Kelab Greenboc |
- Harga Minyak Naik: Pelbagai Cara Rakyat Luahkan Kemarahan
- [BERGAMBAR] Banjir Kilat Di KL, Salah "Langkah Kajang" Jugakah Wahai MCA?
- Harga Minyak RON95 & Diesel Naik 20 sen Lagi Malam Ini!
Harga Minyak Naik: Pelbagai Cara Rakyat Luahkan Kemarahan Posted: 01 Oct 2014 11:31 PM PDT Pelbagai cara rakyat luahkan kemarahan akibat pengumuman kenaikan harga minyak oleh kerajaan semalam. Baca dan tengoklah: PANTUN SELOKA MINYAK NAIK 20 SEN SAJA Minyak naik 20 sen saja, Tapi rakyat hidup menderita, Nak jimatkan duit di mana, Kalau barang semuanya naik belaka. Minyak naik 20 sen saja, Tapi kerajaan jangan lupa, Elaun menteri kena potong juga, Barulah adil sama-sama. Minyak naik 20 sen saja, Tetap kena bayar juga, Walaupun belanjawan belum tiba, Tak semena-mena naik tak diduga. Minyak naik 20 sen saja, Kata menteri tahun ini tak naik la.. Ini dikira tipu rakyat jelata, Rakyat didahulukan kena slogannya. Minyak naik 20 sen saja, Tapi kehidupan kena terus juga, Takkan nak makan batu pula, Segala belanja kena jimat sentiasa. Minyak naik 20 sen saja, Rakyat kenalah perlu biasa, Jika nak membantah siapalah kita, Tetap mencari rezeki untuk keluarga. Minyak naik 20 sen saja, Tapi banyak juga jika dikira, Itu dihitung 1 liter cuma, Jika 10 liter berapa jadinya. Minyak naik 20 sen saja, Makan dan minum kena jaga, Jangan mewah dengan harta, Lama-lama boleh kurang juga. Minyak naik 20 sen saja, Berdoa pada Yang Maha Berkuasa, Semoga dimurahkan rezeki sentiasa, Agar diberkati dan dirahmati hendakNya.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[BERGAMBAR] Banjir Kilat Di KL, Salah "Langkah Kajang" Jugakah Wahai MCA? Posted: 01 Oct 2014 07:40 PM PDT Banjir kilat melanda di tengah bandar Kuala Lumpur petang semalam tatkala warga kota mula bergerak pulang dari pejabat. Laporan dan gambar banjir mula terbit di media sosial selepas jam 5 petang semasa hujan turun dengan lebat kira-kira sejam. Menurut akaun twitter Star Radio @mytraffic jalan yang dibanjiri termasuk Jalan Sultan Ismail, Jalan Chan Sow Lin, stesen LRT Jelatek dan terowong bulatan Cheras. Sementara itu akhbar tabloid bahasa Melayu Kosmo, dalam tweet mereka menyatakan lebih 100 kenderaan rosak ditenggelami air di Jalan Pinang. Jalan lain yang dilaporkan banjir termasuk Jalan Ampang dan sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Beberapa pengguna media sosial mengeluh kerana banjir kilat ini berlaku masa sama dengan kenaikan harga minyak tengah malam ini. "Harga minyak naik, air banjir naik, kemarahan rakyat naik (tapi) ranking bola sepak tak naik. "Semua salah (Ketua Umum PKR) Anwar Ibrahim," kata tweet dari @DeeyaHazard yang merujuk kegemaran Anwar menyindir pengkritiknya yang selalu menyalahkan beliau dalam pelbagai perkara dan masalah. Satu lagi pengguna Twitter, @beautifulnara menulis,"Sudahlah banjir, sekarang nak kena beratur untuk isi minyak. Dugaan." ULASAN GB Hari tu sibuk sangat MCA sebuah parti komponen BN menyalahkan kononnya "Langkah Kajang" menyebabkan banjir di kajang untuk memburukkan Pakatan Rakyat dan wakil rakyat yang baru YB Dr Wan Azizah Wan Ismail. "Banjir kilat yang melanda Kajang semalam adalah tambahan kepada senarai panjang dan tidak berkesudahan kegagalan Pakatan Rakyat menunaikan janji-janji pilihan raya," kata Setiausaha MCA Selangor Ng Chok Sin. Sekarang, di KL sendiri banjir, mana suara kamu? Apa langkah kerajaan Pusat? Siapa Datuk Bandar kamu? Mana Menteri Wilayah persekutuan yang bernama Tengku Adnan Tengku Mansor? Lancang mulut kamu menuduh Pakatan Rakyat, sekarang terkena batang hidung sendiri, tahu pula mendiamkan diri dan membisu... Malah jika dibuka kisah mengenai kejadian banjir lebih akrab berlaku di Kuala Lumpur berbanding Kajang! Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Harga Minyak RON95 & Diesel Naik 20 sen Lagi Malam Ini! Posted: 01 Oct 2014 09:45 AM PDT Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20. Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2. Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen. Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini. "Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu. Kenyataan itu juga menyebut, kerajaan sedar bahawa langkah itu memberi kesan ekonomi kepada masyarakat. Justeru, jelas kementerian, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana. "Sehubungan itu, salah satu langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk menaikkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015," menurut KPDNKK. Antara langkah-langkah lain dipertimbangkan untuk meringankan beban rakyat, termasuk: Meneruskan bantuan persekolahan, subsidi harga rumah serta insentif percukaian. Memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan berlebihan. ULASAN GB Belum pun GST dilaksanakan harga petrol sudah dinaikkan. Bila GST terlaksana, naik lagi nanti. BN melihat Pakatan Rakyat sedang bergolak. Mereka ambil kesempatan di saat pembangkang lemah. Mereka terus gunakan peluang baik ini untuk mencerut rakyat... Muktamar PAS yang baru lalu pun tidak banyak menyentuh masalah rakyat. Lain yang dipentingkan. Rakyat kecewa. BN terus rakus menghenyak rakyat... aduhai... Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan