Selasa, 14 Oktober 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Semakin Ramai Yang Tidak Percaya MH370 Terjunam Di Lautan Hindi

Posted: 14 Oct 2014 12:07 AM PDT


Peneraju Emirates Airline, Tim Clark percaya pesawat Malaysia, MH370 tidak terjunam di Lautan HIndi.

Dalam wawancaranya kepada akhbar Der Spiegel yang berpangkalan di Jerman, Clark berkata, beliau tidak percaya pesawat MH370 beroperasi secara autopilot semasa ia hilang.

Sebaliknya beliau mendakwa:"Pada pandangan saya, MH370 berada dalam kawalan, kemungkinan sehingga akhir".

Pandangan Clark itu bertentangan dengan dengan pendapat sebelum ini bahawa pesawat MH370 terbang secara autopilot sehingga kehabisan minyak dan jatuh di selatan Lautan Hindi.

"Setiap saat yang berlaku dalam pesawat itu perlu diteliti, secara teorinya, sehingga berakhir di Lautan India, yang mana pasukan pencari masih gagal untuk mengesannya, walaupun kusyen tempat duduk," katanya.

Sedangkan, kata Clark, pengalaman lampau telah menunjukkan sebarang insiden di perairan, tempat pesawat terjatuh, selalunya ada sesuatu yang ditemui.

"Setakat ini kita tidak melihat satu penemuan pun di lokasi yang didakwa tempat nahas MH370, saya turut mempersoalkan isyarat satelit yang diperkatakan," tambahnya.

Emirates Airline memiliki 127 pesawat Boeing 777 - paling banyak berbanding syarikat penerbangan lain - yang modelnya sama dengan pesawat MH370 yang hilang.

Beliau secara terang-terangan berasa syak tentang ketelusan siasatan kes kehilangan pesawat MH370.

"Secara totalnya saya tidak berpuas hati dengan semua ini," ujarnya.

Kenyataan Clark itu meningkatkan lagi teori konspirasi. Clark menambah: "Kita perlu tahu siapa berada dalam pesawat berkenaan secara terperinci yang identiti mereka diketahui oleh pihak tertentu. Kita perlu tahu apa yang ada dalam pesawat tersebut".

Analisis terkini daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia memberitahu, pesawat MH370 telah membelok di sebelah kiri secara perlahan dan terjunam di Lautan Hindi semasa kehabisan minyak.

Ketika kejadian tujuh bulan lalu, pesawat malang itu membawa 239 orang penumpang.

Pencarian besar-besaran gagal menemui sebarang hasil dan fasa pencarian berikutnya adalah untuk mengesan pesawat melalui proses pemetaan Lautan India. - MalaysiaGazette









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Siasat Segera PERMATA Rosmah!

Posted: 13 Oct 2014 10:26 PM PDT


Pakatan gesa SPRM siasat PERMATA Rosmah

Pakatan Rakyat terus mempersoalkan jumlah peruntukan yang diterima program pendidikan awal kanak-kanak yang diilhamkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dua MP Pakatan hari ini menggesa menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat Program Permata Negara (PERMATA).

Manivanan Gowindasamy (PKR-Kapar) berkata, peruntukan yang disalur kepada program itu dalam Belanjawan 2015 tidak sepadan dengan 82 buah jumlah pusatnya di seluruh negara yang melibatkan 1,780 orang pelajar.

Menurutnya, angka itu mewakili hanya 0.074 peratus daripada jumlah semua kanak-kanak di Malaysia.

"Adakah ini satu lagi ketirisan wang rakyat?" tanya Manivanan yang mencelah perbahasan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) di Parlimen hari ini.

Sekolah pondok hanya RM25 juta

Sementara itu, menyahut kenyataan Manivanan, Siti Zailah (bawah) kemudian menggesa SPRM agar menyiasat program itu jika berlaku penyelewengan.

"Saya ingin SPRM bertanggungjawab menyiasat.

"Jika betul berlaku penyelewengan, Insya-Allah rakyat akan menghukum kerajaan BN," kata Siti Zailah sewaktu membahaskan Belanjawan 2015.

Beliau sebelum itu membandingkan jumlah peruntukan itu berbanding hanya RM25 juta untuk sekolah-sekolah pondok.

"Kita alu-alukan (PERMATA) untuk kebaikan negara tetapi kita tidak mahu dalam negara kita ada sistem pendidikan dua darjat," katanya.

Tengah hari tadi, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menempelak pihak yang menuduh Rosmah mendapat manfaat menerusi peruntukan (PERMATA).

Menurut beliau PERMATA tidak menerima RM711 juta didakwa sebaliknya hanya sebahagian daripadanya.

Belanjawan 2015 Jumaat lalu, bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak, memperuntukan RM711 juta kepada PERMATA, Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas dan Tabika Perpaduan.

Pecahan belanjawan itu menyatakan anggaran RM42,831,500 pada 2014 dan 30,690,100 pada 2015 untuk PERMATA.

Perinciannya juga menyebut, PERMATA bertindak sebagai urus setia kepada Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA Negara dan jawatankuasa bawahnya.

Ia juga memberikan khidmat pengurusan, operasi, penyelarasan, pemantauan dan sokongan dalam pelaksanaan program PERMATA Negara.











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[EDISI KANTOI] Oktoberfest Melaka: Idris Haron Buat Pusingan 360°

Posted: 13 Oct 2014 06:01 PM PDT


Kerajaan Melaka dan PBT tidak terima permohonan anjuran Oktoberfest

Kerajaan negeri Melaka dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak pernah menerima permohonan bagi penganjuran pesta Oktoberfest 2014 yang dijadual berlangsung di Jonker Street di Melaka pada Sabtu ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata kerajaan negeri tidak pernah meluluskan mana-mana permohonan daripada syarikat swasta ataupun badan bukan kerajaan untuk menjayakan program yang bertentangan dengan syariah.

"Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas ke atas umat Islam yang terlibat dalam mana-mana kegiatan berstatuskan maksiat.

"Premis-premis menjual arak hanya dikunjungi oleh orang bukan Islam sahaja," katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini. – Bernama

ULASAN GB

Bila kena belasah, Idris terus buat pusingan 360 darjah.

Semalam akhbar-akhbar tempatan terang-terangan melaporkan Kerajaan Negeri Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat Islam daripada meminum arak pada acara 'Oktoberfest' dijangka berlangsung di Jonker Walk di sini, pada 18 Oktober ini.

Malah beliau dilaporkan berkata: "Oktoberfest anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu sebagai satu cara untuk enarik pelancong ke neri itu."

Hari ini beliau berkata kerajaan negeri tidak pernah meluluskan mana-mana permohonan daripada syarikat swasta ataupun badan bukan kerajaan untuk menjayakan program yang bertentangan dengan syariah.

Bila dah kantoi, yang peliknya sempat pula beliau mengutuk Pakatan Rakyat dengan menyatakan:

"Bukankah Oktoberfest iini popular di Pulau Pinang dan Selangor (DAP, PKR & PAS).









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Kereta Kalis Peluru: MP BN Tertipu Dengan Pencacai UMNO

Posted: 13 Oct 2014 05:32 AM PDT

MP BN ditertawa bangkit 'kereta perisai' Lim

Datuk Zahidi Zainul Abidin (BN-Padang Besar) diketawakan sebilangan MP Pakatan Rakyat kerana menyoal tentang berita olok-olok membabitkan kenderaan rasmi ketua menteri Pulau Pinang.

Zahidi bertanya tentang perkara itu sewaktu mencelah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membahaskan Belanjawan 2015 tengah hari ini.

Zahidi bertanya tentang pembelian kereta rasmi Lim Guan Eng yang menurutnya dilengkapi perisai kalis peluru.

Pertanyaan itu membuatkan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berdiri dan mula ketawa pada beliau.

Menurut Khalid, berita olok-olok itu mula disebarkan oleh blog pro-Umno dan Zahidi kini mempercayainya.

"Padang Besar (Zahidi) ini tertipu dengan propaganda Umno sendiri yang mengatakan ketua menteri beli kereta harga RM2 juta.

"Ini bila dah cukup banyak sangat penipuan, dia sendiri pula percaya.

"Inilah satu kes yang agak kelakar bila dah banyak sangat penipuan, yang menipu itu pun percaya dengan penipuan mereka sendiri.

"Jangan percaya sangat tentera siber Umno ini semua. Tak ada gunalah," kata Khalid mengundang kemarahan dari seorang lagi MP Umno.

Kenderaan Lim RM300,000

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) bangkit dan membidas Khalid.

"Permatang Pauh (Anwar), tak usik Umno langsung. Hujah itu baik. Janganlah kacau daun," katanya.

Khalid membalas, "Cara Shah Alam, cara Shah Alam. Cara Permatang Pauh, cara Permatang Pauh".

Anwar kemudian menegaskan bahawa tuduhan pembelian kenderaan bernilai RM2 juta itu tidak benar.

Menurutnya, Lim tiada apa-apa yang mahu disorokkan tentang pembelian kenderaannya yang bernilai RM300,000.

Beberapa blog pro-Umno minggu lepas mengedarkan gambar Conquest Knight IV yang didakwa dibeli Lim pada harga RM2,298,263.75.

Berita itu pada mulanya muncul di Facebook dengan penafian yang ia adalah satu berita olok-olok - namun perkara itu gagal difahami oleh blog yang menyebarkannya. -mk









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tiada ulasan: