Kelab Greenboc |
Najib Minta "Budget Tambahan" Setiap Tahun Kerana Boros & Tiris Posted: 11 Oct 2014 12:40 AM PDT Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar berhenti membelanjakan sumber pendapatan dan kekayaan negara dengan cara boros, cuai, tidak telus dan tidak bertanggungjawab. Beliau mendakwa, Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan 'tidak pernah gagal' memohon 'bajet tambahan' setiap tahun sejak 2009. "Saya boleh memahami keperluan YB (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memohon bajet tambahan sejak tahun 2009 disebabkan krisis ekonomi. "Negara memerlukan berbelanja secara 'suntikan fiskal' untuk mengepam ekonomi dalam keadaan ekonomi meleset sesuai dengan konsep ekonomi 'counter-cyclical' berdasakan teori Keynesian," katanya dalam satu kenyataan kepada FMT hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas sesi pembentangan Bajet 2015 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang ini. Dzulkefly berkata, 'kesedapan dan 'ketagihan' memohon 'bajet tambahan' sekurang-kurangnya dua kali setahun sehingga kini telah mencecah hampir RM20 billion setiap tahun. "Hentikan tabiat ini.. Stop the overspending!. Bila pungutan cukai lebih baik dari ramalan, YB dan kabinet, memohon 'tambahan' kerana tidak menampakkan defisit fiskal (nisbah KDNK) yang lebih tinggi sebab 'pungutan cukai lebih baik' kononnya. "Trik lama ini YB dan PM UMNO-BN dahulu telah lama guna. Tetapi YBlah yang paling 'cemerlang' dalam penggunaan kaedah ini! Ya, rakyat tidak tahu! Tetapi kami Pakatan Rakyat tahu!," katanya. Beliau menambah, penambahan dan pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) adalah perkara yang bukan rakyat nantikan. "Tetapi yang dimahukan dan dihajati rakyat adalah segala sumber khazanah serta aset negara ini diurus-tadbir dengan penuh amanah dan kebertanggungjawaban. "Birokrasi pengurusan negara serta sistem penghantarannya mesti bebas rasuah, ketirisan dan kebocoran dari atas sehingga ke bawah," katanya. -FMT
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Tiada Semakan Gaji, Cuma Bonus Setengah Bulan Posted: 10 Oct 2014 05:15 PM PDT Penjawat awam dapat bonus setengah bulan Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250. "Pemberian bonus ini akan dibayar pada Januari 2015," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat di ibu negara, hari ini. Perdana Menteri berharap pemberian bonus itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat awam, terutama kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan, kelak. Pada Julai lepas, kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54. Bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam pula, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menambah baik 252 lagi skim perkhidmatan sedia ada. Ketika membentangkan Bajet 2014 tahun lepas, Najib telah mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam. Najib berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan bulanan RM300 seorang bagi menghargai khidmat pegawai dan petugas kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), JPNIN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Seranta Felda, yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib. "Inisiatif ini akan memanfaatkan 1,655 individu," katanya. -Bernama
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan