Selasa, 7 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Harga Minyak Malaysia (Rm2.30) Antara Terendah di Asia Tenggara. Indonesia, Singapura, China, Filipina, Vietnam, Thailand Pun Kalah Dengan Malaysia? Brunei Termurah!

Posted: 07 Oct 2014 03:52 AM PDT

 


harga minyak malaysia


Harga Minyak Malaysia (Rm2.30) Antara Terendah di Asia Tenggara. Indonesia, Singapura, China, Filipina, Vietnam, Thailand Pun Kalah Dengan Malaysia?  Masih belum terlambat lagi lagi untuk Berita Semasa mengucapkan Salam Aidil Adha untuk semua umat Islam di malaysia amnya. "Salam pengorbanan" untuk semua rakyat di Malaysia. Ehem….

Jikalau mahu dibandingkan dengan lain menteri kabinet di Malaysia, dilihat Ahmad Maslan yang dilihat lebih cenderung untuk tampil ke hadapan dengan "kesetiaan" yang tidak berbelah bahagi sebagai perisai mempertahankan asakan daripada rakyat marhaen yang acapkali terkena kejutan dengan dasar dan tindakan oleh kerajaan Malaysia umumnya dan bosnya Datuk Seri Najib Razak amnya.

Ada yang mengatakan lebih diam daripada berbicara. Jikalau mahu berbicara biarlah bermanafaat kepada orang lain tanpa mengelirukan pemikiran pengikut anda. Mungkin Ahmad Maslan ada alasan tersendiri untuk bertindak sebegitu rupa. Ehemm….

Terbaru, Ahmad Maslan telah menjumpai fakta terbaru yang boleh dikongsikan bersama serta digunakan sebagai senjata dan perisai bagi menghalalkan tindakan pengumuman kenaikan harga minyak baru-baru ini yang mana anda boleh semak kenyataan dan respon balas orang ramai pada paparan di bawah ini :

Perbandingan harga Minyak Minyak Malaysia Vs Harga di Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand?

 

  1. Patutkah kita bandingkan dengan negara-negara yang tidak mempunyai simpanan minyak seperti Singapura, Thailand, Filipina contohnya? Adilkah?
    Keduanya mengapa perlu tukarkan matawang setiap negara ini kepada matawang Malaysia?
  2. Contohnya US$1 = RM3.20. Sepatutnya bandingkan setiap negara itu kepada matawang negara mereka.
  3. Kepada Ahmad Maslan, anda tahukah harga minyak di Brunei hanya serendah BND0.53 seliter sahaja untuk rakyat Brunei? Jikalau pendapatan rakyat Brunei BND1,500 terbebankah mereka dengan kos minyak tersebut?
  4. Dan tidak lupa juga, kepada Ahmad Maslan. Di Brunei kerete pendaftaran Malaysia akan dikenakan kadar harga yang minyak yang berbeza BND1.10. Itu cara mereka layan rakyat mereka dibandingkan warga asing di Brunei. Berbeza antara keistimewaan bergelar rakyat Brunei VS warga asing di Brunei. Bagaiamana pula di Malaysia? Ehem….
  5. Dan akhir sekali, Ahmad Maslan mungkin sudah lupa yang mana minyak RON95 yang berkualiti rendah untuk rakyat marhaen mula diperkenalkan di mana harga minyak RON97 diletakkan pada harga yang premium. Masih ingat lagi Ahamd Maslan?
Untuk melihat bukti harga minyak di Brunei contohnya, anda boleh semak laporan Berita Semasadi bawah ini :

KLIK SINI : Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, 
(Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)

Berita Semasa tidak pasti samada Ahmad Maslan ada masa atau tidak untuk membuat semakan terprinci terlebih dahulu sebelum berkongsi apa yang difikirkan beliau sebagai fakta yang harus dikongsikan bersama follower setia akaun Twitternya. Nah…ini angka yang sebenarnya…

harga minyak Kepada Ahmad Maslan, harga petrol yang dikatakan turun pada tahun 2009 itu bukan harga RON97, tetapi adalah harga bagi RON95. Sebelum 2009, petrol yang digunakan bagi majoriti rakyat Malaysia adalah RON 97. Pada 2009 bermulanya plan alternatif penggunaan petrol yang lebih murah iaitu RON95, bagi memberikan kepelbagaian kualiti dan harga minyak kepada pengguna kenderaan di Malaysia
Bukan sebab harga turun, tetapi disebabkan petrol yang digunakan itu berbeza

 

Sejarah Harga Minyak di Malaysia (2006-2014)?


Harap maaf Datuk Ahmad Maslan, anda telah membuat perbandingan yang tidak sepadan…Ini angka sebenarnya melibatkan tempoh antara 2006 sehingga pengumuman terkini harga minyak di Malaysia
  • 28 Februari 2006 : RM1.92 (naik 30 sen)
  • 4 Jun 2008 : RM2.70 (Naik 78 sen)
  • 23 Ogos 2008 : RM2.55 (Turun 15 sen)
  • 25 September 2008 : RM2.45 (Turun 10 sen)
  • 15 Oktober 2008 : RM2.30 (Turun 15 sen)
  • 1 November 2008 : RM2.15 (Turun 15 sen)
  • 18 November 2008 : RM2.00 (Turun 15 sen)
  • 3 Disember 2008 : RM1.90 (Turun 10 sen)
  • 16 Disember 208 : RM1.80 (Turun 10 sen)
  • 1 September 2009 : RM2.05 (Naik 25 sen)
Minyak RON95 Untuk Rakyat Marhaen Mula Diperkenalkan 2009
  • 12 Mei 2009 : RM1.75
  • 1 September 2009 : RM1.80 (Naik 5 sen)
  • 16 Julai 2010 : 1.85 (Naik 5 sen)
  • 4 Disember 2010 : RM1.90 (Naik 5 sen)
  • 3 September 2013 : RM2.10 (Naik 20 sen)
  • 2 Oktober 2014 : RM2.30 (Naik 20 sen)
Kepada Ahmad Maslan, buka masalah mahal atau tidak. Masalahnya kenaikan harga minyak dan diesel baru-baru ini akan menyebabkan kesan rantaian yang dahsyat di mana akan digunakan sepenuhnya oleh peniaga dan pengusaha yang benar-benar terbeban dengan kos operasi penrigaan mereka dan tidak lupa juga yang akan mengambil kesmepatan, yang mana akhirnya kos bebanan tersebut akhirnya akan dipulangkan semula kepada rakyat marhaen di sini, di sana dan di situ.

harga minyak malaysia

P/S : Ahmad Maslan, mungkin tidak terkesan dengan kos kenaikan harga minyak di Malaysia dengan gaji berbelas ribu sebulan ditambah lambakan elaun dan kemudahan lain, termasuklah pengecualian pembayaran minyak di Malaysia. tetapi bagaiaman pula dengan nasib rakyat marhaen?

PP/S : Mengapa tidak Ahmad Maslan tukarkan kepada matawang USD bandingkan gaji rakyat Malaysia dengan negara luar. Boleh? Erm….

Dua asrama Kolej Legenda Mantin musnah terbakar

Posted: 07 Oct 2014 01:57 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
NILAI: Dua asrama di tingkat tiga Kolej Legenda Mantin, dekat sini musnah dalam kebakaran malam tadi.
 
Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd Razak Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.04 malam dan enam anggota bersama-sama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
 
"Kami tiba di lokasi pada 7.09 malam dan melihat api sedang marak di tingkat tiga di kedua-dua rumah asrama itu," dipetik Bernama.
 
Abdul Razak berkata, api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit dan dipadam sepenuhnya pada 7.49 malam.
 
Katanya, pemeriksaan mendapati sebuah daripada asrama itu musnah 100 peratus manakala sebuah lagi 80 peratus terbakar.
 
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kedua-dua asrama itu tidak berpenghuni ketika kejadian, katanya.
 
"Kebakaran didapati berpunca daripada api sampah di dalam bangunan tersebut. Kerugian dianggarkan kira-kira RM300,000," tambahnya.

ANALISA BERITA – Jika ROS masih keliru, hubungi Peguam Negara

Posted: 07 Oct 2014 01:49 AM PDT

Pimpinan DAP meraikan pengumuman ROS menarik balik penggantungan pengiktirafan CEC di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Roketkini.com


Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah akhirnya mengalah. Selepas 21 bulan DAP bergelut dengan permainan jahat ROS untuk cuba menggoyah operasinya, agensi di bawah kelolaan Kementerian Dalam Negeri itu akhirnya tewas dan mengiktiraf bahawa Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP adalah sah dan boleh berfungsi menjalan tugas seperti biasa.

Permainan tarik tali antara ROS dan DAP bermula apabila ia secara tiba-tiba mengeluarkan surat dua hari sebelum penamaan calon Pilihanraya Umum ke-13 tidak mengiktiraf CEC DAP yang telah dilantik dalam kongres Disember 2012.

Kekalutan tersebut menyebabkan hampir sahaja calon-calon pilihanraya DAP bertanding dengan menggunakan watikah daripada PAS dan PKR memandangkan Setiausaha Agung DAP tidak diiktiraf untuk menandatangani watikah parti.

Tiga bulan sesudah PRU-13 selesai, ROS sekali lagi menggertak DAP supaya mengadakan pemilihan semula lantaran tuduhan bahawa wujud manipulasi dalam pemilihan sebelumnya yang mengundang banyak laporan daripada beberapa kerat ahli DAP, yang kini sudah pun meninggalkan parti.
Fitnah manipulasi ini tidak berasas, dengan disandarkan hanya kepada sebuah risalah tulisan watak yang diberi nama Father Augustus Chen.

Risalah terebut beredar di serata tempat di Pulau Pinang, negeri kubu kuat pentadbiran DAP yang juga tuan rumah Kongres ke-16, kongres pemilihan parti yang menyaksikan DAP berjiwa besar mengakui kesilapan teknikal ketika mengumumkan keputusan pemilihannya.

Wartawan yang menulis artikel fitnah bersandarkan risalah itu juga telah mengakui tulisannya bertujuan memburukkan Kit Siang serta mendakwa penulis risalah fitnah itu adalah Penasihat DAP Dr Chen Man Hin. Dr Chen telah pun memberi keterangan di mahkamah menafikan dakwaan tersebut.

Namun nampaknya ROS tidak habis-habis lagi mahu bercakaran dengan DAP, walaupun hal tersebut sudah selesai di mahkamah. Kenyataan ROS baru-baru ini yang kononnya tidak mendapat apa-apa pemberitahuan mahkamah berhubung status CEC DAP nampaknya seolah meminggirkan kuasa dan peranan Pejabat Peguam Negara.

Timbalan Ketua Pengarah ROS Mohd. Norzam Mustapa pada 3 Oktober lalu mendakwa bahawa badan itu belum mendapat apa-apa pemberitahuan mahkamah berhubung status CEC DAP.

ROS wajar merujuk peguamnya untuk mendapatkan maklumat tentang keputusan mahkamah pada 23 September bahawa arahan dikeluarkan ROS pada 6 Disember 2013 kepada Setiausaha Agung DAP bukannya arahan yang mengikat dari segi undang-undang.

Pernyataan penyelesaian antara ROS dan DAP menggariskan tiga keutamaan, yang pertama adalah berkaitan permintaan bagi dokumen di bawah Seksyen 14 Akta Pertubuhan 1966.

DAP telah mematuhi dan akan terus membantu ROS dalam sebarang kesangsian berkaitan hal ehwal DAP.

Kedua, berkaitan kenyataan dibuat ROS dalam surat tersebut yang menyatakan bahawa ROS belum mengiktiraf pemilihan semula CEC DAP pada 29 September 2013.

Ketiga, berkaitan nasihat kepada Lim Guan Eng bahawa CEC baru yang 'belum disahkan' dan tidak boleh membuat keputusan bagi pihak DAP sehingga notis selanjutnya daripada ROS.

ROS mengambil kedudukan bahawa pernyataan tersebut tidak berkenaan kepada apa-apa keputusan dalam undang-undang. Oleh itu, arahan ROS tidak mengikat dari segi undang-undang dan kekal semata-mata nasihat kepada DAP.

Dan akhir sekali ROS mengakui bahawa CEC DAP yang dipilih pada 29 September 2013 boleh menjalankan segala kuasa, fungsi dan tugas dalam pentadbiran hal ehwal harian DAP mengikut Perlembagaan DAP.

Hakim Datuk Zaleha Zahari pada 23 September lalu menggugurkan saman DAP terhadap ROS tanpa arahan kos, setelah DAP menarik balik samannya bagi mendapatkan semakan kehakiman terhadap arahan ROS yang tidak mengiktiraf keputusan Kongres DAP pada 2012.

Justeru itu kata Gobind, dalam apa jua keadaan, beban untuk menunjukkan kesahihan tidak terletak kepada DAP, tetapi kepada ROS untuk membuktikan sebaliknya.

"ROS diwakili Peguam Kanan Persekutuan dari Pejabat Peguam Negara. Pendirian yang diambil oleh ROS meletakkan Peguam Negara dalam keadaan yang sangat buruk.

"Apakah ROS kini mengatakan bahawa Pejabat Peguam Negara tidak mempunyai kuasa untuk membuat ketetapan bagi pihak mereka?" soal Gobind. – Roketkini.com

Belanjawan 2015: Berisiko bangkrapkan negara, Najib perlu jelaskan hutang RM36 bilion 1MDB

Posted: 07 Oct 2014 01:42 AM PDT

 tony pua pc semalam2


Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri perlu menjelaskan kesan hutang mega RM36 bilion yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad yang berisiko membangkrapkan negara, menjelang pembentangan Belanjawan 2015 Jumaat ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, dalam tempoh lima tahun penubuhannya, badan pelaburan milik Kementerian Kewangan itu telah mengumpul hutang setinggi itu, dan sebahagiannya sudah sampai tempoh pembayaran.

"Jika ia tumbang dengan membawa hutang itu – satu kebarangkalian yang semakin dibimbangi masyarakat kewangan – Najib akan dikenang sejarah sebagai Perdana Menteri yang mungkin membangkrapkan kerajaan Malaysia.

"Maka, beliau perlu menjelaskannya Jumaat ini. Sebarang pengumuman (belanjawan) tanpa menyentuh isu ini menunjukkan ada sesuatu yang disembunyikan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut laman Kinibiz, 1MDB merancang untuk meraih RM8.4 bilion sukuk untuk mendanai kegiatannya tahun ini.

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sendiri menyerang Najib melalui isu ini, apabila berkata wang untuk badan itu hasil daripada hutang negara, dan Malaysia yang mengalami belanjawan defisit setiap tahun tidak mungkin membayar hutang sebesar itu.

Mengulas lanjut, Pua mengecam tindakan kerajaan yang menganugerahkan pelbagai kontrak kepada 1MDB yang merugikan rakyat, demi menyelamatkan badan itu.

Antaranya, katanya lagi, adalah mengenepikan komitmen untuk menjalankan tender terbuka bagi kontrak penjana tenaga bebas (IPP), sebaliknya memberikannya secara terus kepada 1MDB walaupun ia bukanlah pembida terendah, serta projek tenaga solar 50 megaWatt di Kedah pada Mac dan stesen jana kuasa gas 2,400 megaWatt pada Ogos lalu – yang sebenarnya tidak pun diperlukan sehingga tahun 2021.

"Tindakan ini secara jelas 'bail-out' yang amat mahal oleh kerajaan. 1MDB amat terdesak untuk mendapatkan hasil mencukupi untuk membayar hutangnya, yang antaranya berpunca daripada pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran ke atas syarikat IPP yang hampir tamat tempoh dua tahun lalu," katanya lagi.

"Ironinya, 1MDB memiliki aset cair RM7.18 bilion yang dilaburkan di Kepulauan Cayman, yang terkenal sebagai tempat mengelakkan daripada cukai. Tahun lalu, ia hanya memberi pulangan 5.76 peratus walaupun kos dana tersebut melebihi 6 peratus," katanya lagi.

Justeru itu, kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu lagi, Najib tidak boleh lagi mengelak daripada menjelaskannya, apatah lagi 'projek peliharaannya' (pet project) itu boleh secara sendirian menghancurkan sistem kewangan negara.

"Ia termasuk pembelian tanah seluas 238 ekar di Pulau Pinang dengan harga RM1.38 bilion, di mana ia menjanjikan untuk membina 9,999 buah rumah mampu milik, enam hari sebelum Pilihanraya Umum lalu. Lebih setahun, tiada apa yang berlaku terhadap projek yang dibayar melalui hutang dengan institusi kewangan itu.

"Hutang langsung dan tidak langsung sebanyak RM36 bilion ini menggelapkan peluang penambahbaikan dalam belanjawan defisit yang akan diumumkan Najib Jumaat ini," katanya lagi. – Roketkini.com

"Soalan Berani Mati Kepada PM" Sudah Terima Lebih 80,000 Like

Posted: 07 Oct 2014 01:39 AM PDT

KELAB GREENBOC


 
Kos sara: Soalan 'berani mati' ahli Umno untuk PM dapat ribuan like di Facebook

SHAH ALAM, 6 OKT: Soalan 'berani mati' pemilik akaun yang mengaku sebagai anggota Umno, Nor Hoda Haji Tarseh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekelip mata menerima 82,453 'like', 5,728 komen dan 12,254 share (nota: setakat berita ini disalin jam 12.26 AM 7 Okt 2014 – GB) selepas dikongsi pengendali akaun laman PenMerahdotcom di laman sosial facebook.

Nor Hoda yang memegang nombor keahlian Umno 02982371 itu mengemukakan tujuh soalan berkisar keperitan kehidupan rakyat berpendapatan rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Awak ni sebenarnya pernah ke hidup susah? Pernah ke makan tamban kering bersayur cendawan liar dan di mamah dengan beras usang kerana kejatuhan harga getah?

"Apa yang saya tengok kehidupan awak dalam filem Tanda Putera (filem wajib BTN) adalah semewah-mewah kehidupan… (Jangan pula lepas ni awak arahkan Suhaimi Baba edit filem tersebut untuk tunjuk awak motong getah)," tulis Nor Hoda.

Beliau seterusnya mempersoalkan sama ada Najib pernah merasai keperitan berhadapan tindakan keras pihak berkuasa tatkala cuba meningkatkan pendapatan dengan berniaga secara kecil-kecilan.

"Awak ni pernah tak berniaga kecil-kecilan jual keropok lekor di pasar malam dengan gunakan Kancil 660 (kononnya sahut seruan Menteri tambah pendapatan).. dah habis berniaga Kancil tak boleh 'start' pasal bateri 'kong', puncanya bateri yang sama diguna untuk menerangi lampu waktu berniaga?

"Lepas itu, bila balik, kena tahan polis sebab payung berniaga terjojol di tingkap Kancil dan lepas itu kena saman sebab kereta persendirian tak boleh bawa berniaga," tulis Nor Hoda lagi.

Ketika menyentuh isu kenaikkan harga barang, Nor Hoda menyoal sama ada Najib mengetahui pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan harga sempena perayaan Aidil Adha sehingga menyebabkan harga ayam, lengkuas dan lain-lain naik.

"Lepas ni saya agak mesti ada Menteri-menteri pembodek (terutama Hassan Malek, Ku Nan, Shafie Afdal, Mat Maslan, Ismail Sabri) akan berkata harga lengkuas naik sebab rakyat malas tanam!" Tempelak beliau lagi.

Najib turut dicadangkan agar turun padang secara tidak rasmi dan mengejut untuk melihat sendiri realiti kehidupan dan prasarana yang disediakan untuk rakyat.

Beliau turut mencabar Najib mengumumkan kerugian yang ditanggung negara disebabkan penyelewengan oleh kroni Najib sendiri dan jumlah yang terpaksa ditanggung rakyat melalui kenaikkan harga petrol baru-baru ini.

Tujuh soalan beliau itu diakhiri dengan satu soalan ringkas dan bersahaja, bilakah Najib mahu meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. -laporan asal: selangorkini

Soalan bocor: Kerajaan akui ada kelemahan

Posted: 07 Oct 2014 01:34 AM PDT


UPSR Bocor UPSR Bocor
 
 
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengakui masih terdapat kelemahan dalam prosedur operasi standard (SOP) peperiksaan awam sehingga berlaku insiden kebocoran soalan UPSR baru-baru ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata,  pihaknya memandang serius perkara itu dan telah mengambil beberapa langkah drastik bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

"Kita sudah kemaskini SOP peperiksaan dan yakin dengan SOP itu sepatutnya tidak berlaku kebocoran tetapi kejadian telah berlaku bermakna ada ruang lagi untuk diperbaiki.

"Di peringkat sekarang tidak dinafikan ada kelemahan dan kita akan pastikan insiden sama tidak berulang," katanya pada Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan daripada Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) apakah SOP yang ada tidak mampu menghalang kebocoran peperiksaan awam.

Menurut Idris, antara langkah drastik yang diambil ialah menubuhkan Jawatankuasa Panel Bebas yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dan membuat rombakan terhadap pegawai-pegawai di kementeriannya.

Selain itu, kementerian juga telah memasang kamera litar tertutup di semua bilik kebal seluruh negara sebagai langkah pemantauan dan keselamatan bahan peperiksaan.

Susulan insiden yang memalukan itu, Kementerian Pendidikan memohon maaf kepada 473,175 calon UPSR, ibu bapa dan guru seluruh negara dan berjanji akan mendedahkan dalang yang menjadi punca kekalutan yang berlaku.

Dalam masa sama, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) dalam soalannya meminta kerajaan mendedahkan setiap tindakan yang akan dikenakan kepada mereka yang bersalah dan percaya terdapat unsur rasuah dalam pembocoran kertas UPSR itu.

"Kita setuju insiden ini amat memalukan negara, proses siasatan sedang berjalan, malah SOP peperiksaan juga ditambah baik.

"Kita akan ambil tindakan pada pihak yang bertanggungjawab, kementerian tidak akan kompromi dengan mana-mana individu dan hasil laporan jawatankuasa panel bebas lapan anggota itu juga akan didedahkan kepada umum," kata Idris.

Dalam soalan tambahan juga, Lim Kit Siang (DAP- Gelang Patah) mahu penjelasan daripada menteri sama ada berlaku unsur sabotaj dalam sistem peperiksaan awam itu.

Idris menegaskan perkara itu tidak dapat dijelaskan secara terperinci memandangkan proses siasatan masih lagi berjalan.

Pada 30 September lalu murid tahun enam menduduki peperiksaan ulangan bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Manakala bagi kertas ujian Bahasa Tamil dan Matematik peperiksaan ulangan itu akan diadakan Khamis ini.

Siswa dakwa tak dapat zakat kerana bendera PAS

Posted: 07 Oct 2014 01:27 AM PDT

 
 
NADIA OTHMAN


Isu pengagihan bantuan zakat kepada mahasiswa luar negara oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) terus dibangkitkan.

Terbaru, seorang pelajar di Mesir mengaitkan kegagalan beliau dan tiga lagi rakannya mendapatkan zakat dengan tindakan mereka mengangkat bendera PAS ketika pilihan raya umum ke-13 lalu.

Muhammad Syuaib Sangkrah mendakwa, bantuan zakat yang sepatutnya diterima mereka ditahan MAIJ walaupun memenuhi syarat ditetapkan.

"Gambar mengangkat bendera PAS itu telah dimuat naik ke laman media sosial sebagai tanda sokongan (pada parti Islam itu).

"Bagaimanapun ia telah dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab dan tulisan dalam gambar tersebut telah disunting...,"katanya.

Beliau berkata, kapsyen baru menyampaikan mesej fitnah menggambarkan mereka menentang pemerintahan beraja di negeri itu.

Mangsa keadaan

Syuaib mendakwa, ekoran kejadian itu mereka kini menjadi mangsa keadaan.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi MAIJ berhubung dakwaan itu.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat sebelum ini mendakwa pelajar negeri Johor ditanya soalan berkaitan pendirian politik dalam temuduga.

Suhaizan mendakwa lapan pelajar dikenal pasti ditanya sama ada mereka cenderung menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Suhaizan juga ditanya sama ada pemohon zakat cenderung memilih Umno, PAS atau PKR.

MAIJ pada 2 Oktober lalu menyangkal dakwaan beberapa orang pelajar Johor di Mesir yang mendakwa tidak mendapat bantuan zakat disebabkan pengurusan majlis itu tidak cekap.

Pembantu Hal Ehwal Islam MAIJ Raja Azhar Raja Ariff berkata, jika ada pelajar tidak menerima bantuan bermaksud mereka tidak memenuhi syarat kelayakan.



(*)  NADIA OTHMAN wartawan pelatih di Malaysiakini.

S'gor nafi luluskan pesta arak Oktoberfest

Posted: 07 Oct 2014 01:24 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan Selangor menafikan meluluskan penganjuran pesta arak, Octoberfest anjuran syarikat arak Carlsberg semasa pentadbiran menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

Exconya Iskandar Abdul Samad (bawah) berkata, perkara berhubung pesta itu tidak pernah dibawa untuk perbincangan dalam mesyuarat exco.

"Terdapat tuduhan Oktoberfest diluluskan ketika pentadbiran TSKI (Khalid) dan empat exco PAS. Ini tidak benar.

"Ia tidak pernah di bawa kepada mesyuarat exco," kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS itu dalam Facebooknya.

Pesta turut mendapat bantahan pemimpin PAS dan NGO seperti Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILHAM) dan anggota Parlimen PAS kawasan Temerloh Nasruddin Hassan.

Pesta Octoberfest bermula sejak abad ke-19 lagi.

Peringkat Malaysia, untuk 2014, ia bermula di hotel Subang pada 24 September dan beberapa tempat di Selangor dan Kuala Lumpur.

Sambutan akhir dijadual diadakan di pusat membeli belah One Utama di Petaling Jaya daripada 10 hingga 12 Oktober dan dijangka menarik perhatian 12,000 orang penggemar bir.

Mahathir Kecewa Lagi, Najib Terima Tegurannya Tapi Tidak Tukar Apa-Apa

Posted: 07 Oct 2014 01:22 AM PDT

shahbudindotcom.


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sekali lagi meluahkan kekecewaannya terhadap kepimpinan Najib Razak yang sekadar menerima tegurannya tetapi tidak berbuat apa-apa untuk melakukan perubahan.

Dalam tulisan terbarunya di blog chedet yang bertajuk "Kerajaan terima dengan terbuka teguran Tun M," Mahathir seperti menyindir dengan mengatakan beliau gembira kerana kerajaan menerima dengan terbuka tegurannya.

"Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa," katanya.

Beliau kemudian mengimbas dua senario iaitu peranan penasihat kepada Raja-Raja Melayu yang diperkenalkan British yang sebenarnya lebih berupa arahan yang mesti diterima dan Raja-Raja Melayu yang mempunyai Majlis Penasihatnya sendiri tetapi tidak perlu menerimanya dan jauh sekali melaksana nasihat yang diberi itu.

Kata Mahathir, teguran beliau bukanlah nasihat dan terpulanglah kepada pihak yang ditegur sama ada mahu menerima atau melaksakannya.

"Berasas atau tidak teguran itu hanya akan diketahui apabila ianya diuji dalam pilihanraya. Jika teguran tidak berasas dan dasar atau pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi."

"Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk, maka besar kemungkinan teguran yang dibuat adalah berasas," jelasnya.

Namun tambahnya, dengan pencapaian yang lebih buruk dicapai oleh Najib berbanding Abdullah Badawi, kerajaan sepatutnya mengkaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik.

"Tetapi tidak, pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa," jelasnya lagi.

Lebih-lebih lagi, tegas Mahathir, dalam pilihanraya ke 13 lalu kerajaan telah memberi wang kepada berjuta rakyat, membelakangkan DEB, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

Sepatutnya, dengan segala pendekatan itu, kemenangan yang lebih baik diperolehi oleh Najib, bukannya lebih buruk daripada pilihanraya ke 12.

Sambil menyatakan beliau tidak ingin menjadi seperti Penasihat British tetapi mengingatkan bahawa mereka yang tidak mengambil iktibar daripada pengalaman terdahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera sama ada dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk lagi di masa hadapan.

Dengan teguran terbaru ini, jelas menggambarkan bahawa Mahathir masih tidak berpuas hati dengan pentadbiran Najib. Selain mengingatkan mengenai kemungkinan menerima keputusan lebih buruk dalam pilihanraya, beliau juga seolah-olah kecewa dengan pendirian kerajaan terhadap segala tegurannya untuk kebaikan negara di mana ianya hanya diterima dengan terbuka saja tetapi tidak diambil tindakan apa-apa.

Dalam tulisan kali ini, Mahathir juga tidak lagi menyebut nama Najib Razak secara khusus seperti selalunya tetapi hanya merujuk sebagai Perdana Menteri Ke-6, sama seperti rujukannya terhadap Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Ke-5.

Adakah ini menandakan kebenciannya kepada Najib sudah di tahap maksima?

Apakah dengan sudah menyamakan antara kedua-keduanya itu, beliau juga bakal melakukan tindakan yang sama terhadap Najib tidak lama lagi?

Sebagaimana yang diketahui umum, disebabkan tidak setuju dengan beberapa dasar Abdullah Badawi sebelum ini, terutama mengenai penglibatan "budak-budak tingkat 4" yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin, beliau telah melancarkan serangan secara besar-besaran sehingga akhirnya BN hilang majoriti dua pertiga dan kalah di beberapa negeri dalam pilihanraya umum 2008.

Abdullah kemudiannya terpaksa akur dengan peralhan kuasa kepada Najib pada April 2009.

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sekali lagi meluahkan kekecewaannya terhadap kepimpinan Najib Razak yang sekadar menerima tegurannya tetapi tidak berbuat apa-apa untuk melakukan perubahan.

Dalam tulisan terbarunya di blog chedet yang bertajuk "Kerajaan terima dengan terbuka teguran Tun M," Mahathir seperti menyindir dengan mengatakan beliau gembira kerana kerajaan menerima dengan terbuka tegurannya.

"Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa," katanya.

Beliau kemudian mengimbas dua senario iaitu peranan penasihat kepada Raja-Raja Melayu yang diperkenalkan British yang sebenarnya lebih berupa arahan yang mesti diterima dan Raja-Raja Melayu yang mempunyai Majlis Penasihatnya sendiri tetapi tidak perlu menerimanya dan jauh sekali melaksana nasihat yang diberi itu.

Kata Mahathir, teguran beliau bukanlah nasihat dan terpulanglah kepada pihak yang ditegur sama ada mahu menerima atau melaksakannya.

"Berasas atau tidak teguran itu hanya akan diketahui apabila ianya diuji dalam pilihanraya. Jika teguran tidak berasas dan dasar atau pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi."

"Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk, maka besar kemungkinan teguran yang dibuat adalah berasas," jelasnya.

Namun tambahnya, dengan pencapaian yang lebih buruk dicapai oleh Najib berbanding Abdullah Badawi, kerajaan sepatutnya mengkaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik.

"Tetapi tidak, pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa," jelasnya lagi.

Lebih-lebih lagi, tegas Mahathir, dalam pilihanraya ke 13 lalu kerajaan telah memberi wang kepada berjuta rakyat, membelakangkan DEB, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

Sepatutnya, dengan segala pendekatan itu, kemenangan yang lebih baik diperolehi oleh Najib, bukannya lebih buruk daripada pilihanraya ke 12.

Sambil menyatakan beliau tidak ingin menjadi seperti Penasihat British tetapi mengingatkan bahawa mereka yang tidak mengambil iktibar daripada pengalaman terdahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera sama ada dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk lagi di masa hadapan.

Dengan teguran terbaru ini, jelas menggambarkan bahawa Mahathir masih tidak berpuas hati dengan pentadbiran Najib. Selain mengingatkan mengenai kemungkinan menerima keputusan lebih buruk dalam pilihanraya, beliau juga seolah-olah kecewa dengan pendirian kerajaan terhadap segala tegurannya untuk kebaikan negara di mana ianya hanya diterima dengan terbuka saja tetapi tidak diambil tindakan apa-apa.

Dalam tulisan kali ini, Mahathir juga tidak lagi menyebut nama Najib Razak secara khusus seperti selalunya tetapi hanya merujuk sebagai Perdana Menteri Ke-6, sama seperti rujukannya terhadap Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Ke-5.

Adakah ini menandakan kebenciannya kepada Najib sudah di tahap maksima?

Apakah dengan sudah menyamakan antara kedua-keduanya itu, beliau juga bakal melakukan tindakan yang sama terhadap Najib tidak lama lagi?

Sebagaimana yang diketahui umum, disebabkan tidak setuju dengan beberapa dasar Abdullah Badawi sebelum ini, terutama mengenai penglibatan "budak-budak tingkat 4" yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin, beliau telah melancarkan serangan secara besar-besaran sehingga akhirnya BN hilang majoriti dua pertiga dan kalah di beberapa negeri dalam pilihanraya umum 2008.

Abdullah kemudiannya terpaksa akur dengan peralhan kuasa kepada Najib pada April 2009.

Parlimen bermula dengan penantian Bajet 2015

Posted: 06 Oct 2014 11:17 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
Dewan Rakyat memulakan sidang terakhir 2014 hari ini untuk dengan topik perbahasan paling penting negara - bajet tahunan.

Sidang yang dijadualkan sehingga akhir November ini dijangka memperlihatkan perbahasan hangat mengenai tekanan sara hidup dan kesan kepada rakyat selepas harga minyak petrol dan diesel naik minggu lalu serta cara kerajaan menanganinya.

Satu protes mengenai kenaikan harga barang telah pun dirancang esok bakal dihadiri Pemuda PAS dan beberapa NGO menunjukkan ketidakpuasan hati mereka dengan tindakan rasionalisasi subsidi kerajaan pusat.

Jumaat ini, Datuk Seri Najib Razak pula bakal membentangkan bajet keenam beliau dalam kerajaan yang turut dijangka memuatkan perincian mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan April tahun depan.

Najib turut menjadi tumpuan terutamanya selepas kerajaan beliau berjanji kos Sara hidup dan inflasi tidak akan meningkat dan menyusahkan rakyat dengan rasionalisasi subsidi dan pelaksanaan enam peratus GST.

Sementara itu beberapa pindaan akta dan rang undang-undang (RUU) turut menjadi tumpuan dalam sesi kali ini.

Antaranya ialah pindaan kepada RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memberi kuasa kepada Najib untuk melantik ahli panel pelaburan kepada LHDN.

RUU ini telah ditarik pada sidang Jun lalu selepas dikritik hebat pakar cukai dan pembangkang yang bimbang ia bakal membenarkan panel itu menggunakan wang cukai rakyat untuk pelaburan.

Tetapi PKR menyatakan RUU itu bakal dibacakan semula tanpa sebarang pindaan.

Sementara itu RUU mengenai tenaga nuklear turut dikatakan bakal dibahaskan.

Sidang ini turut melihat Pakatan Rakyat kehilangan dua kerusi parlimen selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat oleh PKR dan kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan.

Dengan hanya 87 kerusi, pemerhati kini melihat pemimpin Pakatan Rakyat sama ada akan terus bergeseran atau mengambil kesempatan ini untuk kembali berdamai.

Kerajaan mesti cegah mungkar ini

Posted: 06 Oct 2014 11:08 PM PDT

NASRUDIN HASSAN 


1. Oktober Fest Carlsberg Malaysia (Pesta Arak) yang dipromosikan secara meluas bermula 24 Sept dan kemudiannya berlanjutan pada 25, 26, 27 Sept seterusnya bersambung 1, 2, 3, 4, 10 dan berakhir 12 Okt akan datang mesti dicegah segera oleh pihak berkuasa. Bermula daripada Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga kerajaan tempatan.

2. Saya tidak nafi hak arak bolehkan diminum oleh mereka yang agamanya membenarkan mereka minum arak. Tetapi dalam sebuah negara yang Islam menjadi Agama Persekutuan seperti negara kita Malaysia, hak itu mestilah ditunai secara tertutup dan tidak dipromosi apa lagi dipestakan secara besar-besaran begini.

3. Pesta arak yang dipromosi besar-besaran ini telah menjadi mungkar terbuka meskipun ia dilakukan dalam ruang bangunan tertutup. Sekaligus ia mencabar sensitiviti ummat Islam. Samalah seperti aktiviti hubungan seks luar nikah (pelacuran) yang dipromosi kepada umum, ia menjadi maksiat terbuka yang wajib ke atas pihak berkuasa dan seluruh Islam bangkit mencegahnya.

4. Jangan biarkan negara membangun dengan budaya mungkar dan maksiat. Kelak binasa tamadun dan maruah pula hilang keberkatan justeru dimurkai Allah swt.

"إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة حل بها البلاء"، فقيل: وما هن يا رسول الله؟ قال: "إذا كان المَغْنَمُ دُولًا، والأمانة مغنمًا، والزكاة مغرمًا، وأطاع الرجلُ زوجته، وعقَّ أمه، وبرَّ صديقه، وجفا أباه، وارتفعت الأصوات في المساجد، وكان زعيمُ القوم أرذلَهم، وأُكرم الرجل مخافة شره، وشُربت الخمور، ولُبس الحرير، واتخذت القَيْنات والمعازف، ولعن آخرُ هذه الأمة أولها، فليرتقبوا عند ذلك ريحًا حمراء، أو خسفًا، ومسخًا".

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, lalu ditanya apakah 15 perkara itu Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah saw:

1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
(Ulasan – nak dapat zakat susah. Penerima zakat tergolong daripada kroni atau orang tertentu.)
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
(Ulasan – masjid dijadikan medan/tempat berkelahi. Sumpah di masjid untuk kepentingan sendiri.)
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
(Ulasan – Orang yang paling hina - yang tiada ilmu agama dan tiada akhlak.)
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

(Ulasan – Contohnya, takut kepada pihak berkuasa kerana dibimbangi ia berlaku zalim terhadap diri kita.)

11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu) - mempersenda sahabat-sahabat Rasulullah.

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain". (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

5. Saya juga menyeru pihak berkuasa agama seperti jabatan dan majlis agama Islam di semua peringkat tidak memandang sepi fenomena ini. Ambillah tindakan wajar. Jangan hanya memberi alasan kononnya perkara ini berada di luar bidang kuasa sedang akibatnya kelak akan melanda ummat tanpa mengenal di mana kuasa dan kedudukan mereka. Bangkitlah sebelum terlewat.

(*)  Penulis ialah AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Tunggulah p'raya, amaran Mahathir kepada Najib

Posted: 06 Oct 2014 11:04 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan rasa kecewa beliau terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Menulis di blog beliau, Mahathir berkata, biarpun kerajaan menerima teguran beliau secara terbuka sebelum ini, namun sehingga kini belum ada apa-apa tindakan dibuat.

Beliau berkata, Najib mungkin hanya akan sedar tentang kebenaran teguran beliau itu apabila diuji pada pilihan raya.

"Dalam negara demokrasi ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan. Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.

"Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas," katanya.

Beliau turut memberi contoh, bagaimana di era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri yang menyaksikan pernah menang besar dalam PRU 2004.

Namun pada PRU 2008, BN kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat.

"Sepatutnya pengganti (Najib) memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak.

"Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi," katanya.

Beliau turut memberi peringatan kepada Najib bahawa mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan.- HARAKHDAILY

PAS sokong himpunan bantah naik harga minyak esok

Posted: 06 Oct 2014 11:03 PM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


KOTA BHARU: ‎PAS menyokong penuh himpunan aman yang akan diadakan pada 8 Oktober ini di hadapan pintu masuk Parlimen bagi bantahan terhadap kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi memberitahu‎ PAS juga bersedia menerima dan membantu menyerahkan memorandum kepada kerajaan.

"Kita konsisten dalam isu membabitkan masalah rakyat, ini menunjukkan komitmen kita untuk terus bersama-sama memastikan kebajikan rakyat terus dibela.

"Sebagai Ketua Whip, saya bersama-sama Ahli Parlimen PAS yang lain bersedia menanti kehadiran rakyat yang akan berhimpun nanti," jelasnya.

Menurut beliau, himpunan merupakan satu saluran yang baik menyuarakan suara mereka jika dasar kerajaan itu dilihat menekan hidup rakyat.

"Apabila kerajaan enggan mendengar masalah rakyat, himpunan aman merupakan satu proses terbaik.

"Kerajaan tidak boleh menghalang kerana itu adalah hak mereka untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka," sambung beliau.

Ketua Penerangan PAS Pusat itu turut menyeru agar ahli-ahli parlimen PAS dan Pakatan Rakyat hadir bersama-sama sebagai sokongan terhadap membantah kenaikan harga minyak yang menekan hidup rakyat.‎

Tambah beliau lagi, isu kenaikan harga minyak secara mengejut itu akan dijadikan isu utama pada sesi perbahasan di parlimen sesi kali ini. - HARAKAHDAILY

Rasmi: WhatsApp sebahagian dari Facebook

Posted: 06 Oct 2014 11:00 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Laman sosial Facebook semalam menyelesaikan pengambilalihan AS$19 bilion aplikasi komunikasi WhatsApp.

Menlo Park, syarikat berpangkalan di California mengumumkan rundingan itu pada Februari.

Facebook membayar AS$12 bilion dalam bentuk saham dan AS$4 bilion tunai.

Rundingan itu termasuk tambahan AS$3 bilion saham Facebook untuk pengasas dan pekerja WhatsApp.

Bagaimanapun, nilai saham Facebook meningkat sejak Februari, menjadikan rundingan itu bernilai kira-kira AS$21.8 bilion.

WhatsApp sebelum ini dilapor akan diurus secara berasingan daripada Facebook.

Antara semua aplikasi pesanan mesej, WhatsApp mengungguli tempat teratas dengan 600 juta pengguna di seluruh dunia, berdasarkan Suruhanjaya Eropah, badan eksekutif Kesatuan Eropah.

Ia popular di Eropah, Amerika Latin dan tempat-tempat tertentu di Asia.

Menteri sukan kena kerja, bukan berzumba

Posted: 06 Oct 2014 10:58 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Khairy Jamaluddin memulakan karier sebagai seorang menteri belia dan sukan dengan penuh bergaya dan berketrampilan.

Dengan memperlihatkan keterbukaan penuh progresif seorang menteri muda, Khairy berjaya menggamit perhatian ramai anak muda di kala prestasi ramai anggota kabinet persekutuan dipersoal.

Namun selepas berakhir dua temasya sukan yang punya prestij tersendiri iaitu Sukan Komanwel dan Sukan Asia, nampaknya Khairy terus bergelut dengan prestasi pelbagai sukan negara kita.

Kegagalan mencapai sasaran emas di Sukan Komanwel dan ditambah dengan persembahan yang jauh tersasar dalam Sukan Asia menambah perit Khairy.

Tambah buruk seorang atlit kita terperangkap dalam persoalan penggunaan bahan larangan hingga mengakibatkan pingat emas yang dimenangi ditarik balik.

Dalam temasya Sukan Komanwel, prestasi atlit kita bukan sahaja tidak dapat mencapai sasaran pingat, malahan kita berada di kedudukan lebih bawah daripada seteru jiran, Singapura.

Manakala dalam Sukan Asia pula, jumlah pingat emas yang diperoleh setaraf negara Mongolia.

Menteri berkelulusan Oxford

Mengapa mutu sukan kita semakin merosot?

Apakah kita tidak mempunyai atlit-atlit yang baik di sebalik 30 juta rakyat kita berbanding Singapura yang hanya mempunyai populasi 4 juta lebih penduduk sahaja?

Atau pun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hilang keupayaan untuk menggarap dasar pembangunan sukan kita?

Khairy perlu segera mencari formula kemenangan jikalau tidak mahu mengikut jejak kegagalan menteri terdahulu dalam mengangkat martabat sukan negara.

Sama ada rombakan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) dengan suntikan "orang baru" yang ingin dilaksanakannya itu akan berjaya, hanya masa yang menentukan.

Tetapi sebagai seorang menteri kabinet berkelulusan Oxford, sepatutnya Khairy mempunyai perancangan menyeluruh pembangunan sukan sebaik sahaja menjejakkan kaki di Pejabat Menteri KBS. bukannya menunggu sehingga imej sukan negara terus merosot dan tercalar dalam dua aksi sukan berprestij ini.

Masakan Khairy tidak mempunyai idea progresif untuk pembangunan sukan seperti mana yang ditonjolkan dalam aksi zumba sempena pelancaran program FIT Malaysia?

Masakan Khairy tidak mempunyai bakat sebagai seorang menteri dan pemimpin muda seperti mana bakat yang ditonjolkan di layar perak?

Hero bed time story

SAMM mempersoalkan di manakah Khairy ketika negara perlu melahirkan lebih ramai atlit pelapis masa depan?

Apakah Khairy tidak dapat melihat keperluan untuk memunculkan pelapis Datuk Lee Chong Wei?

Apakah Khairy sedar akan kelemahan Persatuan Sepak Takraw hingga menyebabkan skuad kita tewas kepada Korea Selatan?

Khairy perlu berbuat sesuatu jika mahu terus glamor di kalangan anak muda, tetapi bukan dengan aksi zumba dan aksi lakonan layar perak tetapi perlu hadir dengan idea progresif untuk membangunkan sukan negara kita.

Janganlah hanya berbelanja besar dalam bidang sukan tetapi hasilnya memualkan - ini suatu tragedi.

Jika kegagalan mencapai sasaran emas dalam temasya-temasya sukan berprestij sebegini terus berulang, tidak dapat tidak Khairy perlu berbisik kepada perdana menteri untuk menukar ke Kementerian lain ataupun menghantar sepucuk surat peletakan jawatan.

Khairy Jamaludin menteri kelahiran Oxford yang disangka hebat, rupanya hanya seorang hero bed time story semata.



ZURAIDI ABDULLAH penyelaras segmentasi sukan SAMM, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

DR M: P'raya akan buktikan asas teguran saya

Posted: 06 Oct 2014 10:56 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tegurannya kepada kerajaan sebelum ini dapat dibuktikan dalam pilihan raya sama ada berasas atau tidak.

"Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.

"Sebaliknya jika prestasi dalam pilihan raya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas," katanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir turut berkata, dalam sebuah negara demokrasi, ujian yang terbaik ialah apabila pilihan raya diadakan.

Mahathir turut memberikan contoh apabila kemenangan besar Tun Abdullah Ahmad Badawi pada pilihan raya umum 2004.

Menurutnya, pada PRU-11, perdana menteri kelima itu menang besar tetapi kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan jumlah ahli parlimen BN di dalam dewan rakyat pada PRU-12.

Justeru, Mahathir berkata, pencapaian Najib pada PRU-13 dilihat lebih buruk berbanding Abdullah setelah memberi jutaan wang kerajaan kepada rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang kerajaan dan mendengar nasihat konsultan luar.

"Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.

"Penegur tidak ingin menjadi penasihat British. Teguran bukan arahan.

"Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk di masa hadapan," kata Mahathir.

Beliau juga menulis, penasihat British kepada raja-raja Melayu sebelum merdeka perlu diterima.

M'sia tegaskan tak sokong pengganas Negara Islam

Posted: 06 Oct 2014 10:52 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin hari ini menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan menganggap Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria sebagai kumpulan pengganas.

"Kerajaan telah melabelkan kumpulan militan IS ini sebagai pengganas.

"Malaysia sama sekali tidak menyokong malah menolak dan mengutuk sebarang tindakan termasuklah IS yang membentuk wilayah mereka," katanya di Parlimen hari ini.

Katanya lagi, kerajaan juga tidak mengiktiraf sama sekali sebarang bentuk bantuan kepada kumpulan militan itu.

"Tindakan mereka tak cermin ajaran Islam dan tidak menyokong pembentukan wilayah Islam IS.

"Justeru Malaysia menentang sebarang bentuk bantuan ke atas kumpulan militan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan bertulis dari MP Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Graduan Mesir pula bantah pesta Carlsberg

Posted: 06 Oct 2014 10:50 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Bantahan terhadap penganjuran Octoberfest Carlsberg terus mendapat bantahan, kali ini daripada graduan mahasiswa Malaysia di Mesir.

Dalam kenyataannya, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) berkata, ia "terang-terangan merupakan sebuah pesta bertemakan arak dan tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam".

Malah, dakwa ILMAM, program itu secara tidak langsung menzahirkan penghinaan dan tidak hormat kepada majoriti warganegara Malaysia beragama Islam yang sedang menyambut Hari Raya Aidiladha.

"Meskipun Islam tidak melarang bukan Muslim meminum arak namun keterbukaan tersebut tidaklah sehingga menimbulkan suasana yang boleh mencemarkan imej sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan," kata presidennya Syed Abdul Kadir Aljoofre.

ILMAM berhujah, tempoh penganjurannya yang panjang juga akan membawa keruntuhan moral dan kerosakan jati diri para belia, sekali gus bertentangan dengan agenda kerajaan untuk membina generasi bermaruah.

Semalam, anggota parlimen PAS bagi kawasan Temerloh Nasrudin Hassan (atas) menyeru semua pihak menentang Octoberfest yang akan berakhir pada 12 Oktober ini dan menyifatkannya sebagai budaya munkar.

Walaupun dilakukan dalam ruang bangunan tertutup, ulama muda PAS itu berkata, mempromosikannya secara besar-besaran mencabar sensitiviti umat Islam.

Dewan Rakyat penggal kedua bermula esok

Posted: 06 Oct 2014 04:22 PM PDT

 
Memberi fokus utama pada pembentangan bajet 2015 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober ini.

Parlimen


PETALING JAYA: Sidang Dewan Rakyat mesyuarat ketiga, penggal kedua parlimen ketiga belas akan mula bersidang esok, Selasa.

Pada sesi kali ini, ia akan dijalankan selama 38 hari iaitu sehingga 27 November dengan memberi fokus utama pada pembentangan bajet 2015 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Oktober ini, (Jumaat) pada jam 4 petang.

Ia juga akan diikuti oleh perbahasan yang akan dilakukan oleh ahli parlimen berhubung bajet yang telah dibentangkan oleh Najib yang turut memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Oleh yang demikian, kesemua ahli parlimen perlu segera memaklumkan kepada Parlimen jika ada sebarang pemberitahuan lisan selewat-lewatnya sebelum 12 Sepember ini, bagi jawapan secara lisan atau bertulis.

Manakala tarikh tutup penerimaan usul-usul pula adalah tertakluk kepada jenis-jenis usul dan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Buku Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dan ia perlu dialamatkan kepada Setiuasaha Dewan Rakat atau Yang Dipertua Dewan Rakyat.

MCA tidak akan berkompromi dengan Umno isu SJKC

Posted: 06 Oct 2014 04:20 PM PDT

 
MCA tidak akan sesekali berkompromi supaya Perwakilan Umno membahaskan untuk mengekalkan atau memansuhkan SJKC pada Perhimpunan Agung Umno.

Chew Mei Fun


GEORGE TOWN: MCA akan terus mempertahankan hak masyarakat Cina dalam memastikan sekolah vernakular Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) terus wujud di negara ini, kata Naib Presidennya Datin Paduka Chew Mei Fun.

Beliau berkata MCA tidak akan sesekali berkompromi dengan cadangan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad supaya Perwakilan Umno membahaskan untuk mengekalkan atau memansuhkan SJKC pada Perhimpunan Agung Umno, November ini.

Mohamad Azli mendakwa sistem sekolah vernakular dijadikan alat oleh Pembangkang untuk menabur sentimen perkauman dan antikerajaan.

"Ini tidak betul untuk menghalang mempelajari bahasa ibunda kerana ia adalah satu hak di bawah Perlembagaan," kata Chew, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang dianjurkan MCA Pulau Pinang dan Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia cawangan Pulau Pinang di sini, hari ini.

Chew menyeru semua kaum perlu saling menghormati bahasa ibunda masing-masing dan isu ini tidak patut dibangkitkan kerana tidak ada masalah dengan sekolah vernakular Cina sejak merdeka 57 tahun lepas.

Beliau berkata saranan untuk memansuhkan sekolah vernakular Cina bukan dasar dan pandangan majoriti pemimpin Umno tetapi ia hanya pendirian segelintir pemimpin yang tidak faham bahawa pelbagai budaya, bahasa dan kaum adalah kekuatan Malaysia bukannya kelemahan.

"Oleh itu, saya yakin kekuatan bahasa ini harus diteruskan dan ia akan mendatangkan manfaat kepada perkembangan ekonomi negara dalam menarik pelaburan asing ke Malaysia khususnya dari China," lapor Bernama.

Berikutan itu, Chew berkata satu laporan polis telah dibuat terhadap Mohamad Azli oleh Pemuda MCA Petaling Jaya kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau.

Kedhaifan saudara seagama kita ada di sini

Posted: 06 Oct 2014 04:14 PM PDT

DR AZMAN IBRAHIM






Di penempatan pelarian Ethiopia dan Eritrea di Kampung Shagarab dalam Wilayah Kassala, di sini air mataku tumpah. Betapa realiti kehidupan mereka terlalu perit. Kita seolah tak menyedari bahawa di satu sudut dunia masih terdapat saudara seagama yang terlalu tak bernasib baik.

Kita mungkin boleh melihat suasana sebegini di perkampungan orang asli yang menolak kemajuan, tetapi mereka ini bukannya orang asli.

Walaupun negara Sudan juga dalam keadaan sukar tetapi merekalah yang membuktikan hubungan kasih antara sesama saudara dengan menerima para pelarian yang datang dari negara berjiran ini untuk menumpang teduh di bumi mereka.

Negara-negara lain yang lebih kaya dan berkemampuan, belum tentu mereka sanggup memikul beban yang sangat berat ini.

Mengikut rekod UNHCR, terdapat kira-kira 2 juta pelarian yang melarikan diri ke Sudan terdiri dari pelarian Eritrea, Ethiopia dan Somalia.

Di Kassala sahaja, ratusan ribu dari mereka hidup dalam rumah yang dibuat dari lumpur dan tanah liat, tanpa bekalan air dan jauh sekali lektrik. Tak ada tandas. Kehidupan masih secara nomad. Bertani dan memelihara binatang adalah sumber kehidupan mereka.

Mereka sama duduk tengah panas dengan lembu dan kambing, pergi dan pulangnya bersama binatang ternakan. Saya bergurau, sebab tu lembu kambing mereka sangat jinak dan mesra tuannya sebab tuannya selalu ada bersama ketika panas dan hujan.

Memang lembu mereka tak ada tali. Tuan lembu berjaya mengawal puluhan ekor lembu hanya dengan sebatang kayu. Rumput untuk binatang ternakan, memang tak ada masalah di sini. Gejala rempit tak ada di kalangan anak muda. Kenderaan yang paling laju ialah kaldai. Masalah sosial lain saya tak begitu pasti. Tapi yang pasti walaupun hidup di rumah tanpa bilik, mereka sangat produktif dari segi penghasilan zuriat. Buktinya terdapat begitu ramai kanak-kanak berkeliaran.

Nampaknya apa yang diusahakan oleh Yayasan Amal Malaysia dan sumbangan para dermawan sekalian sangat dihargai mereka. Berkali-kali mereka memeluk erat tubuh saya sampai mengucapkan terima kasih. Semoga Allah memberkati usaha saudara semua, ujar mereka berkali-kali.

Anak-anak tanpa pendidikan, hanya sebahagian kecil dari mereka yang mendapat pendidikan asas di sekolah yang diuruskan oleh Yayasan Ehsan Sudan. Terdapat 3 buah sekolah yang sangat dhaif. 2 untuk pelajar lelaki dan satu untuk anak-anak perempuan.
Bayangkan satu sekolah hanya mampu menampung sekitar 250 orang pelajar sedangkan penempatan ini menempatkan kira-kira 250,000 orang pelarian.

Kanak-kanak kecil yang tak berdosa menjadi mangsa konflik manusia yang tak berkesudahan. Erti kedhaifan sebenar terdapat di sini. Hati-hati yang keras dengan keangkuhan akan tunduk tersipu di hadapan Allah bila kita berada di sini dan melihat keperitan ini secara dekat dengan hati yang celik.

Betapa nikmat Allah kepada kita terlalu banyak. Betapa juga mereka menagih secebis rasa simpati dari hati-hati insan yang masih berbaki secebis rasa kemanusiaan. Kita mengharapkan amal bakti yang tak seberapa ini mampu menghadirkan sedikit kecerian dan senyuman di wajah mereka walau sekadar untuk 2, 3 hari di Aidil Adha ini.

Walaupun kerana mengejar sebiji gula-gula yang kami hadiahkan, kanak-kanak di sini sanggup berlari sehingga terjatuh terguling-guling. Kerana berebut sebiji belon mainan yang kami bahagikan, mereka sanggup bergaduh. Mengelilingi kita dengan wajah kasihan mengharapkan kita menghulurkan sesuatu untuk mereka pegang... - HARAKAHDAILY 




(*)  Penulis turut serta dalam misi Korban di Sudan 2014 anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu.

Belanjawan Selangor 2015 tumpu isu perumahan dan pendidikan

Posted: 06 Oct 2014 04:11 PM PDT

Oleh AFIX REDZUAN


HULU KELANG: Belanjawan Negeri Selangor 2015 akan menumpukan prospek pembangunan perumahan dan pendidikan rakyat.

Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata rizab simpanan negeri berjumlah RM3.3 bilion itu akan dibelanjakan bagi mencapai penumpuan itu.

"Kita akan lebih menumpukan kepada program pembangunan kepada rakyat.

"Sebagai contoh seperti infrastruktur, pembangunan, kediaman rakyat.

"Penumpuan utama juga diberikan kepada perumahan dan pendidikan," katanya kepada media di majlis sambutan Aidiladha bersama rakyat di Hulu Kelang.

Azmin bagaimanapun menambah pentadbirannya masih memperhalusi beberapa perkara lain menyentuh kebajikan rakyat untuk dimasukkan dalam belanjawan itu nanti. Perbincangan terakhir memuktamadkan agenda belanjawan ini akan diadakan Rabu depan.

Belanjawan Negeri Selangor 2015 akan dibentangkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) yang bersidang November ini.

Menyentuh program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah dijalankan sejak tahun 2008, Azmin mahu meneruskan perlaksanaan program itu dengan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

"Yang penting setiap dana di peringkat negeri itu mesti dibelanjakan untuk kepentingan rakyat Negeri Selangor tetapi ia mestilah dalam bentuk pembangunan dan kebajikan Negeri Selangor.

"Maka program sedia ada akan diteruskan dan ia akan ditambah baik sekiranya ada keperluan berbuat demikian," tegas beliau.

Sebanyak 17 program MES yang telah diperkenalkan adalah pemberian air percuma 20m3, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Skim Kesihatan Wanita dan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).HM

61 Rakyat Malaysia Tiba Dari Yaman Pada Selasa, Rabu

Posted: 06 Oct 2014 04:06 PM PDT

MSTAR ONLINE

Konflik terbaharu Yaman berlaku berikutan pertempuran antara pergerakan Syiah Houthi dan tentera kerajaan yang menyaksikan pemberontak menguasai beberapa institusi penting di Sana'a.
 
 
KUALA LUMPUR: Seramai 61 rakyat Malaysia telah meninggalkan Sana'a, ibu negara Yaman, dengan menaiki tiga penerbangan pada Isnin.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, seramai 41 orang daripada mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.55 pagi dan 8.30 malam Selasa.

Bakinya seramai 20 orang lagi dijangka tiba di KLIA pada 8.25 pagi Rabu, kata kementerian itu malam Isnin.

Kerajaan memutuskan untuk membawa balik rakyat Malaysia berikutan keadaan semasa di Yaman selain sebagai langkah berjaga-jaga.

Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri bersama-sama Kedutaan Malaysia di Sana'a bekerjasama menyelaraskan operasi berkenaan.

"Kerajaan melalui kedutaan telah menyediakan tempat tinggal sementara kepada 449 rakyat Malaysia sejak 19 September. Kedutaan akan terus menyediakan bantuan kepada semua rakyat Malaysia dengan bantuan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman (PERMAYA) sehingga mereka selamat pulang ke Malaysia," katanya.

Konflik terbaharu Yaman berlaku berikutan pertempuran antara pergerakan Syiah Houthi dan tentera kerajaan yang menyaksikan pemberontak menguasai beberapa institusi penting di Sana'a.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri menasihatkan semua rakyat Malaysia supaya mengelak atau menangguhkan perjalanan ke Yaman kerana keadaan yang masih tidak menentu di negara itu.

Kementerian juga meminta kerjasama rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman untuk mendaftar dengan kedutaan jika mereka masih belum berbuat demikian.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Yaman menerusi talian 009671429781 dan 009671429782 atau emel mwsanaa@kln.gov.my.

Ketika menyambut baik perjanjian damai di Yaman baru-baru ini, Malaysia mengharapkan semua pihak dapat menghormati perjanjian perkongsian dan perdamaian yang ditandatangani pada 21 September serta bekerjasama ke arah kestabilan politik dan keamanan di negara itu.

Sementara itu, Bernama difahamkan rakyat Malaysia akan dibawa pulang menaiki pesawat domestik dari Yaman dengan transit di Jeddah dan Dubai sebelum tiba di Kuala Lumpur.

KD Ganas dekati CB204, KD Lekiu tunda ke PTKK

Posted: 06 Oct 2014 04:00 PM PDT

SINAR HARIAN

Contoh model CB90 yang dilaporkan terputus hubungan dengan KD Paus ketika dalam perjalanan ke Pulau Layang-layang semalam. Contoh model CB90 yang dilaporkan terputus hubungan dengan KD Paus ketika dalam perjalanan ke Pulau Layang-layang semalam.
 
 
KOTA KINABALU - Bot tempur CB204, yang ditemui kira-kira 30 batu nautika ke timur Pulau Layang-Layang, akan dibawa ke stesen peninjau terdekat di Gususan Semarang Peninjau, Pulau Layang-Layang.

Sumber Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu di Sepanggar berkata, bot tempur itu dikesan selepas komunikasi sehala antara pasukan mencari dengan anak kapal bot berkenaan pada 4.15 petang tadi.

Beliau berkata, kesemua tujuh anak kapal bot itu disahkan selamat selepas komunikasi dua hala pada 4.45 petang.

Katanya, bot berkenaan didapati mengalami masalah pada enjin dan stering.

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, KD Ganas berjaya merapati CB204 jam 7.12 petang tadi bagi menyerahkan makanan kepada kru yang kelaparan.

"Bot akan ditunda oleh KD Lekiu yg dijangka tiba di lokasi tengah malam ini.

"Jarak daripada Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) ialah 129 batu nautika dan akan mengambil masa 23 jam," katanya dalam laman Twitter miliknya semalam.

Tujuh anak kapal bot itu ialah Let Azri Bakar, BK PAP Charles Cristopher Muni, BM TMK Ince anak Ewin, BM TMK Steven Hudson anak Miso, BM JTP Nor Azuan Ariffin, LK KOM Sulhajji Daah dan LK I PAP Azhry Maani.

Bot tempur itu, yang diketuai Azri, terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen Lima TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah pada pagi semalam.

Terdahulu, Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar memberitahu sidang akhbar di sini, bot tempur berkenaan belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi semalam untuk melaksanakan penggiliran tugas dengan bot yang beroperasi di Gugusan Semarang Peninjau sebelum terputus hubungan  komunikasi radio dengan KD Paus pada 11.15 pagi.

Berikutan kejadian itu, katanya TLDM menghantar KD Lekiu, KD Ganas, KD Serang dan dua aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu KM Berani dan KM Mabul untuk operasi mencari dan menyelamat bot  tempur berusia 14 tahun itu berdasarkan empat sektor yang ditetapkan.

Menurutnya semasa bot tempur itu memulakan perjalanan, selepas mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP), cuaca dalam keadaan baik.

Mohammad Rosland berkata, namun keadaan cuaca bertukar buruk dengan ombak setinggi antara 3.5 meter dan 5 meter ketika berada di kawasan perairan Pulau Mengalum.

"Pada 10.30 pagi, KD Paus yang mengiringi CB204 memohon kepada pegawai staf operasi untuk berpatah balik dan kita mengarahkan KD Paus berpatah balik. Bagaimanapun, KD Paus terputus komunikasi dengan CB204,"  katanya.

Menurutnya, TLDM kemudian mengarahkan KD Paus mengesan lokasi bot tempur itu selain memaklumkan kejadian kepada semua lima stesen peninjau di Gugusan Semarang Peninjau dan lapangan carigali minyak Petronas. - Bernama

Tiada ulasan: