Kelab Greenboc |
- Pesta Arak: Mengapa Ulama PAS & PERKASA Bantah Di Selangor, Tetapi Tidak Di Melaka?
- Belanja JPM Terus Meningkat Bawah Najib, RM19.5 Bilion Untuk 2015
- Kisah Cinta Seorang Suami Jaga Isteri Selama Lebih 30 Tahun
- Lagi Kes Isteri Lari Ikut Kekasih Gelap Dikenali Melalui Internet
Pesta Arak: Mengapa Ulama PAS & PERKASA Bantah Di Selangor, Tetapi Tidak Di Melaka? Posted: 12 Oct 2014 12:45 AM PDT Penguatkuasa pantau pesta arak Jonker Walk, Melaka Kerajaan Negeri Melaka akan menempatkan pegawai penguat kuasa bagi menghalang umat Islam daripada meminum arak pada acara Oktoberfest dijangka berlangsung di Jonker Walk di Melaka pada 18 Okt ini. Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata tindakan tegas akan diambil terhadap orang Islam yang didapati meminum arak pada acara berkenaan. "Saya beri jaminan yang kita akan pastikan orang Islam tidak akan dibenarkan minum arak di sana dan akan bertindak tegas sekiranya menerima laporan yang menyatakan demikian," katanya kepada pemberita selepas istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob ke-76 di Dewan Seri Negeri di Melaka, hari ini. Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak dapat menghalang orang bukan Islam untuk meminum arak pada acara tersebut kerana tiada peruntukan undang-undang yang melarang perbuatan itu. Mengenai kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Melaka Zulkifli Ismail Muhammad semalam yang meminta kerajaan negeri mengambil langkah menghalang penganjuran pesta arak Oktoberfest itu, Idris berkata "saya tidak tahu di mana yang dikatakan pesta arak". Beliau berkata pengisian program tersebut dilihat bertujuan menggalakkan pelancong dari luar negara untuk datang ke Melaka. Idris berkata pemimpin dan penyokong PAS perlu berfikiran terbuka ketika hidup dalam masyarakat majmuk dengan mengambil semangat 'untuk mereka agama mereka dan untuk kita agama kita'. Terdahulu, pada istiadat tersebut seramai 353 orang menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka didahului Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof yang menerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'. Seramai tiga penerima pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran 'Datuk' termasuk Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Kamarudin Mat Ali dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim. Seramai 21 penerima pula dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang turut membawa gelaran 'Datuk' antaranya Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Said; Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Tengku Azman Tengku Zainal Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) Datuk Dzulkifli Fadzilah dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda. Sebanyak 16 penerima dianugerahkan Darjah Seri Melaka; Bintang Cemerlang Melaka (32); Bintang Khidmat Terpuji (65); Pingat Jasa Kebaktian (125); Pingat Bakti Masyarakat (76) dan Pingat Khidmat Lama (14) - Bernama ULASAN GB Hari tu tiga orang Ustadz PAS, Nasruddin Tantawi, Khairuddin Aman Razali dan Nik Abduh mewakili Dewan Ulamak PAS bersama-sama dengan NGO PERKASA telah menyerahkan memorandum bantahan Pesta Arak (Oktoberfest) kepada pihak Perbadaran Petaling Jaya. Ia mendapat liputan besar-besaran di media massa pro-UMNO.... Sanggup datang dari jauh, Pahang - Terengganu - Kelantan, untuk membantah Pesta Arak di Selangor. Di media sosial pula mereka yang menamakan diri mereka geng ulama dalam PAS bersama-sama dengan UMNO menghentam habis Pesta Arak berkenaan apatah lagi selepas berita yang menyatakan beberapa pemimpin (bukan Islam) DAP dan PKR turut serta kerana menyokong bantahan demi mempertahankan hak orang bukan Islam meminum alkohol. Sekarang bagaimana pula dengan Oktoberfest di Melaka? Tak buat bantahan ker? Mengapa hanya bantah di Selangor? Di dalam hal arak ini GB sudah pun buat ulasan. Petikan Mengapa sukar untuk kita berdakwah secara berhikmah dan bijaksana? Mengapa tak boleh dicadangkan terlebih dahulu supaya penganjur memohon permit, memasang papantanda menghalang mereka yg beragama Islam dan bawah umur turut serta dan khusus ditempat tertutup? Al-Quran sendiri menghalang arak secara beransur-ansur. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Belanja JPM Terus Meningkat Bawah Najib, RM19.5 Bilion Untuk 2015 Posted: 11 Oct 2014 10:51 PM PDT Perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) terus meningkat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan jumlah perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. 2003, perbelanjaan yang diperuntukkan untuk JPM hanya RM3.6 bilion. Jumlah itu meningkat lebih empat kali ganda dalam Bajet 2015. Menurut anggaran daripada Kementerian Kewangan, JPM dijangka akan membelanjakan sejumlah RM19.1 bilion pada 2015 berbanding RM16.5 bilion pada tahun ini. Jumlah ini merupakan kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan untuk tahun ini. Peruntukan itu meliputi bidang yang luas, termasuk latihan badan kehakiman, sekolah tadika, keselamatan negara, tenaga nuklear, hak asasi manusia (Suhakam), perancangan ekonomi, serta stesen televisyen. Selari dengan itu, sebanyak RM1.24 bilion diperuntukkan untuk membiaya gaji ribuan kakitangannya pada tahun ini. Pecahan paling besar dari peruntukannya disalurkan untuk perkhidmatan dan perolehan, melibatkan kos RM2.85 bilion pada tahun ini. Untuk 2015, perkara yang menjadi tumpuan utama ialah "projek khas" dengan peruntukan khusus RM1.6 bilion. Jumlah itu berlipat kali ganda lebih besar berbanding hanya RM180 juta untuk tujuan sama pada 2014. Antara program dan agensi bawah JPM adalah program PERMATA – program pendidikan awal dinaungi isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor – dan juga program indoktrinasi Biro Tatanegara. Menjelang penghujung 2014, unit PERMATA dijangka akan membelanjakan RM42.8 juta, dengan seramai 40,000 kanak-kanak yang mengikuti programnya. Bagaimanapun, peruntukannya pada tahun depan akan dikurangkan kepada RM30.1 juta. PERMATA tidak membiaya sekolah berkenaan secara langsung, namun menyediakan "pengurusan, operasi, pemantauan dan sokongan" untuk melaksana program berkenaan. Sementara itu, unit propaganda kerajaan, BTN dijangka membelanjakan RM64.9 juta pada 2014, dan mendapat peruntukan RM58.6 juta untuk dibelanjakan pada tahun depan. -mk ULASAN GB Mahathir telah meletakkan precedent paling buruk di dalam kabinet apabila beliau sebagai Perdana Menteri beliau juga memegang portfolio Menteri Kewangan. Ia kemudian diikuti oleh Pak Lah dan seterusnya Najib. Penyalahgunaan dana rakyat dan kuasa terlalu luas terbuka apabila jawatan Menteri Kewangan dipegang oleh seorang perdana Menteri. Petikan ulasan GB sebelum ini pada 16 Sept 2011 lagi. Semenjak Tun Dr. Mahathir memegang Kementerian Kewangan selain menjadi Perdana Menteri, trend itu nampaknya berterusan dengan diikuti oleh PM selepasnya, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Kisah Cinta Seorang Suami Jaga Isteri Selama Lebih 30 Tahun Posted: 11 Oct 2014 05:37 PM PDT Sebuah kisah dari negara jiran, Indonesia untuk dijadikan renungan buat para suami dan bakal suami serta pasangan masing-masing. Semoga bermanfaat kisah ini dan semoga kita mengambil pengajaran darinya. Nama penuh sang suami ini ialah Eko Pratomo Suyatno, tapi lebih sering disebut sebagai Suyatno sahaja. Kisah ini bukan kisah Eko Pratomo yang memiliki seorang isteri yang diserang penyakit lumpuh. Pak Suyatno sudah berumur lebih 60 tahun. Dia merupakan pemilik sebuah perniagaan besar dan sukses di dalam bidang pelaburan mutual funds di Indonesia ini mempunyai kehidupan yang cukup baik dengan kehadiran 4 orang cahaya mata yang kini telah dewasa dan bahagia dengan isteri tercinta. Usia perkahwinan mereka sudah lebih dari 30 tahun dilayari bersama. Kehidupan rumah tangganya yang bahagia itu mendapat dugaan yang berat setelah isterinya melahirkan anak ke-empat mereka. Isterinya tiba-tiba lumpuh dan keadaan itu berterusan hingga 2 tahun. Pada tahun berikutnya, keadaan isterinya semakin teruk apabila ia lumpuh pada seluruh anggota badannya. Kini, isterinya hanya mampu berkomunikasi melalui bahasa isyarat mata sahaja. Pak Suyatno tetap tabah dan sabar merawat dan menguruskan segala keperluan isterinya sebagai tanda cintanya kepada isterinya yang lumpuh itu. Walaupun dia sebenarnya mampu mengupah orang lain untuk melakukan semua itu, dia tetap kuat dan setia melayani isterinya. Para pembantu pula ditugaskan untuk menguruskan hal rumah tangga seperti mencuci, memasak dan hal-hal lain yang berkaitan dengan rumah tangga. Pak Suyatno turut berperanan menjadi ibu kepada anak-anak mereka sepertimana yang pernah dilakukan oleh isterinya ketika sihat. Contoh, menyiapkan sarapan dan baju seragam, serta menemani anak-anaknya bermain hampir dengan isterinya. Setiap hari sebelum ke tempat kerja, Pak Suyatno selalnya akanu memastikan dirinya akan sempat memandikan, membersihkan kotoran, menggantikan pakaian dan menyuapkan isteri tercintanya. Malah, dia turut dekatkan televisyen pada isterinya agar dia tidak kesepian sewaktu Pak Suyatno bekerja. Walaupun isterinya tidak dapat berbicara tapi Pak Suyatno sering melihat isterinya tersenyum. Pada waktu tengah hari, Pak Suyatno pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan tengah hari. Pada waktu petang, dia memandikan dan menggantikan pakaian isterinya sejurus selepas dia pulang dari kerja. Pada waktu selepas maghrib pula, dia menemani isterinya menonton televisyen sambil menceritakan apa saja yang dia alami seharian. Meskipun isterinya hanya mampu memandang tanpa memberi respon, Pak Suyatno dengan setia mengajak isterinya duduk di belakang dia ketika Pak Suyatno solat seperti sedang berjemaah. Dia juga sering mengajak isterinya mengaji atau mendengarkan Pak Suyatno mengaji dan juga mengajak isterinya berzikir dalam hati. Semuanya itu dijalani Pak Suyatno dengan ikhlas dan dia sudah cukup bahagia. Bahkan dia selalu menggoda isterinya setiap hari agar isterinya tersenyum. Semua rutin yang diceritakan di atas ini telah dilakukan oleh Pak Suyatno selama 25 tahun dengan sabar sambil membesarkan keempat-empat buah hati (anak-anak) mereka. Pak Suyatno hanya mahu anak-anaknya berjaya meskipun dia menguruskan keluarganya sambil sibuk bekerja mengusahakan perniagaan yang sukses di dalam bidangnya di Indonesia. Kini, anak-anak sudah dewasa, ada yang sudah menjadi Sarjana dan waktu cerita ini disebarkan, anak bongsunya masih di universiti. Pada suatu hari, semua anaknya berkumpul di rumahnya untuk menjenguk ibunya. Semua anak-anaknya telah tinggal dengan keluarga masing-masing selepas menikah. Dengan cukup berhati-hati, anak sulungnya berkata: "Ayah kami ingin sekali menjaga ibu, ayah tidak pernah sedikit pun mengeluh semenjak kami kecil melihat ibu menjaga ibu… Bahkan ayah tidak mengizinkan kami menjaga ibu." Dengan air mata berlinangan, anaknya meneruskan bicara: "Sudah empat kali kami mengizinkan ayah untuk menikah lagi, kami rasa ibu pun akan turut mengizinkannya. Bilakah ayah mahu menikmati masa tua jika terus berkorban seperti ini? Terus terang kami sudah tidak sanggup melihat ayah begini, kami janji kami akan menjaga ibu sebaik-baiknya secara bergilir-gilir kalau ayah mahu menikah lagi." Pak Suyatno menjawab segala persoalan anaknya itu dengan jawapan yang tidak dapat diduga oleh anak-anaknya: "Anak-anakku… Terima kasih atas cadangan kalian. Hanya prinsip Ayah saja yang tidak boleh dirunding lagi. Bagi Ayah, jikalau sebuah perkahwinan dan kehidupan ini hanya untuk memenuhi nafsu kita, terutama nafsu berahi mungkin Ayah akan menikah lagi sejak dari dulu. Tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian disamping Ayah itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…" Sejenak kerongkongnya tersekat… "Anakku, kalian yang selalu ayah dan ibu rindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak satu pun dapat menggantikannya dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaanya seperti ini?. Kalian menginginkan Ayah bahagia, apakah batin Ayah boleh berasa bahagia dengan meninggalkan ibumu dalam keadaanya sekarang? Kalian menginginkan Ayah yang masih diberi Allah SWT kesihatan dijaga oleh orang lain? Bagaimana dengan ibumu yang masih sakit? Jujur saja nak, Ayah tidak sampai hati, meninggalkan ibumu…" Kali ini ada titisan air mata di sudut mata Pak Suyatno. Seketika kemudian meledaklah tangisan anak-anak Pak Suyatno. Mereka turut dapat melihat juga butiran-butiran air mata jatuh di kelopak mata ibunya, yang dengan pilu ditatapnya mata sang suami yang sangat setia dan sangat dicintainya itu.. Pak Suyatno pernah diajukan pertanyaan ini: Bagaimana beliau mampu bertahan selama 25 tahun merawat isterinya yang sudah tidak bisa apa-apa itu? Jawapan Pak Suyatno: "Bagi saya, jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta dalam perkawinannya, tetapi tidak mahu berkorban dengan memberi ( memberi waktu, memberi tenaga, fikiran dan perhatian ), cintanya itu adalah hanya sia-sia belaka. Sejak dulu saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya, dengan tekad kita akan bersama dalam suka maupun duka, hingga Allah SWT memanggil kita. Saya tidak akan dapat melupakan jasa-jasa besar isteri saya sewaktu dia sihat, dia pun dengan sabar menjaga saya, mencintai saya dengan hati dan batinnya. Dia juga telah memberi saya 4 orang anak yang lucu-lucu, soleh dan pintar. Di mata saya, dia sihat dan masih cantik seperti 30 tahun yang lalu. Saya tidak pernah menganggapnya lumpuh. Saat saya menyuapinya, saya rasakan sama seperti saat saya menyuapinya kala kita berbulan madu. Saat saya menggendongnya untuk naik dan turun dari tempat tidur, saya merasakan seperti saat kita masih berbulan madu. Setiap kali saya melihat wajahnya, sama seperti kala saya melihatnya di kala kami bercinta atau seperti saat saya memandangnya waktu kami berbulan madu" Pak Suyatno kemudian melanjutkan, "Sekarang dia dalam keadaan sakit setelah melahirkan anak kami. Dia telah berkorban untuk cinta kami bersama. Bagi saya kondisi itu merupakan ujian dari Allah bagi saya atas cinta kami berdua. Apakah saya dapat memegang komitmen untuk terus mencintainya apa adanya. Dalam kondisi ia sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya apalagi dia sedang dalam keadaan sakit. Tidak, tidak, bahkan berfikir untuk itupun saya tidak mau. Biarlah saya ikhlas menjalani takdir Allah ini, saya yakin "Gusti Allah ora sare", Tuhan tidak pernah tidur. Sekecil apapun yang saya berikan kepada isteri saya dan anak-anak, saya niatkan hanya untuk ibadah saya kepada Allah SWT. Dan saya yakin Allah pasti akan memperhitungkan apapun yang kita perbuat, sekecil apapun. Saya berusaha mengikuti tauladan Rasulullah, cara mencintai dan melayani isterinya, bukan hanya dilayani. Sekarang ini harapan saya hanya satu, izinkan saya menjaga isteri saya yang sangat saya cintai hingga Allah memanggil salah satu diantara kita. Kalau pun dia dipanggil lebih dulu, saya bertekad untuk tetap mencintainya dan tidak akan menikah lagi. Isteri saya adalah cinta dunia dan akhirat saya. Kalau Allah mengizinkan kami masuk surga, Insya Allah, saya menginginkan ia jadi Bidadari saya di Surga" "Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya hanya dapat bercerita kepada Allah di atas sajadah..dan saya yakin hanya kepada Allah saya percaya untuk menyimpan dan mendengar rahasia saya…"BAHWA CINTA SAYA KEPADA ISTERI, SAYA SERAHKAN SEPENUHNYA KEPADA ALLAH". Jawapan Pak Suyatno itu membuatkan ramai yang mendengarnya turut menangis. Rasa cinta yang dalam kepada isterinya, membuat Pak Suyatno tetap kuat merawat dan mendampingi isterinya yang lumpuh hingga 25 tahun berlalu. Dalam waktu yang lama itu, tak sekalipun terdetik di hatinya untuk meninggalkannya, apalagi mencari isteri lagi. Sungguh sangat sukar menemui seorang suami seperti Pak Suyatno, yang betul-betul bagai anugerah bagi isterinya yang dalam penderitaan panjang. Teladan yang sangat baik bagi semua lelaki di manapun berada. Semoga Allah SWT. selalu melimpahkan rahmatNya kepada Pak Suyatno dan keluarganya. Amiin. nota: Kisah ini menjadi salah satu kisah inspirasi buat Eko Pratomo yang memiliki isteri berpenyakit lupus lebih 20 tahun. Moga turut menjadi inspirasi buat pasangan suami isteri yang membaca kisah ini. Sumber: diyanaar.com/thevocket.com Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Lagi Kes Isteri Lari Ikut Kekasih Gelap Dikenali Melalui Internet Posted: 11 Oct 2014 05:01 AM PDT Seremban - Akibat jatuh cinta dengan lelaki lain yang dikenali menerusi internet, seorang wanita sanggup meninggalkan suami dan tiga anak berusia 2 hingga 6 tahun. Wanita berusia 30 tahun itu bukan saja hilang tanpa berita sejak setahun lalu, malah tidak pernah ambil tahu keadaan suaminya, Sheikh Mahathir Hassan, 33, yang dikahwini sejak 11 tahun lalu. Sheikh Mahathir tetap berusaha mencari walaupun harapan untuk berjumpa tipis, bagi memastikan anak mereka, Saifuldin Hakimie, 6, Saifuldin Nazamie, 4, dan Saifuldin Azimanamani, 2, mendapat kasih sayang ibu sendiri. Sheikh Mahathir yang berasal dari Melaka berkata, hidup mereka sekeluarga berubah selepas dia mendapati isterinya sering bercakap di telefon dan melayari internet. "Saya pernah bertanya kepadanya tetapi dia menafikan. Sehinggalah saya menemui dua kad sim telefon bimbit yang rupa-rupanya digunakan untuk berhubung dengan kekasih gelapnya itu," katanya. Menurutnya, paling menyedihkan apabila isterinya terus menghilangkan diri selepas memberi alasan mahu menjenguk bapanya di rumah. Sheikh Mahathir berkata, kehidupannya kini tidak lagi terurus sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai mekanik kerana perlu menjaga tiga anaknya itu. "Saya pernah beberapa bulan tinggal dalam kereta bersama anak-anak kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah," katanya. Sejak berpindah di rumah baru, dia juga tidak pernah membayar sewa kerana tidak mampu, bagaimanapun tuan rumah memahami masalah dihadapinya. Bagi meneruskan hidup, Sheikh Mahathir berkata, dia mengambil upah mengambil buah kelapa dan sesekali bekerja kampung untuk menyara diri dan anak-anaknya. "Kalau boleh saya mahu bekerja tetap tetapi saya buntu memikirkan siapa yang akan menjaga anak-anak saya. Mahu mencari orang, saya sendiri tidak mampu. "Macam sekarang pun kalau saya pergi kerja, saya bawa mereka sebab risau jika tinggal sendirian di rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman NZ, Jalan Senawang - Paroi, di sini semalam. -SH Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan