Kelab Greenboc |
- [HAL PENGGUNA] Ada Bangkai Cicak Dalam Kotak Bijiran Cereal
- Tamrin: "Kenapa Aku Keluar Dari PAS?"
- MAZA: Mengkritik Ulama Tidak Semestinya Mengkritik Agama Islam
- Akhirnya Tamrin Keluar PAS... PAS Bukan Lagi FOR ALL...
[HAL PENGGUNA] Ada Bangkai Cicak Dalam Kotak Bijiran Cereal Posted: 16 Oct 2014 12:57 AM PDT Ledang – Seorang ibu terkejut selepas mendakwa menemui bangkai seekor cicak dalam bungkusan makanan bijirin sarapan yang dibeli dari sebuah pasaraya di Melaka, beberapa hari lalu. Hanya mahu dikenali Ana, 30an, dia menyedari kewujudan bangkai itu semasa memberikan makanan itu kepada anak sulungnya ketika dalam perjalanan ke rumah pengasuh kira-kira jam 7 pagi kelmarin. ' Menurutnya, makanan yang dibeli dalam kotak yang bersaiz kecil itu dibuka dengan ruang yang kecil pada sebelah malam kerana diminta anak sulungnya berusia setahun setengah. "Kemudian, saya simpan semula makanan ini dengan kemas dalam kotak asal tersebut. "Pada keesokkan hari semasa dalam perjalanan hantar anak ke rumah pengasuh, saya sambung berinya makanan itu dalam kuantiti yang sedikit," katanya di sini, semalam. Ana berkata, apabila memasukkan jari ke dalam bungkusan itu untuk mengambil lagi makanan itu, dia terasa satu objek pelik dan apabila ditarik keluar mendapati ia bangkai seekor cicak. Dia yang terkejut dan panik segera menghubungi suaminya memberitahu kejadian itu. "Suami yang bekerja di Negeri Sembilan pulang ke rumah selepas waktu kerja untuk mengambil gambar bangkai haiwan itu sebagai bahan bukti sebelum membuat aduan kepada syarikat pengeluar makanan itu," katanya. Tambahnya, sehingga kini dia masih berasa geli dan menyesal memberikan makanan berkenaan kepada anaknya. Katanya, setakat ini anaknya dalam keadaan baik tanpa sebarang alahan dan berharap syarikat berkenaan lebih berhati- hati serta peka tentang aspek kebersihan sesuatu produk keluaran mereka. -SH Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Tamrin: "Kenapa Aku Keluar Dari PAS?" Posted: 16 Oct 2014 12:05 AM PDT Kecewa cara pemimpin PAS kendali krisis punca Tamrin keluar parti Kesabaran anak bekas timbalan perdana menteri, Mohd Tamrin Abdul Ghafar sampai ke kemuncak apabila melihat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dikenakan tindakan disiplin semata-mata kerana menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon menteri besar. Tamrin berkata, tindakan PAS yang menggantung keahlian Adun Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) selama setahun menyebabkan beliau mengambil keputusan nekad menghantar surat letak jawatan ke Ibu Pejabat PAS semalam. "Pada saya, tindakan PAS itu amat salah. Apa yang mereka (Adun) buat adalah mempertahankan keputusan muktamar PAS, iaitu mesti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR). "Tetapi PAS bertindak sebaliknya. Dua Adun ini mengambil keputusan menentukan PAS bersama PR, itu saja. Jadi apa salahnya?" katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Gerakan Anti Perkauman (GAP) di Kelab Sunway Lagoon di Petaling Jaya, malam tadi. Saari dan Hasnul pada 12 Oktober lalu dikenakan tindakan mengikut Fasal 82(6) Perlembagaan PAS kerana melanggar arahan parti. Sepanjang tempoh penggantungan itu, mereka tidak boleh menyertai sebarang aktiviti parti, namun masih diberi ruang merayu dalam tempoh 15 hari. Tamrin berkata, bukan saja krisis Selangor tetapi beberapa pandangan mengenai isu lain juga pernah dikemukakannya kepada pemimpin PAS, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi tidak diambil perhatian. "Sebelum itu, masalah Pilihan Raya Umum (PRU) begitu juga. "Ada beberapa perkara yang gagal ditunaikan PAS semasa menabur janji PRU13 lalu. PAS mungkir janji. Itu bukan stail politik saya," katanya. Beliau berkata, dirinya juga kecewa kerana pemimpin PAS gagal menunjukkan contoh imej sebuah parti Islam yang baik. "Saya tidak ada masalah dengan PAS. Parti tidak tersasar daripada landasannya, cuma pemimpinnya saja yang lari daripada perjuangan asal. "Siapa pemimpin itu? Ianya jelas," katanya tersenyum. Katanya, hasrat untuk keluar parti dinyatakan kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS, tetapi tidak ada pertemuan empat mata dengan Hadi atau Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ditanya sama ada tindakannya itu seperti cuba mempengaruhi ahli PAS lain supaya mengikut jejak langkahnya, beliau menafikan. Katanya, keputusan itu adalah kehendaknya sendiri dan tidak dipengaruhi sesiapa. "Saya percaya ramai yang tidak gembira dengan apa yang terjadi dalam PAS, ia sangat ketara. "Mungkin (ramai ahli akan keluar parti) memandangkan ada pemimpin yang membuat ramalan itu tetapi saya tidak mempengaruhi sesiapa, terpulang kepada mereka," katanya yang tidak bercadang kembali semula kepada Umno mahupun parti lain dalam PR. Sebaliknya, beliau mahu fokus kepada GAP dan memerhatikan perjalanan dunia politik dan bebas bersuara sebagai rakyat awam. Anak Tun Ghafar Baba itu menghantar surat kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk menarik diri daripada menjadi ahli parti Islam itu berkuatkuasa semalam. Pada 2012, bekas Adun Ayer Molek dan Ahli Parlimen Batu Berendam Umno itu menyerahkan borang keahlian parti kepada Hadi dalam satu majlis di Gombak. GAP dilancarkan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa yang mensasarkan agenda utama, iaitu menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran akibat perkauman demi kesejahteraan generasi akan datang. Menentang perkauman dan ekstremis agama, ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu bagaimanapun menegaskan perjuangan GAP tidak menolak prinsip Perlembagaan Persekutuan. "Barah perkauman ini ada dalam semua budaya, dan perjuangan kami adalah agar semua dapat menyatakan 'Kata Tak Nak Kepada Perkauman'," katanya. -TMI ULASAN GB GB tak mahu ulas panjang-panjang. Kenyataan Datuk Tamrin adalah self-explanatory. Sebelum ini GB telah menyatakan: GB melihat keputusan PAS Pusat menggantung keahlian kedua-dua ADUN yang dianggap BARUA oleh Presiden parti itu hanyalah satu tindakan untuk menjaga dan menyelamatkan airmuka Presiden sendiri. Alasan keputusan itu BUKAN didasarkan kepada KEBENARAN. Kalau berhujjah di atas kebenaran maka hujjah Datuk Tamrin itu lebih mendekati kebenaran iaitu: Apa yang mereka (Adun) buat adalah mempertahankan keputusan muktamar PAS, iaitu mesti bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) Tindakan Presiden dan MSU kerana tindakan mereka menyimpang dan menyalahi keputusan Muktamar sedangkan Muktamar adalah pemegang kuasa tertinggi di dalam parti. Beberapa perkataan dan tindakan presiden sendiri amat tidak dapat diterima apabila telah acapkali mengeluarkan kenyataan yang berbaur fitnah - iaitu tuduhan tanpa bukti - dan ia amat jauh menyimpang dari akhlak Islamiah dan hukum syariat. Contohnya banyak seperti fitnah pil kuda, komunis, broker dan barua dan sebagainya. Ia mencemarkan PAS, bukan sahaja sebagai sebuah parti politik Islam malah sebagai sebuah jemaah Islam. Kita tungguh hukum Allah berjalan... Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
MAZA: Mengkritik Ulama Tidak Semestinya Mengkritik Agama Islam Posted: 15 Oct 2014 05:20 PM PDT Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata masa ini kebanyakan ahli politik menjadikan Islam sebagai senjata politik. Menurut Dr Asri, sepatutnya Islam dijadikan panduan untuk memperbaiki politik dan bukannya dijadikan alat permainan untuk dijadikan sebagai hujah untuk berpolitik. "Ini kerana saya lihat ada ahli politik daripada PAS dan Umno yang bergaduh dan selepas itu mengeluarkan dalil-dalil mereka. "Saya tidak setuju nama Islam dieksploitasi dan digunakan untuk tujuan yang salah," katanya ketika menyampaikan tazkirah di Parlimen. Tambahnya, mengkritik ulama tidak semestinya mengkritik agama Islam. "Kita perlu bezakan antara mengkritik ulama dan Islam. "Tidak salah kritik ulama, dia pun manusia, yang kita tidak boleh kritik ialah apa yang Allah dan Rasul kata," jelasnya. Ujarnya, beliau menasihati kepada ahli politik supaya berhati-hati dalam menggunakan dalil ketika berpolitik. -FMT ULASAN GB Daripada pemerhatian GB, apa yang berlaku kita ialah ketaksuban telah mengambil tempat dan berselindung dengan istilah wala'. Sebelum ini GB sudah mengulas. Petikan: Kemudian hari ini diluluskan juga usul dari Dewan Ulama menuntut tindakan terhadap pihak yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kuasa Majlis Syura. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Akhirnya Tamrin Keluar PAS... PAS Bukan Lagi FOR ALL... Posted: 15 Oct 2014 06:25 AM PDT Anak bekas timbalan perdana menteri Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini menghantar surat kepada setiausaha agung PAS menarik diri dari menjadi ahli parti Islam itu. Tamrin berkata beliau tidak lagi menganggotai PAS berkuatkuasa hari ini. "Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," kata Tamrin yang juga bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu. Ibu pejabat PAS mengesahkan penerimaan surat bertajuk "Menarik diri sebagai ahli PAS" dari Tamrin itu. ULASAN GB Petikan beberapa ulasan dari media sosial: Ahmad Lutfi xxxxxx: Terkedu dgr laporan Tamrin Tun Ghafar undur diri daripada PAS Syed Mohd xxxx: Cuba lah kita fikir kenapa orang menjauhkan diri dari kita dari kita asyik fikirkan orang tu tak baik dan tak sesuai dengan kita yang baik.. Mohamad Jusof xxxx: Datuk Tamrin jgn dipandang lekeh.. beliau banyak membantu PR menang Parlimen Bukit Katil ... di Melaka ... TQ Datuk Tamrin Ahmad Saifullah xxxxx: mungkin ramai yang tidak akan meninggalkan Pas tetapi ramai yang tidak akan mengundi Pas jika calonnya pd PRU 14 nanti adlh geng UG.. Mohamad xxxxxx: PAS patut sedar kenapa hal2 keluar parti ini berlaku dikalangan ahli2 baru... Kasturi xxx: Beliau menyertai PAS kerana menyangkakan PAS For ALL tetapi hakikatnya dia dapat bukan, dia mendapati PAS for ULAMA... Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan