Kelab Greenboc |
- Polis Buru Lelaki Disyaki Bakar & Bunuh Teman Perempuan
- [RAKAMAN] Ada "Samseng" Dalam PAS Ugut Anak Muda LENSA
- [KISAH MASYARAKAT] Astagfirullah, Ini Kerja Manusiakah Atau Kerja Binatang?
- [KES 2 ADUN] Jika Berita Ini Benar, Alhamdulillah...
- Papagomo Gagal Lagi Terhadap Saman Anwar Ibrahim
Polis Buru Lelaki Disyaki Bakar & Bunuh Teman Perempuan Posted: 01 Oct 2014 01:26 AM PDT Sah tulang manusia Juru: Khabar angin mengenai wanita mati dibakar teman lelakinya ternyata benar apabila Pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan serpihan tulang ditemui adalah tulang manusia. Polis juga mengesahkan menemui beberapa serpihan tulang yang terbakar hasil pencarian dilakukan di kawasan berhampiran rumah wanita yang dilaporkan dibunuh dan dibakar teman lelakinya di Kampung Tok Keramat. Ketua Polis Daerah Sebarang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, berikutan itu pihaknya kini sedang mengesan suspek juga teman lelaki mangsa. "Tumpuan kini adalah untuk mengesan suspek berkenaan bagi membantu siasatan. "Kami sebelum ini menerima maklumat mengenai kejadian ini daripada orang awam," katanya. Difahamkan, mangsa adalah pengusaha kedai runcit dikenali sebagai Intan berusia lewat 20-an. Usaha pencarian saki baki tulang berkenaan sedang diteruskan membabitkan unit forensik, anjing pengesan (K-9) dan pasukan penyelam Pasukan Polis Marin (PPM).-HM
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
[RAKAMAN] Ada "Samseng" Dalam PAS Ugut Anak Muda LENSA Posted: 01 Oct 2014 12:40 AM PDT Pengarah Eksekutif LENSA di ugut SHAH ALAM: Tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat, telah menyebabkan Pengarah Eksekutif LENSA, Safwan Anang diugut oleh individu misteri. Dalam satu kenyataan LENSA kepada FMT, LENSA telah menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat. "Pada pagi sebelum surat itu diserahkan, Pengarah Eksekutif LENSA telah menerima panggilan daripada seorang individu yang mengugut supaya LENSA tidak meneruskan hasrat untuk menyerahkan surat tersebut. "Panggilan yang berdurasi 20 minit itu antara lain mengugut untuk memukul Safwan dan mengancam untuk mengganggu keluarganya," kata Pengarah Komunikasi LENSA, Syukri Razab. Dimaklumkan, Safwan akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang pada jam 1 tengah hari ini. Semalam, LENSA telah menyarankan sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat (PR), LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR. Jelas Koordinator LENSA, Ekhsan Bukharee, sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan. "Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telah dipersetujui secara bersama PKR dan DAP," katanya. Desakan yang dilakukan oleh LENSA turut mendapat perhatian beberapa pemimpin PR, antaranya Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat yang menyeru semua pihak mengambil positif dengan teguran LENSA itu yang juga mewakili suara anak muda. Bahkan, desakan LENSA itu pula bertentangan dengan hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi. Beliau tidak tidak bersetuju dengan dengan desakan LENSA, dan menurutnya PAS tidak seharusnya keluar dari PR malah harus tetap bersama bagi menguatkan lagi PR. "Segala permasalahan yang berlaku (krisis Menteri Besar) sudah selesai," katanya sewaktu di temui di Shah Alam. -FMT ULASAN GB Baru semalam GB ulas: Yang GB khuatir ada di kalangan PAS terutama yang taksub gila yang akan membaruakan anak muda di atas. Mereka anak muda itu bukan semuanya ahli PAS, tetapi mereka kebanyakannya adalah pengundi-pengundi Pakatan Rakyat termasuk PAS. Berikut ialah rakaman audio yang viral di media sosial berkenaan dengan samseng yang mengugut anak muda LENSA berkenaan. p/s Bila mendengar rakaman audio itu teringat kes budak UMNO Kluang yang mengugut: (meminjam komen dari seorang facebooker: Samseng Umno- surat ada surat? Samseng Pas pula- sijil ada sijil? Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, yang tinggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan yang memboo semasa AJP PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. GB sudah membuat ulasan, Petikan Camkanlah, dari dulu golongan yang mengaku diri mereka pro-ulama ini memang golongan yang melampau batas. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[KISAH MASYARAKAT] Astagfirullah, Ini Kerja Manusiakah Atau Kerja Binatang? Posted: 30 Sep 2014 08:30 PM PDT Bayi melecur di rumah pengasuh Melaka: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur teruk di sebahagian punggungnya dipercayai didera pengasuhnya dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Tangga Batu, dekat sini, Selasa lalu. Sebahagian punggung bayi itu dipercayai dicucuh dengan benda panas sehingga melecur ketika dijaga pengasuhnya. Bapa bayi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asmadi, 28, mendakwa, bayinya itu dihantar ke rumah pengasuh oleh isterinya seperti biasa sebelum ke tempat kerja pagi Selasa lalu. "Isteri menjemput anak kami itu di rumah pengasuh jam 6.50 petang dan ketika dalam perjalanan pulang, dia kelihatan merengek dan gelisah. "Sebaik tiba di rumah, bapa mendukung anak saya sebelum tiba-tiba meraung kesakitan apabila punggungnya disentuh. Pelik dengan perkara itu, bapa menyelak lampin pakai buang sebelum melihat kesan seolah-olah terbakar di punggung anak," katanya, di sini, semalam. -HM ULASAN GB Terlewat sedikit GB temui berita ini. Asyik layan bab politik jer... Perkataan pertama yang keluar ialah KEJAM... begitu kejam sekali Ya Allah manusia yang melakukan hal demikian kepada seorang bayi yang tak mengerti apa-apa. Kita berharap pelakunya segera ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan... Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[KES 2 ADUN] Jika Berita Ini Benar, Alhamdulillah... Posted: 30 Sep 2014 05:40 PM PDT Dua Adun tidak perlu dirujuk Lembaga Disiplin PAS - Mustafa Ali KUALA LUMPUR: Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dari Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin tidak perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali. Mustafa berkata, kes Adun Hulu Kelang dan Morib itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat setelah pihaknya menyerahkan laporan mengenai perkara berbangkit. "Prosedurnya ialah Saari dan Hasnul perlu bertemu setiausaha agung untuk menjelaskan perkara yang berlaku. Selepas pertemuan, pejabat setiausaha agung akan menentukan sama ada kes ini perlu siasatan lanjut atau tidak. "Jika pejabat setiausaha agung merasakan ia perlu siasatan lanjut, maka kes ini akan dirujuk kepada lembaga disiplin untuk lakukan siasatan lanjut. "Tetapi kalau pejabat setiausaha agung merasakan tidak perlu siasatan lanjut dan berpuashati dengan pertemuan yang diadakan, maka laporan mengenai kes itu akan terus diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan. "Dalam kes Saari dan Hasnul ini, pejabat setiausaha agung mendapati ia tidak perlu dirujuk kepada lembaga disiplin," katanya ketika dihubungi Astro AWANI. Mustafa berkata pihaknya berpuashati dengan hasil pertemuan dengan Saari dan Hasnul yang berlangsung semalam di Pejabat Agung PAS. "Saari dan Hasnul memberi kerjasama yang baik dan pertemuan diadakan secara berasing selama sejam untuk setiap seorang," katanya lagi. Saari dan Hasnul dipanggil memberi keterangan kepada Setiausaha Agung PAS ekoran tindakan mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Sealngor sebelum ini. Akibat tindakan tanpa merujuk kepada PAS Pusat itu, banyak pihak dalam parti itu mahu supaya dua Adun tersebut dikenakan tindakan. ULASAN GB Jika laporan di atas benar, alhamdulillah...kita amat bersyukur kepadaNya... Semuga tiada lagi U-turn terhadap keputusan di atas dan tiada lagi suara-suara sumbang dari mana-mana pihak dalam parti yang ingin meneruskan desakan supaya kedua-dua ADUN berkenaan dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti. Sepastinya pihak pejabat SUA sudah menimbangkan dengan adil dan saksama segala fakta ... bahawa kedua-duanya tidak melakukan kesalahan tatkala menandatangani SD. Kerana tujuan mereka melakukan adalah untuk kebaikan Pakatan Rakyat secara amnya dan PAS sendirinya khususnya. Jika tidak, kerajaan PR Selangor sudah tumbang. Tuduhan dan lemparan fitnah menyatakan mereka dibeli dan seumpamanya tiada buktinya. Justeru itu tidak boleh dibuat andaian dan tuduhan liar, yang mana, seperti yang GB pernah utarakan sebelum ini, pihak yang teraniaya tersebut boleh mengambil tindakan undang-undang kepada para penuduhnya. Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan... dan kebenaran itu akan tetap mengalahkan kebatilan... Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Papagomo Gagal Lagi Terhadap Saman Anwar Ibrahim Posted: 30 Sep 2014 05:32 AM PDT Cubaan Papagomo kemuka bukti baru gagal Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang dikenal pasti sebagai penulis blog Papagomo, hari ini memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti baru dalam rayuannya terhadap saman Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana dia diarah membayar RM800,000. Ini ekoran Mahkamah Rayuan menolak permohonannya untuk memperkenal bukti baru, termasuk tulisan di blog itu yang ketika dia berada dalam tahanan pada 2012. Mahkamah juga menolak permohonan Wan Muhammad Azri untuk menerima bukti sama dalam saman lain yang difailkan oleh peguam Syukri Mohamed. Wan Muhammad Azri mahu menerima bukti itu bagi menunjukkan dia bukan Papagomo. Pada 17 September tahun ini, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah penulis blog kontroversi Papagomo. Mahkamah oleh itu telah menolak permohonannya untuk merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung saman terhadapnya oleh ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor. Wan Muhammad Azri dikehendaki membayar RM300,000 atas kenyataan fitnah yang dibuatnya terhadapnya oleh Abdul Razak. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan