak akan mengalami kesakitan, menyumbang kepada persekitaran gel yang diserahkan kepada pihak polis. 10am: Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi, gel itu dikemukakan dan ditandakan, kata Gopal. Menurutnya, Saiful telah memberi keterangan bahawa mereka melakukan perbuatan itu (liwat) di atas karpet dan dia memakai gel itu pada bahagian sulitnya (dubur). Gopal menunjukkan satu dokumen yang tiada dalam rekod rayuan, dan beliau berkata, 'keadaan barang kes (senarai barang yang dirampas) tidak termasuk KY Jelly itu. Ini, katanya, menunjukkan tidak konsistensi dalam keterangannya Saiful. Menurutnya, bukti itu tidak ada dalam senarai dan ia perlu dipertimbangkan tidak boleh diterima dan kewajarannya (weightage) (dalam pertimbangan) adalah dicabar." Karpal, katanya, telah bertanya Saiful (sama ada) gel KY itu sesuatu yang difikirkan kemuduan (afterthought) dan saksi itu bersetuju. Laporan polis yang dibuat tidak menyebut tentang gel itu." 8.47am: Gopal berhujah bahawa Mahkamah Rayuan telah silap bahawa Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya telah mentahkikkan: Perkara ketiga, dia berkata, adalah hak pembelaan untuk menguji pernyataan pegawai polis Jude Pereira dalam menjalankan siasatannya. Dalam menyentuh alasan pertama rayuan itu, Gopal berkata Saiful mendakwa dia takut untuk membuat laporan polis. Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu menambah bahawa Dr Osman menyatakan bahawa pada mulanya Saiful tidak bersedia untuk membuat laporan itu. "Dokuman ini (laporan perubatan) telah ditunjukkan kepada Saiful dan dia menafikannya?" Saiful berkata dia telah bertemu dengan seorang pegawai kanan polis (Mohd Rodwan) dan menghubungi IGP. Beliau berkata seseorang yang tidak mahu diliwat tidak akan membeli pelincir. Katanya, kehadiran gel itu adalah suatu perkara yang meragukan. 9.45am: Gopal berkata dua set seluar dalam Saiful telah dikemukakan. Beliau menambah salah satu seluar dalam itu telah dibasuh dan basah. Katanya, seluar dalam kedua tidak dipakai oleh Saiful pada hari itu tetapi ia ada bekas air mani. Ekoran kesimpulan siasatan polis, katanya, Anwar telah didakwa. Pada perbicaraan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata ada kes prima facie. Selepas itu, menurut Gopal, hakim itu berkata, beliau tidak berpuas hati dengan kes pihak pendakwa terhadap tertuduh (Anwar). Gopal berkata pihak pendakwa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar dan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan akhirnya mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar. Selepas menggariskan kes itu, Gopal sekarang akan meneliti keterangan Saiful. 9.40am: Peguam Gopal berkata, walaupun menghantar surat peletakan jawatan, Saiful pergi ke rumah Anwar dan malah menyajikan minuman di sana. Beliau menceritakan pertemuan Saiful dengan doktor Pusrawi Dr (Mohamed) Osman (Abdul Hamid), di mana satu objek plastik dikatakan telah dimasukkan ke dalam duburnya. "Namun, Saiful menafikan membuat kenyataan itu. Pada pertemuan dengan Dr Osman, dia berkata dia telah diliwat dan (dia) dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur." Tiga orang doktor, kata Gopal, memeriksa Saiful dan dapatan awal mereka ialah tidak ada penetrasi. Saiful, kata Gopal, kemudiannya bertemu dengan DSP Jude Pereira dan membuat laporan polis. 9.30am: Peguam Gopal Sri Ram mula berhujah. Beliau berkata tidak ada saksi kepada dakwaan jenayah itu. Gopal berkata Saiful mendakwa dia terpaksa melakukan perbuatan itu (liwat) dan pelincir digunakan (KY jelly). "Ini adalah keterangannya bahawa perbuatan itu begitu kuat, dia memicit tuib jeli dan ia (jeli) jatuh ke karpet. "Saiful berkata ia mencuci dirinya sendiri dan menghantar emel untuk meletak jawatan sebagai pembantu Anwar." 9.27am: Peguambela utama Gopal Sri Ram mahu membaca senarai pemerhati antarabangsa tetapi Ketua Hakim Arifin berkata tidak ada keperluan untuk berbuat demikian kerana ia sudah diketahui. Gopal memberitahu mahkamah bahawa pihak peguambela menambah satu lagi alasan rayuan. Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah alasan tambahan itu. 9.22am: Peguambela Latheefa Koya memberitahu wartawan bahawa empat orang akan menyampaikan hujah bagi pembelaan - Gopal, Surendran, Ram Karpal dan Sangeet. Mahkamah mula bersidang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria ketua. Terdapat perubahan dalam panel hakim - Ahmad Maarop digantikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ramly Ali. 9.10am: Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Azmin Ali juga kelihatan di mahkamah, bersama-sama dengan Ahli Parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong, pemangku pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, pengerusi DAP Perak dan Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dan penyokong kuat parti itu Ronnie Liu. Galeri awam yang mempunyai kira-kira 70 tempat duduk sudah penuh sesak. "Kalau tak cukup kerusi, boleh sertai saya di kandang tertuduh," kata Anwar berseloroh. 8.59am: Anwar tiba bersama isterinya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Seorang lagi anggota pasukan peguam Anwar ialah Gobind Singh Deo. Anwar dilihat berbincang sesuatu dengan peguam utamanya, Gopal Sri Ram. 8.56am: Berlaku sedikit kekecohan di luar mahkamah ketika sekumpulan wartawan cuba mengekori Anwar di luar mahkamah. Kira-kira 20 petugas media menyelinap melewati kawalan polis dan mengekori Anwar sehingga ke ruang legar mahkamah, tetapi ramai lagi masih berada di luar apabila anggota polis berjaya menutup pintu. Orang ramai melaungkan "Reformasi" semasa ketibaan Anwar, sehingga beliau masuk ke Istana Kehakiman sejurus kemudian. 8.55am: Dalam satu perkembangan baru, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram menggantikan Sulaiman mewakili Anwar. Difahamkan Gopal dilantik di saat-saat akhir. Menurut peguam Latheefa, Sulaiman tidak sihat dan terpaksa menarik diri. 8.28am: Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria. Yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop. Di antara mereka yang dilihat di mahkamah ialah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar. 8.10am: Peguam Mohd Saiful Bukhari Azlan - Zamri Idrus - memasuki dewan mahkamah. Beberapa pemerhati asing sudah pun berada di dalam. Pasukan peguambela Anwar - Latheefa Koya dan N Surendran - juga berada di dalam dewan mahkamah. Wartawan perlu melalui tiga pemeriksaan keselamatan dan ketika berada di dalam kompleks mahkamah mereka perlu mendaftar dengan anggota keselamatan yang bertugas di luar dewan mahkamah di mana rayuan Liwat II akan didengar. 8.00am: Wartawan yang membuat liputan perbicaraan, melalui pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis, sebelum dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah. 7.40am: Sekumpulan penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) tiba dan mereka berkumpul dekat khemah polis di tengah-tengah jalan utama menuju ke Istana Kehakiman. Belum ada yang dibenarkan masuk ke kompleks mahkamah. Pekerja mahkamah masuk ke kompleks melalui belakang bangunan selepas pemeriksaan keselamatan oleh pihak polis. Seorang wakil mahkamah berkata, ia akan dibuka pada jam 8.15 pagi. 6.50am: Anggota polis mengawal kawasan dan jalan sekitar kompleks mahkamah di Putrajaya itu di mana rayuan Anwar terhadap sabitan pertuduhan Liwat II didengar. Lebih 50 anggota polis yang mengawal jalan-jalan utama menuju ke bangunan mahkamah. Mereka yang ingin menghadiri pendengaran mahkamah perlu mengambil laluan yang jauh. Khemah yang didirikan oleh pihak polis terletak di tengah jalan utama.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[GAMBAR & VIDEO]: Laungan "Student Power" Sambut Anwar Ibrahim -updated Posted: 27 Oct 2014 05:12 PM PDT RRibuan pelajar dan orang ramai memasuki Universiti Malaya (UM) yang ditutup daripada dimasuki semua kenderaan setelah mereka berjaya memaksa laluan di sebelah pintu masuk Kuala Lumpur/Bangsar dibuka dan berarak ke kawasan kampus. Mereka menuju lokasi di mana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara." Terdahulu hari ini, Ketua Pembangkang mengatakan tetap akan datang ke universiti alma mater beliau dan menemui pelajar pada program itu walaupun pentadbiran universiti mengisytiharkannya tidak sah. Program anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu asalnya dijadualkan bermula jam 9 malam di Dataran Dewan Tunku Canselor dalam kawasan kampus. Presiden PMUM Fahmi Zainol yang baru tiba memberitahu media UM tidak mahu memberi persetujuannya kepada program itu walaupun selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin tengahari ini. Lintas langsung dari lokasi program: 10.28 malam – Anwar meninggalkan dataran. Semua yang hadir berjalan bersama beliau ke pintu pagar. 10.04 malam – Orang ramai bersorak apabila Anwar mula berucap. 9.51 malam – Keadaan gelap gelita sekitar Dataran Dewan Tunku Canselor di mana Anwar akan berucap. Tiada satu lampu jalan pun dipasang. 9.49 malam – Perserta program mencecah kira-kira 2,000 orang. 9.41 malam – Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah turut kelihatan di atas trak. Pelajar Fahmi Zainol juga bersama mereka. Orang ramai mula melaungkan "Hidup, hidup, mahasiswa! Hancur, hancur kezaliman!" 9.40 malam – Anwar tiba Dewan Tunku Canselor dengan menaiki sebuah trak pikap hitam yang dipandu perlahan, sambil melambai kepada orang ramai. 9.36 malam – Seorang pemimpin pelajar mengumumkan Anwar akan tiba tidak lama lagi. Keadaan kelihatan terkawal. Anggota polis masih tidak kelihatan. 9.31 malam – Pemimpin pelajar mula bercakap kepada hadirin dalam kawasan kampus. Mereka juga terus menyanyi dan melaungkan slogan. Bilangan yang hadir makin ramai apabila pelajar yang tinggal di asrama turut serta. 9.22 malam – Orang ramai diberitahu Anwar akan hadir dalam masa 5 minit. 9.20 malam – Pelajar berarak masuk melalui pintu masuk utama di Kuala Lumpur, melaungkan "Hidup Mahasiswa!", menuju Dataran Dewan Tunku Canselor. 9.18 malam – Pagar dibuka apabila orang ramai mula agresif dan berjaya memaksa ia dibuka. 9.08 malam – Pelajar mula mengambil giliran bercakap, menghangatkan keadaan sementara menunggu ketibaan Anwar. "Ini universiti rakyat," kata seorang daripada mereka. 9.01 malam – Seseorang mula mengkritik UM kerana mengeluarkan arahan terdahulu hari ini supaya kakitangannya meninggalkan kampus jam 4 petang kerana 'masalah bekalan elektrik.' "Bagaimana UM boleh dakwa ia universiti nombor satu di Malaysia? Bagaimana ia kata ia ikut Perlembagaan Persekutuan jika ia tak benarkan Anwar masuk?" 8.57 malam – Orang ramai mula menyanyikan lagu pelajar, termasuk berterima kasih kepada UM. Bilangan yang hadir mencecah 600 hingga 700 termasuk pemerhati. Tiada pegawai polis kelihatan. 8.49 malam – Pensyarah undang-undang UM Prof Madya Dr Azmi Sharom kelihatan berada bersama orang ramai yang hadir. 8.48 malam – Pengurusan UM membuka pagar di tepi bagi membenarkan pelajar dari dalam keluar. 8.39 malam – Wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Fazril Saleh berkata: "Apa yang kami lakukan bukan satu kesalahan. Tolong benarkan pelajar masuk berkumpul." 8.37 malam – Dua kumpulan kelihatan di kawasan kampus – satu berhampiran pagar dan satu lagi tidak jauh dari situ apabila pengawal keselamatan meluaskan sempadan antara pagar dengan penghadang ke 200m dari pagar. 8.36 malam – Kekecohan di hadapan pintu masuk Kuala Lumpur apabila pelajar cuba merempuh keluar. 8.32 malam – Orang ramai mencecah 500 di pintu masuk Kuala Lumpur, termasuk di dalam dan luar pagar. Pelajar mula melaungkan "Bangkit! Bangkit!" 8.30 malam – Johari cuba minta timbalan naib canselor membuka laluan tetapi nampaknya tidak berjaya. Aktivis pelajar Safwan Anang kelihatan berada di lokasi. 8.27 malam – Orang ramai mencecah 400 orang. 8.24 malam – Pelajar mula menjerit "Buka! Buka!" di hadapan pagar. Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul tiba. Beliau juga alumni UM. 8.22 malam – Sedikit kekecohan di hadapan pagar apabila pelajar dari dalam cuba keluar. 8.20 malam – Fahmi cuba berunding meminta mereka dibenarkan memasuki kampus. Timbalan naib canselor (pendidikan) juga hadir. Hujan makin lebat. Payung mula dibuka di sana sini. 8:15 malam – Pelajar dari asrama dalam UM dihalang keluar kampus. Mereka berkumpul di hadapan pagar yang dihalang pegawai keselamatan. 8:12 malam – Hujan mula lebat. Orang ramai mula mencari perlindungan. Kakitangan PKR masih cuba memasang sistem pembesar suara. Pikap PKR diparkir betul-betul di hadapan pagar utama UM di Kuala Lumpur. 8:04 malam – Pelajar dari UKM, UiTM dan UM antara yang hadir depan pagar utama. Khalilah Ismail, 22, berkata dia berada di situ bagi mendengar sendiri apa yang akan dikatakan Anwar, tidak hanya membaca mengenainya daripada sumber lain. 8:04 malam – Hujan rintik mula turun. Seorang lelaki kelihatan memasang sistem pembesar suara di atas trak pikap. 8:02 malam – Kira-kira 200 orang mula bergerak ke pintu pagar utama di Kuala Lumpur mengekori sebuah trak pikap PKR. Mereka berkumpul berhampiran trak itu, ingin tahu jika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di dalamnya. 7:57 malam – Lima pelajar dari HELP University mula sampai. "Ini negara kami dan kami mahu tahu apa yang berlaku."
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan