Rabu, 8 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Ini sebabnya TS Khalid simpan 3 bilion?

Posted: 08 Oct 2014 06:51 AM PDT

Oleh MAJDAN DAGANG


Catatan sejarah sebuah kejayaan

Mengikut catatan dalam garis masa sejarah syarikat Kumpulan Guthrie Berhad, 1821 - 2007;

1981: The Dawn Raid: 7 September. 30-40 stockbrokers from Rowe & Pitman began buying GCL shares for PNB. Khalid Ibrahim obtained stakes held by Bank Simpanan Nasional, Genting and a Kuwaiti group.
Tun Ismail in Singapore attempted to buy stake held by OCBC. By end of the trading day, PNB held 47% of Guthrie; within a week 51%; in 3 months; control over the entire company.

Dalam catatan ini jelas menyebut dua nama penting dalam pengambilihan iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dan Tun Ismail Ali.

Syarikat ini diasaskan oleh Alexander Guthrie yang menubuhkan Guthrie & Coo, di Sungapura pada tahun 1821 dan merupakan antara syarikat perdagangan British yang terawal di Asia Tenggara. Syarikat ini mempunyai pelbagai perniagaan dan salah satunya ialah mempunyai ladang getah dan kelapa sawit yang terbesar di Malaysia malah di dunia. Pada tahun 1965, Guthrie Corporation Limited disenaraikan di Bursa Saham London.

Namun, selepas 160 tahun penubuhannya, syarikat ini berjaya diambil alih oleh kerajaan Malaysia. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada 7 September 1981 dan dikenali sebagai "Dawn Raid" atau Serangan Subuh. Pengambilalihan ini tentu sahaja mengejutkan kerajaan British kerana Guthrie merupakan antara syarikat perladangan terbesar milik mereka.

Kisah di atas menjadi sejarah dan legenda tersendiri. Apatah lagi ketika itu Tun Mahathir baru dua bulan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun, selain catatan di atas, saya lebih tertarik dengan satu catatan lain yang menyebut TS Khalid berkata, "...kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma." Ketika wawancara oleh media tempatan.

Era Pakatan Rakyat

Selepas 27 tahun peristiwa "Serangan Subuh" ini, tiba-tiba TS Khalid menjadi Menteri Besar Selangor. Saya percaya beliau tidak bercita-cita menjadi menteri besar, apatah lagi Menteri Besar Selangor – sebuah negeri terkaya di Malaysia. Jawatan itu datang kepadanya, bukan beliau mencari jawatan tersebut.

Sebaik menjadi MB Selangor, beliau menyusun kembali pentadbiran negeri dan hasilnya selepas 5 tahun rizab tunai kerajaan negeri ialah 3.2 bilion.

Ramai yang tertanya-tanya apakah motif TS Khalid simpan duit banyak-banyak, termasuk penulis. Duit sepatutnya dibelanjakan apatah lagi dalam suasana rakyat yang memerlukan bantuan kerajaan.

Namun, selepas membaca sejarah "Serangan Subuh" terhadap Guthrie, sedikit sebanyak mungkin ada jawapan di sebalik simpanan rizab tunai tersebut.

Sangkaan bahawa beliau tidak berbelanja untuk rakyat tidak tepat. Hal ini kerana sejak menjadi MB banyak skim diperkenalkan seperti TAWAS, Skim bantuan warga emas, skim khairat kematian, bantuan kepada anak melanjutkan pelajaran ke IPT, program jom shopping dan banyak lagi termasuk juga projek pembangunan yang semuanya membabitkan wang.

Malah, rakyat mendapat air percuma dalam kuantiti tertentu (hakikatnya kerajaan negeri terpaksa membayar kepada syarikat air yang diswastakan ketika zaman Umno-BN memerintah).

Malah kakitangan kerajaan negeri juga diberi bonus hari raya sebulan gaji dan bonus hujung tahun juga sebulan gaji – sesuatu yang tidak dinikmati ketika zamanUmno-BN. Malangnya walaupun Umno-BN tidak ada projek sedemikian, duit simpanan juga tidak banyak - hanyalah beberapa ratus juta.

Sedangkan pada zaman TS Khalid, walaupun pelbagai skim yang membabitkan wang, bonus kakitangan, air percuma, namun masih mampu menyimpan wang berbilion ringgit.

Persoalannya, ke mana duit itu pergi ketika zaman Umno-BN memerintah?

Kenapa simpan duit banyak?

Pada hemat saya, duit yang disimpan oleh TS Khalid bukanlah duit daripada sifat kedekutnya tetapi merupakan duit lebihan daripada perbelanjaan asas yang tidak tiris. Pada zaman sebelumnya, duit tersebut tiris di sana sini.

Apabila sistem pentadbiran dikembalikan kepada yang hak, rasuah diperangi, setiap projek dibayar mengikut kos sebenar, maka setiap sen yang diperoleh kerajaan negeri akan sendirinya ada lebihan.

Beliau juga begitu amanah menjaga duit rakyat daripada jerung-jerung politik yang siap sedia menganga mulut menunggu habuan.

Jadi kenapa duit itu tidak dibelanjakan untuk projek rakyat yang besar-besar.

Begini. Jika anda menyimpan duit saham dalam Bank Rakyat, katakanlah RM100 ribu. Jika dividennya 10 peratus anda akan memperoleh RM10 ribu. Jika anda menyimpan RM1 juta, dividen yang akan diterima RM100 ribu, jika anda menyimpan 3 bilion – berapakah dividen yang bakal diperoleh?

Saya tidak tahu berapa bilionkah sasaran yang ingin dicapai oleh TS Khalid.

Hal ini kerana apabila TS Khalid mahu membeli Syabas dan syarikat yang berkaitan dengannya, sudah tentu beliau membuat perkiraan berapakah kos yang bakal dikeluarkan. Berapakah bayaran setiap bulan yang diperlukan.

Beliau pernah membayangkan bahawa, berdasarkan perkiraan yang dibuat, akhirnya rakyat Selangor akan membayar bil air pada jumlah yang sangat rendah dengan mutu yang semakin baik.

Jika sekiranya beliau menyasarkan rizab simpanan tunai 6 bilion dan dividen daripada simpanan tersebut ialah RM600 juta setahun (berdasar dividen 10 peratus setahun), maka duit itu boleh digunakan untuk membayar kos pembelian syarikat air.

Maknanya, kerajaan negeri akan membayar duit pembelian syarikat air hanya daripada dividen rizab tunai dan tidak mengganggu perbelanjaan dan pendapatan semasa kerajaan selangor.

Tidak mustahil bukan sahaja syarikat air, malah mungkin banyak lagi syarikat lain yang boleh dibeli hanya menggunakan duit dividen rizab tunai.

Namun, itu semua hanyalah andaian penulis yang tidak ahli dalam ekonomi, saham dan yang berkaitan dengannya. Tulisan ini juga bukan untuk mempertahankan tokoh tertentu dan merendahkan kemampuan orang lain – sekadar catatan sejarah dan sebuah andaian.

Cuma saya tidak mungkin berpeluang mendengar TS Khalid berkata, "...kita sebenarnya mendapat Syabas, Puncak Niaga dan Abass secara percuma." – kerana beliau bukan lagi siapa-siapa dalam politik Selangor hari ini.

Gaji Fresh Graduate di Malaysia, Majoritinya RM2,500 Lebih Daripada Cukup. Setuju? Apa Respon Anda?

Posted: 08 Oct 2014 05:18 AM PDT




gaji fresh graduate



Gaji Fresh Graduate di Malaysia, Majoritinya RM2,500 Lebih Daripada Cukup : Apabila jika mahu dibuat perbandingan melibatkan pengurusan kewangan bagi kalangan yang memiliki gaji RM2,500 sebulan ia terlalu subjektif. Ada yang cukup, ada yang tidak cukup. Ini semua….

Ini semua berpandukan dan berfaktorkan kepada lokasi tempat kerja, isu inflasi, kos sara hidup semasa, lokasi kediaman, cara pengurusan kewangan dan juga sejarah dan latarbelakang hutang sebelum-sebelum ini.

Sebagai contoh ada yang mengatakan pada sekitar tahun 2002 contohnya dengan gaji permulaan RM2,700 sebulan masih dilihat banyak. Perbelanjaan boleh guna dilihat cukup.
  • Kereta iswara RM500
  • Beri ibu ayah RM300
  • Sewa rumah + bil RM350
  • Makan : RM500
  • Simpan ASB : RM700
  • Kos Minyak : Minyak harga murah pada masa itu dengan minyak yang berkualiti RON97
Itu tahun 2002, bagaimana realiti keadaan sekarang? Kami pulangkan persoalan ini semula kepada anda.

Hari ini, AKPK ingin memberikan peringatan kepada anda semua rakyat di Malaysia supaya memulakan pengurusan kewangan yang betul yang mana boleh mengelakkan anda semua kancah dan masalah "tidak cukup duit" setiap hujung bulan. Semuanya AKPK bersandar kepada angka seperti di bawah ini :
  1. Gaji permulaan anda sebagai siswazah yang baru memulakan kerja berdasarkan kajian AKPK adalah dengan pendapatan dan gaji RM2,500
  2. Dengan gaji RM2,500 AKPK merasakan cukup sebenarnya apabila pengurusan kewangan anda betul
  3. AKPK mengingatkan golongan siswazah yang baru mula kerja tidak perlu tergesa-gesa beli kereta baru kerana bukan sahaja terpaksa tanggung beban kos beli kereta baru, tetapi juga kos minyak, kos parking kereta, tol, cukai, insurans dan kos penyelenggaraan kereta sedangkan pengurusan kewangan golongan muda masih belum kukuh.
Laporan AKPK
Persoalannya yang ingin Berita Semasa kongsikan di sini, berapa ramai siswazah yang gaji permulaannya RM2,500 sebulan? Berapa ramai?
KLIK BACA SINI : Rakyat Malaysia Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi 
di Malaysia? Setuju?
  1. Pernah AKPK semak kriteria yang diperlukan syarikat swasta contohnya, perlukan calon yang mempunyai lesen kenderaan dan memiliki kenderaan sendiri? Di Jobstreet Malaysia contohnya, begitu banyak syarikat yang meletakkan syarat 'must own transports'
  2. AKPK pernah membuat tinjaun yang lebih terperinci di mana ada yang lulusan universiti contohnya hanya mendapat gaji RM2,500 dengan pengalaman sekurang-kurangnya 3-5 tahun? Pernahkah?
  3. Berapa ramai graduan universiti yang berpeluang untuk meneyrtai keluarga syarikat besar dan gergasi MNC?
  4. AKPK ada dimaklumkan ada terdapat syarikat yang menerima deretan permohonan jawatan kosong untuk jawatan kerani dengan gaji RM900 sebulan yang kebanyakannya lepasan ijazah pencapaian 3 pointer dan ke atas. Ada?

Kenaikan Gaji di Malaysia Munasabah VS Kos Sara Hidup VS Produktiviti?

 

Terus terang Berita Semasa ingin cakapkan, untuk pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang terkawal dengan gaji RM2,500 cukup sebenarnya bagi yang bujang. Tetapi tidak untuk dengan status berkahwin dan berkeluarga yang mana memang hanya "cukup-cukup makan sahaja" apatah lagi yang tinggal di bandar-bandar besar di Malaysia. Dengan….

gaji fresh graduate
  • Bayar pinjaman rumah?
  • Bayar pinjaman kereta??
  • Bayar deretan bil utiliti??
  • Perbelanjaan duit dapur??
  • Belanja anak-anak??
  • Bayar tanggungan bayaran balik hutang ptptn??
  • Bayar insurans??
  • Peruntukkan duit-duit dan dana kecemasan??
  • Akhir sekali simpanan??
  • Hujung bulan……..
Ya…benar. Gaji RM1,000 sekalipun pun cukup sebenarnya jikalau diuruskan dengan baik, perbelanjaan terlalu berhemah. Tetapi salahkah untuk rakyat Malaysia sudah beberapa tahun hidup secara berhemah dan berjimat cermat inginkan dan impikan kehidupan yang lebih selesa di atas bumi yang bernama Malaysia pada masa akan datang?

Serangan samseng Umno: DAP akan bawa ke mahkamah

Posted: 08 Oct 2014 05:11 AM PDT

tan ong

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP hari ini mempertimbangkan untuk membawa kes rusuhan Pemuda Umno di Ibu Pejabat parti itu ke mahkamah jika Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail tidak melakukan semakan semula mengenai kejadian tersebut.

Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata, tindakan lanjut perlu diambil berikutan ugutan para perusuh mahu membakar ibu pejabat DAP dan cuba mencetuskan provokasi perkauman.

"Saya mengutuk jawapan dari Peguam Negara yang memomokkan sistem kehakiman dengan mempertahankan tindakan salah.

"Keputusan ini jelas akan lebih menghakis kepercayaan awam terhadap sistem keadilan negara," kata Ahli Parlimen Cheras itu dalam sidang media bersama Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming di Lobi Parlimen.

22 Mei lalu, 50 orang samseng Pemuda Umno diketuai Mohd Razlan Muhamad Rafi mengadakan demonstrasi di hadapan Ibu Pejabat DAP di Jalan Pudu kira-kira jam 3 petang.

50 samseng Pemuda Umno itu telah bertindak biadap dengan mencetuskan provokasi perkauman apabila membawa banner bertulis 'RSN Rayer anak haram!' dan 'Melayu Umno bukan barang dagangan! Mampus DAP!'.

Mohd Razlan yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan turut bertindak melampau apabila menggumpalkan kertas memorandum bantahan dan membalingnya ke muka Ong Kian Ming.
Menurut Kian Ming pula, berdasarkan lampiran jawapan diterima pihaknya, PDRM telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Kertas siasatan telah lengkap dan telah diedarkan ke Pejabat Peguam Negara pada 17 September 2014.

"Malangnya Pejabat Peguam Negara memutuskan kes sebagai No Further Action (NFA)," ujarnya. -Roketkini.com

DAP kutuk keengganan kerajaan dedah kos perbelanjaan pesawat bawa Rosmah ke Padang

Posted: 08 Oct 2014 05:09 AM PDT

loke

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: DAP mengutuk keengganan kerajaan mendedahkan kos penerbangan khusus yang membawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur ke Padang, Indonesia baru-baru ini.

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata, identiti penumpang dan kos perlu didedahkan kerana ia melibatkan urusan rasmi kerajaan dan digunakan atas urusan Perdana Menteri.

"Apakah kelayakan isteri Perdana Menteri menggunakan pesawat khas kerajaan? Perkara ini telah berkali-kali dibangkitkan namun ia tetap berterusan.

"Saya amat terkilan dengan keengganan Shahidan untuk memberikan jawapan kos secara terperinci. Sama ada dia tidak faham soalan atau sengaja merahsiakan butiran tersebut untuk mengelak persepsi negatif terhadap kerajaan?

"Apakah kerajaan telah memulakan langkah ke belakang dengan merahsiakan segala maklumat yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap BN?" soalnya dalam sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Pada Mac lalu, Anthony yang juga Setiausaha Organisasi DAP telah mengajukan soalan di Dewan Rakyat berkenaan kos penerbangan Rosmah ke Qatar menggunakan pesawat kerajaan yang melibatkan kos RM426,489.46

Hari ini, beliau juga telah menggesa kerajaan agar mendedahkan tujuan pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos lalu yang membawa Rosmah ke Padang, Indonesia untuk menerima satu anugerah dari komuniti Minangkabau.

Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sekadar menjawab ia adalah urusan rasmi tanpa menyatakan jumlah keseluruhan kos.

Menurut Anthony, pesawat yang membawa Rosmah itu telah dikesan melalui laman web pengesan pesawat FlightRadar24 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Padang dan ke Singapura sebelum kembali ke KLIA pada 27 Ogos.

Tegas Anthony, tidak ada alasan untuk mana-mana tidak menjawab sebarang soalan daripada Ahli Parlimen, terutama jika ia melibatkan dana awam.

"Setiap sen yang dibelanjakan untuk kemudahan rasmi yang digunakan Najib dan isterinya serta anggota-anggota pentadbiran adalah dana awam dan boleh dipersoalkan.

"Sekiranya Parlimen pun tidak dapat memberikan jawapan, bagaimanakah ketelusan perbelanjaan kerajaan dapat dijamin?

"Pendekatan 'kerahsiaan' kerajaan ini tidak boleh dibenarkan sama sekali. Tanpa ketelusan dalam perbelanjaan kerajaan, pembaziran sumber dan pemborosan dana awam akan semakin berleluasa dan lebih parah," ujarnya.

Tambahnya, semalam kerajaan juga merahsiakan identiti lima anggota pentadbiran yang membida nombor plat 'BMW' dan jumlah bayaran dibuat atas alasan untuk melindungi mereka daripada persepsi negatif.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan turut enggan mendedahkan jumlah cukai yang dibayar oleh 20 hartawan yang dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. -Roketkini.com

Bawa dalang ke pengadilan antarabangsa

Posted: 08 Oct 2014 05:04 AM PDT

SINAR HARIAN


Joseph Cirincione Joseph Cirincione
 
KUALA LUMPUR - Tugas untuk mengesan dan membawa ke muka pengadilan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, adalah tanggungjawab antarabangsa, kata Presiden Ploughshares Fund, yayasan keselamatan global, Joseph Cirincione.

"Jelas ini adalah tugas antarabangsa ... kerajaan Malaysia telah berikrar untuk menyiasatnya hingga ke akar umbi, melakukan penyiasatannya sendiri (dan) untuk menyiasatnya secara terperinci dan menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Hal Ehwal Antarabangsa bertajuk 'The Crisis in Ukraine and Emerging Geo-Political Issues' anjuran Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (Isis) di sini hari ini.

Katanya Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah juga berikrar untuk mencari pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh Penerbangan MH17.

"Mungkin pihak yang melepaskan tembakan peluru berpandu itu tidak tahu apa yang mereka tembak, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan.

"... dan saya percaya orang yang melepaskan tembakan itu patut dipertanggungjawabkan sepenuhnya," kata Cirincione, yang juga anggota Lembaga Penasihat Keselamatan Antarabangsa Setiausaha Negara AS John Kerry dan anggota Majlis Hubungan Luar AS.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di negara bergolak itu.

Selain warga Malaysia, penumpang pesawat itu juga terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Daripada 44 warga Malaysia yang terkorban dalam nahas itu, jenazah 42 daripadanya telah dibawa pulang ke tanah air, setakat ini. - Bernama

PAC panggil JPJ berkait tender nombor kenderaan

Posted: 08 Oct 2014 05:00 AM PDT

SINAR HARIAN


Nur Jazlan Mohamed
 
 
KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung prosedur tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur operasi standard (SOP) tender berkenaan bagi membolehkan rakyat mengetahui kaedah sebenar mengenainya.

Menurut Nur Jazlan, tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan sentiasa menjadi isu dalam kalangan rakyat sehingga memberi persepsi negatif kepada kerajaan dan pemiliknya.

"Justeru, adalah lebih baik JPJ melalui Kementerian Pengangkutan memberi maklumat berkenaan kepada PAC, sekurang-kurangnya dapat menghilangkan kegusaran pada rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata PAC memang bercadang memanggil JPJ selepas mendapat syor Jabatan Audit Negara berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2013.

Bagaimanapun, Nur Jazlan berkata dalam LKAN tersebut ia tidak membabitkan tender pembelian nombor kenderaan, sebaliknya isu lain seperti kelewatan dalam membuka kertas siasatan serta MYSikap.

"PAC akan mengambil peluang untuk turut bertanyakan mengenai proses serta prosedur tender pembelian nombor pendaftaran kenderaan," katanya. - Bernama

Hasutan: Pasukan peguam ditekan dalam kes Anwar

Posted: 08 Oct 2014 04:10 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR -  Tuduhan Hasutan ke atas peguam N Surendran merupakan satu tekanan kepada pasukan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah 2.

fitnah2


Barisan Peguam Anwar berkata, sebarang gangguan dalam kes itu akan menafikan hak Anwar untuk mendapat perbicaraan yang adil dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini.

"Gangguan atau ugutan terhadap peguam adalah serupa dengan menafikan secara serius hak Anwar Ibrahim untuk mendapat perbicaraan yang adil,"

"Tuduhan ini adalah satu bentuk tekanan kepada keseluruhan pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim," ujar kenyataan bersama Gobind Singh Deo, Sangeet Deo, Sivarasa Rasiah, Eric Paulsen dan Latheefa Koya.

Pada 19 Ogos lalu, Surendran didakwa kerana menerbitkan artikel yang merujuk penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar dalam kes Fitnah 2.

Beliau sekali lagi didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut apabila mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan kes itu yang disiarkan dalam laman sosial YouTube.

Peguam Anwar berkata, tidak pernah berlaku sebelum ini apabila peguam dikenakan tuduhan menghasut kerana mengulangi hujah pembelaan untuk anak guamnya.

Justeru itu, mereka mendesak supaya tuduhan hasutan terhadap Surendren digugurkan segera.
"Kami mesti dibenarkan untuk bersedia dan berhujah bagi rayuan itu tanpa sebarang tekanan yang tidak wajar.

"Apa-apa kekurangan ini akan memberi kesan yang sangat serius terhadap rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga boleh menyebabkan keseluruhan prosiding tercemar,"  tegasnya.

Najib Berkampung Di Kementerian Kewangan Selesai Bajet 2015

Posted: 08 Oct 2014 04:09 AM PDT

RAKYATNEWS


alt


KUALA LUMPUR- Dengan tarikh pembentangan Bajet 2015 semakin dekat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat semakin sibuk menyediakan persiapan terakhir pembentangan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Najib akan 'berkampung' di Kementerian Kewangan (MOF) sehingga hari pembentangan bajet Jumaat ini.

"Pagi ini meyuarat dengan Najib Razak di MOF. Seperti biasa setiap tahun beliau akan bekerja, makan, tidur di sana 24/7 sehingga hari pembentangan bajet.

"Beliau nampak segak walaubagaimanapun," katanya menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Bajet 2015 akan dibentang 10 Oktober ini di Dewan Rakyat.

Tumpuan utama bajet kali ini akan menjurus kepada cadangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang mungkin dilaksanakan pada April 2015 selain agihan subsidi kerajaan.

Selain itu, pelaksanaan pembangunan luar bandar juga akan dititikberatkan sepertimana bajet sebelum ini.

Bajet 2015 : Penduduk Orang Asli Gombak Mahu Peruntukan Sektor Ekonomi

Posted: 08 Oct 2014 04:01 AM PDT

Amirul Ashraff


alt



GOMBAK  - Masyarakat Orang Asli di sini meminta agar pihak kerajaan tidak terlepas pandang dalam menyediakan peruntukan bagi pembangunan ekonomi golongan tersebut dalam pembentangan Bajet 2015 yang dijadualkan pada 10 Oktober nanti. 

Menurut Tok Batin Kampung Batu 16, Hamid Padam,63, beliau berpendapat bahawa masyarakat orang asli di penempatan tersebut memerlukan sejumlah dana dalam sektor pertanian bagi menambah pendapatan harian mereka ekoran dari kekurangan hasil hutan sehingga menjejaskan sumber pendapatan mereka.

"Dari segi perumahan, kerajaan telah sediakan semuanya. Cuma apa yang saya harapkan adalah peruntukan dalam sektor perladangan seperti aktiviti cucuk tanam, ladang getah dan kelapa sawit. Ianya amat penting bagi saya.

"Kalau hanya setakat sediakan rumah sahaja ianya tidak mencukupi. Elektrik juga tidak ada. Kami mempunyai tanah yang begitu luas, berpuluh ekar. Apa yang kami minta adalah supaya kawasan ini dimajukan sebagai sebuah kawasan pertanian, kalau tidak lulus pada menteri mungkin kami akan mohon kepada sultan kerana beliau lebih berkuasa," katanya kepada Rakyat News dalam satu tinjauan disini, baru-baru ini.

Hamid turut mempersoalkan sikap kerajaan yang seperti acuh tak acuh untuk menyalurkan bekalan elektrik kepada penempatan masyarakat orang asli meskipun perkara tersebut telah lama diutarakan oleh penduduk setempat.                                 

"Kenapa elektrik masih belum di salurkan lagi ke penempatan masyarakat orang asli? Sebab apa dan kenapa, dimana silap dan salahnya?

"Berpuluh tahun kami bergelap, dari era 70-an sehingga kini dan perkara ini amat merisaukan kami semua," jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kerajaan juga harus memberikan perhatian yang serius dari segi pelajaran untuk masyarakat orang asli sepertimana yang dijalankan buat penduduk bandar berdasarkan kepentingannya kepada setiap golongan.

"Kalau boleh pelajaran diharus diberi perhatian disini kerana ianya amat penting bukan itu sahaja malah apa sahaja keperluan yang diperlukan untuk pembangunan masyarakat orang asli diharap dapat disalurkan oleh kerajaan sewajarnya," katanya lagi.

Dewan Rakyat perlukan pembaharuan – Surendran

Posted: 08 Oct 2014 03:58 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat perlukan pembaharuan kerana tidak menjalankan fungsi yang diharapkan sebagai badan penggubal undang-undang di sebuah negara demokrasi, kata Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.

Katanya, pembangkang di negara ini tidak mempunyai peluang membawa usul untuk dibahaskan kerana dewan hanya ditumpukan kepada kerajaan sahaja.

n_surendran"Ini berbeza dengan UK dan parlimen Komanwel lain di mana 'hari pembangkang' di berikan bagi membolehkan usul pembangkang dibahaskan.

"Keengganan untuk memperuntukkan 'hari pembangkang' melumpuhkan fungsi utama Dewan Rakyat sebagai penyemak kuasa Eksekutif," ujarnya.

Surendran berkata, masa juga tidak diberikan kepada Rang Undang-undang Ahli persendirian (Private Member Bills) sekaligus memberi ruang kepada kerajaan meluluskan undang-undang baru dan mencegah perbincangan mengenai undang-undang yang penting.

Tambahnya lagi, ahli parlimen juga perlu memberi soalan kepada menteri beberapa minggu awal yang menjadikan soalan itu basi dan dicegah untuk bertanya perkara melibatkan kepentingan negara.

"Ini adalah berbeza dengan UK, Australia, Kanada dan negara-negara Komenwel yang lain di mana soalan boleh ditanya kepada menteri pada notis yang singkat atau tiada langsung notis.

"Bertambah buruk lagi apabila perkara yang mendesak usul segera yang dibawa oleh pembangkang yang dibenarkan oleh perintah tetap, tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan oleh Speaker," katanya dalam satu kenyataan media.

Surendren mencadangkan kerajaan melaksanakan pembaharuan segera bagi membolehkan hari pembangkang dilaksanakan selain membenarkan Rang Undang-undang Persendirian, memendekkan notis untuk soalan kepada menteri dan penelitian Rang Undang-undang oleh jawatankuasa terpilih.

Rakyat gegar Parlimen bantah minyak naik dan GST

Posted: 08 Oct 2014 03:51 AM PDT

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR : Kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membuak-buak sehingga memaksa mereka berdemo di hadapan bangunan Parlimen pagi ini.

DEMO

Himpunan PROTES itu disertai kira-kira 200 peserta antaranya Pemuda PAS, aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan kumpulan Asal Bukan Umno (Abu).

Mereka melaungkan 'Bantah GST, 'Mansuh GST' dan 'Tolak cukai yang miskinkan rakyat!'.

Tujuh wakil dari kumpulan itu dibenarkan masuk ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen baru-baru ini serta anti GST.

Memorandum tersebut diterima oleh Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat iaitu Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena), Tian Chua (Batu), Khalid Samad (Shah Alam), Raja Kamarul Bahrin (Kuala Terengganu), Er Teck Hwa (Bakri).

Menerusi memorandum tersebut, peserta menuntut kerajaan membatalkan pengurangan subsidi minyak yang menyebabkan kenaikan harga minyak.

Mereka turut menuntut kerajaan menghentikan GST yang akan dilaksana April tahun depan termasuk menuntut MP Barisan Nasional (BN) dan Pakatan untuk membawa usul tergempar mengenai isu ini di Parlimen.

LLM Cadang Kuatkuasa Perintah Larangan Kenderaan Berat Pada Cuti Umum

Posted: 08 Oct 2014 03:47 AM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bercadang menguatkuasakan perintah larangan kepada kenderaan berat semasa cuti-cuti umum tertentu dalam usaha mencegah kemalangan di lebuh raya.

Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Ismail Md Salleh berkata pihaknya percaya, kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dapat menguatkuasakan larangan itu melalui Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Larangan (boleh) dikuatkuasakan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang atau menyekat daripada memandu atau menggunakan kenderaan-kenderaan atau apa-apa kelas atau perihalan tertentu kenderaan-kenderaan di mana-mana jalan atau mana-mana bahagian jalan yang dinyatakan dalam perintah itu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

LLM mengulas mengenai kemalangan di KM256.1 (Arah Utara) Lebuhraya PLUS iaitu 4.7 kilometer selepas Terowong Menora pada 4 Okt lepas yang telah mengorbankan seorang ibu dan anaknya selain mencederakan tiga yang lain.

Ismail berkata, pihaknya menerusi syarikat konsesi PLUS Berhad juga sentiasa melaksanakan intervensi yang bersesuaian dari semasa ke semasa bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga sedang mengkaji kemungkinan penyediaan jajaran baru bagi seksyen Ipoh ke Kuala Kangsar yang akan menjadi laluan alternatif sedia ada.

Mengenai cadangan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menyediakan laluan khas kenderaan berat, Ismail berkata kajian secara menyeluruh perlu dilaksanakan terlebih dahulu memandangkan lokasi cadangan pelebaran lorong di kawasan berbukit melibatkan kos yang tinggi.

Dalam pada itu, LLM berharap Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dengan lebih ketat ke atas pengusaha perkhidmatan logistik ini dari segi aspek keselamatan keadaan kenderaan berat tersebut.

Gangguan Bekalan Air 12 Jam Di Selangor Esok

Posted: 08 Oct 2014 03:46 AM PDT

Oleh: D. KANYAKUMARI
 
 
air selangor
PETALING JAYA: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengumumkan terdapat gangguan bekalan air tidak berjadual di Selangor pada Khamis dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam.
Syabas dalam satu kenyataan di Facebook berkata, gangguan bekalan air itu akan melibatkan daerah Sepang, Hulu Langat, Petaling dan Gombak.
Gangguan bekalan air itu disebabkan oleh penyelenggaraan kecemasan yang dilakukan oleh Konsortium ABASS Sdn Bhd di loji rawatan air Sungai Semenyih.
"Pada masa sama, Syabas turut akan menjalankan kerja-kerja menyelenggara dan menaik taraf di empat lokasi berbeza di kawasan terbabit.
"Kesemua kerja-kerja penyelenggaraan ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)," katanya.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kawasan tertentu yang mungkin berhadapan dengan gangguan bekalan air boleh menghubungi khidmat pelanggan Syabas di talian 1-800-88-5252, atau layari laman sosial Facebook mereka, atau laman web di www.syabas.com.my.

Bajet 2015: Golongan Pertengahan Wajar Dapat Perhatian

Posted: 08 Oct 2014 03:43 AM PDT



 
 
 
PETALING JAYA: Mengurangkan kos sara hidup terutama golongan berpendapatan sederhana atau pertengahan wajar menjadi tumpuan kerajaan menerusi Bajet 2015 yang akan dibentangkan Jumaat ini. 

Beberapa pakar ekonomi berpendapat, bajet kali ini seharusnya lebih realistik dan 'dekat di hati rakyat' pertengahan yang sebelum ini kurang mendapat bantuan, selain bagi mengurangkan bebanan.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Baayah Baba, pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api memberi impak  kepada semua golongan, terutama yang berpendapatan sederhana.

"Kenaikan bahan api sangat memberi kesan, ini kerana harga barangan keperluan asas akan meningkat sekali ganda. Dalam hal ini, kerajaan sepatutnya memikirkan kaedah lain seperti memberi kad subsidi kepada golongan sasar bagi mengelak penyeludupan diesel dan petrol di sempadan.

"Selain itu, pengurangan subsidi ini akan menyebabkan golongan berpendapatan sederhana terpaksa menanggung hutang dan mengurangkan kemampuan untuk membeli rumah dan kereta," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Prof Dr Zulkornain Yusop.
Prof Dr Shazali Abu Mansor
Dr Baayah Baba.
Baayah turut meminta kerajaan supaya memberi tumpuan kepada aspek pendidikan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan terulung di rantau Asia Tenggara.

"Kerajaan perlu memberi peluang kepada pensyarah melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).

"Program Mybrain 15 juga harus diperkasakan dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga akademik yang berkemahiran tinggi, iaitu sehingga PhD. Pada masa  sama infrastrktur dan prasarana di universiti dan sekolah juga harus dinaik taraf seiring dengan perkembangan semasa," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr Shazali Abu Mansor menyarankan supaya kerajaan memberi pelepasan cukai pendapatan individu antara satu hingga dua peratus kepada golongan sama.

"Pelepasan cukai ini dapat mengurangkan kos sara hidup golongan sederhana yang kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berusia 24 hingga 30 tahun. Golongan ini sudah pasti terbeban dengan tanggungan hutang kereta, rumah dan anak.

"Dengan pelepasan cukai individu seperti pengecualian cukai bagi mereka yang membayar secara ansuran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban mereka," katanya.

Selain itu, beliau menjangkakan Bajet 2015 kali ini tidak banyak berubah sebaliknya kesinambungan belanjawan tahun ini dengan tumpuan diberikan terhadap aspek pendidikan.

"Bajet 2015 merupakan penutup kepada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), jadi strategi masih sama dan tumpuan juga sudah pasti untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat," katanya.

Bagi Ketua Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zulkornain Yusop pula, beliau meminta kerajaan membina lebih banyak rumah kos sederhana bagi membolehkan golongan ini memiliki rumah sendiri.

"Jika dilihat ketika ini, pemaju membuat keuntungan berlipat ganda apabila harga rumah dijual antara RM2 hingga RM4 juta. Ini tidak masuk akal, siapa mampu membeli rumah pada harga seperti ini.

"Golongan ekspatriat yang menetap di negara ini bolehlah beli rumah mewah seperti itu, kerana pertukaran mata wang asing. Bagaimana pula dengan golongan sederhana, adakah mereka akan terus menyewa dan tidak berpeluang memiliki rumah?," katanya.

Justeru, beliau berharap kerajaan akan membina lebih banyak rumah kos sederhana bagi membantu golongan ini yang sangat terbeban tanpa bantuan sewajarnya daripada pihak kerajaan.

"Kerajaan sepatutnya mewujudkan kuota kepada golongan ekspatriat untuk memiliki rumah dengan memperuntukkan kawasan khusus," katanya.

Pada masa sama, beliau juga meminta kerajaan melihat semula harga kenderaan automatif yang dijual di negara ini yang disifatkannya lebih tinggi berbanding dengan negara jiran, seperti Thailand dan Indonesia.

"Jangan bandingkan harga kereta di Jepun dan Singapura, sebaliknya bandingkan harga kereta nasional di sini dengan harganya di Thailand dan Indonesia yang lebih murah.

"Polisi ini sepatutnya dilihat semula supaya semua golongan dapat memiliki kenderaan mereka sendiri terutamanya di kawasan yang tidak jauh daripada kemudahan pengangkutan awam," katanya.

Zulkornain turut menyarankan supaya kerajaan melihat dengan lebih serius untuk mewujudkan pusat asuhan kanak-kanak di semua tempat kerja terutamanya agensi kerajaan.

Selain itu, katanya, kos penjagaan seorang bayi di taska swasta juga mahal dan ini juga seharusnya dilihat semula oleh pihak kerajaan. 
 
Beliau berharap agar Bajet 2015 yang akan dibentangkan Jumaat ini dapat memberikan tumpuan kepada masalah dan beban yang ditanggung oleh golongan berpendatapan sederhana.

[PANAS] Tamrin Keluar PAS?

Posted: 07 Oct 2014 10:46 PM PDT

KELAB GREENBOC

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Melaka, Tamrin Tun Ghafar dikhabarkan akan meninggalkan parti Pas yang disertainya lebih setahun lalu, tidak lama lagi.

Desas-desus telah bertiup kencang sejak semalam mengatakan beliau akan membuat pengumuman mengenainya pada minggu hadapan atau selewat-lewatnya dua minggu daripada sekarang.

Adalah dipercayai Tamrin berbuat demikian berikutan kecewa dengan sikap pemimpin tertentu dalam parti itu yang sejak akhir-akhir ini menambahkan lagi kekusutan dalam PR, terutamanya berhubung isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sikap permimpin tertentu dalam Pas yang seolah-olah melihat rakan sendiri iaitu PKR dan DAP sebagai musuh berbanding UMNO sedangkan perjuangan PR ialah untuk menggantikan BN mentadbir negara ini dikhabarkan menyebabkan beliau merasakan berada di dalam Pas bagaikan tidak memberi banyak erti kepada perjuangannya.

Lantaran itu, Tamrin yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba memutuskan pilihan terbaik baginya ialah meninggalkan Pas yang disertainya sebelum PRU 13 lalu.

Dikatakan juga, meskipun memutuskan meninggalkan Pas tetapi Tamrin tidak akan menyertai PKR mahupun DAP, malah tidak juga akan kembali semula menyertai UMNO.

Beliau dikhabarkan akan menjadi individu bebas yang tidak terikat kepada mana-mana parti lagi selepas ini.

Bagaimanapun Tamrin sehingga ini tidak dapat dihubungi untuk mengulas sejauh mana benarnya desas-desus beliau akan meninggalkan Pas ini. Telefon bimbitnya tidak dijawab walaupun dihubungi beberapa kali, malah pesanan SMS dan Whatsapp yang dihantar kepadanya juga tidak dibalas.

Sejak menyertai Pas sebelum pilihanraya umum lalu, Tamrin adalah antara penceramah yang aktif berkempen ke seluruh negara bagi memastikan PR memperolehi kemenangan dan mampu menewaskan BN. Dalam banyak pilihanraya kecil juga, penglibatannya hampir tidak pernah terkecuali.

Namun, sejak tercetusnya isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang telah menimbulkan kekalutan selama beberapa bulan sehingga akhirnya Sultan Selangor memilih Azmin Ali menggantikan Khalid Ibrahim, Tamrin berpendirian sama dengan kumpulan progresif dan profesional dalam Pas yang mahukan parti itu berpegang pada janji dan muafakat dalam PR.

Tindakan Pas yang berdolak-dalik, berubah pendirian dan akhirnya turut mencalonkan Adunnya sendiri dipercayai adalah antara punca berpanjangannya kemelut itu di Selangor sehingga meretakkan hubungan antara kumpulan ulama dengan profesional dalam parti itu.

Walaupun Pas, terutamanya kumpulan ulama mungkin mengatakan keputusan Tamrin ini tidak menjejaskan perjuangan parti itu tetapi haruslah disedari bahawa kekecewaan terhadap sikap Pas itu turut juga dikongsi oleh banyak kelompok lain dalam masyarakat sejak kebelakangan ini seperti kakitangan kerajaan, swasta, guru-guru, pekerja profesional dan sebagainya.

Semua mereka ini mempunyai jiwa Islam dan ingin melihat kemenangan Islam tetapi sikap yang ditunjukkan dalam kemelut di Selangor yang seolah-olah Pas mula "bermain mata" dengan UMNO bukan saja menyebabkan ada yang sudah tidak mahu lagi menyokong Pas, bahkan ramai juga yang enggan mengundi calon Pas dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain Tamrin, antara pemimpin UMNO yang telah menyertai Pas sebelum ini ialah bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Mohd Taib dan tokoh korporat daripada Pulau Pinang, Abdul Rahman Maidin.

Adakah mereka ini juga bakal mengikuti jejak Tamrin selepas ini? -shahbudindotcom

ULASAN GB

Jika benar berit aberkenaan, nampaknya bahana "barua" mula menimpa PAS.

Jika tidak buka juga mata, kita berserah kepada Allah, terhadap orang yang telah menyebabkan berlakunya hal sedemikian.

Masih amal penerapan nilai Islam, Islam hadhari?

Posted: 07 Oct 2014 10:43 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan adakah dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dan Islam Hadhari yang diamalkan oleh kedua orang Perdana Menteri sebelum beliau masih dititikberatkan dalam seluruh jentera kerajaan khususnya dalam menangani rasuah dan salah guna kuasa.

Demikian pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pertanyaan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan pada hari ini sebagaimana di bawah.

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kerja Raya menyatakan jaminan Kerajaan membaik pulih laluan 14 Jerangau-Jabor yang kerap kali berlaku kemalangan dan kesesakan terutama musim perayaan dan cuti persekolahan.  

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah [Kuala Terengganu] minta Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyatakan memandangkan masalah pukat tunda oleh nelayan dan perahu asing masih berterusan,  apakah langkah-langkah tambahan diambil pihak oleh pihak berkuasa untuk mengatasi dan menghapuskan kegiatan ini.  

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta Menteri Pertahanan menyatakan bilakah tarikh siap projek pembinaan Kompleks 7 Briged Kem Skudai Johor. - HARAKAHDAILY

Oktoberfest akan dibincang dalam mesyuarat Exco hari ini, kata Azmin

Posted: 07 Oct 2014 10:41 PM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali akan membawa isu kontroversi 'Oktoberfest' ke dalam mesyuarat exco petang ini untuk dibincangkan, sebelum membuat sebarang ketetapan.
 
"Kita sah dapat maklum dari MBSA dan MBPJ. Ia akan dibincang dalam mesyuarat exco. Pengumuman selanjutnya akan dibuat nanti," katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri Program Ibadah Korban Peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini sebentar tadi.
 
Isu Oktoberfest mengundang kontroversi apabila penganjurannya didakwa mengandungi ciri-ciri yang melanggar sensitiviti penganut agama  Islam.
 
Semalam, PAS Selangor juga mempersoalkan permit penganjuran program itu memandangkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dikhabarkan tidak pernah memberikan kelulusan mengenai festival tersebut.
 
Malah, Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib juga mendesak MBSA agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang menguar-uarkan penganjuran festival itu melalui iklan.
 
"Jika ia diadakan secara besar besaran seperti festival, apatah lagi dengan menguar-uarkan secara terbuka seperti iklan di pasar raya dan billboard dan sebagainya, ianya jelas melanggar tata susila kehidupan masyarakat bahkan seluruh agama di dunia ini.
 
"Kerajaan Selangor dan PBT juga tidak pernah meluluskan apa-apa kelulusan berkaitan dengan program ini. Ia boleh digambarkan sebagai mencetus dan mencabar keharmonian yang sentiasa diterap dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
 
"PAS Selangor akan berusaha untuk mendesak melalui peruntukan kuasa yang ada pada Kerajaan Negeri Selangor dan PBT yang terbabit supaya festival di kawasan terbuka seperti 'parking kereta' dan sebagainya yang jelas bercanggah dengan 'Akta 176' dapat dialihkan atau dibatalkan dan melarang penglibatan umat Islam serta mereka yang dibawah umur," kata Zaidy dalam kenyataannya semalam.
 
Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dipetik dalam satu kenyataan sebagai berkata, MBSA tidak pernah memberikan sebarang kelulusan terhadap visual iklan billboard untuk program tersebutH IB

PUM bantah kehadiran Ulil Absar Abdalla

Posted: 07 Oct 2014 10:35 PM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) membantah keras kehadiran tokoh Islam Liberal dari Indonesia, Ulil Absar Abdalla sebagai 'tetamu utama' diskusi meja bulat: Tantangan Fundementalisma Agama Abad Ini yang dianjurkan oleh Islamic Renaissance Front dan Global Movement of Moderates Foundation pada 18 Oktober ini.

Setiausaha Agung PUM, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata Ulil terlalu banyak mempersoalkan nas-nas agama yang bersifat qat'i dan dengan sendirinya merendah-rendahkan hal ehwal agama Islam.

"Perkara ini sinonim dengan organisasi beliau iaitu Jaringan Islam Liberal (JIL) di mana fahaman ini telah diharamkan di Indonesia dan juga negara kita Malaysia," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, kehadiran Ulil sebagai tetamu utama adalah sangat tidak sesuai bahkan kelihatan mencabar autoriti agama Islam di negara ini.

Justeru, tegasnya PUM meminta supaya Jakim dan pihak berautoriti supaya dapat mengambil tindakan sewajarnya agar idea-idea Islam Liberal yang telah diharamkan di Malaysia tidak dikembangkan secara halus. - HARAKAHDAILY

Dr Asri syor sekolah agama dibuka pada non-muslim

Posted: 07 Oct 2014 10:33 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar sekolah agama dibuka ktepada golongan bukan Islam bagi mengeratkan hubungan dan memberi pemahaman tentang Islam.

Felo di Universiti Oxford itu berkata hal itu penting untuk menjadikan pemimpin dalam sesebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama, individu itu perlu memahami perbezaan antara mereka dan mengetahui pendekatan yang sesuai.

"Sekolah agama di negara kita biasanya hanya tertumpu kepada pelajar-pelajar muslim sahaja. Ini sering menyebabkan ada lulusan sekolah agama kurang memahami latar pihak lain. Sama halnya dengan sekolah aliran kaum tertentu.

"Oleh kerana Islam itu memimpin, saya mencadangkan untuk sekolah aliran agama Islam membuka ruang dalam peratusan tertentu untuk pelajaran non-muslim juga jika ada yang ingin belajar.

"Jika sekolah-sekolah missionary Kristian mampu melakukannya, mengapa kita tidak?" tulis beliau di laman Facebooknya malam tadi.

Kenyataan beliau ini hadir ketika sebuah akhbar melaporkan seorang pemimpin Umno mencadangkan sekolah vernakular Cina ditutup kerana melahirkan pelajar yang tidak menyokong kerajaan.

Bagaimanapun ia dibidas oleh rakan sekutu dalam BN - Gerakan - yang menentang sama sekali cadangan itu.

Dr Mohd Asri yang terkenal dengan idea progresif dalam Islam turut menggariskan beberapa kebaikan yang mampu memberi manfaat kepada negara dan masyarakat Islam.

Antaranya ialah menjadikan pelajaran amali untuk para pelajar muslim bagaimana berinteraksi dengan non-muslim secara harmoni dan toleransi seperti yang diajar oleh Islam.

Beliau turut menyatakan idea itu mampu mengurangkan jurang salah faham antara agama, memperlihat kepada masyarakat keluasan dan kemampuan Islam mendidik dan mendamaikan antara manusia serta mengelakkan lulusan agama dalam negara menjadi defensif dan memahami pendekatan sesuai bergaul dalam masyarakat berlainan agama.

Kiraan detik rayuan terakhir Liwat II di FB Anwar

Posted: 07 Oct 2014 10:32 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketika waktu berlalu menjelang rayuan terkhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan tuduhan liwat terhadapnya - satu kiraan detik telah bermula di  laman Facebook ketua pembangkang itu - yang menurutnya, tinggal 21 hari lagi.

Rayuannya dijadualkan untuk didengar selama dua hari, mulai 28 Oktober, di mana ahli parlimen Permatang Pauh itu akan mengetahui nasibnya sama ada akan menjalani hukuman penjara atau akan dibebaskan.

Pada tahun 2004, Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat pertamanya oleh Mahkamah Persekutuan selepas menghabiskan masa enam tahun di dalam penjara.

Kes Liwat II terhadap Anwar bermula sebaik selepas beliau mengumumkan hasratnya untuk bertanding kerusi Permatang Pauh pada Ogos 2008 selepas tamat tempoh larangan lima tahun berpolitik.

Kerusi itu dikosongkan oleh isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari
Azlan di kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur antara jam 3 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Seperti tuduhan yang pertama, Anwar mendakwa ia diada-adakan oleh musuh politik beliau. Namun beliau memenangi kerusi Permatang Pauh, kerusi yang disandangnya selama 17 tahun ketika beliau dalam Umno.

Langkah Kajang

Selepas empat tahun kes itu dibicarakan di mahkamah, dari tahun 2008 hingga awal 2012,  yang menyaksikan 26 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar telah dibebaskan.

Bagaimanapun berikut Langkah Kajang di mana Anwar merancang untuk bertanding kerusi DUN Kajang dalam usaha untuk menjadi menteri besar Selangor pada awal tahun ini, rayuan pihak pendakwa terhadap rayuan sabitan kes Liwat II telah diawalkan dari tarikh asalnya pada April kepada bulan Mac.

Dalam keputusanya, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini - adalah peluang terakhir beliau untuk mendapatkan kebebasan.

Jika beliau terpaksa menjalani hukuman penuh selama lima tahun itu, maka ahli politik yang berumur 67 tahun itu akan berusia 72 tahun apabila beliau keluar penjara. Ditambah dengan tempoh larangan lima tahun  berpolitik, ini mungkin menandakan berakhirnya kerjaya politik beliau.

Pesta arak tak hormat sensitiviti

Posted: 07 Oct 2014 10:28 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor menyelar tindakan penganjur dan pihak penyokong festival arak di Selangor sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) memandang serius isu penganjuran pesta arak yang sedang hangat diperkatakan dan dilaporkan akan dianjurkan di beberapa tempat di Selangor.

DUPNS juga telah merujuk dan meneliti permohonan-permohonan lesen kebenaran pesta arak tersebut melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mendapati sehingga kini pihak penganjur tidak mendapat apa-apa kebenaran atau kelulusan dari mana-mana PBT di Selangor sama ada untuk mengiklan atau menganjurkan pesta tersebut.

Dalam kenyataan medianya juga DUPNS tidak menafikan hak bukan Islam, tetapi pesta ini dilakukan secara terbuka dan tentunya melanggar juga undang-undang PBT.

"Tanpa menafikan hak bukan Islam untuk minum arak, DUPNS berpendirian bahawa dengan menjadikan ianya sebagai suatu pesta yang bersifat terbuka dan diiklankan kepada umum tanpa sebarang jaminan dari pihak penganjur bahawa tidak ada seorang pun orang Islam yang akan terlibat dalam apa-apa jua usaha ke arah penganjuran atau sebagai peserta dalam pesta tersebut adalah dianggap tidak menghormati sensitiviti masyarakat majmuk yang majoritinya tidak menganggap perbuatan meminum arak sebagai suatu perbuatan yang baik dan bermoral. Tindakan penganjur mengiklan dan menganjurkan pesta tersebut tanpa kelulusan PBT pula dilihat sebagai membelakangi serta mencabar kewibawaan PBT yang bertanggungjawab menguatkuasa & melaksanakan undang-undang serta peraturan-peraturan yang telah diperuntukkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)."

DUPNS juga meminta pihak penganjur memahami dulu undang-undang yang sedia ada sebelum mempertahankan tindakan mereka.

"DUPNS juga dengan tegas mencadangkan kepada PBT dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Dato' Menteri Besar Selangor yang baru, berdasarkan peruntukan Bahagian XIII Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) khususnya Seksyen 102 dan Seksyen 103 akta tersebut dengan serius menjadikan peruntukan Seksyen 18 Enakmen 9 Tahun 1995, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 sebagai syarat utama suatu kelulusan dan kebenaran di dalam Undang-Undang Kecil PBT khususnya Undang-Undang Kecil Perlesenan PBT bagi perkara-perkara yang melibatkan arak dan minuman keras."

Ekoran penganjuran ini, umat Islam yang mewakili pelbagai peringkat sama ada parti politik, badan bukan kerajaan, mahu pun orang persendirian bangkit menngecam pihak penganjur. – HARAKAHDAILY

100 berhimpun bantah kenaikan harga minyak, GST

Posted: 07 Oct 2014 10:21 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kira-kira 100 orang berhimpun di depan bangunan Parlimen untuk membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan.

Demonstrasi PROTES itu disertai antaranya Pemuda PAS Malaysia bersama dengan PSM, aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan kumpulan Asal Bukan Umno yang berhimpun di luar pintu masuk bangunan itu.

Terdapat di antara peserta memakai baju berwarna merah sambil melaungkan "bantah GST", "Mansuh GST" dan "Kadar miskin tegar bertambah".

Seramai tujuh orang wakil dibenarkan masuk ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikkan harga petrol dan diesel sebanyak RM0.20 baru-baru ini.

Menteri enggan dedah kos penerbangan Rosmah

Posted: 07 Oct 2014 10:19 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan hari ini enggan mendedahkan kos khusus satu penerbangan yang membawa isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke Padang, Indonesia untuk menerima satu anugerah dari komuniti Minangkabau.

MP Seremban, Anthony Loke sebelum ini menggesa Putrajaya agar mendedahkan tujuan pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos lalu.

Beliau yang juga setiausaha organisasi DAP turut menggesa kerajaan agar mendedahkan identiti penumpang lain dan kos penerbangan itu.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim sekadar menjawab penerbangan itu adalah atas urusan rasmi.

"Pesawat tersebut merupakan pesawat rasmi kerajaan di mana ia digunakan atas urusan perdana menteri.

"Segala kos yang terlibat dalam penerbangan tersebut adalah di dalam anggaran yang bersesuaian dengan kosnya," jawapan Shahidan dipetik.

Pesawat itu dikesan laman web pengesan pesawat FlightRadar24 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Padang dan ke Singapura sebelum kembali semula ke KLIA pada 27 Ogos.

Kes ugut: DAP gesa AG semak balik keputusan

Posted: 07 Oct 2014 10:16 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


DAP meminta Peguam Negara menyemak kembali keputusan tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Pemuda Umno yang berdemonstrasi dan mengugut untuk membakar ibu pejabat parti itu Mei lalu.

Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata sekiranya Peguam Negara Tan Sri Gani Patail tidak menyemak semula parti itu akan membawa kes itu ke mahkamah bagi memfailkan semakan kehakiman.

"Saya mengutuk jawapan daripada Peguam Negara itu yang memomokkan sistem kehakiman negara. Sekiranya tiada tindakan lanjut (maknanya) Peguam Negara mempertahankan pelaku salah.

"Keputusan ini akan menghakis lagi kepercayaan awam terhadap sistem keadilan kita," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pada 22 Mei lalu, kira-kira 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di luar ibupejabat DAP di Kuala Lumpur kerana membantah kenyataan wakil rakyat DAP Seri Delima, RSN Rayer yang dilaporkan menyebut "Umno celaka".

Mereka diketuai Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii juga membawa kain rentang, yang antara lain berbunyi, RSN Rayer "anak haram" dan "tolol".

Bantahan itu juga menyaksikan sebuah papan tanda besar DAP dirobohkan dan memorandum itu dilemparkan oleh Razlan kepada MP Serdang Ong Kian Ming.

Ong kemudiannya membuat laporan polis dan Razlan serta beberapa yang lain ditahan untuk memberi keterangan di bawah Akta 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Ong hari ini menerima jawapan bertulis dari Kementerian Dalam Negeri yang menyatakan siasatan kes tersebut telahpun selesai tetapi tiada tindakan lanjut diambil oleh Pejabat Peguam Negara.

Tiada ulasan: