Ahad, 5 Oktober 2014

dollah yankee

dollah yankee


Antara 'naik minyak' dan 'taik minyak'

Posted: 05 Oct 2014 05:52 PM PDT

Sempena hari raya haji kelmarin, ramai yang balik kampong bermula pada hari sabtu kelmarin dulu.

Balik kampong mesti nak kena isi minyak.., nak balik semula ke KL ke atau mana-mana negeri dari kampong, pun kena isi minyak juga. Kenderaan-kenderaan ini bukan boleh isi pakai 'air kencing' pak-pak menteri untuk ganti minyak petrol...

Harga barang persiapan Raya Korban dah pun dilaporkan ada naik sedikit sebanyak..harga tiket bas balik kampong pun naik..,lori yang hantar ternakan untuk dikorban ke rumah-rumah pun naikkan caj..alasannya harga diesel naik..ini lah teori domino..

Bila dah balik raya di kampong, mesti akan kumpul ramai-ramai...jumpa sedara-mara...jumpa member...jumpa orang kampong...berewang sesambil sembelih korban..

Bila dah kumpul ramai2 tu..tentu semua akan borak pasal harga minyak naik..akan kutuk2 kerajaan..kutuk-kutuk Najib..pertikai belanja Rosmah shopping..kutuk Ahmad Maslan yang asik bagi alasan harga minyak kita lagi rendah dari negara lain..kutuk KPDNKK sebab harga barang tak pernah turun..kutuk UMNO..kutuk BN..

Natijahnya ibadah korban yang sepatutnya diberi ganjaran pahala akan bertukar menjadi dosa sebab rakyat dah naik minyak sebab kerajaan yang bersifat 'taik-minyak'..

'Hebat' sungguh TIMING kerajaan naikkan harga minyak ni..kan?

Yang hairannya masa raya Melayu pula dinaikkan harga minyak..masa raya Cina tak pulak naik..

Mungkin kerajaan akan bankrap kot kalo naikkan harga minyak lepas Raya Haji..

Mungkin juga kerajaan nak tunjuk masa bentang Bajet 2015 nanti yang kononnya kerajaan masih ada duit..kononnya kerajaan prihatin dengan masalah rakyat..dan disebabkan itu kerajaan akan naikkan BR1M..bantuan sekolah..insentif cukai..bla..bla..bla..

September 2013, Najib pernah cakap yang kerajaan dapat jimat RM1.1 bilion dengan pengurangan 20sen subsidi minyak - TAPI kantung kerajaan pula susut lebih RM4 bilion disebabkan pemberian BR1M. Jadi kalo ikut sifir mudah..bukan ke lagi jimat kalo tak payah bagi BR1M? Jumlah rakyat Malaysia lebih 30 juta dan penerima BR1M hanya melibatkan 7 juta orang yakni mewakili kira-kira 23% penduduk ..so nampak tak 'kebijaksanaan' Najib di sini?!

Agaknya mana rakyat lebih suka - harga barang kekal rendah dengan kuasa beli tinggi..ATAU dapat BR1M?

Apa guna kerajaan kononnya dapat jimatkan berbilion ringgit dengan pengurangan subsidi kalau duit yang dijimatkan tu habis berbilion untuk bayar KONSETAN dan berbilion lebur dek 1MDB..

Kalo berterusan macam ni...

Yang kaya kekal kaya dan tambah kaya ..yang miskin bertambah miskin dan papa kedana ..

Ketika harga komoditi minyak dunia dalam trend menurun..kerajaan Malaysia pula buat keputusan naikkan harga runcit minyak domestik..bukankah pelik?!

Salam Eid-al-Adha buat semua... 

dollah yankee -
Kita simpan semua dendam kita pada PRU-14 nanti. Kita TURUNkan semua mereka yang tak guna itu... sumber >> http://paneh.blogspot.com/2014/10/najib-bijaklaksana.html

Tiada ulasan: